Jumaat, 18 Mei 2012

KEMENANGAN YANG TULEN...HALAL GAJI DAN ELAUN2...MENANG TIADA PENIPUAN NI KEHENDAK RAKYAT...AGAR BERSIH...MENANG YANG BENAR2 ANAK JANTAN...DAN TAK HARAM JADAH....

Tiada PRU selagi kes Bersih 3.0 tergantung

Subky Latif, 17 Mei 2012
SEMUA menduga lagi tentang PRU 13 apabila Perdana Menteri Najib tidak mengadap Yang di-Pertuan Agong selepas karnival UMNO di Bukit Jalil Mei 11 lalu bahkan dia ke England dulu. Bila lagi?
Lepas balik dari England dan konvokesyen anaknya, dia ke Asia Barat dan ke Asia Tengah pula.
Bila yang dikatakan dekat itu. Sebelum puasa? Selepas puasa? Sebelum musim haji? Atau tunggu seperti durian  gugur sendiri?
Oleh kerana ia tidak  diadakan sebelum Bersih 3.0, maka Najib menunggu kesan Bersih 3.0 itu. Bersih 3.0 itu mencetuskan huru-hara antara polis  dan peserta Bersih 3.0.
Najib mahu mengambil faedah dari huru-hara yang tercetus itu. Dia bersetuju mengadakan jawatankuasa penyiasat bebas tentang siapa pencetus kekacauan. Kerajaannya sekarang mengejar ratus orang peserta Bersih 3.0. Sudah ada yang menyerah dan yang lain-lain sedang diburu.
Sudah ada yang didakwa di mahkamah seperti MP Batu Tian Chua. Ramai lagi yang didakwa.
Cuepacs pula sedang meneliti siapa anggotanya yang turun padang untuk dikenakan tindakan. Guru-guru pula sedang diperhatikan siapa yang keluar hari itu. Pelajar-pelajar juga sedang  diperhatikan.
Macam-macam tidakan dicadangkan untuk dikenakan. Jika betullah pro kerajaan yang ada untuk mengenakan tindakan, maka ia memerlukan sedikit masa untuk melaksanakan semua gertakan itu.
Dalam keadaan yang ada kerajaan tidak sekadar menggertak, tetapi sungguh-sungguh hendak bertindak. Tidak dapat hendak diramalkan apa bentuk  suasana jika semua tindakan itu dikenakan.
Adalah faedah politik yang dicari dari semua tindakan itu.
Jika semua tindakan itu hendak dikenakan, maka pilihan  raya tidak dapat diadakan selagi semua kes tidak selesai. Najib tidak akan membiarkan semua kes itu tergantung bagi mengadakan pilihanraya. BN dan Najib   tidak dapat apa-apa faedah jika pilihan raya diadakan sedang semua kes itu  tidak  selesai.
Jika pilihan raya diadakan dalam keadaan demikian, maka apa jadi kalau dalam pilihan raya nanti Putrajaya jatuh ke tangan Pakatan Rakyat?
Tentulah kerajaan Pakatan Rakyat membatalkan semua arahan buru orang yang belum tertangkap. Semua yang sudah ditangkap dilepas dan tiada tindakan akan diambil.
Semua kes yang sudah didakwa digantung dulu. Tengok apa Peguam Negara  dan pendakwa raya patut buat dengannya.
Presiden Ceupacs pun tentang tidak berkata apa-apa lagi kepada anak buahnya. Bahkan anak buahnya lebih riang daripadanya. Akan ada pandangan bagi dari pembesar Ceupacs.
Saya tidak tahu siapa jadi Menteri Dalam Negeri yang baru? Azmin Ali atau Salahuddin Ayub. Dia tidak perlu tukar Ketua Polis Negara dan Timbalannya. Mereka pula tabik menteri baru itu. Tun  Hanif Omar akan jumpa menteri baru apa nak buat dengan jawatankuasa penyiasat yang diketuainya?
Peguam Negara Tan Sri Gani Patail pun akan jumpa Perdana Menteri bertanya boleh sambung khidmat lagi atau tidak?
Tentulah suasana akan berubah.
Perdana Menteri Najib macam mana? Dia akan jadi macam Dato Onn bin Jaafar semasa Tunku Abdul Rahman Putra menjadi Ketua Menteri Malaya selepas 27 Julai 1955.
Suasana itu antara yang sedang pun difikirkan oleh Najib.
Sebelum keadaan seperti itu berlaku Najib berfikir lagi tentang tarikh baru pilihanraya. Dia tidak akan adakan selagi semua yang polis cari tidak ditangkap. Bukan saja ramai dari mereka akan didakwa, tetapi dia mahu supaya semua kes itu  diselesaikan dulu.
Dia tidak mahu semua kes itu tergantung ketika pilihan raya diadakan. Hukum dulu siapa yang disabitkan. Apa kesannya? Masa itulah yang menentukan kesannya.
Maka selepas semuanya selesai barulah tarikh pilihanraya diumumkan. Sebelum puasa atau selepas musim haji? Bergantung secepat mana semua kes itu dapat diselesaikan.

Senaman punggung: Lebih banyak aksi ‘bertamadun’

Lim Kit Siang, 17 Mei 2012
Apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib memberi komen mengenai “musuh yang tidak bertamadun” yang akan memusnahkan negara ini perhimpunan sambutan ulangtahun UMNO di Stadium Bukit Jalil pada Jumaat lepas, apa yang tertera di fikiran setiap rakyat Malaysia adalah dua aksi yang tidak “bertamadun” yang berlangsung sehari sebelum perhimpunan tersebut – ‘upacara pengebumian’ anjuran Perkasa di hadapan rumah kediaman Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan gerai menjual ‘burger’ yang dibuka di hadapan rumah kediaman Pengerusi Bersama Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan di Bukit Damansara, Kuala Lumpur.


Sejak peristiwa tersebut, muncul pula aksi yang tidak “bertamadun” versi ketiga yang tidak pernah berlaku dalam sejarah politik dan sejarah negara Malaysia dalam tempoh 54 tahun ini – tarian menonggeng “senaman punggung” yang menjengkelkan oleh sekumpulan veteran angkatan tentera di hadapan kediaman Ambiga dua hari yang lalu yang jelas menjanjikan lebih banyak aksi yang tidak “bertamadun” dalam masa akan datang.

Apa yang memeranjatkan adalah aksi-aksi yang tidak “bertamadun” ini telah mendapat kelulusan dan sokongan daripada personaliti yang terkemuka dalam badan kerajaan – terutama sekali Timbalan Ketua Polis Negara  Datuk Seri Abdul Khalid Abu Bakar dan beberapa Menteri yang lain yang mempersoalkan jika mendirikan gerai ‘burger’ yang menjual ‘burger’ daging lembu dihadapan rumah Ambiga salah atau tidak.

Disebabkan gelombang reaksi awam yang tidak dijangka pada minggu yang lepas, nampaknya golongan badan kerajaan masih tidak sedar akan perbuatan yang menjengkelkan ini telah melampaui batas apa yang boleh diterima oleh rakyat Malaysia yang berhemah tidak kira kaum, agama, kelas, jantina atau umur.

Ini menjelaskan pengecaman kini terhadap aksi yang tidak “bertamadun” ini oleh golongan yang telah berdiam diri sebelum ini.

Walau bagaimanapun, pengecaman ini tidak mencukupi sama sekali.

Masa sudah tiba untuk pembaharuan untuk pemulihan kesopanan, tatasusila dan ketertiban dalam medan politik dan medan awam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan seluruh kabinet mesti tampil ke hadapan dengan satu suara yang jelas mengutuk dan mengecam ketiga-tiga aksi yang tidak “bertamadun” yang beraksi dalam minggu yang lepas untuk menetapkan kelakuan yang bertamadun dan berhemah yang boleh dicontohi dalam medan politik dan medan awam di Malaysia untuk membuka jalan dalam pembentukan satu negara yang berpendapatan tinggi menjelang 2020.

PPP Riau harap layanan adil pembangkang di M'sia

Salmah Mat Husain|Foto: Rizal Tahir, 17 Mei 2012
KOTA BHARU: Kerajaan Indonesia memberi layanan sama rata kepada semua parti-parti pembangkang di negara terbabit bukan hanya kepada parti yang mendokong pemerintah.
Ketua Dewan Perwakilan Wilayah PPP, Provinsi, Riau, H. Azis Zaenal SH MM, berkata walaupun hanya partinya satu-satu yang memperjuangkan Islam di Indonesia, namun kerajaan memberi layanan sama adil.

Beliau berkata demikian ketika ditemui bagi mengulas berhubung perkara itu di negaranya selepas mendengar taklimat dari Timbalan Speakar Dun, Ahmad Zaki Ibrahim, di JKR 10, di sini tengahari tadi.

Seramai 46 orang rombongan dari parti itu di mana 26 orang daripadanya wakil rakyat melakukan lawatan rasmi ke negeri ini selama dua hari bermula hari ini.

Tanpa menyebut secara jelas parti yang memerintah negara ini, beliau seterusnya mengharapkan layanan yang adil juga diberikan kepada pembangkang di negara ini dalam segala bidang demi untuk rakyat.

“Tidak adil kiranya kerajaan pembangkang dianaktirikan, sebab yang menghadapi masaalahnya adalah rakyat,” ujarnya.

Sambungnya sebagai pemerintah negara, mereka perlu melihat lebih jauh ke hadapan adakah tindakan yang diambil itu wajar atau sebaliknya kerana bimbang menerima kesan yang tidak pasti masa hadapan.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lebih lanjut berhubung pentadbiran Kelantan yang dinafikan haknya sejak 22 tahun lalu kerana kurang mendapat penjelasan berhubungnya.

Namun baginya  PAS adalah sebuah parti Islam yang wajar dihormati kerana ianya dipimpin oleh ulama’.

Sementara itu, Seketariat DPC PPP. KAB Kampar, Hendra Yani, mengakui sepanjang sehari berada di negeri ini begitu aman sehingga menganggap negeri ini begitu hebat.

Sambungnya, perjuangan yang telah dilalui oleh PAS hingga memenangi Kelantan sejak 22 tahun lalu akan dijadikan contoh untuk partinya di Riau Indonesia.

Sebelah pagi rombongan ini dibawa melawat pentadbiran Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam dan petangnya pula mendengar taklimat khas dari Pengarah Pilihanraya PAS Kelantan, Wan Nik Yusof.
Malaysiakini ungguli laporan keganasan dalam BERSIH
Antara lima organisasi media utama, Malaysiakini paling banyak melaporkan dakwaan keganasan semasa BERSIH 3.0, terutamanya apabila peserta perhimpunan itu dan wartawan menjadi mangsa, menurut Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ).

Kajian dua hari oleh NGO pemantau kebebasan media itu mempertimbangkan jumlah laporan - termasuk laman editorial dan ulasan - daripada Malaysiakini, theSun, The Star, New Straits Times dan Utusan Malaysia, dua hari selepas perhimpunan 28 April.

azlanLaporan itu kemudian dikategorikan berdasarkan sama ada wartawan diserang disebut, peserta yang diserang polis, wartawan yang diserang peserta atau polis yang diserang peserta.

Laporan yang menyebut individu tercedera tanpa menyebut pelakunya dikecualikan.

Didapati Malaysiakini menyebut laporan serangan terhadap wartawan dan peserta oleh polis sebanyak 17 kali, serangan terhadap polis 12 kali dan terhadap juruvideo TV al-Hijrah Mohd Azri Mohd Salleh oleh peserta sebanyak lapan kali.
Umpama mati hidup semula - cerita anak kapal
Empat daripada tujuh anak kapal menganggap diri mereka umpama mati hidup semula selepas menempuh detik cemas selama 10 hari apabila kapal mereka yang membawa kontena muatan peralatan penjanaan elektrik milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) dirampas lanun di perairan Laut China Selatan pada 17 April lepas.

Mereka yang ditemui sebaik tiba di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di Sepang malam tadi dari Bandaraya Ho Chi Minh, menyifatkan ia sebagai pengalaman amat mengerikan kerana ditahan lanun yang membawa pelbagai senjata, diacukan parang selain turut mencederakan mereka.

Kelasi kapal Yusseri Yusof, 24, berkata mereka yang berkhidmat dengan Wantas Shipping Sdn Bhd bertolak dari Langkawi pada 12 April lepas, sebelum kapal dirampas lanun pada 17 April.

"Kami kemudiannya dicampakkan ke laut dan hanya diberikan bot kecil. Tidak boleh bayangkan betapa dahsyatnya keadaan itu kerana kami dicampak ke laut yang boleh dianggap sebagai "kubur".

"Selama 10 hari kami di tengah lautan berpanas dan berhujan dengan hanya memakai seluar pendek kerana pakaian lain juga dirampas. Kami cuma ada sedikit makanan dan air untuk meneruskan hidup," katanya yang juga bapa kepada seorang anak.

Yusseri berkata rakannya Md.Elias Uddin yang berasal dari Bangladesh berenang sehingga empat jam dan akhirnya menemui bot nelayan Vietnam yang menyelamatkan mereka pada 30 April lepas.

Pada 4 Mei, mereka selamat tiba di pantai Phu Yen, Vietnam selepas melalui perjalanan selama empat hari, kata Yusseri.

Selain Yusseri, anak kapal lain yang terselamat adalah Lau Kah Chong, 36, serta rakyat Bangladesh M.Khorshed Alam dan Md Elias Uddin.

Manakala tiga lagi anak kapal rakyat Indonesia telah dihantar pulang ke negara mereka pada 12 Mei lepas, yang hanya dikenali sebagai Damri Marawat Napitupulu, Sholehuddin dan Supardi.

Sementara itu, Lau, 36, mengucapkan terima kasih kepada Kelab Putera 1Malaysia kerana membawa mereka pulang ke Malaysia dan bersyukur kerana dapat menemui keluarganya kembali.

Presiden Kelab Putera 1Malaysia Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim yang turut sama dalam rombongan misi menyelamat itu berkata misi kali ini dianggap unik kerana berjaya menyelamatkan mangsa dari tiga negara berbeza.

Katanya meskipun syarikat berkenaan mengalami banyak kerugian akibat rampasan itu, beliau berkata apa yang lebih penting adalah keselamatan pekerja mereka.

Anak kapal tersebut dihanyutkan di dalam sebuah bot 214 batu nautika dari Barat Daya Miri, Sarawak berhampiran sempadan perairan Malaysia-Vietnam.

Kapal milik Wantas berpangkalan di Langkawi dipercayai dirampas lanun ketika belayar dari Teluk Ewa, Langkawi ke Tawau, Sabah.

Pasukan penguatkuasa Maritim Filipina menemui kapal kontena itu di perairan negara itu berhampiran Kepulauan Palawan dengan lapan kontenanya dipecahkan manakala semua anak kapalnya hilang.

Susulan itu, Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) menemui kesemua anak kapal itu pada 28 April lepas.

- Bernama
Gerhana matahari cincin dijangka 20 Mei

17 Mei 2012
KUALA LUMPUR - Gerhana matahari Anulus atau gerhana matahari cincin dijangka berlaku Ahad ini (waktu tempatan di Hemisfera Timur) dengan magnitud 0.9439.
Namun sebahagian daripada gerhana matahari itu hanya boleh disaksikan di Sabah dan Sarawak.
Menurut Portal Pendidikan Sains Angkasa, gerhana itu juga dapat dilihat di Brunei dan sebahagiannya di Indonesia secara separa.
Malaysia tidak dapat melihat keseluruhan fasa gerhana separa itu kerana ia dijadual berlaku ketika matahari terbit pada 21 Mei.
Gerhana matahari berlaku apabila bulan melintasi antara bumi dan matahari, serta melindungi secara keseluruhan atau sebahagian imej matahari daripada pencerap yang berada di bumi.
Gerhana matahari Anulus berlaku apabila diameter ketara seperti bulan lebih kecil daripada cakera matahari menyebabkan matahari kelihatan seperti anulus (cincin) dan menyekat kebanyakan daripada cahaya matahari.

Menurut portal itu, fasa anulus akan dapat dilihat dari kawasan pantai China, utara Taiwan, selatan Jepun dan bahagian barat Amerika Syarikat serta Kanada.
Guangzhou, Taipei, Tokyo dan Albuquerque berada di laluan pusat.
Gerhana maksimum akan berlaku di Pasifik Utara, Kepulauan Aleutian selatan bagi tempoh lima minit dan 46.3 saat. Ia akan tamat di bahagian barat Amerika Syarikat.
Portal itu juga menyatakan satu gerhana anulus mungkin kelihatan seperti gerhana matahari separa di sebuah rantau yang jaraknya beribu-ribu kilometer.
Orang ramai yang mahu melihat gerhana matahari itu boleh merujuk
Pembunuh pakar bedah Sydney mungkin dihantar pulang ke Malaysia

17 Mei 2012
MELBOURNE - Seorang rakyat Malaysia, yang menembak mati pakar bedah jantung Sydney Dr Victor Chang, besar kemungkinan akan dibebaskan daripada penjara beberapa bulan lagi.
 
Australian Associated Press melaporkan, Pihak Berkuasa Parol Negeri New South Wales, yang bermesyuarat pada Khamis, berhasrat memberi parol kepada Liew Chiew Seng.
 
Lelaki berusia 68 tahun itu, yang telah merengkok di penjara selama 21 tahun, mengalami penyakit Parkinson peringkat teruk.
 
Besar kemungkinan, dia akan dihantar pulang ke Malaysia selepas diberi parol oleh pihak berkuasa berkenaan yang bermesyuarat Julai ini.
 
Liew dijatuhi hukuman penjara 26 tahun kerana melepaskan dua tembakan yang meragut nyawa Dr Chang dalam cubaan memeras ugut pada 1991.

Permohonannya untuk mendapatkan parol ditolak tahun lepas.
 
Rakannya yang terlibat dalam pembunuhan itu, Phillip Lim Choon Tee, dihantar pulang ke Malaysia pada 2010 setelah menjalani hukuman penjara 18 tahun daripada hukuman maksimum 24 tahun yang dikenakan terhadapnya.
 
Pihak berkuasa parol mengambil kira pandangan bahawa masa semakin suntuk untuk Liew pulang ke tanah air.
 
"Majlis Semakan Semula Pelaku Kesalahan Serius serta Perkhidmatan Parol dan Percubaan percaya Liew tidak sesuai membuat perjalanan jika kesihatannya bertambah buruk," kata pihak berkuasa itu dalam kenyataannya.
 
Kini, Liew ditempatkan di sebuah hospital di Pusat Pemulihan Long Bay di Sydney dan akan segera dihantar pulang ke Malaysia oleh Jabatan Imigresen selepas dibebaskan. - Bernama
Nur Jazlan sambut baik hasrat Salahuddin
Wartawan Sinar Harian
16 Mei 2012
Nur Jazlan sambut baik hasrat Salahuddin
Nur Jazlan menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima terdiri daripada keluarga kurang bernasib baik.
JOHOR BAHRU - Hasrat Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub untuk bertanding di kawasan Parlimen Pulai pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) disambut baik wakil rakyatnya.

Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, hasrat itu jelas membuktikan Pakatan Rakyat mempunyai hasrat yang tinggi untuk menawan negeri ini pada PRU akan datang.

Bagaimanapun, katanya, rakyat diharapkan dapat memberi pertimbangan tinggi kepadanya pada PRU13 berbanding pemimpin pembangkang itu yang tidak pernah berkhidmat di negeri ini.

“Saya mengalu-alukan hasrat Yang Berhormat (YB) Salahuddin Ayub untuk bertanding di kawasan Parlimen Pulai ini kerana ia menggambarkan bahawa PR memang mempunyai hasrat yang tinggi untuk menawan negeri Johor.

“Selaku pemimpin tertinggi Pas, beliau juga memberi penghormatan kepada saya sebagai Ahli Parlimen Pulai yang telah berkhidmat selama dua penggal ini untuk berhadapan dengannya,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan program Juara Rakyat sempena Kembara Mahkota Johor 2012 di Kompleks Komuniti Kempas, di sini, semalam.

Hadir sama, Pegawai Daerah Johor Bahru, Mislan Karmani dan Ahli Majlis Bandaraya Johor Bahru Zon Kempas, Abd Rashid Kasman.
Misteri ghaib 48 jam, dakwa dijaga tujuh lelaki sasa
Wartawan Sinar Harian
17 Mei 2012
Misteri ghaib 48 jam, dakwa dijaga tujuh lelaki sasa
Abdul Rahman serik untuk keluar menjair ikan lagi, bukan kerana takut tetapi tidak mahu menyusahkan orang lain.
MARAN - “Pak cik nampak ramai orang kampung suluh mencari dan memanggil nama pak cik tapi apabila pak cik menyahut, mereka tidak dengar.”

Demikian kata seorang warga emas berusia 82 tahun yang hilang dalam tempoh 48 jam selepas keluar memukat (menjair) ikan sendirian di sebatang anak sungai dalam kawasan ladang kelapa sawit berdekatan Kampung Orang Asli Batu 55, di sini.

Mangsa, Abdul Rahman Dauhat yang menetap di Kampung Kuala Sentul berkata, sepanjang tempoh kehilangannya, dia dijaga dengan baik oleh tujuh lelaki berbadan sasa dan ditemani seekor harimau di kawasan ladang berkenaan.
Menurutnya, dia tidak berasa mengantuk atau letih cuma dahaga, namun lelaki terbabit memberinya minum air sungai berkenaan.

“Saya minta seorang anak perempuan menghantar saya ke anak sungai ini ketika dia hendak keluar menoreh getah.

“Sudah banyak kali saya menjair ikan di anak sungai ini, cuma pada hari kejadian (kelmarin), saya ke lokasi lain tetapi masih di sungai sama,” katanya.

Abdul Rahman berkata, sebaik siap memasang jaring, tiba-tiba sekumpulan ikan meluru masuk ke dalam perangkapnya dan tidak sangka, dia mendapat lebih empat kilogram ikan termasuk jenis sebarau.

“Selesai mengutip ikan, saya naik ke tebing dan ketika itu, kaki saya rasa berat, sakit dan menggigil sehingga menyebabkan saya rebah kerana tidak dapat menahan kesakitan,” katanya.

Datuk kepada 35 cucu itu berkata, dia kemudian dibantu tujuh lelaki berkenaan yang didakwanya manusia biasa tetapi tidak dapat dilihat orang lain. 

DEDAH : Akaun Kewangan Negara Berada Dalam Keadaan Tenat?
Posted on Tuesday, May 15 @ 05:44:48 PDT
Dilulus untuk paparan oleh saddiqsigaraga

Oleh: siasahkini

"Semalam 14 hb Mei 2012, Sk menghadiri satu mesyuarat jabatan di Ibu Negara Kuala Lumpur. Kebiasaannya mesyuarat ini di pengerusikan oleh seorang ketua jabatan yang sebelah paginya membincangkan mengenai kerja-kerja teknikal projek itu dan projek ini, projek-projek pembangunan yang dilaksanakan adalah diseluruh negeri tanah air. Suasana mesyuarat berjalan dengan selesa dan baik.

Selesai waktu rehat sekitar jam 1.30 hari disusuli pulak mesyuarat kedua disebelah petang mengenai peruntukan kewangan mengurus negeri. Mesyuarat ini agak panas apabila pengerusi mengajukan pelbagai soalan kepada ahli-ahli mesyuarat mengenai peruntukan yang diberikan tapi masih lagi tidak dibelanjakan. Soalan yang diajukan oleh pengerusi kebanyakan dapat dijawab dan dapat diselesaikan namun ada juga beberapa waran peruntukan yang diberikan masih tidak dibelanjakan oleh negeri masing-masing dan peruntukan tersebut terpaksalah ditarik balik.
Dalam kerancakkan perbincangan dan kehangatan pelbagai isu yang dibangkitkan, tiba-tiba pengerusi ada menyebut :
“tahukah kamu semua, MOF (Kementerian Kewangan) kini tenat” ketika itu semua terdiam seketika.
“Saya bersusah payah turun naik MOF untuk memohon peruntukan yang kamu semua mohon tapi bila dapat kamu tidak belanjakan”.
Untuk makluman semua, peruntukan yang diterima oleh suatu agensi kerajaan perlulah dibelanjakan semaksima yang boleh pada perkara yang perlu. Kepada mereka dikalangan kakitangan kerajaan memang dah maklum perkara ini.
“Kamu semua tahu tak, sekarang ni kerajaan pusat dah tak ada duit untuk belanja. Saya di maklumkan kementerian dah ambil langkah untuk menggadaikan tanah negara semata-semata nak tampung belanja, saya sebenarnya dah takut bila pegawai kementerian bagitau benda ni” ujar pengerusi tersebut.
“Apa yang PM umum untuk bagi tu bagi ni semuanya umum sahaja. Lepas pilihanraya ni kita akan lagi akan teruk sebab kerajaan tak ada duit. Mungkin permohonan bajet kita lepas ni tidak akan dapat sebanyak sekarang, saya dah bocor rahsia hari ni, tapi tak apa lah” sambungnya sambil meneruskan agenda mesyuarat sehingga selesai.

Apa yang di dedahkan oleh ketua jabatan itu sebenarnya memang benar. Kalau sebelum ini sudah banyak kali ahli politik pembangkang mengungkitkan perkara ini di setiap program ceramah-ceramah Pakatan rakyat. Sudah berbuih mulut ahli politik menerangkan tindakan menggadai tanah rizab negara oleh PM Najib selaku Menteri yang bertanggungjawab keatas Kementerian Kewangan sekarang. Kalau rakyat tak nak percaya maklumat yang disampaikan oleh golongan politik tak apa, tapi maklumat yang disampaikan sendiri oleh pegawai berkaitan adakah kita tak nak percaya? Adakah nak tunggu negara kita tergadai dan merempat barulah kita percaya. Nasi sudah menjadi bubur.
Sikap berbelanja boros, penyelewengan, rasuah dan salah guna kuasa menteri yang bertanggungjawab ini adalah faktor utama sehingga menyebabkan akaun negara berada dikedudukan yang amat tenat. Pemberian BR1M, Bonus tahunan atau imbuhan untuk warga FELDA RM15,000.00 yang sepatutnya  untuk hujung tahun dan bermacam-macam lagi imbuhan, semua ini adalah umpan cacing yang akan dicangkuk di mata kail.
Walaupun Ketua Jabatan tersebut tidak menceritakan tanah kawasan mana yang menjadi mangsa kerakusan Menteri Kewangan ini dan Jika ditakdirkan kerajaan tidak dapat menebus kembali  tanah yang dipajakgadai tersebut, apa akan terjadi seterusnya kepada negara kita?
Pendedahan yang dibuat ini adalah satu peringatan kepada seluruh lapisan masyarakat agar dapat menolak kerajaan BN yang ada sekarang dan digantikan dengan Kerajaan baru iaitu Pakatan Rakyat. 

Terbaru, Video Panas Najib di London!!!
Posted on Monday, May 14 @ 20:31:04 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh CuccXs

Londoh bukan lagi tempat seronok bagi Najib. Sebelum ini bagaimana Queen Elizabeth II menyambut Najib dengan baju kuning sekarang ucapannya di O2 Arena telah disambut dengan laungan BERSIH!!!


 

 


Probia lama masih belum hilang, Najib disambut dengan bunga kuning pula.



Ucapannya Najib di O2 Arena, London tidak lama dan beliau mengambil pendekatan membuat ucapan pendek sahaja dan mempertahankan tindakannya pada perhimpuan BERSIH 3.0 28 April lalu.

Semasa menyambung ulang tahun umno 66 tahun Najib macam nak segera jumpa Agung tapi sekarang rasanya Najib mula ketar lutu semula!!!

Debat PTPTN Khairy-Rafizi 22 Mei
Wartawan Sinar Harian
17 Mei 2012
Debat PTPTN Khairy-Rafizi 22 Mei
Debat PTPTN Khairy-Rafizi 22 Mei
SHAH ALAM - Debat isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) antara Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli akan berlangsung, Selasa ini.
Ia sepatutnya diadakan awal bulan ini tetapi ditangguhkan.
Berbanding lokasi asal di Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor, Seksyen 7, Shah Alam, debat anjuran Kumpulan Media Karangkraf ini akan diadakan secara langsung dari Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di sini, menerusi saluran Astro Awani dan Bernama Radio24, mulai jam 10 malam.
Debat melibatkan dua pemimpin kanan Umno dan PKR ini bertemakan Pemansuhan PTPTN & Hala Tuju Pendidikan Tinggi.
Penasihat Eksekutif Editorial Sinar Harian, Datuk Abdul Jalil Ali berkata, oleh kerana debat Selasa depan diadakan di auditorium, tempat untuk hadirin terhad kepada 400 orang.
"Oleh kerana debat ini juga akan disiarkan secara langsung oleh Astro Awani dan Bernama Radio24, kami berharap mereka yang tidak dapat hadir di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf akan mengikuti siaran langsung," kata beliau.
Mereka yang memerlukan maklumat lanjut boleh menghubungi nombor telefon 019-3310211 (Laila), 019-2808492 (Fazli) atau 017-3714523 (Zailani).
Ikuti perkembangan susulan dengan mendapatkan Sinar Harian atau melayari laman Sinar Harian Online di alamat www.sinarharian.com.my dari semasa ke semasa.

Katanya, seorang daripada mereka mendukungnya ke sebuah bukit dan diletakkan di pangkal sebatang pokok kelapa sawit.

“Saya masih sedar dan sedikit pun tidak rasa takut, malah pada waktu malam, tiada seekor nyamuk di kawasan ini.

“Saya nampak orang kampung membawa lampu suluh untuk mencari saya, tetapi selepas tiga kali menyahut, lelaki yang menjaga saya melarang daripada terus berbuat demikian,” katanya.

Abdul Rahman yang pernah berkahwin sebanyak lapan kali berkata, dia tidak tidur sepanjang tempoh dua hari dua malam tersebut sebelum ditemui seorang pekerja ladang kira-kira jam 8.30 pagi, semalam.

Anaknya, Siti Khadijah, 24, berkata, penduduk kampung memulakan operasi mencari apabila ayahnya tiada di sungai berkenaan ketika dia datang menjemputnya pada jam 4 dan 6 petang.

Menurutnya, ini adalah kali pertama ayahnya hilang walaupun sudah biasa keluar menjair ikan di sungai berdekatan.

Sementara itu, ketua operasi mencari dan menyelamat, Asisten Superintendan Sulaiman Hamid berkata, tiga pasukan dari Ibu Pejabat Polis Daerah Maran menyertai operasi selama dua hari itu dengan bantuan unit pengesan (K9) Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) serta penduduk kampung.

Menurutnya, mangsa ditemui dalam keadaan terbaring dan lemah akibat keletihan oleh seorang pekerja ladang kira-kira 10 kilometer dari tempat mangsa dipercayai hilang.

“Polis menolak sebarang unsur jenayah kerana mangsa dipercayai sesat,” katanya. 

Najib janji Menteri Besar kepada anak Tun Mahathir
Posted on Monday, May 14 @ 20:58:23 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh CuccXs

Ramai penganalisis melihat Najib masih lagi dibayangi oleh Tun Mahathir dan juga Datin Rosmah. Dalam sambutan Umno 66 tahun ramai wartawan mengambil kesempatan untuk mendapatkan komen Tun Matahir terhadap DS Najib.

Tun Dr Mahathir Mohamed yakin Barisan Nasional (BN) di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak, berupaya memperoleh kemenangan lebih baik dalam pilihan raya umum akan datang berbanding pencapaiannya pada 2008.

Tun Dr Mahathir Mohamed yakin Barisan Nasional (BN) di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak, berupaya memperoleh kemenangan lebih baik dalam pilihan raya umum akan datang berbanding pencapaiannya pada 2008.

Mahathir yang turut disoal mengenai tarikh paling sesuai dipilih Perdana Menteri untuk diadakan Pilihan Raya Umum ke 13 lantas memberi pandangan ianya sewajarnya diadakan selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Bekas Presiden UMNO itu turut mendakwa kenyataan Bekas Presiden MCA Tun Dr. Ling Liong Sik yang tidak yakin kekuatan BN untuk menawan Selangor pada Pilihan Raya seterusnya.
"Hendak kata tidak menang tu tidaklah... tetapi kita perlu ambil masa, saya fikir kalau saya masih jadi Perdana Menteri, saya akan ambil masa yang cukup (sebelum membubarkan parlimen), kita ada sampai 2013," katanya.
Mengulas khabar angin bahawa anaknya, Datuk Mukhriz Mahathir kini mengintai peluang untuk menjadi Menteri Besar Kedah dan ada khabar angin wujud perjanjian antara beliau dengan DS Najib untuk menaikkan anaknya sebagai Menetri Besar Kedah jika UMNO boleh menawan Kedah semua, Dr Mahathir berkata beliau tidak mempunyai sebarang komen mengenai perkara itu.
"Yang lebih penting ialah apa yang kepimpinan mahu beliau lakukan," jelasnya lagi.








5 Dasar Menuju Kepada Allah
Posted on Monday, May 14 @ 20:34:42 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: ustaznik

"AllahSeorang ulama tasauf menyebut ada 5 perkara teras yang menyampaikan seseorang kepada Allah:

1. Taqwa kepada Allah samada dengan terang atau sembunyi, di hadapan orang atau di belakang manusia

2. Mengikut Sunnah Nabi SAW samada perkataan, perbuatan.
3. Berpaling meninggalkan makhluk samada mereka berhadap kepada Allah atau membelakangkan Allah
4. Redha dengan kurniaan Allah- sedikit atau banyak
5. Kembali kepada Allah ketika suka atau duka.
Tanda-tanda 5 perkara di atas:
1. Tanda taqwa ialah apabila adanya warak (menjauhkan yang haram dan berhati-hati dengan syubhah) dan Istiqamah ibadah iaitu ibadah betul dan sempurna zahir dan batin.


2. Tanda ikut sunnah Nabi ialah pelihara perkataan dan perbuatan Nabi serta menurutiperkataan dan perbuatan Nabi untuk dirinya.
3. Tanda berpaling meninggalkan makhluk ialah sabar atas ujian  dan tawakkal kepada Allah sambil berusaha dan berikhtiar.
4. Tanda redha dengan kurniaan Allah ialah qanaah (rasa cukup) dan serah diri kepada Allah.
5. Tanda kembali kepada Allah ialah puji segala nikmat dan syukur kepada Allah dengan anggota badannya apabila mendapat perkara yang disukai serta kembali kepada Allah ketika ditimpa kesusahan.
Bagi perkara yang ke 5 ini iaitu kembali kepada Allah, ia mempunyai 5 perkara lain pula:
1. tinggi himmahnya iaitu azam yang kuat untuk mencapai kedudukan yang tinggi di sisi Allah
2. pelihara kehormatan diri dengan wara’ dan jauhi yang haram
3. membaiki khidmatnya kepada makhluk atau Khaliq
4. mengerjakan pekerjaan yang sukar iaitu melalui sabar dan tawakkal
5. membesarkan nikmat dari Allah
“Sesiapa yang tinggi himmah/keazamannya, dianglat kedudukannya. Sesiapa yang memelihara dari yang haram, dipelihara kehormatan dirinya. Sesiapa yang baik khidmatnya kepada Allah dan makluk, berhak dimuliakan. Sesiapa yang bersungguh mengerjakan sesuatu yang sukar, dia akan kekal dalam petunjuk. Sesiapa yang membesarkan nikmat, tentunya ia akan bersyukur. Sesiapa yang bersyukur, tentu akan ditambahi nikmatnya.”
(Ringkasan dan olahan dari kitab Kifayatulmuhtadi ms 383-384)


Tolol, Menteri dan Peneroka Felda
Posted on Tuesday, May 15 @ 22:01:01 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Blog rdhanim.blogspot.com

"Peneroka yang merasakan diri mereka tertipu dan menjadi mangsa penipuan oleh kerajaan dan Felda diminta segera meninggalkan tanah rancangan tersebut." kata Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Turut memperkatakan perkara sama dengan nada yang sama ialah Menteri Besar Terengganu dan juga bekas Menteri yang di tendang keluar, Azalina Othman.

Kalau di terjemah dalam bahasa mudah, sesiapa yang tidak berpuas hati dengan Kereta Proton Wira, sila serahkan kereta tersebut kepada Proton. Sesiapa Yang banyak komplen pasal Myvi sila serahkan balik kereta tersebut kepada Perodua.

Begitulah gaya menteri dan bekas menteri berbicara, dengan akal dan cara pemikiran tolol. Seolah-olah tanah yang diduduki oleh peneroka itu diberi percuma oleh bapa dan tok nenek mereka. Sedangkan sebahagian besar peneroka sudah mendapat geran hakmilik dengan hasil titik peluh sendiri.

Unutk pengetahuan umum, setiap inci tanah yang diduduk adalah dibayar oleh peneroka. Setiap alatan kerja yang di berikan adalah berbayar. Kalau pekerja yang berkerja pejabat disediakan komputer, pen, alatan tullis secara percuma oleh majikan, tetapi alatan kerja peneroka semuanya di bayar sendiri oleh peneroka. Cangkul, gergaji, parang dan sebagainya adalah berbayar dan tidak percuma. Bukan percuma !. Setiap bulan peneroka akan terikat dengan BK, bayaran kembali dan segala macam potongan. Gagal melunaskan hutang, peneroka akan di usir.

Memiliki tanah Felda, samalah seperti, membeli sebuah kereta tanpa wang pendahuluan. Kereta itu bukan diberi percuma, kereta itu di bayar oleh pembeli secara ansuran setiap bulan dengan kadar yang tertentu. Gagal membayar, kereta akan ditarik.

Mereka yang di luar dari Felda akan merasakan peneroka Felda beruntung kerana memiliki rumah dan tanah. Tidakkah mereka lihat peneroka bandar lebih beruntung kerana memiliki rumah dan tanah dengan percuma. Memiliki rumah dengan bayaran serendah RM25 sebulan.

Tidakkah pekebun sayur di Bukit Tinggi, Bentong itu lebih beruntung. Mereka bebas mengusahakan tanah seluas mana pun, menjual hasil kepada sesiapa pun dan tidak terikat dengan bayaran kembali dan berbagai peraturan. Tidak berhadapan dengan tindakan diusir dari penempatan mereka.

Tidakkah PATI era Dato Harun, di Lembah Jaya, di Selayang, di Gombak lebih beruntung? Bukan sahaja mudah mendapat kerakyatan, tetapi memiliki sebidang tanah kediaman hanya dengan sedikit bayaran pemprosesan dan sekeping akujanji tanda sokongan kepada parti pemerintah.

Lebih beruntung lagi ialah saudagar pasir, saudagar balak yang berniaga barangan percuma, tanpa kudrat dan keringat.

Peneroka tidak bodoh dan tidak tolol. Mereka tahu menilai ketololan ungkapa dari menteri dan bekas menteri ini. Mereka tau hak mereka, dan mereka tahu membantah diwaktu mereka perlu membantah. Yang bodoh hanyalah segelintir kerana dipaksa dan diperbodohkan. Yang segelintir itu adalah dari kalangan menteri dan bekas menteri itu.Yang tolol adalah Menteri dan Bekas Menteri itu sendiri.

Tiada ulasan: