Semua ibu tolak bahasa, tindakan ganas
Harakahdaily, | 12 Mei 2012 |
KUALA LUMPUR, 12 Mei:
“Semua rakyat Malaysia harus dianggap sebagai anak kita dengan
mengamalkan kasih sayang dan menolak kebencian untuk membina negara
Malaysia yang memartabatkan semua,” kata Lim Guan Eng.
Tambahnya, terdapat kebimbangan bahawa institusi awam sama ada terlibat atau membiarkan keganasan oleh pertubuhan-pertubuhan perkauman dan ekstremis seperti Perkasa.
Justeru, ujarnya semua ibu menolak bahasa dan tindakan ganas.
Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata, jalan untuk mengelak keganasan adalah dengan mengamalkan kesayangan dan menubuhkan masyarakat madani.
Menurutna, masyarakat madani adalah “masyarakat yang dikongsi” dan akan membolehkan rakyat Malaysia untuk menjadikan kepelbagaian sebagai kuasa positif untuk kesaksamaan peluang dan keadilan sosial.
Beliau menambah, ‘masyarakat yang dikongsi’ terdiri daripada empat elemen – penyertaan demokratik dalam proses membuat keputusan, menghormati kepelbagaian dan martabat individu, peluang saksama serta larangan diskriminasi.
“Kita harus berdiri bersama untuk membanteras korupsi dan salah guna kuasa kerana hanya kejayaan ini akan membina kepercayaan dan membolehkan kemajuan dan pembangunan rakyat,” ujarnya sempena Hari Ibu.
Katanya, hanya dengan itu boleh rakyat hidup dengan martabat.
“Anak-anak kita mempunyai hak yang tidak terpisah untuk hidup dengan martabat dalam suasana yang bersih, hijau, selamat dan sihat,” katanya lagi.

Himpunan Umno tak boleh saingi Bersih 3.0
Mohd Sabri Said, | 12 Mei 2012 |
KEPALA BATAS, 12 Mei: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar)
berpendapat perhimpunan sempena Ulang tahun ke-66 Umno di Stadium Bukit
Jalil malam tadi tidak boleh menyaingi perhimpunan Menuntut Pilihanraya
Bersih dan Adil (Bersih) 3.0 pada 28 April lalu.
Ini, katanya kerana peserta Bersih 3.0 datang dengan hati yang ikhlas
supaya Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) bertindak adil
menguruskan sistem pilihan raya berbanding Umno diangkut secara percuma
dengan sedikit habuan.
Katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak boleh sama sekali mengukur kedatangan orang ramai ke sambutan ulang tahun Umno itu sebagai bukti maruahnya telah pulih dan kembali mendapat sokongan rakyat jelata,
"Perhimpunan yang datang dari hati yang suci semata-mata inginkan pilihan raya bersih jauh dari perbuatan yang kotor tidak sama dengan ulang tahun Umno ke 66 di mana kedatangan mereka dari kalangan ahli Umno dan penyokong tegar yang diupah serta diangkut dari pelosok negara," jelasnya mengulas ucapan Najib semalam yang yakin Umno sudah mendapat sokongan dengan manusia membanjiri stadium berkenaan.
Katanya, peserta Bersih 1.0, 2.0 atau pun 3.0 baru-baru ini bukan diundang dengan habuan atau kenderaan percuma tetapi kedatangan mereka disebabkan mahukan Kerajaan Barisan Nasional (BN) dan SPR mempertimbangkan saranan Bersih agar pilihanraya di Malaysia berjalan dengan baik.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena yakin Umno sukar dipulihkan kerana kepimpinanya terlalu sinonim dengan rasuah dan mengabaikan rakyat bawahan yang mengharapkan simpati.
Keadaan bertambah parah kata Mahfuz, apabila pasukan polis bertindak kejam terhadap peserta Bersih 3.0 sekaligus mencalarkan maruah dan kepercayaan orang ramai terhadap polis.
Justeru itu, ujarnya Najib terpaksa menggunakan bekas perdana menteri dan dua bekas Ketua Polis Negara sebagai talian hayat menjelang pilihan raya umum ke 13 apabila di samping menubuhkan panel penasihat bebas.
"Gunalah siapa pun rakyat kini sudah bijak menilai, ukan macam rakyat 1970-an, 1980-an atau 1990-an yang rela angguk setiap kali pilihan raya," ujarnya.
(Sebahagian dari warga asing yang bekerja tanpa permit ditahan oleh Imigresen Johor)
JOHOR BAHRU: Seramai 14 warga asing ditahan Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Johor dalam serbuan Ops 6P di sebuah pasar raya di sekitar kawasan Pandan, semalam.
Timbalan Penolong Pengarah Jabatan Imigresen negeri, Mohamad Nasir Abas berkata, serbuan disertai 20 anggota dan pegawainya itu memeriksa 25 warga asing yang bekerja di pasar raya terbabit.
Menurutnya, seramai 14 warga asing terdiri daripada rakyat Indonesia dan Bangladesh, berusia antara 21 hinggs 45 tahun ditahan dalam operasi berkenaan.
Menurutnya, kehadiran anggota yang berpakaian preman tidak disedari warga asing ini.
Warga asing ini ditahan berdasarkan loghat suara ketika sedang menarik perhatian orang ramai untuk membeli ikan dan ayam di premis yang mereka kerja.
Apabila serbuan dibuat, ada pekerja asing yang cuba melarikan diri dan bersembunyi di bawah rak sayur.
Kesemua warga asing ditahan berikutan lokasi pasar raya ini sudah dikepung terlebih dahulu.
Mohamad Nasir berkata, warga asing yang ditahan disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) kerana tidak memiliki pasport atau dokumen perjalanan sah ke negara ini.
Mereka juga ditahan di bawah Peraturan 39B Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana kesalahan menyalahguna pas lawatan dimiliki.
Kesemua warga asing terbabit juga disiasat di bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 dan Akta Pasport 1960, katanya.
Kesemua yang ditahan dibawa komplek Setia Tropika untuk dokumentasi sebelum di hantar ke Depoh Tahanan Imigresen Pekan Nenas, Pontian.
SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi Shah Alam diberitahu, pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Marzuki Hussin adalah ahli Umno.
Ketika ditanya peguam Zulhazmi Shariff yang mewakili pemimpin PAS dan Harakah dalam perbicaraan di Mahkamah Tinggi semalam, Marzuki mengaku beliau adalah ahli Umno.
Umno Selangor melalui Setiausaha Perhubungannya, Ir Datuk Seri Mohd Zin bin Mohamed menyaman Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, timbalannya Haji Mohamad Sabu, Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali, Ketua Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman, wartawan Harakah, Khairul Azlan Mohamad serta pencetak Harakah, Angkatan Edaran.
Bagaimanapun nama Abdul Hadi dan Mohamad Sabu telah ditolak oleh mahkamah dari menjadi defendan.
Umno Selangor menuntut gantirugi RM10 juta atas dakwaan akhbar Harakah memfitnah Umno Selangor di dalam satu artikel bertajuk 'PAS akan dedah bukti Umno main peranan operasi Jais'.
Dalam laporan itu, Mustafa selaku Setiausaha Agung PAS mendakwa beliau mendapat maklumat, serbuan ke atas gereja itu didalangi oleh Umno.
Ketika ditanya peguam Asmuni Awi pula, adakah Marzuki tahu berhubung dengan serbuan yang dibuat Pegawai Jais ke atas gereja DUMC, Marzuki berkata beliau tidak mengetahui langsung dengan serbuan tersebut sehinggalah satu laporan dikemukakan oleh Ketua Penolong Pangarah Penguatkuasa kepadanya.
Menurutnya lagi, siasatan bagi kes tersebut telah dilakukan selama tujuh bulan, namun siasatan itu dilakukan oleh Bahagian RnD dan seterusnya dirujuk kepada bahagian penguatkuasaan tanpa perlu mendapat kebenaran Pengarah Jais mahupun exco berkaitan agama Islam Kerajaan Negeri untuk melakukan serbuan.
Sementara itu, ketika ditanya oleh peguam Dr Zulqarnain Lukman berhubung hasrat Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali yang mewakili PAS ingin bertemu dengan Jais, Marzuki memberitahu beliau sedia maklum perkara tersebut.
Jelasnya perkara itu telah dirujuk kepada bekas exco Datuk Dr Hasan Mohamed Ali dan Dr Hasan perlu bertindak memaklumkan kepada Mustafa berkenaan dengan pertemuan yang dicadangkan dan perkara itu tidak dimaklumkan kepada Mustafa.
Pada sesi pagi, Mahkamah hanya mendengar keterangan dari Marzuki dan bersambung semula pada sebelah petang.
Turut hadir pada sesi pagi adalah Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.
Datuk Ahmad Zaki Husin bertindak sebagai hakim dalam kes ini.
Perbicaraan akan disambung lagi pada 14 dan 15 Jun bagi mendengar keterangan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan juga Angkatan Edaran Enterprise Sdn Bhd selaku pencetak.
Katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak boleh sama sekali mengukur kedatangan orang ramai ke sambutan ulang tahun Umno itu sebagai bukti maruahnya telah pulih dan kembali mendapat sokongan rakyat jelata,
"Perhimpunan yang datang dari hati yang suci semata-mata inginkan pilihan raya bersih jauh dari perbuatan yang kotor tidak sama dengan ulang tahun Umno ke 66 di mana kedatangan mereka dari kalangan ahli Umno dan penyokong tegar yang diupah serta diangkut dari pelosok negara," jelasnya mengulas ucapan Najib semalam yang yakin Umno sudah mendapat sokongan dengan manusia membanjiri stadium berkenaan.
Katanya, peserta Bersih 1.0, 2.0 atau pun 3.0 baru-baru ini bukan diundang dengan habuan atau kenderaan percuma tetapi kedatangan mereka disebabkan mahukan Kerajaan Barisan Nasional (BN) dan SPR mempertimbangkan saranan Bersih agar pilihanraya di Malaysia berjalan dengan baik.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena yakin Umno sukar dipulihkan kerana kepimpinanya terlalu sinonim dengan rasuah dan mengabaikan rakyat bawahan yang mengharapkan simpati.
Keadaan bertambah parah kata Mahfuz, apabila pasukan polis bertindak kejam terhadap peserta Bersih 3.0 sekaligus mencalarkan maruah dan kepercayaan orang ramai terhadap polis.
Justeru itu, ujarnya Najib terpaksa menggunakan bekas perdana menteri dan dua bekas Ketua Polis Negara sebagai talian hayat menjelang pilihan raya umum ke 13 apabila di samping menubuhkan panel penasihat bebas.
"Gunalah siapa pun rakyat kini sudah bijak menilai, ukan macam rakyat 1970-an, 1980-an atau 1990-an yang rela angguk setiap kali pilihan raya," ujarnya.
Imigresen tahan 14 warga asing kerja di pasar
Harakahdaily, | 12 Mei 2012 |
JOHOR BAHRU: Seramai 14 warga asing ditahan Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Johor dalam serbuan Ops 6P di sebuah pasar raya di sekitar kawasan Pandan, semalam.
Timbalan Penolong Pengarah Jabatan Imigresen negeri, Mohamad Nasir Abas berkata, serbuan disertai 20 anggota dan pegawainya itu memeriksa 25 warga asing yang bekerja di pasar raya terbabit.
Menurutnya, seramai 14 warga asing terdiri daripada rakyat Indonesia dan Bangladesh, berusia antara 21 hinggs 45 tahun ditahan dalam operasi berkenaan.
Menurutnya, kehadiran anggota yang berpakaian preman tidak disedari warga asing ini.
Warga asing ini ditahan berdasarkan loghat suara ketika sedang menarik perhatian orang ramai untuk membeli ikan dan ayam di premis yang mereka kerja.
Apabila serbuan dibuat, ada pekerja asing yang cuba melarikan diri dan bersembunyi di bawah rak sayur.
Kesemua warga asing ditahan berikutan lokasi pasar raya ini sudah dikepung terlebih dahulu.
Mohamad Nasir berkata, warga asing yang ditahan disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) kerana tidak memiliki pasport atau dokumen perjalanan sah ke negara ini.
Mereka juga ditahan di bawah Peraturan 39B Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana kesalahan menyalahguna pas lawatan dimiliki.
Kesemua warga asing terbabit juga disiasat di bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 dan Akta Pasport 1960, katanya.
Kesemua yang ditahan dibawa komplek Setia Tropika untuk dokumentasi sebelum di hantar ke Depoh Tahanan Imigresen Pekan Nenas, Pontian.
Pengarah Jais mengaku ahli Umno
Muhammad Faizal, | 12 Mei 2012 |
Ketika ditanya peguam Zulhazmi Shariff yang mewakili pemimpin PAS dan Harakah dalam perbicaraan di Mahkamah Tinggi semalam, Marzuki mengaku beliau adalah ahli Umno.
Umno Selangor melalui Setiausaha Perhubungannya, Ir Datuk Seri Mohd Zin bin Mohamed menyaman Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, timbalannya Haji Mohamad Sabu, Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali, Ketua Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman, wartawan Harakah, Khairul Azlan Mohamad serta pencetak Harakah, Angkatan Edaran.
Bagaimanapun nama Abdul Hadi dan Mohamad Sabu telah ditolak oleh mahkamah dari menjadi defendan.
Umno Selangor menuntut gantirugi RM10 juta atas dakwaan akhbar Harakah memfitnah Umno Selangor di dalam satu artikel bertajuk 'PAS akan dedah bukti Umno main peranan operasi Jais'.
Dalam laporan itu, Mustafa selaku Setiausaha Agung PAS mendakwa beliau mendapat maklumat, serbuan ke atas gereja itu didalangi oleh Umno.
Ketika ditanya peguam Asmuni Awi pula, adakah Marzuki tahu berhubung dengan serbuan yang dibuat Pegawai Jais ke atas gereja DUMC, Marzuki berkata beliau tidak mengetahui langsung dengan serbuan tersebut sehinggalah satu laporan dikemukakan oleh Ketua Penolong Pangarah Penguatkuasa kepadanya.
Menurutnya lagi, siasatan bagi kes tersebut telah dilakukan selama tujuh bulan, namun siasatan itu dilakukan oleh Bahagian RnD dan seterusnya dirujuk kepada bahagian penguatkuasaan tanpa perlu mendapat kebenaran Pengarah Jais mahupun exco berkaitan agama Islam Kerajaan Negeri untuk melakukan serbuan.
Sementara itu, ketika ditanya oleh peguam Dr Zulqarnain Lukman berhubung hasrat Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali yang mewakili PAS ingin bertemu dengan Jais, Marzuki memberitahu beliau sedia maklum perkara tersebut.
Jelasnya perkara itu telah dirujuk kepada bekas exco Datuk Dr Hasan Mohamed Ali dan Dr Hasan perlu bertindak memaklumkan kepada Mustafa berkenaan dengan pertemuan yang dicadangkan dan perkara itu tidak dimaklumkan kepada Mustafa.
Pada sesi pagi, Mahkamah hanya mendengar keterangan dari Marzuki dan bersambung semula pada sebelah petang.
Turut hadir pada sesi pagi adalah Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.
Datuk Ahmad Zaki Husin bertindak sebagai hakim dalam kes ini.
Perbicaraan akan disambung lagi pada 14 dan 15 Jun bagi mendengar keterangan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan juga Angkatan Edaran Enterprise Sdn Bhd selaku pencetak.
PAS minta terima kajian secara positif
Harakahdaily, | 12 Mei 2012 |
KUALA LUMPUR: PAS meminta semua organisasi di bawahnya menerima sebarang kajian yang dibuat oleh pelbagai pihak secara yang positif.
Naib Presidennya, Salahudin Ayub (gambar) berkata, walaupun kajian itu tidak memihak kepada PAS, ia hendaklah diterima dengan positif.
"Mari kita jadikan kajian ini sebagai maklumat kepada kita untuk memperkukuhkan jentera kita bagi memastikan kita benar-benar berjaya dalam pilihan raya umum akan datang.
"Mungkin kajian mereka kurang tepat tetapi boleh jadi ianya benar. Jadi kita terimalah sebagai maklumat dan kita bertindak berdasarkan maklumat itu untuk benar-benar memenangkan kita," katanya ketika menghubungi Harakahdaily.
Salahudin tidak berapa senang dengan tindakan beberapa sikap dan kenyataan pemimpin PAS yang bersikap mempertikaikan sebarang kajian yang dibuat oleh pihak lain seolah-olah PAS sentiasa betul.
Dua hari lepas, Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) menyebarkan hasil kajian terbaru mereka terhadap persepsi rakyat terhadap pilihan raya umum ke 13 nanti.
Dalam kajian UMCEDEL itu, mereka menyatakan, BN mendahului sokongan rakyat negara ini dalam pilihan raya umum akan datang.
Namun, kajian mereka menunjukkan Pakatan akan terus menang di Kelantan, Selangor dan Kedah.
Kajian mereka turut mendapati Negeri Sembilan dan Perak akan kekal di tangan Barisan Nasional.
Ekoran itu, beberapa pemimpin PAS di kedua-dua negeri itu tidak bersetuju dengan kajian itu berdasarkan maklumat yang mereka perolehi di peringkar akar umbi mereka.
Bagi Salahudin, biarlah PAS kalah melalui kajian sekarang tetapi dalam pilihan raya umum nanti PAS bersama Pakatan Rakyat menang.
Beliau juga bimbang kalau-kalau sesetengah pimpinan PAS merasa syok sendiri dengan sokongan yang ada dan tidak bekerja kuat untuk memastikan PAS benar-benar mnenang dalam pilihan raya umum nanti.
BERITA BERKAITAN
PAS NS mahu UMCEDEL kaji semula perolehannya
Kajian BN menang di Perak: PAS ambil sikap positif
(Mustafa bersama para peguam yang mewakili PAS dan Harakah di Mahkamah Tinggi Shah Alam)
SHAH ALAM: Pegawai Jabatan Pendaftaran Negara memberitahu mahkamah, hanya penama yang dimasukkan dalam daftar pertubuhan sahaja yang berhak menyaman atau disaman oleh mana-mana pihak terhadap pertubuhan berkenaan.
Nor Hanis Mazlan, 27, Penolong Pendaftar Pertubuhan Malaysia berkata demikian kerika memberikan keterangan sebagai saksi defendan dalam kes saman Umno Selangor terhadap pemimpin PAS dan Harakah.
Umno Selangor melalui Setiausaha Perhubungannya, Ir Datuk Seri Mohd Zin bin Mohamed memfailkan writ saman ke atas Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, timbalannya Haji Mohamad Sabu, Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali, Ketua Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman, wartawan Harakah, Khairul Azlan Mohamad serta pencetak Harakah, Angkatan Edaran.
Mereka menuntut gantirugi RM10 juta atas dakwaan akhbar Harakah memfitnah Umno Selangor di dalam satu artikel bertajuk 'PAS akan dedah bukti Umno main peranan operasi Jais'.
Bagaimanapun nama Abdul Hadi dan Mohamad Sabu telah ditolak oleh mahkamah dari menjadi defendan.
Nor Hanis ketika menjawab pertanyaan Peguam Asmuni Awi berhubung dengan Datuk Abdul Rauf Jusof yang dilantik sebagai Penjawat Awam Umno pada Pendaftar Pertubuhan.
Mengikut peraturan, kata Nur Hanis, sepatutnya Abdul Rauf sahaja berhak mengemukakan saman.
Nor Hanis bersetuju bahawa hanya Abdul Rauf sahaja berhak untuk membuat saman atau pendakwaan atau didakwa di mahkamah, malah Abdul Rauf juga bertindak mewakili Umno di seluruh negara.
Perkara tersebut telah ditetapkan di dalam Seksyen 9C Akta Pertubuhan.
Nor Hanis bertugas sebagai pegawai yang menjaga Umno di Jabatan Pendaftaran Malaysia, malah beliau juga mempunyai kuasa untuk akses kesemua dokumen berkaitan dengan Umno dalam Pendaftar Pertubuhan.
Ketika ditanya, adakah nama Umno Selangor didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, beliau menjelaskan tidak pasti, namun nama yang didaftarkan adalah Cawangan Badan Perhubungan Negeri Selangor.
Perbicaraan kes saman Umno Selangor terhadap pemimpin PAS, Harakah dan juga pencetakan ditunda pada 14 dan 15 Jun bagi mendengar keterangan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan juga Angkatan Edaran Enterprise Sdn Bhd selaku pencetak.
Hakim, Datuk Ahmad Zaki Husin menetapkan tarikh tersebut setelah mendengar keterangan tiga orang saksi.
Mahkamah yang bersambung pada jam 3.15 petang tadi memanggil semula plantif iaitu Setiausaha Pehubungan Umno Negeri Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed bagi menyambung semula keterangan yang beliau berikan semalam.
Sementara itu, Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman juga turut dipanggil memberi keterangan berkaitan artikel tersebut.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali juga turut hadir pada perbicaraan petang tadi.

Hanya Abdul Raof yang berhak menyaman
Muhammad Faizal, | 11 Mei 2012 |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan