Imej Najib teruk takut mahkamah Perancis
Abdul Aziz Mustafa, | 19 Mei 2012 |
"Saya difahamkan bahawa ada kajian yang mendapati isu NFC menjejaskan imej Umno kerana ia memberi gambaran parti utama Barisan Nasional (BN) itu mengamalkan rasuah dan salah guna kuasa.
"Saya yakin jika usaha memahamkan rakyat dijalankan dengan bersungguh-sungguh, imej (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) akan lebih teruk lagi kerana ketakutannya menghadapi inkuiri mahkamah Perancis bagi menyiasat urusniaga kapal selam Scopene antara Malaysia dan negara itu," katanya.
Mohamad berkata, para pengkaji menyifatkan Umno sebenarnya bergantung kepada imej Najib kerana imej parti itu disepakati telah lama tercemar dan hancur.
"Ketika Umno bergantung kepada imej Najib, kita bernasib baik kerana beliau sendiri yang memusnahkan imejnya dengan ketakutannya itu dan saya yakin rakyat akan melihat imej Perdana Menteri akan menjadi lebih buruk dari imej mereka yang dikaitkan dengan NFC.
"Ketakutan Najib itu adalah hadiah beliau yang sangat bernilai kepada rakyat yang berusaha menolak kuasa Umno," katanya yang yakin isu tersebut akan menjadi antara isu utama pilihan raya walaupun pilihan raya diadakan pada bulan Jun ini sekalipun.
Ketakutan Najib menghadapi mahkamah perancis itu juga mempunyai kesan yang jauh termasuk ke atas isu pembunuhan Altantuya Shaariibuu, kata Mohamad.
"Rakyat semakin bertanya, apakah yang hendak disembunyikan oleh Perdana Menteri sehingga dia kelihatan takut sungguh untuk menghadapi inkuiri itu?
"Rakyat juga tertanya-tanya betulkan Perdana Menteri terlibat dengan rasuah dalam pembelian Scorpene dan adakah pembunuhan Altantuya mempunyai kaitan dengan isu tersebut?" katanya yang yakin kesan isu tersebut lebih hebat lagi dari isu NFC.
Mohamad yakin, jika tidak ada benda yang hendak disembunyikan, Najib tentu tidak takut sama sekali dengan perbicaraan itu malah dengan senang hati dan berani sentiasa bersedia menghadapi inkuiri tersebut.
"Najib tak berani buat seperti senator Australia (Nick Xenophon) yang sentiasa bersedia berkerjasama dengan pihak berkuasa Malaysia sekiranya beliau disiasat atas dakwaan melanggar undang-undang negara ini kerana berada dalam perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu.
"Itu sifat dan sikap orang yang yakin dia tidak bersalah dan tidak ada apa yang hendak disembunyikan. Orang yang bersalah dan hendak menyembunyikan pekungnya tak mungkin berani buat seperti senator Australia itu," katanya.
Mohamad juga mengucapkan terima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana memberi jawapan "tiada komen" bila ditanya mengenai siasatan mahkamah Perancis itu.
"Jawapan Muhyiddin itu memberikan makna yang sangat jelas dan menguatkan lagi persepsi negatif rakyat terhadap ketakutan Najib menghadapi inkuiri tersebut," katanya sambil menyifatkan Muhyiddin memberikan jawapan yang sangat "straightforward" untuk difahami oleh rakyat.
Ketika ditanya sama ada kerajaan yang terkait sama dalam kes itu patut menghantar seseorang untuk mempertahankan diri, Muhyiddin menjawab: "Saya tidak mahu komen tentang itu."
Beliau kemudiannya menambah lagi: "Tiada komen".
Sambutan Hari Belia Pulau Pinang suram
Analisis Mohd Sabri Said, | 19 Mei 2012 |
(Tapak sambutan Hari Belia Negara peringkat Pulau Pinang pagi tadi suram)
BUTTERWORTH: Majlis Pelancaran Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Pulau Pinang yang diadakan di perkarangan Lingkaran Luar Butterworth pagi tadi (19 Mei 2012) berlangsung dalam suasana muram tidak menyengat selari dengan semangat belia yang bakal mewarnai Malaysia pada masa depan.
Fenomena itu tidak sepatutnya terjadi dalam usaha Kerajaan Barisan Nasional (BN) merangka Himpunan
Sejuta Belia di Putrajaya hujung bulan ini.
Harakahdaily difahamkan suasana dingin itu berpunca daripada 'protes' belia Pulau Pinang yang tidak setuju penganugerahan Perdana Belia Negara kepada Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Saudara Jais Karim yang mewakili GPMS Cawangan Sungai Pinang.
Ekoran terasa dirinya akan diboikot menyebabkan beliau membawa 'ahli sorak' dari Kuala Lumpur semata-mata memberi gambaran sokongan padu.
(Jais menerima hadiah dari Nor Mohamed Yakcop)
Sedangkan beliau tidak aktif di negeri ini sebaliknya bergerak di Kuala Lumpur jadi timbul persoalan kenapa namanya dipilih sebagai pemenang anugerah.
Adakah tiada lagi nama aktivis belia dari Pulau Mutiara yang selama ini melaksanakan pelbagai program untuk kemajuan masyarakat terutamanya generasi belia yang lebih dikenali dengan Generasi 'Y di kalangan orang muda era kini.
Yang peliknya, sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Pulau Pinang tidak pula kedengaran lagu Negeri Pulau Pinang selepas lagu 'Negaraku' seperti lazimnya.
Adakah penganjur begitu bencikan kepimpinan negeri sehingga tidak pula memperdengarkan lagu negeri yang dimenangi Pakatan Rakyat.
Walhal ia dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dengan tema 'Jadikan Hari Esok Lebih Baik Dari Hari Ini '.
Akibat protes tersebut ramai yang menerima anugerah Perdana Belia Negara tidak datang untuk menerima hadiah masing-masing sebaliknya yang naik ke pentas adalah wakil mereka melainkan ketogari wanita.
Kunjungan para belia juga tidak menepati sasaran kemungkinan besar perasaan untuk menyertai belia di kalangan anak muda sekarang kian luntur ekoran program belia sering dikaitkan dengan Umno.
Bila Umno mula ditolak kerana sikap ego dan suka menyeleweng dalam pentadbiran negara maka tidak hairan pada pilihanraya umum ke 12 lalu menyaksikan sokongan para belia tidak secergas dulu.
Pemuda lingkungan umur 20 an dan 30 an kelihatan lebih senang dengan Pakatan Rakyat yang dilihat sebagai tapak untuk mereka bergantung harap bagi mengapai impian di masa depan.
Sebab itu program Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Pulau Pinang yang diadakan sehari suntuk itu terpaksa memanggil banyak agensi Kerajaan, Badan Bukan Kerajaan (NGO), pertandingan auto show, artis akademi fantasia dan sebagainya untuk mengamit hadirin.
Namun, sampai tengahari tadi hadirin semakin meninggalkan lokasi berkenaan dan menambahkan lagi kesuraman majlis tersebut.
Memandangkan majlis formal kerajaan, apa salahnya Majlis Belia Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Perdana
Menteri (ICU) menjemput Exco Belia dan Sukan, pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti Negeri, Ong Kok Fooi mewakili Kerajaan Negeri.
Tentu ramai akan puji bagi menunjukan kerjasama boleh dijalin atas nama semangat belia walaupun berbeza ideologi politik.
Adakah para belia hanya didedahkan dengan politik sebelah pihak sedangkan para belia lebih mengetahui politik mana yang patut didukungi.
Sikap yang ditunjukan oleh kepimpinan kerajaan sendiri menyebabkan para belia muak dan menjauhi Persatuan Belia yang dulunya menjadi kekuatan masyarakat kampung.
Antara anugerah yang diberikan ialah anugerah Perdana Pertubuhan Belia 2012 yang dimenangi oleh Pertubuhan Belia Hindu (HYO) Cawangan Butterworth.
Manakala kategori wanita penganugerahan Perdana Belia Negara diperolehi oleh Nagespary a/p Nadarajan.
Polis digesa henti intimidasi Irene Fernandez
Muhammad Faizal, | 19 Mei 2012 |
Ketua penerangannya Lee Khai Loon berkata, jika tidak berhati-hati, tindakan polis menyiasat Fernandez di bawah Akta Hasutan, hanya akan dilihat seolah-olah cuba melindungi pegawai penguatkuasa yang terlibat dalam rasuah dan ugutan.
"Pihak polis perlu mengambil tindakan yang proaktif terhadap kenyataan yang telah dibuat oleh Irene Fernandez di dalam temu bual Jakarta Post dengan menyiasat isu pekerja asing ditindas dan terpaksa bekerja di tempat kerja yang tidak selamat.
"Masalah pemerdagangan manusia serta rasuah yang semakin ketara perlu diatasi dengan tindakan polis yang profesional dan efektif," jelasnya.
Beliau berkata demikian sebagi mengulas tindakan polis kelmarin yang telah membuka kertas siasatan terhadap Fernandez yang didakwa berterusan memburuk dan memfitnah negara berhubung isu tenaga kerja asing.
Sebelum ini, Fernandez dalam temu bual berbentuk soal jawab yang disiarkan akhbar Jakarta Post, mendakwa majikan di Malaysia melanggar undang-undang dan terbabit dalam rasuah selain anggota Rela sering menggugut pekerja asing.
Mengulas lanjut Khai Loon berkata, kerajaan tidak wajar menggunakan pelbagai akta untuk menakutkan rakyat khususnya pemberi maklumat yang berkaitan penyelewengan dan salah guna kuasa di dalam kerajaan.
"Ramai pemberi maklumat yang berani mendedahkan penyelewengan dan salah guna kuasa pihak berkuasa telah dihukum atau ditakuti di bawah akta yang zalim ini.
"AMK menyokong sepenuhnya tindakan Irene Fernandez yang penuh dengan keberanian," katanya.
Ahli Umno tunggu apa lagi, hijrah lah...
Harakahdaily, | 19 Mei 2012 |
KUALA LUMPUR: Sejak akhir-akhir ini berlaku suatu
fenomena menarik di mana bukan sahaja ahli dan pemimpin Umno malah
golongan cerdik pandai juga mula tidak percaya kepada Umno.
Terbaru kelmarin, Naib Ketua Pemuda Umno Kampar, Zamhuri Md Zin mengisytiharkan dirinya keluar parti dan tidak mahu lagi dikaitkan lagi dengan parti itu.
Zamhuri yang juga Ketua Cawangan Umno Changkat Tin menyatakan bahawa lebih 100 ahli di cawangannya akan mengikut jejak langkah beliau.
Akan datang ini pula bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM iaitu orang nombor 3 dalam pasukan polis akan menyerahkan borang menyertai PAS.
Beliau dijangka akan menyerahkan borang ahli PAS kepada Presiden PAS pada satu majlis di Batu Kurau, Perak malam esok.
Sebelum ini bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno Tan Sri Abdul Kadir Syeikh Fadzir juga turut mengumumkan keluar parti dan menyokong Pakatan Rakyat selepas kecewa dengan Umno sekarang yang didakwa terpesong dari landasan perjuangan.
Bagi Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Mohd Suhaimi Abdul Aziz, beliau melihat perkembangan terbaru itu menunjukkan Umno tidak lagi mendapat kepercayaan orang Melayu sendiri.
"Kita mengingatkan bahawa Umno bukan lagi sebuah parti tempat berpaut umat Melayu di negara ini.
"Umno adalah untuk suku sakat golongan elit pemerintah sahaja. Mereka yang terus berkuasa akan mendapat habuan, manakala ahli bawahan yang bekerja bertungkus lumus sejak dahulu sehingga sekarang tidak dipedulikan," katanya.
Menurutnya, jika suatu ketika dulu, tanda-tanda pilihan raya umum berlangsung adalah dengan ahli PAS atau Pakatan Rakyat ‘keluar’ beramai-ramai dengan menyertai BN, namun sekarang ini sudah terbalik pula.
"Kita menyeru pemimpin-pemimpin Umno serta komponen BNdi Wilayah Persekutuan agar berhijrah segera ke Pakatan Rakyat sebelum kapal BN tenggelam sepenuhnya menjelang PRU 13.
"Kita bersedia menerima kemasukan pemimpin-pemimpin UMNO ke dalam PAS dengan hati terbuka asalkan mereka ikhlas menerima prinsip perjuangan PAS," katanya.

Gegar Royalti turut kempen pada final Piala FA
Harakahdaily, | 19 Mei 2012 |
KUALA LUMPUR:
Sempena aksi final Piala FA antara Kelantan dengan Sime Darby malam
ini, NGO Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Kelantan (Gegar)
mengadakan kempen mengumpul tandatangan di Stadium Bukit Jalil hari
ini.
Setiausahanya, Muhammad Hishammuddin Ghazali berkata, kempen tersebut sudah bermula sejak malam tadi dan akan berterusan sehingga malam ini.
"Kita mahu mengumpul sekurang-kurangnya 20,000 tandatangan sebagai sokongan terhadap usaha kerajaan negeri menuntut hak royalti negeri itu," katanya kepada Harakahdaily.
Selain tandatangan, pihak Gegar juga katanya akan mengadakan persembahan dikir royalti dan puisi royalti secara spontan di perkarangan stadium tengah hari ini.
Mereka juga turut membuka khemah khas Royalti Minyak sebagai simbolik kempen mereka.
Serentak itu juga, satu lagi NGO bersama mereka iaitu Gerakan Rakyat Boikot Petronas turut menganjurkan kempen serupa.
Gerakan itu antara lain mahu rakyat khususnya Kelantan untuk memboikot Petronas selagi tidak membayar wang royalti kepada Kelantan.
"Kita juga akan edarkan 10,000 pelekat 'huruf R' yang berwarna merah sebagai tanda menuntut royalti dan pelekat boikot Petronas," kata Hishammuddin lagi.
Kempen serupa sebenarnya pernah dibuat Gegar pada aksi final Piala FA 2011 lalu ketika Kelantan bertemu Terengganu di stadium sama.
Sebagai kemuncak malam ini, mereka akan menaikkan kain rentang gergasi menuntut royalti.
(Sebahagian penyokong Kelantan yang tiba di Stadium Bukit Jalil pagi ini)
KUALA LUMPUR: Ribuan penyokong Kelantan mula tiba di ibu negara sejak awal pagi tadi bagi menyaksikan pasukan negeri mereka menentang Sime Darby pada aksi final Piala FA malam ini.
Biarpun wisel permulaan dijangka hanya akan dibunyikan tepat jam 8.45 malam, namun sebahagian penyokong skuad 'The Red Warriors' itu sudah mula berkampung di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur sejak awal pagi.
Kebanyakan mereka yang tiba pagi ini adalah yang menaiki bas sewa khas yang bertolak dari Kelantan malam tadi.
Dijangkakan seramai 50,000 penyokong 'The Red Warriors' dijangka hadir menyaksikan perlawanan penuh bersejarah malam ini, manakala sekurang-kurangnya 15,000 dari Sime Darby atau 'Giant Killer'.
Turut berangkat meyaksikan perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini adalah Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Faiz Petra.
Bagi kerajaan negeri pula akan diwakili Timbalan Menteri Besar Kelantan Dato Ahmad Yakub serta Exco Datuk Abdul Fatah Mahmood.
Sementara itu, Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Tan Sri Annuar Musa yang kini dalam penggantungan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), juga mengesahkan akan hadir.
Beliau yang juga Timbalan Presiden FAM sebelum ini menegaskan, beliau tetap akan hadir di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur sebagai "penyokong biasa".

Piala FA: Penyokong Kelantan tiba di Bukit Jalil

Tiada ulasan:
Catat Ulasan