Jumaat, 14 Jun 2013

TAK YAH LAH PROTOKOL2...KITA NI SAPE DISISI ALLAH SWT...KALAU DIMASUK SYURGA ...PATUT BERSYUKUR BANYAK2...NI MASIH TAK TENTU LAGI

Pakatan perintah jika menang 25 petisyen

Harakah, 14 Jun 2013
KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat mampu mengambilalih pemerintahan negara daripada BN, jika menang kesemua 25 petisyen PRU13 bagi kawasan Parlimen yang difailkan di Mahkamah Tinggi yang telah berakhir tempohnya kelmarin.

Parlimen Malaysia mempunyai 222 kerusi dan daripada jumlah itu, parti-parti yang bertanding memerlukan 149 kerusi untuk mendapatkan majoriti 2/3 serta 112 kerusi untuk membentuk kerajaan dengan majoriti mudah.

Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS, Dr Mohd Hatta Ramli berkata, berdasarkan perkiraan itu, Pakatan sememangnya sudah berkemampuan untuk mengambil alih pemerintahan daripada BN di peringkat Persekutuan jika menang 25 petisyen itu.

Menurut beliau, Pakatan kini telah memiliki 89 kerusi di Parlimen dan sekiranya menang 25 petisyen itu menjadikan jumlah kerusi yang dimiliki oleh Pakatan nanti sebanyak 114, melebihi dua kerusi untuk membentuk Kerajaan Persekutuan dengan majoriti mudah.

Katanya, namun proses untuk mengambilalih pemerintahan daripada BN itu tidak akan berlaku secara langsung jika 25 petisyen itu berpihak kepada Pakatan, sebaliknya mesti melalui pilihan raya semula bagi kesemua kawasan Parlimen terbabit.

“Syaratnya, Pakatan Rakyat mestilah menang dalam pilihan raya semula yang akan diadakan di 25 kawasan parlimen itu. Jadi syaratnya, kita kenalah bekerja kuat untuk mencapai kemenangan itu,” katanya ketika dihubungi.



Untuk rekod, Pakatan Rakyat telah memfailkan sejumlah 39 petisyen bagi pilihan raya kali ini. Dari jumlah itu 25 adalah kerusi parlimen manakala 14 lagi adalah kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun).


[Laporan penuh dalam Harakah edisi Isnin 17 Jun ini]

Kempen Najib tidak ditentang bermula

Subky Latif, 14 Jun 2013
Jika Datuk Najib pemimpin yang bearwibawa dan diterima oleh semua, apa perlunya ketua Puteri dan ketua Pemuda Umno menyeru supaya belilau tidak ditandingi dalam pemilihan Presiden Umno yang akan datang?

Bahkan Tan Sri Muhyidin Yasin juga tidak perlu dicabar bagi mempertahankan jawatan Timbalan Presiden parti itu.

Seolah-olah telah bermula kempen dalam kalangan parti itu supaya jangan ada yang mencabar kedua-dua pemimpin itu untuk mengekalkan jawatan masing-masing.

Apakah telah ada kemungkinan dia dicabar berikut prestasi buruk Barisan Nasional dalam PRU yang lalu, malah pencapaiannya lebih buruk dari PRU 2008 di bawah Tun Abdullah Badawi dulu. Ia bukan sekadar buruk di peringkat Parlimen, bahkan pimpinan langsungnya dalam  BN dan Umno Selangor juga lebilh buruk daripada sebelumnya.

Jika prestasi buruk Tun Abdullah Badawi dulu diikuti oleh kebangkitan Umno secara langsung diketuai oleh Najib sendiri, menuntut Pak Lah berundur, maka bukanlah Najib kebal sangat hingga dia dibiarkan saja.

Maka Najib sendiri memahami apa yang dilakukannya terhadap ketuanya dulu, bukan ia mustahil melandanya. Telah pun ada yang mahukan Tan Sri Muhyidin berperanan bagi membangunkan semula kuasa Umno dan BN.

Dr Mahathir selepas dicabar oleh Tengku Razaleigh mengambil tindakan supaya jawatan presiden jangan dicabar kerana ia dikatakan mengundang perpecahan parti seperti yang terjadi selepas pemiliihan yang dia menang tipis. Dia berjaya mengelakkan dia tidak dicabar lagi selepas itu.

Abdullah Badawi selepas prestasi  buruknya itu cuba mengelakkan dia tidak dicabar. Dia membuat rancangan untuk berundur dalam jangka waktu terdekat iaitu supaya  sempat dia dipilih semula sebagai Presiden sebelum melepaskan jawatan. Tetapi Umno tidak menerimanya dan mahu beliau pergi lebih cepat. Itulah yang terhadi kepadanya.

Najib sedar nasib yang menunggunya. Maka sebelum timbul suara supaya dia pergi, dia menyuarakan dulu bahawa dia sedia dicabar. Sebagai seorang pengamal demokrasi, maka dia membenarkan dirinya dicabar.

Dia seperti membuka kepada Umno untuk membuat pilihan sama ada mahu dia dicabar atau sebaliknya.

Tentunya dia tidak mahu dia dicabar. Tetapi dia tidak dapat larang ahli-ahli Umno bertindak.

Sebelum dia dicabar, dia seolah-olah membuka peluang kepada sesiapa dalam pimpinan Umno untuk mencabarnya. Kenyataannya itu adalah mencabar orang yang tidak senang dengan pretasinya mencabarnya.

Mungkin Muhyiddin dan lain-lain pimpinan Umno yang berada di baris depan tidak mencabarnya. Tetapi tidak mustahil kejadian Tun Huseain Onn tidak dicabar oleh Dr Mahathir dan Tengku Razaleigh. Dia telah dicabar oleh Haji Sulaiman Palestin.

Apa pun Tengku Razaleilgh  yang pernah menawar diri dicalonkan dipercayai akan menawarkan diri sekali lagi. Jika Ku Li tampil, maka penampilannya tidaklah seperti penampilan  Haji Sulaiman.

Walaupun peluang Ku Li tidak begitu cerah, tetapi dia boleh mendapat perhatian yang lebih dari yang Haji Sulaiman dapat. Orang  tidak mengira Haji Sulaiman sebagai calon Perdana Menteri yang sesuai, tetapi tiada yang mengira Ku Li tidak layak untuk menjadi Perdana Menteri  dan Presiden Umno.

Sebelum cabaran itu berlaku, Najib cabar Umno membuat pendirian. Disuarakannya dia sedia ditentang. Spontan Umno seluruhnya bangun menyuarakan supaya dia jangan dicabar. Bahkan kalau Muhyidin sedia mencabarnya, mereka sarannya dia juga tidak dicabar. Suara itu mencabar Muhyidin jangan cabar Najib.

Kempen sudah bermula supaya Najib jangan dicabar. Orang lain mungkin tidak berani, tetapi tiada yang menghalang Ku Li untuk menunaikan tanggungjawabnya.

Selepas Umno P Pinang, kini menara pula runtuh

Dari Blog Omak Kau, 14 Jun 2013



Sebuah antena lomunikasi yang ditempatkan diatas Menara Umno di Jalan MacAlister, Pulau Pinang tercabut dan jatuh selepas dipukul ribut yang berlaku disini kira-kira jam 6.30 petang tadi.

Struktur tersebut yang terletak di atas bumbung bangunan 23 tingkat itu, jatuh di atas jalan raya.

Akibat dari kejadian itu, diberitakan hampir 11 kenderaan rosak akibat dihempap antena yang tercabut itu dan tiga orang dilaporkan cedera parah.


Saksikan gambar-gambar sekitar runtuhan ini.

3 portfolio: Kepercayaan MB Selangor kepada PAS

Saidah Hairan, 14 Jun 2013
"Saya tidak akan membelakangkan keputusan parti berkaitan hukum agama. Saya juga akan menamatkan perkhidmatan Ketua-ketua kampung yang tidak amanah dan tidak bertanggungjawab ketika menjalankan tugas," kata Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Desa, YB USTAZ SALLEHEN MOKHYI ketika ditemui di pejabatnya tingkat 15, SUK, Shah Alam, baru-baru ini.

YB memegang portfolio Hal Ehwal Agama, Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Desa. Sudah tentu tiga portfolio yang begitu besar kerana ia melibatkan pembangunan manusia.

Saya ucapkan terima kasih kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang beri kepercayaan kepada saya untuk memikul tugas exco Hal Ehwal Agama, Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar. Kepercayaan ini mungkin satu penilaian atau satu penghormatan Tan Sri kepada saya. Ia juga kepada PAS yang cukup berkeupyaan untuk memikul tugas dan tanggungjawab ini.

Saya bukan sekadar berlatarbelakang pendidikan agama, tapi saya orang kampung yang hidup dan membesar di luar bandar. Dalam waktu yang sama saya berada di persekitaran dunia pertanian di utara Selangor. Ini merupakan kawasan pertanian yang terbesar di Selangor.

Saya memang nampak kerja ini agak berat. Apabila saya menilai kerajaan Pakatan Rakyat telah mengurus tadbir Selangor sepenggal, ini bererti saya tidak menghadapi kepayahan sangat. Kita telah merintis perjalanan itu dengan rakan-rakan pada penggal lalu. Di tambah dengan moto Selangor `Meneruskan Kecemerlangan'. Tugas saya menjadi sedikit lebih ringan kerana kita telah ada program yang lepas dan boleh digunakan untuk penggal kedua ini.

Cuma perlu melakukan penambahbaikan daripada beberapa sudut dan boleh dilakukan melalui pencambahan idea dikalangan sahabat dan rakan kita samada dalam parti atau kerajaan.

Kita tidak kurang pemikir yang selama ini teruji dan berjaya dalam program kita. Saya sendiri telah menemui beberapa orang pegawai berkaitan dengan portpolio dan kerjasama sangat baik. Semua ini menjadi laluan mudah untuk mengurus tadbir tiga portfolio. Saya harap saya berjaya dan rakyat berasa puashati dengan urus tadbir yang akan saya lakukan nanti.

Bagi saya ini satu kepercayaan yang mesti saya jaga kerana boleh jadi buat pertama kali exco daripada PAS diberi tanggungjawab menyelia pertanian dan pembangunan luar bandar.

Exco Hal Ehwal Agama berhadapan dengan cabaran cukup besar memandangkan Selangor mempunyai rakyat yang majmuk. Adakalanya ia menimbulkan kontroversi apabila melibatkan bab-bab hukum. Jika ia berlaku, bagaimana YB menghadapi situasi ini?

Kadang-kadang kontroversi itu timbul bukan kerana ia suatu perkara yang sukar untuk diatasi. Mungkin timbul kontroversi boleh jadi permainan akhbar arus perdana. Ditambah dengan kenyataan yang dibuat dalam keadaan tidak ada persediaan yang terdedah dengan kesilapan dan dimanipulasi oleh golongan tertentu.

Bagi saya dalam saya mengendalikan Hal Ehwal Islam, apapun berkaitan dengan perkara dasar atau asas, saya akan pergi dulu kepada Tuanku Sultan. Manakala keputusan yang bersifat parti politik saya akan pergi kepada Presiden atau parti.

Dalam hal berkaitan agama kita ada Ketua agama di Selangor. Jadi saya perlu bekerjasama baik dengan Tuanku Sultan. Bukan sekadar melaporkan bahkan perancangan dan apa pelaksanaan untuk rakyat Selangor. Adapun perkara yang bersifat perlaksanana, saya kena merujuk pada enakmen yang sedia ada. Yang kadang timbul kontroversi ini kerana kita menjawab sesuatu yang bukan dalam bidang tugas kita.

Dalam masa terdekat ini apakah YB akan tutup kilang arak dan rumah urut?

Ini bukan bidang kuasa exco Hal Ehwal Agama. Exco Agama tidak boleh menyatakan kehendaknya menutup semua itu. Ini semua akan menimbulkan kontroversi. Jadi, biar kita bercakap dalam bidang tugasan kita. Jadi, dalam bidang kerja ini, kita sudah ada enakmen tertentu yang perlu kita patuhi dan hormati. Sebab itu, selalu kontroversi timbul mengenai perkara-perkara pertembungan yang bukan sahaja dengan orang Islam tetapi dengan orang bukan Islam.

Bidang tugas saya fokus kepada kehidupan orang Islam itu sendiri untuk meningkatkan nilai kehidupan manusia. Pertama sekali kita mesti angkat mereka sebagai hamba Allah. Kedua meningkatkan tahap kehidupan masyarakat Islam sama ada soal kemiskinan, kefakiran serta urus tadbir pendidikan Islam. Ini kita kena lihat dalam konteks bidang kuasa saya dan enakmen yang telah disediakan.

Sekiranya timbul beberapa perkara seperti berlaku pertembungan, saya fikir tidak perlu membuat kenyataan terlebih dahulu. Saya bukan orang yang suka buat kenyataan sebelum membuat penyelesaian yang berkaitan. Seperti kes serbuan tehadap kuil atau gereja suatu ketika dahulu yang mengundang kontroversi. Ini kerana keluar kenyataan demi kenyataan tanpa persetujuan dalam Pakatan Rakyat. Jadi, dalam perkara dasar seperti ini kita kena rujuk kepada Tuanku Sultan terlebih dahulu.

YB tidak akan membelakangkan parti dalam membuat keputusan berhubung hal-hal agama Islam?

Ya, perkara yang berkaitan saya, saya boleh putuskan. Manakala hal yang saya lihat perlu komitmen parti, maka saya tidak akan buat apa-ap keputusan melainkan serahkan dahulu kepada kepimpinan untuk buat keputusan. Ini dapat membantu untuk menyelesaikan sesuatu pekara.

Selangor turut memiliki kawasan pertanian iaitu sawah dari Tanjong Karang ke Sungai Besar. Bagaimanapun, seolah-olah tidak nampak keutamaan kerajaan negeri mengutamakan hasil pertanian?

Ya, memang di Selangor kita tidak boleh lari daripada negeri yang menumpukan industri sehingga menyumbang hampir 50 peratus pendapatan negara. Tetapi kita masih lagi mengekalkan kawasan hijau iaitu pertanian. Selangor tetap menjadi pembekal makanan negeri dan negara yang perlu dipertahankan.

Alhamdulillah, keputusan kerajaan negeri meletakkan kawasan pertanian di Selangor sebagai kawasan hijau tidak boleh dibuat pembangunan. Sebenarnya kita masih mempunyai kawasan pertanian yang besar walaupun Selangor sudah menjadi negeri industeri. Keputusan kerajaan ini memberikan satu tugas dan tanggungjawab kepada saya untuk menaikkan taraf pertanian di Selangor. Ini kerana Selangor antara penyumbang pada ekonomi negara. Kita juga masih menjadi pembekal dan menyumbang bekalan makanan dalam negeri yang banyak. Selangor antara negeri pengeluaran padi yang paling berkualiti di Malaysia.

Selain itu, sebahagian besar rakyat Selangor masih mendapatkan sumber pendapatan melalui pertanian. Cuma, kita harapkan kerajaan negeri akan terus mempertahankan sektor pertanian. Dalam waktu yang sama kita hendak naikkan taraf kehidupan mereka.

Sebab itu Menteri Besar memfokuskan pembangunan pada luar bandar. Ini merupakan satu pengikhtirafan luar bandar sebagai kawasan pertanian disamping meningkatkan taraf ekonomi mereka untuk bersaing dengan masyarakat luar bandar.

Ada penambahbaikan yang YB akan lakukan kepada golongan petani?

Kita bantu mereka menaikkan kos yang lain seperti bantuan sara hidup atau sediakan beberapa kemahiran lain untuk menjana ekonomi mereka. Kita banyak beri bantuan kepada golongan nelayan, kita bagi bot, petani bagi racun dan baja. Kita juga akan bantu kepakaran teknologi. Bagaimana hendak meningkatkan hasil pengeluaran padi.

Umpamanya pesawah yang mengalami padi angin yang banyk sehingga mengurangkan pendapatan. Gangguan makhluk perosak atau penamanan yang tidak mengikut skema. Ini kita akan salurkan teknologi kepakaran dan bekalkan kemudahan untuk mengurangkan bebanan kewangan.

Saya akan bincang dengan rakan-rakan pertanian termasuk veterina, macam mana kita boleh beri satu program kepada rakyat dalam bentuk `mentor'. Kita bukan sekadar bagi bot tetapi kita bagi program perkongsian dan ada mentor.

Katakanlah ada lima orang beliau hendak menternak ayam. Mereka sediakan kawasan dan kerajaan negeri sediakan mentor (pengawal mereka). Ayam kita akan beri tetapi mereka mesti mengikut program kita. Apabila hasil dikeluarkan dan untung maka kita serahkan untung kepada mereka. Ini program mentor yang kita akan lakukan selain kita cuba berbincang membawa pelabur luar kepada pertanian.

YB, pembangunan desa suatu yang sukar untuk dilaksanakan jika tidak mendapat sokongan daripada penduduk. Sebagai langkah pertama, apa yang YB fikirkan untuk pembangunan desa?

Saya nampak jika negeri sediakan prasarana atau bajet banyak tetapi manusia yang hendak menggerakkan itu tidak amanah dan tidak memikul tanggungjawab, maka kita akan gagal.

Kita tidak mahu menjadi program melepaskan batu di tangga. Sebab itu, pembangunan desa ini saya mengurus Ketua-ketua kampung. Saya mengurus penghulu. Ini elemen yang penting untuk sama-sama menjayakan pembangunan desa. Jika ketua kampung gagal berfungsi bagi saya, banyak mana bajet kerajaan negeri, kita akan gagal juga.

Saya mengurus Ketua kampung lebih kurang 368 orang tidak termasuk permohonan ketua kampung yang baru. Saya fikir sebelum kita laksanakan program pembangunan desa, 368 orang Ketua kampung ini mesti berfungsi.

Saya lihat ada jawatan ketua kampung tetapi mereka tidak buat mesyuarat, tidak buat profil kampung. Akhirnya, apabila kita bagi tugas orang macma ini, terhalang semua kerja kita. Kita bukan diboikot oleh orang Umno tetapi ketua kampung yang tidak amanah tidak menjalankan tanggungjawab.

Kita hendak ketua kampung mesti amanah. Saya sudah bercakap dengan Menteri Besar, mana-mana ketua kampung yang cuai kita tamatkan perkhidmatan mereka. Kita kena berani jika kita betul-betul mahu menjayakan pembangunan desa. Elemen ini mesti diselesaikan terlebih dahulu.

Sebenarnya ketua kampung bukan sekadar elaun mereka kita naikkan, kita tambah lagi seorang ketua kampung dengan peruntukkan lebih kurang RM10,000 setahun. Ada ketua kampung yang langsung tidak gunakan peruntukkan itu, ada ketua kampung yang ada program membersihkan kawasan setahun empat kali tetapi mereka hanya buat sekali. Ini yang kita tidak mahu.

Kita akan rancang penduduk kampung tidak berasa mereka tertinggal jauh dengan suasana bandar. Daripada sudut kualiti hidup, kewangan, meningkatkan taraf kehidupan keluarga dan prasarana setempat. Sebagai contoh, jika orang di bandar ada lampu jalan di kampung pun kena ada lampu jalan.

Melestari desa ini kena ikut sama berkembang dalam memahami acuan ekonomi dalam kerajaan negeri. Jika rakyat Selangor mempunyai taraf hidup yang baik, kerajaan negeri sudah mempunyai keuntungan. Walaupun bukan daripada sudut duit. Mereka tidak jadi orang susah, mereka tidak menanggung bebanan sakit kronik begitu juga golongan belia tidak menganggur dan tidak terlibat dengan gejala dadah dan sebagainya.

Kita hendak jadikan 10 hingga 20 kampung sebagai kampung contoh. Sebahagiannya kita mulakan di kampung utara Selangor iaitu dari Kuala Selangor hingga Sabak Bernam begitu juga di Hulu Bernam. Ini kerana kemenangan Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum lalu, belum dapat menembusi masyarakat kampung di utara Selangor.

Mungkin mereka masih berfikiran lama tidak mahu melakukan perubahan. Mungkin juga mereka melakukan protes kerana kerajaan negeri tidak memberikan keutamaan kepada mereka dalam pembangunan jasmani dan rohani.

Ahmad Yakob yang mudah didekati

Harakah, 14 Jun 2013

(Keratan laporan Harakah edisi Isnin ini)

KOTA BHARU: Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yaacob, yang dilantik sebagai Menteri Besar pada 6 Mei lalu tidak putus-putus menerima ucapan tahniah di atas perlantikan itu.

Tidak kira di Pejabat Menteri Besar, mahupun di rumahnya di Kampung Pasir Pekan sering dikunjungi orang ramai bukan hanya untuk mengucapkan tahniah di atas kemenangan PAS kerana dapat mempertahankan Dun Pengkalan Pasir, sebaliknya sebagai Menteri Besar Kelantan yang baru.

Pimpinan politik Pakatan Rakyat sama ada PAS, KeADILan dan DAP turut bertemu dengannya untuk menyampaikan ucapan tahniah.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang antara pimpinan tertinggi parti mengunjungi beliau, PKRKelantan, Muslimat PAS Pusat dan negeri, Persada, Pemuda PAS Negeri Kelantan termasuk NGO yang lain.


Laporan penuh baca Harakah edisi Isnin mulai Ahad ini.

Suri rumah P. Pinang bakal dapat bantuan khas

Mohd Sabri Said, 14 Jun 2013
GEORGETOWN: Kerajaan Negeri Pulau Pinang sedang merangka skim khas kepada suri rumah sepenuh masa bagi menghargai jasa golongan itu yang tidak pernah mengenal erti penat lelah menguruskan rumah tangga seharian.

Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Haji Rashid Hasnon berkata, bantuan itu juga sebagai tanda sokongan dan keprihatinan kerajaan negeri terhadap golongan wanita yang memilih untuk bergelar suri rumah sepenuh masa.

"Selepas bantuan sekolah kepada anak-anak, bantuan warga emas, ibu tunggal, kini rakyat Pulau Pinang bakal menikmati satu lagi skim iaitu bantuan kepada surirumah sepenuh masa.

"Di harap skim ini mampu untuk membantu khususnya golengan berpendapatan rendah. Kita mahu pulangkan hak rakyat kepada rakyat," katanya.

Bagi merealisasikan hasrat itu katanya, kerajaan negeri akan menubuhkan pasukan Briged Wanita yang akan bergerak ke kampung-kampung bersama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) bagi mendapatkan data peserta yang layak.

Bagaimanapun jelasnya, nilai serta jumlah pemberian itu katanya akan diperincikan kemudian.

"Sekali lagi kita tegaskan, bantuan ini adalah untuk semua wanita bergelar suri rumah sepenuh masa tanpa mengira apa latar belakang politik mereka," katanya.

Antena menara Umno P.Pinang runtuh, MAINPP diminta pindah

Mohd Sabri Said, 14 Jun 2013
GEORGETOWN: Ekoran keruntuhan menara antena yang berada di atas Menara Umno Negeri Pulau Pinang di Jalan Macalister menjelang waktu magrib malam tadi, PAS mencadangkan penyewa di bangunan itu berpindah.

Antaranya pejabat Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAINPP) yang menyewa di dua tingkat di menara itu.

Kejadian itu sekaligus mencacatkan menara yang melambangkan kekuasan Umno Pulau Pinang yang selama ini bercakap besar serta sering mempertikaikan kebaikan yang Kerajaan Pakatan Rakyat lakukan demi memperbaiki rakyat tanpa mengambil tahu latar belakang politik serta merentasi batas perkauman.

"Walaupun hanya menara antena di bangunan Umno saja yang tumbang bukannya bangunan Umno setinggi 23 tingkat itu namun harus diingatkan ini merupakan satu peringatan dari Allah s.w.t bahawa jangan terlalu sombong dan angkuh dengan kebesaranya.

"Kepimpinan Umno sering bercakap tidak berlapik ketika berkempen pada Pilihanraya Umum ke 13 lalu, " kata Yang DiPertua PAS Jelutong, Mohd Yusof Mohd Noor.

Beliau mengulas kejadian yang mengakibatkan kecederaan tujuh pengguna jalanraya dua daripadanya parah manakala tujuh kereta turut rosak.

Keruntuhan antena mirip keris seiras yang berada di atas bumbung menara Umno itu sekaligus mencacatkan pemandangan dan kedudukan Umno di Pulau Pinang yang terus dipandang sepi masyarakat Melayu apabila kerusi milik dan majoriti Umno dapat dikurangkan.

Sambung Yusof (gambar kiri) , sebenarnya pembinaan bangunan Umno tersebut juga mempunyai sejarah hitam yang tersendiri.

Tambahnya, sekarang ini hampir 70 peratus bangunan tersebut tidak di sewa oleh mana-mana pihak cuma ada pejabat Umno dan dua tingkat pejabat Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAINPP).

"Apa pun yang terjadi kita kena muhasabah diri di manakah kesalahan kita dan banyaknya dosa yang kita kumpulkan, " kata beliau yang juga Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).

Ini  kejadian kedua berlaku dalam bulan Jun 2013 di Pulau Pinang setelah sebelum ini berlaku keruntuhan sebahagian Jambatan Ke Dua Pulau Pinang berdekatan Batu Maung.

Sementara itu, Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang mengucapkan takziah dan menyarankan UMNO Pulau Pinang mengambil tanggungjawab memberikan pampasan sewajarnya kepada pemilik kenderaan yang rosak teruk serta  orang awam yang cedera.

Umno tidak cukup sekadar mendoakan kesembuhan sahaja sebagaimana yang diluahkan Ketua Pemuda Umno negeri, Shaikh Husin dalam Malaysiakini.

Setiausahanya, Ustaz Afnan Hamimi Taib Azamudden (gambar kanan) berkata, ini membuktikan keselamatan bangunan Umno itu tidak lagi terjamin dan perlu sesuatu langkah diambil termasuk menyiasat supaya tidak lagi mengundang bahaya.

"Umno kena bertanggungjawab memberikan pampasan sewajarnya kepada individu yang cedera serta yang mengalami kerosakan kenderaan akibat terkena runtuhan menara antena di bangunan Umno bukan sekadar mendoakan kesembuhan mereka sebagaimna yang dinyatakan oleh Ketua Pemudanya, Shaikh Husin pada Malaysiakini," ujarnya dalam satu kenyataan.

Dewan Pemuda juga meminta Pejabat Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAINPP) yang berada di menara tersebut dipindahkan segera ke premis lain yang lebih selamat, terjamin, luas dan selesa.

Justeru itu, beliau mencadangkan agar MAINPP membina kompleknya sendiri tanpa menyewa lagi kepada Umno Pulau Pinang yang turut menunggu masa untuk runtuh.

"Inilah masa yang paling sesuai MAINPP mempunyai kompleknya sendiri tanpa menyewa lagi kepada Umno Pulau Pinang di menara yang turut menunggu masa untuk runtuh, " tegasnya.

Lawan atau tidak: Muhyiddin masih dalam dilemma

Harakahdaily, 14 Jun 2013
KUALA LUMPUR: Sumber Umno memaklumkan kepada Harakahdaily untuk menasihatkan agar berhati-hati dengan perang saraf di media yang dikhaskan untuk tatapan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sumber Umno itu merujuk kepada dua perkara pelik yang berlaku di alam maya baru-baru ini.

Perkara yang pertama ialah tindakan di kalangan blogger Umno yang membuat kajian online sendiri mengenai soalan “Apakah Datuk Seri Najib Tun Razak harus kekal sebagai presiden parti Umno?”

Kajian yang sengaja dipublisitikan oleh blogger Rocky Bru dan OutSyed the Box berkata lebih 70 peratus tidak bersetuju untuk Najib kekal sebagai presiden Umno.

Menurut tulisan OutSyed the Box, pada 12 Jun 2013, seramai 1,291 atau 75 peratus daripada 1,702 pengundi mengundi ‘Tidak Setuju’ manakala seramai 411 mengundi ‘setuju’ untuk Najib kekal sebagai presiden Umno.

Dalam pol terbaru yang blogger ini buat dengan soalan, "Apakah anda setuju tidak perlu diadakan pemilihan untuk jawatan tertinggi UMNO?, 95 peratus respondan atau 1264 mahu pemilihan Umno diadakan untuk peringkat tertinggi.

Ia berdasar dua pilihan jawapan yang diberi iaitu tidak perlu pemilihan (4%) dan Tidak setuju - pemilihan mesti diadakan (95%).

“Ini cuma perang saraf pada team Muhyiddin. Jika Muhyiddin membaca Harakahdaily selama ini, beliau patut lebih tahu bahawa geng-geng Najib sedang merekacipta satu keadaan bahawa presiden Umno diserang untuk menagih simpati ahli-ahli Umno untuk mempertahankannya,” kata sumber Umno kepada Harakahdaily.

Menurut beliau, ramai orang Najib yang tidak senang dengan laporan Harakahdaily mengenai seruannya menyuruh Muhyiddin untuk mencabar Najib.

“Sebab itu perang saraf terhadap Muhyiddin dimulakan. Selain itu, serangan pada adik Najib (Datuk Seri Nazir Razak) semua itu hanyalah satu wayang untuk mengajak Muhyiddin atau orangnya turut menyerang sama untuk mengundang simpati pada Najib dan mendedahkan hasrat Muhyiddin untuk merampas takhta Umno,” katanya.

Permainan saraf juga terus dimainkan dengan ura-ura bahawa terdapat sebilangan besar ahli parlimen BN mengambil keputusan untuk bertemu dengan Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah.

“Psywar ini bukan sekadar pada laporan media. Lawatan jumpa Ku Li juga adalah psywar. Mesejnya jelas untuk memancing Muhyiddin menunjukkan belangnya lebih awal samada beliau akan mencabar Najib. Najib perlukan jawapan ini. Muhyiddin masih menunggu masa yang sesuai untuk membuat keputusan,” kata sumber Umno itu lagi.

Apakah Muhyiddin sedar pada perkara ini?

“Beliau sedar tak sedar tak pasti. Yang pasti, pasukan Muhyiddin dah seperti masuk perangkap. Sekarang Muhyiddin masih dalam dilemma. Tiga Naib presiden Umno masih tidak menunjukkan sebarang petanda jelas antara Najib dan beliau, mereka akan berada di pihak siapa.

"Sudah tentu, orang Umno hanya nak berada di pihak yang akan menang. Tapi siapa yang akan menang? Sudah ada yang sengaja menghantar mesej bahawa dua gajah bergaduh, kancil di tengah-tengah mendapat keuntungan dengan menjual tiket,” katanya sambil gelak.

Namun begitu, sumber Umno tetap dengan pendiriannya agar Muhyiddin mencabar Najib.

“Muhyiddin perlu mencabar untuk menyelamatkan dirinya. Saya masih berpendapat asalkan ada Datin Seri Rosmah Mansor, peluang beliau untuk memenangi hati orang Umno dan Tun Dr Mahathir masih cerah,” katanya sebelum menamat perbualan.

Ribut: Umat Islam digesa berdoa dan bermuhasabah

Mohd Sabri Said, 14 Jun 2013
GEORGETOWN: Semua pihak wajar melakukan muhasabah ekoran ribut kuat yang melanda Pulau Pinang sehingga menara antena yang berada di atas bangunan Umno di Jalan Macalister runtuh petang semalam.


(Kereta yang musnah aklibat ditimpa menara antena di atas Menara Umno yang tumbang)

Menurut Yang DiPertua PAS Jelutong, Mohd Yusof Mohd Noor, kejadian itu bagi orang Islam tentunya memberi pengajaran tertentu iaitu sebagai ujian dari Allah SWT.

"Apa pun yang terjadi kita kena muhasabah diri di manakah kesalahan kita dan apa dosa yang kita sudah lakukan, " kata beliau yang juga Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).

Dalam kejadian ribut petang semalam, menara antena pemancar telekomunikasi di atas bumbung bangunan Umno itu runtuh, mengakibatkan sembilan orang cedera.

Struktur tersebut yang terletak di atas bumbung bangunan 21 tingkat itu, jatuh di atas jalan raya.

Ianya jatuh menghempap tujuh kenderaan termasuk sebuah lori yang membawa muatan tong gas.

Difahamkan kejadian ribut sama melanda 21 kawasan di seluruh Pulau Pinang.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, di daerah Timur Laut terdapat lapan tempat yang terlibat di mana ada yang pokok tumbang dan yang serius sekali di Jalan Macalister di mana antena (pemancar telekomunikasi) atas bangunan Menara Umno telah jatuh dan mengakibatkan seorang (pemandu lori pikap) cedera parah.

“Bagi daerah Seberang Perai Tengah ada dua tempat yang terlibat dan daerah Seberang Perai Utara ada 10 kawasan terlibat manakala di daerah Barat Daya melibatkan satu kawasan," katanya kepada pemberita di tempat kejadian di Jalan Macalister, hari ini.

Abdul Rahim berkata, kejadian itu juga mengakibatkan paip bawah tanah di jalan berkenaan pecah.

Tiada ulasan: