Khamis, 10 Mei 2012

BAYARLAH...HUTANG KENA BAYAR...DAH GUNA KENA BAYAR...JANGAN MAIN LUPUS2 AJE...JUTA2...RAKYAT BIASA RIBU2...BLACK LIST...MUFLIS...MANA KEADILAN...MANA DAHULUKAN RAKYAT...NAMPAK ADA KEPINCANGAN...DE KRONI2...CAMNI TAK PATUTLAH...YANG RIBU2 PUN PATUT LUPUS JUGA...BARU SAMA RATA DAN ADIL...

Demo mansuh Tol: 13 Mei jadi tarikh perpaduan

Harakahdaily, 10 Mei 2012
SHAH ALAM: Pakatan Rakyat Selangor mahu menjadikan 13 Mei ini sebagai "tarikh perpaduan" pelbagai kaum dan agama dengan menganjurkan perhimpunan bersama menuntut pemansuhan tol di Plaza Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau.

Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad (gambar) berkata, sebelum ini tarikh tersebut diperingati sebagai "hari perkauman dan perpecahan" rakyat di negara ini.

"Sehubungan itu kita nak ingatkan (tarikh itu) sebagai hari perpaduan dan kesatuan rakyat iaitu kita menuntut supaya tol tersebut dimansuhkan," tambahnya seperti dilaporkan Malaysiakini.

Bercakap dalam sidang media di Shah Alam hari ini, Khalid berkata pemansuhan tol itu merupakan janji Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum 2008 dan pihaknya bertujuan memberikan tekanan kepada pusat bagi memansuhkannnya.

Katanya, sudah sampai masanya kerajaan menamatkan konsesi syarikat yang terlibat kerana mendakwanya "tol yang terlama dan pulangan pelaburan yang cukup sedikit telah dinikmati oleh syarikat konsesi berkenaan".

Menurut Khalid, pihaknya mahu membuat perhimpunan aman dan tidak bertujuan untuk menganggu lalu lintas di kedua-dua tol tersebut.

Ia akan berlangsung selama sejam bermula jam 2 petang di kedua-dua tol tersebut yang dijangka dihadiri kira-kira dua hingga tiga ribu orang.

Katanya, peserta yang hadir dikehendaki berhimpun di sepanjang jalan dari kedua-dua arah dan meletakkan kereta di kawasan 'Rehat dan Rawat' yang berdekatan bagi mengelakkan kesesakan dan mengganggu lalulintas.

Beliau juga berharap pihak keselamatan  dapat mengawal keadaan di situ sepanjang perhimpunan berlangsung.

Katanya, sejak mula tol tersebut dibina pada lewat tahun 1980-an, beliau antara pemimpin yang ditahan kerana membantah pembinaan tol tersebut.

Lagi laporan polis terhadap Rahim Noor

Muhamad Yusri Amin, 10 Mei 2012


KOTA BHARU, 10 Mei: Hari ini Dewan Pemuda PAS Kelantan membuat laporan polis terhadap bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor ekoran kenyataannya menganggap Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai “bapa kafir”.

Semalam laporan serupa dibuat Pemuda PAS Tanah Merah dan petang kelmarin Pemuda PAS Pasir Puteh juga berbuat demikian.

Bekas Ketua Polis terbabit dalam kenyataan seperti dilapor akhbar berbahasa Inggeris 8 Mei lalu melabelkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebagai “bapa kafir” kerana dianggap mengelirukan umat Islam berhubung kenyataan wajib menyokong Bersih 3.0.

Sebelum ini Menteri Besar Kelantan meminta rakyat keluar beramai-ramai pada himpunan Duduk Bantah pada 28 April lalu sebagai membantah ketidakadilan dan kewujudan daftar pemilih yang meragukan.

Ekoran itu Rabu lalu Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia PAS Kelantan memberi tempoh 24 jam untuk Rahim menarik balik kenyataan dan memohon maaf secara terbuka.

Bagaimanapun selepas peluang diberi untuk menarik balik kenyataan dan memohon maaf tidak dimanfaatkan Rahim dan NST, maka tindakan mahkamah perlu diambil.

Pengerusi lajnah terbabit, Hisham Fauzi berkata, saman itu dijangka difail minggu depan dibuat atas nama Menteri Besar sendiri.

Laporan polis hari ini dibuat atas nama, Mohd Aliman Ismail, 30 anggota jawatankuasa Pemuda PAS Kota Bharu di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu di Pengkalan Chepa.

Turut hadir Ketua Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latif Abdul Rahman, naib ketua, Hafiz Musa dan anggota jawatankuasanya. Kira-kira 50 pemuda dan pemimpin PAS hadir memberi sokongan di atas laporan tersebut.

Peguam Lajnah Guaman dan Hak Asasi Manusia Pemuda PAS, Abdul Rashid Yah dan Firdaus Mohd Yusoff turut hadir.

Abdul Latiff berkata, kemungkinan Umno memperalatkan bekas-bekas pegawai kanan polis untuk menghadapi kebangkitan rakyat sekarang.

“Biar pun peluang untuk membetulkan kenyataan diberi pada Rabu lalu, namun nampaknya Rahim tidak menggunakan kesempatan bagi menjelaskan keadaan sebenar.

“Maka wajarlah laporan polis dibuat memandangkan kenyataan tersebut dianggap di luar batas-batas normal,” katanya kepada pemberita di perkarangan IPD.

PKR Kelantan juga melahirkan rasa kesal kenyataan liar Rahim terhadap seorang ulama terkenal dan dihormati rakyat di negara ini.

Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Negeri, Ab Aziz Ab Kadir berkata, kerajaan sepatutnya mengambil tindakan tegas terhadap Rahim yang jelas membangkitkan keresahan umat Islam.
Azmin 'terkejut' Dr Mahathir sokong beliau saman Utusan
Timbalan Presiden PKR Azmin Ali 'terkejut' apabila mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menasihatkan beliau mengambil tindakan mahkamah susulan laporan media mengaitkan beliau sedang melakukan aksi seks dengan seorang perempuan.

Malah, Azmin juga turut mengucapkan terima kasih kepada Mahathir yang menasihatinya supaya menyaman media berkenaan yang membuat dakwaan demikian.

NONE"Dr Mahathir pun sokong saya. Saya terkejut. Beliau kata, 'Azmin, saya cadangkan Azmin saman media sebab mengaibkan Azmin' dan beliau sendiri tidak percaya dengan gambar-gambar," katanya secara sinikal.

"Saya tweet kepada Tun, mengucapkan terima kasih kerana menasihati saya. Kalau Tun Mahathir simpati dengan saya, takkan Tan Sri Khalid tak simpati dengan saya," katanya dalam sidang media petang ini.

Azmin menjawab soalan pemberita berhubung tanggapan umum bahawa Menteri Besar Tan Sri Khalid "tidak mempertahankan" beliau susulan laporan muka depan Utusan Malaysia yang memaparkan gambar lelaki miripnya dengan seorang wanita melakukan aksi seks.

Mengulas perkara tersebut, Azmin yang juga pengerusi PKR Selangor menepis tanggapan umum berhubung Khalid tidak menyokongnya.

"Siapa kata Tan Sri Khalid tidak sokong saya, dia sokong saya saman Utusan Malaysia... Dia kata 'no comment' sebab tak dapat maklumat betul atau menyeluruh.

"Tetapi keesokan harinya beliau sokong saya saman Utusan Malaysia. Jangan laga-lagakan saya dengan Tan Sri Khalid. Tak boleh makan," katanya sambil disambut ketawa kecil beberapa pimpinan yang hadir.

NONEBeliau juga menjelaskan berhubung pesanan tweetnya mengenai kenyataan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail yang menyuruh beliau bertemu ibunya.

Katanya, beliau dapat memahami maksud Wan Azizah tetapi khuatir rakyat "akan keliru sebab peranan media yang cuba melaga-lagakan" pemimpin di kalangan mereka.

"Saya mendapat simpati yang luar biasa, silaplah Utusan Malaysia," katanya.

Ditanya sama ada serangan terhadapnya sejak sebulan lalu bakal mengubah sokongan rakyat kepadanya, Azmin yang juga ahli parlimen Gombak berkata yakin dengan kebijaksanaan rakyat, menyerahkan kepada mereka untuk menentukan.

Bahkan beliau menegaskan hubungan kekeluargaan dan perkara berkaitan isu kekeluargaan perlu diharmonikan dan disejahterakan daripada diaibkan.

Sambil mengulangi bahawa beliau tidak pernah menderhakai ibunya, Azmin yang juga ADUN Bukit Antarabangsa mempersoalkan tujuan media mengheret ibunya dalam isu yang dikaitkan dengannya.

NONE"Jangan media heret untuk kepentingan Umno. Untuk apa?... Adakah dia (Umno) minat dengan fakta... Dalam satu bulan, tujuh serangan kepada saya.

"Tidak ada jalan untuk saya jadi lemah, saya akan terus lawan... Apa jenis politik ni, saya pun tak tahu," katanya.

Sebelum itu, dalam Majlis hi-tea bersama media dan penulis blog, Azmin berkata Pakatan Rakyat tidak terlibat dengan "politik longkang dan kotor" sewaktu mentadbir negeri itu.

Maalah, Pakatan Rakyat Selangor akan memastikan hala tuju dan janji gabungan itu dalam Buku Jingga dapat dilaksanakan sekiranya menguasai Putrajaya.

Memetik kata-kata seorang pengamal media India MD Akhbar yang menegaskan kuasa dan pengaruh media terletak kepada kredibiliti maklumat yang disampaikan, Azmin mendakwa jualan dan edaran Utusan Malaysia merudum ekoran "kredibiliti kewartawanan".

"Kalau fitnah dan pembohongan (berleluasa), tidak ada lagi kredibiliti dan pengaruh... Media yang disokong oleh rakyat, nak kuat kena ada kredibiliti dan adil (dalam laporan)," katanya sambil menegaskan tidak gusar dengan serangan media arus perdana terhadapnya.
'Jual burger depan rumah saya perbuatan tak matang'
Pengerusi bersama Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH), Datuk S Ambiga menganggap tindakan sekumpulan peniaga yang mengadakan protes dengan membuka gerai burger di hadapan rumahnya petang ini sebagai perbuatan tidak matang.
NONESekumpulan peniaga sekitar bandar Kuala Lumpur  itu 'menerjah' rumah Ambiga di Bukit Damansara dengan membuka gerai burger tersebut mulai jam 2 petang dan beredar kira-kira sejam kemudiannya.
Dikenali sebagai Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS), kumpulan peniaga itu mahu menuntut gantirugi yang didakwa dialami mereka sewaktu himpunan BERSIH 28 April lalu.
IKHLAS adalah kumpulan peniaga yang berdemo di hadapan Kompleks Pertama di ibu negara pada 5 Mei lalu bagi menuntut Kementerian Dalam Negeri mengambil tindakan terhadap Ambiga.
Presidennya Mohd Ridzuan Abdullah berkata, gerai burger tersebut juga didirikan sebagai tanda membela nasib peniaga kecil di Jalan Tunku Abdul Rahman yang kerugian akibat perhimpunan BERSIH 3.0 28 April lalu, dan memberi masa selama dua minggu untuk respons Ambiga.
Selepas masak, mereka 'menghadiahkan' satu burger kepada Ambiga yang diterima oleh seorang wakilnya.
NONEMereka juga turut mengedarkan burger itu kepada mereka yang berada di situ termasuk, termasuk petugas media.
Turut kelihatan bersama Ambiga ialah anggota jawatankuasa pemandu BERSIH Maria Chin Abdullah dan setiausaha agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), S Arutchelvan.
Pada satu ketika, keadaan menjadi agak tegang sedikit apabila salah seorang wanita yang berada bersama Ambiga, meluahkan rasa tidak puashatinya dengan perbuatan kumpulan seramai 10 orang itu membuka gerai burger di situ.
Berikutan itu berlaku sedikit perang mulut antara mereka, tetapi keadaan itu dapat ditenang oleh rakan-rakan lain wanita tersebut.
Bercakap dalam satu sidang akhbar di depan rumahnya, Ambiga berkata perbuatan tersebut telah mengganggu ketenteraman peribadi dan kawasan kejiranannya.
Malah, Ambiga turut kesal dengan tindakan mereka yang dilihat seolah-olah tidak mencerminkan keperibadian rakyat Malaysia.
"Tindakan ini adalah perbuatan yang tidak matang. Adakah patut duduk di luar rumah orang seperti ini?

"Sesiapa sahaja boleh membuat tuntutan tetapi bukan dengan cara datang ke rumah saya seperti ini.

"Perkara begini tidak pernah lagi terjadi di Malaysia kecuali pada (Ketua Menteri Pulau Pinang) Lim Guan Eng dan saya," katanya kepada media.
Pengerusi SPR masih ahli Umno, tegas PKR
PKR hari ini menyangkal penjelasan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz semalam bahawa keahlian Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof telah luput kerana tidak membayar yuran tahunan.

NONESetiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution berkata, berdasarkan
pengalamannya yang pernah menjadi setiausaha agung Pemuda Umno, orang yang mendaftar menjadi ahli Umno perlu membuat dua bayaran - yuran keahlian yang perlu dibayar sekali sahaja dan yuran tahunan untuk membolehkannya menghadiri mesyuarat agung Umno.

Oleh itu, hujahnya, walaupun Abdul Aziz tidak membayar yuran tahunan, ia tidak membatalkan keahliannya dalam Umno, cuma beliau tidak boleh menghadiri mesyuarat agung tahunan.

Saifuddin menjelaskan bahawa seseorang ahli hanya tidak lagi dianggap menjadi ahli Umno jika dia dipecat atau dia meminta digugur daripada keahlian parti.

Dalam satu sidang akhbar di bangunan Parlimen semalam Nazri berkata keahlian Abdul Aziz telah luput kerana beliau gagal membayar yuran tahunan sejak beberapa tahun.
Majoriti mahu NFC bayar balik pinjaman
Majoriti rakyat Malaysia mahu National Feedlot Corporation (NFC) membayar balik pinjaman kerajaan, menurut tinjauan Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaysia (UMCEDEL).

azlanSebagai respons kepada soalan sama ada bekas menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat Datuk Seri Shahrizat Jalil patut patut memulangkan pinjaman kerajaan kepada NFC, seramai 66 peratus menjawab "sangat setuju" atau "setuju".

Hanya 5 peratus tidak setuju atau sangat tidak setuju manakala yang lain belum tidak sebarang keputusan.

Ditanya sama ada isu berkaitan Shahrizat sengaja dimainkan pembangkang, seramai 49 responden tidak bersetuju.

Tiada ulasan: