Ahad, 27 Mei 2012

JANGAN KHUATIR...MEREKA LEPAS HUKUMAN DIDUNIA...AKHIRAT PASTI SANGKUT...DUNIA JUGA ALLAH AKAN HUKUM....TAPI BAGAIMANA ITU SEMUA DALAM ILMU ALLAH SWT...مَـٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ (٤)(4) Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat)

Banyak bukti Umno cetus suasana tegang

Salmah Mat Husain , 27 Mei 2012

MACHANG: PAS menolak sama sekali kenyataan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya pembangkang akan bertindak ganas sekiranya kalah pada pilihan raya umum ke-13.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebaliknya berkata, berdasar kepada apa yang berlaku sekarang jelas pihak lawan yang sering mencetuskan suasana tegang.

Katanya, banyak program yang dianjur PAS atau Pakatan Rakyat berdepan dengan keganasan pihak lawan sehingga menyebabkan berlaku kecederaan.

“PAS tidak pernah membuat kacau dan menimbulkan keganasan. Kenyataannya sudah terbalik, sebelum ini pun pelbagai keganasan berlaku.

“Siapa sebenarnya yang menimbulkan suasana panas dengan melakukan tindakan tidak bermoral di hadapan rumah Pengerusi Bersama Bersih, Datuk Ambiga.

"Apa ni.. tindakan mengadakan senaman tonggeng itu bukan budaya orang Melayu. Kita orang yang beradab dan beretika... semua ini budaya liar yang dibawa Umno,” ujarnya selepas merasmikan Muktamar Dewan Ulamak PAS Kelantan Ke-41, di Kompleks Dewan Ulama (Madu), di sini pagi semalam.

Dr Mahathir sebelum ini dilaporkan mendakwa pembangkang akan mencetuskan demontrasi ganas sehingga PRU-13.

Kelantan selesai isu tanah wat Siam di Tumpat

Azman Mustafa, 27 Mei 2012
TUMPAT: Isu tanah wat Siam milik penganut agama Buddha di sini yang berlarutan sejak zaman kerajaan Barisan Nasional (BN) kini diselesaikan kerajaan PAS.

Sebelum ini pemimpin masyarakat Siam meluahkan rasa bimbang berhubung status tanah rumah ibadat mereka yang tidak selesai.

Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, mana-mana tanah milik kaum Siam di kawasan ini yang pernah dilelong suatu ketika dahulu akan dipulangkan kepada tuan asalnya.

Katanya, bagi mewujudkan keharmonian di antara kaum di Kelantan setiap bangsa perlulah menghormati kebudayaan kaum lain.

“Jangan ada di antara mana-mana  rakyat di negeri ini memaksa kaum minoriti supaya ikut budaya hidup mereka,” katanya pada Majlis Ramah Mesra Bersama Kaum Siam di Wat Machimmaram, Kampung Jubakar Darat baru-baru ini.

Menurutnya sikap seperti itu boleh mencetuskan rasa tidak puas hati dan permusuhan yang akan merugikan semua pihak.

Menteri Besar berkata, dalam usaha meningkatkan syiar Islam, kepentingan dan hak kaum-kaum lain tidak pernah diabaikan memandangkan mereka juga rakyat Kelantan.

Hadir sama anggota Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar dan Ketua Wat Buddha, Prak Kru Vitidthamanat, Adun Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim, Penyelia Dun Pengkalan Kubor, Wan Rosdi Wan Ibrahim dan Ketua Pemuda PAS, Mohd Rosli Abdullah.

Pada program tersebut yang dianjur Majlis Daerah Tumpat sebanyak 200 hamper diberi kepada ketua-ketua wat dan warga emas kaum Siam.

(Ikuti berita lanjut dalam Harakah edisi cetak keluaran akan datang)
Anwar: PM biarkan keganasan di ceramah
2:50PM Mei 27 2012
Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak secara tidak langsung membiarkan tindakan ganas dilakukan ke atas ceramah Pakatan dengan tidak mengutuk tindakan tersebut.

Katanya, Najib secara tidak langsung membiarkan tindakan tersebut ketika apabila perdana menteri tidak membuat kenyataan supaya perkara seperti itu dihentikan.

Najib juga melepaskan tanggungjawabnya dengan bertindak demikian, kata Anwar lagi ketika ditemui pemberita di Klang petang ini.

Siri serangan yang mensasarkan ceramah Pakatan Rakyat semakin menjadi-jadi seperti yang berlaku di Gambang (Pahang), Merlimau (Melaka) dan terbaru di Lembah Pantai (Kuala Lumpur yang menyebabkan sekurang-kurangnya tiga orang cedera.

Ditanya mengenai dakwaan Umno bahawa beliau yang mencetus pergaduhan di Lembah Pantai ketika ceramah pada Khamis malam itu, Anwar dengan sinis berkata mangsa dalam kejadian tersebut, seorang lelaki yang sudah berumur, mungkin cedera akibat perbuatan sendiri.

Malah ketika cermin keretanya dipecahkan, beliau juga memecahkannya sendiri, kata Anwar lagi.
17 cedera dalam acara lumba di perhimpunan belia

  • Aidila Razak
  • 3:54PM Mei 27 2012
Seorang pegawai kementerian belia dan sukan hari ini berkata tiada individu yang meninggal dunia dalam insiden melibatkan acara perlumbaan ketika karnival Hari Belia Negara 2012 di Putrajaya semalam.

Pembantu kanan jabatan pembangunan sukan kementerian itu, Saipuddin Zakaria berkata, insiden itu bagaimanapun menyebabkan empat lelaki berusia antara 18 hingga 30 tahun dimasukkan ke dalam wad.
Seorang daripadanya patah tulang paha, dua lagi mengalami pendarahan dalaman manakala seorang lagi patah tangan dan kaki, katanya ketika dihubungi.

Empat lelaki tersebut, yang dihantar ke Hospital Putrajaya malam tadi, mengalami kecederaan apabila seorang pelumba hilang kawalan ke atas kenderaan yang dipandunya dan melanggar satu pengadang keselamatan.

Seorang daripada lelaki tersebut kemudiannya dimasukkan ke Hospital Kuala Pilah.
Selain itu seramai 13 orang lagi yang turut terlibat dalam kemalangan itu menerima rawatan pesakit luar, katanya.
"Yang terjadi ni, kemalangan biasa yang mana pemandu kereta drag ini mungkin dia cuai sikit jadi dia terlanggar kita punya pengadang kemudian dia panjat ke pembahagi jalan," katanya ketika dihubungi. "Penonton ini walau dah diarahkan turun dari pembahagi jalan, mereka ini degil juga, duduk di atas pembahagi jalan.
"Jadi bila berlaku macam itu, kereta dah naik ke pembahagi jalan, langgarlah penonton," katanya.
Utusan siar puisi pro-Mahathir Pak Samad
12:33PM Mei 27 2012
Akhbar Mingguan Malaysia menyiarkan semula satu puisi oleh pengerusi bersama BERSIH Datuk A Samad Said berhubung kepemimpinan mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Puisi September 2003 berjudul Dirgahayu Mahathir disiarkan semula ekoran "perubahan ketara" sikap A Samad yang kini "asyik bersama para pemimpin pembangkang", menurut tulisan pengarang akhbar tersebut dalam ruangan Bisik-bisik Awang Selamat.

"Awang difahamkan, sebahagian teman rapat beliau dari kalangan dunia saster merasa malu. Mereka yakin Pak Samad dipergunakan oleh pihak tertemtu yang mepunyai agenda serong.

"Khabarnya beliau bertindak demikian kerana mempunyai kekecewaan peribadi dan hal tertentu yang tidak tertunai.

"Maka ia menjadi titik tolak bermula era segala-galanya tidak betul dan menyalahkan kerajaan," menurut tulisan dalam edisi Ahad Utusan Malaysia itu lagi.

Mahathir juga kini tidak terlepas daripada menjadi sasaran kritikan A Samad, menurut tulisan Awang Selamat itu lagi yang mengaku "belum tergamak untuk menghentam Pak Samad."

"Tapi maafkanlah Pak Samad. Seperti kata pujangga, bukan semua pejuang akan sampai kepada destinasi perjuangan sebenar. Ada yang akan tersasar dan melencong di pertengahan jalan."


  • Marimuthu Pachayappan · Pengulas Tertinggi · Universiti Utara Malaysia
    Awang Selamat dari Utusan ni memang bangang ..... Pak Samad adalah sasterwan ....... Beliau akan puji pemimpin yg membuat pekara yg berguna ...... Sama ada dari pemerintah atau pembangkang ...... Tu pun Awang Selamat tak tau ke????

    • Hakim Salee · Pengulas Tertinggi · Uum sintok kedah
      dia puji mahathir, maksudnya mahathir baik laa. saya sokong

    • Mohd Zamri · Pengulas Tertinggi · UITM
      Hakim Salee ..woi aku puji George Bush gak..George Bush cam Mahathir gak baik dia..hehhe!!

    • Daniel Boon · Pengulas Tertinggi · Selangor, Selangor, Malaysia
      Masa itu dia puji sebab, Tupai pandai buat lompatan gimnastiki. Semua dapat ditutup. Akhir terbongarlah cerita sebenarnya, selepas tupai jatuh ke tanah.

  • Ewan Sn · · Pengulas Tertinggi · Kuala Lumpur, Malaysia
    Dulu lain sekarang lain..

    1 - UMNO lama dan pemimpinnya begitu byk berjasa kepada bangsa dan negara tapi UMNO Baru dan pemimpinnya dipenuhi dengan buaya dan jaws dari atas sampai kebawah. Dulu orang masuk UMNO lama semata-mata berjuang utk bangsa dan agama, tapi sekarang orang berebut masuk UMNO baru 99% untuk mengaut kontrak dan kekayaan, poket didahulukan rakyat dikemudiankan..

    2 - UMNO lama mendapat sokongan padu dari org Melayu dan rakyat seluruhnya tapi UMNO baru hanya mendapat 2juta undi dari 5.7 juta orang melayu sedangkan jumlah ahli UMNO adalah 3.7 juta. Pada PRU-12 2008, UMNO@BN hanya mendapat undi minoriti 49%.

    3 - UMNO lama mendapat sokongan penduduk bandar dan penduduk luar bandar, tapi UMNO baru hanya mampu menang di kawasan kampung dan pinggir hutan, tewas di semua 99% kawasan bandar dan pinggir bandar.

    • Ewan Sn · · Pengulas Tertinggi · Kuala Lumpur, Malaysia
      Pak Samad berjuang bukan untuk kontrak dan ibuhan tapi berjuang untuk menuntuk keadilan. Sedangkan kita faham kenapa si Awang Selamat berkokok siang dan malam mempertahankan apa saja, baik atau buruk tentang UMNO kerana hidup Utusan dan gaji Awang Selamat dibayar oleh UMNO...

    • Harapan Kini · Pengulas Tertinggi · University of Florida
      Ewan Sn A,S asal dari MELAKA?

  • Diplomatik Bebas · · Pengulas Tertinggi · 140 subscribers
    Kalau dulu seseorang itu tidak berSOLAT, tidak menunaikan ZAKAT, tetapi apabila beliau perlahan2 berubah menjadi yang lebih baik dari sebelum ini, adakah itu yang hendak dipertikaikan?

    Ingatlah, Allah Maha Pengampun. Selagi tidak menutup mata, selagi itu Allah membuka pintu Hidayah bagi mereka yang mencarinya.

    Bagi mereka yang tidak mencari, janganlah KAMU EGO!!! Hukuman Allah amat berat SIKSAANNYA!!!

    TUMBANGKAN REJIM BN!!!

    • Abdulhadi Muhamad · Pengulas Tertinggi · Kolej Islam Kelang
      Sebahagian dari sahabat2 Rasulullah s.a.w adalah penyembah berhala di zaman jahiliyah mereka. Dan jangan lupa ada orang dari Tiket PAS/PKR pula yang melawan PAS/PKR apabila menang dan jadi YB.

    • Ibnu Sabil · · Pengulas Tertinggi · Scorpène class submarine
      Masa berputar, manusia berubah. Apakah satu dosa bagi Pak Samad berubah angin menentang kezaliman yang semakin ketara ?? Hanya org spt Awg Selamat saja yg mungkin merasa tdk selamat utk berubah, mungkin menunggu saat Keris Awang Pulang ke Dayang.

      Pak Samad : Saya tidak jadi tua untuk jadi bodoh. Saya jadi tua untuk jadi pandai.

      Org spt Awg Selamat & sasterawan kelas bwh pula semakin tua semakin bodoh utk menilai angin perubahan rakyat..

    • Hassan Hussin · Pengulas Tertinggi
      patutnya awang tak selamat yang dah pencen ni duduk kat rumah je jaga cucu dan beribadah di masjid, buat apa tambah dosa kering jadi pencacai amenu?

  • Razali Abd Ghafar · Pengulas Tertinggi · Sekolah Menengah Teknik Tuanku Jaafar, Seremban
    dulu lain sekarang lain....

    • Daniel Boon · Pengulas Tertinggi · Selangor, Selangor, Malaysia
      Itu cerita lama. Hellooooo....... Cerita lapuk. Ikut peredaran masakini.

    • Azizan Abdul Shukur · Pengulas Tertinggi
      Daniel Boon .betoi2.nak tengok youtube mahathir taksuka najib ada,nak tengok mahathir taksuka paklah raja abdullah ada .nak tengok tan sri kadir sheik fadzil taksuka umno ada.nak tengok anwar taksuka umno ada.awang selamat takpayah buat kenyataan dalam utusan kalau taktau putaran masa.berherti kerja di utusan lagi baik, org pun tak menyampah.

    • Daniel Boon · Pengulas Tertinggi · Selangor, Selangor, Malaysia
      Azizan, otak dia dah kering. Jelas modal ilham dah guna habis. Disebabkan ketandusan, awang and utusan boleh bungkus x lama lagi

  • Kami Boikot Ikan Bakar Sekinchan
    Awang Selamat ni bangang mcm toke ikan bakar. Jom boikot kroni UMNO kepala samseng dgn LIKE PAGE Kami Boikot Ikan Bakar Sekinchan dan Kami Boikot Utusan Malaysia

  • Sherry Merah · Top Commenter
    sesuatu yg mudah dirumitkan...memang semua berhak memberi hujah, bukankah meminta DIPERBAIKI sistem urustakbir proses pengundian adalah baik, dan semasa proses, pembetulan dan rundingan jika diantara permintaan tidak diterima sertakan ALASAN.... (biar yg munasabah) bukan menambahburukan keadaan, menunding jari kepada seseorang. Awang memilih mencari2 kesilapan seseorang, memalukan sebagai seorang yang matang memilih mencari silap dari memperbetulkan asas permintaan.

  • Mohd Zamri · Top Commenter · UITM
    Utusan Meloya patut siar sama Ceramah "Saya dah bakar Jambatan masuk UMNO" oleh Rais Yatim waktu dia dalam S46..tlg siar sama Ucapan Tunku Abdul Rahman waktu Krisis UMNO..tolong cetak balik ucapan2 Ku Li waktu dia Presiden Semangat 46..oh ya Tolong sama Siar balik Ceramah Mahathir waktu dia berucap ata pentas PAS bila Tunku pecat Mahathir dulu!!

  • Penarik Beca · · 557 subscribers
    Adoila Awang Selamat, dia tua untuk jadi bangang

  • Azman MatNoh · Institut Kemahiran Mara Tan Sri Yahaya Ahmad Pekan Pahang
    Tak lama lagi..Awang Selamat nie akan jadi Awang Tak Selamat...sabar...sikit masa jea lagi....hihihi...

  • Ismail Hassan · Top Commenter · 56 years old
    InsyaAllah!!!! tanggal 02SEP1998, telah menyedarkan orang melayu dan seluruh rakyat malaysia, selama ini keburukan pantadbiran dan serta gajala rasuah yg dilakaukan oleh pemimpin umno_bn telah digelapkan, dengan pemecatan DSAI dan izin Allah seluruh rakyat malaysia tahu dan juga warga dunia sedia maklum apakah sebenarnya berlaku sepanjang lebih dari 50tahun pentadbiran umno-bn negara berjaya memijam dari negara luar lebih dari 400B, ini menujukkan bahawa gejala rasuah didalam pentadbiran kerajaan umno-bn tidak dapat dikawal sebab pemimpin umno-bn dari atas sampai kebawah mengamal rasuah dulu sokongan orang melayu kepada umno-bn ibarat matahari dan siang, marilah orang2 melayu dikampung atau dibandar serta seluruh warga malaysia kita sama2 fikirkan dalam pru13 insyaAllah marilah sama2 kita memilih sebuah kerajaan yang memerangi rasuah insyaAllah tidak salah kalau kita mencuba sebuah kerajaan baru dan sedia memerangi rasuah serta menyediakan kebajikan kepada seluruh warga malaysia, seperti yg ditunjukan 4buah negeri dibawah pentadbiran kerajaan PR yg mana rakyat negeri tersebut diberikan kemudahan secara terus, percuma air RM11.40 setiap bulan dan pemberian khairat kematian kepada waris warga negeri2 pentadbiran kerajaan PR untuk mendapat sedikit bantuan bagi meringan beban mengikut kemampuan kerajaan negeri dibawah pentadbiran kerajaan masing2 itu adalah hasil dari penjimatan pentadbiran kerajaan negeri dibawah kerajaan PR insyaAllah dengan keizinannya pentadbiran kerajaan puterajaya di tadbir dibawah kerajaan PR insyaAllah rakyat akan mendapat banyak kebajikan didalam tawaran menipesto yg akan diedarkan kepada semua pengundi semasa pru13 nanti mari sama2 kita fikiran yg terbaik untuk genarasi masa hadapan yg akan kita warisi negara ini kepada mereka, dulu sokong,, tiada pilihan lani mengundi untuk masa hadapan genarasi kita......(ABU) asalkan bukan UMNO...
Pengerusi Umno Kedah tolak spekulasi Mukhriz jadi MB

  • Bernama
  • 4:45PM Mei 27 2012
Semua calon Umno yang memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) akan datang layak menjadi Menteri Besar, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah.

Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Bakar Bata itu berkata calon Menteri Besar akan ditentukan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak setelah BN berjaya merampas kembali Kedah.

"Yang penting sekarang ialah fokus dan bekerja keras untuk menang...lepas itu kita lihat siapa lebih layak (jadi Menteri Besar)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan kursus ketua unit PRU-13 Parlimen Alor Setar di Alor Setar hari ini.

Ahmad Bashah berkata spekulasi bahawa timbalannya Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir bakal menjadi Menteri Besar Kedah dan akan bertanding kerusi DUN pada PRU-13 sengaja ditimbulkan oleh pihak luar bertujuan memecah-belahkan Umno negeri.

"Umno tidak perlu tonjolkan sesiapa untuk jadi Menteri Besar kerana calon yang bakal bertanding pun tidak dihebohkan," katanya sambil meminta semua media elektronik, cetak termasuk blog segera menghentikan spekulasi tersebut.

- Bernama
BERSIH: K'jaan buru 'habis-habisan'

  • Leven Woon
  • 1:50PM Mei 27 2012
Aktivis yang mengadakan perhimpunan nyalaan lilin untuk memperingati perhimpunan BERSIH 3.0 malam tadi menyifatkan kerajaan menggunakan taktik menakut-nakutkan rakyat dalam menghadapi perhimpunan tersebut sejak sebulan lalu.

Anggota jawatankuasa pemandu BERSIH, Maria Chin Abdullah berkata kerajaan bertindak "habis-habisan" dalam memburu anggota jawatankuasa tersebut dan juga penyokong mereka selepas perhimpunan 28 April.

Bersih vigil Maria Chin AbdullahKatanya, jawatankuasa gabungan NGO itu terkejut dengan dakwaan bahawa polis sekali lagi bertindak ganas dengan memukul orang yang diburu itu, selepas individu berkenaan menyerah diri, seperti yang dialami Mohd Safuan Mamat.

Katanya, orang yang menyerah diri tidak menjangka untuk dipukul, "tapi tidak dalam kes ini."

Polis juga hanya mendedahkan 36 nama daripada 141 orang yang dikehendaki itu, katanya yang mahu polis mendedahkan nama lebih 100 yang lain.

"Tujuan mereka adalah untuk mewujudkan ketakutan di kalangan orang ramai," katanya.

Beliau bersama pemimpin aktivis lain termasuk pengarah eksekutif Suaram E Nalini dan setiausaha agung PSM S Arutchelvan bersama 30 yang lain menyertai perhimpunan nyalaan lilin itu.

  • Kami Boikot Ikan Bakar Sekinchan
    Menteri rasuah...bunuh org...rogol...semua masih bebas. Org berjuang menuntut keadilan diburu bagai anjing gila sedangkan mereka sendiri anjing. Memang dasar regim sial

    • Salehudin Hanafi · Pengulas Tertinggi · SMKSS
      memang Umno rejim sial haramjadah.....!!! malang sungguh negara Malaysia diperintah oleh rejim Umno celaka kimak....!!!

    • Keladi Kelad · Pengulas Tertinggi · umur 45 tahun
      rakyat malaysia yg meyokong rejim sial ini memang sial...
      regim umno hanya akan menghancurkan melayu..
      hancurkan regim sial ini...
      hancurkan regim celaka ini....
      memang kimak...!!!!!!

  • Kami Boikot Ikan Bakar Sekinchan
    Celaka regim UMNO... sial... Jom boikot salah sorang dar regim sial ni dgn LIKE PAGE Kami Boikot Ikan Bakar Sekinchan. Langit tak selalunya cerah..ingatlah wahai regim sial.

  • Momento Sebuah Kehidupan · Pengulas Tertinggi · Seoul, Korea
    Amat malang bila mana rkyt yg berjuang utk ngara diburu habis-habisan tetapi yg menyamun duit rkyt dibiarkan bersenang-lenang tnpa bcara, tnpa diburu... Smga dikuburkan dan ditalkinkan pmimpin2 sbegini dlm Pru 13 kelak (mana2 parti skalipn) agr yg hak smpai kpd rkyt scra sptutnya.. Skdr pndgn ikhlas..

  • Nova Upmt · Pengulas Tertinggi · UPMC Paris
    Kami hanya takutkan Allah, dan kami tidak sekali kali kali takut akan ujian didunia ini

  • Jamaluddin Hj Ahmad · Pengulas Tertinggi · National Restaurant Association of America, Cicago
    Peserta BERSIH adalah ancaman terbesar negara.. penjenayah saperti peragut, perogol, penculik, perompak, perasuah, dan yang sewaktu dengannyer bukan lah satu ancaman kepada negara.. Rakyat negara nie kena ingat tu..... walaupun bagaimana pun, kita boleh ubah persepsi mereka mereka itu dengan tidak mengundi BN... Ayuhhh.. ABUUU...

    • Ibnu Sabil · · Pengulas Tertinggi · Scorpène class submarine
      Setuju BERSIH merupakan ancaman terbesar kpd kjaan UMNO/BN. Ini krn BERSIH menyemarakan kebangkitan rakyat yg mahukan PRU yg telus & adil.. jika ini berlaku hampir pasti UMNO/BN akan di nyahkan dari tampuk kekuasaan... mrk akan hilang segalanya selain akan didakwa.

      Mimpi ngeri ini lah yg mendorong kjaan menghapuskan pengaruh & kesan BERSIH dgn apa cara sekalipun..

    • Muhamad Saamah · Pengulas Tertinggi · Pengurus di TSAC Engineering
      bersih telah menyedarkan raayat, Bahawa selama ini raayat telah ditipu oleh SPR untuk UMNO/BN truskan kuasa dengan kerja menipu, Allah telah memperlihatakan kita, segala jua tugas arahan dan perintah dari BN/Umno tidak menjadikan impianya menjadi kenyataan melainkan membawa kemusnahan, beli kapal tak bilh belayar, belai kapal terbang hanya nama ja yang di beli benda nya berada di padang pasir US. dan macam lagi Allah tuujuk kepada raayat yang melihat, buat jalan Tak siap banguna masjid runtuh, stedium juga runtuh, bina sekolah murid nya ponteng. adaka POlis polis menjadi perompak, pencuri, adakan kementriam kewqangan menjaga kazanah negara mereka rembak. sampai bila nak bersihkan senarai pemilih.

  • Tajudin Yaakob · Top Commenter · Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Syed Omar
    majlis fatwa kata haram perhimpunan BERSIH...bila haram, maknanya berdosa bila melakukannya, pesertanya boleh dihumban keneraka.ada pula seorg maharaja bertakhta disebuah negara kata demontrasi jalanan bkn budaya kita....tugas mahasiswa/wi belajar shj jgn peduli apa yg berlaku disekeliling mereka.HIMPUNAN SEJUTA BELIA.....halal kata mereka, 1000 artis disediakan utk menghiburkan belia2 diseluruh negara, tak cukup dgn artis2 tempatan di bawa masuknya artis dari luar negara.hiburan dari pagi hari ni sampai pagi keesukannya....24 jam.belia jadi lara bkn jadi wira utk mempertahankan agama, bangsa dan negara....itulah didikan yg kita perolehi dari kjaan yg ada...

    • Irfan Jipan · Some college.
      jahanam.....bila beri fatwa tunggang langgang..yg halal kata haram yg haram kata halal....tunggu malapetaka dr ALLAH...baru kita sedar yg mana halal dan yg mana haram......

  • Abidin Ahmad · Top Commenter
    kenapa mereka2 ini diburu...
    kenapa mereka2 yang pecah amanah..membunuh..curi duit rakyat..tidak diburu dan dipukul...
    ATAU MAHU RAKYAT YANG MEMBURU DAN MEMUKUL..?

  • Saumin Hamli · Top Commenter · Works at Hospital tawau
    kita semua kena ingat bahawa orang akan mengingati kita.Polis pun kena ingat keluarga kamu bila satu masa kamu tiada kuasa.Polis yang baik akan tetap di kenang.Ingat betul...betul

  • Buzze Azam · Top Commenter · Universty of salford manchester
    Kerajaan cuba menakutkan rakyat? aku tak takut pun? siapa yg takut sila mengaku skrg!

  • Nor Azam · Sekolah Menengah Kebangsaan gaal pasir puteh kelantan
    yang baling batu dengar telor taknak buru ke

  • Aida Murni Jasin · Top Commenter
    Ini rasional mengapa orang BERSIH diburu habis2an. Spin-doctors umno dah jangka umno akan kalah teruk dlm PRU13. Jadi mereka perlu ambil pendekatan macam"ethnic cleansing" yg dilakukan di Bosnia atau Germany oleh Nazi dan Zionists di Israel. Semua anggota BERSIH mesti dihapuskan. Untuk menang cara halal, memang mustahil kali ini bagi umno. Selama 56 tahun mereka menipu dlm pilihanraya, mengapa mereka sekarang dihalang untuk menipu lagi? Kalau dikaji semula 55 tahun UMNO-BN memerintah dengan cara haram melalui penipuan juga. Awaslah semua ! Jika Rakyat Bangkit, perintah macam MAGERAN akan dikenakan seperti mana Tun Razak buat dalam tahun 1969. Apa jua pun Rakyat jangan perlu mengalah. Apa yang UMNO-BN buat sekarang akan backfire dalam masa yang terdekat. Rakyat mesti bersabar dan bertahan. Jika pemimpin BERSIH ditangkap dan dikenakan ISA, banyak lagi pemimpin pengganti akan bangun. Ingat yang cerdik dan intelek sokong BERSIH, yang bodoh dan perasuah sokong UMNO-BN.

  • Yusof Sobirin · Top Commenter
    sebenarnya kerajaan BN benar2 takut pada kebangkitan rakyat kali ini...insyaallah BN akan tumbang tahun ini

  • SD Danial · Kuala Lumpur, Malaysia
    takkira sesape, yg langgar undang2 kejo yop kejo, dimana saje, sesape saje...

  • Abrahim Abdan · Top Commenter · SMV Alor Gajah Melaka
    Olih kerana sekarang banyak rakyaat ternyaya olih perbutan POLIS, aku takut akan datang kalau lah PR memerintah, maka sudah tentu nya banyak pegawai2 POLIS yg berkuasa akan duduk diam dalam PEJNARA..jadi harap harap POLIS kena ingat ini semua..jgn masa depan anda dan keluarga anda gelap.

  • Mohd Shamsul Hasim · Top Commenter · OUM Kuantan Pahang
    yg baling batu telur botol di pantai dlm knp polis xburu?????
    malah buat xnmpk je. mmg sah le polis jg umno bkn jg rakyat

Tiada ulasan: