Selasa, 8 Mei 2012

BILA KESALAHAN YANG BANYAK AKAN MENGHANTUI PERASAAN SERTA JIWA KITA...SIKSAAN NI LEBIH PARAH...HANYA ORANG YANG MENANGGUNG DAPAT MERASANYA...BILA DAH PARAH....HANYA ALLAH SAJA YANG TAHU

Bersih 3.0: Polis tanya soalan seksual

Muhammad Faizal, 08 Mei 2012
PETALING JAYA, 8 Mei: Peguam, Latheefa Koya hari ini menyatakan rasa terkejut apabila soalan yang ditanya kepada dua peserta yang ditahan polis, Khalid Mohd Ismath, seorang mahasiswa dan Timbalan Ketua Cabang PKR Rasah, R.Tangam hanya tertumpu kepada soalan seksual sahaja.
Beliau yang ditemui pada sidang media di Ibu Pejabat PKR turut menyatakan tidak ada soalan yang ditanya berkaitan dengan perhimpunan Bersih pada 28 April lepas.

"Saya amat terkejut apabila diberitahu oleh Khalid bahawa polis yang menyoal beliau hanya bertanya adakah beliau menyokong amalan seks sejenis iaitu homoseksual, lesbian atau liwat antara dua jantina (LGBT).

"Malah pihak polis turut menyoalkan beliau apakah beliau tidak tahu bahawa 'facebook' itu hak milik Yahudi dan setiap bulan bayaran bil internet boleh menyumbang kepada ekonomi Yahudi," jelasnya.

Tambah beliau, soalan-soalan tersebut adalah mirip kepada soalan-soalan yang pernah ditanya kepada tahanan Akta Tahanan Dalam Negeri (ISA).

"Kita ingin tahu apa sebenarnya agenda polis menyoal tahan dengan soalan-soalan sedemikian.

"Selain itu juga Khalid telah diletakkan di hadapan tahanan lain (OKT) warga asing yang tidak mendapat akses peguam dan dalam masa yang sama seorang anggota polis telah menjerit kepada OKT Bangladesh bagi tujuan menakutkan Khalid," katanya.

Katanya lagi, dalam waktu Khalid diletakkan di hadapan OKT lain, terdapat seorang anggota polis telah masuk dan mengatakan Khalid telah memukul serta membunuh polis, malah turut mengugut mengatakan 'habislah kau malam ini'.

Dalam pada itu, beliau turut menegaskan tindakan polis menangkap Khalid ketika beliau hadir untuk memberi kerjasama adalah melanggari etika serta tidak sepatutnya berlaku.

Malah Khalid juga turut diarahkan menandatangi satu borang yang beliau sendiri tidak mengetahui apa tujuannya.

“Tetapi setelah kita telitikan ia merupakan borang yang memberi kebenaran pihak polis menyoal Khalid tanpa ditemani peguam.

Sementara itu, N. Surendran berkata keputusan pihak polis memaparkan gambar-gambar di media-media arus perdana sebenarnya telah melanggari peruntukan yang ada.

"Kalau betul pihak polis ingin meminta mereka semua hadir beri keterangan, polis sepatutnya mengeluarkan notis bukannya bertindak mengikut arahan Umno Barisan Nasional dengan memaparkan gambar-gambar.

"Bagi saya ini merupakan satu agenda yang telah dirancang oleh Umno Barisan Nasional dengan tujuan untuk menakutkan mereka serta memalukan peserta," tegasnya.

Turut hadir pada sidang media tersebut adalah Khalid yang mana beliau telah ditahan lebih 24 jam walaupun mahkamah menolak permohonan polis untuk mengenakan tahanan reman selama empat hari.

Nik Aziz is father of kafir? Apa komen TG Nik Aziz?.. bacalah..

http://darisungaiderhaka.blogspot.com, 08 Mei 2012

Bagi aku.. tindakan bekas Ketua Polis Negara melabelkan TG Nik Aziz sebagai Bapa kepada Kafir  adalah satu tindakan yang keterlaluan, tidak wajar dan juga biadab!.. tapi pendapat aku tu tak penting, yang penting ialah ulasan TG Nik Aziz sendiri.. baca kat bawah.

Sebelum itu baca apa yang telah dikatakan oleh Rahim Noor sepertimana yang dilaporkan oleh Media tunggangan UMNO/BN..

Bagi memudahkan bacaan semua Semut Malaysia dah besarkan image.. baca kat bawah ni..


Baca pula apa kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dulu..

KUALA LUMPUR, 8 Mei: PAS akan menyaman bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Rahim Noor dan News Straits Times (NST) atas kenyataan tidak beradab dan melampau yang dikeluarkan terhadap Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Tuduhan yang dikeluarkan oleh beliau sangat kurang ajar dan melampau batas. Sehubungan itu, PAS Pusat menggesa agar beliau memohon maaf secara terbuka dan menarik balik tuduhan yang dikeluarkan itu kerana ianya tidak berasas dan fitnah semata-mata.

PAS turut akan mempertimbangkan saman terhadap akhbar NST yang sanggup menyiarkan berita fitnah tersebut tanpa usul-periksa,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) dalam satu kenyataan hari ini.

Tuan Ibrahim berkata tindakan NST yang sanggup melaporkan kenyataan Rahim Noor telah merosakkan lagi imej akhbar tersebut yang baru-baru ini tercalar teruk kerana dibukti memutar-belitkan kata-kata Senator Australia Nick Xenophon berdasarkan kata-kata ahli parlimen yang tidak berwibawa.

“Latar belakang dan kisah silam Rahim Noor sudah diketahui umum dan sepatutnya sebagai suratkhabar yang berwibawa, penyelidikan dan semakan terhadap kata-kata beliau perlu dilakukan sebelum dipaparkan terutamanya yang berbentuk fitnah sebegini.

Jika fitnah terang-terang yang bersifat sampah sedemikian boleh dinilai sebagai berharga untuk digunakan sebagai berita utama, apakah nilai kualiti yang ada pada media milik kerajaan?” soal beliau.

Tuan Ibrahim menjelaskan bahawa menuduh seseorang individu sebagai kafir merupakan tuduhan paling berat dalam persoalan aqidah.

“Harus difahami bahawa tuduhan terhadap peribadi tidak sama dengan menuduh kumpulan. Tambahan pula kalau dalam kumpulan tersebut, memang terdapat ahlinya yang terdiri dari kalangan orang kafir.

"Maka kaedah feqah jelas menyebut sesiapa yang mengkafirkan orang mukmin, maka tuduhan kafir itu kembali kepadanya,” terang beliau.

PAS, kata Tuan Ibrahim tidak pernah membuat sebarang tuduhan kepada mana-mana individu sebagai kafir dalam mana-mana ceramah atau ucapan.

“Apa yang PAS jelaskan ialah batas-batas iman dan kufur yang menjadi sebahagian daripada silibus pengajian aqidah.  Oleh itu, fitnah Rahim Noor yang bersifat peribadi kepada Tuan Guru Nik Aziz sebagai seorang ulamak dan Mursyidul Am Parti merupakan tuduhan yang melampaui batas,” tegas Pesuruhjaya PAS Pahang itu.

PAS Pusat melalui Lujnah Guaman, katanya akan mengambil tindakan undang undang kepada Rahim Noor dan NST dalam masa terdekat.

“Ucapan melampau sedemikian tidak boleh disuburkan sebagai budaya di negara kita. Ahli-ahli PAS diseru fokus pada kerja pilihanraya kerana ini sebahagian mainan media untuk mengalihkan fokus utama kita, di saat menjelang PRU ke 13,” nasihat beliau - Harakahdaily

Dan apa komen TG Nik Aziz sendiri dalam hal ini..

Dipetik dari FB TG Nik Aziz.. "Saya ditunjukkan keratan akhbar muka enam NST hari ini. Saya tidak mahu memberikan apa-apa komen."

Pendek dan tidak melenting sama sekali meskipun tuduhan yang dilontarkan buatnya adalah sesuatu yang berat..

Hingga sekarang sudah terdapat lebih dari 3,000 komen yang ditinggalkan dalam FB TG Nik Aziz.. tengok kat ( SINI )


**Tuan-tuan dan Puan-puan yang membaca sekelian... jika anda mahu meninggalkan komen sila tunggu dua atau tiga minit untuk 'Intense Debate' reload... harap maklum...**

Fitnah seksual untuk tutup kejayaan Bersih 3.0

Khaulah Azwar, 08 Mei 2012

GOMBAK, 8 Mei: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Kerajaan Umno BN cuba menutup kelemahannya dengan menyebarkan fitnah  seksual untuk memburukkan pembangkang apabila ratusan ribu rakyat hadir ke himpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu.

Katanya, sokongan ratusan ribu rakyat dari seluruh pelosok negara turun dengan satu suara menuntut proses demokrasi yang adil adalah catatan sejarah negara.

Beliau menambah, Bersih 3.0 yang menyatukan rakyat pelbagai latar belakang seharusnya dirayakan dengan semangat dan prinsipnya.

“Malangnya, ada pihak yang cuba menutup isu sebenar yang dibawa Bersih 3.0. Suara rakyat yang mewakili jutaan rakyat mahu ditutup dengan cerita picisan yang memfitnah rakyat,” ujar beliau pada ceramah perdana dan jelajah Merdeka Rakyat, Pasca Bersih 3.0 di Kampung Baru Wira Damai, di sini malam tadi.

Katanya, rakyat yang menjadi mangsa akibat kekerasan dan keganasan polis diserang bertalu-talu di media kawalan Umno sedang pemangsa yang ganas dilindungi.

“Insya Allah, Pakatan Rakyat akan terus membawa berita gembira dari Bersih 3.0  ke seluruh negara mengenai kebangkitan rakyat. Tarikh 28 April 2012 akan kita nobatkan sebagai Merdeka Rakyat,” tegasnya di hadapan puluhan hadirin.

Guling kerajaan: Najib, Mahathir ada 'pengalaman'

Harakahdaily, 08 Mei 2012
KUALA LUMPUR, 8 Mei: Tuduhan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya himpunan Bersih 3.0 bertujuan mengguling kerajaan dipercayai dibuat 'atas dasar pengalaman'.

Menurut Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar (gambar), ini kerana kedua-dua pemimpin itu masing-masing berpengalaman 'menggulingkan kerajaan negeri' satunya di Kelantan dan satu lagi di Perak.

"Kita masih ingat pada tahun 1977 waktu itu bagaimana Dr Mahathir mengepalai dalam merencana huru-hara di Kelantan, arah sekumpulan orang bakar tayar sehingga diisytihar darurat di Kelantan.

"Pada tahun 2009, kita tengok pula bagaimana rampasan kuasa di Perak yang diketuai perdana nenteri Datuk Seri Najib.

"Jelas, dua-dua bercakap atas pengalaman yang mereka pernah buat," kata Mahfuz.

Kelmarin ketika berucap di Gua Musang Kelantan, Najib berkata himpunan Bersih 3.0 di ibu negara 28 April lalu adalah satu percubaan untuk menggulingkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat menerusi pilihan raya.

Najib berkata, tindakan itu menunjukkan pihak yang terlibat tidak menghormati kerajaan yang dipilih oleh rakyat menerusi proses yang sah.

Pandangan serupa turut dikeluarkan Dr Mahathir yang mendakwa, perhimpunan Bersih 3.0 lalu cubaan menjatuhkan kerajaan melalui demonstrasi ganas seperti yang terjadi di beberapa negara Arab.

Mengulas lanjut, Mahfuz berkata, rakyat juga tidak boleh lupa dengan tindakan Dr Mahathir sebelum ini yang mendorong rakyat menyertai perhimpunan-perhimpunan untuk 'menggulingkan' raja-raja Melayu dan mahu kuasa raja dikurangkan.

"Jika benar Bersih 3.0 mahu menggulingkan kerajaan melalui demonstrasi dan menolak pilihan raya, kenapa mereka menuntut pilihan raya yang bersih.

"Kita nak masuk pilihan raya, sebab itu kita mintak pilihan raya bersih dan adil. Macam mana pula tuduh kita nak guling kerajaan," katanya lagi.

Scorpene: Media dicabar siar skandal USD1 bilion

Harakahdaily, 08 Mei 2012
KUALA LUMPUR, 8 Mei: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mencabar media arus perdana di Malaysia untuk menyiarkan berita dan maklumat mengenai skandal kapal selam Scorpene serta dakwaan rasuah USD1 bilion terhadap Perdana Menteri Malaysia yang sedang hangat dibicarakan di mahkamah Perancis.
Ketua Penerangannya, Riduan Mohd Nor (gambar) berkata, ini sekiranya media-media utama negara ini benar-benar bebas dari kongkongan Umno BN.

Bagi DPPM, ujarnya berita mengenai skandal ini lebih penting untuk difokus kerana ia melibatkan maruah pemimpin tertinggi negara.

“Maklumat dan berita ini amat berharga memandangkan faktanya diyakini benar kerana sedang dalam proses pendakwaan di mahkamah,” katanya lagi.

Menurutnya, mustahil mahkamah Perancis mengambil fakta berbaur fitnah yang tidak ada nilai kerana mereka mempunyai kredibiliti yang perlu dijaga.

Beliau berkata, ia lebih baik daripada berita fitnah mengenai aksi lucah terhadap pemimpin Pakatan Rakyat.

DPPM hairan, kata beliau mengapa tidak sedetik pun media perdana di Malaysia memaparkan berita seperti itu sedangkan media antarabangsa sedang heboh membicarakannya.

“Mungkinkah media-media telah diarahkan oleh kerajaan untuk menapis dan tidak menayangkan walau sesaat berita ini supaya rakyat di negara ini tidak tahu menahu berita mengenainya?” soalnya.

Sebaliknya, ujar beliau agak pelik apabila media diberikan ‘lampu hijau’ untuk memaparkan berita fitnah berunsur lucah terhadap pemimpin PR.

“Adakah ia bagi mengalih isu utama yang sedang membelit pemimpin negara?

“Jika fakta ini benar, DPPM berasa amat kecewa kerana media di negara ini masih diperkudakan sedemikian rupa demi kepentingan pihak penguasa,” ujarnya lagi.

Ini, katanya menunjukkan bahawa demokrasi di Malaysia hanyalah khayalan yang diimpikan.

Justeru, tambah beliau tidak hairanlah jika rakyat sanggup bangkit berhimpun bagi mendesak sebuah sebuah demokrasi yang yang tulen.

Akhirnya, kata Riduan DPPM menegaskan bahawa tugas media adalah memaparkan kebenaran untuk maklumat dan pengetahuan rakyat.

“Kebenaran perlu disingkap meskipun ia amat pahit untuk ditelan dan melibatkan pemimpin tertinggi negara,” katanya.

Beliau berkata, media perlu dibebaskan dari pengaruh mana-mana pihak supaya mereka dapat membuat liputan secara adil.

Tegasnya, DPPM yakin, media akan mendapat kebebasan sepenuhnya hanya jika Pakatan Rakyat memerintah kelak.

Kalau bukan SOP polis, SOP pemuda Umno?

Anis Nazri, 08 Mei 2012
KUALA LUMPUR, 8 Mei: Tindakan pihak polis menyekat dan merampas peralatan media pada perhimpunan Bersih 3.0, 28 April lalu tidak mengikut SOP polis, sebaliknya mungkin SOP Tahan Lasak Pemuda Umno.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Khalid Abdul Samad (gambar), mendakwa tindakan itu berkemungkinan besar atas arahan pihak pimpinan Umno memandangkan polis menyatakan ia bukan SOP polis.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, sebelum ini yang mengatakan tindakan polis merampas dan menghalang petugas media itu bukan SOP polis.

Sebaliknya, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein pula berkata ia merupakan SOP biasa selepas ditanya wartawan berkaitan insiden beberapa jurugambar yang diambil kamera dan kad memori pada perhimpunan Bersih 3.0 itu.

Mengulas lanjut, Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam, berkata beliau sendiri tidak faham mengapa selepas beberapa jam himpunan itu berlangsung dengan aman, ia kemudiannya bertukar huru-hara.

"Semua ini tindakan Umno untuk memperlihatkan segala huru-hara itu membawa keuntungan kepada mereka. Bagi Umno, itulah (kekecohan) yang perlu diwujudkan dengan meninggalkan tuntutan utama Bersih 3.0," dakwa beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Beliau menambah, atas sebab rentak permainan Umno sedemikian rupa, maka sebab itulah rakyat perlu membuat perubahan dalam memilih pucuk pimpinan negara.

"Umno sedar, mereka tidak boleh menang kalau pilihan raya bersih.  Yang takut kalah, Umno.  Itu sebab dia menodai proses pilihan raya dengan satu corak pilihan raya yang direkabentuk untuk menangkan mereka," dakwa beliau lagi.

PAS kutuk, akan saman NST dan Rahim Noor

Harakahdaily, 08 Mei 2012
KUALA LUMPUR, 8 Mei: PAS akan menyaman bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Rahim Noor dan News Straits Times (NST) atas kenyataan tidak beradab dan melampau yang dikeluarkan terhadap Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Tuduhan yang dikeluarkan oleh beliau sangat kurang ajar dan melampau batas. Sehubungan itu, PAS Pusat menggesa agar beliau memohon maaf secara terbuka dan menarik balik tuduhan yang dikeluarkan itu kerana ianya tidak berasas dan fitnah semata-mata.

PAS turut akan mempertimbangkan saman terhadap akhbar NST yang sanggup menyiarkan berita fitnah tersebut tanpa usul-periksa,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) dalam satu kenyataan hari ini.

Tuan Ibrahim berkata tindakan NST yang sanggup melaporkan kenyataan Rahim Noor telah merosakkan lagi imej akhbar tersebut yang baru-baru ini tercalar teruk kerana dibukti memutar-belitkan kata-kata Senator Australia Nick Xenophon berdasarkan kata-kata ahli parlimen yang tidak berwibawa.

“Latar belakang dan kisah silam Rahim Noor sudah diketahui umum dan sepatutnya sebagai suratkhabar yang berwibawa, penyelidikan dan semakan terhadap kata-kata beliau perlu dilakukan sebelum dipaparkan terutamanya yang berbentuk fitnah sebegini.

Jika fitnah terang-terang yang bersifat sampah sedemikian boleh dinilai sebagai berharga untuk digunakan sebagai berita utama, apakah nilai kualiti yang ada pada media milik kerajaan?” soal beliau.

Tuan Ibrahim menjelaskan bahawa menuduh seseorang individu sebagai kafir merupakan tuduhan paling berat dalam persoalan aqidah.

“Harus difahami bahawa tuduhan terhadap peribadi tidak sama dengan menuduh kumpulan. Tambahan pula kalau dalam kumpulan tersebut, memang terdapat ahlinya yang terdiri dari kalangan orang kafir.

"Maka kaedah feqah jelas menyebut sesiapa yang mengkafirkan orang mukmin, maka tuduhan kafir itu kembali kepadanya,” terang beliau.

PAS, kata Tuan Ibrahim tidak pernah membuat sebarang tuduhan kepada mana-mana individu sebagai kafir dalam mana-mana ceramah atau ucapan.

“Apa yang PAS jelaskan ialah batas-batas iman dan kufur yang menjadi sebahagian daripada silibus pengajian aqidah.  Oleh itu, fitnah Rahim Noor yang bersifat peribadi kepada Tuan Guru Nik Aziz sebagai seorang ulamak dan Mursyidul Am Parti merupakan tuduhan yang melampaui batas,” tegas Pesuruhjaya PAS Pahang itu.

PAS Pusat melalui Lujnah Guaman, katanya akan mengambil tindakan undang undang kepada Rahim Noor dan NST dalam masa terdekat.

“Ucapan melampau sedemikian tidak boleh disuburkan sebagai budaya di negara kita. Ahli-ahli PAS diseru fokus pada kerja pilihanraya kerana ini sebahagian mainan media untuk mengalihkan fokus utama kita, di saat menjelang PRU ke 13,” nasihat beliau.

Pengarah Amal Malaysia terima peluru, nota ugutan

Hazayani Zakaria, 08 Mei 2012
KUALA LUMPUR, 8 Mei: Ketua Pengarah Jabatan Amal Malaysia, Juhari Osman menerima peluru yang disertakan bersama surat ugutan bunuh hari ini.

Juhari menerima sebutir peluru yang dihantar bersama sampul surat ke rumahnya di Taman Ayer Molek, kira-kira 11.50 pagi tadi.

"Balik dari mengambil anak saya, saya mendapati ada sekeping surat dalam peti surat lengkap bersetem.

"Bila saya buka, gambar saya dan di bawahnya bertulis 'pu**mak kau Juhari...PENGKHIANAT'.

"Peluru itu dibungkus dalam suratkhabar bertulisan Tamil," katanya kepada Harakahdaily.

Juhari berkata, beliau akan membuat laporan polis petang ini dengan ditemani pimpinan PAS Melaka.

"Saya akan bincang dengan timbalan pesuruhjaya PAS negeri untuk buat laporan polis di mana," katanya.

Beliau dalam pada itu tidak menolak kemungkinan besar ugutan itu diterima kerana penglibatan beliau dalam perhimpunan Bersih 3.0 28 April lalu.

Juhari mengetuai 4,000 anggota Unit Amal berkhidmat pada hari tersebut.

Tiada ulasan: