Dua polis didakwa cederakan jurugambar
Dua anggota polis didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas tuduhan mencederakan jurugambar Guang Ming Daily, Wong Kin Onn sewaktu himpunan BERSIH 3.0 pada 28 April lalu.Mohd Khairul Asri Mohd Sobri dan Shahrul Niza Abd Jalil dibenarkan ikat jamin sebanyak RM3,000 setiap seorang selepas memohon dibicarakan.
Mereka didakwa bawah Seksyen 350 Kanun Keseksaan kerana menggunakan keganasan jenayah terhadap Wong (kiri).
Jika sabit kesalahan, mereka boleh dipenjara selama tiga bulan setiap seorang, denda RM1,000 atau kedua-duanya sekali.
Menurut dakwaan Khairul dan Shahrul Niza, bersama dua orang lain yang masih belum dikenal pasti, menyerang Wong di simpang Jalan Tun Perak dan Jalan Raja di antara jam 5.20 dan 5.30 petang pada 28 April.
Hadir BERSIH: Senator Australia sedia disiasat M'sia
EKSKLUSIF
Senator Bebas Australia Nick Xenophon akan bekerjasama dengan pihak
berkuasa sekiranya beliau disiasat atas dakwaan melanggar undang-undang
Malaysia kerana berada dalam perhimpunan BERSIH di Kuala Lumpur bulan
lalu.Bercakap kepada Malaysiakini melalui wawancara telefon, Xenophon berkata beliau "tidak akan menjauhkan diri" daripada siasatan bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.
"Jika terdapat pihak berkuasa Malaysia berniat mendakwa saya, saya tiada masalah datang ke Malaysia untuk pertahankan diri," katanya.
"Saya tidak akan lari atau menjauhkan diri daripada perkara ini. Saya tidak mahu dihalang memasuki negara yang saya beri perhatian besar."
Bagaimanapun, beliau masih belum mendengar lagi berhubung sebarang siasatan terhadapnya.
Xenophon mengulas laporan portal The Mole bahawa beliau boleh disiasat bawah Seksyen 4(2)(a) Akta Perhimpunan Aman, yang melarang bukan warganegara Malaysia daripada mengambil bahagian dalam sebarang perhimpunan di negara ini.
Senator itu bagaimanapun berkata beliau tidak hadir dalam perhimpunan besar itu sebagai peserta yang menuntut pilihan raya bebas dan adil tetapi menjadi pemerhati.
Perkara itu, menurutnya sebahagian daripada misi mengumpul maklumat berhubung sistem pilihan raya di Malaysia.
"Sekiranya pihak berkuasa Malaysia mahu bercakap dengan saya, saya sedia bercakap dengan mereka. Tetapi saya rasa ia perhimpunan aman.
"Sebagai pemerhati, (saya lihat) keadaan mula tidak kena apabila gas pemedih mata dilepaskan," katanya.
ANAK pertahan peneroka fail injunksi ambil durian runtuh
Persatuan
Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) mempertahankan tindakan peneroka
yang memfailkan injunksi menghalang penyenaraian Felda Global Venture
Holdings (FGVH) mengambil 'durian runtuh' yang diberikan.Presiden ANAK Mazlan Aliman berkata, semua peneroka tanpa mengira sama ada mereka menyokong atau menolak penyenaraian FGVH berhak mendapat wang RM5,000 yang diberikan Felda sempena cadangan penyenaraian itu.
Menurutnya, wang itu berasal dari Felda sendiri kerana penyenaraian FGVH masih belum berlaku dan sehingga kini tiada wang dijana daripada cadangan itu.
"Wang yang diistilahkan 'durian runtuh' itu semua peneroka berhak dapat. Itu duit peneroka dan peneroka kena ambil," kata Mazlan kepada Malaysiakini.
Beliau mengulas laporan muka depan akhbar Utusan Malaysia yang melaporkan peneroka Jengka 14 Abdullah Mohd dan peneroka Jengka 15 Idris Mat Sah menerima cek durian runtuh fasa pertama bernilai RM5,000.
Dilaporkan, modus operandi mereka terdapat persamaan apabila kedua-duanya datang ke pejabat pengurus Felda masing-masing dalam keadaan tergesa-gesa dan memberikan pelbagai alasan untuk membolehkan segera meninggalkan pejabat.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 8 Mei mengumumkan pemberian RM15,000 kepada setiap keluarga peneroka Felda seluruh negara.
Wang tersebut akan diagihkan dalam tiga peringkat - masing-masing RM5, 000.
Permohonan injunksi itu, yang dikendalikan oleh peguam ANAK, Haris Abdullah, bertujuan menghalang FGVH dan bank terbabit daripada meneruskan rancangan penyenaraiannya, sehingga tuduhan serius peneroka mengenai penipuan disiasat.
25 NGO buat laporan polis terhadap KM
Lebih
25 wakil NGO di Nibong Tebal membuat laporan polis hari ini meminta
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng disiasat berhubung tawaran
jawatan kepada bekas Naib Pengerusi DAP Tunku Abdul Aziz Ibrahim.
Pengerusi Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Seberang Perai Selatan Zulkifli Musa berkata siasatan itu perlu kerana tindakan Lim tersebut boleh mencemarkan nama baik Tunku Abdul Aziz yang juga bekas Pengerusi Transparency International Malaysia.
Beliau ditemui pemberita selepas mewakili kumpulan NGO terbabit membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan di Nibong Tebal.
Antara NGO berkenaan ialah PERKASA, Sekretariat Melayu Pulau Pinang dan Kelab Warisan Melayu Pulau Pinang.
Media sebelum ini melaporkan Tunku Abdul Aziz berkata beliau menganggap tindakannya keluar parti itu tepat selepas Lim yang juga Setiausaha Agung DAP, menawarkan jawatan kanan di sebuah agensi kerajaan negeri serta RM50,000 kepada beliau susulan peletakan jawatannya.
Tunku Abdul Aziz bertindak meninggalkan DAP selepas beliau menerima kecaman hebat daripada pemimpin parti itu susulan kenyataan peribadinya berhubung perhimpunan yang bertukar ganas di ibu kota pada 28 April lepas.
- Bernama
Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) Mohd Ali Baharom mendakwa, tindakan mereka menyebabkan Ambiga mengumumkan tidak akan mengadakan perhimpunan BERSIH 4.0 buat masa ini.
"Ambiga kata tidak akan ada BERSIH 4.0. Jadi sepatutnya orang ramai perlu berterima kasih pada kami sebab berniat baik kepada rakyat Malaysia...
"Terima kasih pada Ambiga kerana dengar keluhan dan suara veteran," katanya ketika dihubungi Malaysiakini semalam.
PVTM Selasa lalu melakukan gimik demonstrasi yang dinamakan mereka sebagai "senaman punggung" - dengan membongkok dan menggoyang-goyangkan punggung mereka ke arah kediaman Ambiga di Bukit Damansara dengan ibu negara.
Selain itu, Mohd Ali terus mempertahankan tindakan mereka walaupun dikritik banyak pihak dan menegaskan kehadiran mereka tidak lebih daripada sekadar membuat senaman dan tindakan
"Setiap senaman akan ada tonggek punggung. Jadi kami lakukan dengan cara yang betul.
"Kami datang secara aman... Ini adalah senaman untuk menjaga punggung," katanya sambil mencabar Ambiga mendakwanya di mahkamah jika tidak berpuas hati.
'Kalau tak suka kenapa buka pagar?'
Ketika ditanya mengenai dakwaan Ambiga yang menyifatkan 'senaman' yang dilakukan mereka sebagai gangguan seksual, Ali turut menafikannya.
Malah, Mohd Ali mempersoal kembali, jika benar Ambiga tidak suka dengan kehadiran mereka, mengapa pagar rumah dibuka.
"Itu luahan hati dia... Jika dia betul-betul tak mahu saya ada di depan rumahnya kenapa dia buka pagar, bagi air 100 Plus? Kalau tak mahu saya di depan rumahnya, sepatutnya dia tak buka pagar.
"Bukan saya yang pergi buka pintu pagar tu. Lagi pun kami di luar kawasan, bukan dalam kawasan rumah....
"Sebenarnya senaman itu adalah simbolik untuk jaga kesihatan punggung... Siapa makan cili, dia terasa pedasnya," kata Ali.
Menurut Ambiga, perkara itu disedari pada kira-kira jam 8 pagi tadi.
"Pekerja saya menyedarinya awal pagi dan sekarang sekarang laporan sedang dibuat di balai polis Jalan Travers (dekat Kuala Lumpur).
"Kami tidak pasti jika penceroboh (lari kerana) takut, bagaimana ia berlaku, atau jika ia berkaitan perkara lain," katanya sewaktu dihubungi.
Kejadian itu susulan dua demonstrasi oleh kumpulan anti-BERSIH di depan rumahnya di Bukit Damansara dekat Kuala Lumpur sejak himpunan BERSIH 3.0 berlangsung pada 28 April lalu.
Pengerusi Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Seberang Perai Selatan Zulkifli Musa berkata siasatan itu perlu kerana tindakan Lim tersebut boleh mencemarkan nama baik Tunku Abdul Aziz yang juga bekas Pengerusi Transparency International Malaysia.
Beliau ditemui pemberita selepas mewakili kumpulan NGO terbabit membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan di Nibong Tebal.
Antara NGO berkenaan ialah PERKASA, Sekretariat Melayu Pulau Pinang dan Kelab Warisan Melayu Pulau Pinang.
Media sebelum ini melaporkan Tunku Abdul Aziz berkata beliau menganggap tindakannya keluar parti itu tepat selepas Lim yang juga Setiausaha Agung DAP, menawarkan jawatan kanan di sebuah agensi kerajaan negeri serta RM50,000 kepada beliau susulan peletakan jawatannya.
Tunku Abdul Aziz bertindak meninggalkan DAP selepas beliau menerima kecaman hebat daripada pemimpin parti itu susulan kenyataan peribadinya berhubung perhimpunan yang bertukar ganas di ibu kota pada 28 April lepas.
- Bernama
'Protes punggung': Terima kasihlah pada kami
Sekumpulan
pesara tentera yang mencetuskan kontroversi "senaman punggung" depan
rumah Pengerusi Bersama BERSIH S Ambiga berkata, rakyat Malaysia
sepatutnya berterima kasih dan bukan mengkritik mereka atas tindakan
itu.Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) Mohd Ali Baharom mendakwa, tindakan mereka menyebabkan Ambiga mengumumkan tidak akan mengadakan perhimpunan BERSIH 4.0 buat masa ini.
"Ambiga kata tidak akan ada BERSIH 4.0. Jadi sepatutnya orang ramai perlu berterima kasih pada kami sebab berniat baik kepada rakyat Malaysia...
"Terima kasih pada Ambiga kerana dengar keluhan dan suara veteran," katanya ketika dihubungi Malaysiakini semalam.
PVTM Selasa lalu melakukan gimik demonstrasi yang dinamakan mereka sebagai "senaman punggung" - dengan membongkok dan menggoyang-goyangkan punggung mereka ke arah kediaman Ambiga di Bukit Damansara dengan ibu negara.
Selain itu, Mohd Ali terus mempertahankan tindakan mereka walaupun dikritik banyak pihak dan menegaskan kehadiran mereka tidak lebih daripada sekadar membuat senaman dan tindakan
"Setiap senaman akan ada tonggek punggung. Jadi kami lakukan dengan cara yang betul.
"Kami datang secara aman... Ini adalah senaman untuk menjaga punggung," katanya sambil mencabar Ambiga mendakwanya di mahkamah jika tidak berpuas hati.
'Kalau tak suka kenapa buka pagar?'
Ketika ditanya mengenai dakwaan Ambiga yang menyifatkan 'senaman' yang dilakukan mereka sebagai gangguan seksual, Ali turut menafikannya.
Malah, Mohd Ali mempersoal kembali, jika benar Ambiga tidak suka dengan kehadiran mereka, mengapa pagar rumah dibuka.
"Itu luahan hati dia... Jika dia betul-betul tak mahu saya ada di depan rumahnya kenapa dia buka pagar, bagi air 100 Plus? Kalau tak mahu saya di depan rumahnya, sepatutnya dia tak buka pagar.
"Bukan saya yang pergi buka pintu pagar tu. Lagi pun kami di luar kawasan, bukan dalam kawasan rumah....
"Sebenarnya senaman itu adalah simbolik untuk jaga kesihatan punggung... Siapa makan cili, dia terasa pedasnya," kata Ali.
Cubaan pecah masuk pejabat Ambiga
Kotak
kawalan akses pejabat Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk S Ambiga yang
dirongkah pagi tadi membangkitkan kecurigaan terdapat cubaan pecah masuk
ke pejabatnya.Menurut Ambiga, perkara itu disedari pada kira-kira jam 8 pagi tadi.
"Pekerja saya menyedarinya awal pagi dan sekarang sekarang laporan sedang dibuat di balai polis Jalan Travers (dekat Kuala Lumpur).
"Kami tidak pasti jika penceroboh (lari kerana) takut, bagaimana ia berlaku, atau jika ia berkaitan perkara lain," katanya sewaktu dihubungi.
Kejadian itu susulan dua demonstrasi oleh kumpulan anti-BERSIH di depan rumahnya di Bukit Damansara dekat Kuala Lumpur sejak himpunan BERSIH 3.0 berlangsung pada 28 April lalu.
Kumpulan pesara tentera mahu gempur KJ pula
Sekumpulan
pesara tentera yang melakukan "senaman punggung" depan rumah Pengerusi
Bersama BERSIH S Ambiga bercadang menggempur rumah Ketua Pemuda Umno
KhairyJamaluddin Abu Bakar pula.
Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) Mohd Ali Baharom berkata (kanan), Khairy tidak patut masuk campur urusan NGO dengan mengkritik tindakan itu sebagai tidak wajar, tidak masuk akal dan menjadi bahan ketawa dunia.
"Khairy sepatutnya menjaga Pemudanya sahaja sebab saya lihat Pemuda semakin lemah.
"Saya rasa dia keluarkan kenyataan macam itu sebab tak dapat jawatan menteri dan nak membalas dendam," kata Ali sambil memaklumkan tindakan itu akan dilakukan dalam masa terdekat.
Khairy semalam menyuarakan perasaan tidak senang terhadap "protes punggung" depan rumah Ambiga kerana masih terdapat kaedah lain untuk meluahkan perbezaan pendapat.
Sebagai contoh, katanya, beliau sendiri sudah berdebat dengan Ambiga berhubung isu berkaitan pilihan raya dan tidak perlu berkumpul membantah depan rumah bekas presiden Majlis Peguam itu.
Sementara itu, menamakan senaman itu sebagai "senaman tarian ala gempur", Mohd Ali berkata beliau kini sedang membincangkan lanjut rancangan itu dengan rakan-rakannya yang lain.
"Masa dan tarikh nanti dulu. Tapi memang kita akan buat...
"Khairy tak layak menjadi pemimpin dan gila jawatan sebenarnya... kami, veteran memang marah dengan kenyataan dia," katanya ketika dihubungi Malaysiakini semalam.

Tokoh pendidik: Jangan ikut 'protes punggung'
Tokoh
pendidik Melayu Tan Sri Arshad Ayub menyifatkan "senaman punggung" di
depan rumah Pengerusi BERSIH, Datuk S Ambiga sebagai perbuatan yang
tidak wajar diteladani orang Melayu yang lain.
"(Tindakan itu) tak betul, kita tak payah ikut sama.
"Dari segi (budaya) Melayu pun tak elok juga," katanya sewaktu ditemui Malaysiakini selepas majlis wacana bersama timbalan perdana menteri di Kuala Lumpur.
Selasa lalu sekumpulan bekas tentera dari Persatuan Veteran Tentera Melayu mengadakan "senaman punggung" di hadapan rumah Ambiga membantah penganjuran BERSIH 3.0 dan dakwaan penglibatannya dalam program lesbian, gay, biseksual, dan transeksual (LGBT).
Kira-kira 15 orang lelaki itu mengadakan senaman aneh itu di depan rumah Ambiga di Bukit Damansara dekat ibu negara dengan dengan membongkok dan menggoyang-goyangkan punggung.
Justeru, Arshad berpesan agar tindakan seperti itu dihentikan dan tidak diulangi mana-mana pihak lain.
"Kalau dia dah buat macam itu buat apa kita nak ikut sama.
"Jangan ingat nak balas membalas, tak elok," katanya yang baru dianugerahi Tokoh Melayu Terbilang Umno 2012 pada sambutan ulang tahun ke-66 Umno pada 11 Mei lalu.
Selain beliau, pelbagai pihak mula menyuarakan perasaan tidak selesa dengan bantahan itu dengan pelbagai alasan, termasuk mengganggu privasi dan berunsur seksis serta gangguan seksual.
Arshad yang masih aktif sebagai seorang pentadbir, khususnya dalam dunia korporat dan pendidikan, merupakan antara pelopor dalam pembangunan Universiti Teknologi Mara (UiTM) serta menjadi pengarah pertamanya pada 1967 hingga 1975.

Muhyiddin: Debat dengan pembangkang tak berfaedah
Timbalan
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tiada guna untuk
kepimpinan utama negara berdebat dengan pembangkang dalam sesuatu isu
kerana pembangkang tidak akan mengubah pendirian tentang perkara yang
mereka percaya.
"Kadang-kadang perbahasan dengan pembangkang mereka sudah menetapkan minda mereka dan apa yang kita buat tak akan diterima mereka dan tidak berfaedah," katanya menjawab soalan dalam majlis wacana dengan sekumpulan alumni universiti di Kuala Lumpur semalam.
Beliau diminta mengulas cabaran debat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang dialu-alukan banyak pihak.
Menurutnya Muhyiddin, amalan demokrasi dalam negara tetap subur kerana kerajaan lebih gemar mengambil pendekatan menjelaskan isu-isu semasa terus kepada rakyat.
"Berani tak berani bukan soal berhadapan dengan mereka dan berbahas tetapi ialah dalam proses menjelaskan secara rasional.
"Kerajaan hari ini tidak bertindak atas dasar emosi. Kita bertindak atas dasar rasional untuk menjelaskan satu persatu (perkara)," ujarnya.
Menurutnya, penjelasan kerajaan itu juga adalah langkah melibatkan rakyat dalam pentadbiran negara yang merupakan sebahagian daripada proses demokrasi.
"Ada yang kata tak cukup penjelasan tapi itu boleh kita perbaiki.
"Pokoknya proses engagement (penglibatan) itu berlaku," katanya.
Beliau juga yakin masyarakat tidak menganggap Najib takut apabila tidak menyahut cabaran debat.
"Saya tak fikir orang akan mengatakan kita takut dan tak berani mengadakan perbahasan," katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan