Ahad, 20 Mei 2012

BILA ITU HAK KITA...DAH JANJI...JANJI WAJIB TUNAI...WAJIB TUNTUT..DAN WAJIB SOKONG...TAK TUNAI JANJI DILARANG DALAM ISLAM...TAK LAYAK JADI PEMIMPIN NEGARA ATAU JADI PEMERINTAH

Annuar Musa tuntut royalti minyak untuk Kelantan

Harakahdaily, 20 Mei 2012


(Anuar Musa menandatangani kain pemidang kempen menuntut royalti minyak untuk Kelantan)

KUALA LUMPUR: Pengerusi Kesatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Datuk Annuar Musa menambahkan lagi garam pada luka Umno apabila turut menurunkan tandatangan pada kempen menuntut royalti minyak untuk kerajaan negeri Kelantan.

Lebih 20,000 tanda tangan telah berjaya di perolehi termasuk salah satu darinya adalah dari Anwar musa sendiri (gambar atas).
Anuar berada di Stadium Bukit Jalil malam tadi untuk bersama-sama memberikan sokongan kepada pasukan Red Warior Kelantan. Mereka berjaya mengalahkan Sime Darby untuk menjadi juara Piala FA.

Kembalikan Royalti Kelantan adalah kempen untuk menyokong kerajaan negeri menuntut duit royalti dari Petronas.

Dengan menandatangani sokongan ini seolah olah Anwar Musa menyokong usaha kerajaan negeri yang di terajui oleh PAS yang sudah tentu akan menimbulkan kemarahan dari Umno.

Umum mengetahui dalang di sebalik kemelut duit royalti minyak ini datangnya dari Umno yang di sertai oleh Anwar Musa bukannya dari Petronas.

Sebagaimana yang berlaku di Terengganu, Umno menyekat pemberian royalti untuk kerajaan negeri Kelantan.

Di Terengganu, kerajaan pusat pimpinan Umno menarik balik pemberian royalti untuk kerajaan negeri selepas enam bulan PAS memimpin negeri itu pada tahun 1999.

Anuar Musa pula kini dalam keadaan tersepit apabila digantung dari sebarang kegiatan bola sepak selepas mengkritik FAM.

Kini ia menjadi tanda tanya adakah Anuar Musa menongkah arus didalam polemik isu royalti di antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri Kelantan?

Perpecahan MCA mudahkan Pakatan di Johor

Hazayani Zakaria, 20 Mei 2012
KUALA LUMPUR: PAS optimis peluang Pakatan Rakyat semakin cerah untuk menggantikan BN di Johor ekoran perpecahan yang berlaku dalam parti komponennya, MCA.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, kepercayaan masyarakat Cina beralih kepada Pakatan Rakyat selepas MCA Umno BN dilihat gagal membela nasib mereka khususnya dalam isu alam sekitar di negeri itu.

"MCA tidak lagi mendapat kepercayaan kaum Cina dalam menentukan nasib mereka terutamanya melibatkan isu keselamatan mereka.

"Jadi ini ini merupakan tanggungajawab besar kepada pakatan Rakyat," katanya kepada Harakahdaily, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan sepuluh pemimpin MCA Pengerang, Johor keluar paerti akibat tidak berpuas hati dengan kepimpinan MCA pusat.

Salahuddin juga berkata, PAS khususnya harus berjiwa besar dalam membuktikan bahawa parti itu benar-benar berjuangan untuk semua kaum dan agama.

"PAS harus membuktikan yang kita berjuang untuk semua tanpa berasaskan kaum," katanya yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.

DAP cabar Najib isytihar terima keputusan PRU13

Harakahdaily, 20 Mei 2012
KUALA LUMPUR: Penasihat DAP Lim Kit Siang mencabar Datuk Seri Najib Razak membuat deklarasi terbuka bahawa beliau dan Umno BN sedia menerima apa-apa keputusan rakyat pada PRU-13 nanti termasuk pertukaran tampuk pemerintahan.

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata, deklarasi oleh perdana menteri itu penting sebagai jaminan bahawa Umno BN sedia menghormati keputusan rakyat dan supaya sebarang proses peralihan kuasa jika berlaku, dapat dilakukan secara aman.

"Adakah beliau bersedia untuk membuat deklarasi yang jelas dan nyata bahawa dia, Umno dan Barisan Nasional akan menerima keputusan pengundi dalam Pilihanraya Umum Ke13, termasuklah peralihan kuasa pada peringkat persekutuan di Putrajaya?

"Adakah beliau bersedia untuk menarik balik deklarasi beliau “walau berkecai tulang dan badan, walau bercerai jasad dari nyawa, Putrajaya akan dipertahankan walau apapun terjadi” di Perhimpunan Agung UMNO pada tahun 2010?" soal Kit Siang.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Forum “Sistem Dua-Parti–Harapan Kami” di Kuching Sarawak, malam tadi.

Cabaran tersebut katanya turut dimuatkan dalam soalannya bagi sesi Dewan Rakyat yang dijadual bersidang 11 hingga 28 Jun ini.

"Tiada siapa yang boleh berkata samada sesi Parlimen bulan Jun benar-benar akan bersidang ataupun Parlimen akan dibubarkan sebelum 11 Jun untuk memberi laluan untuk Pilihanraya Umum Ke-13.

"Bagaimanapun, sekiranya Parlimen bersidang jua dalam bulan Jun, saya telah menyediakan satu soalan untuk Perdana Menteri," katanya merujuk cabaran deklarasi tersebut.

Deklarasi itu juga ujarnya bersesuaian dengan cadangan yang dikemukakan oleh 20 orang cendikiawan dari pelbagai latar belakang berhubung kebimbangan pada PRU-13 nanti.

Diantara cadangan yang dikemukakan mereka termasuklah menyeru parti-parti politik bersepakat membuat perjanjian bahawa 'keputusan pengundi adalah muktamad dan mesti dihormati dan memastikan peralihan kuasa dijalankan secara aman'.

Mereka juga perjanjian itu disebarkan kepada umum bagi tidak menggalakkan mana-mana individu ataupun kumpulan yang mempunyai niat untuk mencetus apa-apa pertelingkahan yang berhasrat untuk menterbalikkan keputusan pilihanraya.

"DAP menyokong sepenuhnya seruan untuk semua parti politik untuk memberi komitmen yang tegas untuk “menghormati keputusan suara dan kehendak rakyat” dan “memuliakan peralihan kuasa secara aman”.

"Persoalannya adalah samada Najib, Umno BN bersedia untuk memberikan komitmen yang tidak berbelah bagi yang diperlukan," soal Kit Siang.

PAS kesal kerajaan gagal halang Irshad Manji

Anis Nazri, 20 Mei 2012
KUALA LUMPUR: PAS melahirkan kekesalan terhadap kerajaan atas kegagalan menghalang Irshad Manji memasuki negara ini, biarpun menerima bantahan awal daripada PAS.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, menegaskan kerajaan sewajarnya menghalang kemasukan Irshad dengan kuasa yang ada, lebih-lebih lagi arif mengenai pegangan Irshad.

Tegas beliau, kerajaan bukan tidak tahu mengenai Irshad, sedangkan warga Kanada itu pernah menimbulkan kontroversi sebelum ini dengan bukunya-The Trouble With Islam Today.

"Kerajaan sepatutnya menghalang lebih awal, sebelum kemasukan beliau.  Macam sekarang, ia sudah terlewat apabila buku terbarunya- Islam, Liberty and Love dilancarkan di negara ini, pagi tadi.

"Sedangkan PAS, melalui Dewan Pemuda PAS Pusat sebelum ini, ada menyerahkan nota bantahan meminta kerajaan menghalang kemasukannya," tegas beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Tegas Pesuruhjaya PAS Pahang itu lagi, kerajaan juga tidak bersikap konsisten berhubung isu LGBT ini, memandangkan bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk S. Ambiga terus dikecam kerana dikatakan penyokong LGBT.

Sebaliknya, tambah Tuan Ibrahim, kerajaan tidak bertindak tegas terhadap Irshad yang juga dikatakan pro-LGBT.

Begitu juga, katanya dengan pihak-pihak tertentu yang kononnya menentang dan mengecam Ambiga sebelum ini, apabila kemudiannya hanya berdiam diri berhubung isu Irshad.

"Bagi saya, ia hanya tindakan sandiwara politik yang dimainkan kerajaan berhubung LGBT.  Sedangkan kerajaan tidak konsisten, malah tidak menggunakan kuasa yang ada untuk menghalang program beliau," kata Tuan Ibrahim lagi.

Memandangkan buku terbaru Irshad telah dilancarkan, maka Tuan Ibrahim menggesa kerajaan agar meneliti semula dan bertindak segera terhadap penjualan buku tersebut.

Katanya, jika sebelum ini kerajaan bertindak mengharamkan buku pertamanya, hanya selepas lapan bulan dilancarkan, PAS menggesa kerajaan segera bertindak untuk buku terbaru Irshad ini.

Irshad, pernah mengarang sebuah buku yang menimbulkan kegelisahan dan kemarahan umat Islam di seluruh dunia bertajuk 'The Trouble With Islam Today' yang mengandungi idealisme sama seperti penulis novel 'The Satanic Verses', Salman Rushdie.

Manakala, buku terbaru yang dilancarkan hari ini, bertajuk 'Islam, Liberty and Love' yang dikatakan dipenuhi unsur penghinaan terhadap Islam serta perjuangannya dalam mempertahankan cara hidup sebagai seorang lesbian.

Apa agenda Komunis China ke Lurah Bilut?

Hazayani Zakaria, 20 Mei 2012

KUALA LUMPUR, 20 Mei: PAS mengesyaki ada agenda tersembunyi di sebalik tindakan kerajaan membenarkan ­kunjungan delegasi Parti Komunis China (PKC) ke Felda Lurah Bilut, Pahang, 12 Mei lalu.

Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman berkata, sedangkan sebelum ini isu komunis sangat sensitif di kalangan masyarakat.

Malah, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dikecam hebat kerana dikatakan membela komunis.

"Difahamkan PKC membuat lawatan sambil belajar dan berminat dengan pelaburan Felda Global Ventures. Kita tak kisah yang itu, tapi perkara pokoknya kenapa lawatan dibuat atas nama parti? Adakah kerajaan mengiktiraf PKC?" katanya kepada Harakahdaily hari ini.

Mazlan juga berkata, kerajaan  bersikap 'double standard' apabila menyambut kedatangan PKC sebaliknya menyekat Anak dan pemimpin Pakatan Rakyat bertemu masyarakat Felda.

"Pakatan Rakyat sering dihalang daripada masuk ke Felda, program disekat, tapi PKC senang-senang sahaja boleh masuk, menerima layanan baik daripada pihak pengurusan Felda," katanya yang juga Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat.

Sehubungan itu, Pakatan Rakyat Parlimen Bentong membuat laporan polis berhubung perkara ini semalam.

Mereka bimbang wujud elemen negatif memandangkan di Felda Lurah Bilut terdapat peneroka kaum Cina.

Tiada ulasan: