Isnin, 3 Jun 2013

TAKZIAH KEPADA KELUARGA CIKGU ZUL...FATIHAH

Mak ooii, betul ker tak ni, UMNO fail lebih 50 petisyen?
Posted on Sunday, June 02 @ 20:31:57 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh: senik

"Assalamaualaikum,,,

Dengar cerita UMNO akan failkan lebih 50 kerusi Parlimen dan DUN, atas sebab apa kalau bukan penipuan dan kelemahan SPR! Maknanya kalau PR mendakwa PRU 13 tidak bersih, maka ianya disahkan oleh petisyen BN.Jadi macam mana keputusan PRU itu hendak diterima sedangkan BN sendiri tidak yakin dengan SPR?

Tindakan BN menghantar petiseyen dan sekiranya petisyen mereka diterima dengan alasan penipuan atau kelemahan pengundian akan mencalar reputasi dan intergriti SPR.Patutlah BN mahu rakyat terima keputusan dan membuat bantahan mengikut saluran yang ditentukan.

Jadi perhimpunan black out 505 tidak patut diadakan, itu barangkali mesej yang hendak BN sampaikan menerusi petisyen mereka, tetapi apa yang berlaku di hari mengundi tidak dapat diubah dengan apa cara sekalipun.

Kejadian kejadian selepas PRU 13 menunjukkan tiada perlunya petisyen BN di hantar kerana kerusi yang mereka tewas disebabkan tidak mampu mengatasi undi rakyat dengan menipu.Itu fakta yang tidak dapat dinafikan sedangkan bagi kerusi yang mereka menang, banyak dimenangi secara penipuan walaupun ada kerusi yang tidak dipetisyenkan oleh PR.

Itulah bezanya petisyen BN dan PR.Walaupun BN cuba membuktkan adanya penipuan di kerusi yang mereka tewas, penipuan itu dilakukan untuk menambah undi kepada mereka seperti yang berlaku di Port Klang, di Lembah Pantai di Serdang dan banyak tempat lagi.

Bagi kerusi Pekan dan DUN Kijal pula umpamanya walaupun tiada petisyen oleh PR tetapi penipuan besar besaran berlaku di sana.Tiada halangan lagi, semua yang ada boleh nampak dengan jelas.

Persoalannya kenapa BN hantar petisyen? Apakah sudah ada perjanjian antara mereka dan mahkamah untuk menterbalikkan keputusan bagi memberikan mereka kuasa 2/3 di Parlimen?

Petisyen BN amat meragukan dan menakutkan tetapi seandainya BN menang walaupun satu kerusi, SPR sudah sah tidak berwibawa lagi.Pengerusi dan anggota SPR perlu meletakkan jawatan!"


 Larang motosikal masuk bandar besar tidak releven
Posted on Sunday, June 02 @ 17:39:20 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Hafez

Ipoh, Pesuruhjaya PAS Perak yang juga merupakan ADUN Titi Serong Ustaz Abu Bakar Hussian menyatakan cadangan ketua polis negara supaya kerajaan melarang motosikal memasuki bandar-bandar besar di seluruh negara bagi mengekang jenayah ragut di negara ini dilihat tidak relevan untuk dipraktikkan.

Menurut beliau tinjauan pihaknya mendapati, rata-rata rakyat yang ditemui memberikan reaksi kurang senang terhadap cadangan tersebut. Hal ini sekiranya cadangan itu dilaksanakan, ia dikhuatiri akan hanya mengundang kesulitan kepada orang ramai meskipun mempunyai pilihan menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam


Memetik ucapan beliau,
''Kerajaan tidak boleh mengehadkan penggunaan motosikal di bandar-bandar besar sedangkan pelbagai urusan termasuk kerja seharian dibuat di bandar.
''Ia akan menyukarkan orang ramai terutama mereka yang sememangnya menaiki motosikal untuk melakukan tugas masing-masing,'' katanya.
Beliau juga menyatakan larangan kemasukan motosikal di bandar-bandar besar tidak boleh diterima pakai kerana ia dilihat tidak bersesuaian dengan faktor persekitaran dan sistem pembangunan di negara ini.
Sebagai contoh, di Kuala Lumpur sendiri, jarak dari satu tempat ke satu tempat lain dalam bandar agak jauh, tak kan hendak suruh orang jalan kaki pula, katanya. 
Menurut beliau lagi, beliau yakin jenayah ragut masih akan terus berlaku meskipun langkah melarang motosikal memasuki bandar-bandar besar dilaksanakan.
Peragut tidak semestinya menggunakan motosikal untuk melakukan jenayah, bahkan kemungkinan menggunakan pelbagai cara yang disifatkan sebagai 'kreatif' dan tidak masuk akal untuk mencari mangsanya, jelas beliau.
Jenayah berlaku di mana-mana, kadang-kadang penjenayah juga sanggup melakukan apa sahaja untuk berbuat jahat.
Beliau juga mempersoalkan apakah pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) gagal membanteras kegiatan jenayah sehingga mereka perlu melarang kemasukan motosikal ke dalam kawasan Bandar?
Justeru beliau menyatakan, terdapat pelbagai cara lain lagi yang boleh dipraktikkan kerajaan bagi membendung jenayah ragut.
Tambah beliau lagi, pengunaan motosikal dilihat relevan di bandar-bandar besar terutama dalam mengatasi masalah kesesakan lalu-lintas selain menjimatkan penggunaan bahan bakar.
Sehubungan itu, beliau meminta kerajaan dan pihak polis mempertimbangkan semula cadangan tersebut dengan mengambil kira semua aspek termasuk masalah yang akan timbul kelak.

 Al Fatihah: Pemengang Amanah TKO, Zulkfly Abdullah (Cikgu Zul) Meninggal
Posted on Sunday, June 02 @ 14:31:37 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

Berita Sdr Zulkfly Abdullah, pemengang Amanah Tranungkite Online (TKO) yang juga Timbalan Pengerusi PASTI Dungun meninggal dunia kira-kira 1.30 tengahari tadi rebah di bilik air.

Beliau sebelum telah mengalami sakit kencing manis yang konik (tahad sangat kritikal).

Zulkfly dikenali sebagai Cikgu Zul di Dungun adalah aktivitis PAS yang sangat komited. Beliau aktif dengan Pemuda PAS dan pernah memangang AJK Pemuda PAS Dungun untuk 2 penggal.

Setelah umurnya meningkat beliau aktif dengan PASTI dan unit Amal. Pernah beberapa kali ke luar negara dalam misi-misi Unit Amal.

Penglibatannya menjadi terbatas bila beliau mula mengalami sakit.

Aktis dengan TKO dan terlibat secara langsung semenjak TKO ditubuhkan 14 tahun lalu. Dilantik sebagai Pengurus Kewangan TKO.

Setelah beliau meinggal dunia, Akuan TKO di atas nama beliau di bekukan dan semua urusan kewangan TKO buat masa ini dibekukan sehingga seorang pemengang amanah baru dilantik.

Zulkfly Abdullah tidak kahwin dan dipercayai umurya ketika ini adalah 55 tahun. Dia kelihatan masih muda (gambar di atas adalah gambar 2012). Dia tinggal di Surau dan menginfakkan sepenuh hidupnya kepada perjuangan Islam.

Semoga Allah merahmati beliau dan apa yang dilakukan sepanjang hayatnya demi perjuangan murni ini! 

 Sedarkah kita siapa yang lebih susah dengan BR1M?
Posted on Sunday, June 02 @ 14:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: senik

"Assalamualaikum,,  Janji PR untuk menurunkan kos sara hidup tidak berjaya kerana sistem pemilihan first pass the post yang memberikan ruang yang mudah untuk Presiden UMNO menjadi PM.

Akibatnya rakyat menanggung kecewa kerana gagal mendapatkan apa yang dijanjikan PR walupun mengikut perkiraan majoriti, rakyat sebenarnya inginkan perubahan.Hakikat ini dipadang sinis oleh BN dan mahukan rakyat menerima segala kesukaran yang tidak padam padam.
Trend sokongan pula menyerlahkan sokongan BN hanya di kampung dan luar bandar yang didiami oleh orang orang yang tidak begitu perlu kepada perubahan, cukup dengan yang ada dan bergembira menerima BR1M yang dinaikan kepada RM1,200-00 tahun depan.Itulah pandangan  yang boleh dilihat dari mata kasar, tetapi sedarkan kita siapa yang lebih susah dengan keputusan rakyat menolak perubahan menerusi sistem first pass the post ini? 

Untuk mendapatkan sokongan rakyat di kampung, ada orang mencadangkan PR supaya menawarkan bantuan kewangan menyerupai BR1M kepada orang kampung kerana pada mereka orang kampung tidak banyak terjejas dengan kenaikan serba serbi.Orang kampung hanya perlukan tunai sahaja.Tetapi sedarkah kita kalau PR melakukan itu bermakna PR hanya mahu kuasa dengan mengkaburi rakyat sama seperti BN.Sedangkan yang benar benar susah ialah golongan inilah.

Cuba kita renung selama harga barang meningkat sejak tahun 2004, berapa ramaikah antara kita yang terpaksa menjual kereta kerana tidak mampu membayar ansuran dan tidak mampu mengisi minyak? Berapa ramaikah antara kita yang kebulur? Tidak pernah kedengaran lagi tentang soal ini walaupun keperitan tetap dirasa.Bayangkan seorang yang terpaksa memandu di lebuhraya Plus dari Johor Bharu ke Bukit kayu Hitam, berapa banyak wang terpaksa dihabiskan untuk minyak dan bayar tol? Tetapi saban waktu tetap ada yang mampu memperuntukkan sebahagian besar wang mereka yang perlukan untuk itu.Peritnya terasa tetapi tetap mampu.
Bayangkan pula seorang kampung dari Johor yang terima bantuan BR1M yang tiada kereta tetapi terpaksa menyewa kereta  untuk menghantar anak mereka belajar di UUM? Berapa banyakkan wang yang mereka perlukan, cukupkah BR1M yang mereka  terima?
Itu baru satu gambaran, banyak lagi gambaran yang boleh dibuat untuk menunjukkan sebenarnya yang susah kerana perbuatan kerajaan ialah penduduk kampung yang selama ini menyokong BN.Mereka tidak ada kenderaan yang perlu disi minyak setiap hari tetapi mereka juga terpaksa membayar harga ikan dan ayam yang mahal, terpaksa berjimat di sana sini untuk terus hidup, pinjam sana pinjam sini untuk menampung keperluan hidup tertentu dan lebih teruk mereka tidak mampu membaiki rumah yang semakin hari semakin uzur.
Bagi orang orang yang tinggal di kawasan bandar dan separuh bandar, walaupun keperitan kos sara hidup terasa tetapi masih mampu memenuhi, tetapi tidak bagi orang kampung walaupun mereka dibantu dengan BR1M.Trend PRU 13 menunjukkan kawasan bandar dan separuh bandar menyokong PR sementara di luar bandar atau kampung sokongan tetap pada BN malah dalam kes kes tertentu mereka mengizinkan BN mambawa masuk pendatang asing untuk mengundi kerana pada mereka BNlah penyelamat mereka dengan BR1M.
Cara BN memenangi hati orang kampung tidak seharusnya diikuti oleh PR kerana ianya hanya menyamakan PR dengan BN, lantaran itu satu cara harus difikirkan bersama untuk merubah minda orang kampung.Untuk itu PR terlebih dahulu perlu bersatu dan menghormati antara satu sama lain, kalau PR masih bertelagah, bagaimana untuk menemukan satu cara terbaik untuk menawan pengundi kampung!   

 Setelah menghilang kini nama Zulkifli Nordin muncul lagi
Posted on Sunday, June 02 @ 13:49:35 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh TKOOffline


Entah di mana, apa dia buat saya tak pasti tapi menurut sumber yang rapat dengannya Zulkifli Nordin kurang keluar dan dilihat di tempat awam. Tapi ZulKulim ini masih aktif menulis dalam blognya. Anwar Ibrahim adalah sasaran utama setiap penulis terkini selepas "terlingkup" dalam PRU13 lalu.

Tulisan-tulisan yang banyak berfokus kepada undi popular lebih bersifat penulisan 'dendam' dan fakta yang diajukan bersifat emosi dan marahkan Anwar Ibrahim.

Nama Zulkifli Nordin sudah tidak kelihatan di media massa seperti sebelum ini yang saban hari dengan macam-macam kenyataan, seolah-olah UMNO @ BN telah melupakannya. Mana tahu Zulkifli Nordin akan bertanding Ahli Jawatankuasa Tertinggi UMNO??

Walaupun batang tubuhnya tak ada di media massa tapi nama Zulkifli Nordin kini muncul dan menjadi perbahasan. Adakah dia pula akan jadi kambing hitam atas kekalahan BN??

Semalam Timbalan Pengerusi jawatankuasa strategi MIC, Madhu Marimuthu berkata percalonan ZulKulim adalah suatu strategi yang salah dan jika BN tak calonkan ZulKulim BN mungkin boleh dapat 20 kerusi lagi.

Kenyataan ini disokong Naib Presiden MCA, Gan Ping Sieu dan Gan berkata pencalonan Zulkifli merupakan satu keputusan yang lemah, sesuatu yang beliau tidak dapat difahami.

Setakat ini masih belum ada kenyataan rasmi daripada UMNO sendiri mengkritik percalonan ZulKulim. Walaupun ada desas desus tak setuju sekadar cakap dalaman. Ada yang kata puak Muhyiddin masih belum buat keputusan muktamad untuk menyerang Najib.

Siapakah yang akan menjadi "Khalid Samad" dalam umno untuk membuka tirai menyerang Presiden bagi membuka ruang Presiden di pertandingkan dalam pemilihan nanti?


....
Sila layari
Setelah menghilang kini nama Zulkifli Nordin muncul lagi


 
Najib Razak TIPU SPR dibawah bidang kuasa Parlimen
Posted on Sunday, June 02 @ 13:26:07 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: mohdnoorawang

"

Jawaoan yang paling baik, tepat dan tidak perlu diperdebatkan ialah TIPU dan BOHONG, selagi UMNO/BN berkuasa walaupu cadangan Najib Razak meletakkan SPR dibawah bidang kuasa Parlimen.

Satu waktu dulu SPR pernah diaudit dibawah JawatanKuasa Kas SPR diwakili kerajaa BN dan dari wakil pakatan rakyat diketuai oleh menteri di JPM. Hasilnya sekadar beruk makan pisang ranum.

Selagi BN/UMNO berkuasa selagi itu SPR dan JPN menjadi cawangan UMNO Malaysia. Jawatan Kuasa Khas SPR dtubuh hanya sekadar tunjuk SPR dab BN bebas dan berkecuali. Namum padasarnya SPR adalah nyawa dan mata telinga dan mulut dan perut pemimpin BN/UMNO.
Cadangan Najib Razak SPR akan diletakkan dibawah Parliemn Malaysia hanya sia sia sahaja malah lebih teruk dan lebih punah ranah selagi atasa nama BN/UMNO berkuasa.
Kerja cukup mudah sahaja bersih daftar nama nama pemilih dalam rekod SPR dan diadunkan dengan JPN. Kerjasama SPR dan JPN perlu diselarakn dengan era zaman IT dan zaman yang begiru canggin peralatan dan sorfware.
Satu sahaja tindakkan jangka pendek ialah ketua SPR dan Timb. SPR perlu diganti dengan orang yang lebih baik dari yang ada sekarang jangan dijadikan lembu dicucuk hidung.
kita lihat apakah tindakkan kerajaan BN/UMNO dalam membaikpulih SPR dan JPN bagi membersih pengundi atau pemilih dalam SPR seramai 13 juta orang.
Dari maklumat SPR akan membaut dan mencadangakn persempadanan semula kawasan pilihanraya akhir tahu 2013. Dicadangkan persempadanan semula perlu mengikut jajaran kawasan dan kepadatan penduduk dan bentuk alam atau lokasi untuk mudah bergerak. 
*****uh di Terengganu, Kelantan dan Kedah persembadanan pilihanraya macam retak seribu kalau dibandingkan dengan kwasan negeri lain. 
Jadi kita tunggu Najib Razak untuk jadiakn bubur nasi SPR atau gulaikawah. 


Tiada ulasan: