Selasa, 29 Mei 2012

AGAKNYA LOMPAT2..KACANG LUPAKAN KULIT LEBIH BAIK....BAGINYA BELIAU AJE YANG BAGUS...JIKA GANAS...LUKA..CEDERA ATAU MATI BIAR KERANA ALLAH...JANGAN LAIN DARI ITU...NAHAS DIAKHIRAT NANTI....

Pas dakwa Mufti Perak juga 'glulub'
NURUL AINI MOHAMED ALI
29 Mei 2012
Salahuddin Ayub
Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub
SHAH ALAM - Pas tidak akan melayan tuduhan-tuduhan dilemparkan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, yang menyifatkan Pas sebagai ‘ghulup’ atau melampau ekoran pendiriannya syarat untuk bermuzakarah bersama Umno.

Menurut Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub, pihaknya dapat melihat gambaran secara jelas yang Mufti Perak dipergunakan oleh Umno untuk menggunakan isu lapuk.

“Bagi saya, segala tuduhan ini sudah lali. Bagaikan 'lagu lama' yang diperdengarkan kembali. Jadi, tidak perlu buang masa lagi bercakap mengenai isu ini,” jelas beliau.

Beliau menambah, Harussani juga menunjukkan sifat yang melampau sebagai mufti kerana tidak wajar bagi seorang mufti bercakap perkara yang ada kaitan dengan politik.

“Perkara-perkara seperti ini, kita harus selesaikan dalam lingkaran parti politik sendiri, bukannya kita harus dengar tuduhan beliau,” kata beliau kepada Sinar Harian Online.

Dalam satu kenyataan semalam, Harussani menyifatkan Pas sebagai ‘ghulub’ ataupun melampau kerana mengenakan syarat untuk bermuzakarah bersama Umno hingga menyebabkan usaha itu tidak menjadi kenyataan.

Kecewa keadaan itu, beliau turut menyatakan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat keras hati dan sukar dilembutkan apabila tetap mengulangi pendirian tidak dapat melupakan sejarah lampau parti itu bersama Umno.

Harussani berkata, sikap pemimpin Pas itu jelas menggambarkan mereka langsung tidak menghiraukan masa depan agama Islam dan bangsa Melayu kecuali kedudukan dan kepentingan politik semata-mata.

Malah katanya, beliau sendiri sentiasa bersedia menjadi orang tengah dalam memastikan muzakarah antara Pas dan Umno menjadi kenyataan dan ia demi kepentingan Islam.

“Saya sudah biasa bersemuka (dengan Pas), tapi kalau keras juga hati macam mana nak lembutkan. Saya juga sudah kemuka perkara ini (muzakarah) sekian lama dan minta jangan ada perpecahan orang Islam," katanya yang mengusahakan perundingan dan kerjasama politik Umno-Pas sejak Mac 2008.

Dalam pada itu, Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pula menyokong tindakan Nik Aziz mengenakan syarat muzakarah diadakan.

“Setiap benda yang kita lakukan perlu bersyarat, jika ingai solat pun mesti ada syarat. Tetapi jelas di sini yang isu ini sudah jadi isu lapuk,” katanya.

“Jelas di sini yang Mufti Perak itu dipergunakan bagi mempolitikkan isu lapuk oleh Umno dan muzakarah ini menjadi semakin ‘panas’ kerana Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) semakin hampir,” tambah beliau.

Pihaknya menghargai pendapat yang dikeluarkan Harussani tetapi sebagai mufti beliau tidak layak campur tangan dalam politik.

“Beliau tidak memahami keadaan yang dialami dalam politik dan seharusnya beliau bersikap neutral tanpa menyebelahi mana-mana pihak,” kritik beliau.

Menurutnya, seorang mufti bersikap neutral dan lebih terbuka dalam segala isu yang berbangkit.

Tambah beliau, keputusan pas untuk membatalkan muzakarah bersama Umno adalah muktamad dan tidak perlu lagi membangkitkan isu ini.

Harussani juga sebelum ini membuat kenyataan yang sikap pemimpin Pas itu jelas menggambarkan mereka tidak menghiraukan masa depan agama Islam dan bangsa Melayu kecuali kedudukan dan kepentingan politik semata-mata.

Tuan Ibrahim juga menegaskan yang Pas ketika ini hanya menumpukan persiapan rapi bagi menghadapi PRU yang dijangkakan akan diadakan dalam masa terdekat tanpa mengambil kira isu lapuk ini.
Bida nombor kenderaan ada unsur spekulatif?
Wartawan Sinar Harian
29 Mei 2012
nizar
Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin
SHAH ALAM - Pemimpin Pas, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin mahu Majlis Fatwa Kebangsaan membuat pendirian berkenaan pembidaan nombor plat pendaftaran kereta yang melibatkan unsur angka dan wang bidaan.

"Tunggu fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan boleh tidak terlibat dalam pembidaan nombor pendaftaran kenderaan, yang berkemungkinan berunsur spekulatif," kata bekas Menteri Besar Perak ini dalam satu mesej Twitter hari ini.

Beliau melahirkan pendirian ini tanpa merujuk kepada mana-mana pihak tetapi dilihat berkaitan dengan bidaan nombor pendaftaran WWW yang menarik minat banyak pihak dan pelbagai kaum.
Ibrahim Ali: 'Lebuh raya rakyat sandiwara politik terhebat Pas
NURRUL HUDA AHMAD LUTFI
29 Mei 2012
Datuk Ibrahim Ali
Datuk Ibrahim Ali
SHAH ALAM - Tindakan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta derma rakyat Kelantan bagi menampung kos pembinaan projek lebuh raya Kota Bharu-Kuala Krai (KBKK) atau dikenali sebagai "lebuh raya rakyat" disifatkan sebagai sandiwara politik terhebat abad ke-21.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, pembinaan lebuh raya itu hanyalah propaganda dan retorik Pas menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) .

Menurutnya lagi, sekiranya Kerajaan Negeri Kelantan mengharapkan derma untuk membina lebuh raya itu, maka ia akan mengambil tempoh yang lama kerana menelan kos sebanyak RM1.8 bilion.

“Sungguh kelakar. Dulu letak batu asas jambatan Kampung Laut ke Kota Bharu, projek pelabuhan dan Bandar Pantai 7, Tumpat dan Pelabuhan Darat, Kuala Krai, mana projek tersebut? Sebatang besi pun tak ada.

“Nik Abdul Aziz dan Pas ingat mereka boleh perbodohkan rakyat Kelantan sepanjang masa. Kalau harap derma, mahu siap lebuh raya yang dicadangkan mungkin tunggu 50 ke 100 tahun,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sehubungan itu, Ibrahim menyeru supaya Nik Abdul Aziz menghentikan temberangnya dan berpijak di bumi yang nyata demi kepentingan rakyat Kelantan.

“Kasihan rakyat Kelantan kerja pun tidak ada, ekonomi tidak meningkat dan air bersih pun tak ada, tanah rizab melayu digadai, inikan nak minta derma pula. Tak cukup lagi derma jihad masa ceramah, ini sesuatu yang dahsyat,” katanya.

Semalam, Kerajaan Negeri Kelantan menegaskan pembinaan lebuh raya ini bukan berniat mahu mencabar mana-mana pihak.

Sumber Kerajaan Negeri mengesahkan setakat semalam hampir RM1.4 juta derma dikutip melibatkan cek bernilai RM1,355,000 manakala RM14,777 diberi secara tunai.
Nizar dicabar minta maaf kepada Sultan Johor
NORSHIKIN MOHD SALLEH
29 Mei 2012
nizarIsu ceramah: Nizar beri keterangan
Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin
SENAI – Tindakan lancang menerusi mesej Twitter  oleh  bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin yang mempertikaian pembidaan nombor pendaftaran WWW 1 bernilai RM520,000 oleh kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail, disifatkan tindakan terdesak dan menghina institusi raja.

Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, tindakan Nizar itu satu niat mengaibkan dan mewujudkan kebencian terhadap kerabat diraja.

“Mana ada undang-undang yang menghalang raja untuk memiliki harta kerana ia hak peribadi. Bagi saya Nizar ini terdesak dan mengambil kesempatan untuk mewujudkan kebencian terhadap raja.

“Bagi saya jika Nizar mempunyai sifat tidak puas hati atas perkara terbabit, jika berani pergi mengadap sultan dan saya desak beliau memohon maaf, saya yakin beliau tidak berani.

“Nasihat saya, Nizar jangan mempolitik isu institusi diraja, istana,” katanya kepada Sinar Harian.

Semalam, Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim bertitah mempertahankan pembidaan nombor pendaftaran WWW 1 oleh ayanda baginda Sultan Johor sambil menegaskan, kerabat diraja Johor tidak mengambil sebarang wang daripada kerajaan.

"Kerabat diraja Johor tidak ambil wang kerajaan. Sejak era Almarhum Sultan Ibrahim," titah baginda menerusi mesej Twitter lewat semalam.

Baginda juga bertitah bahawa pihak-pihak yang mempertikaikan perkara itu boleh bertanya kepada Menteri Besar Johor ataupun mana-mana pegawai-pegawai kerajaan negeri.

Dalam mesej itu, baginda juga bertitah bahawa wang yang diperuntukkan kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail dan baginda sendiri dimasukkan ke dalam Yayasan Iskandar dan Yayasan Ibrahim.

"Tujuan yayasan-yayasan ini ialah untuk membantu rakyat dan untuk membantu Kerajaan Negeri Johor," kata Tunku Ismail sambil menambah, baginda sendiri, sejak menjadi Raja Muda, tidak mengambil "satu sen pun daripada kerajaan, sehingga ke hari ini."

"Ia wang rakyat. Jadi, sebelum membuka mulut, selidik," titah baginda.

Mesej balas Tunku Ibrahim menyusul pandangan diutarakan oleh bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin semalam.

Antara lain Nizar menulis bahawa "RM520 ribu untuk plat nombor pendaftaran WWW 1. Tak akan hendak letak kat kereta Proton atau motor kut?"

"Ramai lagi rakyat yang masih kais pagi makan pagi kais petang makan petang!" kata beliau.

Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri itu juga menulis bahawa "RM520 ribu boleh dibelanjakan membantu rakyat Melayu Johor yang masih ramai miskin serta memerlukan bantuan untuk keperluan hidup, bina 20 rumah PPRT," katanya lagi.

Laporan media menyebut nombor plat kenderaan WWW 1 berjaya dibida oleh Sultan Johor dengan tawaran tertinggi sebanyak RM520,000.

Sultan Ibrahim Ismail mendahului 9,999 pembida lain termasuk Yang di-Pertuan Agong, yang memenangi nombor plat WWW 5 (RM220,000); Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai memenangi nombor plat WWW 15 (RM24,200).

Baginda memang dikenali sebagai peminat kenderaan mewah yang memiliki koleksi kereta antik dan model terbaru.
Buku Irshad Manji: Pengarah ZI Publications ditahan
NURULFATIHA MUAH
29 Mei 2012
ezra
Ezra Zaid tiba di Mahkamah Rendah Syariah dengan diiring peguamnya.
Irshad Manji
Kulit buku Irshad Manji
SHAH ALAM -  Pengarah Syarikat ZI Publication, Ezra Zaid ditahan Jabatan  Agama Islam Selangor (Jais) tengah hari tadi kerana dipercayai terlibat dalam penerbitan buku ALLAH, Kebebasan dan Cinta, garapan penulis kontroversi Irshad Manji.
Bagaimanapun, Ezra yang juga anak kepada Presiden Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita), Zaid Ibrahim itu dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM1,800 oleh seorang penjawat awam di Mahkamah Rendah Syariah, di sini, petang tadi.
Ezra yang diwakili peguam Nizam Bashir bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung penahanannya ketika ditemui.
Sementara itu, Pemangku Pengarah Jais, Mohd Shahzihan Ahmad berkata, Ezra ditahan ketika serbuan di pejabat syarikat penerbitan itu di Merchant Square, Petaling Jaya, kira-kira jam 11.30 pagi, hasil risikan dan maklumat orang awam.
Katanya, Ezra kemudian dibawa ke Balai Polis Tropicana, Petaling Jaya, sebelum dibawa ke mahkamah dan dibebaskan.
"Kita telah mengambil keterangan Ezra berhubung kes dan beliau memberi kerjasama penuh kepada Jais. Kes disiasat di bawah Seksyen 16(1)(a) Enakmen Jenayah Syariah 1995 kerana menerbitkan bahan yang bertentangan dengan hukum syarak.
"Dalam serbuan yang disertai 20 anggota penguat kuasa Jais itu, kita turut merampas sebanyak 180 naskhah buku tulisan Irshad Manji," katanya.I ITU...
Mohd Shahzihan berkata, Hakim Shahrudin Selamat memerintahkan Jais melengkapkan kertas pertuduhan dalam tempoh dua bulan ini, sebelum dibawa ke Mahkamah Syariah Petaling Jaya.
Politik ganas: BN, PR perlu waspada
Wartawan Sinar Harian
29 Mei 2012
chandra muzaffar
Chandra Muzaffar
SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) perlu lebih waspada dan jaga batas ketika berkempen bagi mengelak berlaku insiden tidak diingini.

Presiden Pergerakan Keadilan Sedunia (Just), Dr Chandra Muzaffar berkata, perkara itu boleh berlaku kerana keghairahan merebut kuasa matlamat penting yang mendahului segala-galanya.

“Saya tidak dakwa manamana parti akan bertindak ganas sekiranya gagal capai matlamat, sebaliknya saya percaya jika kedua-dua parti tidak berwaspada bermula sekarang, keadaan sukar berlaku dan beri kesan buruk,” katanya.

Beliau harap dua-dua pihak tidak melakukan sesuatu memudaratkan masyarakat,” katanya.

Bekas Ketua Wanita PKR, Pulau Pinang, Aminah Abdullah tidak menolak kemungkinan keganasan akan dilakukan pembangkang jika gagal menang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) .

“Apabila imbas kembali tindak-tanduk pembangkang, terutama Bersih 3.0, memang banyak gunakan keganasan.

“Saya minta guna saluranbetul jika mahu rampas Putrajaya kerana rakyat menilai,” katanya.

Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari berkata, beliau tidak terkejut dengan kenyataanDr Mahathir kerana bukti menunjukkan dengan jelas berlakunya insiden tidak diingini jika PR gagal.

“Kenyataan Dr Mahathir mengandaikan PR bertindak ganas sekiranya BN menang dalam PRU13, tetapi dalam hal begini, saya tidak fikir kerajaan akan cetus provokasi seperti didakwa Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,” katanya.

Tiada ulasan: