Selasa, 8 Mei 2012

KUATNYA PEMBANGKANG...RAKYAT DAPAT BANYAK FAEDAH...WANG 500...GAJI NAIK 13%...PENEROKA DAPAT 15K...DAN BANYAK LAGI...ADAKAH KITA TAK BERFIKIR....

Nurul Izzah: 6 persoalan untuk dijawab Majlis Fatwa
ULASAN Saya terpanggil untuk mencari penjelasan daripada Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia mengenai fatwa berikut:

'Adalah haram buat umat Islam menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang bertujuan tidak baik.'

Pertama, perhimpunan BERSIH 3.0 untuk pilihan raya bebas dan adil telah mendapat kebenaran serta kelulusan di bawah peruntukan Akta Perhimpunan Aman dan memenuhi syarat 'bertujuan baik' kerana tentunya tuntutan pilihanraya bebas dan adil tidak haram?

Kedua, arahan mahkamah melarang perhimpunan ke ruangan Dataran Merdeka adalah menafikan hak asasi rakyat dalam sebuah negara demokratik, oleh itu ia 'bertujuan tidak baik' dan menimbulkan 'suasana konfrontasi'. Justeru, adakah tindakan ini haram?

Ketiga, tindakan berlebihan pihak berkuasa mengepung dan menghalang orang ramai bersurai secara teratur dan aman serta tindakan menggunakan kekerasan berlebihan seperti gas pemedih mata, pancutan air kimia, pukulan dengan cota dan kekerasan yang diperlakukan segelintir anggota polis secara am -adakah semuanya haram?

Keempat, Pengerusi Jawatankuasa, Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin juga menyebut: "Tindakan merusuh, mewujudkan kacau bilau dan merosakkan harta benda awam adalah suatu perbuatan yang ditegah Islam. Malah niat untuk menjatuhkan negara yang sah di sisi undang-undang melalui penganjuran demonstrasi seumpama itu juga haram di sisi agama."

Oleh demikian bagaimana fatwa tindakan umat Islam di Tunisia, Mesir, Libya dan kini Syria ke atas kerajaan masing-masing yang sah di sisi undang-undang juga haram?

Kelima, apakah fatwa untuk menipu di pilihanraya dengan berbagai kaedah seperti menghalang rayuan mahkamah dibuat di atas kesahihan Daftar Pemilih (Akta Pilihanraya - Seksyen 9A), menghalang wakil-wakil parti dan bukan parti menyaksikan dan menyemak kad pengenalan pengundi dengan Daftar Pemilih pada hari mengundi (Akta Kesalahan Pilihanraya - Seksyen 26A (2) dan (3)), persempadanan kawasan pilihanraya tidak adil melalui pindaan Artikel 116 Perlembagaan Persekutuan mengenai nisbah perbezaan jumlah pengundi tidak melebihi 15% setiap kawasan, penyalahgunaan undi pos, akses media terhad untuk semua parti politik, pengunaan politik wang merasuah pengundi dan pengunaan pengundi hantu - adakah ia haram?

Keenam, apakah fatwa mengenai sebuah kerajaan yang dibentuk berdasarkan pilihanraya yang tidak bebas dan tidak adil - adakah ia kerajaan haram?

Sebagai makluman, saya telah membuat pertanyaan rasmi di sidang Parlimen yang lepas kepada Perdana Menteri merujuk soalan berikut:

PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : Y.B. PUAN NURUL IZZAH BINTI ANWAR
[LEMBAH PANTAI]
TARIKH : 22 MAC 2012 [KHAMIS]

SOALAN :
Puan Nurul Izzah Binti Anwar [ Lembah Pantai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Majlis Fatwa Kebangsaan akan mengeluarkan Fatwa tentang amalan penipuan pelbagai bentuk dan cara dalam pilihan raya dan penganugerahan status kewarganegaraan kepada warga asing sebagai balasan sokongan kepada Kerajaan Pusat.

JAWAPAN: (Y.B SENATOR MEJAR JENERAL DATO’ SERI JAMIL KHIR BIN HAJI BAHAROM (B), MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI)

Tuan Yang di-Pertua,

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia berpandangan tidak ada keperluan untuk berbincang dan memberikan fatwa berkaitan penipuan dalam pilihanraya. Ini kerana, dalam Islam, hukum bagi sebarang bentuk penipuan adalah jelas iaitu tidak dibenarkan.

Suruhanjaya Pilihanraya juga telah mempunyai undang-undang dan peraturan yang boleh mengawal dan mengendalikan proses serta perjalanan pilihanraya di Negara ini agar berlangsung dengan telus dan adil.

Sekian, terima kasih


Malangnya jawapan yang diberikan oleh wakil PM iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri adalah bahawa Majlis Fatwa tidak perlu membuat fatwa di atas perkara yang ditanya walaupun semua bentuk penipuan adalah tidak dibenarkan agama Islam.

Akhir sekali, saya berharap Majlis Fatwa Kebangsaan akan dengan segera memberikan jawapan kepada kesemua persoalan di atas agar kesucian Islam terpelihara.
Senator Australia cadang turut saman Utusan
Senator Australia, Nick Xenophon berkata beliau sedang mempertimbang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap dua akhbar tempatan, termasuk Utusan Malaysia, kerana tersalah memetik ucapannya yang menggambarkan beliau sebagai anti-Islam.

nick xenophon 290412"Sudah tentu (tindakan undang-undang akan dipertimbang) dalam apa sahaja bahasa ia diterbitkan sama ada mereka telah memohon maaf atau tidak," katanya ketika dihubungi Malaysiakini semalam.

Xenophon (kanan) merujuk kepada sebuah artikel yang disiarkan oleh Utusan Malaysia dan New Straits Times (NST) yang telah tersalah memetik  ucapannya di di Parlimen Australia pada 17 November 2009.

Akhbar harian berbahasa Inggeris NST telah memohon kerana "kesilapan besar" itu pada hari berikutnya.

NONEXenophon mengesahkan laporan awal yang memetik jurucakap dari pejabatnya bahawa beliau masih akan mengambil tindakan undang-undang terhadap NST walaupun akhbar tersebut telah memohon maaf.

Utusan Malaysia milik Umno, yang menerbitkan berita yang sama yang
tersalah petik Xenophon, telah mengeluarkannya dari versi dalam talian di laman webnya tetapi tidak memohon maaf.

Xenophon adalah sebahagian daripada pasukan tujuh anggota pemantau antarabangsa dalam dalam misi pencarian fakta mengenai sistem pilihan raya Malaysia
Abdul Aziz kecewa abang berpihak pada pembangkang
Kontroversi yang melanda bekas Menteri Penerangan Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir yang kemudiannya keluar daripada Umno tidak mematahkan semangat adiknya, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir untuk terus bekerja keras melakukan yang terbaik bagi meraih sokongan rakyat untuk menyokong Barisan Nasional (BN).
  
Abdul Aziz, yang merupakan Ketua Umno Bahagian Kulim/Bandar Baharu, berkata beliau menerima keputusan abangnya, bekas Ketua Umno Bahagian itu, dengan hati yang terbuka atas semangat amalan demokrasi tetapi beliau tetap akan berjuang untuk Umno.
  
"Saya anggap ini sebagai satu takdir. Bagaimanapun, saya akan terus bekerja dan lakukan yang terbaik berjuang menerusi Umno dan BN demi rakyat kawasan Kulim/ Bandar Baharu selepas ini," katanya ketika ditemui pemberita di Kulim malam tadi.
  
NONESetelah sekian lama mendiamkan diri berkenaan kontroversi melibatkan abangnya itu, Abdul Aziz mengulas tindakan Abdul Kadir (kiri), bekas anggota Parlimen Kulim/Bandar Baharu, yang mendakwa BN memberi antara RM200 dan RM1,000 bagi membeli undi untuk memenangi pilihan raya umum lepas.
  
Berikutan itu, Abdul Kadir dikritik banyak pihak dan kemudian mengumumkan keluar daripada Umno.
  
Abdul Aziz berkata beliau berasa sedikit kecewa dengan tindak-tanduk abangnya itu yang kini memilih berada di pentas pembangkang dan menyertai perhimpunan BERSIH 3.0 untuk mengkritik kerajaan.
  
"Suatu ketika dahulu beliau banyak menasihatkan adik-adiknya yang lain supaya terus bekerja kuat untuk Umno tetapi berikutan berlakunya sedikit masalah, beliau bertindak keluar parti," katanya.
  
Abdul Aziz berkata beliau percaya tindakan abangnya menyertai pembangkang adalah berpunca daripada kekecewaan selepas merasakan diri dipinggirkan oleh kerajaan.
  
"Apapun saya berharap Allah akan bukakan hati beliau agar satu hari nanti kembali berjuang dalam Umno. Ini kerana parti itulah yang banyak berjasa kepada kami sekeluarga," katanya.

- Bernama
Bicara jenayah perang terhadap Bush bermula
Tribunal Jenayah Perang Kuala Lumpur memulakan perbicaraan terhadap bekas Presiden Amerika Syarikat George W.Bush
serta tujuh sekutunya semalam berhubung pertuduhan melakukan jenayah perang dan penyeksaan.
  
Sekutu Bush ialah bekas Naib Presiden Amerika Syarikat Dick Cheney, bekas Setiausaha Pertahanan Donald Rumsfeld, Alberto Gonzales (penasihat Bush ketika menjadi Presiden) David Addington (penasihat umum kepada naib presiden), William Haynes (penasihat umum setiausaha pertahanan), Penolong Peguam Negara Jay Bybee
dan bekas Timbalan Penolong Peguam Negara John Yoo.

Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Lamin Mohd Yunus mengetuai kuorum tribunal yang turut dianggotai Tunku Sofiah Jewa, Alfred Lambremont Webre, Profesor Salleh Buang dan bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Saari Yusuf.

Pada prosiding semalam, Tribunal mengarahkan perbicaraan terhadap Bush dan sekutunya diteruskan selepas memutuskan jenayah perang mempunyai bidang kuasa sejagat.
  
Terdahulu, Jason Kay yang dilantik sebagai 'amicus curiae' atau sahabat mahkamah bagi mewakili Bush dan sekutunya, mengemukakan bantahan awal iaitu  tribunal tersebut tidak mempunyai bidang kuasa untuk meneruskan pertuduhan terhadap mereka.

Beliau berhujah tribunal itu, yang diwujudkan di bawah Yayasan Tribunal Peperangan Kuala Lumpur (KLFCW), telah diperbadankan mengikut undang-undang Malaysia, justeru, hanya undang-undang bertulis negara ini terpakai.

Sementara itu, Profesor Gurdial Singh Nijar yang mengetuai pasukan
 pendakwaan berkata selain undang-undang Malaysia, badan tersebut turut menguatkuasakan undang-undang antarabangsa, dan dalam apa jua keadaan, jenayah perang merupakan jenayah sejagat berdasarkan 'jus cogens' serta adat undang-undang antarabangsa.
  
Saksi pertama, Abbas Abid, yang merupakan bekas ketua jurutera Kementerian Sains dan Teknologi di Baghdad, mendakwa beliau diseksa ketika ditahan di penjara Al-Jadiria.
  
Abbas, yang kini menetap di Fallujah, Iraq, berkata beliau, antara lain, diseksa dengan kejutan elektrik, ditempatkan di dinding dengan alat sulitnya digantung benda berat serta dipaksa minum banyak air yang dicampur dengan diuretik manakala kemaluannya diikat dengan gelang getah untuk menghalangnya daripada membuang air kecil.
  
Ketika memberi keterangan, wajah Abbas ditutup dengan skaf selepas tribunal membenarkan permohonan pendakwaan untuk berbuat demikian atas alasan keselamatan.

Dalam keterangannya, Abbas, 48, berkata pada kira-kira 10 malam, 28 Ogos 2005, lebih 15 askar warga Amerika dan Iraq menyerbu rumah saudara lelaki beliau dengan cara yang disifatkannya sebagai "amat menakut".

Katanya, beliau ke rumah itu selepas dipanggil seorang saudara dan kemudian diminta mengikut askar berkenaan untuk disoal siasat sebelum ditahan di penjara Al-Jadiria.
  
Bapa lima anak itu juga mendakwa pada 5 Okt 2006, beliau dibawa ke mahkamah namun dibebaskan selepas kekurangan bukti.
  
"Saya terpaksa membayar US$10,000 kepada pihak berkuasa penjara di bawah Kementerian Keadilan sebelum dibebaskan," kata Abbas yang bertutur dalam bahasa Arab.
  
Menjawab soalan Gurdial Singh, Abbas berkata beliau berhasrat untuk memiliki15 anak namun tidak kesampaian ekoran pengalaman pahitnya di penjara.

Saksi kedua, bekas tahanan Guantanamo iaitu Moazzam Begg pula memberitahu tribunal beliau ke Afghanistan bersama keluarganya pada 2001 untuk membina sebuah sekolah.
  
Bagaimanapun, apabila Amerika Syarikat menyerang negara itu, beliau dan keluarganya terpaksa berpindah ke Islamabad di Pakistan.
  
Membacakan akuan berkanunnya, warga Britian itu berkata selepas ditahan tiga minggu di Pakistan, beliau diserahkan kepada tentera Amerika Syarikat dan diterbangkan ke Afghanistan sebelum disumbat ke pusat tahanan Teluk Guantanamo di Cuba selama 20 bulan.
  
Moazzam berkata kesihatan mentalnya merosot selepas diletakkan dalam kurungan seorang diri serta ditempatkan dalam sebuah sel kecil tanpa tingkap dan lampu, selain disisihkan daripada sebarang hubungan dengan tahanan lain.

Sehingga hari ini, Moazzam berkata beliau tidak mengetahui kesalahan yang telah dilakukannya.
  
Prosiding itu, yang diadakan di mahkamah terbuka KLFCW di Jalan Perdana di sini, disambung hari ini.

- Bernama
Peneroka Felda terima durian runtuh RM15,000

8 Mei 2012
Datuk Seri Najib Tun Razak
Datuk Seri Najib Tun Razak
JERANTUT - Setiap peneroka Felda di seluruh negara akan menerima  RM15,000 sebagai pemberian durian runtuh daripada lembaga itu, umum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.
Pakatan: 'Kami tak takut, BN makin bimbang'
Wartawan Sinar Harian
8 Mei 2012
BERSIH 2.0
Himpunan Bersih 2.0
SHAH ALAM - Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat (PR) menegaskan perikatan tiga parti itu tidak pernah takut untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), sebaliknya mendakwa Barisan Nasional (BN) yang bimbang dengan kebangkitan pihaknya dan sokongan yang diterima buat masa sekarang.
Mengulas kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad, Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, kenyataan bekas Perdana Menteri itu hanyalah satu manifestasi terhadap kebimbangan Umno dan BN menjelang PRU13.
"Mahathir telah menyatakan kami tak yakin menang dalam PRU13 akan datang adalah satu tanggapan yang salah dan itu hanya ingin menutup kerisauan pada ahli Umno dan BN sendiri," kata Salahuddin lagi ketika dihubungi Sinar Harian Online.
Kelmarin, Dr Mahathir dipetik berkata, pembangkang jelas tidak mempunyai keyakinan untuk menang dalam PRU13 menyebabkan mereka melemparkan pelbagai tuduhan untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa kerajaan sedia ada zalim dan perlu digulingkan.
Dr Mahathir berkata, pembangkang sudah banyak kali berdepan dengan kekalahan malah sejak negara ini merdeka, mereka tidak pernah menang di peringkat pusat.
"Sebab itu mereka mahu bersedia, kalau kalah kali ini (PRU13), mereka akan cetuskan huru-hara, buat demonstrasi dan desakan yang kononnya kerajaan menipu untuk menang.
"Ini memang pendekatan pembangkang yang bertujuan menjatuhkan kerajaan melalui demontrasi, bahkan Nik Aziz (Mursyidul Am Pas, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat) sendiri turut mengatakan bahawa demontrasi ini halal," katanya.
Mengulas lanjut, Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubanhg Kerian berkata, masyarakat sudah lebih celik politik dan dapat menilai pemerintah yang layak dalam mengemudi negara ke arah yang lebih baik seperti yang dituntut Bersih 3.0.
"Kebangkitan rakyat yang ditunjukkan melalui perhimpunan Bersih 3.0 yang berkumpul tanpa mengira kaum pada April lalu jelas menggugat dan memberi ancaman kepada Umno," kata Salahuddin.
Perhimpunan Bersih 3.0 yang dianjurkan oleh NGO, didakwa dihadiri lebih seratus ribu orang dari seluruh pelusuk negara telah mengundang pelbagai reaksi ekoran insiden ganas.
"Kami telah meminta untuk ditubuh satu pasukan suruhanjaya bebas bagi menyiasat siapa dalang di sebalik insiden tersebut dan masyarakat boleh menilai sendiri melalui video yang dirakam dan muat turun dalam mana-mana laman sosial," tambah Salahuddin lagi.
Sementara itu, Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Dr Tan Seng Giaw berkata, "kita tidak tahu siapa yang akan menang dalam PRU13 nanti sehingga semua undi dikira dan diumumkan kepada semua."
"Mahathir tidak sepatutnya membuat kenyataan seperti itu dan beliau hanya memperlihatkan kebimbangan Umno dalam meraih undi dalam PRU13 akan datang.   "Jika benar Umno tidak bimbang mengapa Parlimen masih belum dibubarkan sehingga hari ini dan jika masih mencari masa yang sesuai, Umno akan menjadi seperti telur di hujung tanduk," kata Seng Giaw yang juga Ahli Parlimen Kepong.
Dalam pada itu, Naib Presiden PKR, Tian Chua juga melahirkan pandangan yang seiring dengan rakannya.
"Saya merasakan kenyataan Mahathir adalah tidak berasas dan tidak mempunyai bukti kukuh mengaitkan demonstrasi Bersih 3.0 sebagai cara untuk menjatuhkan kerajaan.
"Manakala usaha memburukkan imej polis adalah satu klasifikasi yang jauh berbeza dengan untuk menggulingkan kerajaan," kata Ahli Parlimen penggal pertama ini.
"Suruhanjaya Pilihan Raya haruslah telus dan adil dalam setiap PRU dan menggalas tanggungjawab yang diberikan dengan betul, serta mereka perlulah bebas dari mana-mana badan politik.   "Kewujudan perhimpunan Bersih bukanlah bertujuan untuk meraih undi dan menjadikannya sesuatu yang boleh menggugat keamanan negara tetapi adalah untuk menuntut lapan perkara yang disebutkan sebelum ini," tambah wakil rakyat kawasan Batu.
Anwar: 'Najib tidak tahu beza Bersih-Mesir'
Wartawan Sinar Harian
8 Mei 2012
Datuk Seri Anwar Ibrahim
Datuk Seri Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak dapat membezakan matlamat perhimpunan Bersih 3.0 baru-baru ini dan kebangkitan rakyat yang disaksikan di Dataran Tahrir, Mesir tahun lalu.
Justeru katanya, Kerajaan Pusat pimpinan Najib menggunakan pelbagai pihak dan agensi untuk mengelirukan rakyat.
“Jadi dia gunakan bekas Ketua Polis (Negara) dan ahli Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan,” kata beliau ketika berucap pada siri Ceramah Perdana dan Jelajah Merdeka: Pasca-Bersih 3.0 di Padang Kampung Baru, Batu Caves dekat sini, malam tadi.
Siri ceramah itu susulan kepada perhimpunan Bersih 3.0 di ibu negara pada 28 April, dilihat sebagai usaha mengekalkan momentum menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat berkata mahu menggunakan platform itu untuk menjelaskan tujuan dan matlamat perhimpunan Bersih 3.0 sementara Barisan Nasional (BN) pula termasuk Najib mendakwa pembangkang menggunakan perhimpunan itu untuk menggulingkan kerajaan sebagaimana berlaku di Mesir awal tahun lalu.
Hadir sama Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Setiausaha Agungnya, Datuk Saifudin Nasution Ismail dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang juga ahli jawatankausa Pas Pusat.
Dilihat menyentuh kenyataan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia dikeluarkan kelmarin, Anwar yang juga Ketua Pembangkang berkata, persoalan fatwa mengenai menyertai demonstrasi itu haram ataupun tidak sudah pun dijawab dalam buku terbaru ulama tersohor, Dr Yusuf Al-Qardawi.
“Buku itu bertajuk 'Taurah Syaar' yang bermaksud kebangkitan rakyat.
"Dah jawab dah soalan ahli jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan pada bab pertama dalam buku tersebut.
"Ada orang mengatakan demonstrasi itu bukan budaya Islam, bukan budaya Arab dan diimport dari luar, tetapi Qardawi mengulas dengan menulis ayat Quran yang bermaksud `harus kerjasama dalam membuat kebaikan'...," kata Anwar yang turut berada di kawasan berhampiran Dataran Merdeka pada 28 April lalu.
Sebelum ini ada dakwaan mengatakan Anwar dan Pengerusi Bersama 2.0, Datuk S. Ambiga harus bertanggungjawab menyebabkan peserta merempuh sekatan polis menghala ke Dataran Merdeka. Bagaimanapun perkara itu telah dinafikan oleh Anwar dan Ambiga.
Dalam pada itu, Anwar turut menyatakan keyakinan untuk menang pada PRU13 dengan sokongan yang ditunjukkan oleh penyokongnya.
"Jika kita menang, kita akan laksanakan pendidikan percuma, pemberian permit teksi kepada semua pemandu teksi dan memberi hak kewarganegaraan kepada kaum India yang masih tidak mendapat taraf kerakyatan.
"Politik bukanlah persaingan melalui perkataan tetapi perjuangan untuk rakyat," tambah Anwar.
Anwar juga turut menyatakan beliau tiada masalah dengan pihak polis dan mereka juga akan menjadi penjaga keamanan negara pada kerajaan reformasi apabila Pakatan Rakyat menang nanti.

Tiada ulasan: