TERKINI!! Himpunan Belia 2012: Dua Penonton Cedera Parah!!
http://jalanpulang1978.blogspot.com, | 27 Mei 2012 |
Sunday, May 27, 2012
TERKINI!! Himpunan Belia 2012: Dua Penonton Cedera Parah!!
TERKINI!!Tragedi di Himpunan Sejuta Belia - Drag Racing Tajaan Umno-APCO
Dua orang cedera parah dan 10 yang lain cedera ringan dalam kemalangan yang berlaku ketika sessi Drag Racing diadakan sempena Himpunan Sejuta Belia 2012 anjuran Kementerian Belia dan Sukan di Putrajaya, malam tadi.
Penonton yang cedera parah dilanggar kereta Mitsubishi Lancer Turbo yang terbabas& dan gagal dikawal.
Penganjur perlumbaan telah mengeluarkan kenyataan rasmi sejurus insiden tersebut bahawa tiada kematian dilaporkan dan keadaan penonton yang cedera masih belum dapat disahkan.
Apa yang dikesalkan, penganjur tidak menyediakan kawalan keselamatan secukupnya, apabila penonton hanya dipisahkan dengan pokok hiasan, dan hanya sebuah ambulans sahaja disediakan sebagai langkah keselamatan manakala pihak polis pula langsung tidak ada di lokasi kejadian.
Bagaimanapun, sumber yang belum disahkan mengatakan seorang penonton maut dan kesahihan mengenainya masih dalam siasatan.
JALAN PULANG
Malam Jumaat luar biasa di Pantai Dalam
SAKSI MATA
Hari Khamis 24 Mei yang lalu sepatutnya sama seperti hari-hari Khamis
lain. Saya ditugaskan membuat liputan ceramah politik PKR - satu perkara
yang biasa saya lakukan sebelum bertugas di Malaysiakini lagi.
Ceramah itu dijadual berlangsung di Pantai Dalam, yang terletak dalam
kawasan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.
Sepanjang jalan bermula dari stesen Petronas Pantai Dalam ke tapak ceramah di PPR Pantai Permai aliran trafik lebih sesak daripada biasa.
Kelihatan pemuda-pemuda berbaju-T merah memegang kain rentang berdiri di kiri kanan jalan. Pada kain rentang tersebut tertulis mesej-mesej antaranya "Anwar kaki pusing", "Parti anak-beranak", dan "Parti Kencing Rakyat"
Saya tidak pasti sekiranya kesesakan trafik hari itu berpunca daripada kebanjiran ramai orang ke ceramah Pakatan Rakyat yang merupakan satu perkara biasa, atau kerana jalan raya ke tapak ceramah menjadi semakin sempit dengan kehadiran pemuda-pemuda berbaju merah tadi.
Kira-kira 10 meter dari tapak ceramah PKR rupa-rupanya turut berlangsung satu lagi ceramah politik. Kain rentang ceramah politik itu bertulis "Ganyang Petualang Negara", dipercayai ditujukan buat Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jangkaan saya tepat apabila mendapati antara penceramah yang dijadualkan berucap di pentas itu adalah Ummi Hafilda Ali, seperti yang dapat dilihat pada satu kain rentang.
Wah! Ini kali pertama saya bakal melihat Ummi Hafilda berceramah dan juga ceramah politik berkembar.
Di pentas ceramah PKR, Nurul Izzah Anwar baru mengambil tempat untuk berceramah. Selang beberapa minit beliau berucap suaranya tiba-tiba 'hilang' daripada sistem siaraya.
Pada waktu itu, saya mengagak ia mugkin disebabkan gangguan teknikal yang kadang-kala berlaku pada mana-mana ceramah. Namun, pada masa sama lampu khemah menempatkan Nurul Izzah turut gelap. Rupa-rupanya tapak ceramah PKR putus bekalan elektrik.
Beberapa petugas ceramah berlari ke blok apartmen bersebelahan yang membekalkan kuasa elektrik ke tapak ceramah. Saya bergegas mengekori mereka.
"Wayar kena potong-potong! Wayar kena potong!" jerit seorang petugas. Apabila saya tiba, saya lihat wayar elektrik terputus dua. Selepas saya merakamkan beberapa keping gambar, petugas ceramah menyambung semula wayar itu dan bekalan elektrik di tapak ceramah PKR kembali pulih.
Saya beredar ke tapak ceramah Umno untuk meninjau suasana di situ. Ummi Hafilda sedang berucap dan kira-kira 200 orang berpakaian merah sedang mendengar ucapannya. Mereka memenuhi kira-kira dua daripada lima khemah tersedia. Ummi kelihatan manis - berjubah kain licin nipis berwarna hijau. Ummi berucap menggunakan rostrum dan sambil berucap kain jubahnya ditiup angin kipas pentas di belakangnya.
Saya kembali ke tapak ceramah PKR dan mengambil tempat hampir dengan khemah ceramah untuk mengikuti ceramah Anwar yang baru menaiki pentas.. Kini Anwar sedang berucap.
Tiba-tiba, beberapa orang hadirin di sebelah saya bangun berdiri dan keadaan bertukar menjadi kecoh. Saya tertanya-tanya apa yang berlaku. Mereka bising-bising dan meninjau-ninjau ke arah belakang.
Rupa-rupanya salah seorang daripada mereka dibaling telur dan mereka cuba mencari dari arah mana datangnya telur itu. Anwar yang menyedari perkara itu meminta hadirin bertenang dan meneruskan ceramahnya semula.
Selang beberapa minit Anwar berucap, tiba-tiba hadirin ceramah berhampiran saya kembali berdiri dan keadaan kembali kecoh. Namun suasananya kali ini terasa lebih panik.
Saya ternampak seorang wanita mempamerkan wajah takut selepas beliau meninjau ke bahagian belakang khemah tersebut. Pada masa itu juga beberapa kamera video yang merakam ucapan Anwar diangkat dan jurukamera bergegas berpusing ke belakang.
"Beri laluan! Beri laluan!" jerit suara dari arah belakang saya. Seorang lelaki tua berbaju putih dengan kesan tompok darah dipapah dekat dengan pentas ceramah dalam keadaan tidak bermaya. Apabila beliau dipapah semakin dekat dengan tempat saya berdiri, kelihatan darah mengalir keluar dari dahinya dengan tidak berhenti-henti.
Orang ramai mendudukkan beliau di atas kerusi di hadapan pentas. Keadaan sekeliling bertambah panik kerana darah masih terus mengalir keluar dari dahinya dan menitik ke atas baju-T beliau.
Melihat keadaan lelaki itu Anwar melaungkan "Pemuda Umno sial! Pemuda Umno sial!" melalui sistem pembesar suara.
Lelaki itu kemudian diusung keluar dari tapak ceramah dan dibawa ke tempat lain masih dalam keadaan separa sedar - dipercayai untuk rawatan.
Tidak berpuas hati dengan perkara yang berlaku, penyokong lelaki PKR mula berdiri dan bergerak ke arah pintu pagar kuarters DBKL yang memisahkan ceramah PKR dan ceramah Umno.
Pada masa sama penyokong Umno dari dalam kawasan kuarters DBKL turut bergerak ke arah pagar tersebut. Namun jumlah mereka hanya dianggarkan satu perlima daripada penyokong PKR.
Di pentas Umno, Ummi masih berceramah begitu juga Anwar di tapak ceramah PKR.
Penyokong kedua-dua pihak mula menjerit-jerit ke arah satu sama lain. Kedua-duanya kelihatan seolah-seolah sedia untuk bertempur dan akan memanjat pagar ke sebelah pihak satu lagi jika polis tidak berkawal berhampiran pagar itu.
Keadaan yang sama berterusan sewaktu Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad mula berucap di sebelah PKR. Di pihak Umno, Ummi Hafilda masih lagi berucap. Namun beliau akan menghentikan ucapannya untuk mendengar butiran ucapan Khalid Samad dan membidasnya secara spontan.
Saya kini berada di antara pagar yang memisahkan kedua-dua penyokong. Dari tempat saya berdiri, sekali sekala saya ternampak beberapa penyokong Umno dengan bendera Malaysia diikat menyembunyikan wajah mereka melontar telur dan botol air mineral ke arah penyokong PKR. Polis berdiri memerhatikan perkara tersebut tetapi mereka tidak pula melarangnya.
Sekitar dua puluh minit kemudian keadaan tegang beransur reda. Sorak-menyorak sudah berkurangan. Saya kembali ke tapak ceramah PKR. Khalid Samad sedang berucap dan menceritakan kejayaan-kejayaan negeri Selangor kepada penduduk setempat.
Saya dan rakan setugas, Koh Jun Lin dihampiri seorang lelaki. Menurutnya ada seorang budak perempuan turut menjadi mangsa lontaran batu pada malam itu. Kami mengikut lelaki itu ke bahagian khemah penceramah dan menemubual budak perempuan itu dengan ditemani ibunya.
Ceramah berakhir tidak lama kemudian apabila Khalid Samad membacakan doa sebagai penutup ucapan beliau.
Merenung kembali perkara yang baru sahaja berlaku beberapa minit lalu, saya tidak dapat membayangkan bagaimana suasana pilihan raya umum kelak.

Ustaz Azhar Idrus terhangat minggu ini
Harakahdaily, | 27 Mei 2012 |
Di tempat kedua juga diungguli oleh artikel blog bergambar http://kerabubersuara.blogspot.com mengisahkan betapa besarnya pengaruh Ustaz Azhar Idrus dengan wanita Yang Telah Berhijrah Menutup Aurat.
Artikel membongkor siapa Shahrul Nasrun Kamarudin, yang menyerang rumah Datuk S Ambiga minggu lalu menduduki tempat ketiga. Rupa-rupanya beliau ialah CEO Red Carpet, syarikat pengurusan program yang kantul akibat kegagalan 'Karnival Kelantan Fiesta 2010' selepas diserang ribut.
Artikel bergambar daripada http://naimnikmat.blogspot.com mengisahkan bagaimana cara biasa Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat bersama rakyat menduduki tempat keempat.
Di tempat kelima ialah artikel bergambar kelakar daripada http://naimnikmat.blogspot.com yang mempersoalkan adakah Umno kini berhadapan dengan sabotaj parti.
Berikut ialah 10 artikel terhangat Facebook dan Twitter Harakahdaily bagi minggu, 20 Mei hingga 26 Mei, 2012.
1
|
K-Pop punca kuliah Ustaz Azhar Idrus dibatal |
||
2
|
Ustaz Azhar Idrus Dikelilingi Artis Wanita Yang Berhijrah. Allahuakhbar! |
||
3
|
Shahrul, lelaki di belakang Kelantan Fiesta 2010 |
||
4
|
Kebiasaan bagi TG Nik Aziz, luar biasa bagi MB-MB Umno (gambar) |
||
5
|
BN kena sabotaj (1 gambar) |
||
6
|
Annuar Musa dipecat dari Umno? |
||
7
|
Rafizi lawan KJ, Najib yang tertekan |
||
8
|
Atuk kencing berdiri, maka cucu kencing berlari |
||
9
|
Azan dan sujud di Padang Kota |
||
10
|
Saman Khalid Samad: Utusan kalah lagiTerbukti Umno cetus kejadian berdarah
Ketika menolak dakwaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendakwa demonstrasi ganas akan dianjurkan tanpa henti jika jika PR tewas dalam pilihan raya umum ke-13, beliau berkata fakta sejarah dengan sendirinya akan mendorong rakyat menolak dakwaan itu. "Memanglah, saya tak marah langsung dengan apa yang Dr Mahathir kata. Biarlah, dalam negara demokrasi, dia pun ada hak untuk bercakap juga walaupun orang waras tergelak sakan dengan kata-katanya. "Apa yang penting ialah kita mesti terus mengajak rakyat melihat fakta sejarah yang sebenarnya, walaupun apa pun yang dikatakan oleh siapa pun," katanya. Mohamad yakin, dalam zaman penyebaran maklumat yang serba pantas dan meluas ini, seseorang yang bercakap tidak berdasarkan apa yang sebenarnya berlaku terdedah kepada pelbagai tuduhan. "Tidak banyak yang boleh kita buat untuk melarang rakyat yang sakit hati menuduh Dr Mahathir buta, nyanyuk atau gila akibat kenyataannya itu," kata beliau sambil menyatakan simpati kepada bekas Presiden Umno yang kelihatan begitu takut untuk menghadapi perubahan itu. Beliau juga berharap Dr Mahathir tidak lagi mengulangi kenyataan sedemikian kerana beliau "tidak seronok kalau tokoh yang paling lama menjadi Perdana Menteri itu dituduh dengan pelbagai kata nista". "Satu dunia tahu bahawa yang tidak henti-henti diserang dengan ganas ialah ceramah-ceramah dan perhimpunan-perhimpunan PR dan juga perhimpunan rakyat yang lain yang menolak Umno dan BN (Barisan Nasional). "Malah, bukan majlis dan perhimpunan sahaja yang diserang dan diganggu sehingga berkali-kali berlaku kejadian berdarah, rumah kediaman pun mereka serang. "Rumah saya diserang dan dibakar, rumah (Pengerusi Bersama Bersi, Datuk S) Ambiga mereka pergi tungging punggung dan lakukan pelbagai gangguan," katanya. |
Gempar: Korban Hari Belia Negara 2012 - Drag Race, Kereta Terbabas Langgar Penonton
http://ghaflah.blogspot.com, | 27 Mei 2012 |
Oleh: Karmic Wheel | Pada: 1:29 AM | Dalam: Isu Semasa
Berita tergempar berlaku malam ini dalam perlumbaaan drag race yang diadakan sempena perhimpunan hari Belia Negara 2012 yang diadakan di Putrajaya.
Kita tunggu laporan rasmi dan apa yang akan diperkatakan oleh pihak yang berkaitan nanti, samada pihak penganjur ataupun kementerian belia dan sukan.
!Update : 2.00 AM
Penganjur rasmi perlumbaan dragrace telah mengeluarkan kenyataan bahawa tiada kematian tetapi 2 orang penonton cedera parah dan yang selebihnya cedera ringan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan