Ahad, 13 Mei 2012

JADI ORANG PERASAN DAN SYOK SENDIRI....KADANG2 SYOK JUGA TENGOK...KADANG2 MELUAT JUGAK...RASA ORANG MASIH SOKONG...ORANG SUKA...BAGAIMANA ORANG NAK SUKA...KALAU BERJUANG UNTUK KEPENTINGAN DIRI SEMATA2...RASA2 ADA CAN@PELUANG MENANGKE...PAKAI TIKET APA PULAK....

'Kenapa sekarang orang tergamak pukul polis?'
Seorang bekas anggota sukarela "home guard" atau pengawal kampung semasa zaman penjajahan British pada 1956, meminta pihak-pihak tertentu agar jangan merosakkan keamanan negara yang telah terbina sejak sekian lama.

Lau Kau, 72, yang pernah menjadi anggota pasukan pada tahun berkenaan di Kampung Layang-Layang, Johor berkata kesengsaraan rakyat ketika itu tidak boleh dibayangkan akibat kekejaman komunis.

"Zaman itu rakyat semua takutkan komunis. Rakyat hidup susah. Kami ketika  itu sudah pandai pegang senjata walaupun umur masih muda.

"Sekarang negara kita sangat aman. Kenapa mahu rosakkan negara ini? Kenapa mahu buat kacau berhimpun macam di Kuala Lumpur? Ini tidak baik kepada negara kita dan generasi muda," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Lau dipercayai satu-satunya anggota berbangsa Cina di Kelantan menerima  sagu hati khas kerajaan berjumlah RM3,000 kepada bekas polis yang berkhidmat semasa zaman darurat, baru-baru ini.

Lau menyertai anggota "home guard" ketika berusia 16 tahun yang ketika itu bertugas untuk mengawal keamanan kampung baru daripada ancaman komunis oleh kerajaan British pada masa itu.

"Tidak semua orang Cina menyokong komunis seperti saya dengan ramai lagi orang muda yang sebangsa saya menyertai home guard.

"Gaji kecil tetapi kami berbangga jaga kampung daripada ancaman komunis dan  pernah berperang dengan komunis yang cuba masuk ke kawasan kami," katanya.

Selepas tamat menyertai pasukan itu kira-kira enam tahun kemudian, Lau  kemudiannya bekerja di beberapa tempat sehingga yang terakhir sebagai penebang balak di negeri ini.

Ketika meniti usia emas dan mengharapkan keamanan negara berkekalan, Lau kecewa dengan langkah pihak tertentu yang mengadakan perhimpunan di ibu negara baru-baru ini sehingga menyebabkan kerosakan harta benda awam dan kecederaan kepada petugas media dan anggota polis.

"Saya sedih bila lihat polis yang tugasnya jaga keamanan kena pukul oleh perusuh. Kena ingat sama dia, kalau tidak ada polis bagaimana negara boleh aman macam ini.

"Kenapa sekarang orang tergamak pukul anggota polis. Mahukah kita negara jadi tidak aman? Tolonglah jaga negara kita," katanya.

Lau berkata rakyat Malaysia terutama generasi muda mesti mempelajari sejarah silam negara dan mempelajari tentang bagaimana sukarnya pejuang terdahulu menuntut kemerdekaan negara.

Mengulas pemberian sagu hati khas itu, beliau berkata ia membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap bekas anggota pengawal kampung yang berkhidmat pada zaman darurat itu.

"Saya sangat gembira kerana kerajaan ingat jasa orang macam kami. Kerajaan  yang ada sangat bertimbang rasa," katanya.

Lau turut berharap bekas anggota pasukan itu dapat diberikan pencen bulanan oleh kerajaan walaupun dengan jumlah yang kecil.
Azmin cabar Najib bubar Parlimen esok
MOHD ISKANDAR OTHMAN
13 Mei 2012
Azmin cabar Najib bubar Parlimen esok
Azmin (empat, kanan) melepaskan konvoi selepas menyerahkan peralatan persiapan PRU13 hari ini.
GEORGETOWN - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dicabar segerakan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sekiranya beliau merasakan sokongan rakyat kepada Umno semakin kukuh dan kuat.

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berkata, tindakan Najib menangguhkan pilihanraya dengan menggunakan pelbagai taktik menunjukkan Umno belum lagi bersedia untuk berhadapan dengan rakyat selain hilang keyakinan dan kepercayaan di kalangan ahli Umno sendiri.

Azmin berkata, tindakan Najib itu disebabkan beliau perlu menyelesaikan pelbagai masalah dalaman Umno selain kontroversi yang dihadapi kerajaan.

"Kalau dia katakan sokongan rakyat kepada Umno semakin kuat dan kukuh, saya cabar dia umumkan tarikh pilihan raya esok.

"Pakatan Rakyat (PR) sudah bersedia dari tahun lalu lagi untuk PRU13," katanya kepada media selepas menyerahkan peralatan persiapan PRU13 PKR Negeri Pulau Pinang di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Azmin berkata, PKR telah selesai pengagihan kerusi dengan rakan PR untuk PRU13 di Pulau Pinang.

"Kita juga telah kenal pasti calon-calon yang akan bertanding di peringkat Parlimen dan Dun.

"Nama-nama calon wakil PKR Pulau Pinang akan diumumkan oleh Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam masa terdekat," katanya.

- Bernama
Bayi, datuk maut dihempap muatan tanah
Wartawan Sinar Harian
13 Mei 2012
Bayi, datuk maut dihempap muatan tanah
Keadaan kenderaan yang terlibat dalam kemalangan meragut nyawa seorang bayi berusia 10 bulan dan datuknya.
BATU PAHAT – Seorang bayi berusia 10 bulan dan datuknya maut dan dalam kemalangan membabitkan tiga kereta dan sebuah lori muatan tanah merah di persimpangan lampu isyarat Kilometer 1 Jalan Labis-Yong Peng, dekat sini, petang kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, kereta yang membawa mangsa, Guan Wei Sheng dan datuknya, Guan Tak Siang, 63, dalam perjalanan ke arah Segamat bertembung dengan lori berkenaan sebelum kereta tersebut bersama dua kereta lain dihempap muatan tanah selepas pemandu lori gagal mengawal kenderaannya.
Ketua Polis Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad, berkata, lori tanah yang datang dari arah Segamat sedang membelok ke laluan kiri menghala ke arah Paloh setibanya di persimpangan lampu isyarat berkenaan.
“Namun lori terbabit tiba-tiba sahaja hilang kawalan sebaik pemandunya mahu membelok ke laluan kiri menghala ke Paloh menyebabkannya terbabas sebelum tanah yang dibawa menghempap tiga kereta malang yang dalam perjalanan ke arah Segamat.
“Kesemua sembilan pemandu dan penumpang tiga kereta terbabit dikejarkan ke Hospital Batu Pahat bagi mendapatkan rawatan selepas mengalami pelbagai kecederaan.
“Bagaimanapun, bayi malang berkenaan yang dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru berikutan kecederaan serius meninggal dunia kira-kira jam 11 pagi tadi di sana. Datuk bayi berkenaan yang cedera parah pula meninggal dunia kira-kira jam 1 pagi tadi.
“Ahli keluarga bayi malang itu yang turut menaiki kereta yang sama termasuk bapa, ibu, nenek serta abangnya yang berusia lima tahun masih dirawat di Hospital Batu Pahat bersama empat lagi mangsa daripada dua kereta berasingan,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.
Din berkata, pemandu lori berkenaan kini ditahan bagi membantu siasatan dan disiasat di bawah Seksyen 40 (1) Akta Pengangkutan Jalan kerana pemanduan cuai yang menyebabkan kematian.
SPR sedia urus PRU13 bila-bila masa
Wartawan Sinar Harian
13 Mei 2012
MENJELANG PRU 13 - PARLIMEN
MENJELANG PRU 13 - PARLIMEN
SHAH ALAM – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tiada sebarang masalah untuk menguruskan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) jika Parlimen dibubarkan dalam waktu terdekat termasuk minggu ini sebagaimana diramalkan banyak pihak.
Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata, meskipun persiapan mengadakan PRU13 hanya akan siap sepenuhnya akhir bulan depan, tetapi pihaknya boleh membuat pengubahsuaian dalam jadual program dan kerja.

"Tidak ada masalah, tidak ada masalah. Saya pun ada dengar macam-macam, kata Perdana Menteri akan membubarkan Parlimen minggu depan.

"Pembubaran itu keistimewaan bagi Perdana Menteri untuk menentukan tarikhnya. Mengikut jadual program kami, semua urusan persediaan akan lengkap seratus peratus pada akhir Jun.

"Pun begitu, kami masih boleh mengadakan pilihan raya jika dibubarkan sebelum akhir Jun," kata beliau ketika dihubungi Sinar Harian Online, hari ini.

Dalam pada itu, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, pihaknya tidak bercadang untuk mengadakan pilihan raya berasingan peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun) pada PRU13 walaupun ada beberapa buah negeri di bawah pentadbiran Pembangkang menyatakan tidak akan menyertainya bersama.

Abdul Aziz berkata, sekiranya Kerajaan Negeri di bawah pemerintahan Pas, PKR dan DAP membuat pilihan raya secara berasingan, SPR akan melakukan kerja yang sama secara berulang dan perbelanjaan akan bertambah.

“Pilihan raya berasingan tidak pernah berlaku sebelum ini. Pilihan raya diadakan serentak melibatkan semua negeri termasuklah negeri Kelantan yang ditadbir Pembangkang,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Sebelum ini, Ketua Umum PKR yang juga Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, Tan Sri Anwar Ibrahim berharap Kerajaan Negeri Selangor mengadakan pilihan raya secara berasingan dengan Kerajaan Pusat.

Beliau berkata, beberapa negeri di bawah pemerintah Pas, DAP dan PKR juga menyatakan tidak akan menyertai pilihan raya jika ia diadakan awal sebelum Jun 2012.

“Kelantan secara terbuka membuat keputusan akan bersama- sama menyertai pilihan raya umum akan datang.

Bagaimanapun, dalam undang- undang negeri, mereka berhak memilih dan menasihatkan Sultan dan Gabenor masing-masing untuk membubarkan Dun pada tarikh tertentu.

“Pembubaran Dun dilakukan oleh mereka tetapi tarikh pilihan raya ditentukan oleh SPR,” katanya.

Ditanya mengenai persiapan menghadapi pilihan raya yang diadakan pada bila- bila masa sahaja, Abdul Aziz menegaskan SPR sudah bersedia dengan melakukan persiapan dari segi petugas SPR, logistik dan premis untuk tempat mengundi.

Pada sambutan ulang tahun Umno ke-66, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyebut akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah untuk mendapatkan perkenan membubarkan Parlimen.

Berdasarkan mesej itu, banyak pihak meramalkan pilihan raya akan diadakan Jun ini.
Bebas: Tak mustahil dibubar waktu terdekat
NURUL AINI MOHAMED ALI
13 Mei 2012
MENJELANG PRU 13 - PARLIMEN
MENJELANG PRU 13 - PARLIMEN
SHAH ALAM - Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali yakin Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tidak mungkin akan berlangsung bulan depan, tetapi pada masa yang sama tidak akan terkejut jika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memutuskan untuk membubarkan Parlimen minggu ini.

“Saya sendiri sudah terima notis persidangan Dewan Rakyat (akan datang) bulan lepas, jadi tidak mungkin berlaku pilihan raya dalam masa terdekat,” kata beliau yang juga Presiden Perkasa.

Tambah beliau, agak mustahil PRU13 berlangsung Jun ini kerana Najib akan berlepas ke Washington malam ini untuk bercuti.

“Pada perkiraan saya, pilihan raya akan berlangsung September ini. Terdapat dua kemungkinan pilihan raya diadakan selepas Aidilfitri atau selepas Hari Raya Korban,” kata beliau.

“Bagaimanapun pihak saya tidak akan terkejut jika Parlimen dibubar minggu hadapan (ini) kerana dari segi logiknya pihak Umno dan Perdana Menteri, saya kira sudah cukup bersedia untuk menghadapi pilihan raya yang akan datang,” tambah beliau ketika dihubungi Sinar Harian Online.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan berkata, tidak mustahil jika PRU  diadakan bulan depan.

“Saya dapat lihat yang Perdana Menteri telah memulakan program transformasi rakyat dan turun padang untuk bermesra dan menyumbang bantuan kepada rakyat yang memerlukan,” ulas beliau.

“Melalui cara dan sokongan yang diterima Perdana Menteri, saya yakin PRU akan diadakan dalam masa terdekat,” katanya lagi.

Menurutnya lagi, Perdana Menteri juga mengeluarkan kenyataan Jumaat lalu, yang beliau akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah ‘esok’, jadi segala kemungkinan mengenai pilihan raya mungkin akan menjadi kenyataan.

“Saya juga melihat melalui sokongan padu ratusan ribu rakyat semasa perhimpunan ulang tahun Umno ke-66 di Bukit Jalil baru-baru ini begitu tenang dan berjalan tanpa ada sebarang insiden tidak diingini,” katanya.

Bekas ahli PKR ini berkata, beliau juga sudah bersedia untuk menghadapi PRU13.

“Saya juga sudah bersedia menyediakan jentera pilihan raya yang cukup untuk menghadapi pilihan raya yang akan datang.

“Saya tidak terkejut jika PRU diadakan dalam masa terdekat kerana saya sentiasa berada di sisi rakyat dan sudah cukup bersedia,” tambah beliau.
Pas: Kalau berani bubar Parlimen sekarang
NURLIZA ELAMI
13 Mei 2012
Pas: Kalau berani bubar Parlimen sekarang
Bersatu dan bersiap sedia. Jentera PRU Pas Negeri Kedah bersemangat melaungkan takbir untuk berjuang dalam PRU13.

ALOR SETAR - “Najib dan seluruh kepimpinan Umno, kalau berani bubar Parlimen sekarang!” demikian laung Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub di hadapan lebih 10,000 penyokong dan jentera Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) Pas Kedah semalam.

Laungan itu disambut seluruh jentera yang hadir dengan gema “Bubar! Kami sudah bersedia!” yang menunjukkan Pas Kedah sudah bersedia pada bila-bila masa untuk menghadapi PRU13, yang dijangka diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada bila-bila masa.

Hari ini, Sinar Harian dan Sinar Harian Online ada membawa laporan memetik sumber berkata Najib akan membubarkan Parlimen esok.

Himpunan Jentera PRU Pas Kedah yang diadakan di Stadium Mini Guar Chempedak dekat sini bermula seawal jam 5 petang dan berlarutan hingga jam 12 tengah malam, dihadiri lebih 10,000 penyokong dan jentera PRU Pas Kedah untuk mendengar amanat dan pesanan daripada kepimpinan tertinggi ngeri dan Pas Pusat.

Amanat PRU13 disampaikan oleh Ketua Pemuda Pas Negeri Kedah, Ahmad Yahya; diikuti Ketua Muslimat Pas Negeri Kedah, Datuk Siti Ashah Ghazali; Ketua Dewan Ulama Pas Kedah, Syeikh Mohamad Abdullah; Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar.

Sementara itu, Azizan dalam amanatnya kepada jentera PRU Pas Negeri Kedah menyeru supaya ahli dan jentera PRU Pas berjuang berhabis-habisan bagi mempertahankan kemenangan Pas di Kedah.

“Kita kena mempertahankan kemenangan, jika Pakatan Rakyat (PR) kalah, (jentera PRU Pas) tak buat kerja sungguh-sungguh, bila depa (Barisan Nasional) perintah depa ghonyeh (rosakkan) balik (pentadbiran Negeri Kedah)," katanya.

Walaupun waktu sudah 11.30 malam, namun semangat penyokong dan jentera PRU Pas Negeri Kedah tidak luntur malah semakin berkobar-kobar tatkala Salahuddin membacakan amanat Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Koleksi Foto: Mereka Menghormati Tuan Guru Nik Aziz Dengan Pelbagai Cara

http://ghaflah.blogspot.com, 13 Mei 2012
Oleh: Karmic Wheel | Pada: 6:59 PM | Dalam: , ,
Sultan Kelantan mempersilakan TGNA untuk berjalan terlebih dahulu. Foto : Topeng Perak Unmasked
Ulama Antarabangsa juga amat menghormati Tuan Guru
Tuan Guru Haji Hadi & Tuan Guru
Tuan Guru Haron Din & Tuan Guru


Ustaz Ismail Kamus & Tuan Guru
Ustaz Azhar Idrus & Tuan Guru - dari post wa terdahulu
Ustaz Don Daniyal & Tuan Guru
KhairulFahmi (Apek) & Tuan Guru
Amy Search & Tuan Guru
Kaum Tiong Hwa & Tuan Guru


Imam Ibnu Hajar al-Asqalani telah menakwil pendapat Imam Nawawi sebagai berikut :

قالَ الاِمَامْ النَّوَاوِيْ : تقبِيْلُ يَدِ الرَّجُلِ ِلزُهْدِهِ وَصَلاَحِهِ وَعِلْمِهِ اَوْ شرَفِهِ اَوْ نَحْوِ ذالِكَ مِنَ اْلاُمُوْرِ الدِّيْنِيَّةِ لاَ يُكْرَهُ بَل يُسْتَحَبُّ.

Ertinya : Imam Nawawi berkata : mencium tangan seseorang kerana zuhudnya, kebaikannya, ilmunya, atau kerana kedudukannya dalam agama adalah perbuatan yang tidak dimakruhkan, bahkan hal yang demikian itu disunahkan.

Pendapat ini juga didukung oleh Imam al-Bajuri dalam kitab “Hasyiah”,juz 2,halaman.116.

2. Imam al-Zaila’i
Beliau berkata :

(يَجُوْزُتقبِيْلُ يَدِ اْلعَالِمِ اَوِ اْلمُتَوَرِّعِ عَلَى سَبِيْلِ التبَرُكِ

Ertinya : (dibolehkan) mencium tangan seorang ulama dan orang yang wara’ kerana mengharap barakahnya.

Syaikh al-Albani berpendapat dalam mencium tangan orang alim itu perlu mematuhi beberapa adab:

a. tidak boleh mencium tangan orang alim jika dia menghulurkan dgn sombong
b. tidak terbukanya jalan ke arah cuba mendapat tabarruk (berkah)
c. tidak menjadikan sebagai adat kebiasaan (sering dilakukan)
d. dia tidak mengingkari lebih utama berjabat salam
e. tidak boleh meletakkan tangan ke dahi

Namun, sekiranya (cium tangan) kerana kekayaan seseorang, pangkat atau status di mata manusia di dunia ini dan sebagainya ianya adalah makruh.
[Lihat juga al-Azkar an-Nawawi, ms. 262]

Ni bukan cium tangan ... sedutt ... kah kah kah kah
Azmin tegas, tiada pertandingan tiga penjuru
Timbalan presiden PKR Azmin Ali berkata parti itu sudah selesai membuat rundingan dengan DAP dan PAS serta mengenalpasti calon untuk kawasan parlimen dan DUN.

Katanya, calon untuk beberapa kerusi tersebut masih perlu dirundingkan namun beliau yakin perkara ini dapat diselesaikan.

Tambahnya, butiran mengenai agihan kerusi itu akan diumumkan ketua umum PKR Datuk Ser Anwar Ibrahim dalam sedikit masa lagi.

Azmin bagaimanapun enggan menyatakan sekiranya terdapat perkara mengejutkan dalam senarai calon yang akan diturunkan kali ini.

Pada 2008, PKR bertanding di empat kerusi parlimen dan 16 kerusi DUN – dan seterusnya menang kesemua kerusi parlimen berkenaan dan juga sembilan kerusi DUN.

Azmin juga tegas bahawa tiada pertandingan tiga penjuru akan berlaku dalam pilihan raya kali ini.

Tiada ulasan: