Gambar Najib Terkedu Bila Terima Bunga Kuning Di London..
http://addin77.blogspot.com, | 15 Mei 2012 |
Posted by Addin at 5/15/2012
Jangkaan banyak pihak yang
mengatakan Najib akan menghadap Yang di-Pertuan Agong minggu ini
nampaknya meleset kerana beliau hanya akan pulang semula ke tanah air
pada 25 Mei ini.
Selepas Bersih 3.0, nampaknya demam kuning melarat ke London. Di mana Najib pergi di situ ada warna kuning dan bayangan kuning ini sentiasa mengekori Najib.
Gambar di aatas menunjukkan seorang gadis menghadiahkan sejambak bunga kuning kepada Najib. Daripada banyak banyak jenis bunga, kenapa mereka pilih bunga kuning?
Macam bunga peserta Bersih 3.0 bawak masa duduk bantah je. Addin rasa kalau kat Malaysia rasanya lama dah kena ligan dengan anggota polis..
14/05/2012
KUALA LUMPUR: Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata perjuangan PAS kini sudah menyeleweng daripada matlamat asal serta menyalahgunakan agama Islam demi kuasa dan kerusi politik.
Berikutan itu beliau bersedia mencadangkan kepada Majlis Fatwa Kebangsaan supaya mempertimbangkan saranan diadakan muzakarah bagi membincangkan kewajaran parti itu menggunakan perkataan Islam dalam nama parti.
“Perjuangan parti itu semakin jauh menyeleweng daripada matlamat asal untuk menegakkan Islam yang direncanakan sejak lebih enam dekad lalu,” katanya yang juga ahli Majlis Fatwa Kebangsaan.
Beliau berkata demikian kepada Berita Harian semalam ketika diminta mengulas saranan Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali yang mencadangkan Majlis Fatwa Kebangsaan mengadakan muzakarah untuk membincangkan kewajaran PAS menggunakan perkataan Islam pada nama parti itu.
Ibrahim berkata, sudah sampai masanya majlis fatwa berbuat demikian memandangkan ia boleh mengelirukan umat Islam, terutama di kalangan penyokong fanatik parti itu.
Harussani juga menggesa ahli dan penyokong PAS, khususnya yang fanatik dan taksub segera kembali kepada ajaran Islam sebenar dan berfikiran waras.
“Gunakan akal yang dianugerahkan Allah untuk berfikir... sama-sama memahami isi kandungan al-Quran, jangan hanya tahu mengutuk. Banyak sangat PAS menyalahgunakan Islam untuk kepentingan politik demi mendapatkan kuasa, pengaruh, kedudukan dan kerusi,” katanya.
Beliau juga melahirkan kebimbangan dengan perpecahan umat Islam kerana sifat dengki, tamak, mengejar pangkat dan kedudukan di kalangan pemimpin parti politik yang kononnya memperjuangkan Islam.
Mengulas keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan mengharamkan umat Islam menyertai perhimpunan BERSIH 3.0, Harussani berkata, ia tidak dibuat sebelah mata seperti yang didakwa pemimpin pembangkang, termasuk Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Sebaliknya, keputusan itu dicapai selepas perhimpunan BERSIH 3.0 tidak lagi bersih kerana menceroboh kawasan larangan, selain mendatangkan kekacauan dan kecederaan kepada pihak berkuasa dan orang awam.
“Al-Quran dan hadis menjelaskan mengenai larangan memasuki kawasan larangan tanpa kebenaran. Dataran Merdeka diletakkan di bawah kendalian pihak berkuasa tempatan dan adalah haram menceroboh kawasan itu. Demonstrasi BERSIH 3.0 juga menyebabkan kerosakan harta benda dan mencederakan orang ramai. Malah, niat hendak menjatuhkan kerajaan juga menjadikan demonstrasi itu haram untuk disertai.
“Dalam Islam tidak boleh menjatuhkan kerajaan yang sah walaupun kerajaan diperintah oleh pemimpin Islam yang fasik selagi pemerintah menjaga kebajikan umat Islam,” katanya.
Harussani yang berada di Institut Jantung Negara (IJN) ketika keputusan mengharamkan Bersih 3.0 dibuat, yakin jika tidak dikawal, demonstrasi itu akan menjadi ‘bugah’ atau pemberontakan melampau yang menghancurkan negara, sekali gus membolehkan pemberontak dihukum bunuh.
Islam tegah gelaran buruk, apatah lagi tuduh kafir
Abdul Rahman Mustaffa, |
Beberapa hari sudah berlalu, desakan yang dibuat oleh pelbagai
pihak menunjukkan tiada sebarang respons yang diberikan oleh Tan Sri
Rahim Nor berhubung dakwaannya menggelar Dato’ Bentara Setia Tuan Guru
Nik Abd Aziz bin Nik Mat sebagai ‘Father of Kafir’. Malangnya, beliau
‘bijak’ pula bersandiwara dengan menafikan kenyataan tersebut. Kenyataan
biadab ,melampau dan keterlaluan yang disiarkan oleh New Straits Times
pada 8 Mei 2012 ini bukan sahaja mengguris hati masyarakat Kelantan
bahkan seluruh pencinta-pencinta agama Islam di Malaysia khususnya, dan
di peringkat dunia amnya.
Tuan Guru Nik Aziz merupakan Mursyidul Am sebuah gerakan Islam dan
juga ulama’di Malaysia. Beliau merupakan penegak kebenaran dan
penentang kebatilan. Bukan ‘kaki bodek’ kepada sang penguasa. Kenyataan
ZALIM yang dikeluarkan oleh bekas Ketua Polis Negara terhadap Ulama’
tersohor ini ‘WAJIB’ disanggah berdasarkan firman Allah s.w.t
Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu sebagai penegak
keadilan kerana Allah, janganlah kebencianmu kepada sesuatu kaum
mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah kerana ia
lebih dekat kepada taqwa, Dan bertaqwalah kepada Allahsesungguhnya
Allah maha mengetahui segala yang kamu lakukan.(Al-Ma’idah, ayat 8)
Menuduh orang lain dengan tuduhan kafir atau sesat adalah dosa
yang besar. Jika kita tahu bahawa seseorang tidak kafir atau sesat atau
fasik, tetapi kita sengaja menuduh imannya yang sah itu sebagai kafir
atau sesat, atau menuduh dirinya yang tidak fasik itu sebagai fasik,
maka tuduhan itu kembali kepada yang menuduh. Sabda Nabi s.a.w:
Maksudnya: barangsiapa yang menyeru seseorang yg gelaran
kufur, atau memanggilnya dengan gelaran musuh Allah, sedangkan dia
tidak begitu, maka panggilan itu akan kembali kepadanya (penuduh)”.
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Namun begitu, kita juga hendaklah sedar, di sana ada batas-batas
iman dan kufur. Ini seperti sesiapa yang dengan jelas tanpa sebarang
andaian lagi menghina Allah dan RasulNya, maka dia terkeluar dari
Islam. Demikian juga jika dia menentang secara jelas tanpa sebarang
andaian lagi apa yang ditetapkan oleh Allah dengan jelasnya seperti
pegharaman arak, judi, zina dan seumpamanya. Sesiapa yang menghalalkan
perkara-perkara tersebut atau menentang pengharaman perkara-perkara
tersebut dari segi hukum agama, dalam keadaan sedar dan faham maka dia
terkeluar dari Islam.
Namun, kita hendaklah berhati-hati apabila menghukum seseorang
dengan hukuman murtad atau kufur atau sesat atau seumpamanya. Hal ini
kerana, hukuman umum tidak sama dengan hukuman khusus. Hukum umum
menghina hukum Islam yang jelas seperti azan membawa murtad, tetapi
individu tertentu yang menghina tidak boleh terus dihukum murtad.
Hendaklah dilihat keadaannya, maksud ucapannya, kefahamannya dan
berbagai latar yang lain.
Firman Allah s.w.t ,mafhumnya:
“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah sesuatu puak
mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, kerana harus
puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka, dan janganlah pula
sesuatu puak dari kaum perempuan yang lain, kerana harus puak yang
dicemuh itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah sesetengah kamu
menyatakan keaiban sesetengahnya yang lain, dan janganlah pula kamu
panggil memanggil antara satu sama lain dengan gelaran yang buruk,
amatlah buruknya sebutan nama fasiq sesudah ia beriman. Dan ingatlah,
sesiapa yang tidak bertaubat daripada perbuatan fasiqnya maka merekalah
orang-orang yang zalim”. (Surah al-Hujurat:11)
Larangan memanggil Muslim dengan gelaran yang buruk adalah sangat
ditegah di dalam al-Quran. Sebab penurunan ayat 11, Surah al-Hujurat
berkisar mengenai sahabat Nabi SAW iaitu Thabit yang memanggil seorang
dengan gelaran buruk di zaman jahiliah yang menyebabkan orang itu
menjadi malu. Jika memanggil dengan gelaran buruk sudah ditegah, apatah
lagi menuduh seseorang Muslim itu sebagai ‘kafir’.
Justeru, saya mewakili seluruh saf kepimpinan Maaruf Club
membantah kenyataan biadab dan tidak bermoral yang dikeluarkan oleh
oleh Tan Sri Rahim Nor selaku mantan Ketua Polis Negara terhadap Dato’
Bentara Setia Tuan Guru Nik Abd Aziz bin Nik Mat. Maaruf Club juga
menuntut untuk mereka yang terlibat dalam hal ini agar bertaubat kepada
Allah dan memohon maaf secara terbuka kerana perkara ini jelas telah
memalukan nama mereka yang terlibat. Beliau seharusnya menunjukkan
kredibiliti yang tinggi selaku orang pertama yang bertanggungjawab
terhadap hal ehwal keselamatan dalam negeri suatu ketika dahulu.
Tokoh-tokoh dalam negara seperti beliau seharusnya mengamalkan
akhlak-akhlak islami sebagai ‘role model’ kepada seluruh lapisan
masyarakat di Malaysia.
Wallahua’alam.
Penulis ialah Exco Da’wah & Tarbiyyah Maruf Club UIAM 11/12
Ia disertai kira-kira 15 orang yang mengaku sebagai bekas tentera dari Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM).
Presiden PVTM, Mohd Ali Baharom berkata, senaman itu diadakan untuk menyampaikan bantahan terhadap Ambiga, yang dianggap mereka 'musuh negara yang cuba merosakkan nama negara'.
10 Mei lalu, satu protes burger anjuran Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS) turut diadakan di hadapan rumah Ambiga.
Justeru, acara senaman PVTM pagi ini adalah 'demonstrasi' kedua di hadapan rumah pengerusi bersama BERSIH itu dalam masa sebulan.
"Kami veteran tentera berhak buat bantahan terhadap musuh yang cuba merosakkan nama negara," kata Mohd Ali.
Pada 1 Mei lalu juga, PVTM bersama NGO Suara Anak Muda 1Malaysia dan Kelab Mahasiswa 1Malaysia turut membuat laporan polis di balai IPD Dang Wangi menuntut kerajaan mengambil tindakan terhadap Ambiga dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mengetuai himpunan BERSIH.
'Senaman punggung' depan kediaman Ambiga
Sekumpulan
bekas tentera mengadakan 'senaman punggung' di depan kediaman Pengerusi
bersama BERSIH, Datuk S Ambiga di Bukit Damansara pagi ini.Ia disertai kira-kira 15 orang yang mengaku sebagai bekas tentera dari Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM).
Presiden PVTM, Mohd Ali Baharom berkata, senaman itu diadakan untuk menyampaikan bantahan terhadap Ambiga, yang dianggap mereka 'musuh negara yang cuba merosakkan nama negara'.
10 Mei lalu, satu protes burger anjuran Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS) turut diadakan di hadapan rumah Ambiga.
Justeru, acara senaman PVTM pagi ini adalah 'demonstrasi' kedua di hadapan rumah pengerusi bersama BERSIH itu dalam masa sebulan.
"Kami veteran tentera berhak buat bantahan terhadap musuh yang cuba merosakkan nama negara," kata Mohd Ali.
Pada 1 Mei lalu juga, PVTM bersama NGO Suara Anak Muda 1Malaysia dan Kelab Mahasiswa 1Malaysia turut membuat laporan polis di balai IPD Dang Wangi menuntut kerajaan mengambil tindakan terhadap Ambiga dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mengetuai himpunan BERSIH.
Posted: Tue May 15, 2012 10:34 am Post subject: Sokong Kempen DUDUK dan JILAT batang - UMNO | |||
Melihat akan tajuk kempen
yang berbau lucah itu sudah jelas menunjukkan ianya adalah kempen yang
djalankan oleh pencacai-pencacai UMNO, kerana sudah menjadi rahsia
umum.. porno dan pencacai UMNO tidak dapat dipisahkan..
SHAH ALAM: “Duduk, makan dan agih aiskrim percuma,” itulah gimik kempen yang diadakan di Dataran Shah Alam petang tadi dengan lebih 200 batang aiskrim pelbagai perisa dan jenama diedar kepada para pengunjung yang melalui kawasan berkenaan. Dengan kira-kira 20 petugas yang turun untuk mengagihkan aiskrim tersebut, Pengerusi Kempen Aiskrim 1Malaysia, Rafi Awang Kecil berkata, tujuan ia diadakan bukan untuk menyindir Ahli Dewan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa Mohamed Azmin Ali. Bagaimanapun, ia sekadar untuk memberi aiskrim percuma dan mahu ia dimakan di tempat terbuka dan bukannya di tandas. Sambil berseloroh beliau berkata, “lepas makan jangan tak balik rumah”. Katanya, kempen ini akan diteruskan di kawasan Dewan Negeri (Dun) Bukit Antarabangsa dan gimik ‘aiskrim percuma’ akan diadakan. “Kita bagi aiskrim percuma, duduk dan agih sampai bersih. Tujuan nak beritahu agar makan aiskrim di tempat terbuka dan bukannya di tandas. “Ini kempen 1.0, lepas ni 2.0 yang kita adakan di Dun Bukit Antarabangsa. Hari ini permulaannya. Tak kata ia simbolik kepada Azmin, tapi kalau makan aiskrim jangan sampai tak balik rumah,” katanya sambil berseloroh. Azmin sebelum ini dikaitkan dengan video dan foto lucah yang menghias muka depan akhbar Utusan Malaysia pada minggu lalu. Namun dakwaan tersebut dinafikan Azmin dan mendapat sokongan daripada rakan-rakannya dalam PKR. Pemberian aiskrim percuma itu turut mendapat sambutan baik para pengunjung, namun berlaku kesesakan lalu lintas di kawasan berkenaan sehingga dibantu seorang polis trafik. Turut kelihatan kelibat Pengerusi Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps) Hamidzun Khairuddin. Tidak ketinggalan, rakan-rakan media yang membuat liputan juga menerima aiskrim pelbagai perisa secara percuma. Free Malaysia Today Last edited by ashrof1 on Tue May 15, 2012 10:42 am; edited 1 time in total Macamlah FELDA ini UMNO yang punya. Sedap mulut aje nak suruh orang Keluar. Peneroka duduk berbayar bukan teroka percuma dan ada yang dah mendapat hak milik tanah tersebut. PAS salah guna Islam Pemerintah! Dengarlah Nasihat Ata’ Bin Abi Rabah Posted on Monday, May 14 @ 20:01:52 PDT Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur Oleh: ustaznik "Ata’ bin Abi Rabah masuk kepada Abdul Malik bin Marwan (26-86H) yang sedang duduk di atas singgahsananya. Di sekelilingnya pembesar dari pelbagai puak. Waktu itu di Mekah ketika Abdul Malik menunaikan haji di zaman pemerintahannya. Apabila Abdul Malik melihat Ata’, Abdul Malik bangun menghormatinya dan mendudukkannya bersama-samanya di atas singgahsana. Abdul Malik berkata: “Wahai Abu Muhammad! Apa hajatmu?” Ata’ menjawab: “Wahai AmirulMukminin! Bertaqwalah kepada Allah di tanah haram Allah dan rasulNya ini. Berjanjilah untuk memakmurkannya. Bertaqwalah kepada Allah terhadap anak-anak Muhajirin dan Ansar kerana dengan sebab merekalah kamu dapat duduk di singgahsana ini. Bertaqwalah kepada Allah terhadap mereka yang menjaga kubu kerana mereka yang menjadi pertahanan orang Islam. Siasat dan semaklah urusan orang Islam kerana engkau sahaja yang bertanggungjawab terhadap mereka. Bertaqwalah kepada Allah terhadap orang yang berdiri di pintumu dan jangan lalaikan mereka. Jangan kunci pintumu tanpa mempedulikan mereka.” Jawab Abdul Malik: “Baik, aku akan lakukan.” Ata’ bingkas bangun. Abdul Malik memegang tangan Ata’ sambil berkata: “Wahai Abu Muhammad! Perkara yang engkau pohonkan itu adalah hajat orang lain. Kami sudah tunaikannnya. Apa pula hajatmu?” Jawab Ata’: “Aku tidak berhajat kepada makhluk” lalu terus pergi dari situ. Abdul Malik berkata: “Demi sesungguhnya inilah kemuliaan.” (ringkasan Muhazzab min Ihya Ulumiddin ms 482) Antara komentar yang boleh dibuat: 1. Pemerintah paling mudah kalau mahu melakukan kerosakan. Kerosakan pula akan menimpa seluruh rakyatnya. Justeru, nasihat paling baik diberi ialah kepada pemerintah terutamanya yang terus lalai dan alpa tentang amanah pemerintahan. 2. Ulama mesti berani menyampaikan nasihat dan peringatan. Jadilah ulama akhirat bukannya ulama dunia, ulama jahat atau ulama ussu yang mementingkan pangkat, jawatan, dunia, harta mengatasi hukum. 3. Ulama menjadi mulia apabila menegakkan kebenaran, bukannya menjadi syaitan bisu terhadap kemungkaran (rasuah, salahguna kuasa, pembaziran wang rakyat dan pemborosan, mendahulukan kroni dari rakyat, meletakkan di belakang hukum Allah dan lain-lain) 4. Kalau tidak kerana rakyat, tentulah pemerintah tidak akan menjadi pemerintah. Oleh itu, pemerintah mesti berlaku adil terhadap rakyat. Bukannya ditunjukkan keadilan dan sifat murah itu hanya apabila hampir dengan pilihanraya atau keadilan itu kepada sebahagian rakyat dan sebahagian rakyat lain di’haramjadah’kan. 5. Pemerintah mesti bersedia mendengar keluhan dan rasahati rakyat, termasuk mahukan pilihanraya yang adil dan bersih. |
Khalid Ismath kesal dituduh tendang polis
Aktivis
pelajar, Khalid Ismath berkata beliau tidak tahu menahu mengenai
kejadian anggota polis ditendang ketika perhimpunan BERSIH 3.0, 28 April
lalu.
Malah, beliau juga tidak berada di tempat kejadian pada waktu berkenaan seperti yang didakwa akhbar, katanya ketika menceritakan semula pengalamannya memimpin kumpulan siswa dalam perhimpunan tersebut.
Khalid berkata, beliau sangat kesal dengan tindakan media yang menyiarkan tuduhan tersebut tanpa usul periksa.
"Mengenai kes pijak polis tu memang saya tak tahu sehinggalah saya balik rumah.
"Saya kesal dengan media arus perdana dan polis yang tak boleh beza yang mana betul dan yang mana salah sampai saya menjadi mangsa. Saya tak boleh ke kuliah, dapat SMS yang mengutuk, memaki saya.
"Perkara ini mencemarkan maruah dan reputasi saya sebagai mahasiswa dan keluarga saya," katanya dalam wawancara dengan Malaysiakini minggu lalu.
Dakwaan tersebut, berserta gambar antara lainnya disiarkan akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo!
Khalid menafikan bahawa beliau merupakan individu dalam gambar yang disiarkan itu dan akan mengambil tindakan undang-undang ke atas akhbar terbabit.
Jelasnya, pada waktu insiden menendang anggota polis itu didakwa berlaku, beliau berada di Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk mengunjungi ibunya.
Ibunya, Faridah Abdull dimasukkan ke wad di hospital itu setelah mengalami cedera akibat dipijak di satu lokasi berlainan di perhimpunan tersebut.
"Tembakan (berlaku) kira-kira pukul 2 petang, saya sampai ke hospital sebelum Asar.
"Saya memang berada di hospital sampai dalam pukul 12 tengah malam. Sampai mak saya dimasukkan ke wad," katanya.
Khalid berkata beliau bersama mahasiswa tersebut pada awalnya berarak dari Jalan Tunku Abdul Rahman menuju ke Jalan Tun Perak pada pukul 12 tengah hari.
Beliau bersama pelajar bawah gabungan Solidariti Mahasiswa Malaysia itu kemudiannya duduk beramai-ramai di atas jalan berhampiran bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
Beliau bersama rakan pelajar lain kemudiannya lari dan memasuki satu bangunan apabila polis melepaskan gas pemedih mata dan meriam air.
"Kami rasa kami tidak mengganas malah kami arahkan semua pelajar lari dan masuk dalam bangunan sehinggalah keadaan reda," kata siswa jurusan undang-undang itu lagi.
Siswa Universiti Teknologi Mara itu berkata, beliau kemudiannya menerima panggilan daripada kakaknya yang mengatakan bahawa ibu beliau dikejarkan ke hospital dengan ambulans.
Sejurus selepas itu, Khalid berkata, beliau terus berlari untuk mencari pengangkutan awam untuk ke Hospital Besar Kuala Lumpur.
"Saya tak datang dengan keluarga ke perhimpunan itu. Saya naik kereta lain. Mereka kereta lain. Ketika saya melarikan diri itu saya mendapat panggilan dari kakak yang kata mak dibawa ke hospital.
"Saya dapat agak sesuatu buruk berlaku. Saya tak fikir lain terus ke hospital bersama kawan-kawan dari Suaram cari pengangkutan awam. Dari Jalan Tunku Abdul Rahman tu saya berlari sampai ke LRT Dang Wangi dan terus ke hospital," katanya.
Khalid berkata, beliau kemudiannya menunggu ibunya di HKL sehingga lewat malam.
Oleh Muda Mohd Noor
PETALING JAYA: Umno bukan seperti parti-parti lain. Tidak ada parti lain yang boleh menandingi Umno – parti terbesar berusia 66 tahun itu. Sama ada dari jumlah ahli atau kemewahan, Umno adalah nombor satu.
Kehadiran puluhan ribu ahli Umno ke Stadium Nasional di Bukit Jalil malam tadi kerana menyambut kelahiran parti itu bukan sesuatu yang di luar jangkaan. Nyata sambutan itu mewah dan meriah.
Sambutan yang meriah itu memang sudah sinonim dengan Umno. Sebelum ke Bukit Jalil, ahli-ahlinya bermalam terlebih dahulu di hotel yang di tempah khas di sekitar Kuala Lumpur dan lokasi berdekatan. Mereka menaiki bas yang disewa khas dan dijanjikan wang saku. Ini tradisi Umno bagi ahlinya yang tinggal di luar ibu kota bagi menghadiri program parti termasuk perhimpunan agung Umno di PWTC. Sesetengah mereka menaiki khas jabatan kerajaan kerana wakil rakyat mereka menjadi Exco kepada jabatan berkenaan.
Beberapa ahli Umno berkata, mereka sangat beruntung menjadi ahli parti itu terutama ketika menghadiri program parti di Kuala Lumpur.
Rosli Awang dari Kuala Terengganu berkata, “Saya datang ke Kuala Lumpur semuanya percuma.”
“Saya tidur di Hotel Grand Seasons dan dijanjikan wang poket tetapi belum dapat lagi. Masa perhimpunan agung Umno pun begini juga.”
Jadi anggaran kasar 100, 000 orang mendengar ucapan Datuk Seri Najib Tun Razak di Stadium Bukit Jalil bukan luar biasa dan mengejutkan.
Dengan kekayaan yang ada, Umno boleh membawa seberapa ramai yang mereka mahu. Jangan lupa ahli parti itu berjuta orang.
Namun menjelang pilihan raya umum 13 yang kini di depan mata, kemeriahan sambutan 66 tahun itu mungkin untuk seketika sahaja.
Percakapan di cawangan dan bahagian ialah Umno masih tidak dapat bersatu padu sepenuhnya.
Tolak calon parti
“Isu yang paling besar ialah masih tidak semua ahli akan setuju dengan calon yang dipilih parti. Ini yang berlaku dalam setiap kali pilihan raya.
“Umno kalah kerana sikap pemimpin di cawangan dan bahagian berlaku tikam belakang menjelang pilihan raya. Kerana mereka tidak bersatu, kerana ada kepentingan sendiri, ahli akar umbi berpecah belah.
“Umno kalah kerana tidak bersatu. Mereka bermusuhan sesama sendiri,” kata Rosli lagi.
Apa yang berlaku itu mungkin satu contoh sahaja. Barangkali perkara serupa timbul juga ditempat lain. Najib mungkin menyedarinya tetapi apa yang boleh dilakukannya?
Beliau cuma boleh merayu tetapi apa yang berlaku sebelum ini tidak semua suara preiden didengari.
Ini yang berlaku kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika menghadapi pilihan raya umum 2008 yang menyebabkan BN kalah empat negeri – Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Perak.
Perbalahan sesama sendiri adalah musuh dalam parti. Adakah ahli Umno memberi sokongan sepenuh hati kepada Najib?
Adakah rakyat boleh menerima sepenuhnya pemerintahan Najib? Untuk menukurnya dari segi program turun padang atau bantuan kepada rakyat ia bukan jaminan BN secara automatik mendapat undi.
Pengundi sudah bijak. Mereka kini menilai antara kebaikan yang dibuat BN sejak 1957 dengan harapan baru yang diberikan Pakatan Rakyat.
Senarai Kekayaan Anak-Anak Menteri Malaysia. Gila Punya Kaya...
Posted on Sunday, May 13 @ 23:08:51 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh: usamah
"
- kini gaya bermewah yang dipertikai rakyat mula menular ke sebahagian besar anak anak pemimpin BN.
~ tidak masuk akal dgn gaji ahli parlimen RM4,000 sebulan, Senator Dewan Negara RM6,000, Timbalan Menteri RM10,847 atau Menteri Kabinet RM14,907 mereka mampu memiliki rumah berharga jutaan ringgit dan kereta brharga ratusan ribu ringgit. Persoalan yang lebih menarik,bagaimanakah mereka mampu membelikan kereta kereta mewah untuk anak-anak?
~tentukan sekali pemimpin BN mendapat wang sampingan dari pelbagai sumber. pendapatan mereka dikatakan brjuta juta ringgit stahun dan tidak menjadi masalah untuk membiayai kehidupan mewah. kemewahan itu membuat rakyat MELUAT!. dengan gelagat gaya hidup mewah keluarga dan anak beranak pemimpin BN yg tak sedar diri, melantak hasil titik peluh Rakyat, Jelas dengan sikap Keborosan mereka merakalah membuat ramai lagi nasib si miskin di Malaysia tidak terbela ...

Membeli rakyat dengan kemewahan Posted on Sunday, May 13 @ 13:00:00 PDT Dilulus untuk paparan oleh teori |

Pemimpin
BN diketahui umum mempunyai gaya hidup mewah.elaun ahli Parlimen mahu
pun menteri tidak melayakkan mereka memiliki rumah atau kereta mewah.
~ apatah lagi individu yang memiliki kekayaan melampau itu bukan datang dari keluarga kaya atau telah mempunyai perniagaan sendiri sebelum menjadi ahli politik.kebanyakkannya jadi kaya setelah menang pilihanraya atau diberi jawatan parti.
~ apatah lagi individu yang memiliki kekayaan melampau itu bukan datang dari keluarga kaya atau telah mempunyai perniagaan sendiri sebelum menjadi ahli politik.kebanyakkannya jadi kaya setelah menang pilihanraya atau diberi jawatan parti.
- kini gaya bermewah yang dipertikai rakyat mula menular ke sebahagian besar anak anak pemimpin BN.
~ tidak masuk akal dgn gaji ahli parlimen RM4,000 sebulan, Senator Dewan Negara RM6,000, Timbalan Menteri RM10,847 atau Menteri Kabinet RM14,907 mereka mampu memiliki rumah berharga jutaan ringgit dan kereta brharga ratusan ribu ringgit. Persoalan yang lebih menarik,bagaimanakah mereka mampu membelikan kereta kereta mewah untuk anak-anak?
~tentukan sekali pemimpin BN mendapat wang sampingan dari pelbagai sumber. pendapatan mereka dikatakan brjuta juta ringgit stahun dan tidak menjadi masalah untuk membiayai kehidupan mewah. kemewahan itu membuat rakyat MELUAT!. dengan gelagat gaya hidup mewah keluarga dan anak beranak pemimpin BN yg tak sedar diri, melantak hasil titik peluh Rakyat, Jelas dengan sikap Keborosan mereka merakalah membuat ramai lagi nasib si miskin di Malaysia tidak terbela ...
KEKAYAAN ANAK ABDULLAH AHMAD BADAWI
~
kamaludin diisytiharkan sebagai salah salah seorg 10 tokoh peniagaan
Melayu teratas dgn aset melebihi RM320 JUTA sebaik PAK LAH menjadi
Perdana Menteri. kamaluddin didakwa merupakan org dibelakang syarikat
Scomi walaupun namanya tidak ada di dalam senarai Lembaga Pengarah Scomi
yg brjumlah 9 org.
~
pada 2006 akhbar The Star melaporkan Petronas Carigali Sdn Bhd telah
memberi kontrak sekurang kurangnya RM2 BILLION bagi membina pelantar
minyak dari 2004 hingga 2006 kepada SCOMI.
KEMEWAHAN ANAK NAZRI AZIZ
~
anak kepada Menteri di jabatan Perdana Menteri nazri abdul aziz,
Mohamad Nediam dilaporkan menjadi bintang dikalangan anak2 menteri
kerana dibelit kontroversi berkenaan paparan pelbagai fotonya di
beberapa blop brsama gadis2 jelita ~Nedim dilaporkan mempunyai sebuah
kereta PORSCHE berharga sekitar RM700,000.beliau juga mempunyai pengawal
peribadi yang sentiasa mengiringnya menaik kereta mewah.
~
baru2 ini pengawal peribadinya myerang seorg pengawal keselamatan
kerana berlaku salah faham mendaftar masuk ke sbuah kondominium mount
kiara.
~
Angkatan Muda Keadilan menuntut polis menyiasat Nedim yang pernah
dikaitkan dalam 1 kes pembunuhan,Darren Kang di Sri Hartamas pada
2004.satu ironi, seorang anak menteri undang2 tidak faham undang2 dan
trlajak ke dalam kes2 jenayah.
KEMEWAHAN ANAK LIM LEONG SIK
~
anak Dr. Ling leong sik,ling hee leong Menteri Pengangkutan dan
Presiden MCA pada zaman Dr mahathir didakwa telah mengumpul kekayaan
sebanyak RM 1.2 BILLION!.
~ hee leong yang baru berumur 27 thn ketika itu tidak selayaknya mengumpul kekayaan yang sebegitu banyak.
~
pemimpin DAP,Lim Kit siang pada 1997 telah membuat laporan kepada Badan
Pencegah Rasuah agar kerajaan BN menyiasat skandal pengumpulan harta
yng sebegitu besar dikhuatiri mengunakan kedudukan Lim Leong sik sbg
menteri pengangkutan.namun sehingga ke hari ini tiada siasatan
dijalankan.
KEMEWAHAN ANAK NAJIB RAZAK
~
ada beberapa org anak najib razak yg menjadi topik perbualan di
internet.salah seorg dipercayai anak beliau bernama Ashman Najib,dan
masih menuntut .foto dalam carian di beberapa blog mendedahkan gaya
ashman yg mewah.
~ beliau didaka memiliki sebuah kereta mewah jenama Bantley yang tidak selayaknya dinaiki seorg remaja yang masih blajar.
~anak
kdua najib bersama isteri pertamanya tengku puteri zainah tengku
eskandar,mohd nazifudin najib merupakan salah seorg ahli lembaga
pengarah syarikat Harvest Court Industries Bhd pada Oktober 2011.
~
beliau juga Pengerusi Sagajuta (sabah) Sdn Bhd, syarikat yang
membangunkan 1 Borneo mall di Kota Kinabalu.mempunyai kepentingan
sebanyak 13.83% selepas dilantik sbg ahli lembaga pengarah (BOD)
Syarikat Harvest Court Industries Sdn Bhd.
~
pertunangan anak sulung najib bersama rosmah mansor,Nooryana najwa
dengan warga kazakkhtan,Daniar nazarbayev,17 jun 2011.menelan
pmbelanjaan RM79,053.
~
bil2 yang dikenal pasti sbg invois perbelanjaan jelas mengesahkan
majlis itu ditanggung oleh kerajaan.sedangkan hanya majlis rasmi sahaja
yang dibenar dari segi undang undang mengunakan wang negara.
KEKAYAAN ANAK SHAHRIZAT JALIL
~ dua anak shahrizat jalil dalam usia 20-an ,wan shahinur izran dan wan izzana fatimah zabedah memegang saham syarikat NFC.
~
anak2 shahrizat memiliki saham dalam Global Biofuture Pte Ltd,meatwork
(singpore) Ptd Ltd.kdua duj syarikat itu didakwa memiliki modal berbayar
S$3.65 juta,atau RM8.85 JUTA.
KEKAYAAN ANAK TAIB MAHMUD
~
taib mahmud yang memerintah Sarawak sejak 1980-an dianggap jelmaan Raja
brooke ( James Brooke) di Sarawak.adik. Bradik dan anak beranaknya di
berikan kekayaan yang melimpah ruah.
~
salah seorg anak taib mahmud,jamilah taib memiliki kekayaan luar
biasa.beliau menguruskan kekayaan taib di Kanada melalui Sakto
Corporation yg nilainya menjangkau ratusan juta Dollar dibawah nama
menantu lelaki beliau,sean murray.
~
jamilah memiliki rumah mewah di malaysia dan luar negara.keluarga taib
juga memiliki perniagaan Sakti International yang berpusat di Amerika
Syarikat.
~
seorg lagi anak taib,abu bekir taib abdul taib mjadi kontrolversi
selepas tuduhan pnceraiannya berjumlah RM500 juta dimahkamah syariah.
~
abu bekir brkahwin kali kdua dengan wanita Russia. isteri pertamanya
Shahnaz a.majid,memohon penceraian.dalam permohonan pembahagian harta
sepencarian istrinya menuntut :
1) RM100 JUTA tuntutan mutaah
2) RM300 JUTA harta sepencarian
~
slain itu menurut Shahnaz, suaminya,mempunyai perniagaan berbillion
ringgit, juga mempunyai kereta Mercedes Benz,
Lamboghini,Murcielago,Ferrari Spider,Bentley New Continental GT,Maserati
Quortoporudi dan Alphard
KEKAYAAN ANAK DR MAHATHIR MOHAMAD
~
Mirzan mahathir,menguasai beberapa syarikat peniagaan besar seperti
Sunway Building Tecnologies berhad,Capetronic Consumer Electronics
Holdings berhad,World wide holdings berhad,Artwright holdings berhad dan
lain2 lg.
~
mirzan pada 2011 muncul sbg salah seorg pgarah syarikat San Miguel
Corp,syarilat konglomerat makanan terbesar di Filipina yang juga trlibat
dgn perniagaan Arak.
~
terbaharu,mirzan dinamakan dalam afidavit di mahkamah India brkaitan
siasatan pembangunan pelabuhan kakinada di Andra Pradesh.kerja2
pembinaan itu terlewat beberapa tahun dan perbendaharaan negeri mendakwa
kerugian kira2 RM 33 juta antara 1999 dan 2007 disebabkan kelewatan
itu.
~
Mokhzani mahathir majalah perniagaan Malaysia Business pernah
melaporkan Mokhzani mahathir sbg antara 3 tokoh perniagaan melayu
terkaya di Malaysia.beliau memiliki syarikat Kenchana Petroleum dan
menduduki tangga ke 19 dalam senarai majalah itu dgn memiliki kekayaan
sbyak RM 1.6 BILLION selain itu Mokhzani juga memiliki saham di dalam
THB Industries Berhad,Tongkah holdings berhad dan Pantai Holdings
berhad.
SEBEGINILAH
MANUSIA YG HDUP DIALAS WANG KERTAS DUIT RAKYAT, SEJAHTERA LAH MEREKA
HIDUP DIDUNIA, DAN YANG AMAT PERIT SEKALI KETIKA MATI DALAM KEALPAAN,
SEMOGA ALLAH MEMBERI HIDAYAH KESEDARAN KEPADA MEREKA DAN SEDIA BRTAUBAT
MENERIMA HUKUMAN DIDUNIA. MESTI DI BACA DAN HARUS DI TEKA, --> "HIDUP
UMNO!" atau "HIRUP UMNO HIRUP!"...Tepuk dada tanyalah selera.....
http://siasahkini.blogspot.com/2012/05/senarai-kekayaan-anak-anak-menteri.html
Kerana Dendam, UMNO khianati rakyat yang melaporkan kebenaran
Posted on Monday, May 14 @ 08:30:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh teori
Oleh: setisab
"
Terbaru, beliau secara bertubi-tubi membuat aduan dan memberi tekanan kepada Public Bank dan Bank Negara Malaysia untuk mengambil tindakan terhadap Encik Johari Mohamad yang dituduhnya membocorkan maklumat pembelian harta mewah di KL Eco City kepada saya.

TINDAKAN NFC MEMBURU RAKYAT YANG DISYAKI MENJADI ‘WHISTLEBLOWER’ MEMALUKAN
Saya
kesal dengan tindakan NFC dan Dato’ Seri Mohamad Salleh Ismail yang
terus menerus memburu rakyat yang tidak bersalah untuk dikenakan hukuman
berat kerana disyaki membantu pendedahan segala penyelewengan yang
berlaku di NFC. (Sumber)
Terbaru, beliau secara bertubi-tubi membuat aduan dan memberi tekanan kepada Public Bank dan Bank Negara Malaysia untuk mengambil tindakan terhadap Encik Johari Mohamad yang dituduhnya membocorkan maklumat pembelian harta mewah di KL Eco City kepada saya.
Akibat
tekanan ini, tindakan telah diambil oleh Public Bank dan Bank Negara
Malaysia terhadap Encik Johari Mohamad. Beliau yang sudah tidak tahan
dengan tekanan dan tindakan selama sebulan akhirnya membuat keputusan
meletakkan jawatan dari Public Bank setelah berkhidmat berbelas tahun.
Tidak
cukup dengan merosakkan periuk nasi rakyat yang tidak berdosa, Dato’
Seri Mohamad Salleh Ismail dan NFC terus memburu dengan mengenakan
tekanan kepada Bank Negara pula. Hari ini, Encik Johari Mohamad akan
disiasat dibawah Akta Bank dan Institusi Kewangan (BAFIA) yang boleh
dikenakan hukuman penjara 5 tahun.
Tindakan
yang bersifat dendam kesumat ini sudah tentu dibincangkan dan mendapat
restu Dato’ Seri Shahrizat Jalil, Ketua Wanita Umno. Sebelum ini,
apabila ditanya apa tindakan yang akan diambil terhadap mereka yang mendedahkan penyelewengan NFC, Dato’ Seri Mohamad Salleh Ismail sendiri mengatakan bahawa beliau akan berbincang dengan keluarga.
Tindakan
dendam kesumat ini juga bertentangan dengan kenyataan Dato’ Seri
Mohamad Salleh Ismail bahawa beliau tidak berdendam dengan sesiapa
kecuali saya dan beliau tidak akan mengambil tindakan terhadap sesiapa
pun kecuali saya.
Jelasnya,
beliau sedang berusaha untuk mengenakan tindakan terhadap semua yang
beliau syaki membantu mendedahkan penyelewengan dan kekayaan peribadi
keluarga beliau.
Beliau
tidak sedar bahawa tindakan dendam kesumat itu memberi imej yang buruk
terhadap Umno. Ahli Umno sendiri menolak penyelewengan yang dilakukan
oleh keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil, maka sudah tentu mereka pun
muak dengan sikap penting diri keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil yang
akan terus mengheret Umno ke dalam skandal NFC yang tiada penghujungnya.
KEADILAN
akan membantu sepenuhnya Encik Johari dari aspek bantuan guaman dan
berusaha mendapatkan kerja baru supaya beliau tidak terus dimangsakan
oleh dendam kesumat keluarga Dato’ SeriShahrizat Jalil.
Saya
mendesak Bank Negara Malaysia supaya tidak tunduk kepada tekanan Dato’
Seri Shahrizat Jalil dan keluarganya. Sungguh malang apabila semua
institusi negara – dari PDRM, SPRM dan kini BNM – diheret oleh beliau
semata-mata untuk menutup penyelewengan yang telah berlaku.
MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
14 MEI 2012
KENYATAAN ENCIK JOHARI MOHAMAD (Di sini)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan