Rabu, 5 Jun 2013

JANGAN KITA CAKAP PASAL ISLAM KALAU KITA TIDAK ISLAM...DAN TAK MENDALAMINYA...AURAT TERBUKA ADALAH HARAM BAGI HUKUM ISLAM...JANGAN KITA BERCAKAP BENDA YANG BUKAN BIDANG KITA...LEBIH TAK ELOK...KITA TAK TAHU TENTANG ISLAM PUN

Alkisah menyayangi ayah…

Tuan Ibrahim Tuan Man, 05 Jun 2013
Hadik seorang bapa berumur 59 tahun. Akibat daripada tekanan kerja, Hadik mula terjebak dengan rokok, satu tabiat yang dibuangnya semenjak kahwin.

Isteri Hadik mempunyai asma, disebabkan itu Hadik berhenti merokok. Tapi kebelakangan ini, akibat pembelotan kawan-kawan mengenai pembelian tanah-tanah, Hadik terasa tertekan dan mula menghisap kembali rokok.

Di dalam rumahnya, Hadik terkenal dengan kegarangannya. Hadik juga dihormati anak-anaknya kerana ilmu agamanya. 3 orang anaknya termasuk isterinya tidak pernah berani mempersoalkan segala tindak-tanduknya.

“Ayah rokok nampak macho,” kata anak sulungnya, Nazdin.

Di sebalik tarian bogel

Ahmad Nazri Khamis,
Bagi saya cerita tarian bogel ataupun tarian separuh bogel tidaklah pelik kerana di negara kita, Malaysia kerajaan yang memerintah melalui mandat rakyat telah sekian lama memberikan keizinan.

Saya berpengalaman pada tahun 1991 hingga 1993 berkerja di 2 buah ‘Night Club’ di sekitar Johor Bahru dan saya masih ingat pada malam-malam tertentu, setiap malam Sabtu atau malam Ahad akan diadakan tarian yang dinamakan “Tiger Show”, model atau artis wanita dari dalam negara dan luar negara dijemput untuk buat persembahan.

Di sana kita boleh lihat bagaimana budaya lucah dipaparkan kepada orang ramai tidak kira peringkat usia dan saya pasti itu bukan perkara baru.

Dalam hal ini, MCA mengetuai dalam projek mendapat untung dalam merosakan rakyat Malaysia tidak mengira kaum, puncanya adalah Umno itu sendiri, bagaimana Umno boleh suka dan merestui apa yang dilakukan MCA tanpa tegas membantah, Umno kehilangan ‘telur’ bila berhadapan dengan pemimpin MCA.

Kita semua sedia maklum bahawa pemilik kelab-kelab malam seluruh negara hampir kesemuanya dimiliki oleh kaum cina, kelab-kelab dangdut pula dimiliki oleh orang Melayu dan ditambah pula berpuluh-puluh ribu pusat karaoke.

Di sebalik pusat-pusat hiburan yang saya maksudkan yang pasti telah mendapat kebenaran oleh pihak berkuasa sejak merdeka, siapa pihak berkuasa itu kalau bukan kerajaan yang memerintah yang diketuai oleh Umno.

Berita serbuan demi serbuan ke pusat-pusat hiburan yang dipaparkan untuk umum hanyalah auta belaka, serbuan itu bukanlah untuk membasmi gejala sosial secara menyeluruh bahkan sekadar hendak beritahu pihak penganjur “kalau lu mau berhibur lu mesti ada lesen”.

Saya berani berkata demikian bukan apa, kalau benar kerajaan ikhlas dan jujur mahukan Malaysia bebas daripada gejala yang tidak bermoral dan tidak sihat itu maka kerajaan Umno/BN sepatutnya menutup terus pusat hiburan yang dimaksudkan, pada saya tiada jalan lain lagi.

Saya kira dan penuh yakin bahawa ramai pimpinan MCAlah yang terlibat secara langsung dalam menjayakan pusat-pusat hiburan itu dengan sokongan pemimpin-pemimpin Melayu Umno.

Rakyat 47% yang telah memberi mandat kepada Barisan Nasional dalam PRU13 yang lepas 100% bertanggungjawab dalam segala bentuk celaka yang dibuat oleh kerajaan yang memerintah.

Pihak berkuasa polis, Anti dadah atau Jakim hanyalah menjalankan tugas dan usaha PAS dalam membantah program menjahanamkan otak rakyat serta program menjauhkan rakyat dengan Allah swt akan berterusan sehingga hari kiamat.

PAS tidak akan tunduk dan duduk diam.




Batu Pahat, Johor 5 Jun 2013

“Ya, ada orang mati kerana rokok, tapi berjuta lagi yang hidup walaupun rokok,” kata anak kedua, Zahdin.

Anak bongsunya Khalid pula tidak setuju dengan tindakan ayahnya merokok kerana kesihatan maknya kian terjejas.

“Kalau boleh, ayah hentilah rokok,” itu sahaja Khamad berkata.

Khamad diam tidak bersuara melihat dua abangnya terus memuji ayahnya.

Isteri Hadik berkata pada Khalid, “Biarkan ayah. Dia dah tua. Asalkan dia rasa lega, biarkan” sambil terbatuk-batuk.

Satu hari, penyakit asma isteri Hadik menyerang sehingga terpaksa masuk hospital.

Apabila doktor bertanya apakah udara di rumah tak bersih, mak Khalid berkata, “Tiada.”

Khalid sedar mengapa – asma maknya berpunca daripada asap kedua hasil tabiat merokok ayahnya, Hadik.

Melihat isterinya sakit semula, Hadik terasa bersalah.

“Bukan salah ayah. Ayah janganlah salahkan diri. Mungkin ada sebab lain mak sakit,” kata Nazdin.

“Ini penyakit lama mak. Bukan salah ayah. Jangan pula rasa bersalah,” kata Zahdin.

“Cukuplah abang semua. Ayah kena henti rokok. Mak dah 30 tahun tak kena asma. Sekarang kena balik. Jangan tutup perkara yang terang-terang… untuk mak, ayah kena henti rokok. Abang dan ayah tak akan tak perasan mak dah sering batuk-batuk sejak ayah mula hisap rokok,” kata Khamad.

“Jangan Mad biadap pada ayah. Ayah nak rokok itu hak dia. Ayah nak release stress. Tekanan ayah Mad bukannya faham. Ayah rasa tertekan dibelot kawan baru nak hisap rokok. Bukan hisap suka-suka. Ini perkara orang dewasa, Mad jangan campur tangan. Mad jangan tak hormat ayah. Ayah tahu apa yang ayah lakukan,” tengking Zahdin kembali.

“Saya tegur bukan tak hormat tapi sebab sayang. Abang nak jaga air muka ayah itupun sayang. Tapi sayang biarlah bertempat. Mak tengah sakit, abang pula bagi pelbagai alasan ayah patut rokok. Sepatutnya dari awal, masa ayah rokok, abang pujuk untuk hentikan. Ini bukan galakkan lagi – kata berjuta lagi hisap rokok tak ada masalah!” jawab Khamad.

Mendengar pertengkaran anak-anaknya, Hadik keluar ke taman hospital untuk mengambil angin.

Di sana, Hadik terjumpa seorang pakcik tua.

“Anak-anak anta semua sayang kat anta. Ada yang sayang sehingga tak sampai hati nak lukakan hati kita walaupun kita silap. Ada yang sayang tak nak lihat kita terluka apabila kita silap. Tapi jenis kedua itulah yang kita sering abai dan tak suka, kerana mereka berani melukakan hati kita untuk elakkan kita lukakan diri dan keluarga. Sayang jenis begini susah dicari dan bersyukur dalam keluarga anta adalah seorang yang berani memberi pendapat jujur bukan untuk mencari silap anta, tapi untuk memperbetulkan anta. Yang jenis satu itu kita suka kerana sentiasa berkata apa yang kita suka dengar kerana sayang… tapi sebagai orang tua kita harus faham yang mana ialah pujian dan yang mana ialah bodek ayah,” pakcik tua itu berkata sambil menepuk belakang Hadik.

Hadik berhenti merokok dan isterinya kembali sihat. Nazdin, Khamad dan Zahdin disuruh berdamai. Perhujahan mereka berdua bagus sebagai cermin untuk Hadik untuk menilai tindak-tanduknya. Bersyukur benar Hadik mempunyai anak-anak yang sayang padanya – cuma pendekatan mereka berlainan.

Senyum.

Ada banyak isi tersirat di sini – tapi seperti biasa hanya yang sudi membaca dan menerima pengajaran sahaja yang akan dapat.

Kerajaan Umno hina Agong bila tolak IPCMC

Abdul Aziz Mustafa, 05 Jun 2013
KUALA LUMPUR: Kerajaan Umnolah yang pertama sepatutnya didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong kerana keengganannya melaksanakan Suruhanjaya Bebas Salahlaku dan Aduan Polis (IPCMC) bukannya individu yang membuat melalui facebook pribadi mereka, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Jangan hanya sibuk menghentam dan mendakwa pengguna Facebook sahaja sedangkan yang lebih terang-terangan menghina Agong dan mesti didakwa sebelum yang lain ialah kerajaan Umno yang menolak cadangan Suruhanjaya Diraja Untuk Mempertingkatkan Operasi dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia supaya ditubuhkan IPCMC.

"Itu suruhanjaya diraja di bawah Agong tetapi kerajaan Umno menghina suruhanjaya itu dan melayan mereka seperti kumpulan tepi longkang apabila membakulsampahkan begitu sahaja cadangan suruhanjaya itu.

"Menghina suruhanjaya diraja di bawah Agong sama seperti menghina Agong," kata beliau sambil membangkitkan cadangan suruhanjaya itu bukan sahaja ditolak malah kerajaan membiarkan sahaja mereka dikecam dengan begitu terbuka oleh pihak-pihak yang berkepentingan.

Akibat penghinaan kerajaan Umno terhadap suruhanjaya diraja itu, kata Mahfuz (gambar kanan), kesannya kini ditanggung oleh rakyat dan mereka merasa semakin dianiayai.

"Tidak putus-putus kita dilaporkan dengan kematian demi kematian ketika dalam lokap polis.

"Belum sempat mahkamah jatuhkan hukuman, sudah mati dengan cara yang begitu dipertikaikan dalam lokap polis," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Mahfuz sependapat dengan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Khalid Abdul Samad yang berkata, sepatutnya balai polis adalah tempat paling selamat.

"Sepatutnya balai polis jadi tempat yang paling selamat bagi mana-mana orang kerana ia tempat yang dijaga mengikut undang-undang," kata Khalid.

Bila berlaku kematian orang yang ditangkap di dalam lokap polis dan Menteri Dalam Negeri tidak mengambil tindakan tegas, perkara itu menjatuhkan imej dan reputasi polis serta menghilangkan kepercayaan rakyat pada polis, kata Ahli Parlimen Shah Alam itu.

Bagi Mahfuz, apa yang berlaku itu kian membuktikan dengan jelas perlunya IPCMC.

"Lebih baik tubuh segera IPCMC sebelum rakyat menuduh balai polis sebagai pusat penyembelihan mereka yang ditangkap.

"Kita sama sekali tidak mahu perkara itu berlaku. Walaupun kita menentang tindakan memperalatkan polis untuk kepentingan Umno, tetapi kita amat menghormati peranan polis membanteras jenayah," katanya lagi.

IPCMC salah satu daripada 125 cadangan pembaikan pasukan polis yang dikemukakan Suruhanjaya Diraja Untuk Mempertingkatkan Operasi dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia pada tahun 2005.

Suruhanjaya yang dipengerusikan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohamed Dzaidin Abduullah itu mencadangkan IPCMC ditubuhkan sebelum 31 Mei 2007.

Sehingga kini, IPCMC masih belum terlaksana dan penangguhannya terus didesak oleh rakyat setiap kali terdapat berita tentang salah laku atau keganasan polis terhadap orang awam.

BN bukan parti terbuka, siapa sebenarnya Mahathir

Harakahdaily, 05 Jun 2013
KUALA LUMPUR: Cadangan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Barisan Nasional belum sampai masanya untuk menjadi sebuah parti yang terbuka kepada rakyat berbilang kaum di Malaysia menunjukkan siapa sebenar beliau dan partinya di depan rakyat.
“Tun Dr Mahathir telah membuktikan bahawa Barisan Nasional adalah parti berasaskan kaum dan sukar baginya menerima keahlian dari bangsa lain,” ujar Setiausaha Dewan Pemuda PAS Malaysia, Khairul Faizi Ahmad Kamil (gambar).

Katanya, Umno adalah hanya untuk orang Melayu, MCA dan Gerakan untuk kaum Cina manakala MIC untuk kaum India dan perjuangan mereka juga berasaskan kepada kepentingan bangsa mereka masing-masing.

Tambahnya, tatkala rakyat bercakap soal politik merentasi kaum, perpaduan antara sesama bangsa tanpa mengenal warna kulit dan bangsa, BN masih lagi berpegang pada ideologi lapuk ciptaan mereka.

Menurutnya, mereka menghad dan mengecilkan keahlian hanya pada sesuatu kaum sahaja.

“Di mana konsepnya 1Malaysia yang terdiri daripada pelbagai etnik dan budaya itu?”

“Apa salahnya BN menjadi parti tunggal yang menerima kehadiran semua bangsa sekiranya benar mereka memupuk perpaduan dan kesejahteraan kaum?” tanya beliau dalam satu kenyataan.

Katanya, PKR yang dianggap dikuasai oleh orang Melayu tetapi mempunyai pemimpinnya dari kalangan pelbagai bangsa serta memiliki ramai wakil rakyat bukan Melayu.

Beliau berkata, DAP yang dianggap parti untuk kaum Cina tetapi masih mempunyai wakil rakyat mereka dari kalangan bangsa Melayu dan India.

PAS pula, jelasnya memiliki calon-calon dari kalangan bukan Islam terdiri dari kaum Cina dan India serta ada Dewan Himpunan Penyokong PAS dari kalangan kaum India dan Cina.

“Bagaimana dengan Umno, berbilang bangsakah mereka?” tanya beliau.

Beliau menambah, budaya politik baharu yang gagal difahami oleh insan seperti Tun Dr Mahathir adalah politik merentasi budaya dan kaum dengan menolak perkauman sempit.

Menurutnya lagi, rakyat yang susah dan tertindas, meskipun dari jalur bangsa mana mereka, wajib dibantu dan dan ditolong.

“Agak mengharukan apabila kaum Cina bangkit membela nasib orang Melayu  di Kampung Bharu yang tergadai, orang Melayu yang membela tahanan India yang mati di lokap polis, serta kaum India dan Melayu sama-sama membela nasib orang Cina yang terabai dan tersisih,” katanya.

Beliau berkata, anak-anak muda pada hari ini berdiri bersama antara silang bangsa dan budaya menuntut hak mereka yang terabai, iaitu keadilan dalam kehidupan serta keprihatinan pemimpin terhadap nasib mereka.

Mereka, ujarnya sanggup berhimpun di mana sahaja bersama-sama tanpa membezakan bangsa dan budaya semata-mata mahu mendambakan sebuah demokrasi yang diidamkan semua bangsa.

“Malangnya, ketika rakyat melaungkan slogan keadilan dan perpaduan untuk rakyat, pemimpin BN pula masih enggan menerima politik baharu ini dan masih mengamalkan politik zaman kuno yang telah ditolak oleh rakyat,” katanya.

Tarian separuh bogel: Pemuda MCA Johor pula tolak pandangan PAS

Harakahdaily, 05 Jun 2013

KUALA LUMPUR: Selepas MCA Segamat, Pemuda MCA Johor pula menolak bantahan yang dibuat oleh PAS Segamat terhadap persembahan separuh bogel di sebuah pusat membeli belah di Segamat.

(Ini sebahagian gambar persembahan tarian belly dancers di sebuah pusat membeli belah di Segamat...gambar yang lebih buruk tidak disiarkan Harakahdaily untuk menjaga laman ini)

"Ketua PAS Segamat, Firdaus Masod telah menafsirkan tarian dari perspektif agama dan menyifatkannya sebagai menghina Islam dan badan agama.

"Tetapi tarian jenis ini perkara biasa di negeri yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi seperti Tuki, Iraq dan Mesir," kata Haw Chin Teck, Ketua Pemuda MCA Johor itu.

Beliau mengulas bantahan PAS Segamat ke atas 'tarian belly' (tarian ala padang pasir) yang berpakaian separuh bogel yang dipersembahkan di sebuah pasar raya di Segamat.

(Di Mesir, Turki dan Iraq, tarian seperti itu tidak diadakan di pasaraya tetapi di kelab-kelab malam dan kawasan khas di sana - editor.)

Bagi Pemuda MCA Johor, bantahan PAS ini adalah tindakan menghakis hak-hak bukan Islam secara perlahan-lahan ke atas seni yang liberal dan  persembahan kebudayaan.

"Bantahan dari PAS Segamat terhadap belly dancers di Segamat mall membayangkan tindakan PAS mahu memaksa pandangan kerasnya terhadap aktiviti kebudayaan dan ke atas orang bukan Islam," kata Chin Teck dalam kenyataannya.

Sebelum ini, MCA Segamat turut memberikan pandangan yang sama.

Harakahdaily sebelum ini menyiarkan pandangan PAS Segamat terhadap persembahan separuh bogel di tempat awam itu.

"Kami amat menyesali penganjuran tersebut diadakan secara terbuka yang ternyata menyalahi tatasusila adat dan budaya masyarakat Malaysia," kata Haji Firdaus Masod, Yang Di Pertua PAS Kawasan Segamat dalam kenyataannya.

Rata-rata yang menyaksikan tarian separuh bogel tersebut merasa agak terkejut dengan hidangan yang dipersembahkan pada malam tersebut.

Mereka lantas mempersoalkan bagaimana pihak berkuasa boleh terlepas pandang membenarkan suatu penganjuran yang menampilkan aksi lucah di pertontonkan kepada umum di daerah Segamat ini.


LAPORAN HARAKAHDAILY SEBELUM INI


Kritik tarian separuh bogel sifat mundur, kata MCA


Tarian separuh bogel hasil pemerintah tidak prihatin hukum agama



Tarian separuh bogel di pusat beli belah Segamat?

Tiada ulasan: