Selasa, 29 Mei 2012

BILA DITANYA KEPADA RASULLULLAH SAW...APA YANG WARNA YANG RASULLULLAH SAW SUKA...JAWAB BAGINDA SAW PUTIH DAN HITAM...DITANYA LAGI APAKAH WARNA PAKAIAN DISYURGA...BAGINDA SAW MENJAWAB HIJAU...JADI JANGAN BENCI WARNA HIJAU....KERANA WARNA PAKAIAN DI SYURGA...

Siapa menganut ajaran sesat - Presiden PAS

Harakahdaily, 29 Mei 2012
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia mengambil inisiatif menerbitkan sebuah buku bagi menjawab tuduhan Umno bahawa PAS parti ajaran sesat.

Buku bertajuk 'Siapa Menganut Ajaran Sesat?' itu memuatkan ucapan penuh Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang semasa persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu pada 27 November 1984.

Beliau ketika itu ada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Marang merangkap Ketua Pembangkang di Dun Terengganu.

Dalam ucapan itu beliau antara lain menyentuh perbezaan ketara PAS dan Umno seperti dinyatakan dalam perlembagaan parti masing-masing.

"Fasal 7, Perlembagaan PAS menyatakan bahawa kuasa tertinggi di dalam PAS ialah al Quran, Hadis Nabi, Ijmak Ulama dan Qias.

"Fasal 3 Perlembagaan Umno menyatakan bahawa Umno adalah sebuah parti politik yang progresif, berjuang menurut lunas-lunas demokrasi dengan tujuan menghasilkan cita-cita kebangsaan," katanya.

Selain itu, Tuan Guru Abdul Hadi turut mengemukakan bukti satu kenyataan yang dibuat bekas Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abbas dalam seminar di Universiti Kebangsaan Malaysia pada 27 Julai 1984.

Kenyataan itu antara lain berbunyi; "Bahawa negara Malaysia memakai-undang-undang sekular iaitu sistem undang-undang Barat yang tidak berasaskan agama bahkan berasaskan kepada kepintaran akal manusia sahaja".

Buku setebal 42 muka surat itu turut merekodkan kenyataan-kenyataan pemimpin Umno yang menghina hukum Islam.

Ianya termasuk kenyataan dari bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi serta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung perlaksanaan hudud.

"Bekas Perdana Menteri Malaysia yang pertama menyatakan dalam ucapan menyambut salah satu hari jadinya, Umno yang menjadi tulang belakang kerajaan ini hendaklah mengekalkan Malaysia sebagai negara sekular," katanya.

Buku ini antara lain bagi menjawab dakwaan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said dalam siri ceramanya di negeri itu menuduh PAS sebagai parti ajaran sesat.

Ianya akan dilancarkan pada 1 Jun ini sempena program Himpunan Hijau ke Putrajaya yang diadakan di Stadium Darul Aman, Alor Setar Kedah.

Umno BN guna ulama luar untuk terus berkuasa

Harakahdaily, 29 Mei 2012
KUALA LUMPUR: Umno BN terpaksa mengguna khidmat ulama luar negara memastikan terus mereka berkuasa di negara ini,” kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad.


Katanya, isu agama adalah umpan untuk menarik sokongan pengundi kepada Umno dan BN.

Sebelum ini, katanya Umno BN telah berjaya menggunakan ulama rasmi dengan mengeluarkan fatwa Bersih 3.0 haram.

Terbaru, ujarnya kenyataan  dikeluarkan ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram, Sheikh Dr. Sulaiman Saloomi mengatakan seseorang itu akan masuk syurga jika mengundi parti tertentu adalah satu kejahilan, kebodohan dan kesesatan.

Persoalannya, kata Idris adakah Sheikh Dr Sulaiman mengetahui keadaan politik dan dasar politik di negara ini.

“Beliau memberi fatwa mengenai politik sedangkan beliau tidak pernah berada di dalam suasana politik demokrasi.

“Bagaimana beliau boleh bercakap tentang politik kepartian sedangkan beliau duduk di negara yang tidak membenarkan parti politik ditubuhkan di negara ini.

“Betulkah disiplin seorang ulama yang memberi fatwa sedangkan beliau tidak mendapat gambaran yang sebenar mengenai suatu perkara yang hendak difatwakan?” soalnya dalam satu kenyataan.

Selain itu, katanya lagi kerajaan juga akan menganjurkan seminar Feqh Mentaati Pemimpin pada 15 Jun ini.

Di antara yang akan membentang ialah bekas Canselor Universiti Al-Azhar Mesir Syeikh Prof Dr Umar Hashim, Mufti Palestin Syeikh Ekrima Sa’id Sabri dan Imam Masjidil Haram Mekah Syeikh Maher Al-Mueaqly.

“Seminar ini sudah kita boleh buat rumusan bahawa semua rakyat wajib sokong BN dan tolak PR. Inilah sebenarnya tujuan seminar ini dibuat,” ujarnya.

Raptai Himpunan Hijau Menuju Putrajaya esok

Anis Nazri, 29 Mei 2012
KUALA LUMPUR: Menjelang Himpunan Hijau Menuju Putrajaya 1 Jun ini, pelbagai persiapan giat dilakukan bagi memastikan segalanya berjalan lancar.

Selain khemah-khemah yang sudah mula dipasang, raptai tentang program itu juga akan dijalankan esok, khususnya bagi program Amanat Presiden, yang dijadualkan di Kompleks PAS Kedah, Batu 9, Alor Setar.

Pengarah program tersebut, Datuk Mahfuz Omar, berkata selain raptai bagi program Amanat Presiden itu, raptai bagi program Himpunan Hijau juga akan diadakan pada 31 Mei ini.

"Penyediaan raptai ini bagi memastikan segala perancangan kita dapat berjalan dengan baik.  Dengan raptai, kita dapat melihat mana-mana kekurangan dan akan perbaikinya secepat mungkin," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS juga berkata, kira-kira 200 tapak gerai telah habis dijual sempena program tersebut.

Tambahnya, pihak urusetia masih mendapat permintaan daripada peniaga yang inginkan tapak gerai, namun tidak dapat dipenuhi memandangkan ruang yang terhad.

"Pihak urusetia memohon banyak kemaafan kerana ruang agak terhad.  Ruang yang ada ini kita khaskan untuk para peserta program, parkir dan sebagainya, yang terpaksa kita kosongkan," tambah beliau lagi.

Dalam pada itu, beliau juga berkata program ini tidak menjemput wakil dari luar negara memandangkan fokus program ini untuk menuju ke Putrajaya.

Bagaimanapun, wakil pemimpin Pakatan Rakyat di peringkat Kedah, dijangka akan menyerikan program ini sebagai 'tuan rumah'.

Selain pimpinan Pakatan Rakyat Kedah, beberapa selebriti tanah air juga dijangka turut memeriahkan program ini yang mensasarkan kehadiran ahli PAS dari seluruh negara.

Asalkan bukan Umno, PR putuskan PM beragama Islam

Abdul Aziz Mustafa, 29 Mei 2012
KUALA LUMPUR, 29 Mei: Asalkan bukan Umno, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) yakin rakyat bersetuju dengan keputusan Pakatan Rakyat (PR) bahawa Perdana Menteri adalah seorang yang beragama Islam.

"Yang ditolak oleh tiga juta dari dari 5.7 juta pengundi Melayu dalam pilihan raya umum yang lalu ialah perdana menteri dari Umno dan BN (Barisan Nasional).

"Yang ditolak oleh 51 peratus undi popular yang tidak mengundi BN dalam pilihan raya umum yang lalu ialah perdana menteri dari Umno dan BN.

"Mereka tidak tolak perdana menteri yang beragama Islam seperti yang dipersetujui oleh PR," katanya.

Mahfuz yakin majoriti pengundi, sama ada Melayu atau bukan Melayu, tidak mempunyai sebarang masalah dengan keputusan PR itu.

"Mereka tidak ada masalah dengan keputusan itu kerana seperti yang dikatakan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, dasar itu adil kepada semua.

"Yang sangat ditakuti tidak adil oleh rakyat ialah perdana menteri dari Umno dan BN.

"Sebab itulah, asalkan bukan dari Umno dan BN, tidak ada masalah bagi majoriti rakyat menerima seorang yang beragama Islam menjadi perdana menteri seperti yang ditetapkan PR," katanya.

Jangan lari fokus

Mahfuz berharap semua pihak memberi tumpuan kepada isu yang sebenarnya iaitu menyelamatkan negara ini dari terus dikuasai pentadbiran dan perdana menteri dari Umno dan BN.

"Itu ancaman sebenarnya ke atas negara ini dan itu isu yang perlu diperjuangkan.

"Isu sebenarnya bukanlah untuk mengungkitkan lagi apa yang telah diputuskan oleh parti-parti di dalam PR, isu yang perlu diperjuangkan ialah bagaimana hendak menamatkan ancaman sebenar ke atas negara ini iaitu seorang perdana menteri dari Umno dan BN.

"Fokus kepada perkara itu dan jangan lari fokus," tegas Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Beliau berkata, semua pihak sepatut menyifatkan kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh untuk memperjuangkan seorang bukan Melayu menyandang jawatan perdana menteri sebagai tidak mungkin berlaku berdasarkan realiti yang ada.

"Walaupun kita mengakui ia tidak bertentangan dengan perlembagaan negara tetapi ia tidak berbangkit lagi berdasarkan kenyataan (Penasihat DAP) Lim Kit Siang mengenai perkara itu," katanya.

Roketkini memetik Lim berkata: "Tetapi kita (DAP) menerima hakikat politik bahawa, selagi Karpal dan saya masih hidup, realitinya adalah Melayu yang akan menjadi Perdana Menteri, dan bukannya dari kalangan kaum bukan Melayu".

Bagi Mahfuz, apa yang dinyatakan oleh Karpal itu adalah pandangan peribadinya.

"(Bekas Perdana Menteri Tun) Dr Mahathir (Mohama) pernah berkata bahawa sesiapa sahaja, sama ada Melayu atau bukan Melayu, boleh menjadi perdana menteri.

"Adakah kenyataan itu mewakili perjuangan Umno dan BN?" tanya beliau.

Lim sebelum ini mengutuk akhbar-akhbar pro Umno dan BN yang memutarbelitkan isu itu.

Lebuh raya: Tunjuk jalan keluar buat Umno Kelantan

Harakahdaily, 29 Mei 2012
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengucapkan tahniah kepada kerajaan PAS Kelantan yang dipimpin oleh Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana berjaya mengusahakan projek pembinaan lebuhraya dari Kuala Krai ke Kota Bharu yang bernilai RM1.8 bilion.
“DPPM percaya pembinaan lebuhraya ini adalah hasil dari kecekalan dan kesungguhan pemimpin PAS berjuang demi rakyat dan bukannya khayalan atau gimik politik seperti tohmahan sesetengah pihak,” kata Ketua Penerangannya, Riduan Mohd Nor.

Beliau berkata, hanya dengan sikap amanah, adil, jujur dan bersih serta menjauhi rasuah atau penyelewengan kuasa menjadikan kerajaan PAS Kelantan mampu berdikari meskipun tanpa bantuan kerajaan pusat.

Katanya, ia juga menjadi petanda bahawa PAS bersedia memimpin negara ini jika diberikan mandat oleh rakyat kelak.

Apa yang lebih membanggakan lagi, ujar beliau kerajaan Kelantan berjaya menunjukkan contoh Negara Berkebajikan yang dicanangkan PAS selama ini dan juga dalam Buku Jingga seperti yang diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat iaitu dengan pembinaan lebuhraya tanpa tol, sesuatu yang tidak pernah difikirkan munasabah oleh pemerintahan Umno BN.

Malah, katganya konsep wakaf dan sumbangan daripada orang ramai serta syarikat berteraskan kerajaan (GLC)  memberi gambaran bahawa projek ini adalah hasil titik peluh daripada kerajaan dan rakyat negeri itu yang bekerjasama membangunkan negeri tersebut.

DPPM juga, ujarnya merasa kecewa kerana kerajaan pusat gagal memberikan kemudahan lebuhraya kepada rakyat Kelantan seperti yang sepatutnya.

Menurutnya, berpuluh tahun rakyat Kelantan dinafikan hak daripada memiliki pelbagai kemudahan sehingga mereka terpaksa memikirkan kaedah lain bagi mengatasi masalah mereka.

Malah, kata Riduan royalti minyak yang sepatutnya dimiliki oleh kerajaan Kelantan turut dinafikan dengan pelbagai alasan.

Katanya lagi, rakyat Kelantan ibarat warga negara asing yang menjadi kelas kedua dan tidak layak mendapat apa-apa kemudahan dalam negara ini.

“Ternyata Umno gagal membela nasib umat Melayu yang sebangsa dengan mereka hanya kerana dipisahkan oleh ideologi politik kepartian.

“Sifat pendendam, dengki, khianat dan benci terhadap parti lain yang sebangsa dengan mereka menunjukkan Umno tidak layak memerintah negara ini,” ujarnya.

Justeru, kata beliau rakyat Kelantan wajar menunjukkan jalan keluar buat Umno di negeri itu dan seluruh negara dalam PRU ke-13 nanti.

Tiada ulasan: