Jumaat, 25 Mei 2012

TAPI ADA YANG DAH TUA....ADA SETENGAH UMUR...DAN MUDA LAGI MENTAH....TAPI BODOH SOMBONG....JIKA TIADA SAPE BUAT KECOH@YANG SAMSENG...TENTU MAKHLUK ASING...BAGAIMANA PUN ALLAH TAHU....ALLAH JUGA TAHU BAGAIMANA NAK MENGHUKUM ORANG2 BEGINI...MEREKA TAK KAN TERLEPAS...ALLAH MAHA BIJAKSANA SERTA MAHA BERKUASA...

Noh syaratkan MB minum air empangan
4:50PM Mei 25 2012
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar hari ini berkata dakwaan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bahawa air di Selangor mencukupi menunjukkan beliau tidak
faham isu air di Selangor atau cuba bermain politik.

Noh yang juga timbalan pengerusi BN Selangor berkata apa yang dibangkitkan oleh kerajaan persekutuan mengenai kadar rizab air di Selangor yang tinggal 2.4 peratus berbanding kadar sepatutnya pada 20 peratus ialah rizab air terawat bukannya kapasiti air mentah di tujuh empangan di Selangor.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Shah Alam hari ini bagi menjawab kenyataan Abdul Khalid yang mempelawa menteri persekutuan melawat empangan di Selangor bagi membuktikan air di negeri ini mencukupi.

Oleh itu, Noh berkata beliau sanggup menerima cabaran Abdul Khalid supaya melawat empangan-empangan itu dengan syarat menteri besar sanggup meminum air dari empangan itu.

NONENoh berkata buat masa ini terdapat 34 loji rawatan air di Selangor yang mampu mengeluarkan air terawat sebanyak 4,371 juta liter sehari manakala keperluan air terawat di Selangor ialah 4,322 juta liter sehari.

Jumlah air terawat itu termasuk dari Loji Sungai Labu yang dibina kerajaan persekutuan yang mula beroperasi membekalkan 45 juta liter sehari sejak 20 Mac lepas.

Beliau berkata Loji Sungai Labu itu dibina dengan kos RM218 juta termasuk kos pembelian tanah di daerah Sepang daripada Sime Darby Bhd dan bukannya di atas tanah kerajaan negeri.

Loji itu kini diserah kepada kerajaan negeri dan diurus oleh anak syarikat kerajaan negeri Konsortium Air Selangor Bhd walaupun dibina dan dibiayai oleh kerajaan persekutuan.

"Kita tidak berkira dengan kerajaan negeri mengenai pembinaan Loji Sungai Labu dan sehingga kini tiada perjanjian seperti jumlah sewa dan sebagainya di buat. Ini menunjukkan betapa ikhlasnya kerajaan persekutuan mengatasi masalah air," katanya.

Pembinaan Loji Sungai Labu itu termasuk sebahagian dari RM600 juta projek mitigasi keperluan air di Selangor yang dilaksanakan kerajaan persekutuan selain daripada pemulihan sistem pam air dan pemulihan muka sauk loji rawatan air, kata Noh.

Beliau berkata walaupun dengan adanya loji baru di Sungai Labu, pengeluaran air mentah di jangka tidak mencukupi bagi menampung pelaksanaan projek-projek perumahan baru dan pembinaan 129 kilang dengan nilai pelaburan 3.6 bilion seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Justeru, pembangunan loji rawatan Langat 2 yang sehingga kini tidak mendapat lampu hijau daripada kerajaan negeri mesti dilaksanakan bagi memenuhi keperluan perumahan dan perindustrian yang semakin meningkat di Selangor.

- Bernama
PKR: Saman BERSIH tak kukuh
7:26PM Mei 25 2012
Saman sivil kerajaan terhadap anggota jawatankuasa pemandu BERSIH tidak mempunyai sebarang asas undang-undang dan patut ditarik balik, kata PKR.

Naib presidennya N Surendran berkata, saman terhadap pengerusi bersama BERSIH Datuk S Ambiga dan sembilan lagi bawah Seksyen 6(2)(g) Akta Perhimpunan Aman (PPA) 2012 bermotif politik, tidak kukuh daripada aspek undang-undang dan salah secara moral.

NONEKatanya, seksyen itu dan peruntukan lain dalam PPA tidak memerikan apa-apa hak sivil untuk bertindak sekiranya berlaku perlanggaran.

"Oleh itu, saman kerajaan tidak mempunyai sebarang asas undang-undang," katanya sambil memberitahu PPA bertujuan memudahkan dan menguruskan perhimpunan awam.

Kerajaan sebelum ini memfailkan saman menuntut ganti rugi RM122,000 daripada Ambiga serta sembilan lagi ahli jawatankuasa pemandu gabungan BERSIH kerana didakwa gagal mengawal perhimpunan anjurannya pada 28 April lalu sehingga kerajaan menanggung kerugian.

Selain Ambiga, ahli jawatankuasa pemandu yang disaman Maria Chin Abdullah, Zaid Kamarudin, Haris Fathillah Mohamed, Arumugam a/l Kalimuthu, Arul Prakkash a/l Sinnappan, Wong Chin Huat, Dr Ahmad Farouk Musa, Toh Kin Woon dan Andrew Khoo.

Pengerusi Bersama BERSIH Datuk A Samad Said dan seorang lagi anggota jawatankuasa pemandu Hishammuddin Rais bagaimanapun tidak tersenarai dalam saman tersebut.
Pak Samad: Saya tidak tua untuk jadi bodoh

  • Abdul Rahim Sabri
  • 1:20PM Mei 25 2012

Sasterawan Negara Datuk A Samad Said menegaskan BERSIH turut memerlukan sokongan parti politik, termasuk BN bagi merealisasikan lapan tuntutan untuk mereformasikan sistem pilihan raya.

Katanya, tanpa dokongan parti politik yang dipimpin oleh "kuasawan", gabungan tersebut tidak kuat untuk memperjuangkan agendanya.

NONE"Mereka memperkuat, kalau BERSIH sahaja, tidak akan kuat. Kalau PAS, dokongan itu tidak ada, BERSIH sahaja tidak kuat. Sebenarnya kita juga mengajak BN menyertai (perjuangan BERSIH). Bukan salah kita.

"Kita menjemput semua kuasawan, baik daripada PAS, BN, PKR. Baik daripada Umno, MCA, MIC, tetapi mereka sendiri yang memisahkan diri untuk menyertainya," katanya dalam wawancara Malaysiakini

Tokoh yang lebih kenali sebagai Pak Samad bagaimanapun berkata keengganan BN menyokong hasrat gabungan itu kerana barangkali ia dirasakan akan "menggigit" mereka.

Beliau menjawab soalan berhubung peranan orang politik untuk menuntut lapan tuntutan BERSIH, sekalipun beliau optimis mampu menarik sokongan pelbagai pihak bagi meneruskan tuntutan mereka.

Katanya, BERSIH 2.0 mengambil alih kumpulan itu daripada BERSIH pertama yang dipimpin "kuasawan" bagi mengelakkan tanggapan organisasi itu dipergunakan untuk "berantakan dengan kuasa induk"

Rampas kuasa dengan air botol?


Bagaimanapun, Pak Samad menegaskan tuntutan mereka tetap tidak berubah.

bersih 3 rally 030512 01Menurutnya, perhimpunan BERSIH diteruskan kerana tuntutan gabungan itu itu tidak dilayan sehingga memerlukan perhimpunan kedua dan ketiga diadakan.

Ditanya berhubung dakwaan perhimpunan BERSIH 3.0 dirampas pembangkang dan mahu menggulingkan kerajaan, Pak Samad menyifatkan dakwaan itu hanya "cakap sebelah sana", termasuk ketiga-tiga mantan ketua polis negara dan mantan perdana menteri.

"Kita tidak boleh menghalang andaian orang. Kalau benar (dirampas pembangkang), mereka harus membuktikan...

"Yang merampas kuasa mesti mempunyai senjata. Kita ada botol air sahaja. Saya menolak (dakwaan mahu guling kerajaan)," katanya sambil ketawa sinis.

NONEBekas editor kanan akhbar Berita Harian itu berkata, beliau kini lebih bersedia untuk "dilanggar" berbanding sewaktu bekerja di "akhbar hamba kuasa" sebelum ini.

Pada masa itu, katanya, beliau terpaksa memikirkan banyak perkara, termasuk keluarga dan rumahtangga sebelum melakukan sebarang tindakan.

Pak Samad sedia 'dilanggar'


"Kita telan apa yang pahit, apa yang masin demi keluarga kita. Tapi apabila sudah agak selesa sedikit, kita sedia dilanggar seperti sekarang. Saya memang bersedia untuk dilanggar.

"Tapi biarlah langgar yang berpatutan. Jangan bawakan kapal selam, saya hanya dibiarkan gunakan bom. Kalau anda kapal selam, biarlah saya kapal selam. Adillah. Itu umpamanya," katanya.

Beliau juga menolak dakwaan berfahaman kiri dengan menyifatkannya sebagai tuduhan "orang tidak belajar".

"Orang ini langsung tidak belajar. Saya tidak jadi tua untuk jadi bodoh. Saya jadi tua untuk jadi pandai." tegasnya.

NONEMengulas penyertaan bukan Melayu dalam perhimpunan BERSIH kali ini, Pak Samad berkata beliau "senang" dengan situasi baru itu, khususnya kaum Cina.

"Misalnya jika diadakan BERSIH 4, saya fikir penyertaan orang bukan Melayu lebih ramai kerana mempercayai adanya jentera kuasa ada sekarang ini yang paling bobrok, di mana segala jenis tindakan termasuk samsengan digunakan.

"Di mana janji-janji yang besar dihebahkan, di mana wang yang sebanyaknya diberikan. Semua itu diberi ketika kerajaan berada di ekor kuasa.

"Mereka memberi semua ini, semata-mata bersedia mengharapkan, inilah massa umum yang akan mengundi mereka," katanya.
Nurul bimbang serangan tanda 'era baru keganasan'

  • Aidila Razak
  • 4:42PM Mei 25 2012

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar - di mana majlis ceramah di kawasan parlimennya malam tadi menjadi sasaran batu, telur dan botol air mineral - bimbang serangan tersebut menandakan "era berbahaya" yang baru dalam politik Malaysia.

BNONEercakap kepada pemberita hari ini, Nurul (kedua dari kiri) berkata
keganasan malam tadi adalah yang "paling teruk" pernah dialaminya sejak tahun 1998, dan ia mungkin memuncak menjelang pilihan raya umum.

Menurutnya, satu mesej yang jelas perlu dibuat oleh perdana menteri sendiri, jika tidak, beliau (perdana menteri) akan dipertanggungjawabkan terhadap (keganasan) yang berlaku.

nurul balqis wrist hurt by flying brick lembah pantai pkr ceramahNurul berkata, daripada dua orang yang cedera, hanya Nurul Balqish Mohd Isa (kanan) yang berusia 12 tahun - yang cedera apabila seketul batu terkena pergelangan tangannya - telah membuat laporan polis.

Balqish, tambahnya, kini menjalani pemeriksaan lanjut mengenai tahap kecederaan yang dialaminya.

Manakala seorang warga emas yang cedera di mukanya semakin pulih, kata  Nurul.

Menurut Nurul lagi, pejabatnya di Pantai Dalam turut dibaling dengan telur kira-kira jam 10 pagi tadi.

Nurul dan kakitangannya akan membuat laporan polis hari ini.

Selain kecederaan tersebut, naib presiden PKR itu berkata beliau ternampak "banyak kesan telur pada pakaian mereka" malam tadi, manakala tayar kereta MP PAS Shah Alam, Khalid Samad pancit.

"Kereta beliau diletakkan berhampiran dan salah satu tayarnya telah ditoreh," katanya.
Insiden Lembah Pantai: Umno tak pasti salah siapa
12:35PM Mei 25 2012
Umno Lembah Pantai hari ini berkata pihaknya tidak pasti siapa harus bertanggungjawab dalam insiden kekasaran yang berlaku sewaktu ceramah berkembar PKR dan Umno di kawasan Parlimen itu malam tadi.

Bagaimanapun, naib ketua Umno bahagian itu, Mohd Azuz Abdul Razak berkata, beliau berharap perkara itu tidak berlaku lagi di masa depan.

"Saya tak pasti (apa berlaku). Saya meninggalkan tapak ceramah awal sedikit sewaktu Ahli Parlimen Shah Alam sampai," katanya.

Wakil rakyat itu Khalid Samad sampai kira-kira jam 11 ketika Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mula berucap.

man hit by stone in umno counter rally against pkr ceramah lembah pantaiSemalam, seorang warga emas penyokong PKR dilaporkan luka di kepala terkena balingan batu dari arah ceramah Umno yang hanya berjarak beberapa meter sahaja dari ceramah PKR.

Dalam ceramah di Pantai Dalam malam tadi, seorang warga emas dan kanak-kanak 12 tahun cedera terkena balingan batu daripada kawasan ceramah Umno yang hanya beberapa meter sahaja dari ceramah PKR.

Mengulas kemungkinan berlaku kecederaan di pihak penyokong Umno, Aziz berkata belum menerima laporan berhubung perkara itu.

Bagaimanapun penceramah majlis Umno malam tadi Umi Hafida Ali - adik timbalan presiden PKR Azmin - mendakwa ada penyokong Umno turut menjadi mangsa balingan batu.
VIDEO | 3.19 mins

Fatwa wajib bunuh Bashar, Pendapat mana yang lebih cerdik?

Posted on the May 25th, 2012 under Agama,Tempatan by admin

Di sini kami ingin kongsikan dua pendapat berbeza tentang krisis di Syria daripada Tan Sri Zainuddin Maidin, bekas Menteri Penerangan Malaysia dan satu lagi pendapat Syeikh Nasr Farid Washil, bekas Mufti Mesir.
Oleh Tan Sri Zainuddin Maidin.





SAYA sungguh terkejut membaca berita anak-anak Malaysia yang pada keseluruhannya menganggotai pertubuhan atau NGO Islam akan menyertai tunjuk perasaan anti Presiden Syria, Bashar al-Assad yang dirancang akan diadakan di pekarangan kedutaan Syria pada Sabtu ini.
Penganjur perhimpunan itu mempropagandakan lebih 10,000 akan menyertainya dengan tujuan untuk menentang kezaliman presiden itu. Tetapi apakah benar beliau zalim atau pihak yang menyusun ‘Jenayah Hasutan’ dengan berselindung di sebalik ‘Arab Spring’ yang lebih kejam dalam menumpahkan darah rakyat Syria?

Kita tahu Syria adalah sebuah negara yang makmur dan disenangi oleh orang luar, terutamanya pelajar-pelajar dan rakyat kita yang berada di negara itu. Tetapi sejak kebangkitan pemberontakan dalaman dari ‘Jenayah Hasutan’ luar maka kita telah disogokkan dengan hanya berita dari suatu pihak sahaja.
Kita harus menunjukkan kepada dunia bahawa sekalipun kita percaya kepada jalur globalisasi tetapi dalam beberapa hal kita mempunyai pendirian sendiri.
Kita mempunyai maruah sendiri, tidak mudah diperalatkan untuk menyampaikan hasrat kuasa besar untuk matlamat ‘Regime Change’ yang menumpahkan darah tetapi digambarkan sebagai indah dengan istilah ‘Arab Spring’ atau Musim Bunga di dunia Arab.
Tidak mungkin apa yang berlaku terhadap Syria sekarang tidak akan berlaku dalam negara kita untuk tujuan ‘Regime Change’ sekiranya kuasa besar memikirkan ini perlu dilakukan. Bagaimanakah perasaan kita jika dalam suasana tekanan rakyat negara negara sahabat mengadakan tunjuk perasaan menyokong musuh kita?
Jika kita memperlihatkan diri kita mudah dipergunakan untuk matlamat melumpuhkan sebuah negara asing yang bersahabat karib dengan kita, maka ini akan membuka laluan mudah kepada mereka untuk mempergunakan rakyat kita bagi mencapai matlamat roadmap mereka.
Kuasa Besar mempunyai ejen di mana-mana termasuk rakyat mereka di luar negara seperti pelajar-pelajar Syria atau ahli perniagaan mereka di Malaysia dan sebagainya untuk membantu menyempurnakan matlamat terakhir bagi demokrasi mengikut acuan mereka di dunia Arab.
Janganlah kita begitu mudah mengecap Presiden Syria sebagai zalim kerana sebenarnya apa yang berlaku di negara ini adalah ‘Jenayah Hasutan’ Barat yang terancang, tersusun dan kejam yang dijuarai oleh Amerika Syarikat dan Israel dengan dukungan negara-negara Barat.
Matlamat terakhir mereka ialah Iran. Tetapi sebelum Iran, Syria mesti dilumpuhkan seperti mereka lakukan terhadap Tunisia, Libya dan Mesir. Maka akan sempurnalah sebuah kekejaman yang tidak ada taranya yang berselindung di sebalik bunga-bunga berkembang. Sebenarnya ia telah mula berkembang dari Iraq.
Saya hairan bagaimana NGO yang diketuai oleh orang-orang cerdik di negara kita terutama Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Malaysia (PKPIM), Pertubuhan Jemaah Islam Malaysia (JIM) dan beberapa pertubuhan Islam terlibat dalam penganjuran perhimpunan ini? Ini menggambarkan taraf intelektualiti mereka. Bagaimanapun saya tidak terkejut dengan penglibatan ABIM.
Oleh Syeikh Nasr Farid Washil
Ulama besar di Al-Azhar, merupakan institusi pendidikan ternama di dunia Islam, telah mengeluarkan fatwa yang menyeru pembunuhan terhadap Presiden Syria Bashar Al-Assad atas kematian ribuan orang awam yang menentang regim diktatoriannya.
“Bashar Al-Assad adalah pembunuh dan harus dibunuh,” kata Nasr Farid Washil, bekas Mufti Mesir, kepada akhbar milik Parti Kebebasan dan Keadilan yang merupakan sayap politik Ikhwanul Muslimin, hari Rabu 14 Mac.
“Dia yang menaburkan peluru terhadap rakyatnya adalah perbuatan terkutuk dan penjahat perang yang wajib dihukum.”
Ulama besar Al-Azhar itu menyeru pembunuhan ke atas Assad atas pertumpahan darah orang awam yang terjadi tiap hari di Syria.
“Membunuh Bashar Al-Assad adalah suatu kewajipan setelah ia menumpahkan darah rakyatnya dan memperkosa wanita mereka,” kata Dr Hashem Islam, ahli Jawatankuasa Fatwa Al-Azhar.
Dia menekankan bahawa Islam melarang pembunuhan manusia.
“Kejahatan yang dilakukan oleh pembunuh Bashar dilarang oleh Islam dan tidak akan mencapai keselamatan,” katanya.
Sheikh Abdel-Moneim Al-Bari, bekas pimpinan ulama Al-Azhar sangat bersetuju dengan pembunuhan ke atas Bashar.
“Presiden Syria Bashar Al-Assad perlu dibunuh kerana membantu pembunuhan kejam yang dilakukan terhadap orang awam yang damai di Syria,” katanya.
Al-Bari, bekas anggota Jawatankuasa Fatwa Al-Azhar, mengatakan bahawa kejahatan Assad melanggar semua hukum agama dan adat manusia.
“Dia layak mendapat hukuman segera.”
Sumber: Utusan & HMO


Kenapalah Jadi Begini Nasib ku...?

Surau saya pernah menjemput Al-Fadhil Ustaz Abu bakar Abdul Aziz untuk menyampaikan ceramah Maulidur Rasul. Saya berkesempatan untuk berborak dengan beliau ketika kami sama-sama makan setelah selesai ceramah. Antara topik yang dibincangkan ialah pengalaman beliau ketika menguruskan jenazah. Di bawah ini saya perturunkan kisah beliau untuk renungan bersama.


Pengalaman seorang Jurumandi Mayat Daerah Gombak, Selangor.
Kisah benar ini diceritakan oleh Ustaz Abu Bakar Abdul Aziz.


Ia berlaku di kawasan daerah Gombak di mana jurumandi memandikan jenazah yang agak kaya orangnya dan berpengaruh. Begini ceritanya :-

Saya telah terlibat dalam pengurusan jenazah lebih daripada 20 tahun. Pelbagai pengalaman telah saya lalui kerana dalam tempoh itu bermacam-macam jenis mayat yang telah saya uruskan. Ada yang meninggal dunia akibat kemalangan, sakit tua, sakit jantung, bunuh diri dan sebagainya.

Bagaimanapun, pengalaman menguruskan satu jenazah di sebuah tempat di sempadan Selangor dan Wilayah Persekutuan beberapa tahun yang lalu, telah mendedahkan saya kepada satu kes yang cukup ‘istimewa’ sepanjang pengalaman saya menguruskan jenazah. Inilah kali pertama saya bertemu dengan satu jenazah yang cukup aneh, menyedihkan, menakutkan dan sekali gus menberikan banyak iktibar.

Peristiwa tersebut berlaku dua hari lagi sebelum pilihanraya di Serkam, Melaka. Nama tempat dan nama orang yang meninggal itu tidaklah dapat saya nyatakan di sini. Ia terjadi secara kebetulan ketika saya diminta oleh anak Allahyarham menguruskan jenazah bapanya.

Pada hari itu, saya pergi ke rumah seorang sahabat untuk mengubatkan mata ibunya bagi kali yang terakhir. Niat saya ialah supaya mata ibu tadi sembuh dan boleh membaca Al-Quran. Tetapi apabila saya hendak pulang, anak Allahyarham datang menemui sahabat saya tadi dan bertanya sama ada saya mengurus jenazah atau tidak. Kawan saya kata, “Cubalah tanya dia sendiri.” Kawan saya ada memberitahu saya dua bulan yang lepas bahawa saya sahaja yang mengadakan kursus dalam hal menguruskan jenazah. Anak Allahyarham menemui saya. Saya beritahu dia bahawa jenazah tidak elok dibiarkan lama-lama.

Saya terus pergi ke rumahnya. Tapi bila saya hampir sampai ke rumah Allahyarham, saya bau jenazah itu sangat busuk. Baunya cukup pelik dan busuk. Saya telah menguruskan banyak jenazah tetapi tidak pernah saya bertemu dengan mayat yang sebusuk ini.Bila saya tengok wajah Allahyarham, sekali lagi hati saya tersentuh. Saya tengok wajahnya seperti sedang dirundung oleh bermacam-macam perasaaan…takut, cemas, kesal dan bermacam-macam lagi. Wajahnya seperti tidak mendapat nur daripada Allah SWT. Kemudian saya pun ambil kain kafan yang dibeli oleh anak Allahyarham dan saya potong-potongkan. Secara kebetulan pula, di situ ada dua orang yang mengikuti kursus pengurusan jenazah yang pernah saya jalankan. Saya ajak mereka membantu saya dan mereka bersetuju.

Tetapi semasa memandikan mayat itu, peristiwa pertama berlaku. Untuk makluman pembaca, apabila memandikan jenazah, badan mayat itu perlu dibangunkan sedikit dan perutnya hendaklah diurut urut untuk membolehkan najis keluar. Maka saya pun urut urutkan perut Allahyarham. Tapi apa yang berlaku pada hari itu amatlah mengejutkan. Allah itu Maha Berkuasa kerana pada hari tersebut, najis tidak keluar daripada dubur mayat tadi tetapi melalui mulutnya. “Lain macam saja ni”, fikir saya. Lalu saya ubah sedikit teknik dan posisi mayat itu dan saya urut-urutkan lagi perutnya. Tapi najis itu tetap keluar dari mulutnya. Hati saya berdebar-debar. Apa yang sedang berlaku di depan saya ini? Telah dua kali mulut mayat ini memuntahkan najis. Saya harap ia tidak akan berulang lagi kerana saya mahu mengurut perutnya bagi kali yang terakhir. Tiba-tiba ketentuan Allah berlaku. Bila saya urut perutnya, keluarlah daripada mulut mayat itu najis bersama beberapa ekor ulat yang masih hidup. Ulat itu adalah seperti ulat najis. Warnanya putih. Dari mana datangnya ulat itu, jangan tanya saya.

Allahyarham meninggal dunia akibat diserang sakit jantung dan waktu kematiannya dengan waktu saya menguruskan mayatnya cuma lima jam setengah sahaja jaraknya. Aneh, bagaimana dalam tempoh yang sebegitu singkat mayatnya boleh menjadi sedemikian rupa? Saya lihat wajah anak Allahyarham. Mereka seperti terkejut. Mungkin malu, terperanjat dan aib dengan apa yang berlaku pada bapa mereka. Saya tengok dua orang pembantu tadi, mereka juga terkejutdan panik. Lalu saya bacakan doa untuk mengelakkan badi mayat dan sapukan ke muka mereka. Saya kata kepada mereka, “Inilah ujian Allah kepada kita”. Kemudian saya minta salah seorang daripada pembantu tadi memanggil kesemua anak Allahyarham. Allahyarham pada dasarnya seorang yang beruntung kerana mempunyai tujuh orang anak, dan semuanya lelaki. Seorang berada di luar negeri dan enam lagi berada di sini. Bila semua anak Allahyarham masuk, saya marahi mereka. Saya mengingatkan mereka bahawa tanggungjawab saya hanyalah membantu menguruskan jenazah bapa mereka, bukan menguruskan sepenuhnya tanggungjawab tersebut. Sepatutnya sebagai anak, merekalah yang lebih afdal menguruskan jenazah bapa mereka itu, bukannya tok imam, tok bilal, tok siak. Saya kata, mungkin satu masa dahulu ibu mereka sibuk maka Allahyarham pernah memandikan mereka. Itulah jasa dan pengorbanan seorang bapa. Tetapi saya kesal kerana dalam saat-saat begini anak-anak Allahyarham tidak langsung hendak membalas jasa bapa mereka itu.

Saya kemudiannya meminta izin serta bantuan mereka untuk menonggengkan mayat itu. Takdir Allah, apabila ditonggengkan sahaja mayat tersebut, tiba-tiba keluarlah ulat-ulat yang masih hidup. Hampir sebesen banyaknya. Besen itu boleh dianggarkan besar sedikit daripada penutup bilah kipas meja. Subhanallah….suasana menjadi semakin panik. Saya terus bertenang dan berharap tidak berlaku lagi kejadian-kejadian yang lebih ganjil. Selepas itu saya mandikan semula mayat tersebut dan saya ambilkan wuduk. Saya minta anak-anaknya mengambil kain kafan. Saya bawa mayat tersebut ke dalam biliknya dan tidak diizinkan seorang pun melihat upacara itu kecuali waris yang terdekat, sebab saya takut perkara-perkara yang lebih aib akan berlaku.

Takdir Allah jua yang menentukan. Apabila mayat ini diletakkan di atas kain kafan, saya dapati kain kafan itu cukup-cukup memarasi hujung kepala dan kakinya, tidak ada lebih. Maka saya tak boleh nak ikat kepala dan kakinya. Tidak keterlaluan kalau saya katakan bahawa kain kafan itu seperti tidak mahu menerima mayat tadi. Tidak apalah, mungkin saya yang silap semasa memotongnya. Lalu saya ambil baki kain, saya potongkan dan tampungkan di tempat-tempat yang kurang. Memang kain kafan jenazah itu jadi tidak berapa elok, tetapi apa nak buat Itu sahaja yang boleh saya lakukan. Pada masa yang sama saya berdoa kepada Allah, “Ya Allah, jangan Kau hinakan jenazah ini ya Allah, cukuplah sekadar peringatan kepada hambamu ini”. Selepas itu saya berikan taklimat tentang sembayang jenazah. Tiga kali taklimat diberikan. Yang hadir cuma 13 orang saja.

Selepas menyembahyangkan jenazah tadi, satu lagi masalah timbul. Jenazah itu tidak dapat dihantarkan ke tanah perkuburan kerana tidak ada kereta jenazah. Saya hubungi JAWI, JAIS, Pusat Islam, DBKL, Polis dan sebagainya, tetapi yang peliknya, mereka juga tidak mempunyai kereta jenazah kerana kereta yang ada sedang digunakan. Dalam keadaan itu, seorang hamba Allah muncul menawarkan bantuan. Lelaki itu meminta saya menunggu sebentar untuk membolehkan dia mengeluarkan van dari garaj rumahnya. Kemudian muncullah sebuah van. Tapi ketika dia sedang mencari tempat untuk meletakkan vannya itu di kawasan rumah Allahyarham, tiba-tiba isterinya keluar. Dengan suara yang tegas dia berkata di khalayak ramai, “Abang, saya tak benarkan kereta saya ini digunakan untuk mengangkat jenazah itu sebab semasa hayatnya dia tidak pernah benarkan kita naik keretanya”. Renungkanlah, kalau tidak ada apa-apa sebab, tidak mungkin seorang wanita yang lembut hatinya akan berkata demikian. Jadi saya suruh tuan punya van itu membawa vannya balik. Selepas itu muncul pula seorang lelaki menawarkan bantuannya. Lelaki itu mendakwa dia adalah anak murid saya. Dia meminta izin daripada saya dalam 10-15 minit untuk membersihkan keretanya itu. Dalam jangka waktu yang ditetapkan itu, muncul kereta tersebut. Tetapi dalam keadaan yang basah kuyup. Kereta yang dimaksudkan itu sebenarnya adalah sebuah lori, dan lori itu digunakan oleh lelaki tadi untuk menjual ayam. Renungkanlah, pernahkan kita melihat satu jenazah dibawa ke kubur dengan lori ayam? Dalam perjalanan menuju ke kawasan perkuburan, saya berpesan kepada dua pembantu tadi supaya ahli masyarakat tidak payah membantu kami menguburkan jenazah tadi. Saya suruh mereka pergi kubur saudara mara dan sahabat mereka, itu lebih baik. Saya tidak mahu mereka melihat apa-apa lagi peristiwa ganjil. Rupanya apa yang saya takutkan itu berlaku sekali lagi – takdir Allah yang terakhir amat memilukan. Bila sampai sahaja jenazah tersebut ke kuburnya, saya perintahkan tiga orang anaknya turun ke dalam liang lahad dan tiga lagi turunkan jenazah. Takdir Allah, apabila jasad jenazah itu mencecah sahaja ke bumi, tiba tiba air hitam yang busuk baunya keluar dari celah-celah bumi yang pada asalnya kering. Hari itu tidak hujan, tetapi dari mana datangnya air itu? Sukar untuk saya menjawabnya. Lalu saya arahkan anak Allahyarham supaya sendaikan jenazah bapa mereka dengan kemas. Saya takut nanti ia akan terlangkup….na’uzubillah. Kalau mayat terlangkup, tidak ada harapan untuk mendapat syafaat Nabi saw.

Papan keranda diturunkan dan kami segera kambus kubur tersebut. Selepas itu kami injak-injakkan tanah supaya mampat dan bila hujan ia tidak mendap. Tapi sungguh menyayukan, saya perhatikan tanah yang diinjak itu menjadi becak. Saya tahu, jenazah berkenaan ditenggelamkan oleh air hitam yang busuk itu. Melihatkan keadaan tersebut, saya arahkan anak-anak Allahyarham supaya berhenti menginjakkan tanah itu. Tinggalkan dalam suku meter, timbus dan bataskan. Ertinya kubur itu tidak dikambus hingga ke permukaan lubangnya, tetapi ia seperti kubur berlubang. Tidak cukup dengan itu, apabila saya hendak membacakan talkin, saya tengok tanah yang diinjak itu ada kesan serapan air. Masya-Allah, dalam sejarah hidup saya, inilah julung-julung kalinya peristiwa seperti itu terjadi. Melihatkan keadaan itu, saya mengambil keputusan untuk menyelesaikan pengebumian secepat mungkin. Sejak sekian lama terlibat dalam pengurusan jenazah, inilah mayat yang saya tidak talkinkan. Saya cuma bacakan tahlil dan doa yang paling ringkas. Setelah itu saya pulang ke rumah Allahyarham dan himpunkan keluarganya. Saya bertanya kepada isteri Allahyarham, apakah yang telah dilakukan oleh Allahyarham semasa hayatnya. Adakah dia pernah menzalimi orang alim, mendapat harta secara merampas, menipu rasuah, memakan harta masjid dan anak yatim? Isteri allahyarham tidak dapat memberikan jawapan. Memikirkan mungkin dia malu untuk memberitahu, saya tinggalkan nombor telefon rumah saya. Tetapi sedihnya, sehingga sekarang tidak seorang pun anak-anak Allahyarham menghubungi saya.

Untuk pengetahuan umum, anak-anak Allahyarham merupakan orang-orang yang berpendidikan tinggi sehingga ada seorang yang beristerikan orang Amerika, seorang dapat isteri orang Australia dan seorang lagi isterinya orang Jepun. Saya bertambah sedih apabila dua orang yang membantu saya menguruskan jenazah tadi menelefon saya. Mereka kata mereka menyesal membantu saya menguruskan jenazah Allahyarham kerana anak-anak Allahyarham telah menjadikan mereka sebagai musuh. Saya bertanya, adakah mereka menceritakan kisah itu kepada masyarakat? Mereka kata ‘TIDAK’. Peristiwa ini akan tetap saya ingat sampai bila-bila. Kepada masyarakat, tanyalah diri kita adakah kita mahu peristiwa itu terjadi pada diri kita sendiri, ibu bapa kita, anak kita atau kaum keluarga kita? Adakah kita mahu peristiwa ini berlaku berulang-ulang kali sehingga sampai satu masa nanti di mana masyarakat menganggap peristiwa ini sebagai perkara biasa?

Kongsikan artikel ini bersama rakan-rakan anda di facebook,


Tiada ulasan: