Rabu, 2 Mei 2012

NAMPAK SANGAT NGO INI BERAT SEBELAH...BANYAK KES PATUT DIDAKWA...TAK SURUH DAKWA PULAK...JANGAN BIMBANG SEMUA KES AKAN DIDAKWA DI MAHKMAH ALLAH...YANG GILA KUASA NI AKAN SENYAP MULUT....BILA TUBUH DIIKAT LIMA IKATAN...KEMUDIAN DIMASUKKAN KEDALAM BUMI...TAHU LAH NASIB MEREKA MASING2...DUNIA NI BOLEH BERLAGAK SEMASA KUASA DITANGAN...SERTA MASIH HIDUP....

Peserta bantu polis tersepit
IZWAN ROZLIN
2 Mei 2012
Peserta bantu polis tersepit
Saiful menunjukkan gambar yang tersiar di sebuah akhbar arus perdana yang tidak menceritakan kisah sebenarnya yang berlaku.
PETALING JAYA – Insiden kereta pegawai penyiasat polis diterbalikkan di hadapan sebuah pusat membeli-belah di Jalan Tunku Abdul Rahman pada Perhimpunan Bersih 3.0 yang lalu bukan disengajakan.
Seorang aktivis, Saiful Mokhtar, 33, mengakui dia yang berada di lokasi kejadian dapat mendengar dengan jelas beberapa orang mengarahkan kereta polis itu diterbalikkan kerana kononnya ada mangsa yang tersepit di dalamnya.
“Mereka yang mengangkat kereta itu terdiri daripada 10 hingga 15 orang rata-ratanya berniat mahu menyelamatkan mangsa yang mungkin tersepit di bawah kereta dan bukan sengaja untuk membalas dendam terhadap anggota polis.
“Dalam keadaan kelam kabut kami cuba mengawal situasi namun terdapat dua atau tiga orang (bukan berpakaian kuning) bertindak menjerit dan cuba melakukan keganasan melampau malah kami cuba menghalang dan turut membelasah seorang daripada mereka yang cuba melarikan beg dari kereta polis itu,” katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, rakaman keseluruhan kejadian dirakam oleh sebuah TV Web dan dia sendiri turut mempunyai salinan rakaman itu.
“Kami sendiri yang mengeluarkan dan menyelamatkan anggota polis daripada menjadi mangsa ganas individu terbabit yang berterusan masih mahu melakukan provokasi meskipun ramai yang cuba meleraikannya.
“Saya juga hairan kerana rata-rata yang melakukan provokasi melampau dan mengajak supaya memukul anggota polis terdiri daripada mereka yang berpakaian biasa dan apa yang berlaku ketika itu amat pelik malah saya sendiri juga tidak sempat untuk menghalang salah seorang mereka daripada menendang beberapa motosikal anggota trafik yang diletakan dibahu jalan beberapa meter di lokasi sama,” katanya.
Saiful berkata, turut menimbulkan persoalan insiden yang berlaku seolah-olah dirancang kerana visual yang dirakamkan sebuah stesen TV diambil dari tingkat atas sebuah lagi pusat membeli-belah.
Bersih 3.0: NUJ mahu panel bebas siasat polis serang media

1 Mei 2012
Bersih 3.0: NUJ mahu panel bebas siasat polis serang media
Kesatuan Kebangsaan Wartawan Semenanjung Malaysia (NUJ)
KUALA LUMPUR - Kesatuan Kebangsaan Wartawan Semenanjung Malaysia (NUJ) meminta kerajaan supaya menubuhkan satu jawatankuasa bebas bagi menyiasat insiden serangan yang didakwa melibatkan anggota polis terhadap wartawan dalam perhimpunan yang dianjurkan oleh badan bukan kerajaan (NGO) dan disokong pembangkang Sabtu lepas.
Kesatuan itu dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata jawatankuasa bebas itu harus mengambil alih siasatan kerana serangan itu melibatkan polis yang dituduh melakukan keganasan terhadap anggota media.
"Wartawan, termasuk dari media asing dipukul semasa bertugas merupakan satu tuduhan yang serius dan ia jelas bertentangan dengan prinsip demokrasi serta hak wartawan untuk melakukan tugas dalam suasana dan persekitaran yang aman," katanya.
Jawatankuasa bebas itu perlu diketuai oleh sekurang-kurangnya tiga anggota iaitu seorang hakim yang bersara, bekas Presiden Majlis Peguam dan ahli akademik yang pakar dalam kewartawanan dan undang-undang kewartawanan.
"Biarlah jawatankuasa tersebut memanggil anggota polis yang terlibat dan para wartawan serta jurugambar untuk memberi keterangan supaya orang ramai akhirnya mengetahui apa yang berlaku semasa perhimpunan itu," kata kenyataan itu.
Kesatuan itu berharap agar hasil daripada laporan siasatan itu dapat dijadikan panduan kepada sebarang insiden yang tidak diingini pada masa akan datang.
Sementara itu, Kelab Wartawan Muda Malaysia (KWMM) mengutuk sekeras-kerasnya tindakan ganas dan merusuh oleh peserta perhimpunan itu dan menyifatkan mereka bertindak keterlaluan di luar batasan undang-undang dan tidak bertamadun.
Kelab itu juga kesal di mana dua orang wartawan cedera semasa menjalankan tugas mereka secara profesional dan berharap pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap penganjur serta peserta yang terlibat secara langsung terhadap tindakan keganasan yang berlaku.
KWMM juga memuji tindakan serta keprihatinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein serta Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar yang melawat mangsa yang cedera dan berjanji untuk menyiasat kejadian tersebut.- Bernama
Nafi penyokong penyebab keganasan
Wartawan Sinar Harian
2 Mei 2012
Datuk Seri Abdul Hadi Awang
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang
KUALA TERENGGANU – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempertahankan penyokong Bersih 3.0 dengan menafikan mereka sebagai penyebab keganasan dalam demonstrasi Bersih 3.0 di Kuala Lumpur, 28 April lalu.
Beliau percaya kesemua mereka mengikut arahan dikeluarkan pemimpin untuk memastikan demonstrasi berjalan lancar.
Abdul Hadi sebaliknya menyalahkan golongan tertentu dengan mendakwa perbuatan terbabit dilakukan segelintir pihak yang diistilahkan sebagai ‘pelakon’ dalam kala­ngan golongan pemerhati.
Beliau turut menolak sumber tertentu yang mendakwa mereka diupah Pakatan Rakyat (PR) dan menjelaskan PR tidak mampu berbuat demikian.
“Pemerhati pula pelbagai kalangan dan saya dimaklumkan mereka ada ‘pelakon’. Pelakon ikut sama dalam demonstrasi ini dan ada menye­but-menyebut diupah. Mana kita ada nak upah orang, kita tiada duit, kita fakir miskin, bagaimana parti bergantung kepada orang nak upah orang.
“Yang hadir itu beratus-ratus ribu dan itu bukan kemampuan kitalah. Jadi pelakon inilah yang boleh menimbulkan perkara negatif,” katanya.
Beliau turut meminta perkara itu disiasat secara adil dan telus untuk memastikan siapa dalang bertanggungjawab menimbulkan kekacauan ketika demonstrasi tersebut.
Diminta mengulas me­ngenai dakwaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan isyarat tangan kepada Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali supaya peserta membuat rempuhan bagi memasuki kawasan Dataran Merdeka, Abdul Hadi meminta media memberi peluang kepada Anwar untuk membela diri.
Katanya, media perlu membuat liputan secara langsung dalam media pe­nyiaran dan bukan sidang akhbar biasa yang selalunya disunting terlebih dahulu sebelum penyiaran.
“Biar dia keluar RTM, TV3. Biar beliau menjelaskannya. Wartawan boleh soal dia, itu cara yang betul macam dilakukan negara lain,” katanya.
Ambiga: Bentuk panel bebas, kami jawab semua isu
Wartawan Sinar Harian
1 Mei 2012
Ambiga: Bersih 3.0 berjaya, desakan didengar
Ambiga yang dikawal ketat oleh pihak keselamatan dan Unit Amal Pas melambai ke arah peserta perhimpunan dan sempat berucap pendek.
SHAH ALAM - Sambil mempertahankan pendiriannya bahawa insiden ganas yang tercetus pada Sabtu lalu bukan disebabkan oleh Bersih 2.0, Pengerusi Bersamanya Datuk S. Ambiga berkata, pihaknya bersedia menjawab segala persoalan kepada sebuah panel bebas yang wajar dibentuk.
Bersih 2.0 mahu Suhakam diberi tanggungkawab mengetuai panel bebas itu.
"Jika Bersih 2.0 perlu menjawab soalan-soalan yang dibangkitkan (dan kami bersedia untuk melakukannya di hadapan sebuah inkuiri bebas), kerajaan juga perlu memberi lebih banyak jawapan," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
Sehubungan itu, Ambiga berkata, pihaknya tidak pernah melanggar janji-janji yang diberikan sebelum mengadakan perhimpunan di ibu negara Sabtu lalu.
"Jadi, bagi menjawab kenyataan Perdana Menteri bahawa Bersih 2.0 telah memungkiri janji, saya kata tidak, Tuan Perdana Menteri kami tidak melanggar janji kami.
"Sebaliknya pada hari itu, anggota polis yang diletakkan tanggungjawab untuk memberi perlindungan kepada kami, telah bertindak sebaliknya dan mengkhianati kepercayaan kesemua rakyat Malaysia yang mencintai keamanan," kata beliau.
Kata Ambiga, beliau juga menghargai peranan dimainkan oleh Unit Amal Pas dan ejen-ejen keselamatan yang lain dalam mengawal keadaan hadirin pada perhimpunan Sabtu lalu.
"Lebih-lebih lagi tahap disiplin yang diperlihatkan oleh rakyat sepanjang perhimpunan.
"Saya juga mahu mengatakan ada ramai anggota polis yang mengambil pendirian mengelak daripada melakukan tindakan keras dan menghormati (hadirin). Tetapi terdapat mereka (anggota polis) yang menerima memo daripada pihak atasan," katanya lagi sambil menambah, ada situasi di mana mereka menghasut orang ramai agar bertindak ganas.
"Apa pun, yang pasti kebenaran akan muncul. Tidak kisah apa media arus perdana memilih untuk memberi gambaran, bukti-bukti akan muncul.
"Dan, Suhakam harus mengadakan inkuiri bebas dengan segera berhubung tindakan keterlaluan yang teramat tinggi ini, yang dilakukan oleh pihak berkuasa atasan ke atas rakyat Malaysia," katanya lagi sambil menambah, "kami juga ada soalan-soalan untuk ditanya."
Antaranya persoalan yang hendak ditanya ialah siapa yang memberi arahan untuk bertindak kasar dan siapa pegawai-pegawai yang mengenakan kemeja-T dan berada dalam himpunan peserta perhimpunan.
Dalam kenyataan berasingan, Naib Presiden PKR, N, Surendran mendakwa pada Jumaat lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein telah mengarahkan kesemua ketua editor akhbar-akhbar utama untuk datang bertemu beliau.
"Kami juga diberitahu bahawa semasa pertemuan tersebut, ketua-ketua editor diberi arahan tentang bagaimana melapor keadaan semasa perhimpunan Bersih 3.0 dan mereka juga diminta supaya tidak melaporkan kekejaman pihak polis.
"Pihak polis dengan jelas telah mengikut telunjuk Kementerian Dalam Negeri apabila pihak media yang sedang merakam aksi salah guna kuasa polis terhadap orang awam juga dikasari," katanya.
Surendran juga mendakwa maklumat mereka menunjukkan tiada sebarang kenyataan dibuat sehingga Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara memberi reaksi tentang keganasan tersebut.
"Jawapan Hishammuddin bahawa rampasan barang-barang wartawan adalah prosedur biasa pihak polis agak mengejutkan. Ini juga serangan yang serius oleh BN terhadap kebebasan akhbar. Di bawah sistem demokrasi kita, Menteri Dalam Negeri tidak mempunyai sebarang hak terhadap media tentang apa yang mereka boleh atau tidak boleh melaporkan," katanya.
Surendran juga berkata, dalih Najib dengan meminda Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 untuk membenarkan kebebasan akhbar ternyata satu kepalsuan.
"Kami menyeru Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin mendedahkan dalam masa 24 jam butir-butir lengkap arahan yang diberikan kepada media semasa mesyuarat itu.
"Kami seterusnya meminta Najib dan Hishammuddin menerangkan dan menjawab dakwaan layanan kejam dan salah guna kuasa polis terhadap media dan orang ramai pada 28 April lalu," kata beliau yang juga seorang peguam.
NGO minta polis dakwa Ambiga dan Anwar

1 Mei 2012
KUALA LUMPUR - Polis hari ini diminta mengambil tindakan terhadap penganjur perhimpunan yang diadakan di ibu negara Sabtu lepas kerana telah menimbulkan kekecohan dan huru-hara.
Tiga badan bukan kerajaan (NGO) yang terdiri daripada Suara Anak Muda 1Malaysia, Kelab Mahasiswa 1Malaysia dan Persatuan Veteran Tentera Melayu membuat laporan yang sama di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi petang ini.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohamed Zulkarnian Abdul Rahman mengesahkan menerima ketiga-tiga laporan itu.
Ketiga-tiga NGO itu meminta polis mengambil tindakan undang-undang terhadap penganjur perhimpunan, termasuk Datuk S Ambiga, ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim serta mereka yang menyertai perhimpunan itu.
Ini kerana tindakan itu bukan sahaja menimbulkan huru-hara, malah melanggar perintah mahkamah yang tidak membenarkan perhimpunan diadakan di Dataran Merdeka.
Perhimpunan itu, kata NGO berkenaan, turut menyebabkan beberapa anggota polis dan wartawan cedera, serta kemusnahan harta benda awam dan kerosakan beberapa kenderaan polis.
Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu Mohd Ali Baharom berkata mereka mahu Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil tindakan dan mendakwa kesemua pihak yang terbabit, khususnya Ambiga, dalam masa terdekat, kerana khuatir mereka akan menganjurkan lagi perhimpunan seumpama ini.
Sementara itu Presiden Kelab Mahasiswa 1Malaysia, Muhammad Nor Kasim berkata persatuan itu amat terkilan dengan tindakan segelintir pelajar yang turut sama terlibat dalam perhimpunan itu.
"Kami sedih kerana mahasiswa tidak sedar yang mereka hanya dipergunakan oleh kumpulan yang mementingkan peribadi mereka," katanya.
Bagi Presiden Suara Anak Muda Malaysia Arman Azha Abu Hanifah, pemimpin pembangkang ini tidak layak digelar pemimpin kerana sanggup memecah-belahkan rakyat.
Arman Azha juga berkata kesemua NGO tersebut akan bergabung untuk menghantar satu memorandum kepada KDN supaya menjalankan siasatan terperinci mengenai pelanggaran undang-undang dan perintah mahkamah oleh penganjur perhimpunan ini dan mereka yang terlibat. - Bernama

SYOK SENDIRI..BILA BELIAU JUMPA SEMUA GOLONGAN MUDA NI...MERAPU TAK ABIS2
Bersih 3.0: Sokongan belia kepada BN tak merosot, kata Ahmad Shabery

1 Mei 2012
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
KEMAMAN - Penyertaan belia dalam perhimpunan Sabtu lalu bukanlah menggambarkan kemerosotan sokongan belia terhadap kerajaan, kata Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Jelasnya, ramai daripada belia terbabit ditaja oleh pihak pembangkang yang mengambil kesempatan untuk memburukkan kerajaan, malah lebih memburukkan keadaan apabila mereka hanya bertindak mengikut perasaan tanpa mengetahui perkara sebenar.

"Jumlah belia yang terlibat hanya dalam jumlah yang kecil. Saya percaya majoriti belia faham apa yang berlaku sebenarnya hanya disebabkan agenda politik pembangkang.

"Majoriti belia tidak sukakan rusuhan, namun segelintir orang muda ini tanpa berfikir (panjang) dengan darah panas (menyebabkan mereka) mudah diracuni dan dihasut oleh puak pembangkang," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kasut jenama Bata kepada 627 ahli Kelab Basikal Fixie Kemaman di Dewan Majlis Perbandaran Kemaman di sini, hari ini.

Beliau turut kesal dengan tindakan ibu bapa yang membawa anak kecil ke perhimpunan haram itu kerana perhimpunan yang berkaitan keganasan tidak sewajarnya didedahkan kepada mereka.

"Belia yang datang ke perhimpunan itu pun sebab mereka ditaja. Buktinya banyak kita boleh dapat dari youtube, blog dan laman web yang mendedahkan perkara sebenar.

"Penganjur perhimpunan haram perlu bertanggungjawab dan tidak boleh 'lempar batu sembunyi tangan' dengan didikan mereka yang menggalakkan golongan muda memberontak," katanya. - Bernama

Tiada ulasan: