Selasa, 22 Mei 2012

POLITIK ISLAM

Siasah Syar’iyyah Dan Perlaksanaannya Pada Masa Kini

siasah_islamiahSiasah Syar’iyyah atau Sains Politik Islam merupakan suatu peruntukan khas anugerah Allah swt kepada pimpinan negara/negeri Islam yang menjadikan Al-Qur’an dan Sunnah al Nabawiyah sebagai perlembagaannya. Ianya muncul bersama kelahiran Kerajaan Islam yang pertama di Madinah al-Munawwarah yang dipimpin sendiri oleh baginda s.a.w. Kemudian diikuti pula di zaman pemerintahan para khalifah al-Rasyidin r.a. ajma’in dan di zaman selepasnya. Fungsi dan tugasnya amat penting dalam menangani dan menyelesaikan masalah-masalah semasa yang sentiasa membaru yang memerlukan kepada jawapan yang tepat dan bijaksana dengan mengambil kira kesesuaian dan ketepatannya dengan kehendak Syariah Islam yang mulia. Maka sudah tentu pihak yang berautoriti dalam menentukan hukum-hukum menerusi Al-siyasah al-Syar’iyyah ialah pimpinan kerajaan Islam yang memiliki keupayaan berijtihad secara jama’ie hasil gabungan antara para ulamak dan kumpulan profesional seperti yang pernah dilakukan di zaman pemerintahan Khalifah Harun al-Rasyid ketika baginda meminta Al-Qadhi Abu Yusuf menyediakan rangka cadangan kutipan hasil-hasil pertanian termasuklah menyediakan infrastruktur ke arah menjayakan projek tersebut begitu juga mengenai sistem pengairan yang baik dan teratur. Maka dengan kerjasama Osman bin Hunaif, seorang juruukur yang terkenal pada masa itu, maka petua Al-Qadhi Abu Yusuf telah berjaya dihasilkan dan dikenali dengan nama al-Kharaj. Melihat kepada kedudukan kita sebagai sebuah jama’ah Islamiyah yang dilihat sebagai sebuah jamaah yang memiliki keupayaan memanfaatkan kesemua tenaga para ulamak dan professional kita dalam membina keutuhan hukum, undang-undang, peraturan-peraturan yang sebahagiannya terpaksa mengambil kira kesesuaian masa dan tempat berdasarkan kepada prinsip-prinsip dan kaedah-kaedah syarak yang konkrit.

PEMBAHAGIAN HUKUM SYARAK

Sepanjang kajian kita dalam bidang syariah, kita mendapati bahawa hukum-hukumnya terbahagi kepada dua bahagian:

Pertama: Dikenali sebagai hukum-hukum syarak yang ‘kulliyah’

Iaitu hukum-hukum syarak yang tetap dari segi prinsip dan pelaksanaannya dan tidak tunduk kepada sebarang perubahan masa dan tempat sehinggalah ke Hari Kiamat.

Sebagai contoh, hukum-hukum mengenai urusan aqidah, akhlak, ibadah, undang-undang keluarga (pusaka), hudud dan qisas.

Kedua : Dikenali sebagai hukum-hukum syarak yang ‘juz’iyah’.

Hukum-hukum ini agak berbeza dengan hukum-hukum syarak yang pertama kerana perlaksanaan hukum-hukum ini boleh berubah berdasarkan kepada perubahan masa dan tempat walaupun prinsip-prinsipnya masih kekal dan tidak berubah.

Sebagai contoh, pelaksanaan konsep Al-Syura boleh menerima perubahan daripada semasa ke semasa sedangkan prinsip atau konsepnya kekal dan tidak berubah sepertimana yang berlaku selepas kewafatan baginda saw khususnya di zaman khulafa’ al-Rasyidin r.a. Hukum-hukum syarak di bahagian inilah yang pernah diungkapkan oleh para ulamak dengan kata mereka: “Di sana terdapat beberapa hukum syarak yang berkait rapat dengan ‘illah (sebab), dengan kata lain adanya ‘illah ada hukumnya dan tiada ‘illah maka tiada hukumnya”. Sebagai contoh, sepertimana tindakan Saidina Umar al-Khattab r.a. memberhentikan pemberian zakat kepada ketua-ketua Quraisy yang masih kafir yang sebelum ini pernah mendapatnya di zaman baginda Rasulullah saw, di zaman Saidina Abu Bakar r.a. dan di awal zaman pemerintahan baginda sendiri (sebelum pembukaan Rom dan Parsi).

Hukum-hukum syarak bahagian kedua inilah yang dikenali dengan Al-Hukum al-Siasah al-Syar’iyyah.

PENGERTIAN SIASAH SYAR’IYYAH

Para ulamak mengemukakan dua takrif siasah syar’iyyah:

1. Takrif ‘Am

Siasah Syar’iyyah mengikut takrif ‘am diertikan sebagai peraturan-peraturan dan undang-undang yang digubal untuk mengurus dan mentadbir negara di mana ianya sejajar dengan prinsip-prinsip dan kaedah-kaedah syarak walaupun tidak terdapat dalil-dalil yang tafsiliy. Takrif ini merangkumi semua aspek peraturan dan undang-undang samada yang berkaitan dengan lembaga penggubal, pelaksana dan kehakiman termasuklah juga urusan-urusan perlembagaan, soal dalam dan luar negara. Di antara buku-buku yang ditulis berkaitan dengan siasah syar’iyyah seperti Al-Hukum al-Sultaniyah karangan Al-Imam al-Mawardi Al-Syafi’e dan Qadhi Abu Ya’ia Al-Hanbali, kitab Al-Siasah al-syar’iyyah fi Islah al-Ra’i wa Ra’iyyah karangan Al-Imam Ibn Taimiyah dan kitab Tafsir al-Hukum oleh Ibn Firhaun.

Kitab-kitab yang serupa ini menyebutkan perkara-perkara yang menjadi kewajipan ke atas pemerintahan perkara-perkara yang menjadi kewajipan ke atas pemerintahan kerajaan Islam terhadap rakyat jelata dalam semua aspek kehidupan.



2. Takrif Khas

Ia diertikan sebagai suatu hukum yang agak keras yang dipetik daripada dalil-dalil yang ijmaliyah sekiranya hukum fiqh biasa tidak dapat mencapai matlamat di mana hukum serupa itu disyariatkan.

Ianya seolah-olah menyerupai undang-undang khas yang digubal apabila negara berada di dalam keadaan darurat.

Ibn Nujaim al-Hanafi menjelaskan tentang hukuman zina menyatakan bahawa siasah syar’iyyah bermaksud suatu tindakan yang dilakukan oleh pemerintahan demi untuk suatu maslahah walaupun tindakan tersebut tidak disokong oleh dalil yang juz’ie, seperti mengenakan hukuman buang daerah kepada penzina yang belum muhsan selain disebat sebanyak seratus kali. Untuk menjelaskan lagi kedudukan siasah syariyyah, para ulamak memberikan beberapa contoh antaranya seperti berikut:

1.Boleh dikenakan hukuman bunuh ke atas pencuri yang berulang kali melakukan jenayah tersebut.

2.Seseorang yang dituduh mencuri yang enggan mengaku bersalah, pihak berkuasa boleh mengenakan hukuman ta’zir seperti mengurungnya atau menyebatnya dengan syarat pada hemat pihak berkuasa bahawa besar kemungkinan tertuduh sememangnya terbabit dalam kes kecurian tersebut dan barang yang dicuri masih berada di tangannya. Sedangkan jika menurut hukum fiqh biasa, kes seperti di atas pihak pendakwa akan mengemukakan keterangan dan bukti-bukti yang mensabitkan pertuduhan ataupun pihak tertuduh bersumpah menafikan tuduhan tersebut

3.Rasulullah saw pernah disoal mengenai unta dan kambing yang hilang di padang pasir. Baginda menyuruh agar sekiranya kambing-kambing itu dijumpai hendaklah mereka mengurungnya sehingga didapati tuannya dan diserahkan kepadanya semula. Adapun mengenai unta-unta yang hilang, baginda mengarahkan agar binatang tersebut dibiarkan begitu sahaja sehinggalah tuannya menjumpainya. Hukum ini berkuatkuasa sehinggalah zaman Saidina Othman bin Affan r.a. Di zaman baginda keadaan dan suasana agak berbeza dengan keadaan sebelumnya di mana perompak dan penyamun bermaharajalela hatta di padang pasir. Kerana itu, baginda memerintahkan agar unta dan kambing yang hilang ditangkap dan dikurung sementara menunggu kehadiran tuan empunya, sedangkan sebelum itu apa yang dibimbangkan hanyalah binatang-binatang buas seperti singa dan harimau. Kambing sebagai binatang yang kecil dan lemah tentunya tidak mampu melawan binatang buas tersebut sepertimana unta.

Di zaman Saidina Ali r.a. pula, segala –perbelanjaan untuk menjaga binatang tersebut diambil daripada Baitul Mal.

4.Saidina Umar r.a. menjatuhkan talak tiga ke atas lelaki yang menceraikan isterinya (talak tiga) dengan satu lafaz.

5.Penulisan mushaf di zaman Saidina Abu Bakar r.a.

6.Mengadakan jabatan-jabatan di zaman Saidina Umar r.a.

7.Dasar Saidina Umar r.a. mengekalkan tanah-tanah yang dibuka di Iraq kepada tuan-tuan empunya disamping mengenakan cukai (al-kharaj) ke atas tanah tersebut sekiranya mereka masih menganut agama asal mereka

8.Keputusan Saidina Umar r.a. membuang daerah seorang pemuda di Madinah yang bernama Nasr bin Haliaj. Pemuda ini memiliki rupa paras yang amat kacak sehingga mempesonakan seorang gadis di kota suci itu. Mulanya Umar r.a mengarahkan pemuda itu dicukur. Namun, rupa parasnya masih lagi cantik. Akhirnya dia dibuang daerah ke Basrah, Iraq. Pada hemat Saidina Umar r.a., jika pemuda tersebut masih dibiarkan berada di Madinah, kemungkinan besar gadis-gadis lain turut terpesona dengan kekacakannya.

Ini suatu fitnah yang besar terutama di kota suci Madinah. Berlainan sekiranya kalau pemuda itu di Basrah sebab beliau dikira terasing di tempat orang. Lagipun, mungkin dia akan bersikap lebih waspada terhadap dirinya.

HUKUM-HUKUM YANG DIPUTUSKAN MENERUSI SIASAH SYARIYYAH

Perlu ditegaskan bahawa semua hukum yang diputuskan menerusi Al-Siasah al-Syar’iyyah ianya juga digolongkan sebagai hukum-hukum syariah. Ini kerana ianya ditentukan menerusi dalil-dalil syariah yang umum sepertimana ia diputuskan melalui al-Maslahah al-Mursalah yang diguna pakai sebagai salah satu sumber hukum. Oleh itu, penggunaan istilah al-Hukum al-Siasah al-Syar’iyyah yang terdapat di dalam kitab-kitab berkenaan adalah penggunaaan istilah biasa dan tidak berubah kandungan dan struktur hukum-hukum tersebut.

Hukum-hukum tersebut memberi keluasan dan kelonggaran kepada pemerintah kerajaan Islam dalam melaksanakan keadilan dan memastikan kemanan tumbuh subur di dalam kehidupan masyarakat dengan syarat ianya bebas daripada sikap keterlaluan dan kecuaian dan berish daripada sebarang kepentingan diri.

Hukum-hukum yang diputuskan melalui siasah syar’iyyah lebih bersifat fleksibel. Walaubagaimanapun, para ulamak meleraikan syarat-syarat berikut:

1.Ianya diputuskan oleh pemerintah negara dan kerajaan Islam yang menjadikan Al-Qur’an dan Al-Sunnah sebagai perlembagaannya. Kerajaan yang tidak Islam atau orang perseorangan tidak berhak menjadikan siasah syar’iyyah sebagai saluran untuk mengeluarkan hukum-hukum tersebut.

Maka dalam konteks kita sebagai sebuah Jama’ah Islamiyah yang setakat ini diamanahkan oleh Allah SWT untuk mentadbir dua buah negeri Kelantan dan Terengganu, di samping DUN-DUN dan Parlimen yang kita kuasai, maka pada hemat penulis, kita sudah berupaya insya-Allah untuk mengeluarkan hukum-hukum dan peraturan-peraturan menerusi al-Siasah al-Syar’iyyah lebih-lebih lagi perkara yang berkaitan urusan dalam jama’ah, begitu juga urusan luar yang masih berada di dalam bidang kuasa kita.

2.Hukum-hukum tersebut hendaklah bertepatan dengan semangat perundangan Islam serta berpandukan kepada kaedah-kaedah dan prinsip-prinsip am dalam Islam seperti kaedah Sadd al-Zara’ie dan Raf’a al-Harj sepertimana ia juga bersesuaian denga prinsip Al-syura, Tahqid al-Adalah dan prinsip Al-Ruju’ bimu’ dhakit al-umuri ila ahl al-zikri wa al-Ra’yi (merujuk semua urusan yang rumit kepada kumpulan cerdik pandai).

3.Tiada sebarang percanggahan yang hakiki dengan mana-mana dalil tafsiliy yang telah menjadi sebagai syariat’ am di setiap masa dan tempat, ataupun sememangnya ada dailil tersebut tetapi hanyalah sebagai syariat/peraturan sementara spertimana masalah penetapan harga barangataupun sedari asal tiada sebarang dalil tafsiliy berhubung dengan perkara berkaitan Ibn Qayyim r.a. dalam kitabnya Al-Turuq al-Hukmiyah Fi Siasah al-syar’iyyah menukilkan kata-kata Ibn ‘Uqail r.a. yang bermaksud:Sudah menjadi kebiasaan betapa dibolehkan beramalan dengan siasah syar’iyyah dalam negara malah itu merupakan suatu tekad bahkan setiap tokoh ulamak (imam) telah bersikap demikian. Imam Al-Syafi’e r.a. menegaskan katanya…”Tiada siasah dikira sah melainkan ianya hendaklah bertepatan dengan kehendak syarak. ‘Ibn ‘Uqail r.a. pula menyatakan: “Siasah ialah suatu tindakan yang boleh membawa manusia lebih hampir kepada kebaikan dan terhindar jauh daripada kebinasaan walaupun itu tidak pernah dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w dan tidak pernah diturunkan melalui wahyu”.

Inilah siasah yang dikatakan siasah syar’iyyah yang adil dan saksama.

KESIMPULAN

Berdasarkan kepada penjelasan di atas, dapatlah kita simpulkan bahawa saluran al-Siasah al Syar’iyyah sepatutnya dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh PAS sebagai organisasi Islam yang bersifat haraki yang mengambil tempat sebuah kerajaan Islam di rantau ini.

Kita sesungguhnya memiliki tiga fakta utama dalam memenuhi keperluan siasah syar’iyyah iaitu:

1.Timbulnya isu-isu dan masalah-masalah baru yang memerlukan jawapan yang tepat.

2.Wujudnya kumpulan ilmuan yang terdiri daripada ulamak dan professional yang pada penulis dapat di manfaatkan dalam melengkapkan lagi organisasi pengurusan dan pentadbiran jama’ah.

3.PAS bukan lagi sebagai sebuah badan dakwah, malah dengan izin Allah SWT telah mengorak selangkah ke hadapan sebagai sebuah kerajaan walaupun di peringkat negeri Sama-sama kita berdoa semoga Allah swt sentiasa menganugerahkan taufik dan hidayahNya serta mengekalkan kerajaan PAS yang sedia ada dalam usahanya untuk meluaskan sempadan pemerintahannya dan meyakinkan kepada masyarakat umum betapa Islam sebagai pilihan utama mereka di masa dahulu, sekarang dan untuk selama-lamanya, Amin.
Oleh : Dr Abdul Aziz Hanafi
Sumber: Suara Damsyik

Fiqh As Siasah As Syariyyah Satu Pengenalan

Muqaddimah
Perkara siasah syar’iyyah yang berbangkit daripada kewajipan khalifah yang telah ditetapkan oleh Allah Taala kepada manusia di atas muka bumi. Ia merupakan bidang yang sangat penting dan dilupakan oleh orang Islam di zaman mutakhir ini akibat malapetaka pemikiran serangan musuh-musuh Islam ke atas umat Islam.
Catatan ini saya bangkitkan sebagai memperkenalkan fiqh As-siasah As-syar’iyyah secara ringkas kerana الحكم على الشىء فرع عن تصوره
Pengertian Fiqh As-Siasah As-Syar’iyyah
Fiqh bermakna الفهم ( memahami ) dan العلم ( mengetahui ) .
Firman Allah Taala :
“لا يكادون يفقهون حديثا  – اى لا يفقهون”
Manakala السياسه  berasal dari perkataan: ساس يسوس  سياسة bermaksud mentadbir sesuatu urusan dengan perkara yang memberi maslahah.
Di dalam hadis : “كان بنى اسرائيل تسوسهم ابنائهم”
Perkataan siasah menurut pandangan ulama’ silam, merujuk kepada dua makna, umum dan khusus.
Maknanya yang umum adalah mentadbir urusan manusia berhubung hal keduniaan mereka dengan syariat agama. Justeru mereka menakrifkan khilafah :
نيابه عن رسول الله صلى الله عليه وسلم فى حراسة الدين وسياسة الدنيا به
Maksudnya: menggalang ganti dari Rasulullah dalam menegakkan agama dan mentadbirkan dunia dengannya (agama).
Adapun makna-makna yang khusus adalah pandangan-pandangan imam atau hukum-hukum dan peraturan yang dikeluarkan oleh imam sebagai mencegah dari berlakunya kerosakkan atau untuk menghindari dari wujudnya suasana yang rosak.
Mafhum siasah syar’iyyah yang dikehendaki adalah siasah yang ditegakkan di atas dasar syarak.
Berkata ulama’ Syafie: لا سياسة الا ما وقف الشرع
As-siasah As-syar’iyyah : antara usul dan furu’
Sebahagian dari hukum siasah syar’iyyah berpindah daripada kitab-kitab furu’ ke kitab- kitab usul iaitu Usuluddin. Kitab-kitab aqidah atau tauhid membahaskan maudu’ imamah atau khalifah. Syiah Imamiah menganggap permasalahan imamah adalah daripada usuluddin dan sebahagian dari aqidah di sisi mereka sehingga menyebabkan ulama’ Ahli Sunnah membincangkanya dalam kitab-kitab aqidah mereka walaupun ianya di sisi Ahli Sunnah termasuk dalam perkara furu’ kerana ia bersangkut dengan amal perbuatan bukannya dengan aqidah.
Namun ianya tidak boleh dijadikan hujah untuk mempermudahkan dalam perkara ini kerana Islam bukan terdiri daripada aqidah semata-mata tetapi juga melibatkan amal. Solat dan zakat umpamanya perkara furu’ bukan usul tetapi sesiapa yang mengingkari kewajipannya atau mempermudahkannya boleh menjadikan ia kafir. Begitu juga dengan imamah atau berhukum dengan hukum Allah daripada perkara furu’ tetapi iktiqad wajib mengimaminya adalah perkara usul dan termasuk dalam soal keimanan.
Manhaj Fiqh As-siasi Semasa
Manhaj itu perlu diasakan kepada dua perkara :
  1. Kembali kepada usul dan mengambil hukum-hukum dari sumbernya yang sebenar dengan mengambil faedah daripada turath fiqhul Islami.
  2. Selari dan tidak terpisah dari tuntutan semasa, berusaha unuk mengubati masalah dari sudut pandangan syara’ kerana syara’ tidak pernah mengabaikan waqi’.
Faqih yang sebenarnya menurut Ibnu Qayyim adalah orang yang menggabungkan antara kewajipan dan waqi’.
Sunnah Nabawi Dan Petunjuk Khilafah Ar-Rasyidin
Di antara Sunnah Rasulullah saw dalam siasah syari’yyah adalah :
  1. Baginda berazam untuk membakar sesiapa yang meninggalkan solat jemaah dan Jumaat
  2. Memecahkan bekas yang digunakan untuk memasak daging haram.
  3. Memerintahkan perempuan yang melaknat untanya supaya melepaskannya.
  4. Memerintahkan supaya dibunuh peminum arak setelah tiga atau empat kali dihukum
Di antara petunjuk khalifah Ar-Rasyidin :
  1. Saidina Abu Bakar membakar golongan yang melakukan perbuatan liwat.
  2. Abdullah Az-Zubair juga membakar golongan tersebut.
  3. Sabigh bin Asal memukul kepalanya kerana menyoal sesuatu perkara yang tidak ada kaitan dengannya.
  4. Menyuruh ummat Islam supaya melakukan haji ifrad.
Asas Siasah Syari’yyah
Siasah syari’yyah yang kita perkatakan bukanlah percakapan semata-mata bahkan ia adalah gabungan dari mafhum-mafhum syariat dalam mentadbir urusan ummat dalam lingkunagn syariat Islam. Di antaranya adalah apa yag disebut الثوابت iaitu yang tidak berubah dengan perubahan masa dan tempat. Di antaranya juga ialah المتغيرات, iaitu sesuatu yang menerima perubahan.
Fiqh As-siasah As-syari’yyah mempunyai asas atau unsur yang membentuknya, di antaranya ialah:
  1. Asas pertama : فقه النصوص
  2. Asas kedua    : فقه الواقع
  3. Asas ketiga    : فقه الموازنات
  4. Asas keempat : فقه الاولويات
  5. Asas kelima  :  فقه التغيير
Penutup
Demikianlah yang dapat saya kemukakan sebagai bahan perbincangan untuk warasatul anbiya’ dalam waktu yang cukup terbatas. Ia merupakan ringkasan daripada kitab As-Siasah As-Syari’yyah oleh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi. Saya mengharapkan teguran daripada ulama’ sekalian sekiranya di sana terdapat kesalahan dan kesilapan. Wallahua’lam bissawab.
Disediakan oleh,
IBNU ABD. RAHMAN
Dewan Ulama PAS


Golongan Minoriti Islam

Sumber: Pemikiran Imam Al-Qardhawi
Saya diminta oleh seseorang pembaca blog untuk menulis golongan minoriti bukan Islam di dalam negara Islam yang ditulis oleh dr Qaradawi di dalam kitabnya Addin wassiayah. writing1228511911Dengan nama Allah, saya menulis:
Dalam bab kelima, Imam membicarakan tentang syubhat-syubhat yang ditimbulkan oleh golongan pembaharuan ala barat dan orientalis terhadap Islam bahawa negara menzalimi golongan minoriti bukan Islam khususnya kepada kristian berdasarkan kepada tabiat Islam itu sendiri. Ia berlaku kepada beberapa perkara:
1- Islam melabelkan orang–orang bukan Islam sebagai ahli zimmah dan meletakan mereka ketaraf yang rendah didalam masyarakat.
2- Mewajibkan mereka membayar jizyah(cukai)
3- Mengenakan undang undang Islam terhadap mereka di mana mereka tidak beriman pun terhadap undang-undang tersebut.
4- Menghalang mereka untuk jawatan-jawatan yang penting di dalam negara.

Imam menjawab terhadap tuduhan yang pertama dengan berkata dan saya huraikan secara ringkas:
Zimmah bermaksud jaminan dan perjanjian iaitu bererti mereka golongon ahli zimmah berada di bawah jaminan Allah, Rasul dan jamaah Islam. Tidak boleh secara syarak orang Islam membatalkan perjanjian tersebut dimana perjanjian tersebut menjaga segala hak-hak golongan bukan Islam.
Sekiranya golongan ahli zimmah merasa tidak gembira dengan gelaran ahli zimmah tidak menjadi masalah dilabelkan istilah yang mereka boleh terima seperti penduduk negara ataupun dinamakan rakyat.
Jadi kesimpulannya tidak timbul masalah penghinaan terhadap istilah ahli zimmah bahkan ia lebih kepada penghormatan.
- Kemudian Imam menjawab persoalan kedua iaitu masalah jizyah atau cukai dikenakan kepada golongan bukan Islam.

Imam menyatakan jizyah yang dikenakan kepada golong bukan Islam itu adalah bersifat pembalasan iaitu menjaga hak-hak dan dan menpertahankan mereka daripada sebarang kekacauan. Begitu juga mereka tidak diwajipkan berjihad syarie. Bebaliknya sekiranya mereka turun berjihad iaitu mereka turun berperang menjadi askar untuk membela negara maka gugur jizyah daripada mereka.
Imam berkata lagi, sekarang ini jizyah boleh digugurkan kepada minoriti bukan islam kerana mereka telah menyertai kursus tentera yang diwajibkan kepada mereka. (ini merujuk kepada negara-negara arab atau seumpama dengannya.
- Kemudian Imam menjawab syubhat ynag ketiga mengenai golongan minority ini diwajibkan berhukum dengan hukum-hukum agama sedangkan mereka tidak beriman pun.

Imam menjawab: Hukum-hukum agama tidak pernah sekalipun diwajibkan kepada golongan bukan Islam, mereka tidak diwajibkan solat, puasa, zakat haji dan seumpamanya, begitu juga dengan perundangan rumah tangga, mereka dbiarkan berhukum dengan undang-undang mereka.
Dan sejarah telah mencatatkan bahawa golongan kristian mempunyai mahkamah mereka sendiri dizaman pemerintahan Islam dulu.
Adapun undang-undang civil dan jenayah mereka sama sahaja disisi undang Islam di dalam pemerintahan kerana menyama ratakan kedudukan rakyat di dalam negara.
Dan undang-undang selalu bersama majoriti sepertimana di dalam demokrasi dengan syarat tidak ada unsur kezaliman di sana.
Sambil memperingatkan bahawa sebahagian undang jenayah seperti hukuman minum arak tidak dikenakan kepada golongan bukan Islam kerana mereka beriktikad halal.
Begitu juga disana terhadap khilaf dikalangan ulama mengenai perlaksanaan hudud terhadap golongan bukan Islam, dan Imam cenderung kepada mengambil pendapat yang paling ringan atau lebih luas bererti tidak tidak mengenakan hudud kepada mereka dan serahkan kepada untuk mengenakan hukuman.
-kemudian Imam menjawab persoalan pengharaman golongan bukan Islam di dalam jawatan negara.
Beliau menerangkan bahawa jawatan ini mempunyai pelbagai peringkat:
- Jawatan yang bersifat agama seperti menjadi Imam solat, ini memang hanya disandang oleh orang orang Islam kerana tabiat jawatan tersebut.
- Jawatan-jawatan yang berkaitan dengan rukun-rukun Islam seperti zakat dan haji, ini dikhususkan kepada orang islam melainkan di sana terdapat pendapat ulama yang membolehkan orang bukan Islam bekerja sebagai amil zakat, ini adalah ketinggian toleransi Islam.
-untuk ringkasan, Imam qaradawi tidak menghalang golongan bukan Islam memegang jawatan yang sesuai dengan keadaannya dan berkelayakan seperti menjadi salah seorang pembantu presiden sekiranya penduduk bukan islam ramai seperti yang berlaku di Sudan.
Selain daripada jawatan ketua atau jawatan yang melibatkan agama tidak menjadi masalah untuk golongan Islam memegang jawatan seperti menteri.
Imam menyebutkan terdapat orang Islam di Syiria menteri di sana dan ramai lagi.

Kesimpulannya, Islam adalah agama yang bertoleransi dan realiti memberi hak kepada semua manusia. Kepada saudara atau saudari yang meminta tulisan mendapat menfaat daripada terjemahan ini. Untuk mendalami permasalahan ini boleh rujuk buku Imam Qaradawi mengenai hak-hak bukan Islam, boleh rujuk buku beliau yang lain iaitu Aqalliyat muslimah yang menghuraikan perkara lebih lanjut.


Tanda-Tanda Kenabian Nabi Muhammad S.A.W

kabahSebelum di utuskan, sebelum dilahirkan Nabi Muhammad SAW sebagai penutup bagi para nabi-nabi, di dalam Al Quran telah diceritakan dengan seluas-luasnya,  sunnah nabawi serta cerita-cerita yang di bawa oleh semua orang mengenai nabi akhir zaman.

Allah SWT telah berfirman yang bermaksud “Dan gembirakanlah mereka dengan jannah (syurga) yang telah dijanjikan Allah kepadamu”. Surah Fushshilat ayat 30.

Telah berfirman lagi di dalam surah Al Kahfi yang bermaksud “Katakanlah: Sesungguhnya aku ini manusia biasa seperti kamu, yang diwahyukan kepadaku”. Ayat 110.

Maka Allah SWT memberi  peringatan khabar gembira kepada manusia bahawa akan datang seorang rasul iaitu penutup bagi para nabi dan rasul. Sesungguhnya beliau merupakan seorang yang agung, terpilih dan mempunyai akhalak yang begitu unik serta sebaik-baik manusia di permukaan bumi dan sangat mulia di sisi Allah SWT.

Firman Allah SWT  yang bermaksud :
"Dan memberi khabar gembira dengan (datangnya) seorang Rasul yang akan datang sesudahku, yang namanya Ahmad (Muhammad)". Surah Ash Shaff ayat 6.

Maka di zaman nabi Allah Isa AS, Allah SWT telah menceritakan kepadaNya bahawa akan datang seorang rasul akhir zaman setelahKu. Kesemuanya ini Allah telah rakamkan didalam AlQuran .
Al Quran seperti yang dijanjikan Allah itu merupakan hidayah dan pertunjuk kepada manusia supaya manusia tidak akan sesat buat selama-lamanya.

Telah bersabda Rasulullah SAW yang bermaksud “Bertanya seorang sahabat yang bernama Maisarah Al Fajar, bilakah baginda diutuskan menjadi nabi, maka sabda baginda sejak Adam berada di antara roh dan jasad”. Di keluarkan oleh Ahmad dan Tabrani.

Oleh yang demikian banyaklah tanda-tanda khabar gembira mengenai baginda Rasulullah saw sebelum diciptakan Adam AS lagi bahkan baginda telah ada .Semuanya ini Allah khabarkan kepada manusia melalui mukjizat Al Quran.


Adab-Adab Menyambut Kelahiran Mengikut Sunnah

( 13 Votes ) budak2 Sabda Nabi SAW sebagaimana diriwayatkan oleh Bukhari:
عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ رَضِىَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ النَّبِىَّ -صلى الله عليه وسلم- قَالَ : سَمُّوا بِاسْمِى وَلاَ تَكْتَنُوا بِكُنْيَتِى
Maksudnya: Daripada Abu Hurairah RA bahawa sesungguhnya Nabi SAW bersabda: Namakan (anak kalian) dengan nama ku tetapi jangan mengambil gelaran seperti gelaran ku (Abu Qasim).

Anak yang keguguran juga sunat diletakkan nama. Juga disunatkan menukar nama yang tidak elok. Sabda Nabi s sebagaimana diriwayatkan oleh Abu Daud:



عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّكُمْ تُدْعَوْنَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِأَسْمَائِكُمْ وَأَسْمَاءِ آبَائِكُمْ فَأَحْسِنُوا أَسْمَاءَكُمْ


Maksudnya: Daripada Abu Darda’ berkata: Bersabda Rasul s: Sesungguhnya kalian akan diseru pada hari kiamat dengan nama-nama kalian dan nama-nama ibu bapa kalian, maka indahkan nama-nama kalian.


4) Akikah.

Untuk anak lelaki dua ekor kambing, manakala anak perempuan seekor kambing. Sabda Nabi SAW sebagaimana diriwayatkan di dalam as-Sunan al-Kubra:


عَنْ عَائِشَةَ رَضِىَ اللَّهُ عَنْهَا عَنِ النَّبِىِّ -صلى الله عليه وسلم- قَالَ :« يُعَقُّ عَنِ الْغُلاَمِ شَاتَانِ مُكَافَأَتَانِ وَعَنِ الْجَارِيَةِ شَاةٌ ». قَالَتْ : وَعَقَّ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- عَنِ الْحَسَنِ وَالْحُسَيْنِ شَاتَيْنِ يَوْمَ السَّابِعِ وَأَمَرَ أَنْ يُمَاطَ عَنْ رَأْسِهِ الأَذَى. وَقَالَ : اذْبَحُوا عَلَى اسْمِهِ وَقُولُوا بِسْمِ اللَّهِ وَاللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُمَّ لَكَ وَإِلَيْكَ هَذِهِ عَقِيقَةُ فُلاَنٍ


Maksudnya: Daripada Aisyah RA daripada Nabi SAW bersabda: Dibuat akikah untuk anak lelaki dua ekor kambing yang (sama besar/sama umur) dan untuk anak perempuan seekor kambing. Berkata Aisyah: Rasulullah SAW membuat akikah untuk Hasan dan Husain dengan dua ekor kambing dan memerintahkan untuk mencukur rambut. Sabda Nabi SAW: Sembelihlah dengan nama Allah dan ucapkanlah “dengan nama Allah dan Allah maha besar. Ya Allah, untuk Mu dan kepada Mu akikah fulan ini”.


Juga termasuk di dalam perkara sunah bersedekah senilai timbangan rambut yang dicukur dengan nilaian emas atau perak. Sabda Nabi SAW sebagaimana diriwayatkan oleh Tirmidzi daripada Ali bin Abi Talib:



يَا فَاطِمَةُ احْلِقِي رَأْسَهُ وَتَصَدَّقِي بِزِنَةِ شَعْرِهِ فِضَّةً قَالَ فَوَزَنَتْهُ فَكَانَ وَزْنُهُ دِرْهَمًا أَوْ بَعْضَ دِرْهَمٍ


Maksudnya: Wahai Fatimah, cukurlah kepalanya (Hasan) dan bersedekahlah seberat timbangan rambutnya dengan perak. Berkata Ali: Fatimah menimbang dan beratnya satu dirham atau sebahagian dirham.


Berkata Saidatina Aisyah: “Jangan dipatahkan tulang korban akikah”. Optimis tulang anak yang dilahirkan sempurna dan sihat.


5) Tahnik dengan kurma atau manisan.

Hadis yang diriwayatkan oleh Muslim;


عَنْ أَسْمَاءَ أَنَّهَا حَمَلَتْ بِعَبْدِ اللَّهِ بْنِ الزُّبَيْرِ بِمَكَّةَ قَالَتْ فَخَرَجْتُ وَأَنَا مُتِمٌّ فَأَتَيْتُ الْمَدِينَةَ فَنَزَلْتُ بِقُبَاءٍ فَوَلَدْتُهُ بِقُبَاءٍ ثُمَّ أَتَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَوَضَعَهُ فِي حَجْرِهِ ثُمَّ دَعَا بِتَمْرَةٍ فَمَضَغَهَا ثُمَّ تَفَلَ فِي فِيهِ فَكَانَ أَوَّلَ شَيْءٍ دَخَلَ جَوْفَهُ رِيقُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثُمَّ حَنَّكَهُ بِالتَّمْرَةِ ثُمَّ دَعَا لَهُ وَبَرَّكَ عَلَيْهِ وَكَانَ أَوَّلَ مَوْلُودٍ وُلِدَ فِي الْإِسْلَامِ


Maksudnya: Daripada Asma’ sesungguhnya dia mengandungkan Abdullah bin az-Zubair di Mekah. Dia berkata: Aku keluar (dari Mekah) ketika hampir melahirkan dan memasuki Madinah. Aku singgah di Quba dan melahirkannya di situ. Kemudian aku menemui Rasulullah SAW lalu baginda meletakkan Abdullah di riba baginda. Kemudian baginda meminta kurma dan mengunyahnya kemudian meludah ke dalam mulut Abdullah. Benda pertama yang memasuki rongga Abdullah ialah air liur Rasulullah SAW kemudian mentahniknya dengan tamar. Kemudian baginda mendoakannya dan memberkatinya. Abdullah kanak-kanak pertama yang dilahirkan di dalam Islam.

| 2008-09-20 12:17:11
Adab-adab menyambut kelahiran
(Adaptasi daripada Ihya’ Ulumiddin Imam Ghazali S)
Dipetik dari: Laman Web E-Fiqh 


Surah Al-Fatihah

al_fatihahAllah SWT telah mengajarkan kita bahawa setiap manusia berbeza-beza pada kemampuan akal fikiran. Kadang - kadang di kalangan orang muslimin sendiri terdapat perbezaan iaitu orang yang alim dan yang jahil. Kadang - kadang di antara mereka itu ada yang mampu untuk menyampaikan dan bagi sesiapa yang tidak mampu hanya menjadikan 'ibrah (pengajaran) pada diri mereka sahaja. Maka ilmu pengetahuan yang dimiliki itu menjadi rahmat Allah dalam ibadahnya. Surah Al-Fatihah yang diturunkan diwajibkan setiap pembacaan pada setiap rakaat dalam sembahyang menyeluruh atas seluruh umat manusia yang diwajibkan. Menjadi satu kelebihan bagi orang yang tadabur atau mendalami untuk memahami pengertian dan mutiara yang terkandung di dalam surah Al-Fatihah dan juga selepasnya.

Sesungguhnya bagi mereka yang menyelami pengertian atau mutiara yang agung maka surah Al-Fatihah juga dikenali sebagai "ummul Kitab, sabul masani" firman Allah swt yang bermaksud: Dan sesungguhnya Kami telah berikan kepadamu tujuh ayat yang dibaca berulang-ulang ialah surat Al-Faatihah yang terdiri dari tujuh ayat dan Al Quran itu yang agung. Ayat 87 surah Al Hijr

Sebagian Ahli tafsir mengatakan tujuh surah yang panjang yaitu Al-Baqarah, Ali Imran, Al-Maaidah, An-Nissa', Al 'Araaf, Al An'aam dan Al-Anfaal atau At-Taubah.

Surah ini selalunya di kenali sebagai surah fatihah kerana merupakan pembukaan surah pada tertib Al Quran.Kemudia sesungguhnya menjadi pembukaan tilawah pada setiap rakaat sembahyang.

Sebahagian ulama' berpendapat bahawa surah Al-Fatihah merupakan surah yang sempurna mengadungi rumusan dalam Al Quran serta mempunyai tajuk-tajuk berkaitan dengan tauhid dan pujian-pujian kepada Allah SWT di dalam ibadah sembahyang dan menjadi doa pertolongan.

Surah Al Fatihah juga menjadi pertunjuk jalan untuk ke akhirat dan menjadi isyarat kepada umat-umat terdahulu di atas ihtilaf daripada perjuntuk dan bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.

 

Tiada ulasan: