Jumaat, 25 Mei 2012

BIASANYA ORANG SAMSENG TAK KAN IKUT LUNAS2 ISLAM...MUNGKIN JUGA BANYAK MENINGGALKAN AJARAN ISLAM...ISLAM TAK MENGAJAR JADI SAMSENG...RASULLULLAH SAW DIUTUS UNTUK MEMPERBAIKI AKHLAK MANUSIA...SETIAP PEKERJAAN BURUK ALLAH TETAP BALAS..TUNGGU SAJE LAH...

Kolej kroni tuntut RM15 bilion dari PTPTN

Harakahdaily, 25 Mei 2012
KUALA LUMPUR: PAS menyifatkan PTPTN kini menjadi sumber kewangan untuk mengkayakan kroni Umno dalam perniagaan pendidikan mereka.

Tanpa menolak ada kebaikan yang dibawa PTPTN tetapi masalah yang dihadapi negara sekarang adalah penyalahgunaan tabung ini untuk kepentingan kroni ekoran kerangkanya yang tidak sihat.

Demikian kata anggota Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad, dalam kenyataannya kepada Harakahdaily hari ini.

Beliau mengulas kejayaan wakil Pakatan Rakyat dalam debat PTPTN, Rafizi Ramli baru-baru ini yang disifatkan beliau berjaya menyampai mesej PTPTN perlu dimansuhkan dan digantikan dengan pendidikan percuma.

Dr Dzulkefly juga melahirkan rasa kebimbangan dengan usaha Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang cuba mewajibkan semua pelajar lepasan SPM menyertainya kerana unsur salah guna kroni juga sudah berlaku sekarang.

"Saya mendapat maklumat tentang sebuah kolej swasta yang kini sedang 'memaksa dan menuntut' PTPTN membuat bayaran RM15 bilion untuk membiayai pelajar mereka mengikuti kursus jururawat yang dikenakan RM90,000 seorang untuk seluruh pengajiannya," beritahu Dr Dzulkefly.

Kolej swasta ini, katanya, menawarkan kursus jururawat dengan jaminan kononnya kerja terjamin.

Atas alasan itu, kolej-kolej ini mengenakan yuran yang tinggi kepada pelajarnya dan yuran ini diperolehi dengan membuat pinjaman daripada PTPTN.

"Inilah bagaimana caranya kroni Umno ini memeras duit rakyat melalui PTPTN ini," kata beliau kepada Harakahdaily.

Kini, kata Dr Dzulkefly (gambar), berlaku lambakan graduan kursus jururawat  dalam pasaran kerana penawarannya sudah terlalu tinggi berbanding dengan keperluan negara.

"Sekarang kolej-kolej ini mula menuntut wang dari PTPTN untuk pelajar mereka. Pelajar yang keluar pula tidak ada pekerjaan, bagaimana mereka hendak bayar balik hutang ini.

"Hasilnya kerajaan yang terpaksa tanggung lalu membuat pinjaman dari institusi kewangan untuk mengisi tabung ini sebagaimana yang didedahkan Khairy (Jamaludin) dalam debat baru-baru ini," kata Dr Dzulkefly.

Khairy dalam Debat PTPTN baru-baru ini memberitahu, PTPTN membuat pinjaman dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan beberapa bank untuk mengisi tabung PTPTN yang hampir kering itu.

Pelajar pula hanya perlu membayar balik pinjaman yang mereka buat, manakala bunga atau faedah bank itu ditanggung oleh kerajaan, kata Khairy.

Bagi Rafizi, kerangka tanggungan pendidikan melalui sistem PTPTN itu menyebabkan negara menanggung terlalu banyak hutang dan akan sampai masa kerajaan tidak mampu menampungnya lagi.

Sebelum masa itu sampai, beliau meminta PTPTN dikaji balik dan Pakatan Rakyat mencadangkan pendidikan percuma ditawarkan kepada rakyat negara ini.

Menurut Dr Dzulkefly,  sekurang-kurangnya 19 negara di dunia memberi ‘pendidikan percuma’ dalam pelbagai pendekatan dan kaedah perlaksanaan di peringkat universiti.

Dari jumlah itu lapan negara yang tidak langsung mengenakan yuran universiti: Argentina, Brazil, Finland, Germany, Iran, Mexico, Sweden dan Arab Saudi.

"Rafizi Ramli jelas sandarkan hujjah beliau bahawa negara ini kaya. Benar, Bank Dunia mengiktiraf bahawa Malaysia adalah antara negara terkaya di dunia diukur di segi ‘sumber per kapita’. Sudah tentu sama atau lebih kaya dari kebanyakan negara tersenarai tadi," katanya.

Tegasnya, kata beliau, Rafizi berhujah bahawa negara yang menjana RM181 bilion pendapatan setahun ini mampu memberikan pendidikan percuma, seandainya rasuah dapat dikekang, ketirisan dikurangkan dan prioriti diperbetulkan.

Debat: Adnan kekalkan imej 'penakut' Najib

Harakahdaily, 25 Mei 2012
KUALA LUMPUR: Pandangan Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bahawa Datuk Seri Najib Razak tak perlu berdebat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya mengekalkan imej Najib sebagai seorang penakut.

Menurut Ketua Penerangan PAS Pusat, Riduan Mohd Nor, debat dengan Anwar Ibrahim adalah peluang terbaik bagi Najib untuk bukan sahaja menaikkan sokongan terhadap dirinya malah untuk BN secara keseluruhan.

"Sepatutnya Datuk Tengku Adnan mengesyorkan kepada bosnya supaya menerima pelawaan debat ini kerana inilah peluang perdana menteri untuk meningkatkan graf sokongan dan populariti dirinya dan BN.

"Sejarah akan mencatat DS Najib adalah perdana menteri paling ‘gentleman’ dan berjiwa besar sehingga sanggup duduk sepentas bersama pemimpin pembangkang demi untuk rakyat," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau mengulas kenyataan Adnan semalam bahawa Najib tidak perlu berdebat dengan Anwar seperti yang dicadangkan oleh Dr Mazlee Malik ketika menjadi moderator Debat PTPTN antara Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dengan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli kelmarin.

Menurut Adnan, pembangkang apatah lagi Anwar akan sengaja dalam debat itu nanti untuk mencetuskan suatu keadaan untuk mendapatkan 'mileage' politik.

Mengulas lanjut Riduan berkata, alasan penolakan debat oleh Adnan itu hanya helah dan menunjukkan bahawa BN tidak matang berpolitik dan takut menghadapi realiti.

Sedangkan katanya, debat antara Rafizi dan Khairy kelmarin membuktikan secara jelas bahawa tiada sebarang kekecohan ataupun 'tercetusnya suatu keadaan untuk mendapatkan mileage politik' seperti diperkatakan Adnan.

Masing-masing kata Riduan telah berjaya membuktikan hujah masing-masing secara akademik dan fakta yang bernas.

"Jika PM mempunyai banyak idea dan gagasan untuk pembangunan rakyat, apa salahnya dia berdebat bagi membuktikan BN lebih baik daripada Pakatan Rakyat.

"Malangnya, Umno melepaskan peluang ini dan memilih menjadi gerombolan yang elit, sombong dan tidak disenangi rakyat," katanya.

Mesir: Undi mula dikira, calon Ikhwan di depan

Lansung dari Dr. Syed Azman Syed Ahmad , 25 Mei 2012
Setelah tamatnya tempuh mengundi pada jam 10 malam semalam, proses pengiraan undi kini sedang berjalan di setiap pusat-pusat mengundi di seluruh Mesir dengan calon Ikhwan berada di depan.

Parlimen Mesir baru-baru ini telah mengeluarkan ketetapan bahawa hendaklah dibuat kiraan undi tempat undian itu sendiri bagi lebih menjamin ketelusan dan mengelakkan sebarang penipuan.
(Penulis di depan poster-poster kempen Presiden Mesir)

Proses pengiraan ini  di kawal-selia oleh seorang hakim dan wakil-wakil calon yang bertanding.

Salinan keputusan di peti undi tersebut diberi kepada setiap wakil calon dengan ditandatangani sendiri oleh seorang hakim yang memang menyelia peti undi disepanjang tempoh pengundian.

Keputusan awal yang di keluaran setakat ini menunjukkan calon Ikhwan Muslimin Dr. Mohamad Morsi sedang mendahului di kebanyakan daerah mengundi.

Keputusan dari 6661 daerah mengundi mendapati Dr Mohamad Morsi mendapat 30.8% undi, calon bebas Dr Mon’im Abol Foutuh mendapat 17.7% undi, calon tajaan bekas rejim Mubarak  Ahmed Syafik mendapat 22.5% undi, Hisham Sabahi 20.7% undi dan calon yang mendapat banyak sokongan kuasa Barat  Amar Mousa mendapat  11.9% undi.

Proses penggiraan undi yang sedang berjalan ini semakin menyerlahkan lagi pertembungan  sengit antara calon dari gerakan Islam dengan calon yang ditaja dari saki-baki pimpinan rejim Mubarak.

Setakat ialah Dr Mohammad Morsy dari parti FJP Ikhwan Muslimin, Dr Mon’im Aboul Futuh yang juga merupakan bekas pimpinan Ikhwan Mesir dan dua calon tajaan saki-baki rejim Mubarak iaitu ‘Amru Musa dan Ahmad Shafik sedang bersaing di kebanyakan daerah mengundi.

Pada hari ketiga ini saya berada bersama beberapa pimpinan Ikhwan dari Freedom and Justice Party (FJP) di pejabat media Dr. Mohamad Morsi  yang terletak di tengah-tengah Kota Kairo.

Suasana di pejabat FJP nampaknya ceria dengan berita yang di terima setiap minit tentang keputusan bilangan undi yang banyak memihak kepada calon mereka Dr. Morsi.
Pemuda-pemuda Ikhwan yang menjadi tenaga penting sepanjang pilihanraya ini kelihatan amat sibuk menyediakan bahan-bahan media dan juga melayan ramai para pemberita tempatan dan antarabangsa yang berkumpul di pejabat FJP.

Ya, keputusan awal ini yang meletakkan calon Ikhwan Dr. Mohamad Morsi di hadapan bakal akan menjadi ‘mimpi nyeri’ bagi kuasa-kuasa besar Barat serta sekutunya Israel yang berusaha keras dengan menjalankan pelbagai propaganda  bagi memastikan calon ‘tajaan’ mereka akan menang dalam pilihanraya ini.

(Bertemu dengan Setiausaha Agung FJP, Dr Ahmed Solaiman)

Ahmad Syafik dan Amr Mousa telah diberikan  pelbagai publisiti oleh media barat terutamanya BBC dan CNN ‘sebagai calon penyalamat’ bagi membangun semula Mesir selepas kejatuhan rejim Mubarak.

Calon Ikhwan Dr. Morsi terutamanya, telah cuba di ‘blackout’ dengan menafikan publisiti kepada beliau.

Namun kekuatan jentera pilihanraya dari calon Ikhwan Muslimin ini telah berjaya menyaingi jentera media barat ini dengan mereka banyak menggunakan kempen melalui media baru seperti Twitter dan facebook.
Begitu juga dengan kempen dari rumah kerumah yang dijalankan oleh pemuda dan muslimat Ikhwan di seluruh mesir setakat ini menampakkan hasil yang positif.

Keputusan rasmi penuh hanya akan di umumkan pada Selasa depan oleh Suruhanjaya Pilihanraya Mesir. Namun keputusan tidak rasmi  yang di dapati setakat ini menunjukkan bahawa Mesir selepas kejatuhan rejim zalim Mubarak akan terus berubah dengan “Kuasa rakyat’ akan terus memimpin.

Masa depan Ikhwan Muslimin dan gerakan Islam adalah cerah setelah mereka kini dapat sedikit bernafas dengan bebas dan telus di medan demokrasi yang yang di sanjung Barat.

Kemenangan Ikhwan akan juga menjadi inspirasi dan semangat kepada PAS bagi menghadapi PRU -13 akan datang di negara kita Malaysia.
--------------------------
Penulis adalah Penolong Setiausaha Agong PAS dan Adun  Batu Burok, Terengganu. Hubungi beliau melalui Twitter: @syedazman   e-mail: syedazmans@yahoo.co.uk

PM bukan Melayu: DAP nafi laporan Utusan

Harakahdaily, 25 Mei 2012

(Laporan Utusan yang dinafikan DAP)

KUALA LUMPUR: Laporan yang dibuat oleh Utusan Malaysia kononnya Karpal Singh berkata, "Selagi hidup, beliau akan terus berjuang untuk memastikan seorang bukan Melayu menyandang jawatan PM" sebagai tidak benar.

Menurut Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, beliau sempat bercakap dengan Karpal Singh ketika rehat mahkamah semalam dan bertanya mengenainya kepada Karpal.

"Karpal hanya merujuk kepada Perlembagaan Malaysia iaitu jawatan Perdana Menteri terbuka kepada semua rakyat Malaysia," kata Lim Kit Siang dalam Twitternya.

Lim Kit Siang juga telah membuat penjelasan itu melalui sistem pesanan ringkas (SMS) kepada Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

Semalam Utusan Malaysia melaporkan kononnya Karpal berkata, selagi hidup beliau akan terus berjuang untuk memastikan seorang bukan Melayu menyandang jawatan Perdana Menteri.

"Saya tidak pasti boleh lihat bukan Melayu untuk menjadi Perdana Menteri termakbul di era saya, namun saya tetap akan memperjuangkan impian ini," kata Karpal sebagaimana dilaporkan Utusan.

Ekoran laporan yang penuh unsur-unsur perkauman itu, Utusan telah membuat laporan susulan.

Antaranya dengan memetik kenyataan pimpinan PAS.

Teras gesa henti tunjuk berani cara samseng

Harakahdaily, 25 Mei 2012
KUALA LUMPUR: Teras Pengupayaan Melayu (Teras) menyeru semua pengundi Melayu melakukan transformasi politik besar-besaran untuk menyelamatkan negara daripada penyelewengan dan pengkhianatan yang sedang berleluasa sekarang.
Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid (gambar) berkata, kerajaan yang sudah diberi mandat selama 54 tahun sudah terlalu lama membiarkan orang Melayu berada dalam kepompong hidup feudal sehingga pemikiran dan sikap merdeka dalam erti kata sebenar tidak menjadi asas dalam menentukan kepimpinan negara.

Katanya, orang Melayu jelas dianggap sebagai pengundi yang lebih mudah dibeli oleh rasuah dan permainan politik fitnah.

“Lantaran itu sangat jelas tumpuan kepada orang Melayu dengan pelbagai suapan wang tunai menjadi strategi yang digunakan oleh kerajaan yang memegang kuasa sekarang,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, strategi memanipulasi daftar pengundi serta melancarkan kempen psikologi dengan mengugut dan memfitnah kini jelas sedang diguna ke atas pengundi Melayu melalui taklimat khas atas nama kursus-kursus kerajaan.

Menurutnya, pegawai kerajaan yang majoritinya adalah orang Melayu kini diarah menghadiri kursus-kursus untuk memastikan mereka menjamin sokongan kepada kerajaan.

Demikian juga, ujarnya pemimpin-pemimpin akar umbi orang Melayu di pelbagai peringkat disogok dengan upah untuk memastikan pengikut mereka hanya menyokong kerajaan yang sedia ada.

“Politik murahan seperti ini tidak membantu orang Melayu malah meneruskan politik feudal yang sudah ditolak oleh bangsa lain,” ujarnya lagi.

Justeru, tegasnya Teras berpendirian sepatutnya orang Melayu yang menjadi tulang belakang kepada politik negara memahami betapa hanya bergantung kepada kerajaan yang mengguna politik tahap rendah tidak akan menjamin masa depan.

Beliau berkata, bangsa Melayu yang sudah menjalani proses sekularisasi yang sedemikian lama di bawah pemerintahan parti yang berteraskan nasionalisme sempit tidak membantu mematangkan orang Melayu dari sudut politik.

Malah, ujarnya orang Melayu yang dipisah dari faham politik berteraskan Islam akan dijadi alat untuk mengekalkan kuasa di kalangan golongan elit Melayu yang tidak mempunyai cita-cita mendaulatkan Islam di negara ini.

Tegasnya, orang Melayu tidak boleh membiarkan bangsanya diheret dalam kancah politik murahan yang memalukan.

Beliau menambah, budaya lucah yang dipaparkan oleh segelintir orang Melayu yang menunjukkan sindrom rendah akal, ditambah dengan budaya samseng yang dibenarkan oleh pihak berkuasa, kini sedang mencemar imej bangsa Melayu di mata dunia.

“Teras kesal dan menasihati pihak yang terus menunjukkan budaya songsang dalam berfikir dan bertindak agar menghentikan reaksi hodoh yang memualkan itu.

“Ia sama sekali tidak mengembalikan maruah bangsa malah menunjukkan kerendahan budi dan menghina agama di hadapan masyarakat lain,” ujarnya lagi.

Katanya, menunjukkan keberanian dengan cara samseng amat memalukan dan mesti segera dihentikan.

Azmi berkata, ketika masyarakat lain siap melakukan perubahan politik dari politik feudal kepada politik matang dan merdeka, terdapat orang Melayu yang menjatuhkan maruah bangsa ke gaung kehinaan.

“Pengundi Melayu perlu menunjukkan sikap politik yang tepat untuk memastikan PR13 kali ini akan merupakan batu tanda perubahan besar-besaran lanskap politik negara di mana pengundi Melayu akan menuntutkan masa depan negara,” ujarnya.

Menurutnya, orang Melayu perlu segera memberi keutamaan kepada persoalan yang lebih besar dan utama iaitu melonjakkan negara daripada kehinaan diperbudak oleh kuasa besar dan memerdekakan negara dari salah kelola negara oleh pemimpin yang rakus dan menyeleweng.

Samseng: Umno makin takut hadapi PRU13

Harakahdaily, 25 Mei 2012
KUALA LUMPUR: Tindakan samseng termasuk penyokong Umno mengganggu program Pakatan Rakyat sejak akhir-akhir ini memperlihatkan betapa tukutnya mereka berdepan pilihan raya umum ke-13 nanti.

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad berkata, Umno kini sedar bahawa rakyat kini semakin ramai menyokong Pakatan dan menolak Umno.

(Gambar: Seorang hadirin terkena lontaran batu pada majls malam tadi. Foto Khaulah)


Ekoran itu katanya, tidak mustahil mereka sanggup menggupah samseng untuk mengganggu Pakatan Rakyat dari menyampaikan maklumat kepada masyarakat.

"Bila kata demokrasi, hormatilah hak kumpulan lain nak bagi penerangan kepada rakyat.

"Tindakan ini tak hormat rakyat, tak nak rakyat pilih dengan bebas, tapi paksa rakyat pilih dia sahaja," katanya ketika dihubungi Harakahdaily

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas serangan balingan batu dan telur terhadap ceramah Pakatan Rakyat di Pantai Dalam malam tadi.
Khalid turut hadir malam tadi dan membaca doa mengakhiri majlis.

Insiden berlaku kira-kira jam 11 malam tadi, ketika Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang berucap di satu majlis ceramah di Apartmen Pantai Permai.

Menurut saksi, batu itu dibaling dari kawasan ceramah Umno di kuarters Dewan Bandaraya Raya Kuala Lumpur (DBKL) Pantai Dalam yang terletak bersebelahan.

Ekoran insiden itu, seorang warga emas cedera di kepalanya manakala seorang kanak-kanak juga didakwa cedera di tangan dan dikhuatiri patah.

"Mereka sedar rakyat dah tolak, jadi mereka ugut dengan samseng.

"Tindakan ini hanya mengesahkan lagi tanggapan bahawa Umno ini merosakkan negara dan perlu ditukar," katanya yang juga AJK PAS Pusat.

Atuk kencing berdiri, maka cucu kencing berlari

http://payahsungguh.blogspot.com, 25 Mei 2012

Jumaat, 25 Mei 2012


APABILA ATOK KENCING BERDIRI MAKA CUCU PASTI KENCING BERLARI

Sebagai cucu semestinya akan berasa malu jika mempunyai atok seperti ini.
Dari Salim bin Abdullah r.a dari ayahnya, katanya:�Nabi s.a.w lalu di hadapan seorang Ansar yang sedang mencela saudaranya kerana saudaranya itu pemalu. Maka sabda rasulullah s.a.w kepadanya:� Biarkanlah dia! Sesungguhnya malu itu sebahagian daripada iman.�

BN kena sabotaj (1 gambar)

http://naimnikmat.blogspot.com, 25 Mei 2012

BN KENA SABOTAJ ( 1 GAMBAR )

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash3/551062_294035470691232_100002543449286_640297_1861780702_n.jpg

Siapalah yang rajin sabotaj BN ni? kah3...........

Tiada ulasan: