Sabtu, 5 Mei 2012

PERPECAHAN BERLAKU KERANA MEMAHAMI ISLAM DENGAN CARA BERBEZA...BEZA DAN BANDINGANKAN SAPE YANG BANYAK YANG TAK MEMPENDULIKAN HALAL HARAM...KITA MENTADBIR ISLAM....ATAU ISLAM YANG MENTADBIR KITA..

100 bendera parti politik diturunkan
Wartawan Sinar Harian
5 Mei 2012
100 bendera diturunkan
Anggota penguat kuasa MPSJ menurunkan bendera parti politik yang digantung di kawasan Putra Height.
SUBANG JAYA – Belum diumum tarikh pilihan raya umum, ratusan bendera parti politik sudah megah berkibar di tiang lampu sepanjang jalan raya.
Sikap ‘tidak sabar’ sesetengah parti politik itu akhirnya membawa padah apabila Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) bertindak menurunkan lebih 100 bendera parti politik yang digantung secara haram sejak sebulan lalu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Subang Jaya, Hannah Yeoh Tseow Suan berkata, beliau menerima aduan daripada penduduk yang mendakwa terlalu banyak bendera dipasang di beberapa laluan di Putra Heights di sini sehingga ada di antaranya yang didakwa menutup simpang jalan.
Menurutnya, beliau kemudian memaklumkan perkara itu kepada pihak majlis untuk tindakan selanjutnya.
“Sekarang ini bukannya waktu berkempen, justeru bendera mana-mana parti politik tidak sepatutnya digantungkan di mana-mana tempat.
“Tindakan menggantungkan bendera parti ini sama seperti menampal iklan ah long,” katanya.
Beliau berkata, pimpinan parti politik harus menghormati bahawa sekarang bukanlah masanya untuk berkempen dengan menaikkan bendera mereka di tiang lampu sepanjang jalan raya.
“Kalau bukan untuk tujuan tunjuk arah sekiranya ada majlis dianjurkan parti politik tidak kira parti apa pun ia satu kesalahan,” katanya menjadi kesalahan jika tindakan menggantung bendera tidak mendapat kebenaran majlis.
Menurutnya, beliau memaklumkan kepada majlis selepas menerima aduan daripada penduduk.
“Kita adil dan mengambil tindakan kepada semua bendera dipasang tanpa mengira ia parti politik apa,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Yang Dipertua MPSJ, Abdullah Marjunid berkata, dalam beberapa operasi dijalankan sebelum ini sebanyak 63 bendera Barisan Nasional (BN) diturunkan manakala selebihnya adalah daripada parti Pakatan Rakyat (PR).
“Sebanyak 16 bendera yang diturunkan adalah daripada parti DAP, 28 daripada PKR manakala enam adalah bendera Pas. “Pihak majlis memberi pengecualian menggantung bendera sekiranya parti politik menganjur majlis tetapi selepas itu ia perlu dibuka kerana menjadi kesalahan menggantung bendera sebelum kempen pilihan raya,” katanya.
Dr Juanda: Melayu pecah kerana 'gila kuasa'
NORHASRAM MOHAMAD
5 Mei 2012
Dr Juanda Jaya
Dr Juanda Jaya
KOTA BHARU - Masyarakat Melayu perlu bersatu dalam apa jua keadaan yang mencabar, sebagaimana disaksikan sekarang tetapi sama sekali tidak boleh terpengaruh dengan mana-mana pihak yang menjadikannya sebagai agenda politik.

Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya berkata, bersatu mesti diusahakan tetapi bebas daripada pengaruh politik kerana parti-parti politik mungkin menggunakan usaha itu untuk kepentingan masing-masing.

Katanya, perpecahan berlaku di mana-mana sahaja kerana ada kezaliman dari satu pihak yang mempunyai kuasa.

"Satu negeri tak diberi royalti, mesti ada pihak yang marah dan ini realitinya, zalim kepada saudara sendiri, puncanya ialah gila kuasa.

"Jangan terpengaruh dengan politik kerana kita semua tahu hala tuju apatah lagi kita ini orang Islam yang mempunyai ajaran yang jelas," kata beliau yang menjadi ahli panel Wacana D'Raja di Kelantan Trade Centre di sini malam tadi.

Wacana anjuran Kumpulan Media Karangkraf itu diadakan sempena Karnival Walk With Me yang berakhir hari ini.

Wacana dipengerusikan oleh Presiden Persatuan Peradaban Melayu Malaysia, Datuk A.Aziz Deraman.

Dua ahli panel yang lain ialah Ahli Dewan Negara, Datuk Dr Johari Mat dan Pengasas dan Pemangku Ketua Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik Universiti Malaya, Prof Datuk Mohamad Abu.

Wacana kali ini membicarakan tajuk "Bersatu Demi Islam".

Dr Johari pula menegaskan bahawa umat Islam sememangnya boleh bersatu sekiranya meletakkan Islam sebagai asas dan perpecahan berlaku apabila masyarakat Islam meninggalkan ajaran Islam itu sendiri.

"Semua manusia mempunyai destinasi sama iaitu alam akhirat, jadi ia tidak ada sebab untuk umat Islam berpecah, sejarah membuktikan manusia menjadi lemah kerana tidak berpegang kepada agama," katanya.

Katanya, generasi yang benar-benar memahami Islam sukar dibentuk kerana sistem pendidikan lebih memberi keutamaan kepada fardhu kifayah berbanding fardhu ain sehingga pelajaran agama bukan menjadi syarat lulus dalam peperiksaan.

"Apabila Islam tidak diikuti dengan betul, maka berleluasalah gejala social, ditambah pula penguatkuasaan yang lemah," katanya.

Sementara itu, Mohamad berkata, Melayu diajak bersatu apabila ada desakan dan cabaran dari luar.

"Orang Melayu diajak bersatu bila negara dijajah dan kempen perpaduan juga muncul ketika perayaan tertentu seperti Maal Hijrah dan Maulidur Rasul sedangkan semangat perpaduan sepatutnya sedia tertanam dalam jiwa.

"Kita lebih memberi tumpuan kepada perpaduan nasional berbanding perpaduan Islam sehingga membantutkan usaha ini sehingga kini. Susah sampai masanya idea perpaduan lahir dari sanubari umat Islam itu sendiri," katanya.
PKR lancar Merdeka Rakyat Isnin ini, menyusul Bersih 3.0
Wartawan Sinar Harian
4 Mei 2012
SHAH ALAM - PKR mahu melancarkan siri ceramah perdana dan jelajah “Merdeka Rakyat: Pasca Bersih 3.0” - sebagai simbol kejayaan mengadakan perhimpunan Bersih 3.0, Sabtu lalu.

"PKR akan terus membawa berita gembira dari Bersih 3.0 ke seluruh negara mengenai kebangkitan rakyat. Tarikh 28 April 2012 akan kita nobatkan sebagai Merdeka Rakyat," kata Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dalam satu kenyataan hari ini.

Rafizi berkata, majlis itu akan disempurnakan sendiri oleh Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin ini di Padang Kampung Baru, Batu Caves, Gombak jam 9 malam. "Ia akan turut disertai pimpinan terkanan PKR dan jemputan kepada pimpinan Pas dan DAP," katanya lagi.

Rafizi berkata, Anwar dijangka akan membuat pengumuman penting mengenai kedudukan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan Timbalannya, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar pada majlis pelancaran Merdeka Rakyat.

Rafizi juga berkata, sokongan ratusan ribu rakyat dari seluruh pelosok negara yang turun dengan satu suara menuntut proses demokrasi yang adil adalah catatan sejarah negara.

"Bersih 3.0 yang menyatukan rakyat pelbagai latar belakang seharusnya dirayakan semangat dan prinsipnya.

"Malangnya, ada pihak yang cuba menutup isu sebenar yang dibawa Bersih 3.0. Suara rakyat yang mewakili jutaan rakyat mahu ditutup dengan cerita picisan yang memfitnah rakyat," katanya.

Rafizi juga berkata, rakyat yang menjadi mangsa akibat kekerasan dan keganasan polis diserang bertalu-talu di media kawalan Umno-Barisan Nasional sedang pemangsa yang ganas dilindungi.

Perhimpunan Bersih 3.0 diadakan Sabtu lalu untuk menuntut pilihan raya yang bebas dan adil.

"Selain fokus kepada kejayaan rakyat menuntut proses demokrasi yang disuarakan melalui Bersih 3.0, PKR juga akan menayangkan dengan terperinci kejadian keganasan yang dilakukan pihak berkuasa.

"Peluang ini juga akan digunakan untuk membongkarkan perkembangan perbicaraan kes rasuah pembelian kapal selam Scorpene," katanya lagi.
Bolehkah undi diraih bekalkan rupa paras?

4 Mei 2012
PBS: Suruhanjaya Diraja perlu ‘suci’ daftar pemilih
Musim pilihanraya
ANALISIS - Berwajah menarik, sentiasa berpakaian kemas dan tampan sememangnya menjadi keutamaan bagi kebanyakan orang, terutamanya yang bergelar pemimpin.

Namun sejauh manakah semua itu diambil kira untuk meraih undi dalam pilihan raya? Sehingga kini, belum ada kajian yang dijalankan tentang perkara ini namun topik ini sesekali muncul tatkala pilihan raya umum semakin menghampiri.

Timbul perdebatan baru-baru ini ketika parti-parti politik sedang sibuk memperkatakan tentang pemilihan bakal calon bagi Pilihan Raya Umum ke-13, yang disebut-sebut akan diadakan sedikit masa lagi. Patutkah rupa paras dijadikan antara kriteria dalam menentukan calon boleh
menang?

Baru-baru ini Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel berkata menjadi satu kelebihan bagi parti itu untuk menawarkan calon yang memiliki rupa paras dengan harapan mereka dapat menarik minat pengundi untuk memilih parti itu.
Palanivel, yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata selain itu, yang pastinya ahli politik mesti memiliki nilai penting yang lain misalnya kepimpinan yang baik, bebas daripada skandal dan sangat dihormati dalam lingkungan parti serta masyarakat India.
Dalam pada itu, seorang penganalisis politik di Universiti Sains Malaysia, Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata dengan memiliki rupa paras yang elok, setidak-tidaknya akan menjadi ciri nilai tambah dalam meraih populariti, namun tarikan itu bukanlah menjadi keutamaan semata-mata.

Beliau berkata kriteria lain yang lebih relevan bagi pengundi dalam menentukan wakil rakyat pilihan mereka adalah kejujuran, bakat, kecerdasan, baik hati dan penyayang terhadap pengundi di kawasannya.

"Mungkin ahli politik yang kacak dan cantik lebih menarik perhatian berbanding pengundi di negara lain misalnya Amerika Syarikat, dengan Presiden Barack Obama yang tinggi, bergaya dan menarik orangnya. Satu lagi contoh ialah Perdana Menteri Thailand Yingluck Shinawatra yang cantik," katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Bagaimanapun, beliau percaya bagi Malaysia, pengundi lebih cenderung dan berharap untuk memberi sokongan kepada wakil atau parti politik yang bertanggungjawab yang dapat memberi khidmat terbaik berbanding dengan mereka yang hanya bersandarkan kepada rupa paras menarik sahaja.
“Apa gunanya jika kesudahannya nanti wakil-wakil rakyat yang berwajah menarik itu tidak dapat menunaikan janji dan memenuhi aspirasi rakyat? Tidak apa jika beliau memiliki rupa paras elok selain dapat pula menyentuh hati nurani rakyat," katanya.
Sementara itu, bekas Naib Presiden MIC, D.P Vijendran berkata rupa paras fizikal ahli-ahli politik hendaklah dilihat dari segi karisma dan kepimpinan mereka.

"Memang benar, pada peringkat tertentu rupa paras yang menarik memang sering dikagumi seperti Presiden Obama. Walhal, karisma memain peranan yang penting.

Seseorang ahli politik itu perlu merupakan gandingan sifat intelektual, integriti dan iltizam berkhidmat untuk rakyat," katanya.
Mengambil contoh Tan Sri Lee Lam Thye, seorang bekas pemimpin DAP yang meninggalkan partinya, Vijandran berkata Lee memiliki semua nilai yang diharapkan oleh rakyat.
“Beliau cekap mengusahakan perdamaian, sentiasa mendekati rakyat dan menjadi pemimpin yang ternama. Beliau malah terus memberi khidmat sosial kepada semua orang. Inilah sepatutnya ada pada seseorang pemimpin. Semuanya bergantung pada gambaran yang kita tunjukkan," katanya.

Bagi pemandu bas sekolah Mohd Kamarul Ishak, 50, dari Tapah, Perak, rupa paras yang menarik pastinya memberi tanggapan awal yang baik dan rakyat mudah tertarik untuk lebih mengenali seseorang itu, tetapi penilaian rakyat akan berdasarkan lebih kepada khidmat penyampaiannya.
“Sekiranya beliau tidak dapat memenuhi keperluan kami di sini, saya pasti seorangpun tidak akan mengundinya dalam pilihan raya umum yang akan datang. Beliau mestilah baik hati dan penyayang," katanya.
Bagi suri rumah Fatimah Yahya, dari Klang, rupa paras yang baik dapat membantu dalam memberi tanggapan pertama namun hanya bagi tempoh yang singkat memandangkan tanggapan sebenar akan terbentuk hasil daripada usaha, masa dan sumbangan khidmat melebihi
kepentingan diri yang ditunjukkan oleh wakil rakyat tersebut.

“Bagaimanapun, ini tidak bermakna pemimpin yang kacak dan cantik tidak dapat memenangi hati rakyat, jika pada masa sama mereka juga ikhlas, bekerja keras dan dapat memahami kawasan pilihan rayanya dengan baik," katanya.
Ahli psikologi, Prof Madya Dr Arifin Zainal menyetujui kebanyakan pendapat yang disuarakan, sambil berkata rupa paras memainkan peranan tertentu terutamanya dalam membentuk persepsi dan kesediaan masyarakat untuk member ruang supaya berasa lebih selesa bersama pemimpin mereka.
“Faktor rupa paras sentiasa menarik perhatian rakyat dan mereka akan berasakan bahawa seseorang wakil rakyat itu dari satu segi akan lebih mudah untuk didekati," kata beliau yang bertugas sebagai Dekan Fakulti Sains Gunaan Sosial di Universiti Terbuka Malaysia.
Bagaimanapun, Arifin berkata ini tidak bermakna mempunyai rupa paras menarik boleh mengatasi kualiti dalaman yang perlu ada pada seseorang pemimpin apabila yang lebih mustahak adalah untuk mewujudkan tanggapan baik bagi jangka panjang di kalangan rakyat.
“Mereka juga seharusnya memberi tanggapan yang baik di hati orang ramai dengan menjaga kebajikan mereka terus menerus dan yang pastinya dapat memuaskan hati rakyat pada setiap masa. Wakil rakyat yang dipilih seharusnya menjadi satu penghormatan dan kegembiraan rakyat," kata Arifin. – Bernama
PM tolak pinda perlembagaan jadikan Islam 'addin'
Datuk Seri Najib Razak menyifatkan kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa pakatan pembangkang akan meminda Perlembagaan Persekutuan yang ketika ini meletakkan Islam sebagai agama rasmi kepada Islam sebagai addin, hanyalah cakap politik semata-mata.

Perdana menteri berkata Abdul Hadi hendak menjadikan Islam sebagai "way of life" (satu cara hidup) tetapi "way of life" sahaja tidak boleh menjadi undang-undang.

NONE"(Dalam perlembagaan negara) Islam adalah agama persekutuan. Daripada situ kita boleh bangunkan Islam melalui dasar dan institusi yang kita wujudkan supaya Islam jadi addin atau sebagai cara hidup. Jadi tak perlu pinda perlembagaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Komuniti 1Malaysia Negeri Kelantan di Padang Pusat Sivik di Gua Musang, hari ini.

Baru-baru ini, Abdul Hadi dilaporkan sebagai berkata pakatan pembangkang akan meminda perlembagaan negara yang ketika ini meletakkan Islam sebagai agama rasmi kepada Islam sebagai addin, iaitu yang merangkumi seluruh kehidupan manusia, jika dipilih menjadi kerajaan pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata Perlembagaan Persekutuan yang diguna pakai di negara ini tidak menggunakan Islam sebagai addin atau cara hidup, malah ia dirangka oleh orang bukan Islam yang mempunyai ideologi dan teori manusia yang tidak adil kepada umat Islam.

Najib berkata kenyataan Abdul Hadi itu adalah perkara baharu setelah PAS membuat pelbagai perubahan dalam dasar mereka.

"Mula-mula nak negara Islam. Atas desakan DAP tukar negara kebajikan, lepas tu timbul balik hukum hudud. Kini timbul pula nak pinda perlembagaan nak jadikan addin. Ini dah dapat tentangan DAP sekarang. Perlembagaan sekarang dah cantik... tak boleh nak pinda sewenang-wenangnya," katanya.

Menyentuh isu lain, perdana menteri melahirkan rasa gembiranya kerana kanak-kanak warga Belanda, Nayati Shamelin Moodliar, yang dilapor hilang minggu lepas dipercayai diculik, ditemui dalam keadaan selamat di Rawang semalam.

Najib berkata sebelum kanak-kanak itu dibebaskan beliau telah menelefon bapa kanak-kanak itu dan memberi jaminan bahawa kerajaan akan memberikan kerjasama sepenuhnya.

"Saya dah tugaskan seorang pegawai di pejabat saya untuk menjadi perantara antara kerajaan, polis dan keluarga itu. Kini kanak-kanak itu selamat dan pulang ke pangkuan keluarga. Saya rasa lega dan syukur," katanya.

Nayati, 12, ditemui selamat di kawasan rehat dan rawat (R&R) Sungai Buloh, Lebuhraya Utara Selatan (Plus) di Selangor pada pukul 7.55 pagi oleh orang awam yang kemudian memaklumkannya kepada polis.

Nayati dilapor dilarikan dua lelaki berhampiran Sekolah Antarabangsa Mont' Kiara ketika berjalan berseorangan ke sekolahnya Jumaat lepas.

- Bernama
Zahid dakwa Anwar sudah terdesak

4 Mei 2012
Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
BAGAN DATOH - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam keadaan terdesak kerana sanggup diperkudakan oleh DAP semata-mata untuk menang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dan menawan Putrajaya, kata Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, disebabkan terdesak, pemimpin pembangkang itu sanggup menggadaikan prinsip perjuangan yang dahulunya cukup membenci DAP.

"Kalau dahulu Anwar adalah antara pemimpin Umno yang cukup membenci DAP dan pemimpinnya tetapi sekarang dalam keadaan terdesak beliau sanggup ditunggangi oleh parti dan pemimpin yang dibenci dahulu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada 815 penerima bagi Parlimen Bagan Datoh di Dewan Pertubuhan Peladang Simpang Tiga di sini, hari ini.

Zahid diminta mengulas laporan akhbar semalam yang memetik Anwar sebagai berkata beliau rela menjadi kuda tunggangan DAP jika tindakan itu membolehkan pakatan pembangkang menawan Putrajaya pada PRu13. – Bernama
Kenyataan Hadi untuk pinda Perlembagaan hanya cakap politik

4 Mei 2012
Datuk Seri Najib Tun Razak
Datuk Seri Najib Tun Razak
GUA MUSANG - Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan kenyataan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa pakatan pembangkang akan meminda Perlembagaan Persekutuan yang ketika ini meletakkan Islam sebagai agama rasmi kepada Islam sebagai addin, hanyalah cakap politik semata-mata.

Perdana Menteri berkata Abdul Hadi hendak menjadikan Islam sebagai "way of life" (satu cara hidup) tetapi "way of life" (cara hidup) sahaja tidak boleh menjadi undang-undang.

"(Dalam perlembagaan negara) Islam adalah agama persekutuan. Daripada situ kita boleh bangunkan Islam melalui dasar dan institusi yang kita wujudkan supaya Islam jadi addin atau sebagai cara hidup. Jadi tak perlu pinda perlembagaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Komuniti 1Malaysia Negeri Kelantan di Padang Pusat Sivik di sini, hari ini.

Baru-baru ini, Abdul Hadi dilaporkan sebagai berkata pakatan pembangkang akan meminda Perlembagaan negara yang ketika ini meletakkan Islam sebagai agama rasmi kepada Islam sebagai addin, iaitu yang merangkumi seluruh kehidupan manusia, jika dipilih menjadi kerajaan pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata Perlembagaan Persekutuan yang diguna pakai di negara ini tidak menggunakan Islam sebagai addin atau cara hidup, malah ia dirangka oleh orang bukan Islam yang mempunyai ideologi dan teori manusia yang tidak adil kepada umat Islam.

Najib berkata kenyataan Abdul Hadi itu adalah perkara baharu setelah Pas membuat pelbagai perubahan dalam dasar mereka.

"Mula-mula nak negara Islam. Atas desakan DAP tukar negara kebajikan, lepas tu timbul balik hukum hudud. Kini timbul pula nak pinda perlembagaan nak jadikan addin. Ini dah dapat tentangan DAP sekarang. Perlembagaan sekarang dah cantik...tak boleh nak pinda sewenang-wenangnya," katanya.

Menyentuh isu lain, Perdana Menteri melahirkan rasa gembiranya kerana kanak-kanak warga Belanda, Nayati Shamelin Moodliar, yang dilapor hilang minggu lepas dipercayai diculik, ditemui dalam keadaan selamat di Rawang semalam.

Najib berkata sebelum kanak-kanak itu dibebaskan beliau telah menelefon bapa kanak-kanak itu dan memberi jaminan bahawa kerajaan akan memberikan kerjasama sepenuhnya.

"Saya dah tugaskan seorang pegawai di pejabat saya untuk menjadi perantara antara kerajaan, polis dan keluarga itu. Kini kanak-kanak itu selamat dan pulang ke pangkuan keluarga. Saya rasa lega dan syukur," katanya.

Nayati, 12, ditemui selamat di kawasan rehat dan rawat (R&R) Sungai Buloh, Lebuhraya Utara Selatan (Plus) di Selangor pada pukul 7.55 pagi oleh orang awam yang kemudian memaklumkannya kepada polis.

Nayati dilapor dilarikan dua lelaki berhampiran Sekolah Antarabangsa Mont' Kiara ketika berjalan berseorangan ke sekolahnya Jumaat lepas. - Bernama

Tiada ulasan: