Rabu, 23 Mei 2012

BILA TALIAN HAYAT HAMPIR ABIS...BILA ISTIDRAJ JUGA KIAN LUPUT...BILA APA DIBUAT MERANGKAP DIRI@TAK MENJADI...BILA BOHONG TAK BOLEH LAGI...MAKA SUSUNLAH KERUSI AGAR BEREDAR DITEMPAT LAIN...DAH TAK GUNA MEMBETULKAN PERKARA YANG TELAH BANYAK SALAH...BILA KEJAHATAN TERBONGKAR DAN TERUS TERBONGKAR...BILA HUKUM ALLAH MULA TERASA BAHANGNYA...BIAR BERKUBUR DENGAN MARUAH...JANGAN BERKUBUR DENGAN SUMPAH SERANAH MANUSIA...INSAFLAH...BERHENTILAH DARI MENIPU SERTA BUAT KERJA2 JAHAT...

Kes Mahfuz, Salahudin saman kerajaan ditangguh 7 Jun

Muhammad Faizal, 22 Mei 2012
KUALA LUMPUR: Mahkamah Sivil Baharu (NCvC) Kuala Lumpur menetapkan pada 7 Jun depan bagi mendengar semula kes saman yang dikemukakan oleh Datuk Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub terhadap polis dan kerajaan Malaysia berhubung salah tangkap terhadap mereka pada perhimpunan Bersih 2.0, Julai tahun lalu.

Hakim, Dr. Prasad Sandosham Abraham menetapkan tarikh tersebut setelah mendengar keterangan dari kedua-dua Naib Presiden PAS itu.

Ketika menjawab pertanyaan pihak peguam bela mengenai tujuan mereka berdua hadir ke KL Sentral, Mahfuz dan juga Salahudin memberitahu kehadiran mereka adalah ingin mengikuti satu sidang media yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat di sebuah hotel berdekatan bukannya untuk mengikuti perhimpunan serta perarakan di ibu negara.

Mahfuz ketika ditanya siapakah pemimpin yang berada di hotel yang menjadi tempat sidang media tersebut, beliau menjelaskan bahawa dia tidak mengetahui siapa yang ada kerana tangkapan itu dilakukan sebelum beliau mengikuti sidang media tersebut.

Malah menurut mereka, tangkapan dilakukan sewaktu mereka berada di luar KL Sentral iaitu selepas menaiki tangga dari tingkat bawah sebelum di bawah ke Balai Polis Jinjang.

Pada 8 Ogos tahun lalu kedua-dua mereka memfailkan saman malu terhadap empat pihak iaitu Kerajaan Malaysia, Ketua Polis Negara, Ketua Polis Daerah Brickfields dan seorang anggota polis Inspektor Mohd Zaid Madzizat.

Ianya ekoran dakwaan penangkapan salah terhadap mereka di KL Sentral pada 9 Julai lalu sempena himpunan Bersih 2.0 di ibu negara.

Saman tersebut difailkan menerusi syarikat guaman Tetuan Faiz Fadzil & Co bersama peguam Zulhazmi Sharif.

Kedua-dua Naib Presiden PAS itu menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk dan gantirugi teladan, kos serta lain-lain relif atau perintah yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Selain itu, mereka juga menuntut faedah pada kadar 8 peratus setahun ke atas jumlah penghakiman dari tarikh writ saman sehingga penyelesaian penuh.

Kedua-dua mereka sebelum ini mendakwa, penahanan yang dilakukan oleh pihak polis adalah di luar kawasan yang diwartakan sebagai kawasan larangan untuk dimasuki oleh mereka.

Mereka ditangkap kira-kira pukul 11.50 pagi sebelum ditahan hampir 10 jam di lokap polis di Balai Polis Jinjang.

Sepanjang dalam tahanan juga, pihak polis tidak mengambil apa-apa keterangan daripada mereka.

Mereka juga tidak diberitahu sebab-sebab penahanan mereka.

Mereka juga tidak dibenarkan menghubungi dan bertemu peguam dan keluarganya dan ini adalah bertentangan dengan Seksyen 28A (2) Kanun Prosedur Jenayah.

Polis tanpa jenayah tidak takut sertai PAS, PR

Abdul Aziz Mustafa, 22 Mei 2012
KUALA LUMPUR, 22 Mei: Polis yang tidak terlibat dengan jenayah tidak akan takut untuk menyertai PAS atau mana-mana parti di dalam Pakatan Rakyat (PR), kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.


"Saya yakin sangat, jika seseorang bekas polis tidak terlibat dengan jenayah, rasuah atau melindungi gangster, dia tidak akan takut menyertai PAS atau mana-mana parti di dalam PR," katanya.


Mohamad menyifatkan kenyataan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari mengenai perkara itu mempunyai pengertian yang sangat mendalam untuk dijadikan iktibar oleh rakyat.


"Menyertai PAS mendedahkan diri untuk menghadapi pelbagai ujian.


"Kalau seseorang itu terlibat dengan jenayah, rasuah atau melindungi gangster, kesemua itu akan digunakan untuk mengugut jika bertentangan dengan Umno," katanya.


Dalam ucapan sulungnya selepas menyerahkan borang keahliannya kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Fauzi berkata penyertaannya dalam PAS itu dibuat selepas yakin dirinya tidak terlibat dalam sebarang kes jenayah semasa berada dalam pasukan polis.


Beliau juga berkata, penyertaan beliau ke dalam PAS bukanlah atas dasar mahu bertanding kerusi sebaliknya sekadar membantu usaha ke arah kerja-kerja Islam yang dibawa PAS.


Serentak dengan penyertaan Fauzi di dalam PAS, Mohamad menjemput presiden Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM), Shafie Bakri agar mengikut jejak langkah Fauzi dan bersama-sama membantu kerja-kerja Islam yang dibawa PAS.


"Sama seperti Fauzi, saya yakin Shafie tidak pernah terlibat dengan jenayah, tidak rasuah dan tidak pernah melindungi gangster dan beliau juga tentulah tidak takut seperti Fauzi," kata Mohamad.


Sebuah akhbar harian hari ini melaporkan Shafie menyifatkan tindakan Fauzi menyertai PAS "mengkhianati kerajaan".


Sambil menolak pandangan Shafie itu, Mohamad menyifatkan pemikiran presiden PBPM itu sebagai pemikiran typical sebahagian bekas polis.


"Pemikiran mereka seperti telah dibrainwash dan diselewengkan untuk mempercayai Umno itu kerajaan, Umno itu negara dan Umno itu Melayu.


"Sebab itulah bila orang menyertai PAS, mereka menuduh orang berkenaan mengkhianati kerajaan, mengkhianati negara dan sebagainya," katanya.


Hanya anggota polis yang bijak seperti Fauzi sahaja, katanya lagi, yang boleh menolak dakyah menyesatkan sedemikian rupa.


Mohamad juga merasa amat bersyukur apabila Fauzi menjelaskan tindakannya menyertai PAS juga didorong keinginan untuk menzahirkan rasa tanggungjawabnya terhadap masyarakat.


"Memang kalau ikut keselesaan, dengan wang pencen dan hasil bulanan dari perniagaan saya dan keluarga, ia sudah cukup untuk saya. Saya boleh duduk rehat sahaja. Tapi, semacam ada rasa satu tanggungjawab untuk saya bersama PAS kini," kata Fauzi kepada Harakahdaily sebelum itu.

Umno terpaksa guna khidmat orang tua

Harakahdaily, 22 Mei 2012
KUALA LUMPUR: Umno disifatkan terpaksa menggunakan khidmat orang tua di dalam parti itu bagi membantunya mencapai kemenangan di dalam PRU 13.

Terbaru Datuk Seri Rais Yatim merasmikan Kursus Asas mengenai media baru untuk anggota Mubarak (Majlis Bekas-Bekas Wakil Rakyat) dan veteran Umno.

"Nampaknya Umno sudah tidak yakin lagi dengan media tradisional yang mereka kuasai seperti televisyen dan akbar harian," kata Ustaz Idris Ahmad (gambar), AJK PAS Pusat.

Bagi beliau, khidmat orang lama di dalam Umno perlu dikitar semula untuk membantu kapal Umno yang hendak karam.

Dari segi logiknya pula, katanya,  Umno sudah tidak perlu kepada media baru, kerana Umno memiliki jentera kerajaan yang bergerak siang malam dan bantuan kewangan daripada kantong kerajaan.

"Namun semunya tidak mampu menembusi fikiran pengundi yang celik maklumat dari kalangan generasi muda terutamanya," katanya.

Khidmat orang tua di dalam Umno terpaksa digunakan kerana “orang muda yang cerdik”  dengan media baru tidak bersama dengan Umno.

Sebaliknya, dakwa Idris, mereka ini adalah golongan yang sedang menunggu untuk menukar kerajaan di dalam PRU akan datang.

"Perkara ini boleh kita kaji di dalam ruangan komen blog yang terkenal seperti Malaysiakini, Malaysian insider dan lain-lain lagi telah membuktikan askar upahan Umno Bn tidak mampu melawan askar sukarelawan Pakatan Rakyat dari segi hujah ketika berperang di medan media baru," katanya.

Persoalannya mampukah orang tua di dalam Umno melawan ledakan maklumat media baru yang begitu pantas?, soal Idris lagi.

Isteri bekas tahanan ISA terima anugerah

Khaulah Azwar, 22 Mei 2012
SHAH ALAM: Kesetiaan dan kesabaran Norlaila Othman menuntut pembebasan suaminya Mat Sah Mohd Satray yang pernah ditahan selama lapan tahun lalu di bawah akta zalim Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) mendapat perhartian Amalnita.


Beliau yang diberikan Anugerah Isteri Setia merupakan seorang guru di sebuah sekolah swasta dan juga aktivis Gerakan Mansuh ISA (GMI) yang berjuang mencari jalan bagi membebaskan suaminya sejak 2002 hingga 2009.

(Gambar: Dr Halimah dan Husin bersama penerima anugerah daripada Amalnita.)

Norlaila berkata, walaupun suaminya dibebaskan namun dia akan terus bersama GMI untuk menerangkan kepada seluruh rakyat tentang akta kejam tersebut.

“Saya tidak akan berhenti daripada terus menyebarkan maklumat mengenai kekejaman ISA ini,” katanya ketika ditemubual.

Anugerah itu merupakan penghargaan daripada Amalnita yang bernaung di bawah Yayasan Amal Malaysia (Amal) yang  disampaikan oleh Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali bersama Presiden Amal, Husin Ismail pada Majlis Pelancaran Amalnita di Kompleks PKNS, di sini kelmarin.

Selain pelancaran Amalnita, majlis itu turut mengumpulkan sukarelawan untuk kerja-kerja kemasyarakatan serta misi bantuan kemanusiaan pada masa akan datang.

Selain Norlaila, warga emas Raden Siti Bahja Munir,73, turut menerima Anugerah Siti Khadijah di atas sumbangan selama 37 tahun meneruskan kerja dakwah dan kemasyarakatan.

Beliau melibatkan diri dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan banyak menginfakkan harta untuk kerja-kerja amal sejak tahun 1975 sehingga kini.

Bagi Anugerah Ibu Berjasa, penerimanya adalah Siti Habsah Zakaria, 52, yang mengidap kanser payudara tahap ketiga.

Wanita gigih itu membesarkan empat orang anak termasuk seorang anak orang kurang upaya (OKU) selepas suaminya meninggal dunia semasa anak-anaknya masih kecil.

Yusof gambarkan sistem perundangan bermasalah?

Harakahdaily, 22 Mei 2012
KUALA LUMPUR: PAS tidak menolak kemungkinan ada 'krisis besar' sedang melanda sistem perundangan negara ketika ini, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

Beliau merujuk kepada tindakan bekas Peguamcara II Negara, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden yang dahulu merupakan pendakwaraya kes Liwat II terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, namun hari ini tampil sebagai peguambela kepada ketua pembangkang itu dalam kes Bersih 3.0.

"Peguam ini dahulunya kuat membela kerajaan dan membuat pendakwaan kepada orang yang diingini didakwa oleh kerajaan.

"Tetapi hari ini orang yang sama tampil beri pembelaan kepada orang yang beliau buat pelbagai tuduhan dan dakwaan," katanya merujuk kepada kes liwat II Anwar Inrahim.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Pejabat Agung PAS hari ini sejurus selesai memberi sokongan moral kepada trio PKR iaitu Anwar, Azmin Ali dan Badrul Hisham Shaharin yang didakwa di mahkamah hari ini berkaitan penyertaan dalam Bersih 3.0.

"Ini bermakna ada satu krisis sedang berlaku dalam sistem prundangan negara kita," kata Mahfuz lagi.

Banyak pihak melihat perkembangan yang berlaku itu 'positif' kepada pakatan rakyat dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Tidak kurang juga yang melihat seperti ada yang tidak kena dengan hubungan Yusof dengan bekas bosnya Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail sejak dia bersara Februari lalu.

Bagaimanapun, Yusof ketika ditemui media selepas prosiding mahkamah hari ini berkata beliau tiada masalah peribadi Gani Patail dan beliau profesional sejak memilih bersara.

Yusof dan Fauzi: Masa Umno sudah tiba

Harakahdaily, 22 Mei 2012
KUALA LUMPUR: Tindakan bekas Peguamcara Negara, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden menjadi peguambela Datuk Seri Anwar Ibrahim dan penyertaan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Fauzi Shaari ke dalam  PAS menunjukkan masa Umno hancur sudah tiba.

Demikian kata anggota Parlimen Taiping, Nga Kor Ming menerusi twitternya hari ini.

Ketua Angkatan Muda PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin juga mempunyai pendapat yang sama.

"Tanda kehancuran Umno," katanya juga menerusi twitternya.

Datuk Yusof, bekas ketua pendakwaraya kes Liwat II terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim mengejutkan banyak pihak hari ini apabila bertindak menjadi peguam kepada Anwar dalam kes Bersih 3.0.

Datuk Fauzi, bekas orang nombor tiga dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula pada Ahad lepas menyerahkan borang permohonan menyertai PAS.

Borang itu diserahkan sendiri oleh beliau kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di hadapan lebih 5,000 penyokong Pakatan Rakyat.

Majlis penyerahan borang itu diadakan di Taman Kota Wira, Ulu Sepetang, Larut dekat sini, iaitu di kawasan kampung halaman Fauzi.

Bersih 3.0: Bekas pendakwa kini peguam Anwar

Muhammad Faizal, 22 Mei 2012

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pendakwaraya bagi kes liwat II, Datuk Mohd Yusuf Zainal Abiden (gambar) kini menyertai pasukan peguambela Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes Bersih 3.0.

Tindakan ini merupakan satu tamparan hebat kepada Perdana Menteri, Menteri Dalam  Negeri dan Peguam Negara kerana orang terbaik mereka selama ini menyertai pasukan pembangkang.

Anwar bersama dengan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan bekas ahli majlis pimpinan pusat, Badrul Hisham Shaharin dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan mengambil bahagian dalam protes jalanan,  di bawah Akta Perhimpunan Aman.

Menurut Setiausaha Lajnah Guaman PAS, Abang Ahmad Kerdee, Datuk Yusuf dianggap sebagai ensiclopedia undang-undang bergerak (Moveable Legal Ensiclopedia) bagi ramai timbalan pendakwa raya dan peguam di negara ini.

"Beliau amat pakar di dalam undang-undang dan kes jenayah," katanya.

Pendiriannya pula ramai yang diketahui para perguam termasuklah:-

"Awak boleh beri arahan tapi bukan ajar/ beritahu saya apa saya mesti buat (dalam satu-satu kes)."

Beliau meletakkan jawatan selepas kes Liwat II selesai iaitu pada 1 Februari lalu.

Yusof ketika ditemui selepas prosiding mahkamah hari ini berkata beliau tiada masalah peribadi dengan Peguam Negara Abdul Gani Patail dan beliau profesional sejak memilih bersara.

Beliau mengulas tanda tanya sama ada tindakannya melibatkan perkara peribadi dengan Abdul Gani.

"Saya profesional, mereka telefon saya malam tadi dan saya lapang," katanya.

"Saya tidak ada sebarang penglibatan politik," kata Yusof, orang ketiga alam Pejabat Peguam Negara sebelum bersara pada 1 Februari.


Kempen politik


(Anwar dibawa ke Mahkamah Majistret bersama Badrul Hisham)


Selepas dibacakan pertuduhan, Anwar memberitahu Hakim Mahmud Abdullah bahawa pertuduhan tersebut adalah satu lagi kempen "politik" terhadapnya, dan dia tidak mengaku bersalah."

Selain Mohd Yusof, Karpal Singh turut mewakili Anwar.

Hakim mengarahkan ikatjamin RM500 dan menetapkan 2 Julai depan untuk sebutan semula kes tersebut.

Sementara itu, Azmin yang diwakili oleh peguam Sivarasa Rasiah dan Gurcharan Singh, dan Badrul Hisham, yang diwakili oleh peguam Latheefa Koya, juga telah dikenakan ikatjamin RM500 jamin setiap.

Halang atau galakkan niaga depan rumah Ambiga?

Anis Naziri, 22 Mei 2012
KUALA LUMPUR: Tindakan pihak berkuasa menangani isu sekumpulan peniaga yang merancang berniaga di kawasan kediaman Pengerusi Bersama Bersih, Datuk S. Ambiga menimbulkan persoalan.

Khususnya, kenyataan daripada Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail, yang tidak menghalang kumpulan berhimpun, dalam masa sama menghalang mereka membuka perniagaan.

"Tindakan atau respons pihak berkuasa, sama ada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) atau polis menimbulkan persoalan.  Adakah mereka ini menghalang? Adakah juga menggalakkan? Saya tidak faham," tegas salah seorang Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah (gambar), hari ini.

Beliau yang dihubungi Harakahdaily, berkata pihak berkuasa sepatutnya bertindak lebih tegas dalam menangani isu ini, memandangkan perbuatan kumpulan itu bukan sahaja terhadap Ambiga, tetapi membabitkan kejiranan bekas Presiden Majlis Peguam itu.

Walaupun hari ini, polis dan DBKL bertindak menghantar beberapa anggotanya di laluan utama memasuki kawasan perumahan Ambiga, Maria beranggapan ia sudah 'terlambat'.

"Kita alu-alukan kawalan mereka, tetapi agak terlambat kerana sebelum ini sudah ada beberapa kumpulan yang bertindak dengan mendirikan gerai burger dan senaman punggung, tanpa sebarang tindakan," tegas beliau.

Sekumpulan 60 peniaga, diketuai Pengerusi Majlis Bertindak Peniaga-peniaga Kuala Lumpur, merancang untuk berniaga di kawasan kediaman Ambiga pada Khamis dan Jumaat ini, sehingga tuntutan mereka dipenuhi.

Mengulas lanjut tindakan mereka itu yang dikatakan untuk 'mencuci' Bersih 1, 2, dan 3, Maria berkata golongan terbabit tidak memahami isu yang dijunjung Bersih.

"Ia bukan soal Bersih 1,2, atau 3.  Tetapi ia soal isu menuntut pilihan raya yang bersih, bebas dan adil.  Sayangnya, mereka tidak faham isu tetapi bertindak di luar budaya Malaysia," tegas beliau.

Tanpa menafikan hak mereka untuk berhimpun, Maria bagaimanapun berkata cara mereka berhimpun di hadapan kediaman individu tertentu tidak boleh diterima.

Sehubungan itu, beliau meminta kumpulan tersebut menghentikan rancangan mereka untuk membuka perniagaan di kediaman peguam tersebut, Khamis dan Jumaat akan datang.

Berpakaian hijau ke Kedah 1 Jun ini

Harakahdaily, 22 Mei 2012
KUALA LUMPUR: Semua ahli, pemimpin serta penyokong PAS diseru mengenakan pakaian hijau pada Himpunan Hijau ke Putrajaya di Stadium Darul Aman, Alor Setar pada 1 Jun ini.

Menurut Pengarah Program Datuk Mahfuz Omar, pakaian hijau itu bagi menunjukkan PAS akan menjadi penggerak utama usaha Pakatan Rakyat menuju Putrajaya pada PRU-13 ini.

"Hijau itu lambang korporat PAS bukan bermakna kita bersendirian mahu ke Putrajaya, tetapi kita mahu PAS menjadi pendukung utama menggerakkan usaha Pakatan Rakyat menuju Putrajaya," katanya dalam satu sidang media di Pejabat Agung PAS hari ini.

Beliau yang juga Naib Presiden PAS berkata, himpunan tersebut adalah sebagai menggantikan Muktamar PAS yang ditangguhkan untuk persiapan menghadapi pilihan raya.

"Oleh kerana laporan kaji cuaca yang menujukkan pilihan raya tidak menentu tarikhnya, jadi kita bimbang berlaku pembubaran, kita tangguh muktamar dan gantikan dengan Himpunan Hijau," katanya lagi.

Menurutnya lagi, himpunan tersebut adalah bagi menggerakkan ahli, pimpinan, pendukung serta jentera PAS di semua peringkat bagi membuat persiapan terakhir untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Mereka mensasarkan 100,000 menyertai himpunan itu nanti yang dibahagikan kepada tiga peringkat bermula pagi hingga ke malam.

Sesi pagi akan dimulakan dengan satu taklimat tertutup kepimpinan tertinggi parti seluruh negara dan ahli yang berhormat bersama Presiden di Kompleks PAS negeri di Kota Sarang Semut.

Sesi kedua akan bemula selepas solat Jumaat di di Stadium Darul Aman menghimpunkan anak seluruh anak muda dalam program yang dipanggil 'Xpresi Hijau Anak Muda ke Putrajaya'.

Program tersebut akan dimulakan dengan kuliah oleh pendakwah popular Ustaz Azhar Idrus.

Selain kuliah, program akan turut di isi dengan persembahan sketsa oleh anak muda dan persembahan lain sehingga jam 6.45 petang.

Sesi malam pula akan bermula dengan solat Maghrib secara berjamaah juga di stadium dan munajat perdana yang akan dipimpin oleh Tuan Guru Salleh Musa dari Pondok Sik sehingga Isyak.

Mengambil tempat selepas itu adalah program kemuncak iaitu ucapan dan amanat pimpinan utama PAS termasuk Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ustaz Azizan selaku tuan rumah, Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Turut akan berucap malam itu adalah wakil bekas penjawat awam, wakil bekas tentera, wakil artis serta wakil selebriti tv yang kesemuanya telah menyertai PAS.

Program malam tersebut juga turut menampilkan Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said yang akan mendeklamasikan puisi khas beliau.

Sebelum ucapan pemimpin utama juga, semua pemimpin PAS akan berada di pentas bagi melafazkan ikrar komitmen bersama memenangkan Pakatan Rakyat menuju Putrajaya yang akan diketuai bacaannya oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

Ijtimak: Sentuhan terakhir sebelum PRU13

Mohd Sabri Said, 22 Mei 2012
PULAU PINANG, 22 Mei: Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang, Datuk Saleh Man (gambar) mengerahkan semua ahli PAS negeri beramai-ramai ke Munajat Perdana pada 1 Jun ini di Alor Setar, Kedah untuk mendapatkan sentuhan terakhir sebelum menempuh Pilihan raya Umum ke-13 nanti.

Perhimpunan itu katanya, amat penting kerana pemimpin utama akan memberikan tips bagaimana untuk berhadapan dengan serangan Umno dan Barisan Nasional (BN) terhadap negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat.

"Semua ahli PAS Pulau Pinang wajib hadir ke Munajat Perdana di Stadium Darul Aman kerana di situ suntikan terakhir akan diberikan oleh kepimpinan tertinggi PAS. “Kesannya semua ahli akan bekerja kuat selepas ini bagi memastikan sasaran kemenangan dicapai sehingga membolehkan pendakian ke Putrajaya bersama Pakatan Rakyat," jelasnya ketika dihubungi.

Di Pulau Pinang, ujarnya pertambahan kerusi PAS memang diperlukan untuk menguatkan kedudukan dalam kerajaan negeri maka satu lonjakan perjuangan dikehendaki terutama jentera di Dewan Undangan Negeri (Dun) yang PAS tandingi.

"Kerjalah untuk menikmati perjuangan kerana kemenangan itu memberikan kekuatan semangat melumpuhkan  Umno dan BN," jelasnya yang juga Adun Permatang Pasir.

Selamatkan Terengganu dari kontraktor kroni

Dr. Syed Azman Syed Ahmad, 22 Mei 2012
Projek pembinaan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) Fasa 2 yang dijangka menghubungkan negeri Terengganu dengan pantai Barat semenanjung kini menjadi isu besar yang amat membebankan seluruh rakyat negeri Terengganu.

Projek yang pada mulanya menelan kos RM3.7 billion ini masih tidak dapat digunakan sepenuhnya akibat  berlakunya kelewatan yang ketara dari tarikh jangka siap iaitu pada akhir tahun 2010.

Pelbagai alasan telah dikemukakan oleh kerajaan negeri Terenggganu bagi memberi justifikasi kenapa berlakunya kelewatan dan kenaikan kos yang melambung dalam pembinaan lebuh raya ini.

Antara alasan yang dikemukakan adalah mendapan tanah, di samping kenaikan harga barang dan kecurian kabel elektrik.

Menteri Besar Terengganu Datuk Sri Ahmad Said pula kerap berulang-alik mengadakan lawatan kerja bagi meninjau projek LPT fasa 2 itu.

Dalam lawatan beliau baru-baru ini, Ahmad Said cuba meluahkan kekecewaannya dan kemarahannya terhadap Kementerian Kerja Raya kerana lewat membuka semula tender bagi menyiapkan membabitkan dua laluan yang masih terbengkalai.

Beliau berkata, kementerian sepatutnya membuka tender untuk melantik semula kontraktor yang lebih berwibawa bagi membolehkan dua pakej yang belum siap iaitu pakej 7 laluan Paka-Kemaman sejauh 13.7 kilometer dan pakej 4 laluan Stesen Mardi-Ibok sejauh 3.7 kilometer dilaksana secepat mungkin.

Kenapa Kementerian Kerjaraya yang mahu dipersalahkan dengan kelewatan LPT 2 ini? Apakah pegawai-pegawai yang terlibat di Kementerian Kerjaraya sahaja mahu  'dikambing-hitamkan’?  Dan siapakah pula ’kontraktor yang berwibawa’ yang di maksudkan oleh Menteri Besar Terengganu itu?

Isunya bukannya Kementerian Kerjaraya dan pegawai-pegawai di Kementerian tidak boleh dipersalahkan dalam hal ini tetapi isunya adalah ’kontraktor kroni’ yang diberikan habuan dan dianugerahkan kontrak pakej lebuhraya LPT 2 ini sendiri. Anugerah pakej kontrak ditentukan oleh 'tangan politik’ pemimpin-pemimpin Umno/BN.

Pihak kerajaan juga terpaksa menanggung bebanan kerugian yang amat besar akibat angkara 'kontraktor kroni’ ini. Yang perlu didedahkan bukannya kelemahan dari pihak Kementerian Kerjaraya, tetapi siapa sebenarnya ’kontraktor kroni’ yang mengaut untung besar.

Di dalam sidang Dewan Undangan Negari baru-baru ini telah didedahkan sekurang-kurangnya ada 2 Adun dari Umno Terengganu terlibat secara langsung dalm projek LPT 2 ini.

Realitinya adalah dimana ada antara mereka yang dianugerahkan kontrak pakej LPT 2 ini sebenarnya bukan kontraktor, tetapi mereka hanyalah pemilik lesen yang berkepentingan dan rapat dengan pemimpin Umno.

Ada syarikat yang dianugerahkan kontrak adalah yang bertaraf ‘Kelas A+++ & Berwibawa’, tapi kerja-kerja mereka amat mengecewakan.

Mereka-mereka ini mendapat kontrak tetapi terus menyapu untung ‘atas angin’ dengan menjualkannya pula kepada orang tengah atau Broker dan selepas itu sering bertukar tangan dari satu Broker ke Broker yang lain.

Begitu juga dengan sikap ‘membela kroni’ dimana terdapat beberapa kontraktor yang sepatutnya disenarai hitamkan dari mendapat tender telah di’anugerahkan’ tender semula oleh pihak kerajaan.

Sebagai contohnya  Pakej 8 LPT 2 yang bernilai RM80 juta, ia telah dianugerahkan kepada syarikat Arah Jitu sdn bhd. Kontrak syarikat ini telah  dimansuh pada November 2009.

Namun kemudiannya ia telah ditender semula dan diberikan kembali kepada syarikat Arah Jitu dengan harga RM76 juta.  Ia ternyata gagal namun ia tetap dianugerahkan semula kontrak tersebut.

Syarikat Arah Jitu sebagai kontraktor yang gagal untuk melaksanakan dua pakej; 8B dan 9B telah dipilih semula dengan harga yang jauh lebih tinggi dari harga asal.

Perlu dingat bahawa projek LPT 2 ini membabitkan kos asal iaitu RM3.7 bilion dan lebih 50 peratus dari kosnya adalah datang daripada ‘dana khas’ yang ditanggung oleh kerajaan negeri Terengganu sendiri.

Setiap kelewatan daripada jadual asal dijangka akan meningkatkan kos perbelanjaan kerajaan  sekitar 15 peratus setiap tahun.
Kini kelewatannya telah hampir 2 tahun dan kos pembinaan lebuhraya ini telah meningkat kepada hampir RM 5 bilion.

Ya, rakyat Terengganu masih lagi menunggu siapnya lebuhraya ini. Lebih-lebih lagi menjelang musim perayaan seperti Hari Raya dan cuti sekolah.

Anak-anak perantau Terengganu dan keluarga mereka yang akan pulang ke kampong sudah pasti akan melalui lebuhraya ini. Mereka seboleh-bolehnya mahukan perjalanan yang selamat dan selesa.

Namun relitinya rakyat Terengganu bukan sahaja terpaksa menunggu siapnya lebuhraya ini tetapi juga terpaksa juga menanggung bebanan kos yang melambung tinggi ini.

Sementara itu ‘kontraktor kroni’ terus mengaut laba dan keuntungan yang berlipat ganda.

Tindakan ‘kontraktor kroni’ yang mengakibatkan kelewatan ketara projek LPT 2 ini  adalah amat tidak bertanggungjawab.

Ia juga tidak selari dengan slogan kepimpinan Menteri Besar Terengganu, Dato' Sri Ahmad Said “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” dan “Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan”. Yang terpaksa menanggung bebanan adalah rakyat marhaen di bawah.

Inilah realiti apabila kita berhadapan dengan kepimpinan yang bersikap  tidak  jujur dan tidak bertanggung jawab. Tidak ada pilihan melainkan rakyat negeri ‘penyu bertelur’ ini melakukan perubahan yang besar dalam PRU ke 13 ini. Ya, selamatkan Terengganu kita ini dari ‘kontraktor kroni’ untuk kebaikan rakyat.
-------------------------------------------------------------
Penulis adalah Penolong Setiausaha Agong PAS yang juga Adun Batu Burpk, Terengganu. Email: syedazmans@yahoo.co.uk

Bekas Timbalan Residen Miri sertai PAS

PAS Miri, 22 Mei 2012
MIRI: Sekarang ini adalah musim untuk golongan professional, selebriti, dan juga bekas pengawai kerajaan menyertai PAS.

Kalau di Perak bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari dengan rasminya menyertai PAS dan di Miri Sarawak pula seorang bekas pegawai kerajaan merangkap bekas Timbalan Residen Miri juga telah menyertai PAS baru-baru ini.

Sempena  lawatan Pimpinan Tertinggi PAS Pusat ke Sarawak, bekas Timbalan Residen Miri, Haji Johari Bujang telah menyerahkan borang keahlian kepada Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar pada Majlis Hi-Tea di rumahnya di Luak baru-baru ini.

Beliau semasa Pilihanraya DUN Sarawak yang lepas bertanding di DUN Lambir atas tiket SNAP namun beliau tidak menjadi ahli SNAP.

Dalam ucapannya, Johari Bujang menyebut bahawa sebelum ini beliau tidak pernah menyertai mana-mana parti politik walaupun sebelum ini pernah bertanding di DUN Lambir dalam Pilihanraya DUN Sarawak tahun lepas atas tiket Parti SNAP.

Menurutnya lagi, beliau membuat keputusan untuk menjadi ahli PAS setelah sedar dan yakin akan prinsip perjuangan PAS serta begitu tertarik dengan kseungguhan PAS khususnya PAS Kawasan Miri dalam usaha membawa perubahan serta pembelaan kepada nasib rakyat.

Beliau ingin bersama-sama berada di dalam PAS bagi menyumbang secara langsung kepada perjuangan rakyat.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Sarawak, Jofri Jaraiee, Ketua Penerangan PAS Sarawak M Azwani, Ketua Pemuda PAS Sarawak M Arifiriazul Paijo dan setiausaha Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Miri, Yeo Kian Leong.

Acara sederhana tersebut menunjukkan yang PAS telah diterima oleh semua golongan masyarakat.

Pada sebelah malam, Datuk Mahfuz Omar bersama rombongan PAS Miri melawat rumah panjang Empading di Sg Bakas.

Penduduk di rumah panjang tersebut menyambut dengan baik dan memberi sambutan hangat kunjungan rombongan PAS pada malam itu.

PAS Miri memberi sedikit buah tangan sebagai tanda hormat atas kunjungan ke rumah panjang tersebut dan juga memberi penerangan tentang kunjungan serta matlamat perjuangan PAS bersama Pakatan Rakyat.

Dalam rumah panjang tersebut terdapat 2 orang OKU (Orang Kurang Upaya) salah seorang dari OKU tersebut, Idai ak Entebang mengadu kepada PAS bahawa beliau tidak menerima BR1M, E-Kasih dan juga bantuan dari kebajikan masyarakat.
"Kita minta pihak yang berkenaan agar dapat membantu Idai ak Entebang tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik kerana beliau juga golongan yang kurang upaya yang sepatutnya dapat menerima sumbangan dari wang pembayar cukai.

"Kita ingin mengingatkan pihak yang diamanahkan untuk menjaga kebajikan masyarakat agar dapat menjalankan tugas mereka dengan adil untuk semua, jangan disebabkan mereka ini tidak sehaluan dengan fahaman kita maka kita meminggirkan mereka ini tanpa balas kasihan," kata Jofri Jaraiee.

Perbincangan dengan NGO, bukan muzakarah Umno

Hazayani Zakaria, 21 Mei 2012
KUALA LUMPUR, 21 Mei: PAS hari ini menjelaskan bahawa parti itu bersedia mengadakan perbincangan dengan badan bukan kerajaan (NGO) berhubung salah faham mengenai Islam, bukan muzakarah dengan Umno.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata demikian sebagai membetulkan salah lapor media pro kerajaan yang mengatakan PAS bersedia mengadakan muzakarah dengan Umno.

"Masa itu saya nyatakan perbincangan deng an NGO yang menuduh PAS menyeleweng dari dasar dan matlamat Islam.

"Perkataan muzakarah mungkin disebut pada masa itu tetapi muzakarah terjemahannya perbincangan, penjelasan tapi disalah tafsir PAS nak muzakarah dengan Umno. Itu tak timbul," kata beliau pada sidang media di ibu pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini, hari ini.

Isu itu mula dimainkan media selepas Ustaz Hadi ada menyebut perkataan muzakarah pada satu sidang media di tempat sama, dua minggu lepas.

Ustaz Hadi juga berkata, isu muzakarah merupakan isu lapuk yang ditimbulkan kembali menjelang pilihan raya.

"Isu muzakarah sudah lama dan acapkali dibentangkan kepada Umno dan Umno jadikan isu politik.

"Kalau nak bincang dengan Umno lebih baik bincang mengenai pilihan raya yang bersih," tegasnya.

Sementara itu, setiausaha, Datuk Mustafa Ali berkata, PAS akan mengadakan seminar dan akan menjemput NGO dan parti lain termasuk bukan Islam.

"Kita ambil keputusan akan adakan program berbentuk seminar untuk jelaskan salah faham mereka mengenai Islam, katanya.

Bagaimanapun maklumat lengkap berhubung perkara itu belum dinyatakan.

Kata mansuh tapi tahanan tertakluk perintah ISA

Anis Nazri, 21 Mei 2012
KUALA LUMPUR: Aneh tapi benar! Biarpun ISA dimansuhkan, tahanan di bawah akta itu masih tertakluk kepada perintah yang diputuskan sebelum akta itu dimansuhkan.

Kuasa untuk membebaskan tahanan masih tertakluk di bawah bidang kuasa Menteri Dalam Negeri seperti yang termaktub dalam Fasal 32 bahagian Pemansuhan dan Kecualian Akta Kesalahan Keselamatan 2012 yang baru.

Perkara ini jugalah yang dijelaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, iaitu meskipun ISA dimansuhkan, Rang Undang-Undang baru tersebut tidak menjejaskan penahanan orang yang ditahan, kecuali perintah itu dibatalkan Menteri Dalam Negeri.

Berasaskan kuasa seorang menteri inilah, enam tahanan ISA bertindak melancarkan mogok lapar bermula 12 Mei lalu, dan berakhir tujuh hari selepas itu, 18 Mei 2012.

Tindakan tersebut dilakukan bagi menuntut pembebasan segera mereka dari Kem Tahanan Kamunting setelah ISA dimansuhkan.

Sehubungan itu, Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) dan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) mendesak agar Menteri Dalam Negeri membebaskan semua tahanan ISA dengan segera tanpa syarat.

Tegas mereka, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussien bertanggungjawab menyebabkan mangsa ditahan tanpa hak membela diri dan dikurung di Kamunting sehingga memakan masa yang begitu lama.

"Beliau juga ‘berkuasa’ dan berautoriti penuh untuk membatalkan sebarang perintah arahan di bawah ISA dan membebaskan tahanan bila-bila masa tanpa menunggu perintah tersebut tamat.

"Walaupun perintah tahanan boleh diteruskan tetapi bukankah lebih berperikemanusiaan dan menghormati hak asasi manusia dengan mereka dibebaskan apabila ISA dimansuhkan?" soal Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh dan Penyelaras Suaram, Syukri Razab dalam kenyataan bersama kepada Harakahdaily, hari ini.

Dalam pada itu, GMI dan Suaram turut mengulangi tuntutan agar kerajaan Malaysia menubuhkan Suruhanjaya Kebenaran dan Rekonsiliasi untuk menyemak semula kes penahanan ISA.

Suruhanjaya itu, tambah mereka perlu membawa pihak yang terlibat dengan penganiayaan dan penderaan ke muka pengadilan.

Tiada ulasan: