Isnin, 21 Mei 2012

BILA SERING KENA TIPU...TIPU TERUS TIPU...MAKA YANG SELALU KENA TIPU DAH JADI FOBIA...YANG MENIPU TAK RASA APA2...JANGAN KITA MENGHALALKAN CARA...DEMI MENCAPAI CITA2...INGATLAH JANGAN SEKALI MENGIKUT AMALAN2 AHLI NERAKA....

Akhbar MCA siar wawancara 2 bulan lalu

Harakahdaily, 20 Mei 2012

(Wawancara yang berjalan 3 April lalu yang baru disiarkan oleh The Star hari ini)

KUALA LUMPUR: Selepas hampir dua bulan berlalu, akhbar MCA, The Star baru menyiarkan berita kononnya Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang tidak mahu bertanding dalam pilihan raya umum nanti.
Ia adalah berita basi dan sudah boleh dianggap tertinggal zaman.

Itulah yang boleh dikatakan kepada berita sensasi yang disiarkan oleh The Star hari ini melalui  wawancara satu muka surat penuhnya dengan Presiden PAS.

Wawancara itu sebenarnya telah diadakan hampir dua bulan lalu iaitu pada 3 April 2012 di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut.

Menurut Setiausaha Politik Presiden PAS, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar (Gambar bawah), memang betul, ketika The Star dan lain-lain media  mewawancara Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dua bulan lalu, itulah sikap beliau.

"Tetapi seminggu selepas itu segala-galanya sudah berubah apabila mesyuarat PAS Pusat memutuskan Presiden PAS masih perlu bertanding," katanya kepada Harakahdaily.

Akhbar The Star hari ini menyiarkan berita sensasi kononnya Presiden PAS itu tidak mahu bertanding dalam pilihan raya umum akan datang samada peringkat DUN atau peringkat Parlimen.

Ahli Parlimen Marang dan Adun Rhu Rendang, Terengganu itu juga dilaporkan berkata akan mencari pengganti kepada beliau sebagai presiden PAS.

Laporan ini amat memeranjatkan banyak pihak khasnya kepimpinan PAS bagaimana isu yang sudah lama selesai tiba-tiba timbul kembali.

"Inilah bagi saya akhbar yang tertinggal zaman dan sampai sekarang saya tidak faham kenapa wawancara yang berjalan hampir dua bulan lalu baru disiarkan oleh The Star," kata Samsury.

Beliau tidak faham apa tujuan akhbar berkenaan menyiarkan wawancara itu sekarang.

Ekoran itu, beliau melahirkan kekesalan dan mempertikaikan kredibiliti akhbar milik MCA itu.

Masih sangsi keselamatan undi pos

Anis Nazri, 20 Mei 2012
KUALA LUMPUR: Biarpun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi jaminan tiada pembabitan pihak ketiga pada proses undi pos membabitkan media, soal keselamatan masih disangsikan.

Pengarah Pilihan Raya Pemuda PAS Malaysia, Mohd Sany Hamzan, berkata kesangsian itu berasaskan kepada sistem undi pos itu sendiri.

Katanya, selama ini sistem undi pos ini sering dipertikaikan berhubung tahap ketelusan dan keselamatannya oleh Pakatan Rakyat, yang sehingga kini SPR tidak bersedia menghapuskannya.

"Sistem undi pos ini membuka banyak ruang penyelewengan.  Apabila media juga dibenarkan berbuat demikian, ia tidak mematikan kesangsian terhadap ketelusan undi tersebut," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas hasrat SPR untuk mempertimbangkan cadangan undi pos ke atas petugas media pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Mengulas lanjut, Sany berkata SPR perlu mencari pendekatan lain yang lebih efektif bagi memastikan petugas media dapat melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai pengundi, dan dalam masa sama membuat liputan pada hari pengundian.

Sebagai contoh, katanya petugas media mungkin boleh melalui proses undi awal, yang membolehkan wakil-wakil setiap parti memantau sepanjang pengundian hingga tempoh pengiraan undi pada hari tersebut.

"Undi awal lebih baik berbanding undi pos ini.  Setiap wakil parti boleh berada ketika proses undi awal itu, sehingga proses pengiraan undi pada hari yang sama dengan menandatangani Borang 14 (a).  Itu lebih baik (dri undi pos)," tegas beliau.

Dalam pada itu, Pengerusi Pusat Bagi Kewartawanan Bebas (CIJ), Masjaliza Hamzah, berkata cadangan SPR itu hanya menunjukkan sikap SPR yang memberikan hak kepada petugas media untuk membuang undi.

Bagaimanapun, bagi beliau perkara yang lebih penting bagi SPR ialah memastikan akses media yang lebih adil bagi semua pihak sepanjang pilihan raya umum kelak.

"Ia cadangan yang baik sebagai memastikan hak untuk petugas media mendapatkan hak mereka sebagai pengundi.  Tetapi, ia tidak memberi penekanan terhadap akses media yang lebih adil.  Pokoknya, ia tiada perubahan kepada akses media yang lebih adil," tegas beliau kepada Harakahdaily.

Rata-rata penyokong Bersih 3.0 pelanggan Mydin

Subky Latif, 20 Mei 2012
SEBAHAGIAN besar dari sekitar 300,000 orang yang turun ke jalan menyokong Bersih 3.0 di Kuala Lumpur 28 Arpil 2012 lalu ada pelanggan pasaraya Mydin di semua gedungnya di seluruh negara.
Yang tidak turun yang jumlahnya adalah ramai adalah penyokong perniagaan Mydin itu. Selian dari ia dapat membekalkan kebanyakan yang diperlukan oleh pelanggan, mereka menyokongnya kerana ia adalah gedung perniagaan rakyat negara.

Oleh kerana  Mydin itu orang  Islam, maka ada hukumnya  dalam Islam bahawa orang  Islam mesti menyokong perniagaan orang Islam. Jika ia untung ia akan berzakat dan cerita lain yang manfaatnya melempang kepada Islam dan manusia seluruhnya.

Pejuang keadilan tidak bercadang untuk menyusah dan mengganggu perniagaannya apa lagi untuk  mendatangkan  kerugian kepadanya, tetapi mereka akan tersinggung apabila perniagaan Mydin menyesali tindakan mereka menuntut sistem pilihanraya adil dan bersih telah merugikan perniagaannya lebih sejuta pada hari tunjuk perasaaan itu.

Saya terlihat di TV saudagar perniagaan itu menyebut betapa tindakan rakyat itu telah menyusahkan orang ramai dan mengganggu perniagaan hingga menyebabkan beberapa gedungnya di kawasaan  tumpuan tunjuk perasaan itu tidak berniaga.

Pada hal hujung bulan orang baru dapat gaji, di hujung minggu orang perpusu-pusu membeli belah. Kerana gangguan  tunjuk perasaan itu banyak gedung perniagaan dan gerai tidak beroperasi. Perniagaannya sendiri ditaksirkan kerugian sejuta lebih hari itu.

Dia pertikai Bersih 3.0 menggunakan tempat strategik untuk kegiatan itu.
Dari nada cakap dia menyesali tindakan Bersih 3.0 itu malah ia juga menanggung rugi kerana Bersih 2.0.

Kita terima hakikat mana-mana peniaga yang membuka perniagaannya sehari atau beberapa hari atas apa-apa sebab jua, ia mengalami kerugian. Seperti cuti umum, ia akan  rugi.

Banyak mana peniagaan di sekitar Masjidil Haram di Mekah dan Masjidil Nabawi di Madinah rugi kerana tidak berniaga di waktu solat?

Tetapi ramai mana pula peniaga di berbagai bidang mengaut keuntungan dari kehadiran ratus ribu orang itu. Peniaga air botol  saja untung banyak mana.

Restoran yang cerdik menjalankan perniagaannya. Hanya penyokong kerajaan yang  rasuah dan menindas rakyat yang menutup perniagaan.

Jika perniagaan menghadapi risiko, adakah kerana kehadiran tunjuk perasaan itu atau reaksi polis yang berlebihan menyebabkan ada  risiko itu?

Mydin jangan fikir kerugian sejuta hari itu. Pelanggannya yang perlukan sesuatu tidak turun hari itu  saja. Esoknya mereka dan membeli apa yang tidak diberi hari itu. Atau mereka sudah memberi satu dua hari ssebelumnya kerana mereka tahu tentang kesesakan unjuk rasa itu. Apa pun kerugian satu hari itu dapaat ditampung sama satu dua hari selepasnya atau sebelumnya.

Cepat atau lewat pelanggannya akan datang juga.

Dia patut berfikir begitu. Jangan menyesali pelanggannya menunjuk perasaan bersama hari itu sedang hari lain mereka ke gedungnya. Ribuan orang yang disesali Mydin itu adalah orang yang menyebabkan dia kaya raya.

Patut dan bijakkah dia menyesali tindakan mereka?

Mydin mesti sedar tuntutan mereka ada untuk mendapatkan perjalanan pilihanraya yang adil  dan bersih. Dengan pilihanraya bersih itu mungkin kerajaan yang bersih dapat diwujudkan. Ratus ribu orang turun itu mahukan perubahan, mahu menolak kerajaan dan pemimpin yang  rasuah dan menindas.

Pemerintah yang rasuah dan tidak kompiten boleh menghuru-harakan negara seperti Mesir, Syria dan lain-lain. Ia juga menyebabkan negara muflis seperti Greece, Itali dan Sepanyol.

Jika bank di negara-negara itu boleh tumbang, maka gedung peniagaan seperti Mydin itu tidak boleh bertahan. Kalau rakyat sudah tidak berduit  dan tiada pekerjaan, gedung Mydin boleh tutup.

Jika kerajaan yang ada dapat ditukar dengan lebih baik, maka rakyat dan negara ada jaminan masa depan yang lebih baik. Jika kesan unjuk rasa itu menyebabkan kerajaan membetulkan kepincangannya dan pulih seperti sepatutnya atau  ia diganti dengan kerajaan yang lebih baik, gedung perniagaan seperti Mydin yang tetap meraih untung.

Sepatutnya ia berdiam  diri dan jangan menyakiti hati orang yang menuntut keadilan sedang mereka adalah pelanggannya juga. Jangan Mydin jadi pihak yang tidak berbuat apa-apa bagi mewujudkan pemerintahan yang adil. Jangan fikirkan keuntungan saja, belaslah sama terhadap orang yang  tertindas.

28 ahli keluarga sertai PAS di Tanah Merah

Harakahdaily, 20 Mei 2012

TANAH MERAH, 20 Mei: Sekeluarga 28 ahli Umno Tanah Merah, menyertai PAS di Kampung Kelewek, Bukit Panau, Kelantan dan menyerahkan borang permohonan keahlian kepada Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, kelmarin.

Borang tersebut diserahkan oleh anak perempuan Arifin Awang atau lebih dikenali dengan panggilan Abe Pin.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Timbalan Speaker Dun, Mohd Zaki Ibrahim, Adun Bukit Panau, Datuk Abdul Fatah Mahmood, Adun Gual Ipoh, Wan Yusuf Wan Mustapha, Ketua Sukarelawan PKR, Nik Mahmod Nik Hasan, dan aktivis dan pengerak utama Pakatan Rakyat Tanah Merah, Datuk Dr Nik Saidina.

Tiada guru J-Qaf menengah ditunda

Subky Latif, 16 Mei 2012
PENGAJIAN J-Qaf – Jawi, Quran  dan Fardu Ain tidak dapat diteruskan di sekolah menengah hingga tahun  2014 disebabkan oleh tiada guru yang terlatih yang mencukupi.

Program J-Qaf dimulakan sebaik Tun Abdullah Badawi menggantikan Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri bagi mengatasi masalah buta jawi, al-Quran  dan Fardu Ain di kalangan lepasan sekolah bagi generasi selepas merdeka.

Sejak ia dimulakan Malaysia sudah punya dua menteri pelajaran iaitu Datuk Hishamuddin  Hussein dan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Tanggungjawab kedua merekalah bagi menentukan program itu berjaya. Sebagai program anak kepada Perdana Menteri Abdullah Badawi, maka bergantung kepada pantauannya bagi menentukan ia berjaya.

Apa Datuk Hishamuddin buat bagi  menjayakan rancangan itu supaya lepasan sekolah selepas tahun 2010 tiada lagi belia buta al-Quran, Jawi dan Fardu Ain?

Sumber kementerian pelajaran menyatakan guru J-Qaf untuk sekolah  rendah berlebihan. Ia terjadi disebabkan oleh tidak semua sekolah rendah sempat ditembusi oleh prgoram itu.

Jika Menteri Pelajaran itu kompiten dalam masa beberapa tahun  saja semua sekolah ada guru yang diperlukan dan dia mesti menyediakan guru terlatih yang secukupnya  dan dapat diteruskan ke sekolah menengah bila waktunya tiba.

Penundaannya di peringkat menengah seperti yang diumumkan oleh Timbalan Menteri, Fuad Zarkasi adalah satu kegagalan Menteri Pelajaran Hishammuddin dulu, kerana tidak mengadakan perancangan latihan guru yang teratur.

Program itu tidak diadakan serentak untuk semua pelajar di sekolah rendah. Tetapi sekalian murid darjah satu tahun pertama ia dilaksanakan mesti mengikuti mata pelajaran itu  dan pada ketika yang  sama ia mesti mengadakan latihan guru yang secukupnya dari tahun ke tahun.

Diakui bahawa pada tahun pertama ia diperkenalkan ia berhadapan dengan percubaan dan kelemahan kerana ia program baru. Tetapi rancangan mendapatkan  calon guru yang secukup mesti dibuat.

Bakal guru adalah lepasan sekolah agama. Semua sekolah agama rakyat mesti digalak dan dibantu bagi mengeluarkan seramai-ramai calon latihan guru. Bilangan yang melanjutkan pelajaran ke Mesir, Jordan, Afrika Selatan, Sudan dan lain-lain mesti dilipat gandakan.

Jakim, kementerian pelajaran jangan sibuk mensyarakatkan lulusan STAM saja layak menyambung pelajaran ke Azhar Mesir. Mana-mana pelajar yang memenuhi kehendak Azhar disokong supaya dapat memenuhi pasaran guru  tersebut.

Kementerian boleh bekerjasama dengan negara-negara yang ada calon guru itu dengan menghantar pakar pendidikan guru bagi mengenalkan mereka dengan method latihan guru di Malaysia. Seramai-ramai lepasan istitusi pengajikan tinggi Islam luar negeri itu sepulang terus menjalani latihan guru secara intensif.

Kita ada universiti yang menyediakan pengajian perguruan seperti UPSI Tanjung Malim. Beribu-ribu graduan perguruan menganggur sekarang. Ini bererti universiti menyediakan bakal guru yang berlebihan tetapi tidak dirancang bahawa antara yang mendapat latihan di situ adalah untuk memenuhi keperluan J-Qaf rendah dan menengah.

Seorang menteri yang kompiten mesti ada perancangan bagaimana semua yang diperlukan oleh negara dapat dipenuhi dan bekalkan.

Kita belum kaji tecara terperinci apa kejayaan J-Qaf di sekolah  rendah setakat ini. Tetapi kenyataan timbalan menteri, program itu tidak dapat diteruskan di sekolah menengah hinggalah tahun 2014 justeru tidak guru yang cukup.

Ia bukti Hishammuddin sebagai menteri pelajaran tidak membuat persiapan jangka panjang. Yang menghantuinya lepasan graduan agama yang banyak, dengan roh agama yang ada pada mereka,  ia bakal mengancam pengaruh UMNO. Maka yang hendak ke Mesir mesti ada STAM saja. Pelajar yang berfikiran kritis disekat bantuan dan disekat di mana yang boleh.

Tiada perancangan yang jelas dan tiada sikap berlapang dada terhadap pengajian agama, menjadikan program itu tertunda di peringkat sekolah menengah hingga tahun  2014. Ramai mana pelajar yang rugi gara-gara kelemahan menteri yang tiada wawasan. Rakyat boleh menyuarakan supaya Hishammuddin dipertanggnungjawabkan. Jika di  Jepun dituntut dia berhenti.

Apabila Muhyiddin Yassin mengambil kementerian pelajaran tiga tahun lalu, tidak pula dia melihat kekosongan wawasan Hishamuddin itu bagi diatasi segera.

Masa tiga tahun Muhyiddin boleh membuat tindakan program segera bagi menyediakan guru untuk keperluan sekolah menengah. Kerana terlalu menumpukan serangan Pakatan Rakyat yang kuat untuk mengambil Putrajaya, dia tidak sedar tiada persediaan latihan guru J-Qaf untuk sekolah menengah. Macam mana Muhyiddin hendak menggantikan Najib yang serba lemah itu?

Yang rugi oleh kelemahan mereka ialah pelajar kita.

Tiada ulasan: