'Allah, Kebebasan dan Cinta' berjaya dilancarkan
Walaupun
menghadapi pelbagai halangan dan kontroversi, buku Allah, Kebebasan dan
Cinta berjaya dilancarkan secara sederhana di Kuala Lumpur hari ini.Kira-kira 70 orang hadir dalam pelancaran buku penulis Kanada Irshad Manji yang diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur dekat ibu negara awal petang ini.
Hamim Shahrir · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Sendiri cari makan maa
aku masih tertanya2....dimana dan kemana hasan ali , zul nordin?perkasa, pekida???
Hassan Hussin · Pengulas Tertinggi
Orang2 macam yang anda tertanya-tanya tu ibarat macam pelepah pisang, mula2 hijau sampai masanya betukar warna ke cokelat seterusnya jatuh terkulai, samalah dengan parasit yg anda maksudkan itu,tunggu dan lihat mereka akan jadi hina sebab mereka sanggup menjual diri sendiri dek pulangan yang tidak seberapa.
Adi Dfb · Pengulas Tertinggi · Kuala Lumpur, Malaysia
Walaupun komen aku xde kena mengena dgn tajuk, aku tetap nak taip jugak:
UMNO has now become completely paralysed. - Mahathir yg cakap bukan aku.
Tajul Muluk · Top Commenter · SMK Batang Berjuntai
Apabila seorang mengalami delusi itu dipanggil ‘gila’, apabila ramai mengalami delusi itu dipanggil ‘agama’
Raja Mohd Shahrim · Subscribe · Top Commenter · Works at NFC
Mana NGO Burger??? Mana NGO tayang Ponggong? mana Zulkifli katak, sorang lagi.... Hasan Murtad?...
Amer Rajakecil · Top Commenter · UITM
Mana perginya 'perusuh' masa bersih dulu? Time ni la sesuai nak merusuh..Gerenti akan jadi hero..
Amer Rajakecil · Top Commenter · UITM
Untuk Irshad Manjing ni 'Duduk & Bantah' dah tak sesuai..Kena 'Bangun & Balun' plak, baru berkesan...Hahaha
Mohamed Azman Khairuddin · Top Commenter · St. Paul Institution, Seremban
Dia ni muslim ke.. tulis buku ketuhanan tapi tak pakai tudung.
Martt Ju
REBUTLAH PELUANG KEEMASAN..SIGN UP FREE JER TERUS DAPAT USD 100 DLM ACC..TAK CAYA BLEH CUBA KAT LINK NEH http://prelaunchx.com/x/markjue
Shob Shau · Top Commenter · UDM
isu tiada kepentingan politik pada JATI, PEKASA N PENCACAI2 SEANGKATAN DENGANNYA...maka isu ini akan dipandang sepi...majlis fatwa juga mcm membisu...adakah smuanya hanya menunggu laporan di buat di balai polis baru nk bertindak...adakah smuanya x tahu apa yg selalu dilaung-laungkan oleh penulis ini....
katak dibawah tempurungkah kite....
makan bersuap mandi disiram...
pencacai mn....
ABU....ABU....ABU....
Saiful Bahri · Sacramento, California
mana p mufti2, menteri ugama najib, mana p... x mau komen dlm paper ka utusan meloya ka...
Ibn Hazim Isma · Top Commenter · Works at Self employed
sepatutnya malaysiakini tak patut siarkan berita mengenai irhad ni
Adnan Radzi · Top Commenter · Kurang Cerdik
aku nak tanya juga mana pi Mufti-Mufti Pencacai UMNO keluaq fatwa la ?
Aiman Hakim · Top Commenter
mana hassan ali, Perkasa, zul nordin...kenapa sudah bisu ka?Reply · Like · Follow Post · 7 minutes ago
Laporan NGO UK selari kenyataan IreneKenyataan Pengarah Eksekutif Tenaganita Irene Fernandez dalam akhbar Indonesia bahawa pekerja asing di Malaysia tidak dilayan dengan baik selari dengan laporan sebuah NGO berpangkalan di London 'War on Want'.
Berdasarkan wawancara dengan 30 pekerja asing wanita daripada Burma, NGO itu melaporkan industri tekstil dan elektronik di Malaysia sebagai "berbahaya dan cuai dalam menguatkuasakan undang-undang standard berkaitan upah dan keadaan kerja untuk pekerja asing."
Laporan berjudul Restricted Rights: Migrant Workers in Thailand, Cambodia and Malaysia juga mendapati pekerja tidak dibayar secara adil dan hidup dalam keadaan menyedihkan.
Dapatan menunjukkan pekerja yang diwawancara bekerja sehingga 78 jam sehari tetapi hanya mendapat upah serendah RM150 sebulan selepas majikan menolak semua bayaran levi, termasuk "denda kehadiran" sekiranya lambat masuk kerja.
Kebanyakan upah pergi ke poket agensi pengambilan pekerja asing, yang mendapat RM300 hingga RM400 sebulan hasil potongan gaji pekerja.
Keadaan ini sekali gus didakwa menggalakkan lebih ramai daripada mereka menjadi pendatang tanpa izin.
'Dakwa polis di mahkamah hanya pertunjukan'Ahli jawatankuasa pemandu BERSIH, Maria Chin Abdullah menyifatkan tindakan mendakwa dua orang polis atas tuduhan mengasari seorang jurugambar sebagai satu 'pertunjukan' semata-mata.
Menurutnya, lebih ramai polis sepatutnya didakwa berdasarkan jumlah peserta yang tampil ke depan memberi keterangan dan membuat laporan polis.
"Saya rasa tidak cukup. Apabila kita dengar cerita daripada mereka kita tahu ada lebih daripada dua orang anggota polis yang sepatutnya didakwa.
"Ini bukan keadilan. Ini satu pertunjukan cubaan gubahan imej polis semata-mata," katanya.
Dua anggota polis didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur semalam atas tuduhan mencederakan jurugambar Guang Ming Daily, Wong Kin Onn sewaktu himpunan BERSIH 3.0 pada 28 April lalu.
Mohd Khairul Asri Mohd Sobri dan Shahrul Niza Abd Jalil didakwa bawah Seksyen 350 Kanun Keseksaan kerana menggunakan keganasan jenayah terhadap Wong.
Berdasarkan keterangan mereka yang mendakwa dikasari, Maria Chin menggesa agar Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar menjelaskan sebab sebahagian polis yang didakwa melakukan kekasaran tidak memakai tag nama atau nombor pengenalan polis pada hari itu.
"IGP kena jawab kenapa polis pada hari itu tidak memakai tag nama" kata Maria Chin.
Sementara itu, wartawan dari Pulau Pinang Zainulfaqar Yaacob mempertikaikan kenapa hanya wartawan theSun Radzi Razak dipanggil membuat kawat cam terhadap penyerangnya setakat ini.
"Saya memang cam tiga orang polis yang menyerang saya.
"Saya bercadang nak buat kawad cam macam saudara Radzi Razak juga lakukan," katanya.
Kenyataan Tunku Aziz kecewakan Karpal SinghPengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh meluahkan perasaan kekecewaannya terhadap bekas naib presiden parti itu Tunku Abdul Aziz Ibrahim yang menyatakan sokongan terhadap perdana menteri, seperti dilaporkan di muka depan Utusan Malaysia hari ini.
Karpal yang terkenal sebagai pengamal undang-undang menyelar pelan transformasi Datuk Seri Najib Razak yang didakwanya hanya berada di pinggiran dan sepatutnya lebih mendalam.
"Saya agak terperanjat dengan kenyataan Tunku bahawa PM berada di landasan yang betul. Apa yang penting, Najib tidak harus kekal di pinggiran apabila bercakap soal pelan transformasi," kata Karpal dalam sidang media di Pulau Pinang.
"Langkah pertama yang mesti dilakukannya mengembalikan semula status bumiputera kepada semua warganegara yang lahir pada dan selepas 31 Ogos 1957, tarikh kemerdekaan negara ini," tambahnya.
KM: Akta Hasutan untuk diamkan pengkritikKetua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mempersoalkan tindakan kerajaan Pusat menyiasat Pengarah Eksekutif Tenaganita Irene Fernandez yang didakwa memburukkan dan memfitnah negara berhubung isu tenaga kerja asing.
"Ia mendedahkan Program Tranformasi Politik kerajaan sebagai helah kejam untuk memperdaya rakyat dengan harapan palsu kebebasan lebih besar dalam pilihan raya umum akan datang," katanya.
Lim yang juga setiausaha agung DAP turut mendesak gangguan terhadap Irene dihentikan, sekali gus memansuhkan terus Akta Hasutan.
"Pertama sekali kenapa perlu ada Akta Hasutan untuk melarang suara-suara berbeza dan menentang BN?" soalnya.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah semalam dilaporkan berkata, pihaknya telah membuka kertas siasatan terhadap Irene berasaskan satu laporan polis dan mungkin dibuat mengikut Akta Hasutan.
Sebelum ini, Irene dalam temu bual berbentuk soal jawab yang disiarkan akhbar Jakarta Post, mendakwa majikan di Malaysia melanggar undang-undang dan terbabit dalam rasuah selain anggota Rela sering mengugut pekerja asing.
Irene yang penuh dengan keberanianPenulis mendesak polis agar menghentikan segala tindakan intimidasi terhadap Irene Fernandez yang merupakan pemberi maklumat penting dalam mendedahkan isu pekerja asing yang ditindas serta rasuah di kalangan badan penguatkuasa.
Polis diminta untuk menyiasat dakwaan pengarah eksekutif Tenaganita itu dengan sikap yang profesional dan tidak berat sebelah.
Sekiranya polis menyiasat dakwaan Irene bawah Akta Hasutan, polis bukan sahaja akan dilihat sebagai tidak profesional malahan seolah-olah melindungi pegawai penguatkuasa yang terlibat dalam rasuah dan ugutan.
Pihak polis perlu mengambil tindakan yang proaktif terhadap kenyataan Irene dalam temu bual dengan Jakarta Post dengan menyiasat isu pekerja asing ditindas dan terpaksa bekerja di tempat kerja yang tidak selamat.
Masalah pemerdagangan manusia serta rasuah yang semakin ketara perlu diatasi dengan tindakan polis yang profesional dan efektif.
Irene Fernandez merupakan aktivis hak asasi manusia yang terkenal di dalam dan luar negeri.
Mahkamah bebaskan
Pada tahun 1995, beliau pernah dijatuhi hukuman penjara 12 bulan kerana menerbitkan dengan niat jahat satu berita palsu.
Sebenarnya beliau juga mendedahkan keadaan buruk yang wujud di pusat-pusat tahanan imigresen dalam bentuk memorandum.
Dengan semangat gigih berjuang untuk keadilan dalam 13 tahun secara berterusan, Irene dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada tahun 2008.
Pembebasan tersebut menunjukkan keberanian beliau dalam mencari kebenaran serta mendedahkan sebarang penyelewengan kuasa dan penindasan terhadap golongan yang ditindas.
Dakwaan beliau juga adalah benar dan perlu dipandang serius oleh pihak berkuasa dan bukannya ditutup.
AMK menegaskan bahawa kerajaan Umno/BN yang selalu mempertahankan justifikasi Akta Hasutan dengan alasan keselamatan, kesejahteraan dan keamanan negara perlu dijamin.
Dasar pekerja asing
Namun demikian, akta tersebut sebenarnya adalah tidak relevan dan menjadi alat kepada kerajaan untuk menekan pandangan yang berbeza serta pihak pembangkang.
Ramai pemberi maklumat yang berani mendedahkan penyelewengan dan salah guna kuasa pihak berkuasa telah dihukum atau ditakuti di bawah akta yang zalim ini.
Oleh itu, AMK menyokong sepenuhnya tindakan Irene yang penuh dengan keberanian.
Kerajaan dan polis diseru agar menghentikan segala fitnah tidak taat setia kepada negara dan merosakkan kestabilan negara ke atas Irene.
AMK menyeru kerajaan agar mengkaji semula dasar pekerja asing yang sedia ada dengan mengambil kira prinsip hak asasi manusia sejagat.
Pekerja asing yang bekerja di Malaysia perlu dijamin dengan hak pekerja yang asas serta perasaan xenophobia perlu dihapuskan dengan segera agar mereka dilayan dengan adil.
LEE KHAI LOON ketua penerangan Pemuda Angkatan PKR (AMK).
Mufti bukan Tuhan - Irshad ManjiWAWANCARA Penulis penuh kontroversi, Irshad Manji menolak fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan yang melarang umat Islam negara ini menyertai demonstrasi seperti himpunan BERSIH pada 28 April lalu.
Beliau berpandangan fatwa adalah pandangan ulama semata-mata dan ia bukan perintah Tuhan yang termaktub dalam Al-Quran.
"Keluarkan seberapa banyak fatwa yang anda (mufti) mahu tetapi fatwa anda atau pun anda (mufti) sendiri tiada pengiktirafan Tuhan," kata Irshad dalam satu temubual eksklusif dengan Malaysiakini.
Awal bulan ini, Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia memutuskan umat Islam diharamkan menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang bertujuan tidak baik, melanggar undang-undang serta mencetuskan huru-hara dan kekacauan dalam negara.
Fatwa yang dikeluarkan seminggu selepas himpunan BERSIH itu dilihat sesetengah pihak sebagai dipengaruhi agenda politik tertentu.
Meneruskan wawancara, pensyarah di New York University (NYU) itu turut mengkritik keras golongan ulama hari ini yang disifatkannya cuba berlagak seperti Tuhan dan mahu penganut Islam menurut perintah mereka tanpa penilaian kritis.
"Anda bukan Tuhan. Hanya ada satu Tuhan dan kerja itu masih belum ada kekosongan," kata Irshad sinis.
Cabar doktrinisasi tanpa penilaian kritis
Beliau sebaliknya menggesa umat Islam kembali kepada Al-Quran yang menuntut penganutnya berfikir sebagai satu wadah untuk meningkatkan keimanan.
"Jika lebih ramai orang Islam faham beza di antara ulama dan Allah, kita akan mengizinkan diri kita melaksanakan perkara yang dianjurkan Al-Quran iaitu berfikir untuk diri sendiri bagi meningkatkan keimanan kita," katanya yang percaya Al-Quran sebagai sumber rujukan tunggal untuk umat Islam.
Irshad dikenali sebagai penulis yang mencabar pemikiran Islam yang diindoktrinasikan tanpa sebarang penilaian kritis.
Kehadirannya di Malaysia adalah untuk mempromosikan buku terbarunya, Allah, Liberty and Love yang diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu dan akan berada di pasaran tidak lama lagi.
Bukunya sebelum ini, The Trouble with Islam Today: A Muslim's Call for Reform in Her Faith diharamkan di Malaysia selepas lapan tahun berada di pasaran.
وَقُل لِّلۡمُؤۡمِنَـٰتِ يَغۡضُضۡنَ مِنۡ أَبۡصَـٰرِهِنَّ وَيَحۡفَظۡنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبۡدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنۡهَاۖ وَلۡيَضۡرِبۡنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَىٰ جُيُوبِہِنَّۖ وَلَا يُبۡدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوۡ ءَابَآٮِٕهِنَّ أَوۡ ءَابَآءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوۡ أَبۡنَآٮِٕهِنَّ أَوۡ أَبۡنَآءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوۡ إِخۡوَٲنِهِنَّ أَوۡ بَنِىٓ إِخۡوَٲنِهِنَّ أَوۡ بَنِىٓ أَخَوَٲتِهِنَّ أَوۡ نِسَآٮِٕهِنَّ أَوۡ مَا مَلَكَتۡ أَيۡمَـٰنُهُنَّ أَوِ ٱلتَّـٰبِعِينَ غَيۡرِ أُوْلِى ٱلۡإِرۡبَةِ مِنَ ٱلرِّجَالِ أَوِ ٱلطِّفۡلِ ٱلَّذِينَ لَمۡ يَظۡهَرُواْ عَلَىٰ عَوۡرَٲتِ ٱلنِّسَآءِۖ وَلَا يَضۡرِبۡنَ بِأَرۡجُلِهِنَّ لِيُعۡلَمَ مَا يُخۡفِينَ مِن زِينَتِهِنَّۚ وَتُوبُوٓاْ إِلَى ٱللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ (٣١) Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. / (31)يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّبِىُّ قُل لِّأَزۡوَٲجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَآءِ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ يُدۡنِينَ عَلَيۡہِنَّ مِن جَلَـٰبِيبِهِنَّۚ ذَٲلِكَ أَدۡنَىٰٓ أَن يُعۡرَفۡنَ فَلَا يُؤۡذَيۡنَۗ وَكَانَ ٱللَّهُ غَفُورً۬ا رَّحِيمً۬ا (٥٩)Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (59)
Nasr Aldeen · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Muallim
Irshad, tolonglah jangan kaitkan Islam dengan perjuangan mu!
Kalau kamu betul-betul kembali kepada Quran sudah tentu kamu menjumpai ayat Al A'raaf: 80 "Dan (Kami juga telah mengutus) Luth (kepada kaumnya). (Ingatlah) tatkala dia berkata kepada mereka: "Mengapa kamu mengerjakan perbuatan faahisyah (homoseksual) itu, yang belum pernah dikerjakan oleh seorangpun (di dunia ini) sebelummu?"
Syed Zul · Pengulas Tertinggi
Sebelum nak tunjuk diri anda sebagai muslim sejati, tutup lah aurat mu itu..jgn sampai ulama hasan akidah dan persatuan ulamak perkasa bersuara nahas anda nanti..
Zura Zakaria · Pengulas Tertinggi
Irsyad Manji ni pening ni..macam ust Abdullah Saamah Pengasas Pondok Genting Highland, Tumpat hehe.. Semalam dia kata Nik Aziz dan Anwar, Bapa Dajjal semasa ceramah di Baling, Kedah..Tok guru apa tak tau dari mula sampai habis kira nak maki ja anak haram la, haram jadahlah, celakalah...
Stephen Jinho · Top Commenter · Dallas
Syed Zul, Agaknya La: Se orang penulis,tak kira apa ugama nya atau bangsanya,tak semesti dirinya itu beragama atau berbangsa dalam artikal yang dia sedang tulis atau komen,maksud nya, kalu dia menulis atau mengulas hal Islam atau hal kristian,tak semestinya dia itu seorang islam atau kristian. Tak semesti juga jikalau dia menulis tentang Islam,dia harus adalah seorang yang mesti tutup auratnya.
Kita ada lihat dan juga ada baca tulisan2 hal2 dan Hukum2 Islam olih orang2 yang bukan Islam,tapi mereka lebih fasih dalam hal2 Ugama dan Hukum2 Islam daripada banyak lagi orang2 Islam walau di Malaysia atau mana2 negera Islam,kerana mereka memang orang2 yang terpelajar dalam subjek2 yang mereka tulis.
Kalau nak kata menutup aurat baru layak,saya pasti kurang tepat pendapat itu.
Kalau nak cakap biadap sikit,Ampun Tuanku, kita pun lihat gambar2 isteri Perdana Menteri dan juga Permaisuri2 (Ampun Tuanku) pun tiadak bertudung, apa Ustaz Hassan Ali dan Mufti2 dan juga para pengulas2 yang sentuh tentang "tutup Aurat" disini, tak berani bersuara?
Kuality dan kenyataan tulisan atau ulasa dalam sesuatu isu bukan bergantong pada pakaiian,tapi pada minda penulis,
Kalu ianya KENYATAAN,maka KENYATAAN LAH,walu bertudung atau tidak.
Agaknya La · Top Commenter
Stephen Jinho : ulasan dibuat melalui artikel;
Dia (Irshad Manji) berpandangan.... ia bukan perintah Tuhan yang termaktub dalam Al-Quran.
Sbb itu surah dlm Al-Quran ini dipertunjukkan atas perintah Tuhan..
Pendapatnya kebanyakkan tidak sama dgn ajaran islam tetapi menggunakan 'islam'... sbg cth dlm islam tidak membenarkan hubungan sama jenis tetapi dia telah secara terbuka seorang homoseksual pada pertengahan 90-an.... malah telah bersahabat dengan Salman Rushdie, seorang penulis penuh kontroversi yang menjadi subjek fatwa untuk novel garapannya yang bertajuk 'The Satanic Verses'..
Mahupun dia berpendapat mengenai Bersih... tapi kami lebih menerima pendapat ulama' islam spt Dr Yusuf Qardawi berbanding dgn seorang yang dianggap sekular dan 'free thinker'..
Maafkan ye.. krn ia berkenaan agama islam...
Pipit Timur · Top Commenter · UiTM Shah Alam
Zura Zakaria, anda nak tau ke dia bukan Tok Guru dia Mahaguru pitih, kita lihat n tunggu fatwa, diakhir zaman fitnah/prkataan syaitan suka, mainan dibibir mulut manusia yg brilmu, ingat pringatan/kiasan Allah: AKU sediakan neraka bagi mereka yg sembahyang? n diakhir zaman juga akan lahir ulamak2 yg fasik? jadi sama2 kita renung n muhasabah diri belajar n terus belajar bab2 akidah n memakmorkan rumah2 Allah, IsyaAllah Allah Maha Adil Lagi Bijaksana. Waallahualam..
Lawrence Hong · Top Commenter · University of Wisconsin-Madison
salah satu taktik freemason..masuk campur dan cuba menjuarai dalam hal yg jadi persteruan dua pihak, kemudian masukkan agenda freethinker hingga kedua dua pihak yg berseteru keliru..hati2 dgn marina mahathir, sister in islamdan pelbagai ngo freemason ni..umpama USA yg ambil kesempatan pergolakan syiah dan sunnah, iran dan iraq..pls beware fm dajjal agenda..
Branet Yup · Top Commenter · Universiti Teknologi Malaysia
Betul you cakap...I sokong you...FATWA cakap rokok HARAM tapi kenapa ramai imam dekat tempat saya ni hisap rokok? FATWA cakap BERSIH 3.0 HARAM tapi kita ada otak, kita tahu tak mungkin berhimpun untuk duduk bantah , mau election yg adil itu haram...yg HARAM ialah POLIS pukul orang ramai ikut suka hati...ini makna yg ckp itu ikut suka otak dia, bukan ikut QURAN..NIK AZIZ pun cakap tak haram...itu maknanya org yg ckp bagi pihak majlis FATWA itu sudah tidak amanah jalankan tugas...kwn sy kata namanya...ULARMAK, bukan ULAMAK...ini species ULAMAK JAHAT YG SENTIASA MENGHARAP FAEDAH DARI KERAJAAN, mereka cakap lembut tapi hati nak cari nama dan pengaruh, rumah mereka mcm istana, semua benda boleh dirunding..ini orang confirm boleh dibeli oleh BN...sy sudah double check...yg betul2 ULAMAK ialah mcm itu Tok Guru NIK AZIZ, Ustaz Azhar Idrus, Hj Hadi Awang, itu Prof.Zulkifli Mohamad AlBakri...
Sang Kelembai · Top Commenter · IPTA
Apabila mufti tidak menggunakan semua pancainderanya untuk menegakan kebenaran, akibatya orang jahil berani memberi pendapat mengikut akal tanpa merujuk kepada al quran dan hadis.
Fais Al-Hajari · Subscribe · Top Commenter · Ketua Penerangan at Dewan Pemuda PAS Batu · 112 subscribers
aku yakin, puak2 pengotor akan kata "lihatlah siapa yang sokong BERSIH - orang2 seperti Irshad ini yang sokong BERSIH".
no 1, irshad ni menyeleweng jauh mengenai Islam. dia tak selayaknya mengaitkan Islam dalam "perjuangan"nya sebab apa yang dia "juang"kan lari jauh dari Islam.
no 2, aku lebih suka melihat sokongan irshad terhadap BERSIH sepertimana sokongan marina mahathir terhadap BERSIH atau even sepertimana ambiga jadi pengerusi BERSIH. depa sokong, terpulang. tapi setakat itu sahaja. ini tidak bermakna perjuangan BERSIH adalah sama seperti apa yang depa juangkan.
kalau nak bercerita ttg fatwa BERSIH, aku berpegang kepada fatwa Dr al Qardhawi dan Syeikh Ahmad Tayyib. tu baru betul.
Fais Al-Hajari · Subscribe · Top Commenter · Ketua Penerangan at Dewan Pemuda PAS Batu · 112 subscribers
Encik Keyboard · Top Commenter
masalah sungguh. tambah satu lagi fitnah dan beban yg bakal dipikul bersih. pencacai umno and the gang mesti tak lepaskan peluang ni punyalah.
wartawan malaysiakini ni pun satu hal bodoh. nak wawancara betina liberal gila ni sampai kait fatwa mufti isu demo bersih. tanya dekat org bodoh dapat jawapan bodohlah
Hilmi Hamdan · Subscribe · Top Commenter · Works at Future muslim pharmcist
Irshad Manji, when you support BERSIH, do you think all BERSIH's supporters will support you??? GET LOST!!
Badri Najib Zubir
She says Mufti is not God, but being gay is OK, whereas the Qur'an is clearly against it. So who is playing God here?
Dhamam Full · Top Commenter · Freelance Photographer at Afghanistan
Habis tunggang langgang Islam kalau macam ni, yang kutuk mufti tu pun tak ikut Islam, yang mufti pula ikut kata pemerintah..
Mohd Azmi Hussin · Top Commenter · Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Pejuang LGBT dan Islam Liberal, Irshad Manji ni begitu biadap terhadap insititusi fatwa di negara ini! Siapa dan apa kredibiliti dia untuk pertikai fatwa para mufti? Memang Irshad Manji ini senada dgn Anwar Ibrahim dan konco-konco mereka yg memperjuangkan Pluralisme dan Liberalisme agama. Syabas pihak berkuasa Malaysia kerana menyekat programnya di Malaysia. Allahu akbar!
Muhammad Nazmi · Top Commenter · Al-Azhar University, Cairo
Irshad jaga sikit mulut kamu ni...kamu penentang hukum Allah tau tak? Quran suruh tutup aurat, kamu buka aurat, walaupun kami x setuju dgn Majlis Fatwa dlm isu Bersih, kamu takde hak utk bercakap psl agama sbb kamu sendiri buta agama..kenapa kerajaan BN izinkan kamu masuk ke Malaysia???? BN bersyubahat dgn kamu untuk sesatkan org Islam ke??
Sarjan Tulang · Top Commenter
irshad weii...mu tutup aurat pun tidak....guane nk kata pasal islam dan ulama??
non sense at all....STFU is better for u
Juli Ooi · Top Commenter · Massey Palmerston North
Kalau semua penganut agama, terutamanay org Islam, tidak dapat bezakan antara Tuhan dan mufti, memang lah memadai kalau mereka dimanipulasikan atau ditindas oleh sesetengah ulama2 yg cuma mengambilalih tugas Tuhan supaya mereka boleh merasai kuasa dri mereka ke atas insan yg lain. Biarlah Tuhan berkomunikasi terus dgn anda dlm doa mu. Kan Tuhan Maha kuasa and Maha Boleh. Kalau dia nak memberi petunjuk, Dia akan ada caraNya utk menghubungi anda cara terus tanpa pengantara.
Encik Keyboard · Top Commenter
apabila anda belajar disekolah,seorang guru mengajar anda. kemudian anda membantah guru dengan mengatakan "hei guru jangan mengarah dan mengajar saya, anda bukan tuhan!"
bolehkan anda berkata begitu kpd guru disekolah anda? sangat aneh jika ada org yg samakan guru dengan tuhan.
adakah seorang penganut agama buddha menganggap sami itu tuhan? adakah seorang penganut kristian menganggap paderi itu tuhan? tentu tidak bukan! maka, kami didalam islam tidak pernah menganggap ulama dan mufti itu tuhan. tetapi kami mengiktiraf peranan ulama dan mufti sbg guru dan tokoh dalam memberi peringatan,membimbing dan memberi panduan terhadap umat islam.
kenyataan irsyad manji diatas adalah kenyataan paling bodoh. irshad manji adalah seorang penipu dan bodoh dalam memahami islam.
Encik Keyboard · Top Commenter
adakah juli ooi rasa irsyad manji ni berkaliber mahu bercakap tentang islam ? adakah anda rasa irsyad manji ini hebat agamanya sehingga berani menggkritik ulama?
jika irsyad manji kata ulama/mufti bukan tuhan, adakah irsyad manji itu tuhan?
baik cuba lihat.
irsyad manji adalah seorang pengamal lesbian sedangkan di dalam al Quran,Allah telah melarang dan melaknat golongan lesbian dan seangkatan mereka (LGBT). adakah irshad manji itu berasa dirinya tuhan sehingga berani melawan perintah Allah?
irsyad manji tidak menutup aurat sedangkan didalam al Quran, Allah memerintahkan supaya wanita islam menutup aurat.adakah irshad manji itu berasa dirinya tuhan sehingga berani melawan perintah Allah!
hanya orang gila saja yg akan terpengaruh kata2 irshad manji ini.
Kamsiah Haider · Top Commenter
Buat Encik Keyboard, bukankah perbezaan pendapat adalah satu Rahmat. Bukan semua manusia itu sama. Allah menganugerahkan pelbagai cara manusia berfikir. Kita semua pasti mempunyai pendapat yang berbeza. Pendapat yang pelbagai ini boleh dikongsi untuk dinilai kebaikan setiap pendapat dan dilaksanakan mana yang lebih baik. Cara terbaik dispute Ishrad Manji adalah dengan aqal dan hujah mantap.
Namun perbezaan pendapat hari ini melahirkan permusuhan dan Islam hari ini berpecah kerana berbeza pendapat. Terutama dalam hal dakwah dan pembinaan daulah. Masing-masing terlalu emosi mempertahankan cara mereka hingga sanggup menuduh saudara seagama sendiri salah dan terpesong.
Malah sampai ke tahap mengkafirkan saudara sandiri. Lebih teruk lagi apabila berlakunya pertumpahan darah yang sia-sia kerana terlalu fanatik mempertahankan kef...See More
Encik Keyboard · Top Commenter
kamsiah haider - perbezaan pendapat dari sudut apa? adakah ianya rahmat apabila perbezaan pendapat yg jelas bertentangan dengan syarak? adakah ianya rahmat jika jauh terpesong dari nas dan hadis?
adakah jika irsyad manji berkata, islam membenarkan gejala gay dan lesbian, maka ianya rahmat?
adakah jika irsyad manji kata wanita islam tidak diwajibkan lagi menutup aurat, adakah itu rahmat?
didalam twitter irsyad manji semalam berkata kaum lelaki jangan hadir solat jumaat kerana Allah tidak pernah menyuruh. adakah itu rahmat?
melalui kenyatan saya, dimanakah ayat saya yg melarang kepada proses dakwah? adakah ayat saya yg mengatakan irsyad manji ini wajib dibunuh?? dimanakah ayat saya yg menyatakan irshad manji ini kafir?
wahai kamsiah,jika ingin mengutarakan pendapat sekalipun, biarlah tepat kepada point yg saya sampaikan. dan sila copy paste ayat saya dimana saya menyebut "jangan berdakwah, wajib dibunuh dan kafir".
Kamsiah Haider · Top Commenter
*adakah ianya rahmat jika jauh terpesong dari nas dan hadis? Siapa yang mudah terpesung , bermakna iman mereka tidak kuat, ibarat pokok yang akarnya tidak kukuh. Mudah hanyut mengikut angin. Nas dan hadis rekaan manusia. Beliau menekankan penggunaan Al Quran sebagai panduan. Saya bersetuju dengan pendapat beliau ini. Ini sahaja yang tidak diputar belit sejak>1400. Bab tudung, aurat kita boleh bincang dilain masa. Kita boleh belajar dari sesiapapun tidak kira orentasi seksual individu berkenaan , sekurang2 mengambil ikhtibar anak cucu kita tidak "sesat" seperti beliau. Mungkin disisi Allah, manusia yang kita keji ini lebih mulia dari diri kita sendiri. Kitapun tidak tahu apakah cara dan bentuk kita akan mati, didalam keaadaan beriman atau tidak. Jadi, munasabah diri adalah lebih baik dari terus mengeji sesaorang individu.
Encik Keyboard · Top Commenter
kamsiah haoder mengutip nas dibawah :
"Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri(pemimpin) di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.(Annisa' : Ayat 59)."
mengutip nas al Quran dan memahaminya secaral logik akal tanpa berpandukan ilmu amatlah dangkal sekali. mengutip ayat al Quran demi mengharuskan benda yg batil atas alasan perbezaan pendapat itu rahmat, juga amatlah dangkal. maksud "perbezaan pendapat adalah rahmat" juga anda memahaminya pada tempat yg salah. mohon kamsiah haider ulas ayat ini dan sertakan rujukan dan tafsiran ulama. sila jangan buat tafsiran sendiri.
Encik Keyboard · Top Commenter
anda berkata:
"Siapa yang mudah terpesung , bermakna iman mereka tidak kuat, ibarat pokok yang akarnya tidak kukuh. Mudah hanyut mengikut angin.Nas dan hadis rekaan manusia."
...........................
masyaAllah, anda ini faham atau tidak maksud saya yg berkata "adakah ianya rahmat jika jauh terpesong dari nas dan hadis? "??
apa itu nas? apa itu hadis? anda berdiri atas manhaj apa? ahli sunnah wal jamaah? apa sumber hukum ahli sunnah wal jamaah?
Kamsiah Haider · Top Commenter
Apakata ulamak UMNO didalam hal ini? ulamak PAS membisu. Nampak sangat Ulamak , Mufti dan "cedikiawan" di Malaysia takut untuk berdebat dan berbeza pandangan.
Satu yang saya setuju dengan Irshad Manji, mufti bukan tuhan. Fatwa mufti hanya pandangan dan bukan ayat-ayat Allah.
Encik Keyboard · Top Commenter
juli ooi - benar. itu hak tuhan yg menghakimi manusia. cuma adalah amat pelik dan hairan apabila manusia yg berkata mereka percaya dan beriman kepada al Quran tetapi gagal mengambil panduan didlaamnya. malah lagi teruk mereka ingkar akan arahan tuhan yg sudah disebut didalam kitab al Quran. isu menutup aurat contohnya anda sendiri boleh melihat contoh saya beri diatas bagaimana irsyad manji pun mengabaikan ajaran islam tetapi cuba jadi pandai mahu mengkritik guru (mufti) yg jauh lebih arif daripadanya. maka orang yg ingkar arahan tuhan itulah sebnarnya yg cuba berlagak seperti tuhan.
jika sesuatu agama itu tidak ada peraturan dan panduan,maka ianya bukan agama.ia jadi atheist. didlaam buddha,hindu,kristian judaism semua itu ada peraturan dan panduan masing2.
irsyad manji tidak layak bercakap mengenai hukum islam dan mencemuh ulama/mufti.jelas kerana beliau adalah jahil dan tidak ada contoh terbaik untuk dikuti. anda boleh lihat majoriti komentar didalam ruangan ini mengutuk dan megeji beliau.
ok sampai disini sahaja juli ooi.saya undur diri dahulu.
Juli Ooi · Top Commenter · Massey Palmerston North
Irsyad bukan berniat utk mencemuh kesemua mufti, cuma dia menasihati semua penganut agama islam yg terbawa2 oleh ungkapan mufti sampai tdk menggunakan otak dan hati sendiri utk menilai sesuatu isu supaya sedarlah mufti bukan Tuhan. Itu pun anda tidak boleh faham? Adakah ini kerana otak anda sudah lama diprogram oleh ulama atau sebuah buku yg anda anggap suci. Saya percaya, dia akan nasihati penganut agama yg lain begitu juga.
Kamsiah Haider · Top Commenter
Terdapat juga penulis bukan Islam yang menulis tentang Islam Dan Nabi Muhammad (saw) seperti Karen Armstrong , William Montgomery Watt dll. Kajian mereka mengenai Islam digunapakai oleh ramai cendikiawan2 Islam serata dunia. Malah Karen Armstrong pernah ke Malaysia, tidak pulak beliau dicaci seperti Irshad Manji.
Encik Keyboard · Top Commenter
juli ooi - dimana ayat dia yg menagtajkan hanya sebilangan mufti? sila tunjuk disini. dia bercakap secara umum "mufti bukan tuhan".
malah ayat jelas "Keluarkan seberapa banyak fatwa yang anda (mufti) mahu tetapi fatwa anda atau pun anda (mufti) sendiri tiada pengiktirafan Tuhan,"
anda reti baca atau tak?
Encik Keyboard · Top Commenter
"Adakah ini kerana otak anda sudah lama diprogram oleh ulama atau sebuah buku yg anda anggap suci. "
...........................................
apa anda taip
"sebuah buku yg anda anggap suci" ????????
satu penghinaan yg dibuat juli ooi. ya kami terang dan nyata mengatakan kitab al Quran memang kitab suci. tetapi sikap buruk anda mahu mempertikai kitab suci kami adalah sikap anda yg paling huduh. ini taktik anda mahu main hina2 agama org lain ke?
Kamsiah Haider · Top Commenter
Jangan menghina. Saya tidak sejahil yang anda ingat.
Sila bacalah ayat Quran ini.
"Ia menciptakan langit dan bumi dengan cara yang sungguh layak dan berhikmat, dan Ia menentukan bentuk rupa kamu serta memperelokkan rupa kamu; dan kepadaNyalah tempat kembali. [64:3]
Jelas dari ayat di atas bahawa Allah menciptakan segala-gala di dunia, termasuklah manusia. Bentuk manusia yang diciptakan Allah adalah sempurna dan sesiapa yang menyoalkannya adalah seperti menyoalkan kuasa Allah SWT.
Mari kita sama-sama periksa SEMUA ayat suci Al-Quran yang mengandungi perkataan HIJAB:
[7:46] Dan di antara keduanya (Syurga dan neraka) ada tembok "Al-A'raaf "(yang menjadi) pendinding, dan di atas tembok Al-A'raaf itu ada sebilangan orang-orang lelaki yang mengenal tiap-tiap seorang (dari ahli-ahli Syurga dan neraka) itu, dengan tanda masing-masi...See More
Kamsiah Haider · Top Commenter
Boleh baca AlQuran dan memahami bahasa Arab Quran?? Sekarang ayat-ayat Al-Quran mengenai Aurat ataupun Zeenat(perhiasan):
[7:31] . Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas.
[7:32] Katakanlah (wahai Muhammad): "Siapakah yang (berani) mengharamkan perhiasan Allah yang telah dikeluarkanNya untuk hamba-hambaNya, dan demikian juga benda-benda yang baik lagi halal dari rezeki yang dikurniakanNya?" Katakanlah: "Semuanya itu ialah (nikmat-nikmat) untuk orang-orang yang beriman (dan juga yang tidak beriman) dalam kehidupan dunia; (nikmat-nikmat itu pula) hanya tertentu (bagi orang-orang yang beriman sahaja) pada hari kiamat". Demikianlah Kami jelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi orang-orang yang (mahu) mengetahui.
[24:31] Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan(zeenatahunna) tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.
[24:58] Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah hamba-hamba kamu dan orang-orang yang belum baligh dari kalangan kamu, meminta izin kepada kamu (sebelum masuk ke tempat kamu), dalam tiga masa; (iaitu) sebelum sembahyang subuh, dan ketika kamu membuka pakaian kerana kepanasan tengah hari, dan sesudah sembahyang Isyak; itulah tiga masa bagi kamu (yang biasanya terdedah aurat kamu padanya). Kamu dan mereka tidaklah bersalah kemudian daripada tiga masa yang tersebut, (kerana mereka) orang-orang yang selalu keluar masuk kepada kamu, dan kamu masing-masing sentiasa berhubung rapat antara satu dengan yang lain. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (yang menjelaskan hukum-hukumNya); dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
[24:60] Dan mana-mana perempuan tua yang telah putus kedatangan haid, yang tidak mempunyai harapan berkahwin lagi maka tidak ada salahnya mereka menanggalkan pakaian luarnya, dengan tidak bertujuan mendedahkan perhiasan mereka; dalam pada itu perbuatan mereka menjaga kehormatannya (dengan tidak menanggalkan pakaian luarnya itu adalah) lebih baik bagi mereka; dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
[33:13] Dan juga masa itu ialah masa segolongan di antara mereka berkata: "Wahai penduduk Yathrib, tempat ini bukan tempat bagi kamu (untuk berjuang di sini), oleh itu baliklah". Dan sebahagian dari mereka pula meminta izin kepada Nabi (hendak balik) sambil berkata: "Sesungguhnya rumah-rumah kami memerlukan perlindungan(kerana terdedah kepada serangan musuh)", pada hal ia tidak memerlukan perlindungan. Mereka hanya bertujuan hendak melarikan diri (dari berjuang menegakkan Islam).
Ayat-ayat di ataslah antara ayat yang menggunakan perkataan aurat ataupun zeenat(perhiasan). Dalam setiap ayat di atas, sekalipun tidak disebut bahawa rambut itu aurat wanita.
Kebanyakan Muslim kerap menyeru wanita menutup aurat dalam Islam. Bagaimana dengan lelaki? Adakah mereka lupa ayat tersebut:
[24:30] Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.
Ayat di atas menyeru para lelaki agar menyekat pandangan mereka. Sekiranya wanita ditutupkan sehingga nampak seperti hantu, bukankah lelaki tidak lagi perlu menyekat pandangan? Saya pernah membaca, bahawa ada lelaki yang suka tengok wanita dengan ghairahnya. Akibat perbuatan tersebut, mereka menutup wanita mereka seperti ibu, adik, isteri dan sebagainya agar lelaki lain tidak membuat perkara keji tersebut terhadap wanita mereka itu.
Sekiranya kita mengambil keadaan sebenar ataupun hakikat, Malaysia merupakan negara yang bukan sahaja panas malah lembap jua. Apabila wanita menutup kepala dengan anak tudung ditambahkan lagi tudung, pengaliran angin ke kepalanya disekat. Kadang kala kulit juga mungkin dijangkiti penyakit kulit. Bukan itu sahaja, pemakaian tudung juga menyebabkan haba tertangkap yang boleh menyebabkan suhu kepala meningkat justeru itu merosotkan kecerdasan minda dan juga menyebabkan sakit kepala atau migrain.
Rasulullah juga melarang umatnya mengikut perbuatan Yahudi dan Nasrani. Tahukah anda bahawa Nasrani pun memakai tudung? Saya baru-baru ini menonton filem dokementar tentang Bandar Vatican dan ternampak semua wanita dalam bandar tersebut memakai tudung. Adakah kita juga Nasrani kerana memakai tudung? Islam adalah cara hidup (Ad-Deen) sempurna yang mementingkan kebajikan umatnya di samping kesihatan dan KEBERSIHAN. Islam juga mengutamakan kesederhanaan. Janganlah kita melampaui batas.
Adakah Islam itu agama yang membebankan? Mengapakah umat Islam suka sangat menyusahkan kehidupan masing-masing dan kemudian menggelarkannya sebagai UJIAN? Allah yang menguji kita, atau kita yang menguji diri sendiri? Marilah kita sama-sama renungilah ayat Al-Quran tersebut:
"Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan.Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut melanggar perintah Allah". [20:2-3].
Rizwan Aziz · Top Commenter · Penang, Malaysia
kalau cakap islam pakai lutut beginila jadinya..kalau cakap islam guna perut begitula jadinya..yang pasti ulama waris nabi2..kita ni sapa nak pertikai..tapi yang pasti jgn guna ulama utk tutup semak..jangan ambil ulama utk lepas fitnah..
Mohd Asraf · Pendang
ishh...spa la tnya soalan nie pda minah haram nie, meluat ak!!!
xpyah tanya org y xtntu islamnya dn xislam psl agama islam.., kta org islam mst jga agama pndrian kta maruah bgsa dn agama!!
contoh negara y xterima pdgan org lain mahu pn saudara islam nya adlah Iran mereka mentukan mn baik bruk seseorg tu!! kta ptt cm nie..jgn bg bgsa lain memindas mjlis fatwa mahu pn agama kta..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan