Rabu, 23 Mei 2012

JANGAN BUAT SEMUA...DE KOS MELEPAS..JANGAN BUAT PERKARA MEMBAZIR...HUTANG KRONI2 JANGAN LUPUS BEGITU SAJE..

Khairy: Negara muflis jika ikut Buku Jingga
Wartawan Sinar Harian
23 Mei 2012
debat sinar terkini
Debat Sinar berkenaan isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
(PTPTN) antara Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Pengarah Strategi
PKR, Rafizi Ramli.
SHAH ALAM - Rancangan Buku Jingga yang diperkenalkan Pakatan Rakyat (PR) boleh menyebabkan negara muflis akibat daripada cara pengurusan wang negara yang tidak berhemah.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, ini memandang setiap perkiraan yang dilakukan PR tidak menggambarkan angka sebenar berbanding dengan apa yang berlaku khususnya dalam isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)

Menurutnya, ini dapat dilihat apabila banyak janji yang diperkatakan dalam Buku Jingga tidak ditunaikan oleh PR apabila dapat memerintah beberapa negeri.

“Ini dapat dilihat apabila mereka gagal untuk melupuskan yuran Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di bawah negeri yang diperintah oleh mereka, seperti mana yang dijanjikan bahawa akan menghapuskan yuran tersebut sekiranya mereka dapat kuasa memerintah.

“Malah cadangan mereka untuk menghapuskan hutang PTPTN juga adalah tidak wajar kerana kerajaan akan menanggung hutang negara,” katanya.

Khairy berkata, pembangkang harus mengetahui bahawa sebanyak 80 peratus yuran di IPTA ditanggung oleh kerajaan dan hanya 20 peratus ditanggung pelajar.

“Ia satu jumlah yang besar ditanggung oleh kerajaan, maka kita harus bersama untuk menunaikan tanggungjawab bagi membuat bayaran tersebut.

“Malah pembayaran yang dibuat pembayar digunakan kerajaan untuk pembangunan di kawasan luar bandar termasuk digunakan semula untuk pelajar baru memulakan pengajian,” katanya.

Khairy berkata, dengan pemansuhan PTPTN juga boleh menyebabkan beberapa Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) akan mengalami kerugian, ini kerana kos pengajian mereka lebih tinggi malah ditanggung sepenuhnya pelajar.


Daim Abdul Rahman's Photos
Sejarah & Biodata Rafizi Ramli 
(Pengarah Strategik PKR) yang berdebat bersama Khairy Jamaluddin (Ketua Pemuda Umno)
Lahir: 14 September 1977

Tempat Lahir: Besut, Terengganu

Membesar: di Kemaman dan Kuala Kangsar

LATAR BELAKANG PENDIDIKAN

Pendidikan awal @ Sekolah Rendah Sultan Ismail, Kemaman (1984 – 1989)

Kolej Melayu Kuala Kangsar (1990 – 1994)

Anugerah Carey/Bolkiah sebagai Pelajar Terbaik Keseluruhan


Pingat Emas Presiden Kesatuan Pelajar
Anugerah Pelajar Terbaik SPM 1994 (Fizik, Bahasa Melayu)
Anugerah Pelajar Terbaik SRP 1992
Johan Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri 1992 dan 1993 antara sekolah-sekolah berasrama penuh
Pembahas terbaik Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri 1992 dan 1993 antara sekolah-sekolah berasrama penuh
Johan Pertandingan Bahas Piala Sri Paduka Sultan Perak 1993
Presiden, Badan Revolusi Agama
Presiden, Pancaragam Tentera
Presiden, Persatuan Bahasa Melayu
Ketua Pengarang, The Malay College Magazine
Dianugerahkan biasiswa PETRONAS (Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik) dan ESSO (Geology) sebelum keputusan SPM diumumkan
Morrison’s Academy, Scotland (1995 – 1996)

Anugerah AD Kippen, Pelajar Terbaik Fizik A-Levels 1996
Anugerah John Knox, Pelajar Terbaik Kimia A-Levels 1996
Pengawas
Orkestra Morrison’s Academy
Leeds University (1996 – 1999)

Anugerah Arthur Crabtree 1997, Pelajar Terbaik Tahun Pertama Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik
Ijazah Kelas Pertama (Tahun Pertama dan Kedua)
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik
LATAR BELAKANG KERJAYA

Jeffreys Henry Chartered Accountants, London (1999 – 2003)

lulus semua peperiksaan akauntan bertauliah dengan Institute of Chartered Accountants in England & Wales (ICAEW) dalam masa 2 tahun
diterima sebagai ahli ICAEW pada 2003, selepas tamat tempoh minima latihan di firma perakaunan
diterima sebagai ahli Malaysian Institute of Accountants (MIA) pada 2003 apabila pulang ke Malaysia
PETRONAS/MTBE Malaysia Sdn Bhd (2003 – 2005)

Pengurus, Propane Dehydrogenation Plant
Pengurus termuda semasa dilantik
PETRONAS/Pejabat Naib Presiden, Urusniaga Petrokimia (2005 – 2007)

Pengurus Kanan (Perancangan Perniagaan, Operasi dan Teknologi Urusniaga Petrokimia)

Pengurus Kanan termuda semasa dilantik

Bertanggungjawab menguruskan kumpulan urusniaga petrokimia PETRONAS dengan aset melebihi RM30 bilion
PETRONAS/Petronas Carigali Sdn Bhd (2007 – 2009)

Pengurus Kanan (Perakaunan, Belanjawan dan Percukaian Antarabangsa)

Bertanggungjawab menguruskan hal ehwal kewangan 51 anak-anak syarikat PETRONAS Carigali yang terlibat dengan operasi huluan di peringkat antarabangsa, membabitkan belanjawan tahunan melebihi RM20 bilion
Pharmaniaga Berhad (2009)

Pengurus Besar
Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor (2009 – )

Ketua Eksekutif

dia juga salah seorang Bekas Presiden Pelajar Sedunia sewaktu di UK yang telah membatalkan Rancangan Tony Blair untuk mengenakan Yuran belajar sebanyak USD 1k setahun untuk setiap pelajar. Beliau amat dihormati di UK.

Rafizi lawan KJ, Najib yang tertekan

Zulkifli Sulong, 23 Mei 2012


(Debat Khairy dengan Rafizi malam tadi...tetapi Najib yang paling tertekan dengannya)

KUALA LUMPUR: Walaupun debat berlangsung antara Mohd Rafizi Ramli dengan Khairy Jamaludin namun yang paling tertekan dengan debat malam tadi adalah Datuk Seri Najib Razak.

Ini ekoran, kesimpulan yang dibuat oleh moderator debat itu, Dr Maszlee Malik yang mendesak debat diadakan pula antara Datuk Seri Najib dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dr Maszlee (gambar kanan) membuat kesimpulan itu di akhir debat dengan mendesak agar debat itu pula diadakan selepas debat semalam berjalan dengan baik dan penuh kematangan.

Anwar sejak sekian lama mengajak Najib berdebat namun pelbagai alasan diberikan oleh pimpinan BN dan Najib sendiri.

Debat antara Khairy dengan Rafizi semalam merupakan kali kedua berlangsung antara mereka.

Yang pertama kali dibuat di London di depan pelajar dan rakyat Malaysia di sana.

Debat malam tadi pula dianjurkan oleh akhbar Sinar Harian dengan  kerjasama Astro Awani yang membuat siaran langsung dalam medianya.

Bagi Dr Dzulkefly Ahmad, anggota Parlimen Kuala Selangor yang bersama-sama penonton untuk kedua-dua debat itu, Khairy lebih berjaya dalam pusingan pertama di London.

Namun malam tadi jelas Rafizi lebih berjaya dan mendapat sokongan umum ekoran pendekatan yang dibawanya.

"Saya berada di London ketika debat mereka. Saya mengaku ketika itu Khairy di depan. Tetapi malam tadi, hujjah Rafizi jauh lebih baik. Jadi 1-1 lah," kata Dr Dzul.

Ramai penonton debat malam tadi memberikan pujian kepada Rafizi kerana berjaya membawa hujjahnya dengan baik.

"Rafizi jauh lebih baik pada persepsi awam kerana Khairy terlalu defensif," kata salah seorang dari pengulas politik.

Bagi Astro Awani dalam berita mereka, debat semalam disifatkan pembukaan kepada sikap kematangan dalam politik negara.

Laporan sebegini memberikan tekanan yang lebih berat kepada Najib agar menerima cabaran berdebat dengan Anwar.

Tambahan lagi, kesimpulan yang dibuat oleh moderator malam tadi menyebabkan para penyokong Umno di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf benar-benar marah kepada kesimpulan Dr Maszlee itu.

Menurut penonton yang berada di dewan itu, sekumpulan penyokong Umno marah kepada pihak penganjur yang membenarkan Dr Maszlee menekan Najib sebegitu rupa.

 Debat PTPTN: Hujah Siapa Lebih Mantap??
Posted on Tuesday, May 22 @ 16:26:24 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh ALBA

Debat antara Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin, semalam agak menarik di tonton. Ikuti siri-sirinya pada keseluruhan paparan multimedia ini.


 

 

 

 
Gua sokong Najib, 76 kebaikan BN 1Malaysia tidak dapat disangkal pembangkang
Posted on Saturday, May 19 @ 07:00:15 PDT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: imamsurau

"Gua Sokong Najib Razak!! 76 Kebaikan Barisan Nasional Pada Rakyat 1malaysia yang tidak dapat di sangkal oleh PEMBANGKANG!!

Berikut hanyalah sebahagian kecil punca segala masalah yang melibatkan kehilangan wang dan harta negara sejak BN berkuasa lebih setengah abad yang lalu. Namun, jika dikumpul, ianya mencecah ratusan billion Ringgit wang milik Rakyat yang telah diselewengkan oleh kerajaan BN. gua sebagai anak muda malaysia sangat gembira dgn keupayaan kerajaan barisan nasional dalam meng'ekonomi'kan negara...

lu org semua boleh baca sampai muntah.. jgn malas membaca.. kah kah kah


1. Skandal PKFZ yang melibatkan duit Rakyat sebanyak RM12.7 billion.

Tun Dr Ling Liong Sik mengaku tidak bersalah di atas dua pendakwaan di bawah Seksyen 418 dan 417 Kanun Keseksaan atas tuduhan memperdayakan Jemaah Menteri berhubung projek bernilai RM12.7 bilionitu. Bekas Presiden MCA ini dituduh memperdayakan Jemaah Menteri untuk bersetuju meluluskan pembelian 999.5 ekar tanah milik koperasi nelayan Melayu di Pulau Indah pada harga RM25 satu kaki persegi dengan kadar faedah 7.5 peratus, iaitu nilai yang jauh lebih tinggi dari nilai sebenar di pasaran. Beliau juga mengeluarkan surat sokongan mengarahkan projek PKFZ ini diserahkan kepada syarikat Kuala Dimensi Sdn Bhd, milik Pengerusi Kelab Penyokong BN, Dato Seri Tiong King Sing.

2. Komisen pembelian kapal selam sebanyak RM500 juta.


  • Harga asal pembelian: €1.14 billion (RM4.52 billion)
  • Kos Senggaraan jangka panjang: €999.15 juta (RM3.964 billion) kepada Perimekar Sdn Bhd bagi kerja-kerja penyelenggaraan jangka panjang kapal selam itu pada tahun 2002.
Permohonan tambahan daripada Kementerian pertahanan pada Sidang Belanjawan 2011

  • RM417 juta untuk membiayai kontrak senggaraan (In Service Support) dua buah kapal selam Scorpene
  • RM56 juta untuk bayaran pendahuluan sewaan perkhidmatan Sistem Submarine Escape Rescue Intervention (SMER-1).
  • Sebelum ini, kerajaan sudah membayar €999.15 juta (RM3.964 billion) - Rujuk di atas.
3. Kerugian pembelian aset oleh Sime Darby RM1.6 billion.

  • Kerugian akibat lebihan kos berjumlah kira-kira RM1.6 bilion, membabitkan projek minyak dan gas Bulhanine dan Maydan Mahzam di Qatar serta projekhidroelektrik Bakun.
Pautan: Sime Darby kerugian RM1.6 bilion, CEO diarah bercuti

4. Menanggung kerugian (bailout) Konsortium Perkapalan Berhad milik Mirzan Mahathir sebanyak RM1.7 billion.

  • MISC (anak syarikat Petronas) telah diarahkan oleh Mahathir (PM ketika itu) untuk membeli aset Konsortium Perkapalan Berhad dengan pembiayaan sebanyakRM1.7 billion bertujuan menyelamatkan syarikat perkapalan milik anak beliau, Mirzan.
5. Kos senggaraan Paya Indah Wetland RM88 juta.

6. Kerugian Pos Malaysia (Transmile) RM5460 juta.


Pautan: Pos Malaysia Rugi RM546 Juta : Menteri Perlu Tanggungjawab

7. Perjanjian pembelian Eurocopter sebanyak RM1.67 billion.

  • Harga ditawarkan oleh Eurocopter Malaysia yang dipilih oleh kerajaan: RM1.67 billion
  • Harga Kelowna Flightcraft untuk helikopter alternatif: RM865 juta(Kerajaan dapat menjimatkan RM805 juta)
Pautan: Isu pembelian Eurocopter

8. Kos pembaikan bumbung Stadium Terengganu yang runtuh sebanyakRM292 juta.

9. Kos memperbaiki kerosakan MRR2 sebanyak RM70 juta

10. Akaun bil terlebih bayar Maybank sebanyak RM4 billion.

11. Tumbuk-rusuk (kickbacks) kepada Ng Yen Yen di Kementerian PelanconganRM10 juta.

12. Kos membeli tiga buah lukisan oleh MAS sebanyak RM1.5 juta.

13. Lebihan bayaran oleh Kementerian Belia dan Sukan sebanyak RM8.4 juta.

14. Perbelanjaan Kompleks Sukan gajah putih di London sebanyak RM70 juta.

15. Baikpulih bangunan MATRADE sebanyak RM120 juta.

16. Kos minyak dan senggaraan jet kegunaan PM sebanyak RM200 juta.

17. Hutang tidak dapat dituntut InventQ sebanyak RM228 juta.

18. Membayar gantirugi pembatalan Jambatan Bengkok sebanyak RM257 juta.

19. Kerugian dalam urusniaga penjualan Augusta sebanyak RM510 juta.

20. Nilai kehilangan pendapatan kerajaan daripada Approved Permit (AP)yang dikeluarkan bagi tempoh setahun sebanyakRM1.8 billion.

21. Senggaraan kapal-kapal selam KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Rzak (akan dijadikan artifak Muzium Negara) sebanyak RM4.1 billion.

22. Pembinaan dan senggaraan PSC Naval Dockyard Lumut sebanyak RM6.75 billion.

23. Dua skandal Bank Bumiputra pada wal 1980-an sebanyak US$1 billion dengan anggaran nilai kerugian pada 2008 sebanyak RM3.2 billion.

24. Kegagalan Maminco dalam percubaan menguasai pasaran timah dunia pada tahun 1980-an dipercayai mengakibatkan kerugian bernilai US$500 juta. (RM1.6 billion)

25. Bertaruh dalam niaga kewangan pasaran hadapan luar negara menyebabkan Bank Negara Malaysia kerugian RM30 billion pada tahun 1990-an.

26. Kerugian Perwaja Steel sebanyak US$800 juta (RM2.56 billion).

27. Menggunakan dana awam sebanyak RM10 billion dalam operasi Valuecap Sdn Bhd untuk melonjakkan nilai harga pasaran saham.

28. Skandal kewangan Bank Islam yang melibatkan kerugian RM700 juta.

29. Penjualan MV Augusta dengan harga €1 (1 Euro) mengakibatkan kerugian sebanyak €75.99 juta (RM348 juta) - sama seperti No. 18?

30. Kehilangan royalti Wang Ehsan Terengganu sebanyak RM7.4 billion(antara tahun 2004 – 2007)

31. Sejak penubuhan Petronas Philharmonic Orchestra selama lebih 10 tahun yang lalu, ia telah menelan perbelanjaan sebanyak RM500 juta denga RM1 juta setahun dibayar sebagai gaji dan imbuhan kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO).

32. Yuran Penasihat: Mahathir telah dibayar RM180,000, Shahrizat Abdul Jalil (Menteri Kemajuan Wanita) RM404,726 dan Abdul Hamid Othman (Agama)RM549,675 pada setiap tahun.

33. Kerajaan telah membelanjakan RM3.2 billion untuk pelaksanaan program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sepanjang lima tahun pertama pelaksanaannya. Daripada jumlah tersebut, kerajaan telah membayar RM2.21 billion untuk membeli pelbagai kelengkapan teknologi, maklumat dan komunikasi (ICT) namun tiada sebarang perincian perbelanjaan pernah ditunjukkan.


Kerajaan telah membayar RM6k bagi setiap komputer laptop/notebook yang dapat diperolehi di pasaran dengan harga di bawah RM3k. Beberapa konsortium telah ditubuhkan semata-mata untuk ‘mengendali secara atas-angin’ pengagihan segala peralatan dan perkakasan berkenaan. Kini, kebanyakan peralatan dan perkakasan telah menjadi milik anak guru-guru yang terlibat dengan PPSMI.


34. Komisen yang telah dibayar kepada dua buah syarikat persendirian yang mengendalikan pembelian kapal selam Scorpene iaitu Perimeker Sdn Bhd dan IMT Defence Sdn Bhd berjumlah RM910 juta. Ada kaitan dengan No. 2.

35. Kerajaan membuat bayaran RM300 juta sebagai ganti rugi yang dibayar kepada Gerbang Perdana kerana pembatalan pembinaan Jambatan Bengkok yang bernilai RM1.1 billion.

36. RM1.3 billion telah dibazirkan dengan pembinaan kemudahan kompleks gajah putih ‘Customs, Immigration and Quarantine’ (CIQ) apabila projek Jambatan Bengkok dibatalkan.

37. Membelanjakan RM100 juta untuk kerja-kerja baik-pulih dan kebocoran Bangunan Parlimen Malaysia.

38. Program Angkasawan Negara yang menelan belanja – RM40 juta

39. Dianggarkan sebanyak RM500 juta setahun dibelanjakan untuk Latihan Khidmat Negara

40. Menanggung kerugian Eye of Malaysia – RM30 juta dan RM5.7 juta dalam bentuk pemberian tiket percuma.

41. Menanggung kerugian sebanyak RM2.4 juta untuk pembelian dakwat kekal

42. Pada September 2006, Samy Velu mengumumkan bahawa kerajaan telah membayar ganti rugi berjumlah RM38.5 billion kepada 20 buah syarikat pengendali lebuhraya. Sembilan syarikat pengendali tol lebihraya menerima durian runtuh berjumlah RM380 juta daripada kenaikan kadar tol pada tahun 2008 sahaja.

43. Tumbuk-rusuk (kickbacks) sebanyak RM32 juta nilai eksport kayu balak oleh syarikat-syarikat yang berkaitan dengan Ketua Menteri Sarawak dan ahli keluarganya.

44. Dua kali menanggung kerugian (bailout) oleh Malaysia Airline System (MAS) yang berjumlah sebanyak RM7.9 billion. Pada ketika MAS berhadapan dengan kerugian pada saban tahun, sebanyak RM1.5 juta telah dibelanjakan untuk membeli TIGA buah lukisan untuk menghiasi pejabat pengerusi MAS, Munir Majid. (Berkaitan dengan No. 11)

45. Menanggung kerugian (bailout) Sistem Pengangkutan Putra sebanyakRM4.486 billion.

46. Menanggung kerugian (bailout) STAR-LRT sebanyak RM3.256 billion.

47. Menanggung kerugian (bailout) Sistem Pembetungan Kebangsaan bernilaiRM192.54 juta.

48. Menanggung kerugian (bailout) Lebuhraya Seremban-Port Dickson sebanyak RM142 juta.

49. Menanggung kerugian (bailout) Penjara Kuching bernilai RM135 juta.

50. Menanggung kerugian (bailout) Kajian Makanan dan Gunaan Orang Islam sebanyakRM8.3 juta.

51. Menanggung kerugian (bailout) Le Tour de Langkawi sebanyak RM3.5 juta.

52. Agihan secara borong ratusan juta saham di Bursa Malaysia dengan berselindung di bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB) kepada kroni, kaum keluarga, anak-anak para Menteri dan pemimpin BN yang bernilai berbillion-billion ringgit.

53. Pindah-milik puluhan ribu hektar tanah-tanah komersial dan konsesi pembalakan kepada anak-anak serta kaum keluarga para Menteri dan pemimpin BN yang bernilai berbillion-billion ringgit.

54. Kerugian Petronas sejak tahun 1997 apabila menandatangani perjanjian dengan ENAM PENAMA yang tidak didedahkan dalam dagangan hadapan petroleum negara dengan kadar harga murah untuk jangkamasa yang panjang. Apabila harga bahan petroleum meningkat, Petronas kekal menjual kepada ENAM penama ini pada harga murah yang telah dipersetujui.

Bagi menampung penggunaan bahan petroleum dalam negara, Petronas terpaksa membeli daripada pembekal luar dengan kadar semasa dan mengakibatkan Rakyat terpaksa menanggung kenaikan harga mengikut pergerakan harga minyak dunia. Sepatutnya, tanpa perjanjian dagangan hadapan, Petronas memperoleh keuntungan yang besar mengikut harga pasaran semasa. Dengan keuntungan ini, Petronas dapat berkongsi harga bahan petroleum yang murah untuk kegunaan Rakyat.

Dan manusia yang bertanggungjawab mengatur perjanjian dagangan hadapan yang merugikan Petronas dan Rakyat ini adalah merupakan manusia yang paling lantang bersuara sekarang ini - Mahathir Muhamad. Dan beliau ingin kekal menjadi penasihat Petronas hingga mati bagi melindungi identiti ENAM JAHANAM yang menghisap darah Rakyat melalui keuntungan Petronas.

55. RM5700 untuk membeli seunit jek kereta yang berharga RM50. (*)

56. Kenderaan milik kerajaan meneguk setangki petrol bernilai RM113 dalam tempoh beberapa minit. (*)

57. Platform tiang bendera berharga RM990 dibeli dengan harga RM30,000(*)

58. Thumb drive berharga RM90 dibeli dengan harga RM480 (*)

59. Kabinet simpanan barang berharga RM1,500 telah dibeli dengan hargaRM13,500 (*)

60. Pembelian seunit lampu suluh bernilai RM35 telah dibayar dengan hargaRM143. (*)

(*) - yang dinyatakan adalah sebutharga untuk SATU UNIT. Kerajaan membeli dalam bentuk pukal antara puluhan hingga ribuan unit item yang sama.


61. Perbelanjaan kempen 1Malaysia yang dibayar kepada APCO sebanyakRM76.8 juta.

62. Membayar subsidi RM17 billion kepada Penjana Tenaga Bebas (IPP)

63. Cincin berlian bernilai USD24 juta untuk Ro$mah --- kononnya pembelian telah dibatalkan – berapa pula jumlah ganti rugi yang terpaksa rakyat bayar?

64. Satu laman web 1pengguna bagi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dibina dan diselenggarakan dengan belanjaRM1.4 juta.

65. Projek e-mel 1Malaysia yang menelan belanja RM50 juta.

66. Menggunakan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Danaharta dan Khazanah untuk membeli saham-saham Timedotcom yang tidak laku – kerugian sebanyak RM3.3 billion.

67. Skandal Offshore Petrol Vehicle (PSC-NDSB) – rugi RM6.75 bilion

68. Rosmah sewa bilik hotel RM100,000 satu malam di Burj Al-Arab Dubai!!

69. Rosmah dan Najib sewa penthouse di Hotel Darling di Sydney pada kadarRM65,100untuk sehari semalam.

70. “Lawatan Sambil Belajar” ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh Rosmah and the Gang (FLOM @ First Lady of Malaysia) ditanggung kerajaan berjumlahRM134,317.76.

71. Memperuntukkan dana RM100 juta setahun untuk Rosmah berbelanja dalam projek peribadi ‘Permata Negara’nya.

72. Perbelanjaan oleh Rosmah untuk mengendalikan Sidang Kemuncak Wanita Pertama yang melibatkan 15 orang wanita isteri Ketua-ketua Negara yang majoritinya daripada negara-negara Afrika yang menelan belanja RM4.5 jutauntuk tempoh TIGA hari.


73. Kos ubah suai Seri Perdana sebanyak RM12.5 juta.


74. Bil elektrik kediaman rasmi PM dan TPM di Seri Perdana sebanyakRM160,000sebulan.

75. Insinerator di Broga, Semenyih, kerajaan BN yang di atas kebodohan mereka tidak mendengar keluhan rakyat, terpaksa membazirkan berbilion ringgit membatalkan projek tersebut. Insinerator yang seberat 1,500 tan dan menggunakan teknologi ‘fluidized bed gasification’ yang dikatakan terbesar di Asia ditaksirkan menelan belanja RM1.5 bilion (lebih kurang USD395 juta) untuk dibina dan RM200 juta (USD53 juta) bagi kos operasinya setiap tahun.

76 .gua dgn ini isytihar akan terus menyokong kepimpinan Najib Razak dan barisan nasional yang di pimpinnya, tanpa jasa mereka, negara tidak akanberhutang sebanyak rm 565 biliion ringgit, gua ucapkan tahniah.. kah kah kah
by @tiewnama on twitter

harakahdaily"



ZI yakin KDN tak haram buku Irshad Manji
ROBIATULADAWIYAH ABD RASHAD
23 Mei 2012
KUALA LUMPUR - ZI Publication Sdn Bhd percaya kerajaan tidak akan mengharamkan buku "Allah, Kebebasan dan Cinta" karya Irshad Manji yang menimbulkan kontroversi baru-baru ini.

Pengarahnya, Ezra Zaid mendakwa buku itu telah disalah erti banyak pihak sedangkan mereka belum membacanya.

"Pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan mufti pun belum baca buku ini. Saya tahu hal ini kerana ia baru dilancarkan.

"Sebagai seorang Muslim ada bahagian dalam buku itu yang saya tidak setuju. Namun, saya percaya penulis tiada niat menghina Islam," katanya.

Ezra berkata, sebelum menerbitkan sesebuah karya, beliau terlebih dahulu membaca isi kandungan dan latar belakang penulis tanpa prejudis.

Tambah beliau, karya Irshad pernah diterjemahkan dalam 15 bahasa dan itu bermaksud ia diterima umum di peringkat antarabangsa.

Ketika ditanya mengenai hasrat menjemput Irshad sekali lagi ke Malaysia, Ezra berkata, pihaknya tidak merancang untuk berbuat demikian.

Beliau memberitahu, setakat ini sebanyak 1,000 naskhah buku berkenaan telah dicetak.

Susulan kontroversi yang melanda, pengedaran buku itu agak perlahan dan ada kedai yang takut meneruskan penjualannya.

Sementara itu, bapanya Datuk Zaid Ibrahim berkata, buku Irshad tidak mendatangkan bahaya kepada umat Islam.

"Kenapa perlu diharamkan? Ia tidak berbahaya pun. Saya percaya KDN tidak akan berbuat demikian.

"Saya harap KDN juga berfikiran begitu," katanya, yang juga Presiden Kita, ketika ditemui selepas pelancaran bukunya yang bertajuk Ampun Tuanku.

Buku Ampuan Tuanku itu dijangka akan berada di pasaran pada Julai atau Ogos ini.

Bagaimanapun, sebanyak 1,000 naskkah edisi terhad telah diedar semasa pelancaran.

Buku hasil karya beliau itu dijangka bakal mencetuskan kontroversi susulan pandangan-pandangan beraninya dalam pentadbiran negara hari ini.

Ketika ditanya, Zaid memberitahu, usahanya menerbitkan buku itu bukan mahu mencetuskan kontroversi.

"Orang selalu kaitkan dengan kontroversi. Saya bukan mahukan publisiti tetapi mahu bawa perubahan dalam budaya politik tanah air," katanya.

Bahaya ancaman Islam liberal
Posted on Monday, May 21 @ 19:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: imamsurau

"Golongan Islam Liberal ini tidak menzahirkan diri mereka sebagai orang yang menolak agama, tetapi berselindung di sebalik gagasan mengkaji semula agama, mentafsir semula al-Quran, menilai semula syariat dan hukum-hukum fekah. Segala tafsiran yang dianggap lama dan kolot mengenai agama termasuk hal yang telah menjadi ijmak ulamak, termasuk tafsiran daripada Rasulullah s.a.w. dan sahabat serta ulamak mujtahid ditolak oleh mereka.

Pengaruh liberalisme yang telah terjadi dalam agama Yahudi dan Kristian mulai diikuti oleh sekumpulan sarjana dan pemikir muslim termasuklah dengan menubuhkan forum diskusi dan institusi seperti Jaringan Islam Liberal (JIL) di Indonesia dan Sister in Islam (SIS) di Malaysia.

Gerakan Islam Liberal ini sebenarnya adalah lanjutan daripada gerakan modernisme Islam yang muncul pada awal abad ke-19 di dunia Islam sebagai suatu konsekuensi interaksi dunia Islam dengan tamadun barat. Modernisme Islam tersebut dipengaruhi oleh cara berfikir barat yang berasaskan kepada rasionalisme, humanisme, sekularisme dan liberalisme.

Rancangan musuh-musuh Allah dan muslim, iaitu Zionis dan Amerika adalah untuk memecahbelahkan umat Islam dengan memberi sokongan kepada golongan Islam yang radikal dan pada belahan dunia Islam yang lain mereka menaja kelompok Islam liberal, disamping menghidupkan semula tarekat-tarekat sufi yang menyimpang, MAKA gambaran majoriti umat Islam sebenar yang mengikuti manhaj ahli sunnah wal jamaah dan menjadi umat pertengahan tidak dapat dilihat dengan jelas.

Menurut penganut dan aktivis kumpulan Islam liberal ini, agama hendaklah disesuaikan kepada realiti semasa, sekalipun terpaksa menafikan hukum-hakam dan peraturan agama yang telah sabit dengan nas-nas syarak secara qat’ie. Jika terdapat hukum yang tidak menepati zaman, kemodenan, hak-hak manusia, dan tamadun global, maka hukum itu hendaklah ditakwilkan atau sebolehnya digugurkan.

Sebenarnya, program Islam liberal ini dilancarkan oleh barat untuk memperkuatkan liberalisme politik di negara-negara umat Islam setelah gagalnya sekularisme di Timur Tengah (dunia Islam). Bagi mereka, tanpa liberalisme Islam yang kuat, maka liberalisme politik di Timur Tengah dan negara umat Islam yang lain tidak akan berhasil. Kerana itu, mereka menaja kumpulan-kumpulan dan individu-individu tertentu di negara-negara umat Islam untuk mempromosikan fahaman Islam liberal ini.

Secara ringkasnya, ada tiga bidang dalam ajaran Islam yang menjadi sasaran liberalisasi iaitu; [1] liberalisasi bidang aqidah dengan penyebaran fahaman pluralisme agama, [2] liberalisasi bidang syariah dengan melakukan perubahan metodologi ijtihad, dan [3] liberalisasi konsep wahyu dengan melakukan dekonstruksi terhadap al-Quran.

Semoga Allah selamatkan kita daripada sebarang bentuk kesesatan.

Wallahua’lam

Penulis ialah Naib Presiden GAMIS, merangkap Pengerusi INSPIRASI ANAK MUDA.

Sumber: Harakahdaily"

Tahanan di Guantanamo: “Cari adik kau”
farah zamira farush khan
Anita Abu Hasan

22 Mei 2012
Nasib 2 rakyat Malaysia di Guantanamo
Nasib 2 rakyat Malaysia di Guantanamo
Dua rakyat Malaysia, Mohd Farik Amin, 37, dan Mohd Nazir Lep, 36, masih ditahan di Teluk Guantanamo, Cuba, hampir 10 tahun selepas mereka ditangkap di Thailand pada 2003 oleh Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat.

Kedua-dua mereka dituduh melakukan aktiviti keganasan oleh Washington yang mula melancarkan perang memerangi keganasan bermula 2001.

Apa yang membimbangkan adalah Mohd Farik dan Nazir ditahan tanpa dibicarakan, sekali gus menimbulkan pertanyaan mengenai dakwaan jenayah keganasan ke atas mereka.

Semalam, Sinar Harian menyiarkan luahan hati keluarga Farik dan hari ini, mari dengarkan pula harapan keluarga Nazir untuk melihat keadilan ditegakkan.

Dan apa pula jawapan Pentagon, Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta pakar undang-undang mengenai isu ini?


“Carilah adik kau...”

“Itu pesan mak saya sebelum dia menutup mata,” ujar seorang guru, sambil menyeka air mata dengan hujung jari.

Zahbah Lep, 54, tidak mampu menahan sedih ketika menceritakan penderitaan ibunya menanggung rindu terhadap adiknya, Mohd Nazir Lep yang kini dipenjara di Teluk Guantanamo, Cuba, sejak 2003.

Guru di sebuah sekolah di Johor itu berkata, ibunya yang berusia 70 tahun akhirnya membawa pergi perasaan itu buat selama-lamanya pada 2009.

“Mak meninggal dunia kerana rindu sangat pada Nazir. Nazir tu anak bongsu yang paling dia sayang. Mak selalu mimpikan adik. Kadang-kadang dia mengigau sebut nama adik pada tengah malam,” ujar Zahbah. Dalam kelopak matanya, bergenang mutiara jernih yang menunggu masa untuk menitis.

Menurutnya, ibu tua itu juga selalu bertanya ke mana Nazir pergi. Sebagai anak yang memahami hati seorang ibu, setiap kali menerima surat dari adiknya melalui Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC), dia sengaja tidak membacakan kandungan surat kepada ibunya kerana tidak sanggup melihat wanita itu bersedih.

“Dahlah… saya tidak boleh cerita lagi pasal mak,’ kata Zahbah dan kali ini dia tidak berdaya menahan air mata daripada menitis.

Suasana di dalam pejabatnya bertukar sepi seketika, sebelum guru dengan kelayakan dalam bidang psikologikal kaunseling itu menyambung bicara berkaitan usaha membawa adiknya itu pulang.

“Saya kecewa dengan kerajaan. Pemimpin dan polis seolah-olah langsung tak mengambil berat tentang Nazir. Kami sekeluarga menderita. Bayangkan, saya sendiri berusaha cari jalan untuk berhubung dengan Nazir. Saya tanya Suaram dan Suhakam (badan hak asasi manusia di Malaysia). Mereka nasihatkan saya supaya hubungi ICRC,” ujarnya.

Katanya, dia agak terkilan kerana polis langsung tidak memaklumkan kepada mereka berhubung keadaan Nazir yang ditahan oleh tentera Amerika Syarikat di Guantanamo.

“Kami hanya mendapat tahu selepas mendengar khabar daripada seorang sukarelawan dari Switzerland serta memperoleh maklumat melalui orang tengah seperti ICRC,” katanya yang pernah menyimpan hasrat ke Guantanamo menggunakan wang sendiri, namun terpaksa membatalkan niat setelah diberitahu bahawa tindakan itu mustahil.

Zahbah berkata, sebagai anak lelaki sulung daripada lapan beradik, dia bertanggungjawab ke atas adik-adiknya kerana bapa mereka telah lama meninggal dunia.

“Nazir dilahirkan 19 hari selepas bapa meninggal dunia. Jadi saya yang membelanya sejak kecil sehingga dia memanggil saya ‘ayah’. Saya yang menanggung pendidikannya,” katanya.

Jadi, apakah harapan seorang abang untuk adik yang ditatang sejak kecil?“Apa yang saya tuntut kerajaan perlu bertanggungjawab mendapatkan keadilan untuk Nazir,” ujarnya.

  • Md Zulaimi Kazin · · Top Commenter · CEO/Owner at Ar-Raihan Food Industries (M) Sdn, Bhd dan Janda Product Marketing
    Nazir yang saya kenali serang yang baik, tiada jiwa pemberontak sama dgn Farid dan saya amat memahami perasan ibu dan abang Nazir. Moga Allah melindungi mereka dan Allah itu Maha Mendengar dan Maha Mengetahui, kita berserah pada Allah. Sayu dan hiba baca kisah ini kerana kedua2 insan ini saya kenali mereka yang bersifat lemah lembut dan penuh disiplin.

  • Abe Panjang · Kuala Lumpur, Malaysia
    Kepada PM, kerajaan , NGO. Usahakan lah apa cara pun untuk membantu mereka, jangan kita asyik bantu KELDAI DADAH , WANITA LARI KE-LOMBOK sahaja. Ada macam2 cara dan saluran yang betul ke-arah itu. Mahu atau tidak itulah persoalan nya..

  • Rosli Ensem · · Owner at ISolution Decor
    I really sad..pls gov.. Do smthng

  • Abe Yon Ibnu Hashim · · Top Commenter · Kampong Ajil, Terengganu, Malaysia
    Nasib 2 tahanan warganegara Malaysia tanpa bicara di Teluk Guantanamo, Cuba yang tiada pembelaan dari kerajaan dan pihak berkuasa. Kenapa mesti kita biarkan rakyat kita ditahan oleh negara Barat tanpa kesalahan yang nyata? Adakah ini menunjukkan bahawa kita masih lagi terjajah dan dikuasai oleh negara Barat? Apa ertinya kemerdekaan kalau kita masih lagi tidak boleh mempertahankan hak-hak rakyat sendiri dari dicabuli oleh negara asing.
     PECAH BERITA!! Bekas Pendakwaraya Yusof Zainal Abiden Bakal Sertai PAS!!
    Posted on Tuesday, May 22 @ 16:36:33 PDT
    Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur


    Blog JalanPulangSelepas Naib Ketua Pemuda Umno-APCO Kampar, Samhuri Md Zain membuat keputusan U-Turn hanya dalam tempoh 52 jam mengamuk di perkarangan Pejabat Daerah dan Tanah Kinta di Batu Gajah, kejutan kembali semula mewarnai arena politik tempatan.


    Kesediaan Bekas Pendakwaraya Kanan II Persekutuan, Yusof Zainal Abiden menyertai pasukan peguambela Anwar jelas membuktikan bahawa ada kepincangan serius dalam sistem kehakiman negara yang sekian lama dicabuli rejim pemerintah sejak zaman Mahathir menjadi perdana menteri.

    Tetapi siapa yang menyangka Yusof pun boleh membuat U-Turn meninggalkan Najib Altantuya dan Gani Patail terkapai-kapai setelah bersara wajib 1 Februari lalu malahan telah meletakkan jawatannya beberapa hari sebelum keputusan dibacakan hakim Mahkamah Tinggi, Zabidin Mohd Diah.

    Kita tunggu dan lihat 2 Julai nanti apakah yang akan dibuktikan Yusof dalam misi untuk membuktikan pertuduhan yang sengaja direka Pejabat Peguam Negara ini ke atas Anwar dapat membersihkan namanya yang sedikit tercalar satu ketika dulu.

    Dan bukti terbaru daripada Twitter ahli parlimen Taiping, Nga Kor Ming mengatakan bahawa Yusof akan menyertai PAS pada 1 Jun ini bakal membuatkan Najib Altantuya semakin pening kepala!

    Nga dalam Twitternya sebentar tadi mengatakan:

    @ngakorming Terkini : Former Solicitor General Dato Yusof will officially Join PAS on 1/6/12. More Top civil servant will be with PR to save M'sia!

    @ngakorming Terkini : Bekas Pendakwaraya Kanan Dato Yusof secara rasmi menyertai PAS pada 1/6/12. Lebih ramai pegawai tinggi kerajaan akan bersama PR untuk selamatkan M'sia!

    Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Mohd Nor Manuty menyifatkan Yusof telah 'kembali ke pangkal jalan' apabila mengetuai kumpulan peguam Anwar Ibrahim dalam kes perbicaraan Bersih 3.0.

    Beliau berkata, sudah sampai masanya Yusof berjuang bersama-sama Ketua Pembangkang itu untuk menegakkan perkara yang benar dan menolak perkara batil.

    "Saya yakin penyertaan Yusof atas kerelaan beliau sendiri, bukan atas paksaan daripada mana- mana pihak. Beliau hadir bagi menuntut keadilan kebebasan bersuara yang dijamin Perlembagaan," katanya ketika dihubungi Keadilan Daily.

    Yusof merupakan ketua pasukan pendakwa dalam kes Fitnah II terhadap Anwar sebelum ini.

    Beliau meletak jawatan dari Jabatan Peguam Negara pada akhir perbicaraan kes Fitnah II selepas menyaksikan Anwar bebas daripada sebarang sabitan.

    Kali ini beliau bersama peguam kanan, Karpal Singh dalam pasukan peguambela Anwar dalam perbicaraan tuduhan menyertai Himpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu.

    Yusof memutuskan untuk menyertai Anwar setelah menerima tawaran melalui panggilan telefon daripada Anwar malam tadi.

    Anwar dituduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 4 (2)(c), Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(3) Akta yang sama.

    Selain beliau, Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali dan Ketua Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin turut dituduh di bawah akta yang sama.

    Mohd Nor berkata, Yusof yang mempunyai pengalaman luas sebagai pendakwaraya dalam kes- kes berprofil tinggi sebelum ini bakal membuka mata rakyat mengenai perjalanan kehakiman negara ini.

    "Kontradiksi akan berlaku apabila beliau kali ini menyertai pasukan Pembangkang dan ia bakal membuka mata semua rakyat Malaysia. Keadilan pasti akan terjamin," katanya.


    ........
    http://jalanpulang1978.blogspot.com/

Tiada ulasan: