Mavi Marmara: Turki dakwa 4 pegawai Israel
28 Mei 2012
Misi kemanusiaan itu dalam perjalanan ke Gaza untuk membantu rakyat Palesitn.
Bekas ketua staf tentera, Gabi Ashkenazi dan bekas ketua risikan tentera, Mejar Jeneral Amos Yadlin, Panglima Tentera Laut, Laksamana Muda Eliezer Marimm dan ketua risikan tentera udara, Brig Jeneral Avishai Levi akan dibicarakan tanpa kehadiran mereka.
Sembilan aktivis pro-Palestin terbunuh apabila diserang oleh angggota tentera yang menyerbu Mavi Marmara.
Mahkamah Tinggi Jenayah Ketujuh Istanbul hari ini secara sebulat suara menerima pertuduhan yang dikemukakan minggu lalu oleh pendakwa raya Turki, demikian menurut akhbar bahasa Inggeri Turki, Today's Zaman.
Ketika itu misi tersebut turut disertai oleh beberapa rakyat Malaysia.
Pendakwa raya mahu keempat-empat pegawai itu berhadapan dengan hukuman penjara sepanjang hayat, demikian menurut agensi berita Turki, Anatolia.
Israel enggan bekerjasama dengan Turki dalam mengenakan tindakan pendakwaan berhubung kejadian itu.
Jika mereka disabitkan kesalahan, mahkamah Turki boleh mengeluarkan waran tangkap ke atas mereka.
Kapal itu dihalang oleh tentera laut Israel di perairan antarabangsa ketika dalam perlawanan ke arah Gaza pada 31 Mei 2010.
Insiden itu telah menjejaskan hubungan diplomatik antara Turki dan Israel.
Laporan dua tahun lalu menyebut bahawa 12 orang rakyat Malaysia berada di atas kapal Mavi Marmara ketika diserang tentera Israel.
Mavi Marmara, sebuah kapal Turki ialah satu daripada konvoi kapal yang membawa bantuan kemanusiaan untuk penduduk Gaza.
Pada September lalu, Turki mengancam untuk membawa Israel ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa di The Hague berhubung tindakannya ke atas kapal itu.
Amaran Umno saman PKR jika terus fitnah
28 Mei 2012
Ketua Umno Lembah Pantai, Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, pihaknya memberi amaran yang pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang jika Pakatan Rakyat (PR) memfitnah mereka secara berterusan.
"Jika kami benar-benar bersalah, kemukakan bukti yang kukuh. Video yang diserahkan itu belum cukup kukuh untuk menunjukkan Umno bersalah," kata beliau pada sidang media selepas menyempurnakan majlis "Santai Pemimpin Bersama Pesara Lembah Pantai.
Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar menyerahkan rakaman video kepada polis berhubung insiden itu bagi membuktikan Umno benar-benar terlibat dalam serangan tempoh hari.
Beliau yang juga Naib Presiden PKR menyerahkan dua pautan video yang disiarkan dalam portal, menunjukkan provokasi dimulakan Umno.
Raja Nong Chik yang juga Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar berkata, PKR cuba menimbulkan isu ini dan menggunakan video untuk meraih undi penduduk kawasan Lembah Pantai.
"Mereka sepatutnya menumpukan matlamat parti dan membuktikan perubahan yang mampu mereka lakukan apabila memerintah kelak, bukan menggunakan politik kotor ini," kata beliau lagi.
Tambah beliau, pihaknya sedia menerima hukuman pihak berkuasa jika ahli Umno benar-benar bersalah memulakan insiden itu.
Seorang warga emas cedera di kepala terkena objek keras dan seorang kanak-kanak berumur 12 tahun patah tangan terkena bata ketika berada dekat kawasan ceramah.
"Kami tetap dengan pendirian tidak akan menyalahkan mana-mana pihak sama ada Umno atau PKR yang memulakan insiden ini kerana perkara ini masih berada dalam siasatan," ujar beliau lagi.
Beliau juga menyarankan agar ceramah dan sebarang majlis berkaitan parti politik sewajarnya dibuat di kawasan tertutup dan tidak mengganggu penduduk kawasan sekitar.
Beliau turut menambah, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak layak menjadi calon Perdana Menteri kerana tidak mampu mengawal keadaan pada malam kejadian, sebaliknya mengeluarkan perkataan kesat yang ditujukan kepada Umno.
BR1M ke-2 makna BN gagal kawal kos hidup
28 Mei 2012
"Jika kali kedua BR1M ini diberikan, ia membayangkan kegagalan Perdana Menteri mengawal sara hidup rakyat.
"Pemberian BR1M kali pertama nyata tidak membantu kurangkan beban sara hidup rakyat seperti mana Najib uar-uarkan untuk meringankan beban sara hidup rakyat," kata beliau pada sidang media hari ini.
Semalam, Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek melahirkan pandangan agar BR1M diberi untuk kali kedua.
Malah BR1M, yang diperkenalkan menerusi Bajet 2012, perlu dilanjutkan buat kali kedua sesuai dengan keadaan ekonomi semasa, kata beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN) yang lain.
Rafizi juga mendakwa BR1M yang diberikan oleh kerajaan pada awal tahun ini adalah satu proses untuk meraih undi daripada rakyat.
"Pemberian BR1M kali kedua berlaku kerana jangkaan tarikh pilihan raya pada awal tahun ini meleset dan ini adalah strategi Umno-BN untuk pancing undi.
"Saya juga tak fikir BR1M kali kedua ini mudah dilaksanakan kerana mereka telah berhutang dan perlu pergi ke Parlimen untuk peroleh bajet untuk tujuan tersebut," tambah Rafizi.
Salleh: Jangan politikkan dokumen 20 Perkara
28 Mei 2012
Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah itu berkata Barisan Nasional (BN) terus memperjuangkan asas-asas dalam dokumen itu tetapi hakikatnya ialah 20 Perkara itu hanya memorandum dan bukan perjanjian yang ditandatangani.
"Ada di antara perkara tersebut yang telah dimasukkan ke dalam dokumen perjanjian Malaysia dan Perlembagaan Negara.
"Hak rakyat Sabah dan negeri Sabah pasti terbela oleh Barisan Nasional dan pada pandangan saya, kita hormati pandangan masing-masing dan saya sendiri tidak pernah menyentuh soal "kesahihan" dokumen 20 Perkara kerana ia bukan perjanjian cuma memorandum," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Semalam, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata kandungan dan semangat dokumen 20 Perkara bagi melindungi Sabah berikutan pembentukan Malaysia sah dan relevan hingga bila-bila kerana ia termaktub dalam laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) dan Perlembagaan Persekutuan.
Anggota Parlimen Kota Marudu itu berkata 20 Perkara yang dimuatkan dalam satu memorandum oleh tujuh parti politik pada 1962 dan dikemukakan kepada IGC itu, bukan dokumen rasmi kerajaan, tetapi semata-mata satu memorandum politik.
Bagaimanapun, apa yang rasmi mengenainya ialah perbincangan dan penerimaan perkara berkenaan oleh IGC dan akhirnya penerapannya ke dalam Perjanjian Malaysia serta Perlembagaan Persekutuan, kata Ongkili.
Salleh yang bersetuju dengan pandangan itu berkata beliau turut menyatakan perkara yang sama ketika merasmikan Bengkel Cyber Troopers Pemuda BN Sabah di sini pada Jumaat tanpa menyentuh kesahihan dokumen 20 Perkara.
"Saya telah mengingatkan anak-anak muda agar tidak mudah terpengaruh dengan pembangkang yang sering membangkitkan isu perkara 20 bagi meraih sokongan rakyat," katanya.
Salleh turut menegaskan bahawa kerajaan BN benar-benar berjuang untuk membela nasib rakyat Sabah.- Bernama
Bekas Presiden Akim sertai Pas
26 Mei 2012
Beliau yang juga bekas Pengerusi Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) Kelantan berkata, tindakan tersebut dibuat susulan kekecewaannya terhadap parti Kita yang tidak memperjuangkan Islam dan Melayu sebagai asas perjuangan.
Menurutnya, tujuan parti Akim ditubuhkan untuk memperbetulkan akidah mana-mana pihak dalam parti dan bukan mahukan kuasa yang diketahui menjadi milik parti gergasi, Pas dan Umno.
“Dulu, Akim untuk orang Islam sahaja, namun sekarang ini, sejak ditukarkan kepada Kita, dasar daripada Islam ditukarkan kepada nasionalisme (iaitu untuk pelbagai kaum),” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.
Akim ditubuhkan sejak 1995 di Kelantan yang dianggotai lebih 3,000 ahli sebelum diambil alih Datuk Zaid Ibrahim dan menukar kepada parti Kita.
Zakaria berkata, dengan perubahan iaitu memasukkan pelbagai kaum, ia seolah-olah parti itu tidak lagi menjaga kepentingan kaum Melayu dan Islam.
Zakaria menyatakan rasa kecewa dengan pemimpin yang membuat keputusan tanpa mengadakan perbincangan terlebih dahulu.
“Sebelum menyertai Akim, saya adalah ahli Pas, namun saya bersama arwah abang yang juga Pengasas Akim, Musa Salleh keluar dari Pas pada 1995 untuk pertubuhan Akim dan meletak jawatan dengan parti itu pada 2010,” katanya yang mengisi borang menyertai Pas pada tarikh itu di Dewan Undangan Negeri (Dun) Salor.
Katanya, beliau kembali semula ke pangkuan Pas setelah meneliti parti lain yang tidak sama perjuangan Islam yang dibawa kepimpinan ulama, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Nik Aziz: Bertindak ganas bukan Pas, tapi Umno
26 Mei 2012
Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, Pas tidak pernah membuat kacau dan menimbulkan keganasan tetapi sebenarnya tindakan-tindakan sedemikian dimulakan oleh pihak Umno dengan melakukan pelbagai provokasi sejak kebelakangan ini.
"Kenyataan ini terbalik. Pelbagai keganasan dilakukan oleh Umno termasuk menimbulkan suasana panas dengan melakukan tindakan tidak bermoral di depan rumah Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk S Ambiga.
"Apa ni? Tindakan mengadakan senaman 'tonggeng' itu bukan budaya Melayu. Kita orang yang beradab dan beretika... semua ini adalah budaya luar yang dibawa oleh Umno," katanya kepada pemberita.
Terdahulu, beliau merasmikan Muktamar Dewan Ulama Pas Kali ke-41 di Markas Dewan Ulama Labok di sini, hari ini.
AKAN MENYUSUL
Azmin: PRU uji ‘budaya harapan PR, budaya menakut BN’
26 Mei 2012
“Culture of fear (yang dibawa) oleh Umno/BN yang idealisme perjuangan dan menggunakan budaya samseng untuk menakut-nakutkan.
“Sebaliknya 'culture of hope' oleh PR membawa harapan baru serta kejayaan pentadbiran di negeri di bawah PR di samping dasar baru yang akan dibawa dalam PRU13," katanya yang menghadiri majlis Pelancaran Sismep 3.0 dan penyerahan bahan pilihan raya kepada cabang-cabang PKR Kedah dan Perlis semalam.
Ketika bercakap kepada pemberita, Azmin berkata, beliau yakin dengan kepimpinan Menteri Besar Kedah dan Barisan Exco Kerajaan Negeri, yang disifatkannya mampu membawa perubahan besar terhadap sokongan rakyat untuk PR di negeri itu.
Menurutnya, kejayaan pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah akan melonjakkan lagi sokongan rakyat sama ada di peringkat Dun atau Parlimen.
“Saya yakin, setelah melihat kepada kepimpinan Menteri Besar dan Exco, kita dapat lihat satu perubahan besar dengan dasar-dasar yang dilaksanakan cukup telus, terbuka serta member perhatian kepada rakyat,
“Cerita kejayaan ini akan melonjakkan sokongan rakyat dalam pilihan raya umum akan datang," katanya.
Azmin berkata, isu tender terbuka seperti yang didakwa pembangkang di negeri ini seharusnya disertakan dengan bukti yang kukuh.
“Apa yang saya lihat, sepanjang tempoh empat tahun ini, mereka lebih berminat melemparkan fitnah dan propaganda.
“Tiada perkara yang ingin kita sorokkan, kita cukup telus dan memaklumkan dasar-dasar yang digunakan, malah tidak berhasrat menyembunyikan sebarang fakta termasuk di negeri ini dan negeri lain di bawah PR," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan