Berpecah kerana tinggalkan ajaran Islam
6 Mei 2012
KOTA BHARU - Islam bukan sahaja menyatukan orang Melayu malam turut
berfungsi menyatukan bangsa lain kerana al-Quran yang diturunkan ALLAH
SWT sesuai untuk seluruh manusia.
Ahli Dewan Negara, Datuk Dr Johari Mat berkata, perpecahan berlaku kerana manusia meninggalkan ajaran agama serta memberi keutamaan kepada perkara yang kurang penting.
“Perkembangan ilmu sangat pesat tetapi perkara bukan utama diberi keutamaan, lebih memberi tumpuan kepada fardu kifayah berbanding fardu ain sehingga pelajaran agama di sekolah tidak lagi syarat lulus peperiksaan.
“Semua ini menjadikan umat Islam lemah dan tidak mengetahui kaedah untuk bersatu sedangkan mereka mempunyai hala tuju yang jelas mengikut al-Quran dan hadis,” katanya pada Wacana D’Raja bersempena Karnival Walk With Me di sini, semalam.
Johari berkata, halangan besar untuk masyarakat bersatu ialah apabila meletakkan kepentingan diri di hadapan berbanding kepentingan Islam.
Katanya, tidak ramai yang mampu mengasihi ALLAH SWT dan rasul melebihi diri sendiri.
“Kita mesti mengakui alam ini milik ALLAH SWT, ini asas yang sangat penting kerana peraturan diturunkan ALLAH SWT sesuai untuk seluruh alam ini. Tidak ada sebab untuk tidak bersatu ketika kita semua menuju ke destinasi iaitu alam akhirat.
“Saya rasa orang Melayu beragama Islam lebih mudah untuk bersatu, jika benar-benar memahami Islam. Jika tidak, kita hilang kekuatan. Masalah utama ialah umat Islam tidak tahu tentang Islam itu sendiri” katanya.
Dr Johari berkata, gejala sosial berleluasa kerana penguatkuasaan lemah yang akhirnya menjadikan umat Islam terus lemah sekali gus memberi cabaran kepada usaha menyatukan masyarakat.
Hadi kata tak berhak ulas isu video mirip AzminAhli Dewan Negara, Datuk Dr Johari Mat berkata, perpecahan berlaku kerana manusia meninggalkan ajaran agama serta memberi keutamaan kepada perkara yang kurang penting.
“Perkembangan ilmu sangat pesat tetapi perkara bukan utama diberi keutamaan, lebih memberi tumpuan kepada fardu kifayah berbanding fardu ain sehingga pelajaran agama di sekolah tidak lagi syarat lulus peperiksaan.
“Semua ini menjadikan umat Islam lemah dan tidak mengetahui kaedah untuk bersatu sedangkan mereka mempunyai hala tuju yang jelas mengikut al-Quran dan hadis,” katanya pada Wacana D’Raja bersempena Karnival Walk With Me di sini, semalam.
Johari berkata, halangan besar untuk masyarakat bersatu ialah apabila meletakkan kepentingan diri di hadapan berbanding kepentingan Islam.
Katanya, tidak ramai yang mampu mengasihi ALLAH SWT dan rasul melebihi diri sendiri.
“Kita mesti mengakui alam ini milik ALLAH SWT, ini asas yang sangat penting kerana peraturan diturunkan ALLAH SWT sesuai untuk seluruh alam ini. Tidak ada sebab untuk tidak bersatu ketika kita semua menuju ke destinasi iaitu alam akhirat.
“Saya rasa orang Melayu beragama Islam lebih mudah untuk bersatu, jika benar-benar memahami Islam. Jika tidak, kita hilang kekuatan. Masalah utama ialah umat Islam tidak tahu tentang Islam itu sendiri” katanya.
Dr Johari berkata, gejala sosial berleluasa kerana penguatkuasaan lemah yang akhirnya menjadikan umat Islam terus lemah sekali gus memberi cabaran kepada usaha menyatukan masyarakat.
"Saya tak ada hak untuk bercakap tentang itu, biar dia sendiri yang cakap secara langsung....beri peluang (kepada Azmin membersihkan namanya)," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa diminta mengulas rakaman video panas yang didakwa mirip Azmin bersama seorang wanita yang tersebar baru-baru ini, selepas menyampaikan ceramah umum bersama bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir di Bukit Tok Beng, Batu Rakit, di Kuala Terengganu, hari ini.
Ketika diminta mengulas kenyataan Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baru, Datuk Zulkifli Noordin yang mendakwa rakaman video berkenaan dibuat oleh orang dalam parti PKR sendiri, Abdul Hadi berkata beliau tidak mahu mengulas berdasarkan andaian atau dakwaan.
"Saya tak nak komen sebab ia dakwaan sahaja, satu andaian...buat andaian memang tak boleh. Kita (PAS) berpegang kepada ajaran Islam, adat Islam kena ada empat saksi, saksi yang adil, ikhlas dan bersopan dan mahkamah yang bebas.
"(Yang penting) beri peluang Azmin bela diri, termasuk yang menuduh itu pun kena diambil tindakan, mana boleh menuduh saja-saja," katanya.
Mengenai ura-ura beberapa lagi video panas yang didakwa membabitkan pemimpin pembangkang yang lain akan didedahkan, Abdul Hadi berkata pihak yang mendakwa mempunyai rakaman berkenaan sepatutnya membawa kes berkenaan ke mahkamah.
"Berdosa, kalau tuduh orang, betul sekali pun tapi tak ada saksi dan tak ada bukti tetap berdosa, apatah lagi benda salah, Islam tak benar begitu," katanya.
Wan Azizah nasihat Azmin lawat ibunya
6 Mei 2012
Beliau ditemui wartawan pada Majlis Makan Malam Bersama Pemimpin Pakatan Rakyat di bandar i-City di sini, malam tadi.
Diminta mengulas kenyataan oleh ibu Azmin, Dr Wan Azizah berkata: "Saya menasihatkan kepada Azmin supaya pergi berjumpa dengan ibunya."
Ibu Azmin, Che Tom Yahaya berkata, pintu rumahnya belum tertutup buat Azmin, Timbalan Presiden PKR.
Menurut Che Tom, dia masih mengharapkan anaknya itu pulang semula ke pangkuan keluarga, untuk menautkan kembali hubungan yang sudah terjurang antara Azmin dengan adiknya, Umi Hafilda.
“Saya dan abahnya (Allahyarham Ali Omar) sudah berikan dia didikan yang cukup, ilmu akhirat, adat resam, budi bahasa. Sebagai ibu, saya sayangkan dia dan harap dia berubah," katanya.
Mengulas mengenai klip video seks yang dikaitkan dengan Azmin, Dr Wan Azizah berkata, itu adalah satu helah Umno yang tidak boleh diterima.
"Ini satu cara Umno yang telah saya lalui, kalau ikut hukum syarak, kena bawa empat saksi, kena ikut betul-betul cara Islam.
"Kalau nak bandingkan (isu) Presiden MCA (Datuk Seri Dr Chua Soi Lek) pun ada juga, tapi dia (Soi Lek) mengaku, politik tidak sepatutnya begini," kata beliau lagi.
Isteri kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ini juga berkata, orang ramai boleh berdebat mengenai sesuatu isu berkaitan negara, tetapi tidak harus membawa politik ke tahap yang "tidak elok."
Majlis makan malam itu anjuran Dewan Pemuda Pas Kelantan turut dihadiri Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat; Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw; Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan Ketua Dewan Pemuda Pas Kelantan, Abdul Latif Abdul Rahman.
Program itu yang dihadiri hampir 1,000 orang bertujuan mengumpul dana Dewan Pemuda Pas Kelantan bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.
- Bernama
Pintu belum tertutup untuk Azmin pulang
5 Mei 2012
Che Tom, 78, berkata, dia masih mengharapkan anaknya itu pulang semula ke pangkuan keluarga, untuk menautkan kembali hubungan yang sudah terjurang antara Azmin dengan adiknya, Umi Hafilda.
“Saya dan abahnya (Allahyarham Ali Omar) sudah berikan dia didikan yang cukup, ilmu akhirat, adat resam, budi bahasa.
“Sebagai ibu, saya sayangkan dia dan harap dia berubah," katanya dalam rakaman temu bual disiarkan Buletin Utama TV3 malam tadi.
Dalam nada sebak tetapi tegas menerusi slot kira-kira tiga minit itu, Che Tom berkata, ada dua perkara yang perlu dilakukan Azmin untuk kembali semula ke pangkuannya.
“Yang pertama, dia perlu bertaubat kepada ALLAH. Kedua, tinggalkan kumpulan itu (PKR). Ramai kawan-kawan dia yang sudah tinggalkan (PKR)," katanya.
Menurutnya, dengan didikan yang sempurna, dia sama sekali tidak menyangka Azmin boleh berubah sikap setelah dewasa dan mempunyai kedudukan.
Che Tom mengakui, hatinya luluh mengenangkan tindak-tanduk Azmin yang seperti sudah berpatah arang dengan keluarga.
Difahamkan, kali terakhir Azmin pulang ke rumah itu pada Hari Raya Aidilfitri tahun lalu.
Namun pada hari yang sama juga, dikatakan telah berlaku pertelingkahan serius Ahli Parlimen Gombak itu dengan Umi Hafilda.
Sejak itu, Azmin dikatakan tidak pernah lagi menjenguk ibunya.
Bagi Che Tom, jika semasa hidup ini pun anaknya itu tidak menziarah, tiada apa lagi yang boleh diharapkan setelah dia (Che Tom) tidak ada lagi di dunia ini.
“Saya tak boleh harap dia pulang menziarah lagi selepas ini, jika sekarang pun dia tak mahu balik menjenguk ibunya,” kata wanita itu dengan nada sayu.
'Sedia dedah siapa perakam video Azmin'
6 Mei 2012
Beliau turut memberi amaran mendedahkan individu bertanggungjawab merakamkan adegan tidak senonoh itu bila-bila masa.
“Kita akan dedah siapa perakam dan tunggu masa dedah siapa buat,” katanya selepas menyampaikan ceramah isu politik Pendedahan Eksklusif Wajah Sebenar Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat, di tanah lapang Paloh Sungai Kiat, malam kelmarin.
Zulkifli turut menolak dakwaan segelintir pihak mengaitkan video itu dengan Umno, sebaliknya mendedahkan ia dilakukan di kalangan mereka akibat pertelagahan, selain mendapat kepentingan tertentu.
Dalam kenyataan sama, beliau turut minta Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Ismail membersihkan dahulu 3A iaitu ‘Anwar, Azmin dan Azizah’ sebelum bersih orang lain.
Katanya, Azizah tidak perlu bercakap hal orang lain sebelum membersihkan partinya terlebih dahulu.
“Bersihkan Anwar, selepas itu Azmin, tuduhan Datuk Nallakarupan itu serius dan Azizah kena bersihkan diri dia sendiri,” katanya.
Azmin: ‘Serangan’ petanda PRU makin dekat
6 Mei 2012
Dalam rakaman video yang disiarkan portal Agenda Daily pagi ini, Azmin berulang kali menyebut “pilihanraya semakin dekat”antara sebab mengapa beliau terus diserang.
"Pilihanraya dah dekat," katanya ringkas selepas Program Ramah Mesra bersama Penduduk di AU3, Keramat apabila diajukan soalan berkaitan dengan kenyataan ibunya.
Semalam, ibunya berkata, beliau masih mengharapkan Azmin pulang ke pangkuan keluarga untuk memaut kembali hubungan yang sudah terjurang antara beliau dengan adiknya, Ummi Hafilda.
Che Tom, 78, berkata, beliau dan suaminya, Ali Omar sudah memberikan didikan yang cukup, ilmu akhirat, adat resam dan budi bahasa, jadi dia masih sayangkan Azmin dan mengharapkan anaknya itu berubah dengan bertaubat dan meninggalkan PKR.
Menurut Che Tom, kali terakhir Azmin pulang ke rumahnya di Kampung Klang Gate Baru, Setapak di sini pada 1 Syawal tahun lalu.
Apabila sekali lagi ditanya reaksinya berhubung laporan itu, beliau mengulang "pilihanraya dah dekat."
"Itu saja Umno boleh menang dengan fitnah dan tohmahan, ok, ok," katanya yang juga Ahli Parlimen Gombak.
Sambil menyifatkan ia adalah serangan peribadi kepadanya, beliau berkata, hampir sebulan beliau diserang sejak akhir-akhir ini.
Sebelum ini, Azmin juga dikaitkan dengan klip seks yang didakwa miripnya.
Beliau memutuskan untuk mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman sebuah akhbar.
Bersih 3.0: Suhakam kecewa polis guna pendekatan keras
Posted on Thursday, May 03 @ 20:30:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Sumber SinarHarian
KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) kecewa dan bimbang dengan insiden semasa perhimpunan awam Sabtu lalu termasuk laporan berkenaan pengendalian terlalu kasar di pihak polis bagi menyuraikan orang ramai.
Pengerusi Suhakam, Tan Sri Hasmy Agam berkata, pihaknya terkejut dengan dakwaan layanan polis terhadap petugas media, yang dikasari sementara dua wartawan dilaporkan ditahan, di samping peralatan mereka dimusnah dan dirampas oleh pihak penguat kuasa.
Katanya, penggunaaan kekasaran yang tidak seimbang sepatutnya tidak berlaku ketika perhimpunan.
"Tindakan pihak polis tidak boleh diterima sama sekali di mana mereka mempunyai tanggungjawab untuk mengekalkan undang-undang dan ketenteraman serta keselamatan awam secara profesional bagi memudahkan perhimpunan awam," katanya lagi.
Kata beliau, pihaknya sedia maklum akan kelakuan dan tingkah laku peserta semasa perhimpunan yang tidak dapat dikawal dan menjadi huru-hara.
"Namun pihak Suhakam berulang kali menyeru agar pihak berkuasa dapat menggunakan cara yang sesuai bagi mengawal atau menyuraikan orang ramai tanpa menggunakan kekasaran," katanya.
Tambah beliau, pendekatan itu sejajar dengan Prinsip Asas Bangsa-bangsa Bersatu mengenai penggunaan kekerasan dan senjata api oleh penguat kuasa undang-undang, juga menyediakan pegawai penguat kuasa undang-undang seboleh mungkin menggunakan cara yang bersesuaian sebelum membuat keputusan untuk menggunakan kekerasan.
"Walaupun Suhakam menawarkan diri sebagai mediator antara polis dan penganjur agar satu persetujuan secara konsensus antara dua pihak sebelum perhimpunan diadakan, namun tawaran tersebut telah ditolak," katanya.
Hasmy berkata, beliau juga telah menggesa agar polis memudahkan orang ramai untuk melaksanakan hak mereka untuk berhimpun secara aman dan mengeluarkan pandangan tanpa membahayakan hak orang lain untuk menjalankan kehidupan dan hal ehwal harian dengan gangguan minimum.
Justeru kata beliau, Suhakam juga ingin mengulangi pendiriannya bahawa keamanan dan kestabilan adalah prinsip utama serta ketenteraman awam harus dikekalkan setiap masa, namun orang ramai juga berhak untuk menyuarakan perasaan dan pendapat mengenai isu yang menjadi kebimbangan masyarakat kini.
Oleh yang demikian, katanya, dalam usaha mencapai demokrasi sepenuhnya, Suhakam menggesa semua pihak melaksanakan hak mereka secara bertanggungjawab dalam memastikan keamanan dan keselamatan semua yang terlibat dilindungi dan dihormati.
Sehubungan itu, Hasmy juga berkata, Suhakam mahu pihak media dan pihak berkuasa yang berkaitan yang menyaksikan sebarang insiden semasa perhimpunan berkenaan mengemukakan maklumat, dokumen dan bukti yang berkaitan kepada Suhakam untuk siasatan bagi mempertimbangkan tindakan selanjutnya.
Bersih 3.0: Dakwaan Najib tidak logik, kata Ambiga
6 Mei 2012
Pengerusi Bersama Bersih 2.0 itu berkata, sebaliknya tindakan Najib sebagai pemimpin nombor satu amat mengecewakan dengan mengatakan tindakan peserta perhimpunan cuba menjadikan Dataran Merdeka sebagaimana Dataran Tahrir.
“Adakah perkara ini tidak penting?" kata beliau kepada Sinar Harian Online.
“Kenyataan beliau juga amat mengejutkan kerana Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sendiri mengakui pihaknya (perhimpunan Bersih 3.0) bukanlah satu ancaman keselamatan,” katanya lagi.
Ambiga berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Najib yang mengatakan perhimpunan Bersih 3.0 yang mendapatkan sokongan pertubuhan bukan kerajaan dan kepimpinan pembangkang di Kuala Lumpur, Sabtu lepas adalah satu percubaan untuk menggulingkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat menerusi sistem demokrasi.
Perdana Menteri berkata, tindakan itu menunjukkan pihak terlibat tidak menghormati kerajaan yang dipilih oleh rakyat menerusi proses yang sah.
Ujar Ambiga, pihaknya sentiasa berpegang kepada satu perkara iaitu menuntut pilihan raya yang bebas dan adil seperti yang dituntut oleh seluruh rakyat Malaysia.
“Satu-satunya cara kita mahu menolak seorang wakil rakyat adalah melalui peti undi. Bagaimana ini boleh berlaku jika ketua Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sendiri adalah seorang ahli Umno?” ujar Ambiga lagi.
Mengulas isu sama, Ambiga berkata, pihaknya menggesa supaya jawapan mengenai keganasan polis dikemukakan tetapi sehingga kini pihaknya masih tidak mendapat apa-apa respons.
Sehubungan itu, Ambiga mendakwa, bukan Bersih yang menyebabkan keganasan tetapi tindakan beberapa anggota polis melepaskan tembakan gas pemedih mata yang pertama adalah penyebab kepada insiden buruk itu.
Ali Rustam: Ketua Wanita MCA Melaka perlu undur secara hormat
6 Mei 2012
Sebaliknya, Mohd Ali mahu Ketua Wanita MCA Melaka itu secara sukarela meletakkan jawatan secara terhormat atas perbuatan yang ternyata mencemarkan nama baik parti.
“Saya tidak akan pecat dia dan dia yang perlu letak jawatan secara hormat. Lagipun dia bukanlah pemimpin yang tahu buat kerja dan jika berterusan begini akan memberi bebanan.
“Kita tak kisah kalau dia mahu menyertai parti pembangkang, tapi saya rasa dengan sikapnya sebegini akan turut memberi bebanan kepada MCA. Malah, sekarang dia tiada lagi sokongan,” katanya.
Menurutnya, penyertaan Sit Har pada perhimpunan Bersih 3.0 lalu sebagai satu tindakan yang memalukan diri sendiri.
"Sekiranya dia tidak mahu menjalankan tugasnya dengan baik seharusnya segera meletakan jawatan," katanya selepas Program Larian Bendera Umno Sempena Sambutan Ulangtahun Umno ke-66 di Laman Belia 1 Malaysia di Sungai Rambai, di sini semalam.
Mahathir: Pakatan tidak yakin menang PRU
6 Mei 2012
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pembangkang sudah banyak kali berdepan dengan kekalahan malah sejak negara ini merdeka, mereka tidak pernah menang di peringkat pusat.
"Sebab itu mereka mahu bersedia, kalau kalah kali ini (PRU13), mereka akan cetuskan huru-hara, buat demonstrasi dan desakan yang kononnya kerajaan menipu untuk menang.
"Ini memang pendekatan pembangkang yang bertujuan menjatuhkan kerajaan melalui demontrasi, bahkan Nik Aziz (Mursyidul Am Pas, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat) sendiri turut mengatakan bahawa demontrasi ini halal," katanya pada sidang media selepas menghadiri program Wacana Tokoh Negarawan bersama penjawat awam, hari ini.
Dalam ucapannya, Mahathir berkata, pembangkang melihat bahawa mereka tidak mungkin memenangi pilihan raya atau membentuk kerajaan menerusi sistem demokrasi.
"Saya percaya pembangkang kurang yakin untuk menang dalam pilihan raya. Mereka sudah cuba 55 tahun tetapi rakyat tetap pilih kerajaan yang prihatin terhadap kebajikan, tidak pilih parti lawan.
"Ada juga negeri yang pilih mereka tetapi tidak di peringkat pusat. Mereka tidak pernah menang, sebab itu mereka sekarang ini cuba menggambarkan kerajaan ini zalim dan harus digulingkan (oleh rakyat)," katanya.
Menurutnya, usaha dan dakwaan memburuk-burukkan imej polis merupakan satu lagi helah pembangkang untuk menggulingkan kerajaan.
"Ada usaha yang sedang dibuat untuk memburuk-burukkan polis, dan menunjukkan ia sebagai satu lagi bukti kezaliman kerajaan, agar rakyat memberontak bagi menjatuhkan kerajaan.
"Betulkah kerajaan ini zalim sedangkan banyak nikmat yang sudah dikecapi rakyat selama ini. Namun mereka tetap menyatakan kerajaan zalim untuk menghalalkan tindakan yang mereka lakukan," katanya.
Akhbar siar interbiu penuh drama dengan ibu Azmin
Ibu
kepada Azmin Ali berkata beliau sedia menerima semula anaknya itu
sekiranya timbalan presiden PKR itu meninggalkan gerakan tersebut, lapor
akhbar Mingguan Malaysia.
"Berhentilah daripada kumpulan-kumpulan itu. Kawan-kawan dia banyak yang sudah berhenti dan sedar.
"(Kemudian) barulah dia balik. Kalau tidak, saya mati pun janganlah tengok," kata Che Tom Yahaya dalam wawancara penuh drama yang disiarkan akhbar tersebut hari ini.
Wawancara eksklusif stesen TV3 itu turut dilaporkan akhbar Berita Minggu hari ini.
Che Tom, 78, juga mempersoalkan tindakan Azmin yang tidak mahu melakukan sumpah laknat atas dakwaan melibatkan hubungan menantunya, Shamsidar Taharin dan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Kita manusia, kalau kita tak buat, orang tuduh-tuduh, kenapa kita tak menentang? Kenapa tak mahu sumpah laknat? Kenapa tak mahu saman?," katanya lagi seperti dipetik Mingguan Malaysia.
Che Tom juga berkata beliau sedih kerana ahli parlimen Gombak itu didakwa tidak lagi mengambil berat perihal dirinya.
Wawancara dengan wanita berkenaan disiarkan hari ini, selang beberapa hari selepas Azmin memfailkan saman ke atas Utusan Malaysia berikutan laporan 2 Mei lalu yang menuduhnya terlibat dalam satu aksi panas dalam tandas.
Azmin ketika menafikan perbuatan itu berkata dakwaan ke atasnya itu ditimbulkan beberapa orang bekas sekutu politiknya yang mempertikai kesahihan hubungan darah daging beliau sebagai bapa anak-anaknya.
Beliau juga membuat ujian DNA sebanyak dua kali pada Julai 1998 ke atas isteri dan anak beliau untuk menafikan dakwaan tersebut.
Wabak TB melanda negara, pendatang asing puncanya
Posted on Sunday, May 06 @ 03:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh teori
Oleh: amkns
"6 May 2012 - TB outbreak in Johor claims 53 lives this year. A total of 53 people have died of tuberculosis in the state so far this year and the authorities want those who suffer from prolonged coughing to seek treatment quickly.
As of March, she said 497 cases were reported with 49% involving contagious pulmonary TB which could spread fast and also cause death.
She said two deaths caused by the contagious pulmonary TB had been reported in Muar up to yesterday.
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2012/5/6/nation/11241170&sec=nation
Sah sungguh ke k’jaan BN ini?
Posted on Sunday, May 06 @ 02:30:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh teori
Oleh Fazy Sahir
SHAH ALAM: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa perhimpunan Bersih 3.0 untuk menggulingkan kerajaan adalah tidak tepat.
Malah Mursyidul Am PAS itu mempersoalkan pula sejauh mana kebenaran disebalik kenyataan Najib bahawa kerajaan yang dipilih adalah sah mengikut sistem yang telus dan adil.
“Bila timbul masalah Bersih di sebut ketua kerajaan yang pergi Kelantan kelmarin, Bersih ini nak guling kerajaan yang sah. Sah sungguh
ke kerajaan ini?” soalnya ketika menyampaikan ucapan dalam majlis malam pemimpin Pakatan Rakyat di I-City malam tadi.
Kelmarin Najib dilaporkan berkata, bahawa perhimpunan Bersih di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 28 April lalu adalah satu percubaan untuk menggulingkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat menerusi sistem demokrasi.
Najib berkata tindakan itu menunjukkan pihak terlibat tidak menghormati kerajaan yang dipilih oleh rakyat menerusi proses yang sah.
“Mereka ada niat untuk tawan Dataran Merdeka, bukan berhimpun untuk dua tiga jam tetapi dua tiga hari atau lebih daripada itu, nak gambarkan kerajaan tidak boleh mengawal keadaan. Mereka nak jadikan Dataran Merdeka sebagaimana Dataran Tahrir di Mesir.” ujar Najib.
Kepincangan perlu diperbetulkan
Walau bagaimanapun, Nik Aziz berkata masih terdapat kepincangan yang perlu diperbetulkan kerajaan berhubung prosedur pilihan raya yang ada di negara ini.
Ini membabitkan pengundi hantu yang masih belum dapat dibersihkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
“Datuk Presiden PAS sebut berkali-kali mengenai undi luar yang di bawa masuk ke Terengganu tapi Umno tak boleh cabar. Bila undi luar masuk dalam pilihan raya umum ke-12 di Terengganu, (jadi) pilihan raya itu tak sah.
“Kamu (kerajaan) kata sah tapi akhirat kelak kebanyakkan wakil rakyat Umno yang menang di Terengganu akan masuk neraka kerana menang menggunakan undi hantu,” ujarnya.
Hadir sama dalam majlis itu adalah Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan Dr Tan Seng Giaw, Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan Abdul Latif Abdul Rahman dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.
Majlis anjuran Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan adalah untuk mengutip dana bagi negeri itu sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Sah sungguh ke k’jaan BN ini?
La Rue memberitahu Malaysiakini bahawa beliau juga menawarkan untuk menyiasat perhimpunan BERSIH 2.0 memandangkan beliau berada di Malaysia pada Julai tahun lalu.
Katanya beliau berada di Malaysia pada 10 Julai, sehari selepas perhimpunan itu diadakan, dan perhimpunan itu menarik perhatiannya.
Tambahnya, beliau diberitahu bahawa perhimpunan itu mengejutkan memandangkan ia turut dihadiri anggota keluarga dan kanak-kanak.
Katanya lagi, beliau difahakmkan bahawa peserta perhimpunan itu tidak agresif mahupun mengingkari arahan, tetapi polis bertindak ganas.
Peguam dari negara Guatemala yang berpengkalan di Geneva itu ditemui Malaysiakini di Persidangan Kebebasan Akhbar Sedunia di Tunis yang berakhir semalam.

PATI punca penyakit tibi.
Utusan
Malaysia - Peningkatan kes Tibi di negara ini dipercayai berpunca
daripada kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang tahap
kesihatan mereka memang diragui.
Katanya,
kerajaan melakukan pelbagai program bagi membendung wabak itu, tetapi
ia muncul kembali akibat kehadiran golongan berkenaan.
“Jika
di negara terbabit, mereka tidak diberi suntikan pencegahan wajib
seperti suntikan bacillus calmette-guerin (BCG),” katanya.
TIBI: KEMENTERIAN KESIHATAN PERLU BERTINDAK SEGERA
KUALA
LUMPUR, 10 Jun 2011 : Kementerian Kesihatan digesa bertindak segera
untuk membanteras penyakit Tibi yang sedang menular di Selangor
sekarang, terutama di kawasan Ampang Jaya.
Pengerusi
Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan
Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, Iskandar Abdul Samad menjelaskan,
tindakan segera dari Kementerian Kesihatan amat perlu berikutan beberapa
kes penyakit Tibi yang dikesan oleh Hospital Ampang baru-baru ini.
Menurut
beliau, contohnya, seorang pengetua sekolah di Pandah Indah telah koma
baru-baru ini selama 28 hari kerana diserang penyakit itu.
KES PENYAKIT TIBI MENINGKAT
KUALA
LUMPUR – Seramai 19,337 penduduk Malaysia dilaporkan mengalami penyakit
batuk kering atau Tuber kulosis (Tibi) sepanjang tahun lalu. Justeru,
Kementerian Kesihatan mengesa mereka yang mengalami tanda-tanda penyakit
TUBERCULOSIS RISES AGAIN IN MALAYSIA
Tuberculosis,
once under control in Malaysia, is spreading again due to private
doctors' failure to realise that the disease has re-emerged and has
risen with the migration of people from high-risk countries.
TIBI TIDAK MENGENAL MANGSA
Utusan
Malaysia - KEHADIRAN penyakit ini di kalangan masyarakat memang tidak
disedari kerana ia merebak melalui udara dan titisan cecair badan
daripada pesakit kepada orang lain. Penyakit ini berjangkit dengan mudah
dan tidak mengenal mangsa.
Tidak ketinggalan, kebanjiran pendatang asing juga dikaitkan dengan penyebaran tibi secara meluas.
"
Sah sungguh ke k’jaan BN ini?
Posted on Sunday, May 06 @ 02:30:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh teori
Oleh Fazy Sahir
SHAH ALAM: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa perhimpunan Bersih 3.0 untuk menggulingkan kerajaan adalah tidak tepat.
Malah Mursyidul Am PAS itu mempersoalkan pula sejauh mana kebenaran disebalik kenyataan Najib bahawa kerajaan yang dipilih adalah sah mengikut sistem yang telus dan adil.
“Bila timbul masalah Bersih di sebut ketua kerajaan yang pergi Kelantan kelmarin, Bersih ini nak guling kerajaan yang sah. Sah sungguh
ke kerajaan ini?” soalnya ketika menyampaikan ucapan dalam majlis malam pemimpin Pakatan Rakyat di I-City malam tadi.
Kelmarin Najib dilaporkan berkata, bahawa perhimpunan Bersih di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 28 April lalu adalah satu percubaan untuk menggulingkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat menerusi sistem demokrasi.
Najib berkata tindakan itu menunjukkan pihak terlibat tidak menghormati kerajaan yang dipilih oleh rakyat menerusi proses yang sah.
“Mereka ada niat untuk tawan Dataran Merdeka, bukan berhimpun untuk dua tiga jam tetapi dua tiga hari atau lebih daripada itu, nak gambarkan kerajaan tidak boleh mengawal keadaan. Mereka nak jadikan Dataran Merdeka sebagaimana Dataran Tahrir di Mesir.” ujar Najib.
Kepincangan perlu diperbetulkan
Walau bagaimanapun, Nik Aziz berkata masih terdapat kepincangan yang perlu diperbetulkan kerajaan berhubung prosedur pilihan raya yang ada di negara ini.
Ini membabitkan pengundi hantu yang masih belum dapat dibersihkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
“Datuk Presiden PAS sebut berkali-kali mengenai undi luar yang di bawa masuk ke Terengganu tapi Umno tak boleh cabar. Bila undi luar masuk dalam pilihan raya umum ke-12 di Terengganu, (jadi) pilihan raya itu tak sah.
“Kamu (kerajaan) kata sah tapi akhirat kelak kebanyakkan wakil rakyat Umno yang menang di Terengganu akan masuk neraka kerana menang menggunakan undi hantu,” ujarnya.
Hadir sama dalam majlis itu adalah Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan Dr Tan Seng Giaw, Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan Abdul Latif Abdul Rahman dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.
Majlis anjuran Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan adalah untuk mengutip dana bagi negeri itu sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Sah sungguh ke k’jaan BN ini?
AMK mahu bantu 91 individu dicari polis
Angkatan Muda Keadilan (AMK) akan menyediakan bantuan kepada 91 individu dikehendaki polis berhubung perhimpunan 28 April.
Ketuanya, Shamsul Iskandar Md Akin berkata, pegerakan itu akan memberi bantuan dalam bentuk khidmat nasihat sebelum individu berkenaan tampil ke balai polis.
"Saya lihat, tiada lagi yang menawarkan perkhidmatan kepada individu-individu yang gambar mereka dipaparkan.
"Jadi AMK akan membantu mereka. Cuma saya nak desak PDRM, agar memaklumkan pada rakyat apa kesalahan mereka ini sehingga gambar mereka dikeluarkan secara meluas oleh media," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR hari ini.
Pada Khamis lalu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengeluarkan gambar senarai 49 yang dikehendaki ekoran penglibatan mereka dalam perhimpunan BERSIH 3.0 pada Sabtu lalu.
Semalam, sebanyak 42 gambar individu yang dikehendaki polis itu dikeluarkan.
Sehubungan itu, Shamsul berkata, AMK juga akan turut mengumpul maklumat individu yang dikehendaki itu untuk diserahkan kepada peguamnya.
"Kita akan kumpulkan maklumat-maklumat mereka ini dan serah kepada kawan-kawan peguam PKR, Majlis Peguam, Suaram dan Lawyers for Liberty," katanya lagi.
Beliau menyeru individu berkenaan supaya menghubungi AMK melalui talian 012-6541415 atau e-mel kepada amkbersih428@gmail.com.

Pelapor PBB sedia siasat BERSIH 3.0
Seorang
pelapor khas Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Frank La Rue menawarkan
diri untuk menjalankan siasatan bebas, mengkaji dan menilai perhimpunan
BERSIH 3.0 pada 28 April.La Rue memberitahu Malaysiakini bahawa beliau juga menawarkan untuk menyiasat perhimpunan BERSIH 2.0 memandangkan beliau berada di Malaysia pada Julai tahun lalu.
Katanya beliau berada di Malaysia pada 10 Julai, sehari selepas perhimpunan itu diadakan, dan perhimpunan itu menarik perhatiannya.
Tambahnya, beliau diberitahu bahawa perhimpunan itu mengejutkan memandangkan ia turut dihadiri anggota keluarga dan kanak-kanak.
Katanya lagi, beliau difahakmkan bahawa peserta perhimpunan itu tidak agresif mahupun mengingkari arahan, tetapi polis bertindak ganas.
Peguam dari negara Guatemala yang berpengkalan di Geneva itu ditemui Malaysiakini di Persidangan Kebebasan Akhbar Sedunia di Tunis yang berakhir semalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan