Sabtu, 5 Mei 2012

PERLEKEH PAS OK LAGI KOD....JANGAN KITA PERLEKEH ISLAM...BUAT JUGA ...ANJUR JUGA PROGRAM2 MAKSIAT..YANG KITA TAHU ADA PERKARA2@UNSUR HARAM...NI JUGA BUKANKAH PERLEKEH ISLAM...JANGAN KITA MENGHALALKAN CARA...BUKAN AKAR UMBI SAJA...BAGAIMANA YANG DIATAS...AKAR UMBI PUN TAHU DARI MANA....ATAS ATAU BAWAH

Aktivis siswa ditahan polis kerana Facebook
Seorang aktivis mahasiswa ditahan polis ketika hadir bagi membantu siasatan berhubung dakwaan berkaitan status laman sosial Facebook yang dikatakan menyokong tindakan supaya anggota polis dibunuh.

NONEKhalid Ismath, 22, ditahan sejurus sampai di ibu pejabat polis kontinjen Kuala Lumpur ditemani ibu bapa, sanak saudara dan sekumpulan aktivis mahasiswa.

Khalid dalam Facebook sebelum ini menulis: "Saya setuju jika semua polis dibunuh. Kerana begini caranya mereka melayan rakyat. Jadi setiap kali demo, tidak ada rundingan dengan polis lagi. Lawan tetap lawan."

Status itu dipercayai berkaitan dengan layanan polis semasa perhimpunan BERSIH 3.0 genap seminggu lalu.

Menurut bapanya Ismath Mohd Habib, polis yang datang ke rumahnya di Klang semalam tidak menyatakan hasrat menahan Khalid.

Beliau juga tidak nampak alasan untuk pihak berkuasa berbuat demikian kerana berpendapat anaknya bukan penjenayah atau "mat rempit".

Pada jam 11.30 pagi tadi, beliau dipindahkan ke ibu pejabat polis daerah Cheras untuk siasatan lanjut.
Umno anjur himpunan raksasa Jumaat depan
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata perhimpunan raksasa di Stadium Nasional Bukit Jalil sempena sambutan ulang tahun ke-66 Umno pada 11 Mei adalah tanda kekuatan parti itu untuk mara ke hadapan dalam satu barisan yang ampuh bagi mencapai kemenangan yang besar dalam pilihan raya akan datang.

Beliau berkata perhimpunan itu juga akan membuktikan bahawa ribuan anggota parti itu mampu berhimpun dalam keadaan aman tanpa mendatangkan kemudaratan kepada orang lain.

"Saya melihat tarikh lahir Umno yang ke-66 ini satu yang amat sesuai sebab kita dah lama tak buat satu perhimpunan secara raksasa dan masanya sesuai untuk kita.

"Semua orang tahu bahawa pilihan raya (akan diadakan) tak lama lagi jadi eloklah kita paparkan kepada rakyat apakah jasa Umno selama ini," katanya dalam wawancara eksklusif dengan Umno-Online di ibu negara.

Beliau berkata anggota Umno juga perlu berbangga kerana menjadi sebahagian daripada keluarga besar parti keramat orang Melayu itu.

"Jangan kita rasa terhina, jangan kita rasa tertekan bahawa segala-gala yang dikecapi oleh negara ini pada hakikatnya adalah jasa yang disumbangkan oleh Umno, oleh pemimpin-pemimpin Umno, (sama ada) besar dan kecil selama ini," katanya.

Sambutan ulang tahun ke-66 Umno yang bertema 'Umno Pembela Rakyat' berlangsung selama 13 hari bermula 1 Mei lepas.

-Bernama
Najib mahu akar umbi Umno baiki diri
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mahu melihat peringkat akar umbi Umno terutama dari ketua bahagian dan cawangan mencari ruang yang boleh dibaiki walaupun secara keseluruhannya parti itu sudah bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Najib, yang juga presiden Umno, berkata sangat penting kumpulan akar umbi ini bekerja sebagai satu pasukan dan satu keluarga, sekali gus mengetepikan sebarang persaingan dan persengketaan sesama anggota buat sementara waktu.

"Kita ini merupakan satu pasukan, satu keluarga yang bukan saja mantap tetapi kukuh dan padu dalam apa jua keadaan dan kita mesti melihat bahawa ancaman kita, pesaing kita adalah parti pembangkang dan bukanlah sesama kita," katanya dalam wawancara eksklusif dengan media Umno Online di ibu negara hari ini.

Katanya, anggota Umno perlu menjurus kepada perhatian yang sepenuhnya kepada sebarang dan segala usaha yang boleh dibuat untuk memastikan jentera parti ini padu dan boleh bergerak, lancar serta penuh bersemangat untuk parti dan BN.

Pada masa sekarang, semua jentera Umno di negeri sudah dipersiapkan, kursus sudah diberikan, panduan sudah disediakan dan perjumpaan dengan mereka telah pun dibuat, katanya.

Najib juga mahukan setiap anggota Umno tanpa mengira jawatan yang mereka pegang supaya membantu memenangkan parti dengan menunaikan tanggungjawab mengundi kerana setiap undi itu mempunyai nilai tersendiri.

"Kita ini merupakan parti yang besar, 3.3 juta ahli kita semua sekali. Oleh itu kita mesti meletakkan dalam fikiran dan juga mind set anggota-anggota parti kita ini supaya menumpu kepada sebarang usaha yang boleh dilakukan setiap daripada kita.

"Tidak semestinya kita ini merupakan seorang pemimpin besar, atau pemimpin di peringkat bahagian tapi kita sebagai ahli biasa sekurang-kurangnya nilai undi kita, sebab ada kalanya ada juga ahli Umno yang tidak mengundi waktu pilihan raya," katanya lagi.

Najib bagaimanapun mengaku bahawa dirinya adalah seorang yang realistik dan bukan mudah untuk mengubah sikap anggota Umno dalam jangka masa yang pendek.

"Saya rasa bahawa pencapaian atau pun perjalanan ini sudah pun bermula dan ada sedikit sebanyak perubahan tapi kita perlu meneruskan lagi sebab untuk mentrasformasikan Umno adalah satu cabaran yang tentu sekali akan memakan masa," katanya.

Cuma, katanya, penghayatan itu sudah pun dilihat kesannya kepada anggota parti yang setiap daripada mereka hari ini bekerja untuk pencapaian manakala program parti sendiri banyak berkisar kepada Gagasan 1Malaysia dan keutamaan rakyat, katanya.

Beliau juga ditanya mengapa Umno mengambil masa yang sangat lama untuk berubah memandangkan usia parti itu sekarang sudah menjangkau 65 tahun.

Perdana menteri memberitahu, sebenarnya, Umno sudah pun berjaya sejak lama dahulu tetapi pada masa itu perjuangan orang Melayu tertumpu kepada satu-satu perkara itu, Malayan Union dan kemerdekaan dan tiada siapa pun yang mahu mencari kelemahan Umno.

Keadaan, katanya, mula berubah apabila parti memasuki era 70-an apabila nilai parti dicampuradukkan dengan soal kepentingan merebut jawatan dan politik wang mula melanda disebabkan persaingan sesama anggota semakin sengit dan ini ditambah dengan kejayaan Umno membangunkan negara.

"Inilah yang mesti kita hindari bahawa sebagai sebuah parti yang telah lama wujud, terlalu besar nilai dan jasa kita, tapi pengundi hari ini tidak akan melihat kepada kegemilangan dalam sejarah... mereka hendak tahu apa perjuangan Umno pada hari ini dan akan datang," katanya.

"Inilah yang saya nak tekankan supaya setiap pemimpin Umno mesti menghayati dan mencerminkan nilai-nilai kepimpinan yang disenangi oleh rakyat, dengan itu rakyat akan memberi sokongan yang padu kepada Umno dan BN," katanya.

Najib menjelaskan perubahan dalam Umno ini tidak perlu jauh daripada matlamat parti yang asal tetapi dalam konteks hari ini, perkara yang perlu dalam konteks masa kini ialah nilai untuk meletakkan kepentingan parti mengatasi segala kepentingan.

Ini disusulkan dengan nilai kesetiaan pada parti, disiplin, kerja dalam satu pasukan dan sebagainya, merupakan nilai sejati yang telah dibina selama ini, dan perlu dikekalkan, perlu dipertahankan, katanya.

"Dalam konteks hari ini nilai kita yang lama kita kekalkan, nilai yang baru yang meletakkan misalnya menguasai kemahiran dan keilmuan itu terutama sekali dalam konteks masa kini, kemahiran ICT umpamanya, kemahiran dalam menggunakan sosial media umpamanya, kemahiran untuk kita berkomunikasi umpamanya.

"Ini semua merupakan kemahiran yang perlu kita hayati, kita pelajari supaya peranan kita sebagai pemimpin berkesan pada setiap era," katanya.

Perdana menteri berkata Umno berjaya membawa budayanya semasa era mencapai kemerdekaan, kemudian pengisian kepada kemerdekaan itu dan seterusnya menukar negara ini yang asalnya sebuah negara pertanian menjadi sebuah kompleks perindustrian.

Hari ini Umno sekali lagi perlu memperlihatkan keberkesanan kepimpinannya dalam konteks ledakan dunia maklumat yang giat berlaku sekarang, katanya.

Ketika ditanya punca yang menyebabkan roh dan semangat perjuangan di kalangan anggota Umno pudar, Perdana Menteri menjawab: "Mereka tidak melihat bahawa matlamat perjuangan itu lebih besar, mengatasi segala-gala perhitungan yang lain.

"Jadi kalau ada sifat bahawa saya nak utamakan apa inspirasi saya sebagai individu lebih daripada parti, maka ini yang akan menimbulkan masalah dalam parti kita.

"Saya tak kata kita tak boleh ada cita-cita peribadi, tak boleh ada kepentingan diri tetapi mestilah tidak mengatasi apa yang penting dan lebih utama adalah parti kita, masa depan parti itu sendiri," katanya lagi.

Najib berkata beliau faham bukan mudah pandangan baru beliau untuk diterjemahkan oleh pihak akar umbi kepada rakyat tetapi sebagai pemimpin, beliau sanggup bersabar kerana proses ini akan memakan masa.

Beliau pada masa yang sama bagaimanapun berasa teruja kerana ramai anggota Umno memberi sokongan terhadap Gagasan 1Malaysia, pelaksaan Program Transformasi Kerajaan, Program Transformasi Ekonomi dan Program Transformasi Politik semuanya tidak dibantah.

"Umno menyokong sepenuhnya tetapi untuk diterjemahkan dalam bentuk peranan masing-masing dan untuk menghujahkan bagaimana apa-apa yang kita nak buat dalam bentuk agenda baru untuk negara.

"Itu dapat dilakukan dengan kaedah yang begitu baik sehingga rakyat umumnya yang di luar parti kita dapat menerima bahawa Umno adalah merupakan tonggak kepada negara kita dan Umno adalah merupakan sebuah parti yang benar-benar, satu-satu parti yang boleh membawa negara kita ini ke arah mencapai Wawasan 2020," katanya.

- Bernama
Najib: Jangan perlekeh PAS di Kelantan
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berpuas hati dengan persiapan jentera BN Kelantan bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-13 akan datang.

Najib yang juga pengerusi BN, melahirkan rasa puas hatinya itu semasa menghadiri perjumpaan dengan pemimpin parti komponen BN Kelantan di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa di Kota Baharu.

Perjumpaan setengah jam itu, merupakan acara terakhir perdana menteri dalam lawatan sehari ke negeri ini, hari ini, sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur.

Bercakap kepada pemberita, Pengerusi BN Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata Najib juga menyatakan keyakinan beliau bahawa BN mampu menawan semula Kelantan daripada pemerintahan PAS pada PRU kali ini.

Beliau berkata perdana menteri mahu jentera parti BN menguatkan perpaduan di kalangan mereka bagi memastikan kemenangan BN.

"Pada masa sama, beliau juga tidak mahu anggota BN memperlekehkan parti lawan PAS di Kelantan kerana mereka mempunyai kekuatan sendiri kerana lama mentadbir negeri ini," katanya.

Ditanya sama ada Najib menyentuh soal senarai calon pada PRU-13, Mustapa berkata Najib berharap anggota parti menerima siapa sahaja yang diputuskan oleh pucuk pimpinan.

- Bernama
Anwar pertahan Azmin, selar Umno
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan bahawa Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali bukan lelaki dalam gambar lucah yang disiarkan media arus perdana.

Anwar menyifatkan penerbitan gambar itu sebagai taktik lama dan manipulasi media Umno dalam persaingan politik mereka.

"Sekarang (cerita tentang) Azmin. Siapa tuan punya media ini? Umno. Siapa tentukan (apa yang disiarkan)? Presiden Umno.

"Mereka cakap tentang moral? Ini jelas satu hipokrasi. Adakah ini cara yang boleh diterima dalam persaingan politik? Cara yang boleh diterima dalam persaingan kuasa?

"Adakah ini sesuatu yang baru? Tidak. Ini perkara yang memang sudah tertanam dalam jiwa Umno," kata Anwar pada Majlis Makan Malam Gala PKR di Petaling Jaya semalam.

Pada 2 Mei lalu akhbar perdana memaparkan gambar lelaki menyerupai Azmin dalam aksi panas bersama seorang wanita di dalam tandas.

Azmin bagaimanapun menafikan lelaki itu dirinya dan menuduhnya sebagai serangan berterusan Umno terhadapnya menjelang pilihan raya.

Sementara itu, mengulas hubungan PKR-DAP, Anwar menegaskan beliau tidak pernah ragu-ragu memilih penasihat DAP Lim Kit Siang sebagai rakan sepasukannya dalam Pakatan Rakyat.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada komen beberapa pemimpin BN yang menyifatkan Anwar sebagai 'kuda tunggangan DAP'.

"Di Ipoh saya nyatakan saya tidak rasa bersalah jika diberikan pilihan untuk memilih pemimpin Cina yang berkebolehan dan berkredibiliti, pilihan saya di antara pemimpin Cina adalah Kit Siang.

"Pilihan Umno adalah Chua Soi Lek," kata Anwar sinis di hadapan kira-kira 1,400 tetamu majlis makan malam kutipan dana itu.

Majlis turut dimeriahkan persembahan teater satira bertajuk Madah Berhelah yang mengisahkan kekalahan perdana menteri dalam pilihan raya umum akan datang.

Aktivis teater Jo Kukathas pula bertindak sebagai pengacara majlis dan mencuri perhatian tetamu dengan jenaka pentasnya sebagai 'Cik Ribenaberry' selama kira-kira 15 minit.
Polis siar foto anggota kasari orang ramai, wartawan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini menyiarkan dalam Facebook polis Kuala Lumpur rakaman gambar anggota polis yang didakwa telah mengkasari orang awam serta wartawan semasa perhimpunan BERSIH 3.0 Sabtu lalu.

NONEDalam kenyataan yang turut disiarkan dalam Facebook tersebut, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh menyeru orang ramai supaya tampil memberi kerjasama dan bukti.

"Melalui rakaman gambar-gambar ini, saya mengambil kesempatan ini untuk menyeru mana-mana juga orang ramai yang berada di sekitar tempat kejadian, khususnya terhadap mereka yang menyaksikan kejadian itu, tampil memberi kerjasama, serta bukti-bukti yang ada  untuk keterangan mereka direkodkan oleh pegawai penyiasat berdasarkan kepada prosedur undang-undang negara ini," katanya.
NONEBagaimanapun, pihak polis nampaknya hanya berminat dengan satu insiden yang berlaku di sepanjang Jalan Tun Perak di mana ia hanya menunjukkan pergelutan yang berlaku di hadapan cawangan bank OCBC di situ.

Banyak lagi gambar atau klip video yang menggambarkan kekejaman polis semasa BERSIH 3.0 yang telah dimuat-naik di Internet oleh para saksi, tidak disebut.

Selain itu, Facebook itu juga turut menyiarkan sejumlah 42 keping lagi gambar hasil daripada penelitian terhadap gambar-gambar yang telah dirakam oleh media dan polis semasa perhimpunan BERSIH 3.0 yang diadakan di sekitar Bandaraya KualaLumpur ke Dataran  Merdeka pada 28 April lalu.

NONE"Di samping itu, turut diedarkan adalah gambar-gambar yang
mengandungi aksi-aksi deretan peserta perhimpunan yang telah merempuh kawalan polis di suatu lokasi yang berhampiran dengan Dataran Merdeka.

NONE"Rempuhan ini menunjukkan peserta perhimpunan mempunyai hasrat menuju ke Dataran Merdeka yang dikawal oleh polis dan pihak Bandaraya Kuala Lumpur," kata Mohmad.
NONEBagaimanapun, gambar-gambar yang ditunjukkan itu sepadan dengan
gambar Malaysiakini di mana peserta memecahkan benteng polis di hadapan KLCC, di sudut Jalan Ampang dan Jalan P Ramlee, kira-kira 5 kilometer dari Dataran.
Mohmad menyeru orang ramai yang mengenali pihak atau kepada individu dalam gambar tersebut supaya tampil memberi maklumat kepada mana-mana pegawai polis, balai polis atau berhubung terus dengan ASP Azmi Aziz, pegawai jabatan siasatan jenayah D7A ibupejabat polis Kuala Lumpur melalui emel azmiaziz@rmp.gov.my atau telefon 019-2602344 dan 019-3872344.
Sementara itu, dalam satu lagi kenyataan Mohmad berkata berikutan penyiaran gambar mereka yang terlibat, hanya seorang yang tampil setakat ini untuk membantu siasatan.

Katanya, lelaki berkenaan yang berumur 39 tahun, datang sendiri ke ibupejabat polis kontinjen Kuala Lumpur pada jam 3 petang tadi.

"Sementara itu, seorang siswa berumur 22 tahun telah berjanji akan serah diri bersama peguamnya pagi esok," katanya.

Tiada ulasan: