Dr M: Undi pembangkang bermakna undi Soros
Bekas
perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa undi kepada
pembangkang merupakan undi kepada usaha jutawan George Soros untuk
menjajah Malaysia.Dalam satu tulisan di akhbar New Sunday Times hari ini, Mahathir memetik beberapa sumber yang menyatakan Soros sebelum ini berusaha berbuat demikian di Hungary, Ukraine dan Georgia.
Sumber yang dipetik Mahathir itu antara lainnya menyatakan bahawa Soros membiayai NGO untuk membentuk "masyarakat sivil" bagi memberi peluang untuk "penjajahan" baru.
Beliau juga mengaitkan perkara itu dengan "kegemaran" bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika di dalam kerajaan.
Mahathir juga menyatakan betapa Anwar kini masih bercakap mengenai "masyarakat sivil".
"Kesamaan idea di antara kedua-duanya, Soros dan Anwar adalah signifikan," tulisnya.
Mahathir menganggap, salah satu proksi Soros adalah Malaysiakini yang disifatkannya sebagai NGO yang menjalankan perintah "jahat" bagi meletakkan "orang-orangnya" di tampuk kuasa.
"Dia (Soros) menganggap Malaysiakini sebagai NGO untuk diperalat untuk mencapai objektifnya.
"Tentu ada NGO asing dan kerajaan lain yang memperalat pembangkang Malaysia untuk kepentingan mereka.
"Undi untuk pembangkang adalah undi untuk Soros, si penyangak matawang," tulisnya.
Undi-Soros: MB Selangor sangkal Mahathir
7 Oktober 2012
“Dr Mahathir turut menuduh pemimpin tertinggi PKR mempunyai ikatan dengan Soros dan saya hairan kenapa beliau boleh bercakap begitu?
“Saya percaya rakyat dan ahli cabang PKR tidak tertipu dan percaya tiada penduduk di sini pun mengenali Soros,” katanya dalam ucapan merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PKR 2012 di Dewan Harmoni Ijok, hari ini.
Dr Mahathir mendakwa demikian dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini.
Abdul Khalid yang juga Ketua Cabang Kuala Selangor turut kecewa dengan sikap segelintir ahli yang cuba memperlekehkan parti dan masih was-was dengan kekuatan Pakatan Rakyat yang berhasrat untuk menawan Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang.
“Saya mengakui masih ada ahli yang sanggup ‘makan’ dan memijak ahli lain demi kepentingan diri sendiri sedangkan kita perlu bersatu serta bersikap matang dalam mencapai matlamat parti,” katanya.
Dalam mesyuarat yang dihadiri 153 ahli turut menimbulkan kekecohan apabila beberapa ahli mempertikaikan minit mesyuarat yang didakwa tidak mengikut perlembagaan termasuk tiada tandatangan pengesahan oleh Pengerusi Tetap sebelum minit itu disokong.
Lebih menggamatkan suasana, soalan bertalu-talu terbabit seolah-olah tidak menghormati perjalanan majlis sekali gus menjadikan keadaan dalam dewan kelam-kabut dan menyebabkan Pengerusi Tetap, Ibrahim Mahidin terpaksa menenangkan keadaan.
Ahlinya, Mazli Saring menyelar tindakan meneruskan mesyuarat tersebut meskipun beberapa ahli mempersoalkan cara pengendaliannya yang didakwa tidak mengikut perlembagaan parti.
“Bagaimana kita mahu menawan Putrajaya sekiranya ahli jawatankuasa sendiri gagal mengendali mesyuarat kecil seperti ini dan sentiasa mengulangi kesalahan yang sama seolah-olah mereka tidak buat kerja dengan sempurna,” katanya.
Mahathir, Soros & dolar Amerika
Suaram
ialah sebuah NGO yang memperjuangkan hak asasi manusia. Pada tahun
1987, Mahathir Mohamad melancarkan Operasi Lalang dan menangkap 106
musuh politiknya. Kerana Mahathir menggunakan ISA menentang musuh
politiknya maka Suaram ditubuhkan. Justeru, tidak salah kalau umum
berkata "Suaram ini ditubuhkan oleh Mahathir sendiri".
Satu perkara yang wajib diberitahu kepada warga, dalam negara Malaysia yang kurang hak kebebasan ini amat-amat susah untuk menubuhkan NGO bawah lembaga Pendaftar Pertubuhan. Lebih senang mendirikan perniagaan rumah judi dan membuka ‘kedai lendir' dari mendirikan NGO.
Kerana tekanan, banyak NGO di Malaysia ini ditubuhkan bawah lembaga Pendaftar Syarikat. Suaram dikata ‘berniaga' melalui Suara Inisiatif Sdn Bhd. Ini kerana tidak dapat mendafar diri sebagai pertubuhan. Hanya dengan mendaftar sebagai sebuah syarikat barulah NGO ini dapat bergerak halal.
Pada ketika ini Suaram dan banyak NGO di Malaysia sedang diserang dan menerima pelbagai tuduhan. Sebenarnya Suaram diserang kerana membawa kes dakwaan rasuah pembelian kapal selam Scorpene ke mahkamah Perancis. Kes ini pula berkait rapat dengan kes pembunuhan Altantuya - gadis cun dari Mongolia.
Kes Scorpene di Mahkamah Perancis yang sedang berjalan. Dari laporan awal telah disahkan bahawa mahkmah akan memanggil Balasubramaniam, ayah mendiang Altantuya Profesor Shaaribu, Najib Razak dan Razak Baginda sebagai saksi.
Saheh dan jelas, kes Scorpene di Paris menjadi sebab utama serangan datang bertubi ke atas Suaram. Mahkamah Paris akan membicarakan sama ada benar dakwaan Najib Razak dan Razak Baginda meminta ‘duit sogokan' dari syarikat DCNI - pembuat kapal selam. Bukan kecik anak duit yang didakwa diminta oleh Najib. Laporan awal dari mahkamah menunjukkan Najib meminta 3 bilion ringgit dari DCNI.
Najib dan Razak Baginda boleh mengabaikan sepina untuk tidak datang ke Paris. Tetapi impak dari sepina ini cukup besar. Bayangkan perdana menteri Malaysia ada saman ‘ wanted' dari mahkamah Paris. Kes rasuah ini pula melibatkan pembunuhan seorang minah cun dan bergetah. Berita ini pasti akan menggemparkan dunia gosip Eropah. Ini lebih hebat dari gambar kontroversi Duchess of Cambridge. Oleh kerana ini Suaram wajib ditalkinkan kerana meletakkan bom jangka dalam beg Rosmah Mansor.
Bagaimana pula dengan peranan Pak Cik Soros? Betulkah si Soros ini memberi dana kepada Suaram? Apa tujuan memberi dana ini? Apa pula peranan Yahudi dan Amerika dalam membiayai NGO di Malaysia?
Selama berpuluh-puluh tahun manusia Melayu-Islam dijulingkan pandangan mereka dengan tuduhan bahawa Yahudi pembawa masalah. Dari pak lebai di kampung, kepada ustaz di sekolah, kepada YB di parlimen, jika ada sahaja masalah maka semuanya berpunca dari Yahudi. Akhbar dan media pula sering bertandak memperkukuhkan pandangan rasis ini.
Memang betul Soros itu seorang Yahudi. Sama juga seperti Nabi Isa, Nabi Musa, Nabu Yakub, Nabi Yahya - kesemua mereka ini berketurunan Yahudi. Tetapi bukan keyahudian Soros yang dipertikaikan. Yang menjadi puncanya ialah duit Soros yang bergantang-gantang itu disalurkan kepada badan NGO yang bergerak di seluruh dunia.
Sekali lagi saya ingin terangkan bahawa Yahudi itu bangsa dan agamanya ialah Judaisme. Ada Yahudi beragama dan banyak juga Yahudi yang tidak beragama.
Yang membuat huru hara dalam dunia hari ini ialah Zionisme. Zionisme gerakan politik. Gerakan politik inilah yang menjajah bumi Palestin. Ramai Yahudi menentang Zionisme. Ramai Yahudi tidak bersetuju dengan penubuhan Israel.
Gerakan Zioniss Antarabangsa berkerja rapat dengan kapitalis antarabangsa. Kaum Zionis dan kaum kapitalis ini tidak ada agama, bangsa, bahasa atau negara. Tuhan kaum Zionis dan kaum Kapiltalis ialah dolar, riyal dan ringgit.
Sayugia diingatkan ramai Yahudi menentang Zionisme. Sayugia diingatkan selain dari New York, Tehran ialah kota yang paling ramai didiami oleh Yahudi. Malah Pak Cik Soros sendiri tidak menyokong gerakan Zionis dan tidak mengidentifikasi dirinya sebagai warga Israel. Soros warga Amerika - imigran yang berasal usul dari Hungary.
Lalu timbul persoalan kenapa Soros - yang kaya raya sebagai peniaga mata wang - memfaraidkan banyak hartanya kepada NGO. Soros bukan sosok sosialis jauh sekali untuk bersimpati kepada gerakan komunis.
Soros seorang kapitalis yang percaya bahawa peranan kerajaan/daulah/state dalam urus niaga perlu dikurangkan. Soros yakin hanya melalui perdagangan bebas barulah negara dapat maju berkembang. Soros berkeyakinan jika sebuah negara itu mengamalkan demokrasi maka warganya boleh memperbaiki kehidupan.
Keyakinan Soros ini lahir dari pengalaman dirinya yang lahir dan membesar di Hungary - negara sosialis di mana daulah memiliki kuasa mutlak. Soros berpindah ke Amerika dan berjaya mengumpul harta. Dari pengalaman peribadi ini Soros yakin kebebasan individu adalah rukun kejayaan. Juga sebagai seorang kapitalis, Soros tidak mahu campur tangan kerajaan/daulah dalam urusan perniagaan.
Berapa banyak harta kekayaan Pak Cik Soros bukan agenda kita. Apa yang ingin saya terangkan, wujudnya garis pertemuan antara falsafah Soros yang mahukan dunia ini bebas dan gerakan NGO yang juga memperjuangkan demokrasi dan hak asasi.
NGO di Malaysia mahukan sebuah negara yang adil, bebas dan demokratik. NGO di Malaysia mahu pilihan raya yang bebas dan adil. NGO Malaysia mahu media yang bebas tanpa sekatan. NGO Malaysia menolak tahanan tanpa bicara. Semua nilai-nilai yang dihayati oleh Pak Cik Soros.
Justeru George Soros, seorang Yahudi peniaga mata wang mengarahkan Open Society Institute (OSI) untuk menghulurkan dana kepada NGO di Malaysia. Maka dari jalur inilah Suaram mendapat sebahagian dari dana sokongan.
Sokongan dana dari Pak Cik Soros ini bukan hanya ke Malaysia, malah di Afrika, di negara Arab, di Amerika Latin, di Eropah Timur - Yayasan Soros telah mencurahkan dana untuk mengembangkan demokrasi.
Kenapa sekarang timbul hal Pak Cik Soros ini? Agenda anti NGO yang dilancarkan oleh United Malays National Organisation ini memiliki latar yang menarik. Parti politik ini sedang dalam keadaan nazak. Semenjak kekalahan dalam pilihan raya umum ke-12 (PRU12), parti politik ini melakukan pelbagai kerenah untuk mengembalikan sokongan rakyat terutama manusia Melayu.
United Malays National Organsiation didakwa bersubahat dalam pelbagai perbuatan khianat, termasuk insiden terhadap rumah ibadat. Semua yang diharap-harapkan untuk menaikkan kemarahan orang Melayu dilakukan. Semua yang dirancang untuk menimbulkan ketegangan bangsa-bangsa telah dilakukan oleh budak suruh atau anak syarikat parti ini.
Hasilnya meleset. Orang Melayu tidak ambil pot. Orang Melayu tidak mengamuk bila ditemui kepala babi dalam masjid. Orang Melayu buat 'dek' apabila surau dan masjid di simbah cat. Apa sudah jadi? Jawabnya ialah orang Melayu sedar bahawa semua yang berlaku rancangan dan komplot dari United Malays National Organisation untuk mencari sokongan Melayu.
Lalu, majlis fatwa berfatwa. Lalu Mufti bermufti-muftian dengan suara khutbahnya. Jabatan agama membuat arahan. Iman tua dan Imam muda membebel. Sultan telah bertitah. Semua meminta agar orang Melayu bersatu. Semua meminta agar orang Melayu memberikan sokongan kepada United Malays National Organisation. Hasilnya zero, zilch, sifar... orang Melayu tidak ambil pot.
Bayangkan betapa gementarnya tubuh badan pemimpin United Malays National Organisation apabila menghadapi hakikat yang pilihan raya umum ke-13 (PRU13) akan dijalankan tidak lama lagi. Pengundi hina telah lama lari. Pengundi India pecah terbarai. Di Sabah dan Sarawak nasionalisme Kadazan dan Dayak sedang melonjak. Semangat anti-semenanjung kian merebak. Semua ini tanda-tanda parti Ketuanan Melayu ini akan lingkup.
Maka keluarlah seekor kaldai tua dengan teori Yahudi dan George Soros. Sayang sekali si keldai tua ini tidak sedar zaman telah beredar. Pada satu ketika dahulu si keldai tua ini amat bijak dengan auta putar belit, tetapi hari ini segala autanya diketahui umum.
Setiap hari Mahathir mengeluarkan fatwa tentang Melayu hilang kuasa, tentang Melayu akan jadi hamba, tentang Melayu tidak berterima kasih, tentang Melayu tidak bersyukur, tentang Melayu akan jadi kuda Cina, tentang kuasa politik Melayu kian mengecil.
Mahathir bersedih. Dia merayu. Dia menangis pilu di Mingguan Malaysia. Dia mengingatkan bahaya Soros dan Yahudi kepada orang Melayu. Auta punya auta - kelentong punya kelentong - Mahathir terlupa bahawa Yayasan Perdana yang dipimpin oleh dirinya sendiri pernah meminta duit dari Pak Cik Soros. Tunggu ceritanya minggu hadapan.
Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian rasmi Malaysiakini.

KATALAH APA YANG KITA NAK KATA...DUA AJE...SATU ORANG PERCAYA...SATU LAGI TAK PERCAYA...MALAH MELUAT LAGI
Boleh percaya ke Mahathir benci Soros?
Abdul Aziz Mustafa , | 07 Okt 2012 |
(Mahathir dan Soros)
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata demikian ketika menolak apa yang disifatkannya sebagai 'histeria' terbaru bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bekas Presiden Umno itu hari ini dilaporkan mendakwa, undi kepada Pakatan Rakyat (PR) sama seperti mengundi George Soros dan penjajahan semula.
"Tak boleh pakai, tak boleh percaya cakap dia. Dulu masa krisis kewangan 1997/1998, garang sungguh dia maki hamun Soros. Penyangaklah, macam-macam dia kata dan pada masa itu ramailah yang percaya.
"Tetapi pada tahun 2006, portal berita berkaitan MCA sendiri yang laporkan Dr Mahathir kata dia terima bahawa Soros tidak bertanggungjawab terhadap krisis kewangan itu.
"Saya ulangi, portal berita berkaitan MCA dan bukan Malaysiakini yang Dr Mahathir tuduh dibiayai Soros," kata Mohamad sambil menyindir.
Beliau berkata, memang itu sifat lumrah Dr Mahathir dan pengikut-pengikutnya.
"Mula-mula dia maki Soros dan tuduh Yahudi itu jatuhkan nilai ringgit, bila jumpa Soros dia kata Soros tak terlibat.
(Mohamad Sabu...boleh percaya ke kenyataan Mahathir tu?)
"Sekejap dia keluar Umno, lepas itu dia masuk pula. Jenis itu cakap dia tak boleh pakai," katanya.
Mohamad berkata, dakwaan Dr Mahathir kononnya undi kepada PR seperti undi kepada Soros dan penjajahan semula adalah sama bohong dengan tuduhan beliau bahawa Soros yang akibatkan krisis kewangan 1997/1998 itu.
"Kalau 1997/1998 dulu Dr Mahathir berbohong dan main hentam sahaja mengenai Soros, sekarang pun sama - bohong," kata beliau.
Bagi Mohamad, cakap Dr Mahathir hanya boleh dipercayai jika berkaitan kesetiaannya untuk mengkayakan anak-anaknya.
"Dr Mahathir hanya setia kepada skim untuk mengkayakan anak-anaknya. Dalam bab itu sahaja cakap Dr Mahathir boleh dipercayai," katanya.
Mohamad berkata, rekod PR membuktikan dengan jelas ia tidak boleh diperalatkan sesiapa pun.
"PR perintah Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah. Tunjuk bukti jelas bahawa kerajaan-kerajaan tersebut dipengaruhi kepentingan asing.
"Setakat cakap seperti cakap tidak boleh pakai Dr Mahathir, tidak guna," katanya.
Apa yang jelas kepada semua rakyat, kata Mohamad, ialah kerajaan Umno Barisan Nasionallah yang menghabiskan puluhan juta wang rakyat untuk memohon petunjuk dari Yahudi Zionis Israel di dalam Apco Worldwide.
Parlimen Turki beri kebenaran serang balas Syria
Al-Jazeera terjemahan Mohamad Yahya, | 07 Okt 2012 |
(Parlimen Turki luluskan serangan jika perlu)
ANKARA: Parlimen Turki telah memberi kebenaran untuk menjalankan tindakan ketenteraan merentas sempadan terhadap Syria, jika dianggap perlu oleh kerajaan.
Mandat tersebut yang sah dalam tempoh satu tahun, telah diluluskan oleh 320 undi dari 550 kerusi parlimen Turki, lapor agensi berita Anatolia Khamis lalu.
Besir Atalay, Timbalan Perdana Menteri Turki, berkata kebenaran menggunakan tindakan ketenteraan di Syria bukanlah satu pengisytiharan perang tetapi bertujuan sebagai mempertahankan diri.
Undi itu dibuat setelah Turki membuat serangan ke atas pangkalan tentera Syria pada pagi Khamis sebagai tindakan balas terhadap serangan mortar Syria yang membunuh lima rakyat Turki - seorang wanita dan empat kanak-kanak dari keluarga yang sama - di sempadan tenggara Turki
"Syria mengakui apa yang telah mereka lakukan dan telah pun meminta maaf," ujar Atalay.
Media kerajaan Turki berkata serangan oleh unit artileri yang berpangkalan di bandar sempadan Akcakale masih berterusan.
Sementara itu, keganasan masih berterusan di Syria. Aktivis pembangkang melaporkan beberapa letupan besar di pinggir Damsyik.
Kumpulan pemantau yang berpangkalan di London melaporkan 63 kematian di seluruh negara pada Khamis lalu.
Penerbit serah buku kepada pejabat MB
Rizal Tahir, | 07 Okt 2012 |
(Masri menyerahkan buku kepada Tuan Guru Nik Aziz)
KOTA BHARU: Penerbit buku Kemilau Publika Sdn Bhd, hari ini menyerahkan buku berkaitan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, kepada pejabat Menteri Besar.
Pengarah Urusannya, Masri Abdul Soed, ketika ditemui memberitahu sebanyak tiga tajuk buku yang berkaitan dengan Tuan Guru diberikan kepada Pejabat Menteri Besar untuk dijadikan cenderahati kepada tetamunya.
Katanya, antaranya, Mauizhah yang merupakan buku terbaru, Bertemu Janji Allah, Asma Al-Husna dan sebuah buku politik tulisan Subky Latif.
Menurutnya, semoga dengan cara itu, tetamu yang hadir bukan hanya dapat mendengar tazkirah daripada Tuan Guru semata-mata, sebaliknya turut membawa pulang buku-buku berkenaan.
Pada masa yang sama beliau turut melahirkan rasa syukur kerana berpeluang membukukan tazkirah Tuan Guru di samping mutiara kata Tuan Guru yang disusun oleh beberapa orang penulis.
Sambungnya, semoga dengan cara itu Kemilau Pablika berpeluang menyebarkan dakwah kepada masyarakat seluruhnya melalui buku.
“Insyaallah kami juga bakal menerbitkan buku bergambar Tuan Guru sepanjang beliau menjadi Menteri Besar Kelantan dalam tempoh 22 tahun.
“Katanya, buku itu juga sedang disusun menerusi beberapa tajuk,”ujarnya.
Tengku Paduka suntik semangat baru rakyat Terengganu
Harakahdaily, | 07 Okt 2012 |
(Tengku Paduka menyerahkan borang menyertai PAS kepada Tuan Guru Nik Aziz)
JABI (Setiu): Penyertaan bapa saudara kepada Tuanku Sultan Terengganu, Tengku Seri Paduka Raja Tengku Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah di Himpunan kebangkitan rakyat, PAS Ganti Umno (PGU - 5) telah memberi semangat baru kepada rakyat Terengganu.
Kalau selama ini PAS agak bermasalah dengan penduduk kampung dan luar bandar, penyertaan Tengku Paduka memberi suntikan baru kepada rakyat, kata Setiausaha Perhubungan PAS Terengganu, Yahaya Ali.
Rakyat Terengganu dikejutkan apabila Tengku Paduka telah menyerahkan borang menyertai PAS kepada Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Nik Aziz dengan disaksikan oleh Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Presiden PAS semalam.
Kemasukkan beliau bersama 2 lagi tokoh anak Terengganu kedalam PAS menyemarakkan lagi peluang PAS/PR merampas kembali Terengganu dari tangan UMNO/BN pada PRU 13 nanti.
Adalah diangfarkan kehadiran orang ramai pada PGU 5.0 kali ini melebihi 60 ribu orang bermula pagi semalam hingga malam tadi.
Turut menyertai PAS adalah Datuk Omar Abu Bakar, bekas pegawai kanan Kementerian Pertahanan dan Ahmad Amzad Bin Mohamed @ Hashim, sorang tokoh korporat.
Berikut adalah biodata ketiga-tiga tokoh tersebut;
1. Tengku Sri Paduka Raja Tengku Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah
YAM Tengku Ibrahim Shah Ibni al-Sultan Ismail Nasir ud-din Shah adalah anakanda ketiga kepada Sultan Ismail Nasir ud-din Shah ibni al-Marhum Sultan Zainal Abidin, Sultan and Yang di-Pertuan Besar of the State of Trengganu Dar al-Iman yang ke-14 memerintah selama 34 tahun dan 1945 hingga 1979
Tengku Ibrahim yang lebih dikenali di kalangan rakyat sebagai Tengku Paduka (Ku Duka) kerana mendapat gelar Tengku Seri Paduka Raja kerana beliau merupakan waris ke lima dalam susunan kerabat DiRaja Negeri Terengganu.
Tengku Ibrahim dilahirkan di Kuala Trengganu, 25 Januari 1939 mendapat pendidikan dari Sekolah Menengah Sultan Sulaiman dan juga Kolej Melayu kuala Kangsar
Tengku Ibrahim mempunyai pengalaman luas dalam pentadbiran negeri Terengganu apabila memulakan perkhidmatan awam negeri Terengganu pada 1959 dan pernah berkhidmat sebagai Penolong Pegawai Daerah (ADO), Penolong Setiausha Kerajaan Negeri Terengganu.
Penglibatannya dalam dunia politik tanah air, Tengku Ibrahim pernah menjadi Pengerusi Perhubungan Parti Melayu Semangat 46 dan bertanding pada pilihanraya umum ke-8 pada tahun 1990 dan menjadi wakil rakyat DUN Tanggol pada tahun 1990 - 1995.
Apabila Parti Melayu Semangat 46 dibubarkan pada bulan Mei 1996, Tengku Ibrahim telah menjadi ahli parti Umno.
2. Datuk Omar Abu Bakar.
(Datuk Omar menyerahkan borang menyertai PAS)
Dilahirkan di kijal, Kemaman, Terengganu pada tahun 1950. Mendapat pendidikan di universiti nasional dan universitas Papajaran Bandung, Indonesia dlm bidang pengajian bahasa, sosiologi dan antrapologi.
Beliau merupakan bekas Wartawan Utusan Malaysia dan bekas pegawai akhbar Kementerian Pertahanan dan Pegawai Perhubungan Khas kpd 3 Bekas Menteri Pertahanan:
i. YAB Tan Sri Taib Mahmud (skg KM Serawak)
ii. YAB. Tun Hussein Onn
iii. YAB. Tun Mahathir.
Penglibatan beliau dalam politik adalah, beliau pernah menjadi AJK & Ketua Penerangan Umno Kemaman Zaman TS Wan Mokhtar.
Datuk Omar juga bekas Setiausaha Jentera Pilihanraya Kebangsaan Semangat 46 Malaysia dan S/U. Semangat 46 Bhg. Kemaman dan Bekas Calon 46 Dun Bukit Bandi (skg Air Puteh Kemaman 1990)
Selain itu, pelbagai jawatan dibarisan kepimpinan aktivis sosial di peringkat negeri dan Nasional, dan beliau juga berkeluarga ipar sepupu kepada Bekas Pengerusi FELDA Tan Sri Raja Mohd Alias Ali.
3. Ahmad Amzad Bin Mohamed @ Hashim
(Amzad menyerahkan borang menyertai PAS)
Dilahirkan pada 15 Januari 1970, Kuala Terengganu , Berkahwin dan dikurniakan dengan 7 orang anak Mendapat pendidikan di
1. Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud.
2. Lulusan ijazah perakaunan UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA.
3. Aktivis pelajar IPU-UKM.
Amzad Sekarang bekerja sebagai Pengerusi Eksekutif Norstar Technologi, Pulau Pinang.
Amzad juga berpengalaman dalam bidang korporat, mengambil alih dan memulihkan MSET Shipbuilding CORPORATION SDN. BHD.
sebagai Pengarah Urusan (1995-April 2004)
Beliau juga mengambil alih dan memulihkan PMINT Engineering sekarang dinamakan MSET Engineering dari tahun 2000 – 2006.
Amzad juga bertanggungjawab Rekabentuk dan Membina pelbgai jenis kapal dan bot pelbagai kegunaan untuk pelbagai kementerian dan jabatan kerajaan termasuk tempahan dari syarikat syarikat luar negara seperti dari Amerika syarikat, Australia, German, dan lain lain negara.
Antara jawatan persatuan dan NGO yang pernah disandang oleh Amzad adalah seperti :
1. Ahli Majlis Industri Pertahanan Malaysia (sehingga pertengahan 2004)
2. Ahli CWG ( cluster work group ) MITI.
3. Presiden Pergerakan Profesional Muda Terengganu. Presiden 2004-2005, 2007
Kecemerlangan dalam dunia perniagaan dan korporat diiktiraf dan pernah menerima anugerah Kategori Kejuruteraan dan Pembuatan, Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu
Rakyat Jordan protes bantah Raja Abdullah
Al-Jazeera terjemahan Mohamad Yahya, | 07 Okt 2012 |
AMMAN:
Belasan ribu rakyat Jordan mengadakan protes di tengah-tengah ibu
negara Jordan, Amman untuk perhimpunan pro-reformasi, di sebalik
keputusan Raja Abdullah untuk membubarkan Parlimen.
Saksi dan wartawan menganggarkan kehadiran di antara 10,000 dan 15,000 orang, dengan kehadiran dijangka makin bertambah dengan ramai lagi penunjuk perasaan bertolak ke Amman dari tempat lain di seluruh negara.
Kehadiran masih di bawah angka 50,000 yang diramalkan oleh Jabhat al-'Amal al-Islami (Barisan Tindakan Islam), sayap Ikhwan Muslimin di Jordan dan kumpulan pembangkang utama di negara tersebut.
Sekurang-kurangnya 2,000 polis telah dikerahkan untuk menghalang demonstrasi, yang dilakukan selepas solat Jumaat.
Wartawan Al Jazeera, Jane Arraf, yang melaporkan dari Amman berkata, beribu-ribu penunjuk perasaan berkumpul dalam bantahan terbesar sejak Kebangkitan Arab.
"Rakyat tidak menyeru untuk menggulingkan pemerintahan beraja. Tuntutan mereka adalah lebih sederhana," katanya.
Raja Abdullah berharap pembubaran parlimen dan pilihan raya yang lebih awal akan melemahkan semangat untuk protes. Raja Abdullah tidak mengumumkan tarikh bagi pilihan raya, tetapi beliau berharap untuk mengadakan pilihan raya menjelang akhir tahun 2012.
"Rakyat mahukan peraturan pilihan raya yang baru yang akan memberikan mereka peluang yang lebih baik untuk memilih pemimpin yang boleh melaksanakan reformasi. Mereka mahu menamatkan rasuah. Mereka mahukan pekerjaan," lapor Arraf.
Satu demonstrasi menyokong raja telah dibatalkan bimbang ia akan menimbulkan kekacauan kerana ia diadakan bertepatan dengan perhimpunan pembangkang, kata penganjur.
"Kami telah menanangguhkan demonstrasi kami yang dijadualkan berlangsung pada masa yang sama dengan demonstrasi Ikhwanul Muslimin untuk mengelakkan sebarang masalah," kata Jihad al-Sheikh, ketua kumpulan belia berasaskan internet yang menganjurkan acara tersebut.
Pembatalan demonstrasi tersebut datang "selepas permintaan daripada pengarah Keselamatan Awam, Hussein al-Majali, para Ahli Parlimen dan pemimpin puak" untuk mencegah berlakunya kekacauan.
ADEN (Yaman):
Tentera Yaman Sabtu lalu menggagalkan satu serangan bom kereta ke atas
pangkalan udara Anad yang digunakan oleh tentera Amerika Syarikat di
wilayah selatan Lahj untuk melatih tentera Yaman memerangi keganasan,
kata pegawai.
"Kami menggagalkan serangan sebuah kereta yang penuh dengan bahan letupan yang berjaya melepasi beberapa pos pemeriksaan keselamatan menuju ke pangkalan udara," kata seorang pegawai tentera yang tidak mahu namanya didedahkan.
Beliau berkata, "Tentera Amerika di pangkalan adalah sasaran utama serangan."
Menurut pegawai tersebut, beberapa "15 tentera Amerika telah berada di pangkalan tersebut selama dua bulan melatih tentera Yaman memerangi keganasan."
Bahan letupan dirampas dari kereta tersebut dan penyiasatan dilakukan, ujar beliau, tanpa melaporkan sebarang tangkapan, walaupun tentera mengesyaki " Al-Qaeda" sebagai pihak yang bertanggungjawab.
Kementerian Pertahanan mengesahkan kejadian itu dan menuduh kumpulan militan merancang serangan ke atas pangkalan berkenaan.
"Polis tentera menggagalkan serangan ke atas pangkalan Al-Anad," laman web kementerian memetik Gabenor Lahj, Ahmed Abdallah al-Majidi sebagai berkata.
"Kenderaan tersebut kepunyaan Al-Qaeda," kata Majidi, sambil menambah bahawa mereka merampas "sejumlah besar bahan letupan, silinder gas dan roket anti-kereta kebal dan pakaian untuk pemandu wanita."
Kereta itu ditemui Sabtu lalu di kawasan hutan pangkalan udara walaupun ia kelihatan telah "diseludup beberapa hari lalu," tambah pegawai tentera itu.
Beliau berkata, mengikut maklumat mereka, "serangan itu akan dilaksanakan hari ini (Sabtu lalu)."
Beliau tidak menjelaskan mengapa penyerang gagal untuk meledakkan bahan letupan serta-merta selepas kereta itu diseludup ke pangkalan.
7 Oktober 2012
GEORGETOWN - Kereta milik Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) Pulau
Pinang, Oh Tong Keong yang diletakkan di tempat letak kereta
berhampiran kedai makan di Jalan Sultan Azlan Shah di sini, hari ini
disimbah cat merah dan cerminnya dipecahkan.
Kejadian kira-kira jam 3.20 petang itu disedari oleh seorang pekerja kedai makan berkenaan sebelum memberitahu kepadanya.
KUANTAN: Lebih 1,000 anggota Unit Amal menyertai Jambori Amal ke - 19 yang diadakan di Beserah, dekat sini.
(Antara peserta Jambori Amal ke 16 di Beserah)
Mereka menjalankan pelbagi aktiviti khasnya aktiviti kebajikan untuk penduduk di sekitar kawasan perhimpunan mereka kali ini.
Kalau selama ini, anggota Unit Amal dikenali sebagai pasukan paling bersdisiplin dalam Pakatan Rakyat, kini mereka membuat pelbagai kerja amal pula sesuai dengan nama mereka.
Bagi Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi, perhimpunan ini mempunyai serampang dua mata - untuk Unit Amal dan untuk masyarakat.
"Kali ini kita berhimpun di Dun Beserah iaitu salah satu DUN yang akan kita pertahankan dalam pilihan raya umum akan datang ini," kata beliau yang merupakan salah seorang Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang.
Katanya, jambori empat hari itu turut membabitkan semua kawasan di sekitar Dun Beserah termasuk Beserah, Balok, Sungai Ular, Chendor, Cherating dan Indera Mahkota.
“Pemuda PAS kini dalam usaha memasyarakatkan Pas untuk bersama penduduk dalam sesi program kemasyarakatan termasuk pemeriksaan kesihatan, bantuan kepada mereka yang memerlukan dan konvoi amal,” katanya.
(Mempersiapkan tapak perkhemahan Amal ke 16 di Pelangi Beach Resort 5 - 7 Oktober)
Nasarudin selepas itu melepaskan Konvoi Amal yang akan melakukan aktiviti kemasyarakatan dan gotong-royong di beberapa lokasi di Balok dan Chendor.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Amal Pahang, Saharudin Muhammad berkata, program itu bukan termasuk dalam agenda politik semata-mata tetapi memberi peluang kepada Pemuda Pas beramal kepada penduduk setempat.
Beliau berkata, kira-kira 1,000 ahlinya hadir dari seluruh negara untuk menyertai Jambori Amal itu.
“Atas kesedaran beramal kepada penduduk setempat, semua ahli hadir dengan inisiatif sendiri dan tiada badan khas yang membiayai program ini,” katanya.
Saksi dan wartawan menganggarkan kehadiran di antara 10,000 dan 15,000 orang, dengan kehadiran dijangka makin bertambah dengan ramai lagi penunjuk perasaan bertolak ke Amman dari tempat lain di seluruh negara.
Kehadiran masih di bawah angka 50,000 yang diramalkan oleh Jabhat al-'Amal al-Islami (Barisan Tindakan Islam), sayap Ikhwan Muslimin di Jordan dan kumpulan pembangkang utama di negara tersebut.
Sekurang-kurangnya 2,000 polis telah dikerahkan untuk menghalang demonstrasi, yang dilakukan selepas solat Jumaat.
Wartawan Al Jazeera, Jane Arraf, yang melaporkan dari Amman berkata, beribu-ribu penunjuk perasaan berkumpul dalam bantahan terbesar sejak Kebangkitan Arab.
"Rakyat tidak menyeru untuk menggulingkan pemerintahan beraja. Tuntutan mereka adalah lebih sederhana," katanya.
Raja Abdullah berharap pembubaran parlimen dan pilihan raya yang lebih awal akan melemahkan semangat untuk protes. Raja Abdullah tidak mengumumkan tarikh bagi pilihan raya, tetapi beliau berharap untuk mengadakan pilihan raya menjelang akhir tahun 2012.
"Rakyat mahukan peraturan pilihan raya yang baru yang akan memberikan mereka peluang yang lebih baik untuk memilih pemimpin yang boleh melaksanakan reformasi. Mereka mahu menamatkan rasuah. Mereka mahukan pekerjaan," lapor Arraf.
Satu demonstrasi menyokong raja telah dibatalkan bimbang ia akan menimbulkan kekacauan kerana ia diadakan bertepatan dengan perhimpunan pembangkang, kata penganjur.
"Kami telah menanangguhkan demonstrasi kami yang dijadualkan berlangsung pada masa yang sama dengan demonstrasi Ikhwanul Muslimin untuk mengelakkan sebarang masalah," kata Jihad al-Sheikh, ketua kumpulan belia berasaskan internet yang menganjurkan acara tersebut.
Pembatalan demonstrasi tersebut datang "selepas permintaan daripada pengarah Keselamatan Awam, Hussein al-Majali, para Ahli Parlimen dan pemimpin puak" untuk mencegah berlakunya kekacauan.
Tentera Yaman gagalkan serangan ke atas tentera AS
Asharq-e terjemahan Mohamad Yahya, | 07 Okt 2012 |
"Kami menggagalkan serangan sebuah kereta yang penuh dengan bahan letupan yang berjaya melepasi beberapa pos pemeriksaan keselamatan menuju ke pangkalan udara," kata seorang pegawai tentera yang tidak mahu namanya didedahkan.
Beliau berkata, "Tentera Amerika di pangkalan adalah sasaran utama serangan."
Menurut pegawai tersebut, beberapa "15 tentera Amerika telah berada di pangkalan tersebut selama dua bulan melatih tentera Yaman memerangi keganasan."
Bahan letupan dirampas dari kereta tersebut dan penyiasatan dilakukan, ujar beliau, tanpa melaporkan sebarang tangkapan, walaupun tentera mengesyaki " Al-Qaeda" sebagai pihak yang bertanggungjawab.
Kementerian Pertahanan mengesahkan kejadian itu dan menuduh kumpulan militan merancang serangan ke atas pangkalan berkenaan.
"Polis tentera menggagalkan serangan ke atas pangkalan Al-Anad," laman web kementerian memetik Gabenor Lahj, Ahmed Abdallah al-Majidi sebagai berkata.
"Kenderaan tersebut kepunyaan Al-Qaeda," kata Majidi, sambil menambah bahawa mereka merampas "sejumlah besar bahan letupan, silinder gas dan roket anti-kereta kebal dan pakaian untuk pemandu wanita."
Kereta itu ditemui Sabtu lalu di kawasan hutan pangkalan udara walaupun ia kelihatan telah "diseludup beberapa hari lalu," tambah pegawai tentera itu.
Beliau berkata, mengikut maklumat mereka, "serangan itu akan dilaksanakan hari ini (Sabtu lalu)."
Beliau tidak menjelaskan mengapa penyerang gagal untuk meledakkan bahan letupan serta-merta selepas kereta itu diseludup ke pangkalan.
Kereta Ketua Pemuda BN disimbah cat merah
7 Oktober 2012
Kejadian kira-kira jam 3.20 petang itu disedari oleh seorang pekerja kedai makan berkenaan sebelum memberitahu kepadanya.
Menurutnya, sebaik mengetahui kejadian itu, beliau bergegas ke parkir
idan mendapati cermin hadapan dan belakang keretanya pecah dipercayai
akibat dihentak menggunakan objek berat.
Beliau kesal dengan tindakan individu yang tidak bertanggungjawab itu dan percaya ia dirancang oleh pihak tertentu.
“Pekerja kedai makan itu memberitahu sempat melihat dua orang lelaki
menunggang motosikal melakukannya. Mereka melarikan diri sebaik sahaja
melakukannya.
“Bagaimanapun, dia tidak sempat melihat wajah lelaki berkenaan kerana hujan lebat ketika itu.

“Saya tidak tahu apa punca sebenar mereka merosakkan
kereta tetapi percaya ia ada kaitan dengan politik memandangkan kami
(Pemuda) kerap membongkarkan isu terutama perumahan rakyat Taman
Manggis,” katanya selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah
Timur Laut (IPDTL) di sini.
Menurutnya, inisiden itu pertama kali berlaku sejak
memegang jawatan Pemuda BN dan menganggar nilai kerugian kira-kira
RM10,000.
Tong Keong bagaimanapun enggan menuding jari kepada mana-mana pihak sebaliknya menyerahkan kepada polis untuk menyiasat..- Adzramaswan Ar · Top Commenter · SM Iskandar Shah, ParitNi kerja penjenayah.. Bas DSAI dan ketenya juga dipecahkan. Polis mmg patut amik tindakan lama dah.
- Ahmad Nordin · Top Commenter · Universiti Kebangsaan Malaysia
- Abeyo Zul · Subscribe · Top Commenter · Universiti Tun Hussein Onn Malaysiax bayar along ke? pastu ckp org pakatan buat kerja kahkahkah.
- Jutawan Iklan · Top Commentersikit je pun..bawa bengkel, buat cat baru dan ganti cermin baru..settle.
==> http://view.my/VideoTerbaruUpin2 - Anwar Ibrahim Lgbt · Top Commenter · Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP)Semua salah GUAN ENG....hahaha.
- Haji Tarmizi Bin Abdullah · Top Commentergimmik aje tu.... eleeeh sendiri suruh orang buat kot? Lagipun siapa berani usik BeEnd?
- Pokcik Din Baladi Gold · Top Commenter · Guru at Bumi Allah SWTkenapa simbah cat merah..simbah cat biru baru ok hahahah.
telah dibongkar handphone anda menjadi eset untuk anda bukan satu beban untk anda, dengan satu sistem yang hebat.
kami ada caranya sudh ramai orang berjaya.
http://www.MyTonePlus.com/dinpokcik - Wan Rohadi · Top Commenter · Works at Sendirini zaman cat merah .Pejabat DAP ,danBAS PR kena cat merah juga.kenapa tidak cat hijau atau biru.
- Abdul Hamid Rashid · Top Commenterkan dah glamour? bolih lah ambil borang bertanding mca pusat pulak.
- ~lu sembang nanti wa sengat ! ~makin menjadi-jadi skrg.. tgk ni k http://sy.my/4d8z :>.
- Mohd Rasidi Did Othman · Top Commenter · Pengurus at JAYA TENAGA ENGENEERING (SA0098177-T)report jer sama umno...dia lebih berkuasa pada polis..dsai masa naik bas kena simbah cat, siap ada gambar org yg simbah lagi pun polis tak blh buat apa2 so u pi report kat UMNO k..
- Norhisyam Bin Mohamad Zainudin · Top Commenter · Kolej poly-tech mara kuantanrakaman cctv ade? x de? mcm mane bole x de? angkara orang umngok ke?
BODOH... sendiri buat, sendiri masuk paper...
1,000 Unit Amal berjambori di Beserah
Harakahdaily, | 07 Okt 2012 |
KUANTAN: Lebih 1,000 anggota Unit Amal menyertai Jambori Amal ke - 19 yang diadakan di Beserah, dekat sini.
(Antara peserta Jambori Amal ke 16 di Beserah)
Mereka menjalankan pelbagi aktiviti khasnya aktiviti kebajikan untuk penduduk di sekitar kawasan perhimpunan mereka kali ini.
Kalau selama ini, anggota Unit Amal dikenali sebagai pasukan paling bersdisiplin dalam Pakatan Rakyat, kini mereka membuat pelbagai kerja amal pula sesuai dengan nama mereka.
Bagi Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi, perhimpunan ini mempunyai serampang dua mata - untuk Unit Amal dan untuk masyarakat.
"Kali ini kita berhimpun di Dun Beserah iaitu salah satu DUN yang akan kita pertahankan dalam pilihan raya umum akan datang ini," kata beliau yang merupakan salah seorang Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang.
Katanya, jambori empat hari itu turut membabitkan semua kawasan di sekitar Dun Beserah termasuk Beserah, Balok, Sungai Ular, Chendor, Cherating dan Indera Mahkota.
“Pemuda PAS kini dalam usaha memasyarakatkan Pas untuk bersama penduduk dalam sesi program kemasyarakatan termasuk pemeriksaan kesihatan, bantuan kepada mereka yang memerlukan dan konvoi amal,” katanya.
(Mempersiapkan tapak perkhemahan Amal ke 16 di Pelangi Beach Resort 5 - 7 Oktober)
Nasarudin selepas itu melepaskan Konvoi Amal yang akan melakukan aktiviti kemasyarakatan dan gotong-royong di beberapa lokasi di Balok dan Chendor.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Amal Pahang, Saharudin Muhammad berkata, program itu bukan termasuk dalam agenda politik semata-mata tetapi memberi peluang kepada Pemuda Pas beramal kepada penduduk setempat.
Beliau berkata, kira-kira 1,000 ahlinya hadir dari seluruh negara untuk menyertai Jambori Amal itu.
“Atas kesedaran beramal kepada penduduk setempat, semua ahli hadir dengan inisiatif sendiri dan tiada badan khas yang membiayai program ini,” katanya.
ciri² isteri pilihan :
1 - tak lawa takpa, asalkan boleh beri ketenangan.
2 - tak cemburu buta.
3 - pandai jaga diri & maruah diri/keluarga.
—1 - tak lawa takpa, asalkan boleh beri ketenangan.
2 - tak cemburu buta.
3 - pandai jaga diri & maruah diri/keluarga.
4 - melawan jika perkara itu tidak betul.
5 - tidak mudah touching.
6 - pakai seseksi mungkin bila dalam rumah saja.
7 - tidak minta yg bukan bukan².
8 - bukan kaki gossip.
9 - agama boleh di didik, tak jadi masalah utk lelaki.
10 - tidak bersikap queen qontrol.
11 - jgn mintak ipad, mahal beb.
12 - jgn mintak bmw, mampos kita.
13 - jgn mintak rumah rm 280 ribu, pengsan.
14 - jgn mintak gelang emas sampai lengan, pitam.
15 - mintak ler suami menjadi imam ketika solat. TERBAIK! :)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan