Nik Aziz mahu muzakarah dengan Umno
23 Mei 2012
Menteri Besar Kelantan itu berkata, pertemuan itu penting bagi menentukan hala tuju dan matlamat perjuangannya untuk menegakkan syiar Islam.
“Ini keputusan saya dan tidak ada kena-mengena dengan orang lain, jadi saya tak kisah walau ada yang tidak bersetuju.
“Kita mesti letak syarat bagi menjelaskan maksud sebenar kita mengadakan muzakarah,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Pasar Kota Jembal di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Abdul Hadi yang kelmarin mengumumkan bahawa tidak akan ada muzakarah dengan Umno dalam masa terdekat.
MP Pakatan dakwa ada usaha ‘serang’ rumah Ambiga esok
23 Mei 2012
Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mendakwa pihaknya mendapat maklumat ada pihak yang cuba mencetuskan kekecohan di rumah Ambiga esok.
"Kita minta polis siasat perkara itu. Pada maklumat kita, selain daripada peniaga-peniaga yang akan membuka pasar malam di sini, ada pihak lain yang akan turut serta untuk membuat kacau,” katanya kepada pemberita selepas hadir untuk menyatakan sokongan moral kepada Ambiga di rumahnya di Bukit Damansara pagi tadi.
Ketika ditanya daripada mana maklumat itu diperolehi dan siapakah pihak yang akan terlibat.
Nurul Izzah yang juga Naib Presiden PKR memberitahu sumber itu daripada penduduk setempat yang bimbang akan keselamatan mereka.
"Kita minta pihak polis siasat perkara ini dan berharap polis hadir dan mengawal keadaan bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini,” katanya.
Antara wakil rakyat yang hadir pagi tadi pada sidang media itu ialah Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng; Khalid Samad (Shah Alam), Fong Kui Lun (Bukit Bintang), Dr Tan Seng Giaw (Kepong), Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor), Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja) dan Datuk Kamaruddin Jaafar (Tumpat).
Penjawat awam dedah rahsia boleh didakwa
23 Mei 2012
SHAH ALAM - Penjawat awam boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Rahsia
Rasmi sekiranya mendedahkan dokumen, maklumat dan bahan rasmi yang
diklasifikasikan sebagai sulit kepada umum meskipun telah bersara.
Pakar Undang-undang Perlembagaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Madya Dr Shamrahayu Abdul Aziz berkata, dokumen yang diklasifikasikan sebagai sulit tidak seharusnya didedahkan kepada umum kerana bimbang akan keselamatan awam dan negara serta bertentangan dengan Akta Rahsia Rasmi.
Pakar Undang-undang Perlembagaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Madya Dr Shamrahayu Abdul Aziz berkata, dokumen yang diklasifikasikan sebagai sulit tidak seharusnya didedahkan kepada umum kerana bimbang akan keselamatan awam dan negara serta bertentangan dengan Akta Rahsia Rasmi.
“Sebagai penjawat awam, mereka telah menandatangani ‘kerahsiaan’ maklumat, sekiranya gagal berbuat demikian, mereka boleh diambil tindakan di bawah Akta Rahsia Rasmi, iaitu dibawa ke mahkamah untuk dibicarakan.
“Sehubungan itu, penjawat awam yang diamanahkan kunci jabatan atau keselamatan perlu bertanggungjawab ke atasnya,” katanya kepada Sinar Harian.
Beliau mengulas tindakan penjawat awam yang telah bersara dan memilih untuk menyertai parti politik.
Menurut Shamrahayu, segala maklumat yang diklasifikasikan sebagai sulit perlu dilindungi dan penjawat awam dikehendaki sentiasa menjaga maruah dengan tidak mendedahkannya.
Ambiga: Jika tuntut rugi, bawa saya mahkamah
23 Mei 2012
"Saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan perjuangan yang membantu dari segi mental dan fizikal dalam membantah protes yang dijalankan oleh peniaga di hadapan rumah ini.
"Kalau mereka nak minta tuntutan bawalah saya ke mahkamah, jangan mengganggu ketenteraman dan jiran saya," kata Ambiga pada sidang media di hadapan rumahnya pagi tadi.
Ahli-ahli Parlimen membuat kenyataan media menyelar tindakan protes yang diadakan oleh beberapa badan bukan kerajaan (NGO) di hadapan rumahnya sejak kebelakangan ini.
Antara hadir ialah Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar; Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaafar.
"Saya rasa pihak berwajib Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menjalankan tugas dengan baik.
"Kawalan oleh penguat kuasa DBKL dan tindakan segera yang diambil ke atas jalan yang diconteng adalah satu tugas yang baik," tambah Ambiga yang juga bekas Presiden Majlis Peguam.
Kelmarin, Majlis Tindakan Peniaga-peniaga Kecil Kuala Lumpur menyediakan 60 tapak pasar malam dengan menggunakan cat kuning di sepanjang lorong menghala ke rumah Ambiga - sebahagian daripada tindakan mengadakan 'Bersih 4.0' - membantah perhimpunan Bersih 3.0.
Dalam pada itu, Nurul Izzah yang juga Naib Presiden PKR menolak protes anjuran Majlis Tindakan Peniaga-peniaga Kecil Kuala Lumpur sambil menyifatkannya sebagai tidak beradab.
Majlis Tindakan Peniaga-peniaga Kecil Kuala Lumpur bertegas mahu mengadakan pasar malam di hadapan rumah Ambiga esok dan lusa dengan disertai 60 peniaga yang mendakwa menanggung kerugian ekoran Bersih 3.0.
Nurul Izzah berkata, mereka yang membuat protes ini sepatutnya tampil membuat tuntutan kepadanya kerana beliau juga berada dan terlibat dengan himpunan Bersih 3.0.
"Tindakan mereka (peniaga) yang berkelakuan tidak sopan di hadapan rumah orang lain adalah perkara yang tidak beradab dan lari jauh dari norma kehidupan manusia.
"Mereka tak sepatutnya protes begitu, dan kenapa mereka hanya mengganggu Ambiga sahaja sedangkan saya juga terlibat dan berada dalam Bersih tersebut," kata beliau pada sidang media pagi tadi.
Sebelum ini, Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) turut menuntut kerugian Bersih 2.0 kepada Ambiga dengan mendirikan gerai burger di hadapan rumahnya.
Bekas angkatan tentera Malaysia juga telah membuat tunjuk perasaan dengan membuat senaman gelek punggung.
"Saya masih menunggu ada pihak yang akan tampil mengambil tindakan terhadap gejala ini dan bukan hanya pandang pada parti politik saja.
"Pihak berwajib perlu ambil tindakan pada mana-mana pihak yang bersalah tidak kira mereka orang Umno ataupun Pakatan Rakyat (PR)," tambah beliau.
Selebriti sertai Pas bukan untuk dakwah, tapi politik
23 Mei 2012
berpolitik.
Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, banyak saluran yang boleh digunakan jika benar mereka ingin berdakwah, termasuk menerusi badan bukan kerajaan (NGO) seperti Perkim atau badan agama yang lain.
"Kalau nak berdakwah tidak semestinya melalui PAS...boleh pergi ke masjid-masjid, menyertai Perkim atau sebagainya dan tidak perlu kepada parti politik," katanya kepada pemberita selepas Majlis Ramah Mesra Penjawat Awam dan Pemimpin Tempatan Negeri Kelantan, di sini malam tadi.
Mustapa berkata penjawat awam yang menyertai pembangkang selepas mereka berpencen, perlu menyedari jasa kerajaan selama ini yang mereka tidak pernah diabaikan.
"Bukan sahaja mereka dibela ketika bekerja malah ketika pencen hidup mereka jauh lebih selesa kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) pada hari ini tidak pernah mengabaikan mereka," katanya.
Beliau berkata pada masa yang sama, kerajaan menghormati pendirian mereka untuk menyertai pembangkang kerana negara mengamalkan konsep demokrasi.
"Ini negara demokrasi dan kita menghargai pendirian. Bagi saya penjawat awam itu janganlah lupa jasa kerajaan sehingga pencen pun tetap mendapat perhatian," katanya.
Mustapa berkata tidak ada negara lain seperti Malaysia yang melakukan segala yang terbaik agar penjawat awamnya hidup selesa sehingga mereka pencen. - Bernama
Video murtad sedia didedah Sempena Himpun di Melaka 27 Mei ini
23 Mei 2012
Perkara itu diumumkannya di hadapan 1,000 orang yang hadir pada program siri jelajah ‘Selamatkan Aqidah Umat’ di Pinggiran Batu Caves.
Menurutnya, pendedahan itu penting untuk membuktikan dakwaannya bahawa terdapat usaha menyebarkan agama Kristian dalam kalangan orang Islam dan ia bukan tuduhan semata-mata.
“Sebelum mendedahkan kepada umum kita perlu mendapatkan persetujuan daripada individu yang dipaparkan dalam video ini dan juga mendapatkan khidmat nasihat daripada peguam.
“Jika kedua-dua pihak ini bersetuju, kita tiada halangan untuk mendedahkan kepada umum video merakamkan paderi Melayu yang berjaya mengkristiankan 300 hingga 400 orang Islam,” katanya kepada Sinar Harian.
Beliau berkata, pihaknya mendapat permintaan tinggi daripada orang awam yang ingin mengetahui lanjut membabitkan murtad setiap kali menghadiri siri jelajah ‘Selamatkan Akidah Umat’
“Pentingnya video itu dipertontonkan kepada umum adalah untuk memberitahu kepada masyarakat tentang mudahnya orang Islam terutamanya golongan muda terpengaruh dengan usaha segelintir pihak dalam usaha mengkristiankan orang Islam.
“Keputusan sama ada bakal didedahkan kepada umum 27 Mei ini akan dimaklumkan kelak dan orang awam diharap dapat menunggu,” katanya.
Hasan turut mengulas tentang hasratnya untuk membuat 10 tuntutan sekiranya berjaya mengumpulkan ahli seramai 100,000.
Katanya, tuntutan pertama yang akan dibawa kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ialah mewajibkan pengambilan peperiksaan Pendidikan Islam bagi pelajar peringkat Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
“Tuntutan lain akan diusulkan kemudian dan setakat ini seramai 4,000 ahli berjaya dikumpulkan,” katanya.
Isu RM10j: MP Kapar mahu saman Dr Khir
23 Mei 2012
Beliau berkata kenyataan tersebut sama sekali tidak berasas dan sengaja mahu mengaibkan dirinya sebagai seorang Ahli Parlimen.
“Saya tegaskan lagi, kali pertama saya terjumpa dia (Dr Khir) pada pertemuan di Hotel Blue Wave itu dan kalau benar saya ada beberapa kali hubungi beliau sebelum pertemuan di Hotel Grand Blue Wave sila kemukakan bukti ,” katanya pada sidang media khas, semalam.
Turut hadir Ahli Parlimen Kelana Jaya ,Gow Burne Loh dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad.
Menurutnya tindakan menyaman bekas menteri besar itu terpaksa diambil berikutan Dr Khir sebelum ini mendakwa beliau ada bertemunya selepas ceramah di Kuala Selangor pada akhir 2008 meminta sejumlah wang untuk keluar parti sedangkan perkara itu tidak berlaku.
Beliau yang juga Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK) akan membuat laporan polis hari ini berhubung artikel yang dikeluarkan oleh portal Sel13.com kerana menyiarkan berita tidak benar mengenai dirinya.
“Saya akan buat laporan di Balai Polis Meru melibat individu bernama Fakhrul Radzi Adam yang dan juga portal Sel13.com kerana terbabit menyiarkan fitnah jahat terhadap diri saya,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan