Ahad, 13 Mei 2012

KEBAJIKAN MAKNA MEMBUAT PERKARA2 YANG BENARKAN OLEH SYARAK...YANG DIBERI PAHALA OLEH ALLAH...DAN TIDAK MEMBUAT PERKARA2 YANG DILARANG OLEH ALLAH...FAHAM CARA MUDAH...'MARILAH KITA MEMBUAT KEBAJIKAN DAN BUKAN MEMBUAT MAKSIAT SERTA PERKARA YANG DILARANG QURAN(DARI FIRMAN ALLAH SWT..)

Negara Berkebajikan: Kini dalam English dan Mandarin

Hazayani Zakaria, 13 Mei 2012

(Salahudin bersama Tuan Ibrahim dan Mazlan dalam sidang media hari ini)
KUALA LUMPUR: Buku 'Negara Berkebajikan: Tawaran PAS' diterjemahkan ke Bahasa Inggeris dan Mandarin bagi memastikan isi kandungan dokumen tersebut dapat difahami oleh semua bangsa dan kaum.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, buku kedua-dua versi itu akan dilancarkan pada 27 Mei di kedai buku MPH Bangsar, jam tiga petang.

"Ini menujukkan betapa seriusnya PAS untuk memberikan kefahaman tentang konsep negara berkebajikan yang telah diterbitkan dalam versi Bahasa Malasysia sebelum ini.

"Untuk memudahkan semua pihak mendapat maklumat, kita terjemahkan ke dalam bahasa lain," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini, hari ini.

Beliau juga berkata, kemungkinan buku tersebut juga akan diterjemahkan ke Bahasa Tamil dalam masa terdekat.

Buku versi Bahasa Melayu dilancarkan pada 11 Disember tahun lalu oleh Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Buku tersebut menggariskan tentang konsep, polisi dan agenda yang akan ditawarkan oleh PAS bersama Pakatan Rakyat sekiranya diberi peluang mentadbir negara.

AMK beri 3 sebab tolak Hanif

Anis Nazri, 13 Mei 2012
KUALA LUMPUR: Tiga sebab mengapa, bekas Ketua Polis Negara, Tun Haniff Omar boleh dipertikaikan kredibilitinya selaku pengerusi panel tersebut.

Pertamanya, beliau bersikap prejudis ketika mengeluarkan kenyataan sebelum ini, kononnya Bersih 3.0 didalangi oleh pihak pro-komunis.

Kenyataan itu dilihat sebagai satu kenyataan yang sangat tidak bertanggungjawab, malah terkeluar dari norma realiti politik negara.

Kenyataan tanpa fakta, yang digembar-gembur secara bersistematik, memperlihatkan Bersih 3.0 seolah-olah satu gerakan yang 'kotor'.

Kedua, orang ramai tidak pernah lupa tentang Tun Haniff dengan kalimah keramat beliau, di mana beliau tidak pernah menjumpai ayat di dalam Al-Quran yang mengharamkan judi.

Dalam keadaan prinsip keadilan asas di dalam Al-Quran pun masih gagal beliau fahami, bagaimana beliau mampu mengemudi sebuah panel yang bertanggungjawab menyiasat gerakan Bersih yang menuntut keadilan dalam sistem pilihanraya Malaysia?

Dan yang ketiganya, bagaimanakah seorang mantan Ketua Polis Negara, mampu mengheret institusi yang pernah beliau pimpin selama 20 tahun ke kancah pengadilan, sedangkan Bersih 3.0 menyaksikan keganasan pihak polis berada pada tahap yang paling parah dalam sejarah penyuraian perhimpunan aman yang berlaku di Malaysia.

Atas tiga sebab ini, Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) menggesa rakyat Malaysia menolak pelantikan Tun Haniff, sekaligus hasil siasatan panel ini sekiranya beliau tidak digugurkan.

Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin, berkata sejarah perundangan dilengkapi dengan penegasan bahawa 'keadilan itu bukan sekadar perlu dilaksanakan, tetapi mesti dilihat dilaksanakan'.

Memperlihatkan kepada prinsip ini, beliau berpandangan pelantikan Tun Haniff Omar itu satu langkah terkebelakang, menempangkan proses keadilan dan membuktikan kerajaan BN terdesak untuk memulihkan keyakinan rakyat.

"Malah, pelantikan ini sebenarnya hanyalah satu strategi mainan media Umno-BN yang bertujuan untuk terus-menerus mengalihkan pandangan rakyat daripada menekankan soal reformasi sistem pilihanraya, dengan memfokuskan kepada isu siasatan yang 'bebas' di bawah panel yang diketuai oleh individu yang 'tidak bebas'," tegas beliau kepada Harakahdaily.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pelantikan Tun Haniff sebagai Pengerusi Panel Bebas bagi menyiasat kejadian sebenar pada perhimpunan Bersih 3.0, 28 April lalu.

Selain Tun Haniff, bekas Ketua Hakim Borneo, Tan Sri Steve Sim; Pengarah Urusan Kumpulan Akhbar Sinar Harian, Datuk Husammuddin Yaacub; Penasihat Undang-undang Kumpulan Akhbar Sin Chiew, Liew Peng Chuan; Pengurus Besar Kanan Hal Ehwal Korporat Petronas, Datuk Medan Abdullah; dan pakar psikologi Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Dr Ruszmi Ismail.

Kerajaan juga dikatakan menolak sebarang wakil pemerhati dan siasatan daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Mengulas lanjut, Shamsul Iskandar dalam kes siasatan Bersih ini, panel yang dilantik harus meraih keyakinan rakyat, bukan keyakinan polis semata-mata.

Maka, tambah beliau tindakan melantik pihak yang tepat sebagai pengerusi adalah sesuatu yang maha penting dan ia terbukti bahawa Tun Haniff bukan individu yang sesuai.

Susulan itu, AMK berpandangan, sewajarnya Tun Haniff, atas integriti selaku bekas Ketua Polis Negara, beliau perlu mengundur diri secara terhormat.

Antara perkara utama adalah kaji hapus tol

Muhammad Faizal, 13 Mei 2012

(Orang ramai berdemo bantah tol Batu Tiga dan  Sungai Rasau)
SUBANG JAYA: Ahli Parlimen Shah Alam, Abdul Khalid Samad hari ini memberitahu apabila Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya, antara perkara yang utama akan dipertimbangkan adalah menghapuskan tol bagi mengurangkan beban rakyat.

Beliau yang ditemui ketika himpunan hapuskan tol di Tol Batu Tiga memberitahu apa yang dilakukan ini adalah tindakan rakyat untuk mendesak kerajaan agar menghapuskan tol di Lebuhraya Persekutuan iaitu Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau.

Lebih kurang seribu orang hadir bagi mendesak tol dihapuskan di kedua-dua tempat iaitu Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau.

Bayaran yang dikenakan sebanyak RM1 bagi Tol Sungai Rasau dan RM1.10 untuk kepada sebuah kereta telah mengakibatkan kesesakan yang teruk setiap awal pagi dan juga petang.

Turut hadir pada himpunan tersebut adalah exco kerajaan negeri, Ronnie Liu, Adun Seri Muda, Suhaimei Shafiei dan juga Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin.


(Khalid Samad berucap kepada yang hadir)

"Ini merupakan satu program yang ditunjukkan oleh rakyat agar kedua-dua tol di Lebuhraya Persekutuan dihapuskan dengan segera supaya ia tidak terus membebani rakyat.

"Kita menjangkakan sepanjang tiga puluh tahun operasi tol ini, syarikat tersebut sudah mendapat kembali modal yang mereka keluarkan malah telah mendapat keuntungan yang berlebihan," kata Khalid.

Tambahnya Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau merupakan tol yang terawal beroperasi di bawah kendalian Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) hampir tiga puluh tahun operasi.

"Tol ini merupakan yang paling laris dan mustahil jika pihak Plus belum mendapat apa-apa keuntungan dari pengoperasian mereka.

"Malah sebelum tol ini beroperasi, lebuhraya persekutuan telah wujud lebih awal iaitu sekitar tahun 60an bagi menghubungkan Kuala Lumpur dan Pelabuhan Klang," sambung beliau yang turut serta dalam himpunan tersebut.

Maka atas dasar tersebut, Khalid berpendapat tol ini sudah sepatutnya dihapuskan.

Menurutnya lagi, kewujudan kedua-dua tol tersebut telah menyebabkan berlakunya kesesakan lalulintas yang teruk pada awal pagi dan waktu petang.

"Matlamat mewujudkan lebuhraya adalah untuk mengurangkan kesesakan lalulintas tetapi kalau tol menyebabkan kesesakan melampu saya pasti matlamat mewujudkan lebuhraya ini tidak akan tercapai.

"Bagi saya penghapusan tol ini selain dapat membebankan kos sara hidup rakyat ia juga dapat mengurangkan kesesakan lalulintas," tambah beliau lagi.

Rai beza pendapat, fokus dasar bersama Pakatan

Hazayani Zakaria, 13 Mei 2012

(Pimpinan PAS dalam sidang media hari ini)

KUALA LUMPUR: PAS berpendirian isu hudud sudah lama selesai dan Pakatan Rakyat harus menumpukan perhatian kepada isu-isu bersama seperti yang termaktub dalam Buku Jingga.

Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, PAS akan terus bersama-sama Pakatan Rakyat dalam menangani masalah kemiskinan, menegakkan keadilan, mempertahankan Islam sebagai agama persekutuan, kebebasan mengamalkan agama-agama lain dan kedudukan Raja-Raja Melayu.

"Saya tidak mahu ulangi lagi (kenyataan tentang hudud) kerana saya mahu tumpu perkara yang sekarang. Perkara itu (hudud) tunggu kita memerintah dahulu. Sekarang kita tumpu cabaran pilihan raya ke-13.

"Saya berpijak di atas apa yang saya buat. Isu (hudud) ini tak berbangkit. Isu ini dah selesai kita bincang dulu," kata beliau pada sidang media di ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini, hari ini.

Abdul Hadi berkata demikian ketika menjawab soalan wartawan berhubung kenyataan karpal yang mahu beliau berhenti mengeluarkan kenyataan mengenai hudud.

Beliau juga berkata, perbezaan pendapat merupakan perkara biasa yang harus diraikan.

"Kalau ada perbezaan, itu perbezaan yang kita raikan antara satu sama lain," katanya.

Sebelum ini, Abdul Hadi dilaporkan berkata, isu hudud bukan menjadi fokus dan isu utama  PAS dalam pilihan raya ini.
Umno Seleweng Harta Rakyat; Guna Bas Kerajaan Angkut Peserta Himpunan
Posted on Sunday, May 13 @ 00:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Sumber Buletin Online

KUALA TERENGGANU - Umno negeri Terengganu telah menyalahgunakan berpuluh-puluh kenderaan kerajaan negeri Terengganu bagi mengangkut para peserta ke program sambutan ulangtahun 66 tahun penubuhan parti itu semalam di ibu negara Kuala Lumpur.
Ahli Jawatankauasa Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu, Dr AzmanIbrahim kesal dengan tindakan parti itu yang sewenang-wenangnya menggunakan harta rakyat seolah-olah harta tersebut milik Umno.

Menurutnya, antara kenderaan tersebut adalah bas Jabatan hal Ehwal Agama Terengganu digunakan untuk mengangkut peserta yang terdiri daripada kalangan Pemuda Umno Batu Rakit.

Katanya, tindakan tersebut menunjukkan Exco Agama dan Penerangan Negeri, Khazan Che Mat menyalahgunakan kedudukannya untuk kepentingan parti.

“Exco agama salah guna harta kerajaan, demi mencapai hasrat kononnya menghimpunkan 100,000  manusia di Stadium Bukit Jalil sempena sambutan 66 tahun Umno semalam,

“Adun Batu Rakit (itu) menyalahgunakan bas Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu untuk mengangkut pemuda-pemuda dari kawasan yang diwakilinya”ujarnya ketika menghubungi Buletinonline.

Beliau yang juga Naib Yang DiPertua PAS Setiu berkata, Khazan yang juga pimpinan Umno Setiu sebagaimana biasa menyalah gunakan harta kerajaan.

Beliau berkata, bas tersebut telah dikesan di sekitar Pusat Dagagan Dunia Putra (Putra World Trade Centre – PWTC) pada Jumaat  11 Mei.

Menurutnya, perkara yang sama turut dikesan di beberapa buah hotel disekitar ibu Negara dimana beliau mendapati banyak kenderaan-kenderaan milik beberapa Jabatan Kerajaan Negeri Terengganu yang disalahgunakan.

Justeru beliau menggesa kerajaan mendedahkan kepada rakyat kaedah dan peruntukan mana yang membolehkan kenderaan kerajaan boleh dimanipulasi untuk meramaikan manusia ke program Umno.

Katanya, Umno juga perlu memperincikan sumber pendapatan mana yang digunakan menyewa beratus-ratus bas swasta bagi tujuan yang sama.

Umno Seleweng Harta Rakyat; Guna Bas Kerajaan Angkut Peserta Himpunan 

Pakatan angkat profesionalisme polis jika diberi mandat- Anwar
Posted on Saturday, May 12 @ 00:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Sumber KeadilanDaily

MELAKA 13 Mei: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Pakatan Rakyat berjanji akan mengangkat profesionalisme polis ke tahap yang lebih baik sekiranya gabungan itu diberi mandat pada pilihan raya umum nanti.Berucap di hadapan lebih 2000 hadirin di Klebang, Melaka malam tadi, Anwar menyeru anggota polis supaya berhemah dan tidak sekadar menjadi alat parti pemerintah.

“(Sebab itu) saya nak ingatkan, polis jangan bersikap tidak adil dan terlalu mengikut telunjuk kerajaan Umno BN.

“Kita pula jangan sesekali anggap polis sebagai musuh, kerana sebilangan besar mereka sebenarnya baik. Hanya mereka yang bersalah sahaja perlu dihukum.
“Kita juga perlukan mereka, justeru antara jaminan kita selepas membentuk kerajaan nanti adalah mengangkat profesionalisme polis ke tahap yang lebih baik,” kata Ketua Pembangkang itu lagi.
Beliau merujuk tindakan polis membelasah peserta dan petugas media semasa perhimpunan Bersih 3.0, 28 April lalu sehingga sehingga menyebabkan kecederaan.
Rakaman dan gambar yang disebar di internet juga menunjukkan keganasan yang dilakukan polis terhadap peserta Bersih termasuk membelasah mereka beramai-ramai.
Polis juga melanggar garis panduan operasi polis (SOP) apabila merampas kamera dan kad memori wartawan yang merakam keganasan mereka.
Anwar berkata, 300,000 peserta yang menghadiri Bersih 3.0 bagi menuntut pilihan raya yang lebih adil membuktikan landskap politik negara sudah berubah.
“Inilah semangat baru rakyat Malaysia, dan untuk itu saya ‘salute’, terutamanya kepada golongan muda,” katanya yang dibalas tepukan gemuruh hadirin.
Antara pemimpin yang hadir di program ‘Merdeka Rakyat – Pasca Bersih 3.0′ itu ialah Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin, Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Melaka, Ustaz Mohd Noor Omar dan dan Ahli Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him.
Umno cuba mencetuskan kekacauan sepanjang program, apabila menganjurkan ceramah pada jarak kurang 50 meter dan memenuhi jalan ke tapak ceramah Pakatan sehingga mengganggu penduduk yang menuju ke sana.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=30288
Pakatan angkat profesionalisme polis jika diberi mandat- Anwar »  

Alat pengesan UNDI HANTU dilancarkan...heiii hantuuuu....mana mau lari haaaa...
Posted on Friday, May 11 @ 06:31:30 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Blog Sharpshooter


Keadilan hari ini memperkenalkan Sistem Menang Pilihanraya (SISMEP) bagi membantu mengesan pengundi-pengundi hantu yang terdapat di dalam senarai pemilih yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR).


Timbalan Presiden Keadilan, Azmin Ali memaklumkan SISMEP mampu mengesan perbezaan senarai pengundi yang berdaftar serta kawasan mengundi sejak 2004 hingga 2011.

“SISMEP ini akan memudahkan petugas-petugas Pakatan Rakyat untuk mengesan kehadiran pengundi-pengundi hantu di kawasan mengundi,” katanya dalam satu sidang media selepas merasmikan Pusat Media Keadilan Selangor di sini.

Menurutnya, petugas parti hanya perlu memasukkan no kad pengenalan pengundi untuk mengesan samada pengundi tersebut benar-benar menjadi pengundi bagi kawasan tersebut.

Dengan adanya sistem ini, petugas pilihanraya boleh menghalang kehadiran pengundi-pengundi hantu yang dihantar bertujuan untuk memenangi undi sesebuah kawasan itu seperti yang berlaku sebelum ini.

Azmin juga memberitahu pihaknya tidak keberatan untuk berkongsi penggunaan SISMEP ini bersama rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat.

Sebagai permulaan, SISMEP ini akan dilancarkan di Perak bagi menguji keberkesanannya.

Sebelum itu, dalam ucapan perasmiannya Azmin menegaskan media seharusnya bebas daripada kongkongan parti pemerintah dan meminggirkan kepentingan rakyat.

“Media sepatutnya pro-rakyat dan bukannya pro-perasuah dan pro-perompak yang mengaut keuntungan daripada rakyat,” katanya.

Selain itu, Ketua Penerangan Keadilan Selangor, Shuhaimi Shafiei berkata, media arus perdana perlu kembali ke jalan yang betul dengan menyiarkan fakta sebenar berkenaan sesuatu isu dan bukan hanya menjadi bahan mainan Umno-BN.

“Jangan merendahkan imej kewartawanan hanya kerana ingin mendapat keuntungan dengan fitnah yang dimainkan selama bertahun-tahun dibawah kerajaan Umno-BN,” katanya.

Majlis Hi-Tea dan Ramah Mesra Pemimpin Keadilan Selangor bersama Rakan Media serta Perasmian Pusat Media Keadilan Selangor diadakan di Pejabat Keadilan Selangor di Lembah Subang, Petaling Jaya.

Majlis ini dihadiri Naib Presiden Keadilan, Datuk Mansor Othman, Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin Adun Taman Medan, Haniza Talha, Adun Batu Caves, Amirudin Shari serta barisan kepimpinan Keadilan Selangor.

Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/



Gambar-Gambar Artis Terkenal Serah Borang Masuk Pas...
Posted on Friday, May 11 @ 22:21:18 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: usamah

"

Pyan Habib mendeklamasi  puisi


Penyanyi Terkenal Aishah turut hadir memberikan ucapan

Tuan Guru Nik Aziz bersama Dato DR Chua Jui Meng

Penyanyi Aishah menyerahkan borang kemasukan ahli PAS kepada Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat

Tuan Guru Nik Aziz memberikan ceramah

Suasana di dalam dewan yang penuh dengan orang ramai yang hadir di Taman Melewar

Telok Bakong Online juga tidak ketinggalan membuat siaran video secara langsung pada ceramah Perdana malam tadi dari Taman Melewar

Tuan Guru Nik Aziz sedang minum bersama En Tamrin Ghafar baba

Lambaian Tok Guru

DR Chua Jui Meng turut memberikan ucapan

Wakil dari UMNO En Tamrin Ghafar Baba turut hadir di Taman Melewar memberikan ceramah beliau
telok bakong online

Puluhan Ribu Membanjiri Program Di Stadium Mini Guar Chempedak,Kedah
Posted on Saturday, May 12 @ 20:08:43 PDT
Dilulus untuk paparan oleh aya

Oleh YB Nasir Zakaria

Dimulakan dengan lagu Negaraku, lagu Amal dan lagu Rasmi PAS.. Puluhan ribu bersedia bertempur dalam PRU 13. Ribuan anak muda. Ribuan Dewan Himpunan Penyokong PAS. Ayuh!! Jangan Gadai Negara.. Ubah Segera, Selamatkan Malaysia.

Berpuluh ribu ahli PAS Kedah berhimpun bermunajat kepada Allah memohon agar Allah menganugerahkan kemenagan dunia akhirat d Guar Chempedak




Tiada ulasan: