Sabtu, 12 Mei 2012

INSYAALLAH...IA BERLAKU..DOA DAN BEKERJA SEKUAT MUNGKIN.....BAGAIMANA UNDANG2 ALLAH...TERUS DINAFIKAN DAN DIPINGGIRKAN KE....BAGAIMANA RUKUN ISLAM YANG LIMA...DAN RUKUN IMAN YANG ENAM...TAK DIPATUHI KE...INGATLAH KITA MAHKLUK BUKANNYA ALLAH...JANGAN LUPA ALLAH MAHA AGONG DAN WAJIB DISEMBAH DAN DITAATI

Nik Aziz: 'Akan ada Bersih 4.0'
Fakhrurrazi Usuldin
12 Mei 2012
Nik Aziz: "Akan ada Bersih 4.0'
Nik Abdul Aziz menerima borang penyertaan ke dalam Pas daripada Wan Aishah di Gombak, malam tadi. - Foto ihsan telokbakong.blogspot.com
GOMBAK - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata akan ada perhimpunan Bersih 4.0 jika isu-isu berkaitan dengan tuntutan pilihan raya bersih dan adil tidak diselesaikan dengan segera.

“Bila timbul masalah Bersih (perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu), Syeikhul Azhar, Mufti Mesir masa itu mengatakan perhimpunan yang berlaku di Mesir haram. “Tetapi rakyat Mesir membandingkan dengan fatwa Dr Yusuf Al-Qardawi melalui buku ditulis beliau dan hasilnya tujuh juta rakyat Mesir turun ke jalan kerana fatwa Qardawi betul,” katanya.

Nik Abdul Aziz sebelum ini menggalakkan orang ramai khususnya ahli-ahli Pas agar menyertai Bersih 3.0 yang diadakan pada 28 April lalu. Malah beliau sendiri mengakui ada membiayai beberapa peserta perhimpunan itu.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata demikian ketika berucap pada Ceramah Langkah Rakyat ke Putrajaya di Markas Tarbiah Pas Pusat Taman Melewar dekat sini, malam tadi.

Pada majlis itu, penyanyi popular bersuara lunak dan Juara Lagu 1990, Wan Aishah Wan Arifin menyerahkan borang keahlian menyertai Pas.

Ceramah itu turut dihadiri bekas Menteri Kesihatan, Datuk Dr Chua Jui Meng dan anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Tamrin Tun Ghafar Baba.

Aishah ketika berucap pada majlis itu berkata, beliau mengambi keputusan menyertai Pas kerana merasakan ia fasa kedua dalam hidupnya selepas mendapat hidayah Allah.

“Saya merasa terharu kerana diberi peluang memberi borang keahliannya kepada Tuan Guru Nik Aziz dan inilah perkara yang ingin saya buat setelah mendapat hidayah Allah,” katanya.

Dalam ucapannya, Nik Abdul Aziz berkata, rakyat negara ini perlu menukar parti yang memerintah Malaysia menerusi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dengan parti yang mendukung Islam.

“Tidak kisahlah kaum mana pun yang akan berada di Putrajaya itu, Melayu ke, Cina Muslim ke, India Muslim ke asal dia berasas Islam seperti yang di bawa Nabi Muhammad, Insya-Allah kita boleh selamat,” katanya. "Saya menyokong Bersih, itu baru 3.0, akan ada yang keempat lagi," kata beliau.

Sebelum ini, pemimpin-pemimpin PKR memberitahu Sinar Harian Online bahawa pihaknya tetap dengan pendirian untuk terus menyokong jika akan ada perhimpunan Bersih 4.0.

“Pihak kami belum berbincang apa-apa lagi mengenai perkara ini kerana belum ada sebarang pengumuman rasmi yang dibuat mengenai Bersih 4.0," kata Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli.

Ahli Parlimen Subang, Sivarsa Rasiah pula berkata, pihaknya juga akan terus menyokong tindakan Bersih kerana setakat ini, kerajaan belum memberi sebarang jaminan mengenai  tuntutan-tuntutan Bersih.

“Saya juga akan terus menyokong kerana rakyat sendiri inginkan pilihan raya dibuat secara bersih, adil dan saksama,” katanya lagi.

Sebelum ini Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga pernah memberi amaran perhimpunan  yang lebih besar akan diadakan jika kerajaan enggan memenuhi tuntutan agar disediakan persekitaran bagi pilihan raya yang bebas dan adil.
Anwar: Pakatan mahu 'angkat' Najib ketua pembangkang
Wartawan Sinar Harian
12 Mei 2012
Datuk Seri Anwar Ibrahim
$entry.content.caption.value
HULU SELANGOR - "Kita perintah bukan sebab saya masuk penjara atau mahu (Datuk Seri) Najib masuk penjara, tidak. "Kita perintah, kita mahu angkat Najib sebagai ketua pembangkang Parlimen Malaysia, itu saja." Demikian menurut Datuk Seri Anwar Ibrahim di hadapan kira-kira 6,000 penyokong beliau terdiri daripada kaum India, yang hadir pada program Demi Rakyat, Selamatkan Malaysia di Bukit Beruntung dekat sini malam tadi.

Anwar berkata, apabila Najib menjadi ketua pembangkang mudah bagi beliau memperlihatkan bagaimana menguruskan sumber kewangan negara dengan baik sehingga mampu melaksanakan apa yang beliau janjikan selama ini iaitu penurunan harga minyak, pendidikan percuma dan pembatalan kutipan tol.

Menurutnya, PR mampu melaksanakan janji tersebut kerana kerajaan mempunyai sumber kewangan yang kukuh dan kaedah pengurusan yang betul dan yakin negara tidak mungkin bankrup.

“Orang tanya, Anwar, apa pasal mahu ambil Putrajaya? Sebab negara ini kaya tapi rakyat miskin. “Kita (akan) umum minyak turun, sekolah percuma, tol batal. Saya mahu jawab macam mana ini boleh dilaksanakan kerana saya duduk Menteri Kewangan lapan tahun. Najib kata bankrup. Dia tak boleh kira, dia kena jadi ketua pembangkang,” katanya.

Sementara itu, dalam ucapannya Anwar turut menyatakan antara hasrat PR memerintah adalah untuk memperlihatkan amalan pemerintahan adil kepada parti MIC, yang selama dikatakan pembela utama kaum India di negara ini.

Menurutnya, MIC juga perlu ditunjukkan bagaimana kaedah pemerintahan yang adil tanpa unsur rasuah.

“Kita perintah bukan mahu pukul MIC, tapi kita mahu tunjuk MIC apa itu keadilan. Jangan rasuah,” katanya.

Anwar turut menegur Ahli Parlimen Hulu Selangor, P Kamalanthan berhubung kelantangannya di Parlimen yang disifatkan kebudak-budakan dan tidak menghormati ahli dewan.

Menurut Anwar, Kamalanthan tidak seperti pemimpin MIC lain yang dianggap lebih menghormati orang dan beliau menasihatkan Ahli Parlimen berkenaan supaya tidak bersikap sedemikian.

Dalam pada itu, beliau berkata, rakyat harus segera membuat perubahan dengan menyokong Pakatan Rakyat (PR) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Jika tidak, katanya, rakyat perlu menunggu lagi empat atau lima tahun untuk mengubah kerajaan dan terpaksa berada dalam pemerintahan Barisan Nasional (BN) yang rasuah, bongkah dan kuasa zalim.
Terdahulu, program anjuran sepenuhnya ahli perniagaan Datuk Dr K Ramachandran itu turut dihadiri, Exco Kerajaan Negeri, Dr Xavier Jayakumar; Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Khalid Jaafar dan Ketua PKR Cabang Hulu Selangor, Mohamed Nazar Yakin.
2 suspek cabul, rogol wanita Switzerland diburu
ROSALWANI CHE SOH
12 Mei 2012
KOTA BHARU - Dua lelaki warga tempatan diburu polis bagi membantu siasatan kes cabul dan rogol dua wanita Switzerland disini, Rabu lalu.

Ketua Polis Kota Bharu, Assistan Komisioner Azham Othman berkata,mangsa, Mirjam Tuenadan Mechele@ Weber masing-masing 25 tahun,dipercayai baru tiba dari Pulau Perhentian kira-kira jam 2.20 petang sebelum pergi ke pejabat Kedutaan Thailand untuk mendapatkan visa  ke Bangkok, Thailand.

Menurut Azham, selepas selesai berurusan, kedua-dua mangsa berjalan kaki pulang ke hotel penginapan mereka di sebuah hotel di Pintu Pong dan disapa oleh seorang lelaki yang menunggang motosikal dan bersetuju membantu dua wanita itu untuk menguruskan perjalanan mereka ke Bangkok.

“Selepas bertemu lelaki terbabit, dia mengarahkan dua wanita itu menunggu di hadapan kuarters Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) bagi menunggu rakannya untuk mendapatkan kereta.

“Hampir dua jam menunggu, sebuah kereta hitam tiba dan dua lelaki keluar dari kereta telah memaksa dua wanita itu masuk ke dalam kereta dan dibawa ke sebuah banglo,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, hari ini.
Najib: Rakyat perlu hormat undang-undang negara

12 Mei 2012
najib
$entry.content.caption.value
KUANTAN - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan rakyat Malaysia supaya terus menghormati dan menyanjung tinggi undang-undang.

Beliau juga mengingatkan mereka supaya tidak melakukan kerosakan dan menyerang anggota keselamatan kerana mereka juga adalah manusia biasa yang mempunyai anak dan anggota keluarga.

"Kita juga telah diingatkan oleh Allah supaya tidak membuat kerosakan di muka bumi dan kita juga tahu anggota polis dan tentera pada hakikatnya adalah manusia biasa yang mempunyai anak, isteri dan keluarga.

"Kalau kita cederakan mereka, apa perasaaan anak-anak, isteri serta anggota keluarga mereka. Seoalah-olah orang yang menyerang pihak keselamatan ini seperti lupa yang mereka ini juga rakyat Malaysia," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis makan tengah hari dan penyampaian sumbangan oleh Yayasan Rahah sempena Kejohanan Golf Amal Parlimen Pekan di kem tersebut hari ini.

Turut hadir, Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob dan Panglima Kem 4 Briged Mekanize, Datuk Abdul Rahim Abdul Mutalib.

Najib dalam ucapannya turut berkata perhimpunan beramai-ramai boleh dianjurkan dengan syarat ia dilakukan secara aman tanpa berlaku perkara yang tidak diingini.

"Contohnya malam tadi pada perhimpunan sambutan ulang tahun Umno yang ke-66 di Bukit Jalil. Seramai 100,000 orang yang hadir dan terbukti pada negara, perhimpunan sebesar itu boleh berlangsung dalam keadaan yang aman dan tertib tanpa ada perkara yang tidak diingini berlaku," katanya.

Pada majlis itu, Najib turut meluluskan peruntukan RM3 juta bagi membina sebuah pusat komuniti di kem berkenaan di mana RM1 juta untuk tahun ini dan RM2 juta akan diberikan pada tahun depan.

Katanya pusat komuniti itu adalah bagi memenuhi keperluan aktiviti harian kira-kira 5,000 anggota keluarga pasukan keselamatan di kem berkenaan dan kem Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kuantan.

Antara kemudahan yang akan ditempatkan di pusat komuniti itu nanti ialah pusat beli-belah, gimnasium, kafe siber dan kafeteria.

Pada majlis itu, Perdana Menteri turut menyampaikan sumbangan daripada Yayasan Rahah kepada kira-kira 300 penerima yang terdiri daripada pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Mahkota dan Sekolah Kebangsaan Seri Wira, Kuantan, surau-surau dan Sekolah Agama Rakyat dan Persatuan Kebajikan Anak-Anak Yatim Negeri Pahang. - Bernama
‘49 peratus pilih BN tidak logik’
ROSLINDA HASHIM
12 Mei 2012
Phahrolrazi-Mohd-Zawawi.
$entry.content.caption.value
ALOR SETAR - Pas Kedah meragui kajian persepsi pengundi menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) dikendalikan Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya, yang menunjukkan 49 peratus pengundi memilih Barisan Nasional (BN), 21 peratus (Pakatan Rakyat) dan 30 peratus pengundi atas pagar.

Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kedah, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi berkata, pihaknya meragui hasil kajian­ itu kerana ia dikendalikan sebuah universiti awam milik kerajaan.

“Kajian itu sepatutnya dikendalikan badan bebas yang tiada kaitan kerajaan. Jika badan bebas atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO), ia lebih kredibiliti.” katanya.

Katanya, kajian itu mudah dimanipulasi dari aspek pemilihan­ responden, kaedah kajian digunakan termasuk jenis soalan yang lebih memihak kepada kerajaan sedia ada.

Phahrolrazi yang juga Exco Kerajaan Negeri berkata, undian 49 peratus milik BN juga tidak berasas kerana ini menunjukkan parti itu hanya memerlukan sekitar lima peratus undi atas pagar untuk kekalkan kuasa.

“Hakikatnya ia tidak tepat. Jumlah itu tidak logik, terlalu tinggi. Berdasarkan PRU lalu, parti itu hanya perlu capai 55 peratus undi untuk dapatkan majoriti 2/3 Parlimen. Pada PRU12, BN dapat kekalkan kuasa dengan mendapat undi lebih 50 peratus. Walaupun yang penting adalah bilangan kerusi dimenangi, undian juga penting,” katanya.

Phahrolrazi bersetuju dengan peratusan membabitkan pengundi atas pagar, yang disifatkannya semakin meningkat.

“Berdasarkan penilaian PR, pengundi atas pagar dari 20 ke 30 peratus. Mereka masih penting dalam menentukan kemenangan. Walaupun setiap parti ada pengundi setia, ia masih tidak mencukupi untuk menang,” katanya.

Katanya, dipercayai pengundi atas pagar lebih banyak melibatkan penduduk dalam bandar, dari golongan muda, terpelajar dan profesional.
Najib garis 7 prinsip hadapi PRU13
Wartawan Sinar Harian
11 Mei 2012
Najib garis 7 prinsip hadapi PRU13
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden UMNO
melambaikan tangan kepada sebahagian ahli-ahli UMNO yang hadir pada
Sambutan Ulang Tahun UMNO Ke-66
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengemukakan tujuh prinsip sebagai panduan kepada rakyat untuk membuat penilaian dan pertimbangan menjelang pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Najib, yang juga Presiden Umno, berkata tujuh prinsip itu dikemukakan berdasarkan tempoh hampir tujuh dekad Umno telah berjasa kepada negara.

"Saya nak papar tujuh prinsip yang boleh bantu kita buat penilaian dan pertimbangan. Pertama, antara Barisan Nasional (BN) dan pembangkang mana satu kepimpinan yang dipercayai dan janji ditepati? Siapa yang buat segalanya?

Barisan Nasional!"

"Selain itu, 22 janji yang pembangkang beri... sebahagian besar tak ditunaikan di Selangor. Siapa yang gagal uruskan soal air? Banyak lagi mereka gagal.

"Yang kedua, kita mesti tentukan esok lebih baik daripada hari ini. Antara BN dan pembangkang siapa yang boleh jamin rakyat Malaysia esok lebih baik dari hari ini," katanya ketika berucap pada majlis sambutan ulang tahun ke-66 Umno di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, malam ini.

Persoalan Najib itu seterusnya disambut dengan sorakan hangat kira-kira 100,000 anggota Umno yang hadir untuk menyaksikan perhimpunan penuh bersejarah parti yang memperjuangkan nasib bangsa Melayu itu. - Bernama

Tiada ulasan: