Gempar!! Mahathir Mulai Menyanggah Najib?
Posted on Tuesday, June 04 @ 19:33:08 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Oleh: matuse68
"Tidak
sampai seminggu selepas Najib melahirkan rasa bangga dengan kekuatan
dan kejayaan UMNO yang terus menjadi parti terkuat dengan kemenangan 88
kerusi Parlimen daripada 133 yang dimenangi BN serta hampir menyamai
kemenangan 89 kerusi oleh PR, hakikat itu seakan tidak dipersetujui oleh
orang yang masih berpengaruh dalam UMNO, Tun Mahathir Mohamad.
Bercakap
kepada pemberita di Yogyakarta, beliau berkata, kemenangan UMNO dalam
pilihanraya yang lalu bukanlah disebabkan kekuatan atau perpaduan dalam
UMNO tetapi disebabkan perasaan takut orang Melayu terutamanya kepada
parti lawan yang dipimpin oleh Anwar bersama dengan DAP menubuhkan
kerajaan di Malaysia.
"Kalau mereka mendirikan kerajaan di
Malaysia, sudah tentu nasib orang Melayu akan menjadi lebih buruk. Sebab
itu mereka memberikan sokongan kepada UMNO," kata Mahathir lagi.
Kenyataan
Mahathir ini sekaligus menyanggah kenyataan Najib baru-baru ini yang
seakan berbangga dengan pencapaian UMNO walaupun dalam masa yang sama
kemenangan BN juga diselubungi dengan pelbagai aspek kegagalan lainnya
seperti prestasi Najib yang lebih buruk daripada Pak Lah dan juga
kehilangan undi popular.
Najib yang membuat rumusan tentang
kekuatan UMNO itu tentunya dengan tujuan supaya kepimpinannya
dihargainya dan tidak ada sesiapa yang cuba mencabarnya dalam pemilihan
UMNO hujung tahun ini, terutamnya timbalannya Muhyiddin Yassin. Dengan
hanya menang tipis 133 kerusi berbanding Pak Lah yang mampu memenangi
140 kerusi, ketakutan Najib ketika ini ialah jika wujudnya desakan yang
memintanya berundur sebagaimana yang dialami oleh Pak Lah dahulu.
[Baca seterusnya...]"
Adakah Ku Li sudah siap bersilat?
Posted on Tuesday, June 04 @ 16:26:12 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Oleh: tokpepijat
"Bermula
dari calon UMNO yang tewas di Batu Pahat Puad Zakarshi, melarat ke
Negeri Sembilan dan kini menjangkit pada Naib Presiden UMNO Zahid Hamidi
pula.
Virusnya, "Jawatan Presiden dan Timbalan tidak perlu dipertandingkan". Virus ini dipercayai bakal "diratib" secara kuat-kuat di seluruh negara menjelang waktu pemilihan.
Macamana pula reaksi Tengku Razaleigh dengan cadangan tersebut?
Sebelum
perlembagaan UMNO tentang kuota pemilihan dipinda, Ku Li adalah calon
tunggal mencuba melepasi kuota kelulusan untuk bertanding jawatan
Presiden.Malangnya kerana puaka kuota tersebut, Ku Li tidak layak.
Kini,
puaka kuota tersebut telah dihapuskan. Sesiapa sahaja boleh bertanding
untuk jawatan tertinggi UMNO samada Presiden ,Timbalan maupun Naib
Presiden.
Hatta Saiful Bukhari pun boleh bertanding jika beliau ahli UMNO.
Barangkali Ku Li akan persetankan kenyataan pengampu-pengampu seperti Puad, Zahid dan Mohammad Hassan.
Proses
pemilihan kali ini, format baru akan digunakan iaitu berdasarkan
beberapa pembaharuan yang telah dibuat dalam Perlembagaan parti
antaranya pemilihan jawatan MT hingga Presiden dilakukan oleh hampir
150,000 perwakilan di 191 bahagian.
Perlembagaan baru UMNO telah digubal tiga tahun lalu dan akan dilaksanakan pada pemilihan tahun ini.
Dengan perlaksanaan perlembagaan baru UMNO ini, tentunya peluang Ku Li untuk mencabar terbuka luas.
cumanya kini, perlukah Ku Li buat satu pasukan regunya seperti dahulu? Seperti team Ku Li-Musa, Team Wawasan Anwar.
Barangkali
regu terbaik Ku Li adalah Muhyiddin Yassin. Muhyiddin dilaporkan dalam
"kebingungan" lantaran kenyataan "tok gurunya" Dr Mahathir di London.
Sudikah Muhyiddin jadi regu Ku Li ?Jika Muhyiddin tidak sudi,Ku Li kena berjuang berseorangan.
Adakah Ku Li sudah siap bersilat?"
Lihatlah akaun FB orang yang minta Facebook disekat
Posted on Tuesday, June 04 @ 13:57:02 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Oleh: laniismaa
"Pengerusi
Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps), Hamidzun Khairuddin tunjuk
pandai walaupun tak berapa pandai minta kerajaan menyekat Facebook.
Betullah kata orang tua-tua marahkan nyamuk kelambu dibakar.
Dia
berkata Facebook menjadi tempat untuk menyebarkan fitnah, menghina agama
dan kaum serta mencaci-maki pemimpin negara. Malaysia boleh mengikut
langkah Iran dan China yang menyekat akses ke laman Facebook. – Rujuk
SinarHarian
Anehnya
orang yang minta Facebook disekat kerana digunakan untuk memfitnah
serta menghina pemimpin negara juga berbuat demikian. Lihat akaun
Facebook Hamidzun Khairuddin Di SINI.
Salah satu contoh, pandai pula dia menghina Khalid Ibrahim dan Zuraidah dengan meletakkan gambar seperti di atas.
Jadi kita minta, kalau tangan tu dah dipenuhi tahi tak payahlah menyalahkan pihak lain berbau busuk. Nampak buruk!!
Baca juga: Gambar kaki terputus dilibas parang di Kelantan"
Kita rindukan hakim seperti dia........moga beliau dapat hidayah.
Posted on Tuesday, June 04 @ 12:32:13 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Oleh: tokpepijat
"“Hakim
itu ada tiga kategori. Satu kategori hakim masuk syurga, manakala dua
kategori hakim lagi masuk neraka. Hakim yang berilmu pengetahuan dan
kemudian mengadili (kes) dengan keilmuannya maka dia masuk syurga.
Manakala hakim yang mengadili tanpa ilmu (tentang kes yang diadilinya)
maka dia masuk neraka. Begitu juga hakim jahil yang mengadili kes
berteraskan kejahilannya maka dia juga masuk neraka.”
At-Tirmidzi: 1244
Pasca
PRU 13, kita dikejutkan satu syarahan oleh mantan hakim Melayu yang
rasis. Syukur kerana beliau berucap dalam keadaan telah "menanggalkan" baju hakim yang mulia.
Jika tidak, tentunya memalukan institusi kehakiman yang sedang berada dalam proses pemulihan imej angkara Dr Mahathir.
Mari kita baca dan hayati kisah seorang hakim di Amerika Syarikat.
Semua orang tahu sikap Amerika terhadap Islam. Bagi Amerika, Islam
sering dikaitkan dengan keganasan. Namun ironinya semakin kuat Amerika
menentang Islam dilaporkan semakin ramai rakyat di sana makin berminat
dengan Islam.
Tragedi 911 telah menyebabkan
perkembangan Islam di Amerika berlaku dengan agak pantas. Salah satu
indikasi bagi perkara ini adalah selepas serangan 911 Al-Quran menjadi
kitab yang paling laris dijual di beberapa wilayah di Amerika bagi
tempoh yang agak lama. Minat rakyat Amerika dengan Al-Quran sehingga
menyebabkan Penerbit buku yang terkenal , Penguin Books, yang telah
menerbitkan Al-Quran dalam bahasa Inggeris melaporkan ia telah mencetak
lebih dari 20,000 naskah AlQuran sejurus berlakunya tragedi 911.
Akhbar
USA Today melaporkan di dalam artikel bertajuk “"People Want to Know,
so Koran is Bestseller," penjualan naskah Al-Quran telah berganda 55
kali selepas 911. Apabila ditanya tentang perkara ini salah seorang
sarjana barat yang amat bersimpati dengan Islam, John Esposito
menyatakan “ kekuatan Al-Quran adalah mana-mana orang Islam atau sesiapa
sahaja membuka mana-mana helaian Al-Quran akan mendapat mesej betapa
Islam memandang tinggi tentang nyawa dan kehidupan manusia.”
Satu
kes yang berlaku di sebuah Mahkamah di Pennsylvania, Amerika. Ia
melibatkan seorang Islam , Talaag Elbayomy yang memukul seorang Atheist,
Ernie Perce yang telah menghina Nabi Muhammad s.a.w .
Ernie
Perce telah memakai pakaian yang menunjukkan kononnya mayat Nabi
Muhammad s.a.w. sedang bangun dan berjalan di dalam satu perarakan
sempena menyambut hari Halloween. Perbuatan beliau telah mengakibatkan
Talaag Elbayomy yang kebetulan bersama keluarganya menyaksikan perarakan
tersebut merasa bahawa perbuatan Earnie Perce tersebut menghina
Rasulullah s.a.w lalu memukul lelaki athiest tersebut.
Pegawai
Polis yang bertugas di perarakan tersebut iaitu Brian Curtis berpendapat
tindakan lelaki athies tersebut adalah termasuk di dalam kebebasan
bersuara yang dijamin oleh Pindaan Pertama Perlembagan Amerika maka
beliau telah menangkap lelaki Islam yang memukul lelaki Athies tersebut.
Dipendekkan cerita akhirnya lelaki Islam tersebut telah didakwa atas
tuduhan menggangu ( harrassament ) lelaki Athiest tersebut.
Kes
tersebut telah dibicarakan di hadapan Hakim Daerah, Mark Martin. Hakim
tersebut telah memutuskan lelaki Islam tersebut tidak bersalah dan
membebaskan beliau. Apa yang menarik semasa beliau membebaskan lelaki
Islam tersebut beliau telah memberi syarahan berikut:-
“Setelah
mempunyai peluang tinggal lebih dari dua tahun di negara umat Islam saya
rasa saya mempunyai pengetahuan sedikit sebanyak tentang Islam.
Hakikatnya saya ada senaskah Al-Quran di sini.. Saya ingin mencabar kamu
tuan ( lelaki Athiest tersebut ) tunjukkan kepada saya di mana di dalam
Al-Quran yang menyatakan bahawa Muhammad telah bangun dan berjalan
bersama orang-orang yang dah mati. Oleh itu sebelum kamu memperolok-olok
agama orang Iain kamu sepatutnya berusaha untuk mengetahui agama
tersebut
Di dalam masyarakat kita ( Amerika ) kita mempunyai
Perlembagaan yang memberi kita banyak hak khususnya hak di bawah Pindaan
Pertama. Amat malang setengah orang menguna Pindaan Pertama tersebut
bagi membuat provokasi ke atas orang lain dengan sengaja. Saya tidak
fikir itulah yang diniatkan oleh datuk moyang kita terdahulu. Saya rasa
datuk moyang kita berniat untuk mengguna Pindaan Pertama tersebut bagi
membolehkan kita menyampaikan apa yang ada di minda kita dan bukannya
bagi menghina dan mencerca orang lain atau budaya mereka – yang
malangnya itulah yang kamu lakukan.”
Hakim itu kemudiannya meneruskan syarahan beliau tentang Islam seperti berikut:-
“
Saya tidak rasa kamu sedar tuan bahawa di sana terdapat perbezan yang
besar bagaimana Amerika melaksanakan Kristian – saya faham kamu adalah
seorang Athiest ( tidak percaya agama ) – tapi kamu kena faham bahawa
Islam bukan sekadar agama. Islam adalah cara hidup dan budaya mereka.
Islam adalah segala-galanya bagi mereka ( orang Islam ). Mereka
bersembahyang lima kali sehari dan menghadap Mekah. Untuk menjadi orang
Islam yang baik sebelum mati kamu kena pergi ke Mekah menunaikan haji
melainkan kamu terlalu sakit atau terlalu tua tetapi kamu kenan berusaha
untuk melakukan haji. Perjumpaan mereka dimulakan dengan ‘Salam
alaikum, wa-laikum as-Salam yang ertinya Salam sejahtera ke atas kamu.
Adalah
menjadi kebiasaan dalam percakapan mereka apabila mereka bercakap
dengan orang lain mereka akan berkata “ Jika Allah mengkehendaki” ia
akan berlaku. Inilah tata cara kehidupan mereka. Apa yang kamu lakukan
adalah sama sekali meranapkan apa yang mereka anuti. Saya berpendapat
apa yang kamu lakukan adalah sangat sangat biadap dan meskipun kamu ada
hak , kamu bagaimanapun telah bertindak melampaui had-had yang
ditetapkan oleh Pindaan Pertama Perlembagaan..
Saya telah
mengabiskan masa selama tujuh tahun tinggal di negara-negara lain.
Apabila kita pergi ke negara lain bukan satu yang luar biasa orang
memanggil kita sebagai ‘ugly Americans” ( Amerika yang hodoh ). Ini
kerana kita terlalu mementingkan hak kita tetapi tidak langsung
mempedulikan hak-hak orang lain.”
Kita rindukan hakim seperti dia........moga beliau dapat hidayah."
Terkini!!! Sekatan Nurul Izzah Ke Sabah Ditarik Balik..
Posted on Tuesday, June 04 @ 12:21:26 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Oleh: matuse68
"KUALA LUMPUR,
3 Jun ― Larangan ke atas pemimpin pembangkang Pakatan Rakyat Nurul
Izzah Anwar daripada memasuki Sabah telah ditarik balik, kata pihak
polis yang mengesahkan perkara tersebut hari ini.
Memetik laporan
Astro Awani, Pesuruhjaya Polis Sabah, DCP Datuk Hamza Taib berkata
tiada sesiapa lagi yang dilarang masuk ke negeri Borneo tersebut tetapi
tidak memberikan sebab ia ditarik semula.
Kenyataan Hamza hadir
selepas laporan awal hari ini mendedahkan surat dari Pejabat Ketua
Menteri Sabah kepada Jabatan Imigresen yang menyenaraihitam beberapa
pemimpin pembangkang daripada masuk ke negeri tersebut.
Surat
bertarikh 21 Mei itu yang menggunakan kepala surat dari pejabat Datuk
Seri Musa Aman juga mengatakan senarai itu diluluskan oleh Kabinet Sabah
selepas mesyuarat pertama mereka bulan lalu pada 15 Mei, 10 hari
selepas pilihan raya umum ke 13.
“Setakat ini polis berkata, tidak ada individu lain yang dilarang kecuali Nurul. Tetapi larangan itu pun telah ditarik balik.
“Bagi
pemimpin-pemimpin yang lain jika mereka mahu datang tidak ada masalah
asalkan mereka mematuhi undang-undang,” kata Hamza yang dipetik berkata
kepada Astro Awani.
Laman Astro Awani juga melaporkan Ketua
Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Alias Ahmad tidak dapat mengesahkan
bahawa senarai hitam baru yang dikatakan melarang 10 individu daripada
parti pembangkang dan pemimpin masyarakat sivil daripada memasuki Sabah.
Laporan
tersebut menyenaraikan beberapa individu yang tidak dibenarkan masuk,
antaranya Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Mohd Rafizi Ramli,
Datuk Ambiga Sreenavasan, Mohamad Sabu, Syed Ibrahim Syed Noor, Wong
Chin Huat, Maria Chin Abdullah, Ong Boon Kiang dan Hishammuddin Rais.
[Baca seterusnya...]"
Tuan Guru Nik Aziz: Jangan perlekehkan pandangan rakyat marhaen
Posted on Tuesday, June 04 @ 12:17:57 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Oleh: setisab
"Saya
ingatkan, jangan sesekali memperlekeh pandangan pandangan rakyat
marhaen. Jika dahulu pemecatan Tun Salleh Abbas daripada jawatannya
selaku Ketua Hakim Negara turut dipertikai oleh rakyat jelata tetapi
kerajaan bermati-matian mempertahankan pemecatan tersebut. Alih-alih
apabila teraju pemerintahan negara diambil alih oleh orang lain, Tun
Salleh Abbas tidak semena-mena menerima pampasan daripada 'kesilapan
kerajaan'.
Siapa yang kata kerajaan tidak pernah silap?
Saya
membaca laporan muka hadapan Sinar Harian hari ini yang memuatkan
pengumuman YAB Perdana Menteri Malaysia bahawa kerajaan telah memutuskan
untuk memindahkan kawal selia dan fungsi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)
kepada satu Jawatankuasa Khas Parlimen yang bebas dan dwipartisan
dianggotai wakil rakyat kerajaan dan pembangkang. Khabarnya ini
bertujuan untuk memperkukuh kewibawaan dan kredibiliti badan pelaksana
pilihan raya negara. Saya memetik kata-kata Datuk Seri Najib yang antara
lain menyatakan bahawa langkah ini bagi memastikan peranan suruhanjaya
itu sebagai badan bebas tidak lagi dipersoalkan, sekali gus mengukuhkan
keyakinan rakyat terhadap peranannya mengadakan pilihan raya secara
telus dan lancar.
Pada saya, ini sebenarnya tidak lain hanyalah
sebesar-besar bukti bahawa proses perjalanan pilihanraya yang
dikendalikan oleh SPR sangat pincang. Inilah yang saya tegaskan kepada
para wartawan yang bergegas ke rumah saya meminta ulasan di atas
pengumuman Perdana Menteri itu. Jika sebelum ini, ada pemimpin UMNO yang
mencadangkan agar sesiapa yang tidak berpuas hati dengan perjalanan
pilihanraya boleh keluar dari bumi Malaysia, di mana agaknya wajahnya
ingin diletakkan dengan pengumuman Presiden UMNO itu sendiri?
Saya
ingatkan, jangan sesekali memperlekeh pandangan pandangan rakyat
marhaen. Jika dahulu pemecatan Tun Salleh Abbas daripada jawatannya
selaku Ketua Hakim Negara turut dipertikai oleh rakyat jelata tetapi
kerajaan bermati-matian mempertahankan pemecatan tersebut. Alih-alih
apabila teraju pemerintahan negara diambil alih oleh orang lain, Tun
Salleh Abbas tidak semena-mena menerima pampasan daripada 'kesilapan
kerajaan'. Siapa yang kata kerajaan tidak pernah silap?
Hari ini
dengan pelbagai persepsi masyarakat terhadap SPR, sewajarnya kerajaan
mengakui sahaja kesilapan. Isu dakwat kekal yang bertukar menjadi tidak
kekal dan senarai yang tidak bersih memperlihatkan seolah-olah kerajaan
hari ini berdiri di atas mandat yang tidak betul. Itu belum lagi
dicampur isu undi awal yang jelas sekali prosesnya benar-benar
menguntungkan Barisan Nasional. Benar sangatlah reaksi langsung daripada
rakyat di seluruh negara yang bangkit beramai-ramai menuntut
pembersihan di dalam pilihanraya. Perlu diingatkan, PAS bukan tidak
pernah kalah di dalam pilihanraya, bahkan PAS lebih banyak kalah
daripada menang. Namun dalam masa yang sama, PAS tidak boleh menerima
penipuan di dalam pilihanraya. Ingatlah, amanah yang diperolehi daripada
jalan yang haram hanya menjadi beban yang sangat berat untuk ditanggung
di akhirat kelak!
Saya fikir mustahil Barisan Nasional ingin
menurut jejak langkah rejim Hosni Mubarak di Mesir yang menang hampir
seratus peratus di dalam pilihanraya tetapi akhirnya kecundang di jalan
raya.
Dengarlah suara hati rakyat. SPR wajar dirombak,
perbetulkan kembali sistem pilihanraya. Sayangnya, UMNO lambat sedar.
Dalam pada rakyat bangkit beramai-ramai mempersoalkan kredibiliti SPR,
ada pemimpin UMNO masih bermain madah pujangga menegakkan benang yang
basah. Jika umpama orang yang tidur, UMNO hanya terjaga ketika matahari
tegak di atas kepala!
Salam hormat,
NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
Al-Mursyidul Am,
Parti Islam Semalaysia (PAS)
23 Rajab 1434H bersamaan 2 Jun 2013M
Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan