Selasa, 8 Mei 2012

BERITA TRANUNGKITE SENTIASA PANAS DAN BERANI...TEGAKKAN KEADAILAN...BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT...KITA JAGA AGAMA ALLAH..ALLAH AKAN JAGA KITA...BEGITULAH SEBALIKNYA

Majlis Fatwa & Umno-BN: Episod persundalan politik terbaru?
Posted on Monday, May 07 @ 03:17:16 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: inimajalah

"Tindakan Majlis Fatwa Kebangsaan semalam mengeluarkan fatwa mengharamkan demonstrasi jalanan dilihat banyak pihak sebagai satu lagi persundalan politik terbaru di antara badan yang sepatutnya bebas di negara ini dengan kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN).

Walaupun langkah itu dialu-alukan dan diraikan penyokong Umno-BN, rata-rata komuniti online menyifatkannya sebagai satu tindakan yang boleh dipersoalkan. Ini kerana fatwa itu tampak amat ketara bertujuan menjaga kepentingan Umno-BN berbanding menjaga hal ehwal hukum Islam.
Malah tinjauan inimajalah.com di internet mendapati, mereka yang menentang fatwa terbaru itu mempersoalkan mengapa majlis berkenaan beriya-iya benar dalam soal perhimpunan aman, sebaliknya dilihat seolah-olah ‘membutakan mata dan memekakkan telinga’ kepada pelbagai isu nasional yang lain, termasuklah isu moral dan penyelewengan serta rasuah.
Semalam,  Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia yang ke-99 di Sepang, Selangor, memutuskan haram untuk umat Islam menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang bertujuan tidak baik, melanggar undang-undang serta mencetuskan huru-hara dan kekacauan dalam negara.
Pengerusinya, Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin, berkata jawatankuasa memandang serius isu membabitkan sebahagian umat Islam sebagai perusuh jalanan dalam banyak perhimpunan atau demonstrasi, termasuk pada perhimpunan di ibu negara 28 April lalu.
Bantahan terhadap sikap dan tindakan terbaru Majlis Fatwa Kebangsaan dapat ditemui di pelbagai blog, forum dan laman sosial Facebook. Rata-rata komuniti online menganggap majlis itu gagal melihat keperluan sebenar menyertai perhimpunan atau demontsrasi seumpama itu dalam konteks memperjuangkan keadilan dan menentang segala bentuk penipuan dan penyelewengan yang menjadikan penyertaannya ‘wajib’, malah selaras dengan tuntutan agama.
Anggota majlis itu dilihat menjadi ‘perkakas’ kepada Umno-BN dan hanya bergantung kepada laporan media tunggangan parti pemerintah dalam menilai penyertaan rakyat ke dalam perhimpunan seumpama itu sedangkan media alternatif menerusi internet memaparkan bahawa kekecohan pada Bersih 3.0 pada 28 April lalu lebih berpunca daripada tindakan polis.
Perhimpunan Bersih 3.0 di ibu negara itu dilapor berjalan dalam suasana aman sehinggalah apabila polis mula bertindak menembak gas pemedih mata dan menyembur ‘water canon’ ke tengah ratusan ribu peserta perhimpunan.
Ia diikuti pelbagai insiden lain, termasuklah keganasan polis membelasah orang awam yang menyertai program itu. Namun, seperti biasa, keganasan polis terhadap peserta perhimpunan bagi menuntut pilihanraya adil dan saksama, tidak ditunjukkan oleh media perdana kepada umum.
Dalam reaksinya semalam, Angkatan Muda Keadilan (AMK) menuntut penjelasan daripada Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung keputusan jawatankuasa itu.
Menurut ketua pergerakan itu, Shamsul Iskandar Md Akin, jawatankuasa itu perlu membuat penjelasan kerana fatwa itu mungkin dibuat dengan hanya berdasarkan laporan media arus perdana sedangkan perhimpunan Bersih 3.0 bertujuan menuntut pilihan raya bersih dan adil. Justeru, perhimpunan itu seperti kata Shamsul Iskandar, mempunyai tujuan yang baik.
Sementara itu, blog kerajaanrakyat.blogspot.com menyifatkan fatwa itu terhasil apabila para ilmuan melacurkan ilmu mereka demi kepentingan wang ringgit, pangkat dan darjat.
“… maka perjuangan rakyat demi masa depan agama, bangsa dan nusa dituduh haram. Manakala perbuatan zalim dan khianat oleh pemimpin durjana dibiarkan malah mereka membisu seribu bahasa! Para ilmuan seperti itu adalah ilmuan BACUL! Para ilmuan seperti itu sebenarnya pelacur,” catat blog terbabit.
Selama ini sudah banyak agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dilihat menjadi regu persundalan politik kerajaan Umno-BN. Pembabitan Majlis Fatwa Kebangsaan dalam hal seperti ini semakin melengkapkan persekongkolan itu.
Majlis Fatwa Kebangsaan tidak perlu memihak kepada penganjur perhimpunan aman atau mana-mana parti politik. Ia tidak diminta pun berbuat demikian. Cukup sekadar ia tidak memihak kepada mana-mana kumpulan, tetapi bertindak atas kelurusan ilmu, bukan menjadi kuda tunggangan dan regu persundalan politik. – inimajalah.com"

Rally Bersih itu haram kata Majlis Fatwa?
Posted on Monday, May 07 @ 17:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh Aspan Alias

Majlis Fatwa Kebangsaan dalam mesyuarat kali ke 99 telah membuat keputusan yang rally Bersih dan demonstrasi itu adalah haram. Fatwa ini memang satu fatwa politik kerana hakikatnya pihak polislah yang merancang kekecuhan dalam rally Bersih baru-baru ini. Bagi saya, saya rela dicemuh dan dikata oleh sesiapa pun, tetapi ini merupakan fatwa yang sangat mengejutkan.

Majlis Fatwa sepatutnya mengambil isu-isu yang banyak berlaku dikeliling kita yang sangat bertentangan dengan kehendak hukum dan syariat agama suci kita. Saya bukan orang pandai agama tetapi untuk menentukan yang fatwa ini adalah fatwa politik tidak payah menjadi seorang ulamak kerana ianya adalah fatwa politik. Jika benar Majlis Fatwa ini mempunyai kredibiliti elok kita cadangkan supaya majlis fatwa kebangsaan ini mengeluarkan fatwa tentang isu NFC misalnya. Ini merupakan isu salah guna kuasa yang dilakukan oleh pihak pemerintah dan jumlah yang terlibat bukannya sedikit.
Majlis Fatwa juga sepatutnya memberikan Fatwa tentang kehadziran ratusan ribu pengundi yang dikalangan pendatang asing tercatit dalam daftar pengundi di Selangor misalnya. Kerja memasukkan nama-nama pengundi yang tidak layak mengundi itu merupakan satu penipuan dan itu adalah salah dari segi agama kita yang suci. Saya tidak tahu mengapa Majlis Fatwa tidak mahu mengeluarkan fatwa tentangt isu ini jika benar-benar mahu terlibat dalam politik negara. Mencuri wang rakyat yang telah sampai ketahap RMtrillion-trillion ini juga wajar di ketengahkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.
Pembaziran yang dilakukan oleh kerajaan BN yang begitu ketara juga wajar dikeluarkan fatwa yang kukuh dari Majlis Fatwa Kebangsaan. Oleh kerana Majlis Fatwa mahu bertanggungjawab maka Majlis Fatwa harus menerima 'accountability' terhadap isu rasuah secara besar-besaran yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin besar kita. Majlis Fatwa sepatutnya tidak selektif dalam memberi fatwa, lebih-lebih lagi dalam isu politik dan kenegaraan.
Majlis Fatwa sepatutnya memerhati dan mengenengahkan isu-isu yang kotor dari segi Islam yang berlaku dihadapan mata dan kepala kita sendiri. Majlis Fatwa tidak sepatutnya menjadi alat kepada mereka yang ‘desperate’ dan terdesak kerana ia akan memudharatkan rakyat negara ini. Saya tidak sangka yang mengadakan rally untuk memberhentikan penipuan oleh suruhanjaya pilihanraya itu adalah salah.
Yang saya tahu jika kita biarkan penipuan dilakukan secara terbuka oleh SPR itu bagaimana pula tanggungjawab sebagai seorang Islam yang membiarkan penipuan itu berterusan? Adakah Majlis Fatwa mengharapkan kita untuk menadah tangan dan berdoa sahaja tanpa sesuatu usaha dilakukan untuk memberhentikan penipuan itu? Jika senarai pengundi itu merupakan senarai yang telah dilacurkan, apa pula pandangan Majlis Fatwa terhadap isu ini? Adakah Majlis Fatwa memfatwakan yang itu adalah halal dan boleh dilakukan dan kita semua membiarkan sahaja perkara terkutuk itu dilakukan? Kenapa Majlis Fatwa memberikan kelonggaran kepada sebelah pihak untuk melakukan sesuatu yang jahat dan memberikan fatwa yang mengharamkan sesiapa yang mahukan kejahatan itu dihentikan. Kita tidak boleh membiarkan apa yang dilakukan oleh SPR ini berterusan. Kita abaikan sahaja fatwa yang berat sebelah itu. Sebagai seorang Islam, pandai-pandailah kita untuk menilai yang mana satu yang jujur dan yang mana pihak yang menjadi alat kepada kepentingan yang rakus kuasa. Oleh kerana pilihanraya sudah hampir bermacam-macam kerenah setengah pihak yang tidak semenggah, termasuklah Majlis Fatwa. Memang sahlah kita hidup diakhir zaman.
Yang baik dikatakan salah dan yang buruk dikatakan benar dan dilindungi dengan menggunakan agama. Saya kira rakyat sepatutnya memanggil ribuan sadiqiah Islam dari seluruh negara untuk membuat ketetapan dalam isu ini untuk mendapat kan fatwa yang sebenar-benarnya mempunyai kredibiliti yang tinggi yang tidak menokok dan menambah hukum Tuhan yang sudah tersedia lengkap itu. Pandangan saya mungkin mendapat reaksi keras dari setengah pihak, tetapi biarlah kita berjumpa di yaumil mahsya sahaja untuk penentuannya. Sekian 

Antara Ceritera Seks Dan Agenda Perubahan
Posted on Monday, May 07 @ 03:30:55 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Shahbudin Husin

Salah satu perkara yang cukup memalukan UMNO ketika ini ialah penggunaan dan penyebaran cerita-cerita seks serta lucah untuk mendapatkan sokongan rakyat. UMNO dilihat semakin melupakan perjuangan Melayu dan membela rakyat tetapi lebih mengutamakan serangan berbaur seks dan lucah pihak lawan untuk terus kekal memerintah. Bermula pada tahun 1998 ketika Mahathir mahu memecat Anwar Ibrahim, fenomena seks ini mula digunakan sebagai senjata untuk membunuh karektor seseorang.

Sebaik Anwar dipecat, isu seks dengan pelbagai wanita dan liwat mula menjadi hidangan rakyat dan disiarkan secara besar-besaran melalui akhbar dan tv. Anwar ketika itu didedahkan melalui media mempunyai hubungan dengan beberapa orang wanita dan Datuk Nalla dikaitkan sebagai orang yang berperanan membekalkan wanita-wanita tersebut kepada Anwar.

Anwar bagaimanapun kemudian hanya didakwa atas kes liwat dengan Azizan Abu Bakar dan ceritera seks dan lucah dengan pebagai jenis wanita yang diperbesarkan itu hanyalah untuk menggambarkan betapa buruknya akhlak serta perilaku Anwar. Anwar kononnya wajar dipecat kerana itu sementara pemimpin lain yang dikekalkan pula seperti dijamin kebersihan moral dan perilakunya.

Hari ini dengan Anwar kembali menggugat UMNO melalui Pakatan Rakyat, cerita seks kembali menggegar dunia politik dengan pelbagai versi. Selain Anwar yang kembali dikaitkan dengan kes liwat dan seks, beberapa pemimpin lain juga cuba diheret sama. Rakaman perbualan Mat Sabu dengan seorang wanita pernah disebarkan, gambar Husam Musa berjalan beriringan dengan wanita Cina juga pernah diedarkan dan terbaru ini gambar-gambar melibatkan Azmin Ali pula tersebar.

Akhbar utama dan tv digunakan semahu-mahunya untuk memainkan peranan ini dan ianya diulang-ulang seolah-olah mahu memasaknya ke dalam pemikiran rakyat meskipun jika mengikut hukum dan undang-undang, ada kaedah tertentu yang perlu dipatuhi jika ingin menuduh seseorang dengan dakwaan yang berkaitan seks dan lucah ini. Tetapi semua itu tidak mahu dipatuhi, yang dipentingkan ialah bagaimana cerita-cerita itu dapat disebarkan seluas mungkin kepada rakyat. Akhbar dan media yang sepatutnya berperanan menyebar maklumat dan mendidik rakyat sudah berubah menjadi penyebar cerita seks dan lucah sekarang ini.

Motifnya jelas kerana politik dan tidak lain hanyalah untuk memberi imej buruk kepada pemimpin-pemimpin pembangkang dan dalam masa mengajak rakyat supaya UMNO dikekalkan sebagai pemegang kuasa.

Setelah dibuat pendedahan melalui media, terdapat pula beberapa NGO yang berperanan menjaja cerita seks dan lucah ini bergerak ke seluruh negara dengan restu yang diberi oleh UMNO sendiri.

Kalau dulu UMNO baik di peringkat cawangan atau bahagian begitu banyak bercakap soal ketuanan Melayu dan kepentingan Bumiputera dalam pelbagai perkara serta kaitan perjuangan UMNO dengan kemerdekaan, perjuangan dalam menuntut kouta dalam perumahan, pendidikan dan meningkatkan taraf hidup rakyat, kini semua itu sudah dianggap lapuk. Mesyuarat dan program UMNO kini lebih banyak dipenuhi dengan serangan peribadi kepada pihak lawan berkaitan seks dan lucah semata-mata.

UMNO seperti tidak lagi meletakkan dasar perjuangan dan meritnya dengan pelbagai rekod sebelum ini untuk mempertahankan kuasa, sebaliknya lebih bergantung kepada kekuatan isu seks dan lucah yang diperbesar-besarkan. Arus perubahan rakyat dengan menuntut kerajaan yang lebih baik sebagaimana yang tergambar di mana-mana cuba ditutup dengan cerita seks dan lucah. Kisah skandal penyelewengan dalam kerajaan juga cuba ditutup dengan isu seks dan lucah. Malahan derita rakyat yang terbeban dengan kenaikan harga barang, kos sara hidup meningkat dan ketiadaan peluang pekerjaan juga cuba dilenakan dengan cerita seks dan lucah yang serupa.

Sementara Pakatan Rakyat sering tampil dengan janji dan tawaran yang lebih meyakinkan seperti penurunan harga minyak, kajian semula tarif letrik, pendidikan percuma dan penghapusan hutang PTPTN, gaji minima, sistem urus tadbir kerajaan yang lebih baik dan sebagainya, UMNO nampaknya hanya mempertaruhkan cerita seks, lucah dan skandal yang dikaitkan dengan pihak lawan untuk memenangi pilihanraya kali ini.

Kalau ada pun yang diperbesarkan hanyalah pemberian tunai RM500 untuk rakyat miskin dan RM200 serta RM100 wang saku dan baucer buku untuk pelajar sekolah dan penuntut pusat pengajian tinggi.

Dengan rekod pemerintahan selama lebih 50 tahun dan UMNO pula menjangkau usia 66 tahun, Najib dan UMNO dilihat masih terkapai-kapai untuk menawarkan sesuatu yang lebih bermakna kepada rakyat. Tawaran yang lebih konkrit dan berbentuk jangka panjang terutama untuk generasi muda hampir tidak ada berbanding tawaran Pakatan Rakyat yang jelas lebih baik dan meyakinkan.

Dengan membesar-besarkan cerita seks dan lucah ini, Najib dan UMNO bukan saja kelihatan sudah kehabisan upaya politi untuk menjadi pentadbir yang lebih baik tetapi juga meletakkan mereka seperti perangai pembangkang yang sebenar sementara Pakatan Rakyat dan Anwar yang sering tampil dengan idea-idea baru kelihatan seperti sebuah kerajaan pula. Jika ini berterusan maka rakyat tiada kesangsian lagi untuk memilih Pakatan Rakyat sebagai kerajaan yang sah dalam pilihanraya ke 13 ini.

Selain itu, dengan bertali arusnya skandal dan penyelewengan yang berlaku dalam kerajaan dan semua kelemahan itu pula cuba ditutup dengan memperbesar-besarkan cerita seks dan lucah pihak lawan, ia tidak lain memberi gambaran bahawa UMNO tidak mahu berubah sama-sekali. Kalau UMNO benar-benar mahu berubah, mereka sepatutnya melawan pelbagai tawaran yang dibuat oleh Pakatan Rakyat itu dengan tawaran yang lebih baik lagi, bukannya menyerang dengan cerita seks dan lucah yang diragui kebenarannya. Keputusan buruk pilihanraya 2008 yang sepatutnya merupakan pengajaran terbaik tidak mengubah apa-apa kepada UMNO, Najib, menteri-menteri kabinet dan pemimpin-pemimpin lainnya.

Jika UMNO terus berkuasa, percayalah, lebih banyak cerita skandal, rasuah, penyelewengan dan ketirisan harta kerajaan yang masuk ke poket pemimpin akan berlaku.

Hanya rebah dan diubah sebenarnya ubat paling mujarab buat UMNO. (SH 07/04/2012)


Lama Lagikah Polis Insiden Bersih Nak Berada di Katil Hospital?
Posted on Monday, May 07 @ 16:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh: laniismaa

"Lagi lama lagi bagus. Itulah perasaan 'buruk' yang terlintas dalam kepala melihat gambar polis di atas yang masih berada di katil hospital setelah 9 hari Bersih 3.0 berlalu. Makin lama makin  ada cerita untuk umpan pilihanraya. Al maklumlah polis 'teruk' dibelasah.Kalau peserta Bersih 3.0  yang lagi teruk di'timbuk' dan lagi parah dibelasah telah lama keluar hospital, namum polis masih berada di sana.

Kelihatan sudah segar namun masih ada 'kecederaan dalaman' yang perlu dirawat dan juga dapatlah memberi peluang kepada 'orang-orang' besar melawat.

KUALA TERENGGANU, 7 Mei -- Pegawai Pembangunan DUN Ladang, Datuk Wan Hisham Wan Salleh menyampaikan bantuan kepada Konstabel Mohamad Kamil Paimin yang cedera sewaktu perhimpunan haram Bersih 3.0 ketika melawatnya di Hospotal Sultanah Nur Zahirah di sini hari ini.
Turut hadir Ketua polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Zamri Samsuddin (kanan).
Mohamad Kamil yang bertugas sebagai pemandu di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu cedera dibelasah oleh peserta perhimpunan pada 28 April lalu sewaktu melalui Jalan Tuanku Abdul Rahman untuk mengambil anggota polis yang bertugas di kawasan itu.


Dibawah Lindungan Hipokras i(1)
Posted on Monday, May 07 @ 17:30:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh Sakmongkol AK47

Ini artikel yang di tujukan khas kepada majoriti orang Melayu supaya kekal tidak menyokong parti fasis yang bernama UMNO. Ya- pembaca dengar tidak bersalahan- saya menggelarkan UMNO parti fasis yang menghamba-abdikan orang Melayu dan memperbudakkan dan membodohkan bangsa Melayu. Setelah 50 tahun ketika UMNO lemah, barulah pemimpin UMNO berkejaran memberi RM 500 seorang.

Berapa ribu orang terpaksa beratur mendapatkan RM500 untuk menyamai harga cincin RM 74 juta? Berapa yang kena beratur mendapatkan RM 500 menyamai handbag Birkin Hermes?
Amat menakjubkan orang Melayu sanggup menerima RM 500 tapi melupakan kezaliman dan penganiayaan kerajaan UMNO keatas orang Melayu khususnya. Boleh kah kita ganti RM 500 seorang dengan penafian hak rakyat Kelantan yang majority nya orang Melayu mendapatkan royalty minyak? Minyak di jumpai di perairan Kelantan, tapi Kelantan di nafikan peluang membangunkan industri minyak dan gas di Tok Bali. Mahathir lebih rela menyalurkan minyak ke Songkhla Thailand dari Tok Bali. Jadi rakyat Kelantan , ambil RM 500 tersebut tapi jangan lupa kezaliman dan penganiayaan keatas kamu oleh UMNO dan BN.

Kenapa orang Melayu mahu lagi mendengar suara cemas seorang mamak padukang yang telah pun menyatakan UMNO busuk sampai ke usus? Mamak ini juga yang mengatakan bahawa pimpinan UMNO semua half past six dan pimpinan yang ada tongong dan bingung. Bolehkah negara kita di bangunkan oleh pimpinan yang tongong lagi bingung? Mana mungkin kita mahu percaya celoteh si mamak padukang ini? bolehkah kita percaya warga emas dan makcik serta pakcik yang menyertai gerakan Bersih 3.0 mahu menggulingkan kerajaan bukan secara demokratik?


 Kita hanya mahu menggulingkan kerajaan secara demokratik iaitu melalui peti undi. Dan rakyat semua berazam, mahu kick out the fascists UMNO and its BN component parties.

Bila kita ambil RM 500, kita jangan lupa jumlah RM 1.3 trillion duit panas yang telah di salurkan ke luar negara. Apa pasal kerajaan UMNO/BN berdiam diri dalam hal ini? adakah mereka bersekongkol dengan pihak yang menyeludup wang tersebut? ia haram kalau balun seorang, tapi halal kalau di kongsi bersama?

Ini bererti RM 130 billion setahun di seludup keluar negara. Bayangkan jika RM 130 billion di kembalikan kedalam ekonomi kita, di tambah kepada bajet negara sebanyak RM 250 billion itu, tentu kita dapat mengagihkan kepada perbelanjaan mengurus dan pembangunan. 

Bila kita terima RM 500 itu jangan lupa kepada ketirisan dan kebocoran yang di lakukan keatas ekonomi kita sebanyak RM 28 billion setahun. Kita semua tahu ketirisan itu sebetulnya rasuah. Ini kerajaan yang berdiri diatas rasuah.
Dan Najib meneruskan program merasuah rakyat Malaysia. Orang Cina, India dan terbaru, orang Sikh di rasuah supaya menyokong UMNO dan BN. saya mahu golongan ini berfikir- jika UMNO dan BN boleh lakukan, sesiapa sahaja yang menguasai kerajaan mampu melakukan nya dengan lebih baik dari UMNO. Nobody can do any worse that how UMNO is doing currently.dan membayar untuk menyelesaikan masaalah adalah vintage Najib.
Tapi syukur 3.7 juta pengundi Melayu sedar mengenai onar yang di lakukan oleh UMNO. Sejak 1988, UMNO telah gagalkan orang Melayu. Since 1988, UMNO has failed the Malays. Apa jenis orang Melayu yang UMNO telah lahirkan? Yang tertunduk tunduk, macam peon dan tamby menadah tangan memintak sedekah?
UMNO telah memegang tampuk pemerintahan lebih dari 50 tahun. Cina sengkek yang datang ke Tanah Melayu sehelai sepinggang hari ini mendominasi ekonomi dan , suka tidak suka, mempengaruhi arah perjalanan negara. UMNO yang mendominasi kuasa politik tidak mampu membetulkan keadaan ini. namun, pemimpin UMNO tidak malu muka memohon di berikan mandat satu tempoh lagi untuk meneruskan agenda penipuan dan penglanunan mereka.
Kali ini sahaja UMNO mengubah taktik nya. Mohon di bantu dengan pengucapan lemah lembut. Najib pun sudah meminta maaf. Jika UMNO kuat, bahasa mereka bahasa sombong. Kali ini sahaja setelah 50 tahun UMNO memberi bantuan RM 500 dan 200 dan apa apa lagi imbuhan kewangan. Sebab apa? Sebab UMNO terdesak- jadi mereka bercakap lembut gigi dari lidah dan merasuah semua orang untuk mengekalkan kuasa.
Setiap hari , kita bangun dan beritahu anak anak kita, mereka tidak mampu bersaing dengan bangsa lain, kerana di lahirkan sebagai Melayu. Apa penyelesaian yang di cadaangkan oleh UMNO?
Cara untuk mengatasi kelemahan tersebut ialah mendaulatkan UMNO sebagai penolong dan pelindung. Dalam kata lain, beri UMNO mandate mutlak. Kuasa mutlak erti nya, fasis. 
Apa yang boleh di tunjukkan oleh UMNO kepada orang Melayu? Hari ini UMNO hanya mampu menyatakan bahawa kalau UMNO tidak ada, maka habis lah orang Melayu. Itu adalah bukti bahawa UMNO gagal membentuk Melayu yang tahan lasak. Jika dasar UMNO baik dan bagus, tentulah jika UMNO tiada pun, orang Melayu masih terus berjaya.
UMNO menanamkan jiwa hamba kedalam benak orang Melayu supaya mengaitkan jatuh bangun, maju dan jaya nya mereka dengan UMNO. Ustaz UMNO pun ke sana sini melafazkan- taat lah kepada Allah, kepada Rasul dan wa-ulil-amri-UMNO. 
Realiti, orang Melayu tidak perlu bergantung kepada UMNO untuk pertolongan dan perlindungan.
Saya malu mendengar pegawai kerajaan yang kiranya ada otak sedikit, berdiri depan perserta seminar mengalirkan air mata mengistiharkan habis lah orang Melayu jika UMNO kecundang. Orang tempat saya, Pekan Pahang akan hanya berkata- kepala bapok awak. Yang habis dan mampus ialah orang Melayu seperti kamu yang mengeksploitasi emosi dan amanah orang melayu. Adakah kamu ingat, orang Melayu lain yang mengambil alih tepat dan kedudukan kamu tidak mampu membela orang Melayu? Kita boleh lakukan yang lebih baik. 
Kerajaan Pakatan Rakyat telah membuktikan bahawa mereka boleh mentadbir ekonomi dan negeri lebih baik dari yang mampu di lakukan oleh pemimpin kerajaan UMNO. Masa depan orang Melayu lebih cerah di luar lingkungan UMNO. Kerana itu, pegawai yang korap dan yang tidak membuat kerja ikhlas dan jujur akan menangisi nasib mereka sebab kebenaran akan mengatasi kebatilan akhirnya.
Dimana UMNO berdiri? UMNO berdiri di pihak bathil. Rakyat mesti menolak mereka. Terutama orang Melayu.


TAHUKAH ANDA SIAPA PEMIMPIN UMNO/BN YG PALING TAKUT UMNO/BN KALAH?
Posted on Monday, May 07 @ 06:47:51 PDT
Dilulus untuk paparan oleh kerissakti

Oleh: sofiwahab

"persoalanCuba teka siapa pemimpin Umno yang anda rasa paling takut Umno. Pemimpin-pemimpin Umno yang takut Umno kalah ialah pemimpin-pemimpin yang banyak skandal seks; membunuh orang; rasuah; zalim; menindas; membina kekayaan dengan tidak halal; banyak hutang dan sebagainya.

Masih ingatkah anda dengan siri pembunuhan yang masih tidak jelas siapa pembunuh; apa motif dan tiada pernghukuman yang adil antaranya:-

1) Pembunuh Altantuya
2) Pembunuhan As Syahid Ibrahim Libya dan sahabat-sahabatnya
3) Pembunuhan Mustakizah
4) Pembunuhan Norita
5) Pembunuhan Jalil Ibrahim, BMF
 dan lain-lain .

Masih ingatkan anda dengan skandal-skandal seperti :-

1) Skandal BMF
2) Skandal seorang artis ditangkap di Poirt Dickson bersama seseorang???
3) Skandal dengan beberapa orang artis dengan orang besar-besar

Masih ingatkah dengan skandal ini:-

1) Duit rakyat di'sedekah'kan untuk NFC sebanyak RM250juta?
2) Duit rakyat di'sedekah'kan kepada seseorang sebanyak RM589juta berkaitan dengan MAS?
3) Anak-anak seorang pembesar yang menjadi Pengerusi ratusan syarikat?
4) Anak pembesar yang ada kereta Ferrari dan sebagainya?
5) Seorang pembesar dan anak-anaknya mempunyai harta berjumlah berbilion-bilion ringgit?
6) Skandal Scorpene
7) Skandal PKFZ
8) Skandal , skandal, skandal .................................ssssssssssssss


 Layari http://mutaligat.blogspot.com untuk artikel dan cerita hangat lain
Bangsat..Bagaimana Umno Boleh Terima Manusia Laknatullah Ni
Posted on Monday, May 07 @ 00:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh Karat E-Jau

Subhanallah..siapa mamat nii..??Inilah Raja Gay iaitu Elton John yang telah pun berkhawin dengan kekasihnya seorang lelaki Gay..Raja Gay ini telah dibenarkan oleh Pemimpin Umno serta tanpa bantahan sedikit pun daripada para Mufti Malaysia yang sangat warak dan hebat dengan ilmu agama mereka untuk beliau mengadakan konsertnya di Genting Highland dengan Megahnya..

Apa-apa pun lu orang sendiri boleh pikir..Allah bagi kita akai dan ilmu untuk kita dapat menilai yang mana Warak dan yang mana Wakerak..Yang mana Ulamak dan yang mana Ular Dalam Semak..(Yg sesekali keluar apabila ada habuan..) 5,000 peminat terhibur di konsert Sir Elton John!
Posted by TUPAI Khamis, November 24, 2011

Seramai 5,000 peminat yang membanjiri Arena Of Stars di Genting Highlands malam Selasa lalu bersorak dan menyanyi bersama bintang pujaan mereka, Sir Elton John yang pertama kali mengadakan persembahan di Malaysia.

Konsert Elton John & Band Greatest Hits Tour In Malaysia dimulakan dengan persembahan oleh 2Cellos yang dianggotai oleh dua orang anak muda kelahiran Croatia, Luka Sulic dan Stjepan Hauser.

Penyanyi berusia 64 tahun ini telah menyanyikan 26 buah lagu sepanjang konsert tersebut, antaranya adalah lagu-lagu klasik hits seperti "Saturday Night's Alright", "Candle In The Wind", "Don't Let The Sun Go Down On Me" serta "Can You Feel The Love Tonight" dan juga beberapa buah lagu yang dipetik daripada album terbarunya, "The Union".

Elton John & Band Greatest Hits Tour In Malaysia yang dibawakan oleh Tune Live menyaksikan Elton bergabung bersama ahli kugirannya yang telah lama bermain di sisinya iaitu Davey Johnstone, Nigel Olsson, Bob Birch, Kim Bullard dan John Mahon serta penyanyi latar Rose Stone, Lisa Stone, Tata Vega dan Jean Witherspoon.

Sebelum tiba di Malaysia, Elton telah mengadakan persembahan di Stadium Tertutup Singapura pada 20 November 2011 yang dilaporkan dihadiri oleh 10,000 peminatnya.

Mari kita saksikan galeri gambar sekitar konsert tersebut.







 Bangsatt..Bagaimana Umno Boleh Terima Manusia Lakn...


Luahan hati bekas polis
Posted on Monday, May 07 @ 14:30:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh: rosu

"Saya seorang bekas polis.Saya telah menyertai bersih 1,2,3.Apa yang menyedihkan sikap polis dalam melaksanakan tugas..Saya pernah menghadiri latihan FRU.tatacara melerai,memukul,menembak gas nampaknya dah hilang.Kepada pegawai polis yang bertanggung jawap kepada tingkah laku dan tatacara bekerja tolong lah tengok2 ..kami dulu berperang kerana sayangkan malaysia

berada didalam hutan berbulan2..tinggal segala tilam empok..bini cantik.. bertemankan pacat dan senapang..malam tidur tak lena kerana takut kena bedil.. untuk apa ini..untuk malaysia..kepada adik2 polis yang baru masuk istilah kami cap jari belum kering..ingatlah kepada orang lama(bekas polis).. janganlah ikut rasa.. 

kami sertai bersih kerana kami sayang malaysia 

Kebenaran Al-Quran: Bahagian Otak Manusia yang Membuat Dusta.
Posted on Monday, May 07 @ 11:30:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh: kamal_hasan

"Allah swt. berfirman dalam Surah Al-‘Alaq ayat 15 dan 16.
كَلَّا لَئِنْ لَمْ يَنْتَهِ لَنَسْفَعَنْ بِالنَّاصِيَةِ * نَاصِيَةٍ كَاذِبَةٍ خَاطِئَةٍ

“Ketahuilah, sungguh jika Dia tidak berhenti (berbuat demikian) niscaya Kami tarik ubun-ubunnya[1], (yaitu) ubun-ubun orang yang mendustakan lagi durhaka."

Selama ini, para ilmuwan tidak mengetahui di bagian otak mana pada manusia yang paling bertanggung jawab terhadap sebuah dusta atau kebohongan. Orang hanya tahu kalau dusta itu muncul dari sebuah ucapan, tapi tidak mengetahui kalau itu ada hubungannya dengan bagian tertentu dalam otak.

Setelah melakukan penelitian, akhirnya para ilmuwan menemukan sebuah kesimpulan. Bahwa, otak bagian depan yang terletak pada ubun-ubun itulah yang paling bertanggung jawab terhadap terjadinya dusta.

Kesimpulan ini, sebenarnya tergolong sangat telat jika dibandingkan dengan apa yang sudah diisyaratkan oleh Allah swt. dalam firman-Nya dalam Alquran. Bagian otak tersebut disebut Alquran dengan nama ‘nashiyah’ atau ubun-ubun.



Yang mengagumkan adalah bahwa Al-Quran sejak berabad-abad yang lalu telah berbicara tentang fungsi ubun-ubun ini ketika membicarakan Abu Jahl:
Allah swt. berfirman dalam Surah Al-‘Alaq ayat 15 dan 16.
كَلَّا لَئِنْ لَمْ يَنْتَهِ لَنَسْفَعَنْ بِالنَّاصِيَةِ * نَاصِيَةٍ كَاذِبَةٍ خَاطِئَةٍ

“Ketahuilah, sungguh jika Dia tidak berhenti (berbuat demikian) niscaya Kami tarik ubun-ubunnya[1], (yaitu) ubun-ubun orang yang mendustakan lagi durhaka.
[1] Maksudnya: memasukkannya ke dalam neraka dengan menarik kepalanya.



Al-Quran memberikan sifat كاذبة خاطئة (mendustakan lagi durhaka). Kenyataan seperti inilah yang ditemukan para ilmuwan pada masa sekarang ini dengan menggunakan pemindaian resonansi magnetik.
Maha Suci Allah Yang telah menyatakan fakta ini yang menunjukkan kemukjizatan Al-Quran yang baru ditemukan pada masa sekarang ini.

http://silverheritage.blogspot.com/"

Parti Ahli Neraka..!!!!
Posted on Monday, May 07 @ 16:30:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Sumber ISA

"Tindakan merusuh, membawa kacau bilau dan merosakkan harta benda awam adalah suatu perbuatan yang ditegah Islam. Malah niat untuk menjatuhkan negara yang sah di sisi undang-undang melalui penganjuran demonstrasi seumpama itu juga haram di sisi agama..." ~ Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin, Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan.

Hahahaha... itu adalah kenyataan dari seekoq makhluk yang ada title Profesor Emeritustus kangkong wal kongkang. Seperti yang telah gua tuliskan di sini, jika sesiapa saja yang tak sealiran dengan umno, maka hukumnya adalah HARAM... wa cakap luuuu....!!!!

Tetapi jika apa saja yang sealiran dan sejiwa ikut jer cara umno... maka akan berfatwalah Profesor2 samada bertaraf Emeritustus, kongkang and kangkong waima para Ulama dan Mufti2 yang mata duitan dan bernafsu besar.

Gambar yang kat bawah ini adalah contoh paling terbaik dan HUKUMnya adalah WAJIB dan HARUS mengikut adunan Islam Sekular yang di perakui oleh Majlis Fatwa dan Ketua Agama Islam Negara malaysia.



Amacam Pengerusi Majlis Fatwa... hehehehe... lu tak takut Api Neraka ke...????
Lain kali kalau nak bodoh tuuu... biarlah bodoh sorang2 yeaaaa... kalau nak terjun Neraka sekalipun, pi lah terjun sorang2..., jangan ajak orang ramai tau...

Harapkan taraf Profesor tapi sanggup menjual agama dan menjadi Keldai Umno... muahahahaha... !!!!
 

Minta fatwa dari JK Fatwa Keb untuk soalan berikut
Posted on Monday, May 07 @ 02:50:26 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: penhijau

 

 "Soalan untuk Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan

 













1. Apakah hukum menipu dalam pilihanraya

2. Apakah hukum mengundi bagi pihak orang yang sudah mati. 

3. Apakah hukum mengundi dua kali di dua kawasan yang berbeza.
 

4. Apakah hukum SPR melanjutkan tempoh mengundi demi memberi peluang pengundi yang telah mengundi di Terengganu untuk mengundi semula di Selangor pada pilihanraya 2004.


     5. Apakah hukum warganegara asing dibenarkan mengundi dalam pilihanraya.
     6. Apakah hukum memberikan kad pengenalan kepada warga asing meski pun kesetiaan mereka terhadap Negara masih diragukan dan cakap bahasa Malaysia pun lintang pukang.
     7. Apakah hukum membayar upah gantung poster kurang dari jumlah yang ditetapkan
8   8. Apakah hukum mengadakan kenduri pada setiap hari oleh calon bertanding sepanjang kempen dalam pilihan raya.
9   9. Apakah hukum melarang para pemimpin pembangkang dari memasuki sesetengah kampong oleh penyokong kerajaan.
    10. Apakah hukum memangkah kertas undi dihadapan ketua jabatan untuk undi pos.  
1  11. Apakah hukum merasuah pengundi dengan bayaran rm50.
    12. Apakah hukum merasuah pengundi dengan jumlah yang kurang dari jumlah yang telah ditetapkan.
Soalan lain yang tidak berkaitan dengan pilihanraya.
    1. Apakah hukum memadamkan rekod kemasukan al tantuya dalam negara ini oleh Jabatan Imigeresen sedangkan kematiannya masih disiasat .
    2. Apakah hukum menghancurkan mayat al tantuya dengan C4 meski pun beliau telah mati.
    3. Bagaimanakah kaifiah memandikan jenazah al tantuya yang sudah hancur kalau beliau seorang muslim.
    4. Apakah hukum mungkir janji untuk membayar sejumlah wang kepada al tantuya yang telah memberikan khidmat yang telah dijanjikan.
5  5. Apakah hukum gaji yang diterima oleh pada mufti yang membisu terhadap segala kemungkaran yang dilakukan oleh pemerintah.
    6. Apakah hukum para mufti yang jahil tentang kedudukan gaji tersebut yang datang dari sumber cukai yang dibayar oleh rakyat dan bukannya duit poket menteri UMNO dan barisan nasional.
Sebenarnya terdapat ratusan soalan lagi yang boleh ditanya kepada JK Fatwa Kebangsaan. Tapi mampukan syeh syeh ini menjawab semua solan yang diajukan dalam keadaan status mereka bak burung tekukur. Ada makan dan minum tapi duduk dalam sangkar. Mereka hanya berkukur apabila tuan mereka memetik jari . Nasihat saya kepada para mufti yang alim mantapkan iman anda semua. Yakinlah rezeki adalah ditangan Allah dan bukan ditangan bapak perdana menteri.

Tiada ulasan: