Isnin, 21 Mei 2012

MAKA BERTAMBAH2 LAH PENYOKONG...BILA ALLAH NAK BEGITU...KITA TAK MAMPU MENGHALANG...

Patutlah nak sangat jadi Ulama Muda UMNO.. ini agenda mereka rupanya..
Posted on Sunday, May 20 @ 10:30:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Sumber AnakSungaiDerhaka

Terserlah kini mengapa sebilangan Ulama Muda menertai UMNO sebenarnya meskipun Ulama-ulama yang lebih senior dari mereka tidak mahu bersama UMNO.. Kenyataan dari Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Umno menjelaskannya.. jadi jangan kita hairan andaikata kelompok ini bakal dipinggirkan terus oleh pemimpin-pemimpin UMNO yang ada.. Terutama sekali yang telah lama bersama UMNO..

 
Terserlah kini mengapa sebilangan Ulama Muda menertai UMNO sebenarnya meskipun Ulama-ulama yang lebih senior dari mereka tidak mahu bersama UMNO..



Kenyataan dari  Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Umno menjelaskannya.. jadi jangan kita hairan andaikata kelompok ini bakal dipinggirkan terus oleh pemimpin-pemimpin UMNO yang ada..
Terutama sekali yang telah lama bersama UMNO..

Ulama muda Umno sedia bertanding PRU jika diberi peluang
KUALA LUMPUR, 20 Mei — Ulama Muda Umno tidak menolak untuk bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya sekiranya mendapat lampu hijau dari kepimpinan pusat.




Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Umno (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya yang dihubungi The Malaysian Insider berkata, pihaknya bersedia menghulurkan bantuan jika parti memerlukan mereka, bagaimanapun menegaskan, pihaknya bukan jenis yang meminta-meminta, tetapi sedia membantu jika diperlukan bagi memperjuangkan prinsip Islam.

"Kami tidak akan menolak. Kami bukanlah jenis yang meminta-minta, jika parti perlukan kami, kami sedia berkhidmat untuk memperjuangkan prinsip Islam," jelasnya.

Kewujudan cabang ulama muda di dalam Umno dilihat masih baru berbanding PAS yang mempunyai Dewan Ulama sendiri, khusus untuk pemantapan ahli PAS dan penyertaan politik yang aktif.

Bagaimanapun, ulama muda Umno ini menjelaskan, kewujudan mereka tidak seharusnya dilihat sebagai satu entiti semata-mata, sebaliknya perlu dilihat dari konteks yang lebih luas.

"Kami bukan berjuang atas dasar peribadi, politik. Tetapi kami berjuang demi agama," tegas Fathul Bari.
Menurut bekas Penasihat Agama Institut Jantung Negara (IJN) ini lagi, pihaknya tidak berat sebelah dalam mengeluarkan kenyataan, sama ada melibatkan pembangkang mahupun kerajaan pimpinan Umno-BN, parti yang dianggotai mereka.

"Suara kami tidak pernah disekat. Umno tidak pernah menghalang kami, bahkan, kami turut mengeluarkan kenyataan yang tidak memihak kepada parti, tapi kami tidak pernah disekat," katanya lagi membandingkan kebebasan bersuara di dalam PAS.

"Bukan seperti PAS. Ramai ulama PAS yang dihalang daripada mengemukakan kenyataan yang bercanggah dengan pemimpin mereka. Kita lihat mereka bercakaran dalam Pakatan Rakyat (PR), tapi mana suara ulama, pemimpin PAS?", soal beliau lagi.

Fathul Bari turut menegaskan, segala kenyataan yang diutarakan ulama muda tersebut juga bukanlah atas telunjuk Umno, sebaliknya atas inisiatif mereka sendiri selaku umat Islam.

"Adakah kami keluarkan kenyataan mengikut kepentingan Umno?" Tidak," tegasnya, dan menambah, perjuangan kumpulan ulama muda tersebut adalah semata-mata kerana Islam dan masyarakat Melayu di negara ini.


 UMNO Akan Menang PRU13 Isu Muzakarah ?
Posted on Sunday, May 20 @ 08:13:42 PDT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh: psyco

"Bagaikan gila meroyan pemimpin UMNO dan pencacai sekalian apabila isu Muzakarah antara UMNO dan PAS di wayang kan semula. Isu ini diketahui umum bukannya baru dan yang menariknya UMNO menggunakan isu ini sebagai modal pada setiap PRU yang berlaku. Sila rujuk kronologi bagaimana UMNO memanipulasi isu ini menjelang PRU13

Jika dirujuk respon pencacai karut UMNO diluar sana isu ini bagaikan suatu kejayaan bagi mereka untuk menghadapi PRU13 nanti.Mengelupur lah seluruh Ulama kangkung , Pemimpin2 karat yang karut UMNO apatah lagi pemimpin MCA si pelakon lucah CSL juga ingin tumpang semangkuk untuk mengulas isu ini.

Isu Muzakarah ini selalu jadi modal UMNO setiap PRU untuk memutar belit fakta isu yang di bangkit kan dan sedikit sebanyak berjaya mempengaruhi minda rakyat . Rakyat mudah terkesima dengan imej islam UMNO yang warak jika PRU menjelang.
Apa lagi modal UMNO dan pencacai tegar untuk membuat fitnah dan dajal selain dari adengan buang tebiat yang pelik2 yang kita lihat setiap hari menjelang PRU13.
Persoalannya, berjayakan UMNO dan gerombolan sekali lagi memanipulasi isu ini sekali lagi  demi menyambung hayat yang semakin genting di hujung nyawa ? Rakyat akan tentukan.
Ikuti kronologi bagaimana UMNO berjaya mengeksploitasi isu ini dan akan berterusan sehingga PRU13 nanti
13/5/2012
Pas sedia muzakarah soal IslamKUALA LUMPUR – Pas bersedia membuka pintu dan bermuzakarah dengan semua badan bukan kerajaan (NGO) Islam termasuklah Umno bagi menyelesaikan isu dakwaan yang mengatakan perjuangan parti tersebut sudah jauh terpesong dari perjuangan asal.
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, dakwaan seperti ini adalah serius dan menegaskan Pas sentiasa konsisten berpegang dengan perjuangan asal iaitu memartabatkan agama Islam di negara ini.
14/5/2012
Ulama Muda Umno sedia terima muzakarah dengan PasSHAH ALAM - Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Umno (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya bersedia bermuzakarah dengan Pas berhubung isu kepentingan Islam dan Melayu.

Bagaimanapun, beliau meletakkan garis panduan supaya sesi muzakarah itu mencapai objektif dalam usaha menegakkan syiar Islam.
16/5/2012
Nik Aziz sedia muzakarah dengan Umno19/5/2012
Nik Aziz: Terima PR jika mahu kerjasama Pas
“Saya sebut lama dah. Kalau Umno nak bersatu, parti itu perlu menukar dasar kebangsaan kepada Islam. Ia bukan keputusan seorang tetapi kena buat secara rasmi (bersama PR). Umno (perlu) tukar dasar daripada kebangsaan kepada Islam secara rasmi.

“Kedua, Umno kena terima Pas sekali dengan pakatan kerana kami sudah ada Pakatan dan Pakatan tidak buat khianat kepada kami. Maka lepas kami (Pas) bersatu dengan Umno dan selepas Umno ubah dasar dia, barulah boleh bersama dengan pakatan,” katanya.
19/5/2012
Muzakarah: Muhyiddin mungkin silap faham SAYA merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 17 Mei 2012 yang lalu yang dikatakan sedia menyahut seruan Pas untuk bermuzakarah asalkan tujuannya adalah untuk kepentingan ummah, masyarakat Islam dan negara.
Di dalam kenyataan tersebut, Muhyiddin turut dilaporkan berkata, "...Kalau ikut yang lepas, Nik Aziz tak pernah setuju.
Masa itu dia kata Umno tak boleh dipercayai, tapi kalau hasrat dia ikhlas, tujuan untuk kebaikan ummah, masyarakat Islam dan negara Malaysia kita tidak jadi masalah.."
Suka saya membuat sedikit penjelasan terhadap kekeliruan Muhyiddin tentang sikap Tuan Guru Nik Abdul Aziz selaku al-Mursyidul Am Pas.
Di dalam isu dialog dengan mana-mana pihak atas nama muzakarah, muqabalah mahupun mujadalah, YAB Tuan Guru sentiasa konsisten dengan komitmen bahawa pertemuan dialog harus dilakukan sentiasa bagi mencari penyelesaian.
Antaranya sukalah saya merujuk kepada kronologi berikut:
1. Kenyataan yang dikeluarkan oleh YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz pada 5 Februari 2011 yang antara lain menyatakan kesediaannya untuk berdialog dengan mana-mana pihak termasuk Majlis Fatwa Kebangsaan ekoran dakwaan yang menyatakan beliau mengeluarkan fatwa yang melanggar syarak. Antara lain beliau berkata, “Saya setuju benar orang berdialog dengan saya. Ini kerana ajaran Islam menggesa diadakan mujadalah sekiranya ada isu tertentu, dan ‘hendaklah kamu berdebat dengan mereka dengan cara terbaik.." Kenyataan ini boleh dirujuk di pautan berikut:

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=30703:belajar-kesan-ulama-mesir-yang-ditutup-mulutnya&catid=1:utama&Itemid=50 dan juga http://paspb2.blogspot.com/2011/02/hosni-mubarak-lama-dah-tutup-mulut.html

2. Pada 20 Ogos 2009, YAB Tuan Guru sebagaimana dilaporkan Bernama juga menyatakan kesediaannya untuk bersemuka dengan Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung isu-isu yang timbul ekoran kenyataan yang dikeluarkan olehnya. Laporan Bernama di pautan berikut boleh dirujuk:
http://bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=434567

3. Bahkan pada tahun 2008, YAB Tuan Guru juga menyatakan kesediannya untuk bermuqabalah (bersemuka) dengan mana-mana pihak yang tidak setuju dengan pelaksanaan undang-undang Islam. Ia boleh dirujuk melalui laporan BERNAMA di pautan:

http://www.bernama.com/bernama/state_news/bm/news.php?id=349406&cat=ut

Justeru, apabila Muhyiddin menyatakan bahawa YAB Tuan Guru tidak pernah setuju untuk bermuzakarah, ia menunjukkan kekeliruan di pihak Muhyiddin yang gagal membezakan antara muzakarah dengan penyatuan antara Pas-Umno. Di dalam isu penyatuan Pas-Umno, benar sekali YAB Tuan Guru konsisten menentang penyatuan ini yang dilihat hanyalah helah Umno untuk menyelamatkan diri dari lemas dalam pilihan raya. Kekeliruan Muhyiddin memahami perbezaan antara kedua-dua isu ini menyebabkan beliau mengeluarkan kenyataan bahawa YAB Tuan Guru tidak pernah setuju untuk bermuzakarah. Ia diperkuatkan lagi dengan kenyataan Muhyiddin sendiri yang menolak debat dengan pembangkang seperti yang dilaporkan di pautan berikut: http://malaysiakini.com/news/198296
Menolak debat dengan pembangkang namun dalam masa yang sama bersetuju dengan muzakarah bersama Pas membuktikan sedikit sebanyak silap faham Muhyiddin dalam isu ini. Sekalipun muzakarah dan debat berkemungkinan sedikit berbeza tetapi asasnya sama iaitu bertemu, berdialog dan berhujah. Apatah lagi jika muzakarah ditafsirkan sebagai penyatuan, ia lebih silap!
Hakikatnya, bukan YAB Tuan Guru yang mengemukakan pelawaan untuk bermuzakarah. Beliau hanya menjawab soalan wartawan selepas mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Kelantan pada 16 Mei 2012 yang lalu iaitu "Adakah Pas sedia bermuzakarah?" maka jawapan dari YAB Tuan Guru ialah, "Ya.."
Dipercayai soalan wartawan tersebut merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Tuan Guru Datuk Seri Presiden Pas yang memberikan respons ekoran kenyataan Mufti Perak yang menyatakan bahawa Pas telah terpesong daripada perjuangan Islam. Justeru, respons Tuan Guru Datuk Seri Presiden Pas ialah, "Pas bersedia membuka pintu dan bermuzakarah dengan semua badan bukan kerajaan (NGO) Islam termasuklah Umno..." (Rujuk : http://www.sinarharian.com.my/politik/pas-sedia-muzakarah-soal-islam-1.47630)
Kesimpulannya, pendirian YAB Tuan Guru al-Mursyidul Am Pas dalam isu muzakarah ialah jelas. Pintunya sentiasa terbuka untuk sesiapa sekalipun. Tetapi untuk berpadu dengan Umno bagi menyelamatkan Umno yang sedang terkapai-kapai, pohon maaf.


Halang pilihanraya bersih bagaikan demokrasi dinafikan
Posted on Sunday, May 20 @ 06:11:52 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

 Oleh: imamsurau

"Adakah pilihanraya umum yang bakal diadakan tidak lama lagi ini akan merupakan proses pemilihan yang adil dan saksama?

Ini adalah persoalan yang asyik diketengahkan oleh ramai pihak yang sememangnya telah mengetahui dan bimbang dengan gejala di mana pendatang asing akan diberikan kerakyatan bagi membolehkan mereka mengundi.


Kita telahpun mendengar dan menyaksikan beberapa siri bukti menggerikan yang menunjukkan adanya ribuan pengundi klon iaitu pengundi yang mempunyai lebih daripada dua tempat mengundi di dalam senarai daftar pemilih, para penduduk tetap (permanent residents – PR) yang dinaiktaraf dalam masa yang singkat dan diberikan hak mengundi, pengundi-pengundi hantu seperti mereka yang telah meninggal dunia dan yang tidak wujud sama sekali, tetapi nama-nama ini tetap wujud di dalam senarai daftar pemilih.

Disebabkan oleh kesemua bentuk permasalahan yang serius ini yang gagal ditangani oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sehingga pada hari ini, Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) menganjurkan Perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai 2011 yang lalu walaupun kerajaan BN dan pasukan keselamatannya berusaha untuk menyekat pergerakan mereka.

Perhimpunan Bersih 2.0 ini terpaksa dianjurkan akibat daripada kedegilan SPR yang enggan menerima dan duduk semeja dengan pihak Bersih bagi membincangkan masalah tersebut yang disifatkan telah menjadi semakin berleluasa. Justeru daripada itu, Bersih terpaksa berpaling ke perhimpunan di jalanan bagi menyatakan pendirian teguh mereka untuk memperjuangkan pilihanraya yang bersih dan adil.

Antara lapan tuntutan utama Bersh 2.0 pada masa itu adalah membersihkan senarai daftar pemilih, merombak semula undi pos, penggunaan dakwat kekal di dalam semua pilihanraya, membenarkan hari berkempen selama 21 hari, memastikan semua parti politik boleh menyalurkan maklumat kempen mereka secara bebas melalui media, memperkukuhkan institusi-institusi awam, menghentikan rasuah dan politik wang serta menghapuskan amalan politik yang jijik dan kotor.

Sejauh mana tuntutan pembaharuan ini akan diterima?
Ya, Bersih 2.0 telahpun mengemukakan lapan tuntutan mereka kepada kerajaan BN. Sejauh manakah tuntutan-tuntutan tersebut akan dipenuhi oleh kerajaan BN dan persoalan ini masih belum dijawab sehingga ke hari ini.
Sebagai makluman, beberapa tuntutan yang disenaraikan itu boleh dikatakan patut diterima dan dilaksanakan pada umumnya, sementara empat lagi tuntutan yang disasarkan terus pada SPR itu adalah di dalam bidang kuasanya dan boleh dilaksanakan dan tuntutan yang lain pula meliputi sektor-sektor yang lain seperti kerajaan, parti-parti politik dan pihak awam di mana proses ini sememangnya memerlukan lebih masa untuk dilaksanakan.
Selain itu, kita memerlukan sebuah kerajaan yang sensitif terhadap keperluan rakyat Malaysia bagi mengembalikan keyakinan rakyat terhadap beberapa institusi-institusi seperti polis, pejabat peguam negara, jabatan kehakiman, perkhidmatan awam, media massa dan usaha membenteras rasuah. Parti memerintah iaitu BN perlu peka dengan kesemua isu-isu tersebut dan jika sekiranya pilihanraya umum diadakan, maka kerajaan yang ada (BN) akan hanya berperanan sebagai sebuah kerajaan mengurus (caretaker government) dan oleh itu, perlu membuka saluran-saluran medianya kepada semua parti-parti politik, termasuk pembangkang bagi digunakan untuk berkempen.
Dalam soal memperkukuhkan institusi awam, SPR sendiri perlu menyedari bahawa merekalah yang perlu bekerja keras untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap badan pengelola pilihanraya itu. Bersih 2.0 telahpun berkali-kali menyuarakan gesaan mereka agar SPR menjalankan tanggungjawabnya dengan adil, saksama serta bebas daripada pengaruh atau kongkongan sesetengah pihak seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan. Yang mendukacitakan adalah sehingga pada hari ini, SPR masih menunjukkan sifat-sifatnya yang hanya tunduk kepada kehendak parti memerintah iaitu BN dan Umno.
SPR mendakwa bahawa mereka tidak mempunyai kuasa untuk bertindak terhadap mana-mana pihak, di mana tatacaranya adalah berpandukan kepada makluman daripada pejabat peguam negara, SPR bukanlah sebuah agensi penguatkuasa, politik kotor dan rasuah adalah di bawah kawalan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Dan sewaktu pilihanraya umum, kuasa yang ada pada SPR hanyalah untuk memastikan poster-poster dan panji-panji parti politik mengikut garis panduan yang ditetapkan sementara siri-siri ceramah adalah terletak di bawah bidang kuasa polis. Pendek kata, SPR mendakwa tidak mempunyai kuasa untuk bertindak terhadap apajua penyelewengan di dalam pilihanraya.
Akta Kesalahan Pilihanraya
Kata SPR, mereka tidak mempunyai kuasa yang menyeluruh bagi menyelia dan memastikan pilihanraya umum dijalankan mengikut undang-undang yang ditetapkan. Kenapa pula SPR mendakwa dirinya tidak mempunyai kuasa untuk berbuat demikian?
Bagaimana pula dengan Akta Kesalahan Pilihanraya? Hakikatnya, kewujudan akta tersebut sememangnya memberikan SPR kuasa untuk bertindak terhadap sebarang kesalahan dan penyelewengan yang dilakukan sewaktu pilihanraya umum. Kuasa-kuasa tersebut termasuk menyelia dan memantau kegiatan-kegiatan calon pilihanraya bagi memastikan mereka yang bertanding ini mengikut undang-undang yang telah ditetapkan. Penguatkuasaan tersebut termasuk membenteras rasuah, ancaman dan pengaruh-pengaruh yang bertentangan dengan etika pilihanraya.
Adalah benar bahawa SPR sememangnya tidak mempunyai kuasa untuk mendakwa, tetapi mereka adalah bertanggungjawab untuk melaporkan segala bentuk kesalahan yang dapat dikesannya sewaktu pilihanraya umum.
Kes yang paling jelas sekali berlaku pada pilihanraya kecil kawasan parlimen Sibu tahun lalu di mana perdana menteri dan presiden Umno Najib Razak cuba memujuk pengundi di Rejang Park di Sibu dengan menyebut “saya tolong kamu, kamu tolong saya”, “kamu semua mahukan RM5 juta? Saya mahukan Robert Lau (calon BN pada masa itu) menang dan jika kamu mengundi Robert Lau pada Ahad ini, pada hari Isnin juga, saya akan meminta cek (RM5 juta) itu disediakan”. Apa yang berlaku adalah para pengundi memutus untuk tidak mengundi Robert Lau pada keesokan hari.
Satu lagi kes juga dilaporkan di Sarawak sewaktu pilihanraya negeri yang lalu, melibat calon BN bagi kerusi dewan undangan negeri Tamin yang telah memberikan tiga keping cek sejumlah RM10,000 kepada seorang ketua rumah panjang di kawasan tersebut. Apabila cek-cek tersebut dimasukkan ke bank, salah satu daripada cek tersebut ditolak atas alasan kekurangan dana di akaun si pemberi itu. Ketua rumah panjang itu lantas mengadu dan kemudiannya mendedahkan bahawa wang tersebut diberikan kepadanya dan para penghuni rumah panjang pimpinannya sebagai habuan untuk mengundi BN pada pilihanraya tersebut.
Rasuah dan pembelian undi adalah merupakan kesalahan pilihanraya dan yang mendukacitanya adalah SPR langsung tidak mengambil langkah-langkah proaktif dengan bertindak terhadap ahli-ahli politik yang melakukan perbuatan terkutuk itu, sekalipun telah terdapat undang-undang yang boleh menangani gejala tersebut. Menurut timbalan pengerusi SPR Wan Ahmad Wan Omar baru-baru ini, yang menyebut “kita tidak pernah mendakwa sesiapa pun di mahkamah”.
Apakah peranan SPR sebenarnya dan di manakah halatujunya?
Dalam keadaan seperti yang dijelaskan, kita telah melihat dan dapat menggambarkan dengan jelas yang SPR ini hanya berperanan seolah-olah seperti sebuah syarikat pengurusan acara di mana majikannya ialah kerajaan BN sekarang. Ia sentiasa mematuhi segala arahan yang dikeluarkan oleh majikannya itu.
Berdasarkan keadaan tersebut, bagaimana SPR boleh menjadi sebuah badan pengelola pilihanraya yang bebas dan adil? Mustahil, bukan?
Sepatutnya pada tahun 2008, sebelum pilihanraya umu ke-12 diadakan pada masa itu, SPR telahpun memutuskan untuk menggunakan dakwat kekal dan telah membeli bekalan dakwat tersebut dengan begitu banyak dari negara India sebagai persediaan. Akan tetapi, secara tiba-tiba, penggunaan dakwat kekal tersebut dibatalkan oleh Wan Ahmad atas alasan ianya diarah oleh pejabat peguam negara dan laporan polis telah dibuat bagi menyiasat kemungkinan terdapat elemen sabotaj dalam penggunaan dakwat tersebut.
Namum, sehingga ke hari ini, laporan polis itu terus menjadi misteri yang tidak ada penghujungnya dan pihak polis seolah-olah telah lupa akan kes tersebut. Pelik betul!
Penggunaan dakwat kekal itu adalah murah dan memadai, dan ianya telahpun digunakan dengan jayanya oleh beberapa buah negara termasuk India, sebuah negara demokrasi yang terbesar. Menurut Wan Ahmad lagi, para pengundi boleh juga dipaksa untuk disapukan dakwat kekal tersebut bagi menghalang mereka daripada mengundi. Ya, ianya memang boleh berlaku, tetapi sekiranya ia berlaku, mangsa-mangsa yang terlibat hendaklah membuat laporan polis. Ini bukan alasan yang kukuh untuk membatalkan penggunaan dakwat kekal itu pada saat-saat akhir. Hanya alasan remeh yang cuba melengah-lengahkan usaha tersebut.
Dan sekarang SPR bercadang menggunakan sistem biometrik untuk mengenal pasti setiap pengundi bagi menghalang gejala pengundi hantu daripada berlaku. Langkah tersebut dilihat melibatkan kos yang begitu besar sekali. Bolehkah sistem ini berjaya sebenarnya?
Kita lihatlah pengalaman Jabatan Imigresen Malaysia yang juga telah menggunakan sistem tersebut dan apa yang berlaku. Sistem tersebut didapati tidak dapat mengenal pasti dengan jelas siapakah pendatang tanpa izin dan sebaliknya. Apakah yang akan berlaku jika sekiranya sistem tersebut gagal berfungsi dengan sempurna di hari pilihanraya umum itu diadakan? Sudah tentu ramai pengundi akan menjadi mangsa dan tidak dapat menunaikan hak mereka pada hari itu.
Selain daripada itu, sistem biometrik ini juga tidak dapat menjamin yang seseorang itu tidak akan mengundi lebih daripada sekali.
Perkara pokok yang perlu diberikan perhatian yang serius oleh SPR, seperti yang diketengahkan oleh pengerusi bersama Bersih 3.0 Datuk S.Ambiga adalah senarai daftar pemilih perlu dikemaskinikan dengan segera. Cadangan Datuk Ambiga adalah, agar sebuah jawatankuasa khas dibentuk dan diberikan tempoh selama tiga bulan untuk menyelesaikan masalah tersebut dan mengemukakan langkah-langkah perlu untuk memperbaiki keadaan tersebut. Kenapa SPR tidak menyahut cadangan itu? Kerana terlalu ego dan takut dengan kerajaan BN itu?
Masalah yang paling besar di sini adalah mereka-mereka yang menjadi persuruhjaya di dalam lembaga pengurusan SPR kebanyakan terdiri daripada kalangan pegawai-pegawai kanan kerajaan yang telah bersara. Dan mereka ini telahpun biasa dengan adat mematuhi arahan dan menurut perintah daripada kerajaan. Yang lebih memburukkan lagi keadaan adalah pengerusi dan timbalan pengerusi SPR adalah ahli Umno selama ini.
Jadi, dengan keadaan ini, bolehkah rakyat mempercayai yang SPR ini adalah sebuah badan bebas, adil dan berintegriti? Dapatkah SPR ini membersihkan senarai daftar pemilih dengan segera sebelum pilihanraya umum yang akan datang?
Selain dari itu, isu-isu lain yang perlu diberikan perhatian serius adalah masalah ketelusan undi pos dan jumlah hari berkempen kerana SPR sehingga pada hari ini masih gagal memberikan sebarang jawapan yang memuaskan hati rakyat jelata.
Memang tidak dapat dinafikan, bahawa himpunan-himpunan serta usaha Bersih 2.0 dan Bersih 3.0 telah membangkitkan kesedaran umum mengenai masalah tersebut. Rakyat telah juga melihat dengan mata mereka sendiri yang SPR masih berdegil dan enggan melaksanakan pembaharuan tersebut.
Jika sekiranya pembaharuan tersebut tidak dilaksanakan dengan segera, adalah dibimbangi lebih banyak penipuan dan penyelewengan mungkin akan berlaku dan pada suatu hari nanti Malaysia mungkin juga akan mendapat sebuah kerajaan tidak sepatutnya mendapat “mandat” untuk memerintah.
Wan Ahmad mempersoalkan kita semua, “apa lagi yang kamu nak?” Senang aje, berambuslah dari bumi ini dengan segera!

Ahmad Fadhli Shaari, Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan

Faizal, cakap jangan ikut sedap mulut !
Posted on Sunday, May 20 @ 06:17:57 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: ibumoden

"

Telah dilaporkan dalam akhbar Berita Harian Sabtu 19 Mei 2012 suatu berita bertajuk “KITA cabar Anwar saman Perlembagaan“. Laporan itu kononnya memetik kenyataan seorang lelaki yang bernama Mohd Faizal Jaafar. Laporan berita itu menamakan lelaki berkenaan sebagai Ketua Pemuda Parti KITA.


Jika ada sesiapa yang mengambil tindakan undang-undang terhadap berita tersebut, sama ada kerana fitnah atau sebagainya, maka Mohd Faizal-lah lelaki yang secara peribadi bertanggungjawab lantaran kenyataan celupar yang beliau buat itu. Ini kerana kenyataan beliau itu tidak boleh dikaitakan dengan Parti KITA kerana beliau tidak memperoleh kebenaran daripada Parti.
Lagipun, Parti KITA tidak memberi kebenaran kepada beliau untuk membuat kenyataan tersebut kerana beliau bukan Ketua Pemuda Parti KITA seperti yang dilaporkan oleh akhbar berkenaan. Beliau tidak lebih daripada “pecacai” Zamil Ibrahim, bekas ahli Parti KITA Negeri Kedah yang telah dipecat keahliannya pada Februari 2012.
Tidak seperti sesetengah parti politik lain, Parti KITA tidak mempunyai sayap Pemuda atau Wanita dalam struktur organisasinya. Yang paling dikesali adalah: akhbar-akhbar arus perdana masih terus-menerus memberikan ruangan kepada mereka asalkan mereka sanggup menghentam keperibadian Anwar Ibrahim dan pimpinan Pakatan Rakyat.
Akbhar-akhbar arus perdana itu tidak langsung berminat untuk menghubungi Pejabat Parti untuk mendapatkan berita sebaliknya akhbar-akhbar itu terutamanya Utusan Malaysia, Berita Harian dan TV3, amat gemar dengan Zamil dan pecacainya. Ini tidak menghairankan kerana akhbar-akhbar itu adalah alat propaganda. 
“Skizofrenik” seperti Zamil Ibrahim dan “pecacai” seperti Mohd Faizal Jaafar dan konco-konconya pula tidak segan silu menggunakan Parti KITA untuk tujuan mencapai matlamat jahat mereka. Sepatutnya mereka bersikap gentleman dengan memberitahu akhbar-akhbar berkenaan bahawa mereka tidak ada kaitan atau tidak diberi kebenaran untuk menggunakan platform Parti KITA. Namun, dengan sebab sifat mereka yang "skizofrenik" dan "pecacai", mereka tidak berbuat demikian.
Mereka tidak boleh menggunakan Parti KITA sebagai platform mereka, lainlah kalau mereka mempunyai sumber kewangan yang berlebihan untuk dibazirkan untuk berdepan dengan tindakan undang-undang yang bakal diambil terhadap mereka oleh Parti KITA.
Sebelum ini Jawatankuasa Disiplin telah menghantar surat tunjuk sebab kepada Faizal kerana membuat kenyataan akhbar tanpa kebenaran Ketua Parti. Beliau juga turut dilarang membuat kenyataan akhbar seterusnya sementara menunggu prosiding disiplin selesai.
Tetapi sebagai manifestasi sifatnya yang sememangnya tidak berdisiplin, beliau terus membuat kenyataan akhbar di dalam Berita Harian 19 Mei 2012 (Sabtu) bertajuk “KITA cabar Anwar saman Perlembagaan“.
Hakikatnya, Parti KITA tidak pernah mencabar sesiapa termasuk DS Anwar Ibrahim untuk menyaman Dewan Rakyat dan Perlembagaan Negara. Justeru Parti KITA tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap kenyataan-kenyataan Zamil Ibrahim, Faizal Jaafar dan konco-konconya (termasuk ejen, pekerja, orang suruhan, orang upahan atau pecacai mereka) ! Mereka tidak boleh cakap ikut sedap mulut!
Sekretariat Pusat Parti KITA 
Partikita.com

  Ni!!

Oleh ALBA

Kalau orang UMNO yang solat dan puasa tak reti lagi dengar ceramah ni baik jadi 'lembu"... buka saya kata!





Interviewed by Zunar Cartoonist
kamagong.org

Tiada ulasan: