Khamis, 24 Mei 2012

JANGAN CABAR KUASA ALLAH...JANGAN SUKA LAWAN ALLAH...IBADAH SEKANGKANG KERA...KAKI MAKSIAT...TAMBAH TAK NAK TAQWA...ALLAH BOLEH PADAM@MATIKAN BILA2 MASA...JANGAN BERLAGAK SOMBONG DENGAN KUASA YANG ADA...KUASA PINJAMAN DARI ALLAH...PADAM TAK KUASA LAGI...MANUSIA KALAU TAK MENADAH KITAB SELALU...MEMANG SUSAH NAK DENGAR NASIHAT ORANG...DEGIL MACAM IBLIS...

Semua perlu hadir 1 Jun - Mursyidul Am

Rizal Tahir, 24 Mei 2012
KOTA BHARU: Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyeru masyarakat pelbagai bangsa yang beragama Islam supaya hadir pada majlis himpunan besar-besaran pada 1 Jun ini di Kedah.

Katanya, majlis perhimpuan besar-besaran dan penuh bermakna khususnya yang inginkan keadilan perlu hadir pada majlis yang akan diadakan di Stadium Sultan Abdul Halim, Kedah.

“Semua bangsa, sama ada Melayu Muslim, Cina Muslim, India Muslim pergi ke  majlis perhimpunan itu nanti beramai-ramai,”ujarnya.

Menurutnya, program berkenaan penuh erti kerana ianya akan diisikan dengan majlis munajat, mubahalah dan lain-lain lagi untuk diluahkan hasrat kepada Yang Maha Esa.

Beliau berkata demikian kepada media ketika ditemui selepas majlis perasmian aktiviti memanah sekolah Yayasan Islam Kelantan (Yik), ketik diminta mengulas berhubung program itu.

“Kita boleh mengadu pada Allah berhubung kita sering diperlakukan sedemikian rupa oleh pihak tertentu dengan kezaliman walaupun usaha untuk memperjuangkan Islam,”ujarnya.

Sambungnya lagi, memerangi perbuatan mungkar adalah suatu perkara wajib tidak kira melalui Bersih atau apa cara sekalipun.

Bersih hanya satu daripada cara bahawa rakyat tidak bersetuju dengan pengundi hantu, kekotoran daftar pengundi dan berbagai lagi.

“Nak perjuangkan melalui Bersih itu terpulanglah, tetapi wajib menentang kezaliman, kemungkaran dan berbagai lagi,”ujarnya.

Menurutnya, itu semua bukan kerja parti sahaja, sebaliknya ajaran agama.

Siapa susah bila pekerja MAS ditawar cuti 2 tahun

Abdul Aziz Mustafa, 24 Mei 2012
KUALA LUMPUR, 24 Mei: Siapa akan tanggung beban dan kesusahan pekerja MAS yang disuruh mengambil cuti tanpa gaji sehingga dua tahun, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub mempersoalkan.

"Berikutan penurunan pendapatan dan penstrukturan semula bagi menjimatkan kos, MAS menawarkan cuti tanpa gaji sehingga dua tahun kepada kakitangannya untuk mengurangkan kos operasi.

"Apa yang dibimbangi ialah bukan setakat tawaran sahaja tetapi akhirnya kakitangan MAS dipaksa mengambil cuti tanpa gaji sehingga dua tahun," kata beliau.

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata, kakitangan MAS yang dipaksa bercuti tanpa gaji pasti akan menghadapi pelbagai masalah dan beban ekonomi berikutan kehilangan pendapatan yang tetap.

"Jika separuh dari kira-kira 20,000 pekerja MAS mengambil cuti tanpa gaji walaupun dalam masa enam bulan sekalipun, ke mana mereka hendak mencari rezeki untuk menyara keluarga mereka?

"Pemimpin-pemimpin Umno boleh kata mereka boleh cari kerja lain atau berniaga, tetapi dengan peluang pekerjaan yang semakin terhad dan perniagaan pula memerlukan modal yang besar, apa yang pasti tindakan itu akan mengakibatkan kesusahan dan penderitaan hidup mereka," kata Salahuddin.

Tambahan pula, tanya beliau lagi, jika 10,000 orang yang disuruh mengambil cuti tanpa gaji selama dua tahun, adakah kesemua 10,000 itu mempunyai kebolehan dan kemampuan untuk berniaga bagi menampung kos hidup mereka?

Beliau bagaimanapun berharap tawaran sedemikian juga dikemukakan kepada mereka yang berkedudukan tinggi dan "membelasah wang MAS" tanpa sumbangan yang nyata.

"Berapa puluh ribu sebulan diterima oleh penasihat MAS, Tun Abdullah Ahmad Badawi?

"Kalau dia dan orang sepertinya cuti tanpa gaji, banyak wang MAS yang boleh dijimatkan," katanya.

Salahuddin menyifatkan masalah yang dihadapi oleh MAS itu sebahagian besarnya berpunca dari terlalu banyak kepentingan politik dan kroni yang menjadi penentu dasar pengurusan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu.

"Contohnya, kontrak bekalan makanan kepada MAS, bukan sahaja terlalu mahal dan luar biasa mahal, malah kontraknya memakan masa hingga 25 tahun.

"Tidak ada mana-mana fikiran yang waras yang berani menjangkakan MAS boleh membuat untung dengan keadaan sedemkian," katanya.

Bukan setakat itu sahaja, katanya, kepentingan demi kepentingan terus menguasai pentadbiran MAS sehingga kini.

"Saya diberitahu sukuk peringkat pertama yang dicadangkan diterbitkan oleh MAS sebanyak RM1 bilion pada Jun ini akan digunakan untuk membayar hutang untuk modal kerja (bridging loan) kepada CIMB terlebih dahulu.

"Nampak seperti tolong adik Perdana Menteri dahulu," katanya.

Salahuddin seterusnya mempersoalkan berapa bilion atau trilion lagi wang negara yang akan diperjudikan untuk menyelamatkan MAS setelah syarikat penerbangan nasional itu dimangsakan oleh kepentingan-kepentingan politik mereka yang tidak bertanggungjawab.

"Pernahkah kerajaan menghitung berapa banyak wang yang terpaksa digunakan untuk menyelamatkan MAS?" tanya beliau.

Beliau percaya, jika dibuat perhitungan yang sewajarnya, menubuhkan syarikat penerbangan yang baru lebih menjimatkan dari terus berbelanja besar-besaran untuk menyelamatkan MAS.

Gas bocor dan meletup: Penduduk Kerteh ketakutan

Harakahdaily, 24 Mei 2012

(Antara mangsa gas bocor sebelum ini)

KEMAMAN: Penduduk Kerteh dekat sini hidup dalam ketakutan ekoran kejadian kilang meletup dan gas bocor menjadi-jadi di kawasan mereka.

Semalam berlaku lagi kebocoran kepada sebuah kilang di situ menyebabkan bau amonia yang kuat di kawasan Kerteh ini.

Mereka meminta Petronas dan kerajaan khasnya membuat usaha yang bersungguh-sungguh bagi memastikan kesalamatan penduduk kawasan industri ini terjamin.

Kejadian yang berlaku di Kerteh  sebegini mengigatkan penduduk Kuantan ekoran pembinaan kilang Lynas yang mempunyai kaitan dengan radioaktif dibina di sana.

11 Mei lalu, Loji Pemprosesan Gas milik Petronas di Paka meletup kira-kira jam 3 petang.

Ketika kejadian kira-kira 2,000 orang sedang bertugas di sekitar kawasan berkenaan.

Seorang pekerja kontrak maut dan sembilan lagi cedera dalam kebakaran di pusat pemprosesan gas di Loji Pemprosesan Gas (GPP) dalam kawasan Kompleks A milik Petronas.

Pekerja itu, Rosli Mansor, 31, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dalam kebakaran kira-kira 3 petang itu, menurut kenyataan Petronas Gas Berhad (PGB).

Seorang lagi pekerja Mohd Zamri Fithri Mat Nor, 25 berasal daripada Padang Pulut di sini yang mengalami kecederaan parah dengan 90 peratus bahagian badannya melecur, dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk rawatan lanjut.

Lapan lagi pekerja yang cedera dirawat di Hospital Kemaman dan Hospital Dungun.

Sebelum itu, pada 6 April, gas dilaporkan bocor di Pusat Memproses Gas (GPP) 3, di Kerteh.

Dalam kejadian jam 8.15 malam itu, 16 pekerja kontrak dikejarkan ke Hospital Dungun manakala lapan lagi menerima rawatan di Klinik Kesihatan Paka selepas mengalami sesak nafas akibat terhidu gas terbabit yang tidak diketahui punca dan dari mana berlakunya kebocoran itu.

Isu tentera: Nizar beri keterangan polis

Muhammad Faeez, 24 Mei 2012

IPOH: Mantan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini memberi keterangan kepada pihak polis berhubung dakwaannya tentang pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib dengan pegawai tinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM).


Nizar dalam ceramahnya semasa Pelancaran Pra Bersih Parlimen Gopeng baru-baru ini meminta kepastian tentang pertemuan Najib dengan pegawai-pegawai tinggi ATM.


Akibat dakwaan Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak itu, beliau kini disiasat mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan iaitu kesalahan yang melibatkan kenyataan yang mendatangkan khianat awam.


Beliau yang ditemani isterinya Datin Seri Fatimah Taat serta tiga peguam hadir ke ibu pejabat polis daerah Ipoh pada kira-kira jam 10 pagi dan berakhir sejam selepas itu.

Nizar yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang ketika memberitahu media berkata beliau memberi segala maklumat yang diperlukan oleh polis.

Ekoran ucapan beliau pada ceramah berkenaan, beberapa individu dan pertubuhan bukan kerajaan telah membuat laporan polis.

Tiada ulasan: