Bekas pengerusi SPR kata RCI lebih berkesan
Bekas
pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul
Rahman berpendapat bahawa pembaharuan yang ingin dijalankan ke atas
suruhanjaya berkenaan lebih sesuai dilakukan melalui penubuhan
suruhanjaya diraja dan bukannya jawatankuasa khas parlimen.Abdul Rashid berkata "jalan pintas" seperti jawatankausa khas parlimen tentang pembaharuan pilihan raya tidak boleh berkesan untuk membawa perubahan sebenar.
"Jika kamu bawa cadangan seperti sebelum ini, ia tidak berkesan sepenuhnya. Penyelesaian yang mudah (jawatankuasa khas parlimen) tidak berkesan.
"Sebarang pembaharuan mesti dilakukan dengan menyeluruh. Oleh itu, negara perlu menubuhkan suruhanjaya bebas yang mempunyai kuasa yang tinggi. Lebih baik jika ia adalah satu suruhanjaya diraja," kata Rashid ketika dihubungi Malaysiakini.
Selain itu beliau berkata lagi, suruhanjaya yang dicadangkan itu juga boleh membuat semakan terhadap SPR secara keseluruhan termasuk undang-undang pilihan raya dan memperbaiki SPR.
"Suruhanjaya itu hendaklah terdiri daripada pakar undang-undang, pakar perlembagaan dan pakar-pakar demokrasi pilihan raya.
"Tetapi jika ia adalah jawatankuasa yang terdiri sekali lagi daripada Ahli Parlimen, saya rasa tidak akan berjaya," katanya.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam mengumumkan bahawa kerajaan akan memindahkan kawal selia dan fungsi SPR kepada satu jawatankuasa khas yang diwakili anggota Parlimen daripada semua parti politik sama ada kerajaan atau pembangkang.
Katanya, ia bagi memperkukuhkan lagi kewibawaan dan kredibiliti suruhanjaya tersebut, yang pada waktu ini diletakkan bawah Jabatan Perdana Menteri.
"Dengan langkah ini, diharap kebebasan SPR tidak dipersoal lagi dan keyakinan rakyat terhadap SPR akan dapat diperkukuhkan," kata Najib.
Jurutera maut dalam lokap IPD Tampin
Seorang
jurutera, P Karuna menjadi individu ketiga yang maut dalam tahanan
polis dalam tempoh dua minggu. Keluarganya dimaklumkan mengenai kematian
di Tampin itu pada malam tadi.Keluarga Karuna dimaklumkan melalui telefon pada jam 9.45 malam tadi bahawa lelaki tersebut “meninggal dunia tiba-tiba” pada jam 7 petang di ibu pejabat polis daerah Tampin, kata bekas MP Kapar S Manikavasagam hari ini.
Manikavasagam, yang mengiringi keluarga berkenaan ke Hospital Tuanku Jaafar di Seremban pagi ini berkata anggota keluarga tersebut menemui kesan kecederaan di mayat berkenaan.
"Hanya orang dibenarkan melihat mayat terseut. Saya tidak dibenarkan kerana saya bukan anggota keluarga, jadi jadi beritahu keluarga untuk memeriksa mayat tersebut,” katanya.
Beliau juga berkata, anggota keluarga tersebut menemui darah di tempat simpanan mayat berkenaan.
Seroang saudara Karuan, P Ilam berkata beliau menemui kesan lebam di tangan Karuan dan darah di bahagian kepala mayat tersebut.
Polis: Jangan sebar spekulasi kes kematian Karuna
Polis
meminta semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi atau
menyebarkan berita palsu mengenai kematian seorang tahanan di lokap
Balai Polis Tampin, dekat Seremban lewat petang semalam.Ketua Polis Negeri Datuk Osman Salleh berkata, kejadian itu masih dalam siasatan dan menafikan ia ada kaitan dengan unsur jenayah sama ada mangsa dipukul atau didera.
"Dalam Twitter contohnya kita dapati banyak spekulasi dibuat mengenai kematian tahanan tersebut dan menuduh kejadian itu adalah angkara polis. Ini sebenarnya tidak adil kepada polis.
"Ini adalah straight forward case di mana pihak Hospital Tampin sendiri yang membuat pemeriksaan terhadap mayat mangsa mendapati tidak ada kesan kecederaan seperti luka atau lebam pada badan mangsa," katanya dalam sidang media di Seremban hari ini.
Semalam, PV Karuna Nithi, 42, yang ditahan sejak Selasa lalu selepas memukul isterinya ditemui tidak sedarkan diri oleh anggota polis bertugas di lokap berkenaan bagaimanapun masih bernafas sekitar 6.30 petang.
Polis kemudiannya bertindak memanggil ambulans dari Hospital Tampin, tetapi pasukan paramedik yang tiba mengesahkan kematiannya pada pukul 7 petang.
Osman berkata, pihak polis sudah meneliti rakaman kamera litar tertutup di lokap berkenaan dan mendapati tiada sebarang kekerasan berlaku ke atas mangsa sepanjang penahanannya.
Katanya, seorang koroner dari Mahkamah Seremban juga telah datang melihat mayat mangsa semasa di lokap dan mengesahkan tiada kesan luka, lebam atau kecederaan padan badan mangsa.
"Hasil bedah siasat oleh pihak Hospital Tuanku Ja'afar Seremban juga mendapati tiada kecederaan fizikal pada badan mangsa, bagaimanapun punca sebenar mangsa meninggal dunia belum dapat dikenalpasti," katanya.
Katanya, Jumaat lalu mangsa yang tidak bekerja telah didakwa di Mahkamah Majistret Tampin dan mengaku bersalah di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan atas tuduhan memukul isterinya.
Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 sementara menunggu hukuman ke atasnya dijatuhkan pada 1 Julai depan.
"Keluarga tertuduh yang kekurangan wang merayu untuk membayar ikat jamin tersebut pada esok (Isnin) dan polis telah menempatkan mangsa di lokap tersebut bagi memudahkan proses jaminan itu," katanya.
- Bernama
Polis kata kematian Karuna tiada unsur jenayah
Ketua
polis Negeri Sembilan Datuk Osman Salleh berkata tiada unsur jenayah
dalam kes kematian seorang jurutera, P Karuna Nithi yang maut semasa
dalam tahanan polis malam semalam."Laporan bedah siasat masih belum keluar, jadi saya tidak boleh mengulas lanjut. Kami telah mengklasifikasikan kes sebagai kematian mengejut, tidak ada unsur jenayah," kata Osman sepeti dipetik laman Astro Awani.
Karuna ditahan pada hari Isnin lalu selepas didakwa menyerang isterinya. Beliau didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan pada hari Jumaat lalu.
Menurut bekas MP Kapar S Manikavasabam, yang kini membantu keluarga Karuan berkata, anggota keluarga si mati tidak mampu mengumpul RM4,000 untuk jaminan.
Keluarga berkenaan bercadang untuk membayar jaminan tersebut esok.
Mereka bagaimanapun dimaklumkan mengenai kematian Karuna pada malam tadi.
Dahulukan tubuh suruhanjaya diraja
Menurutnya, penubuhan suruhanjaya diraja merupakan langkah awal untuk menambah baik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum kerajaan meletakkan badan itu di bawah Parlimen.
“Banyak aduan yang diterima berhubung perjalanan pilihan raya lalu. Kerajaan sepatutnya peka dengan isu yang timbul ini.
“Kita cadangkan satu suruhanjaya diraja ditubuhkan untuk menyemak dan siasat segala aduan. Langkah ini yang perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum meletakkan SPR di bawah Parlimen,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan program ‘Temu Mata Anak Kelate’ bersama Menteri Besar Kelantan di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas langkah kerajaan untuk memindahkan fungsi dan kawal selia SPR kepada satu jawatankuasa khas yang diwakili anggota Parlimen daripada semua parti politik sama ada kerajaan atau pembangkang sebagai langkah memperkukuhkan kewibawaan dan kredibiliti badan itu.
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, langkah tersebut dapat memperkukuhkan keyakinan rakyat terhadap SPR dan kebebasannya tidak lagi dipersoalkan.
Sebelum ini, Pakatan Rakyat (PR) telah menggesa kerajaan menubuhkan satu suruhanjaya diraja bagi menyiasat dakwaan berlakunya penyelewengan seperti penggunaan dakwat kekal dan kehadiran warga asing sebagai pengundi.
PR juga mendakwa wujudnya kejadian bekalan elektrik terputus di beberapa kawasan kiraan undid keraguan berhubung jumlah undi awal.
Lima minit berkas penyamun
2 Jun 2013
Sinar Harian difahamkan, kejadian berlaku sekitar jam 9.35 pagi dan polis bertindak serta-merta apabila menerima maklumat daripada orang ramai yang berada di sekitar lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Abd Wahab Harun berkata, suspek, seorang lelaki berjaya diberkas polis lima minit selepas kejadian.
“Suspek ditahan di kawasan kebun getah di Kampung Sri Parit iaitu kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian.
“Hasil maklumat tepat dan pantas orang ramai, polis terus bertindak mengekori suspek yang menunggang motosikal ke arah Kampung Sri Parit sebelum bertindak memintas motosikal berkenaan dan salah seorang daripada mereka berjaya ditahan polis,” katanya.
Abd Wahab berkata, sebanyak 20 utas rantai emas turut ditemui bersama suspek pertama.
“Hasil siasatan polis selanjutnya berjaya menahan seorang lagi suspek lelaki kira-kira jam 10 pagi di sekitar Kampung Sri Parit. Sementara dua lagi suspek lelaki masih bebas dan sedang diburu polis,” katanya.
Guna motosikal curi
Abd Wahab berkata, dalam kejadian tersebut, ada suspek yang membawa pistol, tukul besi dan sebilah kapak.
“Salah seorang suspek juga didapati melepaskan satu das tembakan ke atas siling kedai, " katanya.
Menurutnya, motosikal yang digunakan dua suspek yang berjaya ditahan dilaporkan hilang di Kelana Jaya.
“Siasatan polis juga mendapati suspek pertama mempunyai dua rekod jenayah lampau di Kedah. Kes disiasat di bawah Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) (FIPA) 1971.
“Jumlah sebenar kerugian yang dialami pemilik kedai emas itu masih belum dapat ditentukan dan pihak polis memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian rompakan itu menghubungi Balai Polis Port Dickson di talian 06-6472222 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.
Dengar bunyi letupan
Sementara itu, orang awam, Hoo Keng Foo, 60, berkata, ketika kejadian dia sedang minum di sebuah kedai berhampiran lokasi kejadian.
“Tadi (semalam) masa minum memang ada ternampak dua motosikal yang ditunggang empat orang lengkap bertopi keledar lalu depan kedai ini. Tapi saya tak perasan dia datang dari arah Port Dickson ataupun Lukut.
“Beberapa minit lepas tu ada dengar bunyi letupan kuat, mungkin bunyi pistol. Lepas tu bunyi kaca pecah dan ada orang jerit ketakutan.
“Saya dan beberapa pelanggan kedai ini kemudian bergegas ke tempat itu, rupanya ada rompakan kedai emas,” katanya.
Manakala seorang penduduk Kampung Sri Parit, Kim Kok Weng, 45, berkata, dia gembira kerana polis berjaya memberkas suspek rompakan itu.
“Sekejap sahaja polis dah berjaya tangkap orang jahat tu. Polis bagus, cekap buat kerja. Lepas ini jangan ada orang berani merompak atau samun, sebab polis di sini sangat bagus,” katanya.
Sinar Harian turut cuba mendapatkan pemilik kedai emas berkenaan, namun beliau enggan ditemu bual.
Difahamkan kedai tersebut baru hendak dibuka sebelum dirompak dan hasil tinjauan mendapati, perompak yang melarikan diri meninggalkan sebilah kapak dan tukul besi dipercayai digunakan untuk memecahkan cermin meja pameran barang kemas kedai itu.
Pekerja maut dihempap kontena
2 Jun 2013
Dalam kejadian kira-kira jam 4.20 pagi itu, mangsa berumur 31 tahun bersama pemandu kren sedang memunggah barang.
Kren yang membawa kontena itu berhenti secara mengejut dan menyebabkan kontena itu berayun dan menghempap mangsa yang ketika itu sedang mengangkat barangan menggunakan kenderaan pengangkut barang (forklift) di hadapan kren.
Muatan kontena yang berat menghempap bumbung forklift berkenaan menyebabkan mangsa tersepit di bahagian pemandu.
Menurut Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Klang, Penguasa Kanan Bomba II Ahmad Zaidi Safuan, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada jam 4.30 pagi.
“Selepas menerima panggilan, sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang terus ke tempat kejadian,” katanya.
Namun katanya, bomba alami kesukaran angkat kontena itu kerana ia melebihi had berat mampu ditampung jentera bomba.
“Anggota bomba terpaksa pinjam kren daripada pihak swasta untuk mengangkat kontena itu sebelum besi forklift yang menghempap mangsa dapat dipotong,” katanya.
Ahmad Zaidi berkata, pihaknya ambil masa kira-kira 10 minit untuk memotong besi sebelum mengeluarkan mangsa dari forklift.
“Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian kepala dan beberapa bahagian badannya,” katanya.
Suami isteri maut dengan kesan cedera di leher
2 Jun 2013
Mayat K. Ashahkumar, 36, ditemui dalam keadaan terbaring di ruang tamu rumah berkenaan dengan kesan kecederaan di bahagian leher manakala isterinya V.Panumathy, 38, yang mengalami kecederaan sama ditemui terlantar di bahagian luar rumah.
Ketua Polis Perak Datuk Mohd Shukri Dahalan ketika dihubungi berkata kejadian itu disedari oleh jiran mereka pada pukul 1 pagi sebelum melaporkan kepada polis.
Beliau berkata si suami temui mati di tempat kejadian akibat pendarahan teruk manakala si isteri meninggal dunia di hospital.
Beliau berkata motif kejadian masih dalam siasatan dan tidak menolak kemungkinan berlaku pergaduhan antara pasangan itu atau melibatkan jenayah samun. - Bernama
Jangan sebar berita palsu kematian dalam tahanan
2 Jun 2013
Ketua Polis Negeri Datuk Osman Salleh berkata, kejadian itu masih dalam siasatan dan menafikan ia ada kaitan dengan unsur jenayah sama ada mangsa dipukul atau didera.
"Dalam Twitter contohnya kita dapati banyak spekulasi dibuat mengenai kematian tahanan tersebut dan menuduh kejadian itu adalah angkara polis. Ini sebenarnya tidak adil kepada polis.
"Ini adalah straight forward case di mana pihak Hospital Tampin sendiri yang membuat pemeriksaan terhadap mayat mangsa mendapati tidak ada kesan kecederaan seperti luka atau lebam pada badan mangsa," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Semalam, P.V Karuna Nithi, 42, yang ditahan sejak Selasa lalu selepas memukul isterinya ditemui tidak sedarkan diri oleh anggota polis bertugas di lokap berkenaan bagaimanapun masih bernafas sekitar 6.30 petang.
Polis kemudiannya bertindak memanggil ambulans dari Hospital Tampin, tetapi pasukan paramedik yang tiba mengesahkan kematiannya pada pukul 7 petang.
Osman berkata, pihak polis sudah meneliti rakaman kamera litar tertutup di lokap berkenaan dan mendapati tiada sebarang kekerasan berlaku ke atas mangsa sepanjang penahanannya.
Katanya, seorang koroner dari Mahkamah Seremban juga telah datang melihat mayat mangsa semasa di lokap dan mengesahkan tiada kesan luka, lebam atau kecederaan padan badan mangsa.
"Hasil bedah siasat oleh pihak Hospital Tuanku Ja'afar Seremban juga mendapati tiada kecederaan fizikal pada badan mangsa, bagaimanapun punca sebenar mangsa meninggal dunia belum dapat dikenalpasti," katanya.
Katanya, Jumaat lalu mangsa yang tidak bekerja telah didakwa di Mahkamah Majistret Tampin dan mengaku bersalah di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan atas tuduhan memukul isterinya.
Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 sementaran menunggu hukuman ke atasnya dijatuhkan pada 1 Julai depan.
"Keluarga tertuduh yang kekurangan wang merayu untuk membayar ikat jamin tersebut pada esok (Isnin) dan polis telah menempatkan mangsa di lokap tersebut bagi memudahkan proses jaminan itu," katanya. - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan