Khamis, 10 Mei 2012

ALLAH SAJA YANG TAHU....SAPE KAFIR...HANTU..HARAM JADAH DLL..CUMA YANG KITA BELAJAR TANDA2NYA...YANG PENTING SAPE NAK MENGAKU YANG BURUK2 TU DIA...SUDAH TENTU NALURI NAK YANG BAIK2..YANG MENILAI TEPAT IALAH ALLAH LAH...

Fatwa Bersih: PAS Pahang akan temui Mufti

Khairil Abdul Rahim, 10 Mei 2012
TEMERLOH, 10 Mei: PAS Pahang mengambil inisiatif akan bertemu dengan Mufti Pahang bagi berbincang tentang beberapa isu berikutan kenyataan Majlis Fatwa Kebangsaan baru-baru ini yang memutuskan perhimpunan Bersih 3.0 yang lalu sebagai haram.
Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) berkata, pertemuan tersebut adalah ekoran saranan Mufti Pahang Datuk Abdul Rahman Osman yang mengeluarkan kenyataan bersedia berbincang dengan mana-mana pihak dalam soal fatwa.

Tuan Ibrahim yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat berkata, serentak dengan itu surat rasmi akan dihantar secepat mungkin bagi menemui Abdul Rahman yang juga merupakan Ahli  Majlis Fatwa Kebangsaan.

“PAS Pahang alu-alukan kesediaan mufti untuk berbincang dan cadangkan tarikh 21 Mei ini untuk pertemuan tersebut bagi menyahut saranan tuan mufti sendiri,” katanya selepas mesyuarat AJK Harian PAS Pahang di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Abdul Rahman yang disiarkan sebuah akhbar harian semalam yang menyarankan pembangkang datang berbincang jika tidak bersetuju dengan fatwa yang dikeluarkan jika tidak berpuas hati.

Menurutnya, setiap fatwa yang dikeluarkan berserta dengan dalil dan pihaknya bersedia berbincang dengan pembangkang mengenai fatwa demonstrasi membawa kepada kerosakan harta benda, kekecohan lebih-lebih lagi ia seolahj-olah mahu menjatuhkan kerajaan sedia ada.

Dalam pada itu Tuan Ibrahim mengingatkan bahawa fatwa ialah bagi sesuatu yang belum ada hukum.

“Sedangkan pemimpin Islam sedunia Dr Yusuf Al-Qardhawi sudah ada fatwa tentang perhimpunan untuk menuntut keadilan diharuskan dalam Islam.

“Jadi saya fikir tidak perlu ada fatwa lain, sebab setiap fatwa mestilah selaras. Kalau begitu kenapa tidak dikeluarkan fatwa tentang rampasan kuasa di Perak dulu yang melibatkan taktik yang begitu keji sekali?,” soalnya.

Bagaimanapun Tuan Ibrahim tetap mengalu-alukan kesediaan Mufti Pahang untuk berbincang kerana Majlis Fatwa Kebangsaan sebelum ini tidak langsung membuka ruang perbincangan sebelum mengeluarkan fatwa.

Pada 6 Mei lalu Muzakarah ke-99 Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia memutuskan haram untuk umat Islam menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang bertujuan tidak baik, melanggar undang-undang serta mencetuskan huru hara dan kekacauan dalam negara.

Pengerusinya Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata jawatankuasa memandang serius isu itu di mana sebahagian umat Islam telah bertindak sebagai perusuh jalanan dalam banyak perhimpunan atau demonstrasi termasuk seperti yang berlaku pada perhimpunan Bersih 3.0 di ibu negara 28 April lepas.

Sementara itu, Tuan Ibrahim berharap Majlis Fatwa melihat apakah hukumnya dan tindakan yang perlu diambil terhadap orang yang menghukum seorang Islam keluar daripada agamanya.

Beliau merujuk kepada isu bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Rahim Noor yang menuduh Mursyirul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Azizi Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan, sebagai ‘bapa segala kafir’.

Memorandum kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia

Harakahdaily, 10 Mei 2012
Khamis, 10 Mei 2012

Yang Berbahagia Datuk Ranjit Ajit Singh
Pengerusi
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
3, Persiaran Bukit Kiara
Bukit Kiara
50490 Kuala Lumpur


Yang Berbahagia Datuk

Salam Sejahtera

Perkara-Perkara yang Harus Dipertimbangkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dalam Membuat Keputusan Mengenai Permohonan untuk Menyenaraikan Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVHB)

Dengan segala hormatnya kami merujuk kepada perkara di atas.

Untuk makluman Yang Berbahagia Datuk, kami mewakili pertubuhan Gerakan Selamatkan Felda (GSF), sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Terlebih dahalu, kami memohon izin untuk menyampaikan memorandum ini kepada Yang Berbahagia Datuk yang bertanggungjawab di atas urusan penyenaraian syarikat di Malaysia.

Harapan kami, perkara-perkara yang dibangkitkan di dalam memorandum ini dapat dipertimbangkan dengan seberapa segera yang mungkin demi kebaikan semua pihak berkepentingan (stakeholders) berhubung dengan pelan penyenaraian FGVHB.

Berasaskan maklumat yang terkandung di dalam “Prospektus Penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVHB)” yang dipaparkan di laman sesawang Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (http://www.sc.com.my/) mulai 27 April 2012 sehingga 18 Mei 2012 yang masih berstatus “Belum Diluluskan” (Unregistered), kami ingin manarik perhatian pihak Suruhanjaya Sekuriti Malaysia kepada beberapa perkara yang pada hemat kami, boleh menjejaskan keyakinan pelabur-pelabur dan pelbagai pihak berkepentingan sekiranya pelan untuk menyenaraikan FGVHB di Bursa Malaysia diteruskan tanpa memberi pertimbangan wajar ke atas perkara yang dibangkitkan ini.

Oleh kerana permohonan untuk menyenaraikan FGVHB masih di dalam pertimbangan pihak Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan belum lagi direstui dengan status “Telah Diluluskan” (Registered), pada hemat kami adalah wajar dan bertepatan dengan masanya bagi kami menarik perhatian pihak Suruhanjaya Sekuriti Malaysia kepada perkara-perkara berikut:

1. Tidak Ada Persetujuan dari Koperasi Pemodalan Felda (KPF) Bersabit Cadangan Penyenaraian FGVHB

Kami mendapati dari penelitian kami ke atas prospektus yang dipaparkan bahawa KPF tidak turut serta di dalam pelan penyenaraian FGVHB. Ini nampaknya mengesahkan pengumuman Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Samad baru-baru ini yang mendakwa bahawa pelan penyenaraian FGVHB tidak ada kena mengena dengan penyertaan KPF (Laporan akhbar The Malay Mail Selasa, 15 Mac 2012 bertajuk “Felda Setllers’ Support Irrelevant”). Ini membawa makna, walaupun KPF adalah pemilik 51% Felda Holdings Berhad (FHB) dan kepentingannya terlibat dalam penyenaraian, persetujuan KPF tidak diperlukan untuk menyenaraikan FGVHB.

Seperti yang terkandung di dalam prospektus, dimaklumi bahawa penyenaraian FGVHB melibatkan pemindahan anak-anak syarikat tertentu FHB yang dimiliki bersama oleh KPF (51%) dan FGVHB (49%).

Oleh yang demikian pada hemat kami, sebarang pemindahan aset daripada FHB kepada FGVHB perlu mendapat persetujuan KPF sebagai pemegang saham majoriti (51%) dan persetujuan satu pihak sahaja tidak mencukupi. Misalnya, bagaimanakah Felda Plantation Sdn. Bhd. boleh dipindahkan kepada FGVHB tanpa persetujuan KPF sedangkan KPF pemiliki 51% anak syarikat ini?

Juga, di dalam prospektus disebut bahawa sebuah syarikat tujuan khas (SPV), iaitu, Felda Asset Holdings Company (FAHC) bakal diwujudkan dan FAHC ini ditugaskan mengambil alih kuasa pengurusan dan pengawalan kepentingan KPF di dalam FGVHB yang bakal disenaraikan dengan segala kos berkaitan akan ditanggung oleh KPF.

Bukankah tindakan ini bermakna melucutkan hak KPF secara mutlak untuk menjaga kepentingan dan harta miliknya sendiri?

Selanjutnya, ia menimbulkan persoalan: Apakah persetujuaan KPF (melalui apa jua kaedah yang sah dari segi undang-undang, misalnya, mesyuarat agong khas) tidak diperlukan sama sekali untuk memindahkan kuasa pengurusan dan pengawal kepentingannya kepada FAHC?

Pada hemat kami, tindakan ini merupakan satu “rampasan kuasa” mengakibatkan pencabulan hak 220,000 ahli-ahli KPF yang mana 112,635 adalah peneroka Felda.

Selama ini, KPF tidak membayar mana-mana pihak untuk menguruskan hartanya sendiri tetapi berikutan dengan penyenaraian FGVHB, KPF bakal menanggung kos pengurusan yang akan dikenakan oleh FAHC. Ini merupakan satu penganiayaan kepada ahli-ahli koperasi.

Kami ingin bertanya kepada pihak Suruhanjaya Sekuriti Malaysia: Apakah yang akan terjadi kepada status penyenaraian FGVHB sekiranya selepas penyenaraian nanti KPF mengambil tindakan undang-undang untuk menuntut hak mengawal dan mengurus hartanya sendiri di dalam FGVHB?

Kami memohon pihak Suruhanjaya Sekuriti Malaysia mengambilkira perkara di atas dalam mempertimbangkan sama ada untuk memberi kelulusan atau tidak kepada permohonan untuk menyenaraikan FGVHB di Bursa Malaysia. Bagaimanakah mungkin harta KPF dilibatkan di dalam penyenaraian sedangkan tidak ada dokumen di dalam prospektus yang menunjukkan restu KPF telah diperolehi menyetujui pemindahan kepentingannya di dalam FHB kepada FGVHB dan penyerahan penguasaan dan pengurusan kepentingannya secara mutlak kepada FAHC yang bakal ditubuhkan itu?

Pada hemat kami, tidak wajar mana-mana pihak memindahkan kepentingan KPF kepada FGVHB tanpa persetujuannya dan merampas kuasa KPF untuk menjaga kepentingan dan hartanya sendiri dan diserahkan kepada FAHC yang tiada kena mengena langsung dengan KPF (pemilikan mahupun perjanjian).


2. Pemajakan Tanah Felda kepada Syarikat Swasta Menyalahi Akta Penempatan Berkelompok (Group Settlement Act) 1960

Dalam hal ini, kami mengajak pihak berwibawa Suruhanjaya Sekuriti Malaysia mengimbau kembali sejarah awal, secara ringkas, penubuhan Felda.

Ia bermula dengan pengenalan Akta Penempatan Berkelompok, 1960 (Group Settlement Act 1960) yang dibentangkan oleh Almarhum Tun Abdul Razak Bin Hussein, Timbalan Perdana Menteri Malaysia ketika itu, di Parlimen pada 27 April 1960. Dalam pembentangan itu beliau memberitahu bahawa matlamat GSA 1960 ialah untuk memberi tanah kepada rakyat yang tidak bertanah (giving land to the landless) serta menambah pemilikan tanah yang tidak mencukupi kepada penduduk luar bandar untuk membolehkan pencarian nafkah yang sempurna.

GSA 1960 memberi panduan dan keseragaman kepada semua negeri di Malaysia bagi mencapai hasrat kerajaan membangunan taraf hidup rakyat luar bandar.

Bermula dari masa itu sehingga awal 1990an, hampir sejuta hektar tanah ladang dibuka. Rakyat yang tidak bertanah mendapat tanah, mengeluarkan ratusan ribu penerokan dan ahli keluarga mereka daripada kemiskinan.

Kalau sekadar berhasrat untuk membuka ladang yang luas supaya ekonomi negara berkembang pesat, Almarhum Tun Abdul Razak boleh sahaja meminta kerajaan negeri menjual tanah kepada taukeh-taukeh besar yang kaya dan yang memang mengintai dan bersedia untuk menambah keluasan ladang yang mereka sudah sedia miliki. Tetapi, hasrat Almarhum ialah untuk memajukan orang miskin dan orang yang tidak bertanah.

Dengan pandangan Almarhum yang jauh, beliau memperuntukkan di dalam GSA 1960 bahawa hanya peneroka dan koperasi boleh memilik tanah di bawah Felda, tidak syarikat swasta. Dalam hubungan ini, GSA 1960 memperuntukkan dua jenis pemilikan sahaja ke atas tanah di bawah Felda, iaitu, pemilikan individu peneroka {(Section 7(2)} dan {Section 11(1)} dan melalui koperasi yang diurus oleh Felda (Section 35). Tiada apa-apa pemilikan lain yang dibenarkan oleh GSA 1960.

Selanjutnya, Seksyen 37 GSA 1960 mengkehendaki Felda sebagai pengurus tanah peneroka berunding dan mendapatkan persetujuan kerajaan-kerajaan negeri terlebih dahulu dalam membuat apa-apa peraturan, polisi dan undang-undang kecil di setiap tanah rancangan Felda. Namun, hakikatnya, kerajaan negeri tidak dibawa berunding oleh Felda dalam proses membuat peraturan, polisi dan undang-undang dan kerajaan negeri pula mengambil sikap “lepas tangan” dan menganggap Felda mempunyai kuasa mutlak ke atas setiap tanah rancangan. Maka, Felda telah, secara berterusan, bertindak menyalahi GSA 1960 tanpa sesiapa pun yang menegur.


Bahawa Felda telah menyalahgunakan tanah yang diberikan oleh kerajaan-kerajaan negeri (yang diwartakan sebagai Rancangan Tanah Berkelompok) terbukti apabila Felda sendiri mengusahakan tanah itu dengan menubuhkan Felda Plantation Sdn. Bhd. Sejak diperbadankan pada 13 Januari 1992, FPSB telah mengambilalih semua tanah Felda yang tidak diisi peneroka.

Sehingga kini, tanah Felda yang tidak berpeneroka yang telah dipungut oleh FPSB berjumlah 380,180 hektar (840,245 ekar). Kerajaan negeri tidak dibayar apa-apa dari hasil tanah ini yang keuntungan tahunannya mencecah berbilion-bilion ringgit. Tanah ini pulalah yang lupuskan kepada FGVHB, sebuah syarikat swasta yang bakal disenaraikan yang mana pemiliki sahamnya akan terdiri daripada pelabur-pelabur bukan-peneroka termasuk pelabur-pelabur asing.

Kami ingin bertanya kepada pihak Suruhanjaya Sekuriti Malaysia apakah yang akan terjadi kepada status penyenaraian FGVHB (jika diluluskan) sekiranya ada pihak bekepentingan, misalnya peneroka sendiri atau koperasi atau kerajaan-kerajaan negeri, membawa perkara ini ke mahkamah memohon GSA 1960 dikuatkuasakan?

Oleh yang demikian, pada hemat kami, pelupusan atau pemajakan tanah di bawah pengurusan FPSB kepada FGVHB menyalahi GSA 1960. Oleh itu, demi melindungi kepentingan pelabur-pelabur yang bakal melabur dalam saham FGVHB, jika ia diapongkan, kami menggesa pihak Suruhanjaya Sekuriti Malaysia mengambilkira perkara ini dalam mempertimbangkan sama ada untuk memberi kelulusan atau tidak kepada permohonan untuk menyenaraikan FGVHB di Burma Malaysia. Dari segi undang-undang, adalah jelas bahawa hanya peneroka dan koperasi yang boleh memiliki tanah berkenaan.

3. Pendedahan Maklumat yang Terbatas kepada Pelabur-Pelabur

Dalam Bahagian 14: “Approvals and Conditions” di dalam prospektus diperhatikan bahawa pemohon ada memohon pelbagai pengecualian (waivers) dari keperluan mematuhi peraturan-peraturan tertentu di bawah “Equity Guidelines” dan “Prospectus Guideleines” yang membawa kesan menafikan pelabur-pelabur maklumat penting dalam membuat keputusan pelaburan. Di antara pengecualian penting yang dipohon termasuklah:

(a) Pengecualian daripada keperluan untuk mendedahkan maklumat terperinci mengenai anak-anak syarikat dan syarikat-syarikat bersekutu di dalam permohonan kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan di dalam prospektus {Item 4(a) and (d) of Appendix 1 and Paragraph 8.01(a) to (d) of the Prospectus Guidelines}.

(b) Pengecualian daripada keperluan mendedahkan di dalam prospektus terma-terma penting di dalam Perjanjian Pemajakan Tanah (Land Lease Agreement), perjanjian sewa (tenancy agreement) berhubung dengan tanah-tanah di bawah Felda (Felda-based lands) dan perjanjian pembekalan dan penghantaran Tandan Buah Segar (FFB) oleh FGV Plantation Malaysia kepada kilang-kilang milik F Palm Industries dan pembekalan dan penghantaran CPO dari F Palm Industries kepada FGV Plantation Malaysia {Paragraph 8.02 (m) and 18.01 (c) of the Prospectus Guidelines).

(c) Pengecualian dari keperluan memasukkan di dalam prospektus laporan audit berkait dengan penyata kewangan diaudit.

Jika Suruhanjaya Sekuriti Malaysia meluluskan permohonan pengecualian-pengecualian di atas, ia akan menyebabkan kesukaran bagi pelabur-pelabur untuk menilai prestasi dan kedudukan kewangan syarikat dan untuk membuat keputusan pelaburan. Ia adalah perbuatan menyembunyikan maklumat, bertentangan dengan prinsip-prinsip keamanahan (integrity), ketelusan (transparency), kebertanggungjawaban (accountability) dan urustadbir yang baik (good governance) dan merupakan satu ketidakadilan kepada pelabur-pelabur.

Pada hemat kami, pelabur-pelabur mempunyai hak untuk mendapatkan maklumat terperinci mengenai syarikat yang hendak di senaraikan di Bursa Malaysia bagi membolehkan mereka menilai risiko-risiko pelaburan dan membuat keputusan pelaburan terbaik. Kami menggesa supaya di dalam membuat keputusan mengenai perkara ini, pihak Suruhanjaya Sekuriti Malaysia hendaklah mengutamakan kepentingan orang ramai.

4. Ahli Lembaga Pengarah FGVHB Mempunyai Rekod Kelakuan yang Mengundang Persoalan

Dalam Bahagian 2 bertajuk “Corporate Directory” di dalam prospektus yang dipaparkan, disenaraikan Ahli Lembaga Pengarah FGVHB. Di antaranya terdapat nama Tan Sri Haji Mohd. Isa Dato’ Haji Abdul Samad dengan jawatan sebagai “Pengarah Syarikat.”

Kami ingin menarik perhatian pihak Suruhanjaya Sekuriti Malaysia bahawa Lembaga Disiplin UMNO telah menggantung keahlian Tan Sri Haji Mohd. Isa Dato’ Haji Abdul Samad selama tiga tahun (24 Jun 2005 hingga 23 Jun 2008) kerana disabitkan kesalahan amalan politik wang dalam Perhimpunan Agong UMNO 2004. Jawatan Naib Presiden UMNO yang dimenangi beliau dilucutkan.

Lembaga Disiplin UMNO (dipengerusikan Tan Sri Tengku Ahmad Ritahuddeen Tengku Ismail) mendapati beliau bersalah dalam lima daripada sembilan pertuduhan termasuklah membeli undi.

Beliau membuat rayuan pada 6 Julai 2005 tetapi Majlis Tertinggi UMNO menolak rayuan tersebut mensahihkan bahawa kesalahan membeli undi para perwakilan yang beliau lakukan adalah serius yang tidak wajar dipandang ringan.

Dalam kontek demokrasi yang diamalkan di negara ini, kesalahan membeli undi merupakan pengkhianatan kepada proses demokrasi. Berikutan dengan sabit kesalahan itu, beliau meletakkan jawatan sebagai Menteri Wilayah Persekutuan pada 17 Oktober 2005, satu lagi bukti bahawa kesalahan yang beliau lakukan ini serius dan mencacatkan kedudukan beliau sebagai seorang penjawat awam.

Walaupun kes beliau tidak pernah dibawa dan dibicarakan di mahkamah namun hakikatnya ialah beliau telah didapati bersalah dengan kesalahan-kesalahan yang berunsur ketidakamanahan (dishonesty) dan penipuan (fraud). Dalam semangat Peruntukan 99c Akta Industri Sekuriti 1983 kesalahan yang beliau lakukan sudah cukup berat untuk tidak melayakkan (unfit) beliau diberi peranan, secara langsung atau tidak langsung, dalam pengurusan sebuah syarikat awam tersenarai. Kalau jawatan menteri boleh lucut akibat kesalahan itu, maka, dalam semangat yang sama, jawatan beliau sebagai pengarah syarikat tersenarai lebih wajar dilucutkan.

Pada hemat kami, kehadiran beliau sebagai pengarah di dalam syarikat tersenerai yang paling besar di Malaysia dan syarikat tersenarai sektor perladangan yang terbesar di dunia bakal mengundang natijah yang tidak sehat kepada pelabur-pelabur dan kepada reputasi dan kewibawaan pasaran sekuriti di Malaysia.

Demi nama baik syarikat, maruah pasaran sekuriti Malaysia dan demi menjaga keyakinan pelabur-pelabur, kami memohon pihak Suruhanjaya Sekuriti Malaysia mengambilkira perkara ini dalam mempertimbangkan sama ada untuk memberi kelulusan atau tidak kepada permohonan untuk menyenaraikan FGVHB di Bursa Malaysia. Kami menggesa pihak Suruhanjaya Sekuriti Malaysia supaya meluluskan hanya orang-orang yang benar-benar mempunyai rekod kelakuan bersih dan tidak tercemar untuk berada di dalam Lembaga Pengarah syarikat awam tersenarai. Malaysia tidak kekurangan orang-orang yang bersih yang layak menjaga harta orang ramai.

Dengan ini kami menggesa pihak Suruhanjaya Sekuriti Malaysia supaya sekurang-kurangnya menangguhkan pemberian kelulusan kepada permohonan untuk penyenaraian FGVHB di Bursa Malaysia sehingga perkara yang dibangkitkan di dalam memorandum kami ini ditangani dengan sewajarnya.

Perkara di atas kami kemukakan untuk pertimbangan Yang Berbahagia Datuk. Kesediaan Yang Berbahagia Datuk menerima memorandum kami ini, didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian. Salam sejahtera sekali lagi.



Yang Benar, Yang Benar,


Dr. Rosli Bin Yaakop Mazlan Aliman
Penasihat Ekonomi Penyelaras
Gerakan Selamatkan Felda (GSF) Gerakan Selamatkan Felda (GSF)
Memo SSM

Tamparan hebat buat pengerusi SPR, timbalan

Tarmuzi Nek,
Penarikan balik Rang Undang-Undang Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 2012 adalah bukti kukuh bahawa Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR tidak layak memegang jawatan masing-masing.

Rang undang-undang tersebut telah dibuat secara membuta-tuli. Jika tidak pasti ia akan disokong oleh ahli-ahli parlimen BN, juga secara membuta-tuli. Pengerusi dan timbalannya telah ‘buta dan tuli’. Ini adalah alasan kukuh untuk mereka  melepaskan jawatan.

Saya benar-benar kagum dengan sikap Timbalan Pengerusi SPR. Dalam respons segera melalui media, dia berkata  bahawa rang undang-undang itu telah dicadangkan dengan niat untuk memperbaiki sistem pilihan raya.

“SPR faham masalah-masalah yang dihadapi kerana kakitangan SPR tahu apa yang berlaku dan bagaimana untuk melaksanakan tugas. Jika tidak, pasti SPR tidak akan mencadangkan sesuatu yang boleh membawa kepada lebih masalah,” katanya, menegakkan benang basah. Beliau begitu kental dengan keegoannya.

Wahai pengerusi SPR dan timbalan, jika tidak mahu melepaskan jawatan, tolonglah transformasikan diri sendiri dan organisasi. Libatkanlah pihak-pihak yang berkepentingan apabila perlu.

Umno "father of all evils'

Mohd Rashidi Hassan, 10 Mei 2012
POLITIK Malaysia semakin ganas dan kasar. Ayat-ayat lucah dan kurang ajar sentiasa dicanang media arus perdana, sama ada dalam bentuk cetak dan elektronik, termasuk laman facebook milik anggota Umno-Barisan Nasional.

Kata-kata nista dilemparkan terhadap pemimpin-pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat dengan sehodoh-hodoh ayat, antaranya 'father of kafir,' syaitan, iblis, anjing dan sebagainya.

Itu tidak termasuk dengan menyiarkan gambar-gambar lucah, menggunakan ibu kepada pemimpin Pakatan Rakyat untuk mencerca anak kandungnya sendiri menerusi tv dan akhbar, dengan niat dan tujuan yang amat jahat.

Apa sebab dan apa tujuannya, Umno dan media kawalannya begitu gemar memainkan politik kotor dengan kata-kata jijik sebegini rupa? Apa hasilnya yang mereka perolehi dengan membuat serangan yang bersifat terlalu peribadi kepada individu tertentu seperti Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Anwar Ibrahim, Azmin Ali dan sebagainya?

Sebab yang utama ialah, mereka sudah termasuk dalam golongan bangsat politik, haprak dan tidak berani berhadapan dengan Pakatan Rakyat secara hujah akademik atau intelektual.

Kerja orang Umno, pemimpin Umno, NGO tajaan Umno, terutamanya media yang menjadi barua Umno, yang mereka tahu hanyalah  memaki hamun dan melemparkan kata nista kepada pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat.

Isu kafir mengkafir bukan perkara baru. Sekarang mereka tuduh Tuan Guru Nik Aziz. Di Terengganu mereka memainkan polemik 'Amanat Haji Hadi', ucapan Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Banggol Peradong yang dibuat lebih 25 tahun yang lalu.

Kita ajak mereka dengan baik. Jomlah kita berdebat dalam isu kafir mengkafir ini. Mereka (Umno) takut. Okay, tidak perlu debat, kita ajak muzakarah isu kafir mengkafir, juga Umno mengelak.

Kalau pemimpin Umno takut, kita jemput mana-mana mufti, alim ulama yang pro-kerajaan, mari sama-sama kita bermuzakarah dalam isu ini dengan semangat Islam, berlandaskan panduan al-Quran dan hadis, juga mereka tidak berani. Sudah berpuluh tahun kita menunggu Umno, berdebat atau bermuzakarah atau berbincang dalam isu kafir mengkafir, malangnya tiada 'seekor' pun yang berani menjadi 'anak jantan'.

Malah dalam isu kenegaraan, politik dan ekonomi, Ketua Pembangkang berkali-kali mengajak Perdana Menteri berdebat, juga dia tidak berani dengan macam-macam alasan.

Yang mereka berani hanyalah memaki hamun dan mencerca dalam media, laman sesawang dan sebagainya. Yang mereka guna untuk memaki hamun, adalah golongan 'parashit' bekas-bekas pemimpin KeADILan serta mantan PM yang di bawah kepimpinannya, Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor membelasah Anwar dalam keadaan bergari dalam sel polis.

Selepas tersiar gambar Anwar lebam mata, mantan PM yang tidak sedar diri itu mengeluarkan kenyataan, yang disiarkan, diulangi dalam media pencacai Umno-BN, bahawa Anwar mencederakan dirinya sendiri kerana hendak mencari simpati politik.

Bila dibuat inkuiri dan jelas didapati Rahim Noor bersalah memukul Anwar, mantan PM dan media yang celupar itu, tidak sesekali mahu memohon maaf, malah membebaskan samseng yang berjawatan Ketua Polis Negara dari sebarang pertuduhan.

Ini sebahagian daripada bukti bahawa mereka tiada hujah. Mereka dangkal dan tidak rasional sama sekali. Rasional atau tidak sesuatu isu, bukan menjadi kepedulian mereka. Yang penting bagi Umno, mereka berasa amat puas dengan terhamburnya kata-kata nista dan cercaan dari mulut mereka.

Tidak cukup dengan mendedahkan keburukan individu, media pro Umno menggunakan ibu Azmin iaitu Che Tom Yahaya, dengan linangan air mata mencerca anak sendiri dengan mendakwa anaknya itu sudah derhaka.

Pada saya bukan soal membela Azmin atau sesiapa di sini. Isunya, jika kita letak diri kita sebagai ibu bapa, sejahat mana atau senakal mana, anak kita pun, adakah kita sebagai ibu, tergamak untuk memaki anak kita di hadapan orang ramai?

Jika kita letak pula kedudukan kita dalam kedudukan Azmin pula. Anak manalah yang tidak terasa, tidak kecewa dengan ibunya, apabila sejak tahun 1999, ketika beliau bertanding di dalam kerusi Dewan Undangan Negeri Hulu Kelang, ibunya sudah digunakan di pentas ceramah BN untuk menyerang beliau.

Isu yang dibawa Umi Hafilda, menyerang abangnya bermula sejak Anwar dijatuhkan pada 1998. Ini bukan isu baru. Ia sudah berlalu 14 tahun yang lampau. Jika isu hubungan Anwar-Azmin-Shamsidar Taharin (isteri Azmin) ini benar dan diterima rakyat, sudah nama Anwar dan Azmin pupus dalam politik negara.

Nasihat kita, jika Umi Hafida dan Che Tom atau anak-beranak mereka pandai menjaga maruah, mereka tidak harus sesekali mendedahkan apa jua yang perkara yang disifatkan sebagai aib keluarga, kepada seluruh dunia. Malulah sikit.

Malah, tidak perlu juga penubuhan pelbagai NGO cabuk, yang kemudian ini dinamakan Kelab TIBAI (Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim) yang ditaja bekas-bekas KeADILan.

Dengan perasaan tidak tahu malu, mereka menamakan pemimpin mereka sebagai Mursyidul Am. Suatu jawatan mulia yang digunakan dalam gerakan Islam dari Semenanjung Arab sehingga seluruh dunia.

Layakkah Zahid Mat Arip yang bacaan al-fatihahnya tidak berapa kemas, menjawat jawatan Mursyidul Am? Usahlah Zahid, buat malu pada Pak Lang Tamrin Ghafar sahaja.

Mereka tidak ada kerja selain memaki Anwar, KeADILan dan Pakatan Rakyat. Mereka buat pelbagai gimik, dengan tampungan dana daripada Umno, dengan sokongan media pro Umno, semata-mata untuk menyuburkan politik kebencian terhadap seorang individu atau organisasi.

NGO cabuk ini hanya 'serve to the only one evil master'. NGO dan segala politik cabuk tajaan Umno ini tidak harus dibalas dengan kata-kata yang baik. Hari ini mereka membuat pelbagai onar, malangnya hanya menjadi bahan gelak ketawa rakyat.

Rakyat ketawa kepada mereka kerana mereka memang grup cibai. Cibai bukan kata mencarut. Cibai diguna untuk membalas kumpulan Tibai. Mereka yang menamakan diri sebagai Kelab TIBAI ini hanya layak digelar CIBAI (Cemburu Individu Bernama Anwar Ibrahim). Hahaha..

Kajian BN menang di Perak: PAS ambil sikap positif

Salmiyah Harun, 10 Mei 2012

(Hasil kajian yang dibuat oleh UMCEDEL di Perak)

KUALA LUMPUR: PAS Perak mengambil pendekatan positif terhadap hasil kajian yang dibuat oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) yang menyebut BN akan menang di negeri itu dalam pilihan raya umum ke 13 nanti.

Pesuruhjaya PAS Perak, Abu Bakar Hussin (gambar) berkata, beliau menghormati kajian yang dibuat oleh UMCEDEL walaupun ia memberi hasil negatif kepada Pakatan Rakyat Perak.

"Banyak kajian yang dibuat baik Merdeka Centre atau UMCEDEL dan sebagainya malah hasil kajian itu ada positif dan negatif terhadap Pakatan Perak.

"Apa yang harus kita buat dalam keadaan genting ini, dari semasa ke semasa kita menyusun strategi untuk mencapai kemenangan," katanya kepada Harakadaily.

Apa yang lebih penting, katanya buat persiapan dalam semua keadaan tanpa dipengaruhi oleh sentimen kajian walaupun dalam masa yang sama kajian juga boleh membantu.

"Saya nasihatkan teruskan bertugas untuk perkasakan jentera parti, turun padang, susun strategi, beri kefahaman kepada rakyat.

"Sekarang ini kita sedang berusaha untuk menangkis semula fitnah Umno yang tidak masuk akal, kalau tidak dijelaskan nanti rakyat percaya," katanya.

Beliau yakin Pakatan rakyat Perak akan memberi perkhidmatan yang terbaik dengan menterjemahkan Buku Jingga yang yang ditawarkan jika diberi mandat dalam pilihan raya nanti.

UMCEDEL mendapati, BN mendahului PAS dalam perebutan kepercayaan rakyat dalam pilihan raya umum akan datang.

Dalam kajian itu, UMCEDEL mendapati, 36 peratus Melayu menyokong BN dan 34 hanya 30 peratus Melayu yang menyokong Pakatan dan  34 peratus lagi tidak pasti.

Untuk orang Cina pula, kajian itu mendapati 35 peratus menyokong BN, Pakatan Rakyat (30 peratus) dan tidak pasti (35 peratus).

67 peratus India pula menyokong BN, hanya lima peratus menyokong Pakatan dan 28 peratus tidak pasti.

Bagi Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin (gambar kiri) kajian itu tidak berpijak dibumi nyata.

Malah katanya, daripada kajian dalaman yang dijalankan Pakatan Rakyat Perak sendiri menunjukkan keputusan yang diperolehi memihak kepada Pakatan Rakyat.

"Saya tidak hirau apa yang dibuat oleh UM, sebab kajian yang kita buat sendiri memihak kepada Pakatan Rakyat, kajian UM ini bagi saya adalah tidak berpijak di bumi yang nyata," katanya.

Bagaimanapun katanya, Pakatan Rakyat Perak sentiasa mengambil langkah bersiap sedia dan memperkemaskinikan jentera pilihan raya dengan program yang berlipat kali ganda lebih-lebih lagi waktu ini.

Sementara itu, Pengarah Pilihan Raya PAS Perak Asmuni Awi (gambar bawah) berpendapat kajian yang dibuat perlu merangkumi pelbagai aspek dari sudut faktor ekonomi, latar belakang responden, lokaliti, dan banyak lagi.

"Faktor-faktor itu memainkan peranan dalam satu-satu kajian barulah boleh buat keputusan,"katanya.

Malah katanya, akhir-akhir ini sokongan bangsa Cina kepada Pakatan Rakyat amat ketara apatah lagi selepas berlakunya Bersih 3.0, tetapi beliau akui kemerosotan sokongan India tetapi tidak ketara.

Bagaimanapun, katanya, minimum 40 peratus sokongan India kepada Pakatan Rakyat Perak sudah memadai untuk mendapat balik kerajaan.

"Begitu juga undi Melayu,  45 peratus sudah cukup memadai untuk kita menang," katanya.

Namun, katanya jentera pilihan raya yang kuat adalah senjata utama bagi sesebuah parti untuk menang dalam pilihan raya.

"Dari semasa ke semasa kita sentiasa memberi semangat dan memperkuatkan jentera pilihan raya kita, agar ia memberi kemenangan kepada Pakatan Rakyat dalam PRU nanti," katanya.

Harakah tidak sebut Umno Selangor

Muhammad Faizal, 10 Mei 2012
SHAH ALAM: Mahkamah diberitahu, berita yang dilaporkan Harakah berhubung siasatan Jais ke atas gereja DUMC bukan dinyatakan Umno Selangor.

Namun begitu persoalan timbul kenapa Umno Selangor terasa berita itu ditujukan kepada mereka sehingga menyebabkan Umno Selangor menyaman pemimpin PAS dan Harakah.

Perkara ini dibangkitkan oleh peguam Mohamed Hanipa Maidin ketika menyoalbalas saksi pihak plaintif iaitu Setiausaha Perhubungan Umno Selangor, Datuk Datuk Seri Mohd Zin Mohamed.

Umno Selangor menyaman Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan Harakah ekoran laporan yang mendakwa Umno di belakang siasatan Jais ke atas gereja itu.

Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Ahmad Zaki Husin bertindak sebagai hakim.

Mahkamah Tinggi yang bersambung semula perbicaraan pada jam 3.45 petang tadi mendengar keterangan plantif, Setiausaha Perhubungan Umno Selangor, Ir Datuk Seri Mohd Zin Mohamed.

Ketika sesi soal jawab, peguam Mohamed Hanipa Maidin memulakan pertanyaan dengan menyoal Mohd Zin bahawa di dalam artikel yang dikeluarkan Harakah itu tidak menyebut langsung perkataan Umno Selangor.

Mohd Zin yang bersetuju dengan apa yang ditanyakan itu namun tetap berkeras untuk menerangkan maksud perkataan 'Umno' di dalam artikel tersebut merujuk kepada Umno Selangor.

Tambah Hanipa lagi, dalam artikel tersebut secara jelas hanya menyebut Umno sahaja tanpa melibatkan perkataan Umno Selangor, beliau sendiri tidak pasti atas dasar apakah plantif merujuk perkataan tersebut ditujukan kepada Umno Selangor.

Dalam pertanyaan yang lain, Hanipa turut menimbulkan persoalan bagaimana plantif, Mohd Zin boleh mengemukakan saman tersebut sedangkan pada masa pendaftaran pertubuhan Umno dibuat telah diletakkan nama seorang individu yang merupakan kakitangan awam yang boleh menyaman.

Jelasnya, sepatutnya saman itu dikemukakan oleh individu tersebut.

Selain pertanyaan tersebut, beberapa perkara dibangkitkan termasuk juga dengan pertubuhan Umno yang pernah diharamkan sebelum ini.

Hakim menetapkan perbicaraan kes saman RM10juta yang difailkan oleh Umno Selangor terhadap beberapa pemimpin tertinggi dan Harakah disambung esok 11 Mei jam 10 pagi.

Mahkamah akan menampilkan beberapa saksi dari pihak plantif termasuk dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan juga pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Pagi tadi, wartawan Harakah dari Terengganu, Khairul Azlam Mohamad dipanggil sebagai saksi.

Tiada ulasan: