Imam Hoslan pertahan 'ijtihad ke atas perundangan'
Imam
Hoslan Hussin yang dibebaskan daripada hukuman penjara hari ini
mengakui kesal dengan perbuatan melemparkan selipar ke arah panel hakim
Mahkamah Persekutuan pada Mac lalu.
Namun beliau tetap mempertahankan bahawa tindakannya itu, yang menjadi kesalahan menghina mahkamah, merupakan satu "ijtihad" terhadap sistem perundangan yang disifatkannya "tidak betul".
Ditanya sama ada beliau mengesali perbuatan berkenaan, Hoslan menganggukkan kepala dan seterusnya menyatakan bahawa tindakan tersebut hanya satu "pendekatan ringan".
"Perlakuan saya yang lepas merupakan ijtihad dan pendekatan ringan terhadap sistem yang tak betul. Sistem ini yangg perlu kita perbetulkan.
"Tindakan saya ialah sebagai orang yang nak keadilan dan patuh pada pencipta," katanya lagi ketika ditemui Malaysiakini di pejabat Parol Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.
Mengulas lanjut, Hoslan turut menyifatkan penjara yang dihuninya selama tujuh bulan tiga hari itu sebagai satu "madrasah tarbiyah" baginya.
Tak nak masuk penjara lagi
Namun, bapa kepada tujuh orang anak itu berikrar untuk tidak melaluinya sekali lagi.
"Syukur saya dapat parol. Terima kasih semua. Saya dapat ambil pelajaran dari kejadian ini. Penjara merupakan madrasah tarbiyah. Banduan lain turut sedih saya nak keluar.
"Saya akui, saya tak nak masuk penjara lagi. Saya masuk kerana Allah Ta'ala," katanya.
Walaupun dibebaskan, Hoslan berkata beliau kini masih dipantau dalam tempoh parol selama sebulan.
Beliau tidak dibenarkan keluar daripada Kuala Lumpur sepanjang tempoh itu dan hanya akan dibebaskan sepenuhnya pada 8 November ini, katanya.
"Saya tak boleh gerak ke sana ke mari melainkan rujuk pada parol. Tak boleh keluar dari Kuala Lumpur dan hanya boleh ke kawasan yang ditentukan. Kalau nak keluar (Kuala Lumpur) kana beritahu," katanya lagi.
Hoslan dibawa oleh kakitangan penjara Kajang tiba di pejabat parol Bandar Tun Razak kira-kira jam 11 pagi tadi dan dipertemukan semula dengan isterinya Noorliza Mat Isa.
Difahamkan, satu majlis kenduri kesyukuran akan diadakan malam ini sempena pembebasannya di markas PAS Kampung Pandan.
Mahkamah Persekutuan pada April lalu menolak permohonan Hoslan untuk meringkankan hukuman penjara setahun yang dijalaninya sejak Mac, atas kesalahan menghina mahkamah berkenaan.
Hoslan pada 22 Februari lalu bertindak membaling alas kakinya ke arah panel tiga hakim mahkamah tersebut, selepas permohonannya supaya diberi kebenaran untuk membuat rayuan ditolak.
Dalam kejadian itu, Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkifli Ahmad Makinuddin dilaporkan cuba menenangkan Hoslan namun beliau dikatakan enggan mendengar alasan mahkamah untuk membenarkan bantahan ke atas permohonannnya.
Hoslan seterusnya mencampakkan kasutnya ke arah panel hakim yang hampir mengenai seorang daripda mereka.
Dua lagi hakim yang bersidang bersama adalah Hakim Datuk Suriyadi Halim Omar dan Datin Paduka Zaharah Zahari.
Pengarah Kumpulan Divisyen Rel Prasarana Khairani Mohamed berkata, keputusan itu dibuatnya sendiri untuk mengelakkan rempuhan di stesen LRT Masjid Jamek, berdekatan tapak bersejarah itu.
Katanya, suasana perhimpunan yang mirip festival pada 28 April itu menjadi panik selepas gas pemedih mata dilepaskan kira-kira jam 3 petang, menyebabkan keselamatan penumpang dan kakitangan stesen terancam.
Pihak yang berada dalam stesen juga terkena kesan pemedih mata walaupun selepas pintunya ditutup.
"Jika saya buka pintu, tentu akan lebih banyak berita," katanya dalam siasatan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) hari ini.
Beliau ditanya oleh pemerhati BERSIH Daniel Albert sama ada orang ramai patut dibenarkan masuk ke stesen secara beransur-ansur supaya mereka boleh meninggalkan kawasan itu secara teratur.

'Arahan tutup stesen kereta api bukan dari polis'
Tiada
arahan rasmi daripada polis untuk menutup stesen kereta api sekitar
Dataran Merdeka selepas gas pemedih mata dilepaskan terhadap peserta
perhimpunan BERSIH 3.0 di Dataran Merdeka, kata pegawai kanan Prasarana.Pengarah Kumpulan Divisyen Rel Prasarana Khairani Mohamed berkata, keputusan itu dibuatnya sendiri untuk mengelakkan rempuhan di stesen LRT Masjid Jamek, berdekatan tapak bersejarah itu.
Katanya, suasana perhimpunan yang mirip festival pada 28 April itu menjadi panik selepas gas pemedih mata dilepaskan kira-kira jam 3 petang, menyebabkan keselamatan penumpang dan kakitangan stesen terancam.
Pihak yang berada dalam stesen juga terkena kesan pemedih mata walaupun selepas pintunya ditutup.
"Jika saya buka pintu, tentu akan lebih banyak berita," katanya dalam siasatan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) hari ini.
Beliau ditanya oleh pemerhati BERSIH Daniel Albert sama ada orang ramai patut dibenarkan masuk ke stesen secara beransur-ansur supaya mereka boleh meninggalkan kawasan itu secara teratur.
Kajian: Himpunan Bersih 3.0 jejas prestasi BN
Harakahdaily, | 11 Okt 2012 |
KUALA LUMPUR:
Kajian oleh Pusat Kajian Demokrasi Dan Pilihan Raya Universiti Malaya
(UMCEDEL) mendapati isu Himpunan Bersih 3.0 yang diadakan pada 28 April
lalu mampu menjejaskan undi BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan
datang.
Kajian yang meletak persoalan "Adakah demonstrasi Bersih 3.0 yang menuntut pilihan raya bersih boleh menjadi isu yang kan menjejaskan prestasi BN dalam PRU13?" itu ditanyakan kepada 1536 responden.
Kajian ini dijalankan pada 1 September 2012 hingga 16 September 2012 di seluruh Semenanjung Malaysia dengan menggunakan kaedah temubual secara bersemuka dan soalan kaji selidik berstruktur.
Hasil kajian itu mendapati, 52 peratus daripada responden bersetuju dengan menyatakan isu himpunan Bersih 3.0 itu memberi kesan kepada BN.
Jika mengikut pecahan kaum pula, 62 peratus kaum Cina menjawab 'YA' diikuti India (51%) manakala Melayu (49%).
Kajian ini juga merekodkan 60 peratus daripada pengundi kali pertama bersetuju bahawa Himpunan Bersih 3.0 itu menjejaskan BN, manakala pengundi kali kedua pula sebanyak 52 peratus.
Selain isu Himpunan Bersih 3.0. kajian juga turut dibuat terhadap isu-isu lain seperti NFC, Lynas, kebanjiran pendatang asing tanpa izin (Pati), kegagalan mengurangkan kadar jenayah dan integriti pempimpin BN.
Daripada kesemua isu tersebut, paling boleh menjejaskan BN adalah isu berkaitan integriti pemimpin BN dengan kadar 66 peratus.
Ianya diikuti isu kebanjiran Pati (60%), Lynas (59%), NFC (55)%, kegagalan mengurangkan kadar jenayah (54%).
JEMPOL: Ketua Cabang PKR Jempol, Karip Mohd Salleh (gambar) mendakwa menerima ugutan daripada seorang individu yang tidak dikenalinya kira-kira jam 7.30 pagi semalam.
Ugutan yang dihantar melalui khidmat pesanan ringkas SMS itu mengandungi amaran kepada Karip bahawa mereka tidak akan teragak-agak 'menghapuskan' Karip, keluarga dan ternakannya.
Menurut Karip, penghantar sms itu memperkenalkan diri sebagai seorang wanita.
"Pengantar sms itu juga memberi amaran agar saya tidak selalu mengadakan ceramah di Felda Serting Hilir jika saya mahu selamat.
"Malah dia juga meminta saya menghentikan program ceramah jika saya mahu keluarga saya dan ternakan saya selamat," kata Karip.
Beliau berkata demikian selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol semalam.
Karip berkata, ugutan itu berkemungkinan ada kaitan dengan penganjuran program ceramah Pakatan Rakyat Jempol di Felda Serting Hilir 5, malam kelmarin.
Program Ceramah dan Artis Bersama Rakyat itu turut sertai oleh penyanyi Wan Aishah Wan Ariffin atau lebih dikenali sebagai Aishah dan pelawak Leman 'Raja Lawak'.
Kira-kira 30 ahli PKR, PAS dan DAP Jempol, mengiringi beliau membuat laporan polis itu.
"Saya mahu polis siasat segera kes ugutan ini dan ambil tindakan tegas terhadap invidivu tersebut," katanya.
Turut hadir ialah Yang DiPertua PAS Jempol, Abdul Rahman Ramli dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bahau, Teo Kok Seong.
Dalam satu jawapan bertulis kepada anggota Parlimen Batu Tian Chua di Parlimen hari ini, Nazri berkata elemen rasuah tidak dibuktikan dalam kes tersebut.
"Jabatan Peguam Negara telah meneliti dan mempertimbangkan keterangan yang dikemukakan oleh SPRM dan memutuskan bahawa elemen perbuatan rasuah tidak dibuktikan.
"Dana tersebut ialah sumbangan yang dibuat kepada Badam Perhubungan Umno Sabah dan bukannya untuk tujuan persendirian ketua menteri," katanya.
Jawapan yang dikemukakan Nazri itu juga menyatakan bahawa badan pencegahan rasuah Hong Kong ICAC tidak mengambil tindakan lanjut berdasarkan keputusan siasatan SPRM itu.
Permohonan kerjasama ICAC untuk menyiasat perkara jenayah berhubung akaun bank di Switzerland juga ditarik balik atas alasan sama, katanya.
Usahawan tersebut yang dikenalpasi sebagai Michael Chia, ditahan pada 14 Ogos 2008 di lapangan terbang antarabangsa Hong Kong dengan matawang Singapura berjumlah RM40 juta di dalam bagasinya sebelum menaiki pesawat yang menghala ke Kuala
(Adnan menyampaikan anugerah audit terbaik kepada YDP MPKB)
KOTA BHARU: Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI), mendapat pengiktirafan sebagai Audit Kewangan Terbaik seluruh negara peringkat PBT 2011 baru-baru ini.
Sempena pengiktirafan yang diadakan di sebuah hotel itu, Yang Dipertua MPKB-BRI, Fauzi Mat menerima cenderahati dari Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaacob.
Pengarah Perhubungan Awamnya, Azman Mohd Daham, berkata dengan penganugerahan itu membuktikan MPKB-BRI merupakan sebuah agensi kerajaan negeri yang bersih khususnya dalam menyalurkan sumber kewangan.
Katanya, ekoran pentadbiran kerajaan negeri khususnya MPKB-BRI sendiri yang teliti dalam menjaga sumber kewangan, akhirnya hasil yang baik telah diperolehi.
“Ia juga turut membuktikan pengurusan kewangan yang cekap serta tidak boros,”ujarnya.
Sehubungan itu, beliau mengucapkan tahniah kepada Fauzi serta semua kakitangan MPKB-BRI kerana telah memberikan contoh yang baik kepada semua hingga ianya diakui di peringkat negara.
Baru-baru ini Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaacob, menyampaikan cenderahati kepada Fauzi yang mewakili kerajaan negeri dan MPKB sempena pengiktirafan itu.
KUALA LUMPUR: PAS mempersoal sikap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak serta pemimpin BN lain yang enggan bertemu dengan aktivis dan pelajar sekolah agama rakyat (SAR) yang datang ke parlimen hari ini.
Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, berkata amat malang apabila seorang Perdana Menteri lebih sanggup bertemu George Soros berbanding para pelajar sekolah agama yang juga rakyat sendiri.
"Kalau Najib dilaporkan sanggup memperuntukkan masanya untuk bertemu Soros di New York, mengapa tidak boleh jumpa aktivis dan pelajar tersebut?
"Aktivis dan pelajar itu sudah datang ke hadapan Parlimen dan tidak perlu ke tempat-tempat mereka untuk berjumpa, mengapa tidak ada seorang pun pemimpin Umno BN yang turun bertemu mereka?" Salahuddin mempersoalkan.
Pagi tadi dianggarkan hampir 1,000 aktivis dan pelajar SAR berhimpun di hadapan bangunan Parlimen untuk menuntut peruntukan kepada sekolah mereka dalam Belanjawan 2013.
Mereka turut menyerahkan satu memorandum kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Salahuddin.
Salahuddin menyifatkan apa yang berlaku itu menceritakan dengan jelas tentang perbezaan layanan kerajaan Umno BN kepada rakyat berbanding dengan layanan kepada Soros.
Malaysiakini hari ini melaporkan, Najib telah mengadakan pertemuan peribadi dengan Soros kira-kira dua tahun lalu.
Menurut portal berita itu, pertemuan Najib-Soros itu telah disahkan dengan satu sumber yang mempunyai pengetahuan langsung mengenainya.
Pertemuan Perdana Menteri dengan Soros yang dituduh membiayai NGO Malaysia untuk perubahan rejim, berlaku pada 27 September 2010 lalu, lapor Malaysiakini.
Kajian yang meletak persoalan "Adakah demonstrasi Bersih 3.0 yang menuntut pilihan raya bersih boleh menjadi isu yang kan menjejaskan prestasi BN dalam PRU13?" itu ditanyakan kepada 1536 responden.
Kajian ini dijalankan pada 1 September 2012 hingga 16 September 2012 di seluruh Semenanjung Malaysia dengan menggunakan kaedah temubual secara bersemuka dan soalan kaji selidik berstruktur.
Hasil kajian itu mendapati, 52 peratus daripada responden bersetuju dengan menyatakan isu himpunan Bersih 3.0 itu memberi kesan kepada BN.
Jika mengikut pecahan kaum pula, 62 peratus kaum Cina menjawab 'YA' diikuti India (51%) manakala Melayu (49%).
Kajian ini juga merekodkan 60 peratus daripada pengundi kali pertama bersetuju bahawa Himpunan Bersih 3.0 itu menjejaskan BN, manakala pengundi kali kedua pula sebanyak 52 peratus.
Selain isu Himpunan Bersih 3.0. kajian juga turut dibuat terhadap isu-isu lain seperti NFC, Lynas, kebanjiran pendatang asing tanpa izin (Pati), kegagalan mengurangkan kadar jenayah dan integriti pempimpin BN.
Daripada kesemua isu tersebut, paling boleh menjejaskan BN adalah isu berkaitan integriti pemimpin BN dengan kadar 66 peratus.
Ianya diikuti isu kebanjiran Pati (60%), Lynas (59%), NFC (55)%, kegagalan mengurangkan kadar jenayah (54%).
Ketua cabang PKR Jempol terima sms ugutan
Faiz Abdullah, | 11 Okt 2012 |
Ugutan yang dihantar melalui khidmat pesanan ringkas SMS itu mengandungi amaran kepada Karip bahawa mereka tidak akan teragak-agak 'menghapuskan' Karip, keluarga dan ternakannya.
Menurut Karip, penghantar sms itu memperkenalkan diri sebagai seorang wanita.
"Pengantar sms itu juga memberi amaran agar saya tidak selalu mengadakan ceramah di Felda Serting Hilir jika saya mahu selamat.
"Malah dia juga meminta saya menghentikan program ceramah jika saya mahu keluarga saya dan ternakan saya selamat," kata Karip.
Beliau berkata demikian selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol semalam.
Karip berkata, ugutan itu berkemungkinan ada kaitan dengan penganjuran program ceramah Pakatan Rakyat Jempol di Felda Serting Hilir 5, malam kelmarin.
Program Ceramah dan Artis Bersama Rakyat itu turut sertai oleh penyanyi Wan Aishah Wan Ariffin atau lebih dikenali sebagai Aishah dan pelawak Leman 'Raja Lawak'.
Kira-kira 30 ahli PKR, PAS dan DAP Jempol, mengiringi beliau membuat laporan polis itu.
"Saya mahu polis siasat segera kes ugutan ini dan ambil tindakan tegas terhadap invidivu tersebut," katanya.
Turut hadir ialah Yang DiPertua PAS Jempol, Abdul Rahman Ramli dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bahau, Teo Kok Seong.
'RM40j wang seludup untuk Umno Sabah, bukan Musa'
Menteri
hal ehwal undang-undang Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, kertas
siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menunjukkan, wang
berjumlah RM40 juta yang cuba diseludup ke Malaysia melalui Hong Kong
merupakan sumbangan kepada Umno negeri dan bukannya kepada Ketua Menteri
Datuk Seri Musa Aman.Dalam satu jawapan bertulis kepada anggota Parlimen Batu Tian Chua di Parlimen hari ini, Nazri berkata elemen rasuah tidak dibuktikan dalam kes tersebut.
"Jabatan Peguam Negara telah meneliti dan mempertimbangkan keterangan yang dikemukakan oleh SPRM dan memutuskan bahawa elemen perbuatan rasuah tidak dibuktikan.
"Dana tersebut ialah sumbangan yang dibuat kepada Badam Perhubungan Umno Sabah dan bukannya untuk tujuan persendirian ketua menteri," katanya.
Jawapan yang dikemukakan Nazri itu juga menyatakan bahawa badan pencegahan rasuah Hong Kong ICAC tidak mengambil tindakan lanjut berdasarkan keputusan siasatan SPRM itu.
Permohonan kerjasama ICAC untuk menyiasat perkara jenayah berhubung akaun bank di Switzerland juga ditarik balik atas alasan sama, katanya.
Usahawan tersebut yang dikenalpasi sebagai Michael Chia, ditahan pada 14 Ogos 2008 di lapangan terbang antarabangsa Hong Kong dengan matawang Singapura berjumlah RM40 juta di dalam bagasinya sebelum menaiki pesawat yang menghala ke Kuala
MPKB terima anugerah audit terbaik
Salmah Mat Husain, | 11 Okt 2012 |
(Adnan menyampaikan anugerah audit terbaik kepada YDP MPKB)
KOTA BHARU: Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI), mendapat pengiktirafan sebagai Audit Kewangan Terbaik seluruh negara peringkat PBT 2011 baru-baru ini.
Sempena pengiktirafan yang diadakan di sebuah hotel itu, Yang Dipertua MPKB-BRI, Fauzi Mat menerima cenderahati dari Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaacob.
Pengarah Perhubungan Awamnya, Azman Mohd Daham, berkata dengan penganugerahan itu membuktikan MPKB-BRI merupakan sebuah agensi kerajaan negeri yang bersih khususnya dalam menyalurkan sumber kewangan.
Katanya, ekoran pentadbiran kerajaan negeri khususnya MPKB-BRI sendiri yang teliti dalam menjaga sumber kewangan, akhirnya hasil yang baik telah diperolehi.
“Ia juga turut membuktikan pengurusan kewangan yang cekap serta tidak boros,”ujarnya.
Sehubungan itu, beliau mengucapkan tahniah kepada Fauzi serta semua kakitangan MPKB-BRI kerana telah memberikan contoh yang baik kepada semua hingga ianya diakui di peringkat negara.
Baru-baru ini Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaacob, menyampaikan cenderahati kepada Fauzi yang mewakili kerajaan negeri dan MPKB sempena pengiktirafan itu.
Jumpa Soros boleh, jumpa pelajar SAR tak mahu
Abdul Aziz Mustafa, | 11 Okt 2012 |
KUALA LUMPUR: PAS mempersoal sikap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak serta pemimpin BN lain yang enggan bertemu dengan aktivis dan pelajar sekolah agama rakyat (SAR) yang datang ke parlimen hari ini.
Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, berkata amat malang apabila seorang Perdana Menteri lebih sanggup bertemu George Soros berbanding para pelajar sekolah agama yang juga rakyat sendiri.
"Kalau Najib dilaporkan sanggup memperuntukkan masanya untuk bertemu Soros di New York, mengapa tidak boleh jumpa aktivis dan pelajar tersebut?
"Aktivis dan pelajar itu sudah datang ke hadapan Parlimen dan tidak perlu ke tempat-tempat mereka untuk berjumpa, mengapa tidak ada seorang pun pemimpin Umno BN yang turun bertemu mereka?" Salahuddin mempersoalkan.
Pagi tadi dianggarkan hampir 1,000 aktivis dan pelajar SAR berhimpun di hadapan bangunan Parlimen untuk menuntut peruntukan kepada sekolah mereka dalam Belanjawan 2013.
Mereka turut menyerahkan satu memorandum kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Salahuddin.
Salahuddin menyifatkan apa yang berlaku itu menceritakan dengan jelas tentang perbezaan layanan kerajaan Umno BN kepada rakyat berbanding dengan layanan kepada Soros.
Malaysiakini hari ini melaporkan, Najib telah mengadakan pertemuan peribadi dengan Soros kira-kira dua tahun lalu.
Menurut portal berita itu, pertemuan Najib-Soros itu telah disahkan dengan satu sumber yang mempunyai pengetahuan langsung mengenainya.
Pertemuan Perdana Menteri dengan Soros yang dituduh membiayai NGO Malaysia untuk perubahan rejim, berlaku pada 27 September 2010 lalu, lapor Malaysiakini.
Himpunan Kebangkitan Rakyat ditangguh Jan 2013
Hazayani Zakaria, | 11 Okt 2012 |
KUALA LUMPUR: Himpunan
Kebangkitan Rakyat yang dijadualkan berlangsung di Stadium Nasional
Bukit Jalil, 3 November ini ditangguhkan kerana stadium tersebut akan
digunakan untuk Pertandingan Bolasepak Piala Suzuki AFF.
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, himpunan tersebut bagaimanapun digantikan dengan pelancaran Himpunan Kebangkitan Rakyat di Negeri Sembilan pada tarikh yang sama.
"Pakatan Rakyat Negeri Sembilan sudah pun bersetuju untuk diadakan pelancaran himpunan ini dan kita akan adakan perhimpunan ini di peringkat zon dan negeri," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Mohamad berkata, Pakatan Rakyat mencadangkan tarikh 12 atau 19 Januari tahun hadapan untuk Himpunan Kebangkitan Rakyat sebagai kemuncaknya dan memohon penggunaan Stadium Nasional Bukit Jalil atau Stadium Merdeka.
"Kita harap pihak stadium menghormati seruan Perdana Menteri agar setiap perhimpunan diadakan di stadium dan memberi kebenaran kepada kita untuk menggunakan salah satu stadium itu," katanya.
Namun katanya, sekiranya permohonan menggunakan stadium tida diluluskan, himpunan tersebut akan tetap diadakan di jalan raya.
"Kita akan tetepa berhimpun di luar stadium jika tidak dibenarkan menggunakan stadium," katanya.
Tambah beliau, peserta digalakkan memakai empat warna ke himpunan tersebut iaitu kuning, merah, oren dan hijau.
"Warna kuning sebagai menyokong semangat Bersih, hijau sebagai menyokong Lynas, oren sebagai menyokong perjuangan Anak dan merah sebagai menyokong royalti Kelantan," katanya lagi.
Himpunan itu bertujuan menggesa lapan tuntutan Gabungan Menuntut Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang hampir tidak dihiraukan oleh kerajaan.
Sementara itu, Ahli Parlimen Rasah. Anthony Loke yang juga Ketua Pemuda DAP berkata, pihaknya sudah membuat permohonan untuk menggunakan Padang Majlis Perbandaran Seremban pada 3 November ini.
"Kita mohon untuk buat di Padang Majlis Perbandaran Seremban supaya ada ruang yang mencukupi untuk aktiviti," katanya.
Turut bersama pada sidang media, Mohd Firdaus Jaafar (PAS-Jerai), Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS-Rantau Panjang), Dr. Siti Mariah (PAS-Kota Raja), Adun Paroi, Taufek Abdul Ghani dan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat lain.

Ini slogan baru betui "Saman Rakyat 1Malaysia"
http://batuvskayu.blogspot.com, | 11 Okt 2012 |
BRIM 1 dan Brim2 dan perlbagai
insentif dari kerajaan hanya gula gula sementara kepada rakyat.Pada
hakikat rakyat Malaysia terlupa bahawa ada satu lagi insentif
tersembunyi dari kerajaan kepada rakyat iaitu SR1M (Saman Rakyat
1Malaysia) .
Apa itu SR1M (Saman Rakyat 1Malaysia)?
SR1M ialah cara untuk kerajaan mencari duit. Tangan kanan memberi
tangan kiri mengaut yakni [tangan kanan beri BR1M dan tangan kiri kaut
melalui SR1M].
Bagi aku AES hanya nak kutip wang
bukan mendidik. Ianya hanya satu alat UMNO untuk menindas rakyat. Mula
dari ia dilancarkan bermakna 24 jam sehari rakyat dirakam kelakuan
mereka untuk mengaut wang bagi puak UMNO bangang ni.
Khabarnya satu kesalahan boleh dikompaun RM300 dan maksima RM2000. uiksss banyak tu .
Yang untung Kroni yang mendapat tender sistem ini, lagi banyak rakam dibuat bermakna lagi kaya kroni ini
ha ha ha LOL~~~~~ ate pangkoh le lagi BN!! pada muka aku dan komer bila terkena saman nanti.
Aku mendengar perkabaran bahawa ramai Ahli Parlimen menentang AES ini, untuk mengetauhui lanjut boleh layari di sini
# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.
Demonstrasi air Taman Medan dusta semata-mata
Hafizan Taib Selangorku, | 11 Okt 2012 |
SHAH ALAM:
Kesemua penghuni flat Taman Medan Cahaya PJ2, Taman Datuk Harun,
Petaling Jaya telah menikmati skim air percuma Kerajaan Selangor sejak
akhir tahun lepas.
Oleh itu dakwaan sebuah NGO di dalam sebuah akhbar pada 8 Okt bahawa 3,000 penduduk di flet tersebut tidak menerima skim air percuma adalah dusta dan berbaur politik, kata Adun Taman Medan Haniza Talha.
Menurutnya, rebat air juga telah diperoleh apabila Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) sudah mengemukakan permohonan bagi mendapatkannya daripada Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).
“Orang-orang yang buat tuntutan itu semuanya penduduk yang telah menerima air percuma.
Penduduk yang duduk di flat yang mengatakan mewakili 3,000 orang sebenarnya hanya ada lebih 1,000 orang dan semua mereka dari blok dari A hingga H sudah menerima potongan rebat air daripada SPNB.
“Tuntutan mereka itu hanya berbaur politik kerana ia jelas mereka sudah mendapat perkhidmatan itu tetapi mendakwa kononnya tidak dapat,” katanya ketika dihubungi TVSelangor di sini hari ini.
Haniza yang juga Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor mengulas laporan media mengenai demonstrasi sebahagian penduduk di flat itu Ahad lalu yang mendakwa tidak mendapat air percuma 20 meter padu.
Beliau berkata, penduduk yang terlibat dalam demonstrasi itu telah digunakan demi kepentingan politik Umno-BN.
“Saya mempunyai dokumen daripada Unit Pesuruhjaya Bangunan (COB) yang mengatakan mereka sudah mendapat rebat itu dari Julai lepas atau mungkin lebih awal dari itu,” katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan