Dr M: Undi pembangkang bermakna undi Soros
Bekas
perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa undi kepada
pembangkang merupakan undi kepada usaha jutawan George Soros untuk
menjajah Malaysia.Dalam satu tulisan di akhbar New Sunday Times hari ini, Mahathir memetik beberapa sumber yang menyatakan Soros sebelum ini berusaha berbuat demikian di Hungary, Ukraine dan Georgia.
Sumber yang dipetik Mahathir itu antara lainnya menyatakan bahawa Soros membiayai NGO untuk membentuk "masyarakat sivil" bagi memberi peluang untuk "penjajahan" baru.
Beliau juga mengaitkan perkara itu dengan "kegemaran" bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika di dalam kerajaan.
Mahathir juga menyatakan betapa Anwar kini masih bercakap mengenai "masyarakat sivil".
"Kesamaan idea di antara kedua-duanya, Soros dan Anwar adalah signifikan," tulisnya.
Mahathir menganggap, salah satu proksi Soros adalah Malaysiakini yang disifatkannya sebagai NGO yang menjalankan perintah "jahat" bagi meletakkan "orang-orangnya" di tampuk kuasa.
"Dia (Soros) menganggap Malaysiakini sebagai NGO untuk diperalat untuk mencapai objektifnya.
"Tentu ada NGO asing dan kerajaan lain yang memperalat pembangkang Malaysia untuk kepentingan mereka.
"Undi untuk pembangkang adalah undi untuk Soros, si penyangak matawang," tulisnya.
Mahathir, Soros & dolar Amerika
Suaram
ialah sebuah NGO yang memperjuangkan hak asasi manusia. Pada tahun
1987, Mahathir Mohamad melancarkan Operasi Lalang dan menangkap 106
musuh politiknya. Kerana Mahathir menggunakan ISA menentang musuh
politiknya maka Suaram ditubuhkan. Justeru, tidak salah kalau umum
berkata "Suaram ini ditubuhkan oleh Mahathir sendiri".
Satu perkara yang wajib diberitahu kepada warga, dalam negara Malaysia yang kurang hak kebebasan ini amat-amat susah untuk menubuhkan NGO bawah lembaga Pendaftar Pertubuhan. Lebih senang mendirikan perniagaan rumah judi dan membuka ‘kedai lendir' dari mendirikan NGO.
Kerana tekanan, banyak NGO di Malaysia ini ditubuhkan bawah lembaga Pendaftar Syarikat. Suaram dikata ‘berniaga' melalui Suara Inisiatif Sdn Bhd. Ini kerana tidak dapat mendafar diri sebagai pertubuhan. Hanya dengan mendaftar sebagai sebuah syarikat barulah NGO ini dapat bergerak halal.
Pada ketika ini Suaram dan banyak NGO di Malaysia sedang diserang dan menerima pelbagai tuduhan. Sebenarnya Suaram diserang kerana membawa kes dakwaan rasuah pembelian kapal selam Scorpene ke mahkamah Perancis. Kes ini pula berkait rapat dengan kes pembunuhan Altantuya - gadis cun dari Mongolia.
Kes Scorpene di Mahkamah Perancis yang sedang berjalan. Dari laporan awal telah disahkan bahawa mahkmah akan memanggil Balasubramaniam, ayah mendiang Altantuya Profesor Shaaribu, Najib Razak dan Razak Baginda sebagai saksi.
Saheh dan jelas, kes Scorpene di Paris menjadi sebab utama serangan datang bertubi ke atas Suaram. Mahkamah Paris akan membicarakan sama ada benar dakwaan Najib Razak dan Razak Baginda meminta ‘duit sogokan' dari syarikat DCNI - pembuat kapal selam. Bukan kecik anak duit yang didakwa diminta oleh Najib. Laporan awal dari mahkamah menunjukkan Najib meminta 3 bilion ringgit dari DCNI.
Najib dan Razak Baginda boleh mengabaikan sepina untuk tidak datang ke Paris. Tetapi impak dari sepina ini cukup besar. Bayangkan perdana menteri Malaysia ada saman ‘ wanted' dari mahkamah Paris. Kes rasuah ini pula melibatkan pembunuhan seorang minah cun dan bergetah. Berita ini pasti akan menggemparkan dunia gosip Eropah. Ini lebih hebat dari gambar kontroversi Duchess of Cambridge. Oleh kerana ini Suaram wajib ditalkinkan kerana meletakkan bom jangka dalam beg Rosmah Mansor.
Bagaimana pula dengan peranan Pak Cik Soros? Betulkah si Soros ini memberi dana kepada Suaram? Apa tujuan memberi dana ini? Apa pula peranan Yahudi dan Amerika dalam membiayai NGO di Malaysia?
Selama berpuluh-puluh tahun manusia Melayu-Islam dijulingkan pandangan mereka dengan tuduhan bahawa Yahudi pembawa masalah. Dari pak lebai di kampung, kepada ustaz di sekolah, kepada YB di parlimen, jika ada sahaja masalah maka semuanya berpunca dari Yahudi. Akhbar dan media pula sering bertandak memperkukuhkan pandangan rasis ini.
Memang betul Soros itu seorang Yahudi. Sama juga seperti Nabi Isa, Nabi Musa, Nabu Yakub, Nabi Yahya - kesemua mereka ini berketurunan Yahudi. Tetapi bukan keyahudian Soros yang dipertikaikan. Yang menjadi puncanya ialah duit Soros yang bergantang-gantang itu disalurkan kepada badan NGO yang bergerak di seluruh dunia.
Sekali lagi saya ingin terangkan bahawa Yahudi itu bangsa dan agamanya ialah Judaisme. Ada Yahudi beragama dan banyak juga Yahudi yang tidak beragama.
Yang membuat huru hara dalam dunia hari ini ialah Zionisme. Zionisme gerakan politik. Gerakan politik inilah yang menjajah bumi Palestin. Ramai Yahudi menentang Zionisme. Ramai Yahudi tidak bersetuju dengan penubuhan Israel.
Gerakan Zioniss Antarabangsa berkerja rapat dengan kapitalis antarabangsa. Kaum Zionis dan kaum kapitalis ini tidak ada agama, bangsa, bahasa atau negara. Tuhan kaum Zionis dan kaum Kapiltalis ialah dolar, riyal dan ringgit.
Sayugia diingatkan ramai Yahudi menentang Zionisme. Sayugia diingatkan selain dari New York, Tehran ialah kota yang paling ramai didiami oleh Yahudi. Malah Pak Cik Soros sendiri tidak menyokong gerakan Zionis dan tidak mengidentifikasi dirinya sebagai warga Israel. Soros warga Amerika - imigran yang berasal usul dari Hungary.
Lalu timbul persoalan kenapa Soros - yang kaya raya sebagai peniaga mata wang - memfaraidkan banyak hartanya kepada NGO. Soros bukan sosok sosialis jauh sekali untuk bersimpati kepada gerakan komunis.
Soros seorang kapitalis yang percaya bahawa peranan kerajaan/daulah/state dalam urus niaga perlu dikurangkan. Soros yakin hanya melalui perdagangan bebas barulah negara dapat maju berkembang. Soros berkeyakinan jika sebuah negara itu mengamalkan demokrasi maka warganya boleh memperbaiki kehidupan.
Keyakinan Soros ini lahir dari pengalaman dirinya yang lahir dan membesar di Hungary - negara sosialis di mana daulah memiliki kuasa mutlak. Soros berpindah ke Amerika dan berjaya mengumpul harta. Dari pengalaman peribadi ini Soros yakin kebebasan individu adalah rukun kejayaan. Juga sebagai seorang kapitalis, Soros tidak mahu campur tangan kerajaan/daulah dalam urusan perniagaan.
Berapa banyak harta kekayaan Pak Cik Soros bukan agenda kita. Apa yang ingin saya terangkan, wujudnya garis pertemuan antara falsafah Soros yang mahukan dunia ini bebas dan gerakan NGO yang juga memperjuangkan demokrasi dan hak asasi.
NGO di Malaysia mahukan sebuah negara yang adil, bebas dan demokratik. NGO di Malaysia mahu pilihan raya yang bebas dan adil. NGO Malaysia mahu media yang bebas tanpa sekatan. NGO Malaysia menolak tahanan tanpa bicara. Semua nilai-nilai yang dihayati oleh Pak Cik Soros.
Justeru George Soros, seorang Yahudi peniaga mata wang mengarahkan Open Society Institute (OSI) untuk menghulurkan dana kepada NGO di Malaysia. Maka dari jalur inilah Suaram mendapat sebahagian dari dana sokongan.
Sokongan dana dari Pak Cik Soros ini bukan hanya ke Malaysia, malah di Afrika, di negara Arab, di Amerika Latin, di Eropah Timur - Yayasan Soros telah mencurahkan dana untuk mengembangkan demokrasi.
Kenapa sekarang timbul hal Pak Cik Soros ini? Agenda anti NGO yang dilancarkan oleh United Malays National Organisation ini memiliki latar yang menarik. Parti politik ini sedang dalam keadaan nazak. Semenjak kekalahan dalam pilihan raya umum ke-12 (PRU12), parti politik ini melakukan pelbagai kerenah untuk mengembalikan sokongan rakyat terutama manusia Melayu.
United Malays National Organsiation didakwa bersubahat dalam pelbagai perbuatan khianat, termasuk insiden terhadap rumah ibadat. Semua yang diharap-harapkan untuk menaikkan kemarahan orang Melayu dilakukan. Semua yang dirancang untuk menimbulkan ketegangan bangsa-bangsa telah dilakukan oleh budak suruh atau anak syarikat parti ini.
Hasilnya meleset. Orang Melayu tidak ambil pot. Orang Melayu tidak mengamuk bila ditemui kepala babi dalam masjid. Orang Melayu buat 'dek' apabila surau dan masjid di simbah cat. Apa sudah jadi? Jawabnya ialah orang Melayu sedar bahawa semua yang berlaku rancangan dan komplot dari United Malays National Organisation untuk mencari sokongan Melayu.
Lalu, majlis fatwa berfatwa. Lalu Mufti bermufti-muftian dengan suara khutbahnya. Jabatan agama membuat arahan. Iman tua dan Imam muda membebel. Sultan telah bertitah. Semua meminta agar orang Melayu bersatu. Semua meminta agar orang Melayu memberikan sokongan kepada United Malays National Organisation. Hasilnya zero, zilch, sifar... orang Melayu tidak ambil pot.
Bayangkan betapa gementarnya tubuh badan pemimpin United Malays National Organisation apabila menghadapi hakikat yang pilihan raya umum ke-13 (PRU13) akan dijalankan tidak lama lagi. Pengundi hina telah lama lari. Pengundi India pecah terbarai. Di Sabah dan Sarawak nasionalisme Kadazan dan Dayak sedang melonjak. Semangat anti-semenanjung kian merebak. Semua ini tanda-tanda parti Ketuanan Melayu ini akan lingkup.
Maka keluarlah seekor kaldai tua dengan teori Yahudi dan George Soros. Sayang sekali si keldai tua ini tidak sedar zaman telah beredar. Pada satu ketika dahulu si keldai tua ini amat bijak dengan auta putar belit, tetapi hari ini segala autanya diketahui umum.
Setiap hari Mahathir mengeluarkan fatwa tentang Melayu hilang kuasa, tentang Melayu akan jadi hamba, tentang Melayu tidak berterima kasih, tentang Melayu tidak bersyukur, tentang Melayu akan jadi kuda Cina, tentang kuasa politik Melayu kian mengecil.
Mahathir bersedih. Dia merayu. Dia menangis pilu di Mingguan Malaysia. Dia mengingatkan bahaya Soros dan Yahudi kepada orang Melayu. Auta punya auta - kelentong punya kelentong - Mahathir terlupa bahawa Yayasan Perdana yang dipimpin oleh dirinya sendiri pernah meminta duit dari Pak Cik Soros. Tunggu ceritanya minggu hadapan.
Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Menteri: Pakatan timbul isu agama, kaum demi politik
Menteri
Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyifatkan tindakan
pembangkang yang semakin kerap menggembar-gemburkan isu agama dan
perkauman sejak akhir-akhir ini adalah semata-mata atas kepentingan
politik mereka terutama apabila pilihan raya umum semakin dekat.
"Setiap kali (semakin dekat) pilihan raya umum atau kecil, mereka akan menimbulkan isu-isu sedemikian, katanya kepada pemberita selepas Karnival Jelajah Sihat Bersama Komuniti dan perasmian Klinik 1Malaysia Taman Seri Lambak, di Kluang, hari ini.
Hishammuddin yang juga Naib Presiden Umno berkata tindakan itu jelas semata-mata atas kepentingan politik mereka.
"Bila jumpa penganut Kristian mereka (pembangkang) cakap macam ini...bila jumpa penganut Islam dan Buddha mereka cakap begitu.. Mereka buat pertimbangan bahawa pilihan raya umum tidak lama lagi, jadi mereka fikir memang sesuai untuk gembar-gemburkan isu kaum, isu agama ketika ini," katanya.
Hishammuddin yang juga Anggota Parlimen Sembrong berkata demikian sebagai mengulas tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang meminta penganut Kristian supaya tidak berdiam diri walaupun merasakan mereka 'tidak bersalah, suci dan tidak terlibat dalam perbuatan salah' ketika berucap di hadapan 300 pemimpin gereja, baru-baru ini.
Bishop Gereja Lutheran Evangelical, Rt Rev Dr Solomon Rajah kemudian turut menyifatkan permintaan Lim supaya pihak gereja bangkit menyatakan ketidakadilan seperti dilaporkan portal berita propembangkang, Malaysiakini itu, hanya akan dilihat sebagai satu usaha untuk mempengaruhi pihak gereja agar berpolitik.
Hishammuddin berkata setiap rakyat perlu memahami taktik yang digunakan pembangkang itu dan sekaligus berusaha membentuk gelombang yang membina bagi melawan perkara buruk yang dibawa pembangkang.
Katanya rakyat juga perlu faham bahawa pelbagai isu akan berleluasa pada 'musim politik' ini terutamanya isu lapuk yang akan dibangkitkan semula oleh pembangkang.
"Serangan peribadi ke atas pemimpin juga isu biasa bagi mereka (pembangkang).
"Kita jangan ikut rentak mereka. Jangan lawan buruk dengan buruk, tetapi lawan buruk dengan baik. Kita mengamalkan politik sihat dan dapat diterima semua pihak. Kita tidak bawa politik sempit dan jalanan," tegasnya.
- Bernama

Azrul Kuale
hahahahaha.....menteri pondan dah bersuara....woiii yg kat BTN tue ko hasut org2 kerajaan supaya benci kaum lain ape cerita????dah wat salah tue ngaku jelah x yah nak salahkan org lain...
Lima Papah · Pengulas Tertinggi · University of entahmano
Ya ke PR macam tu??? kenapa orang politik UMNO/BN ni tak cakap lak bila dia gi jumpa orang melayu dia cakap hal agama hindu dll.
Ramesh Rao Krishnan Naidu · Langgani · Pengulas Tertinggi
Anwar pakar peniup sentimen perkauman!Depan Melayu lain!depa cina lain depan India cerita lain!Orang macam ini harus dinyahkan terus!!!!!
Constantz Alfred · Pengulas Tertinggi
bukan terang lagi bersuluh UMNO , Perkasa dan Hasan JATI yang paling kuat sifat perkauman dan menggunakan konsep jihad kononnya demi Islam dan kelangsungan hidup Melayu attack penganut non-muslim, apalah paku dulang paku serpih mengata orang dia yang lebih, goblok....ptuiii!!!!
Lee Choo Yean · Pengulas Tertinggi · Assistant Engineer di OSRAM
siapa yang suka main isu agama, isu perkauman, fitnah......rakyat Penang tahu bezakan....BN nak kalah teruk lagi ke????
Mat Amin · Langgani · Pengulas Tertinggi · Sekolah Parti Rejimen Ke-10
o ho... hebat menteri ni... bagai kera menegur tahinya sendiri
Polis: Pencuri pecah masuk kediaman MB N Sembilan
Ketua
Polis Daerah Seremban Saiful Azly Kamarudin berkata kediaman keluarga
Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hassan dipecah masuk
dalam satu kejadian pagi ini.Ketika dihubungi, Saiful Azly mengesahkan bahawa kejadian itu berlaku pada kira-kira jam 10 pagi ini.
Satu set televisyen dan dekoder satelit Astro dilaporkan dicuri daripada kediaman yang terletak kira-kira 20 kilometer daripada bandar Seremban itu, katanya.
Katanya lagi, polis setakat ini bagaimanapun belum menahan mana-mana suspek.
Utusan: Ucapan Guan Eng 'seakan semai kebencian'
Satu laporan akhbar Utusan Malaysia
hari ini mendakwa, ucapan ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dalam
satu pertemuan bersama sekumpulan pemimpin gereja di negeri itu "seakan
menyemai kebencian" di kalangan golongan tersebut.
Pengarang yang menggunakan nama pena Awang Selamat dalam pojok akhbar Utusan edisi Ahad itu memberi alasan, ucapan yang disampaikan setiausaha agung DAP itu "menekankan soal ketidakadilan".
"Guan Eng tidak boleh menyalahkan mana-mana pihak yang beranggapan kenyataanya itu boleh dilihat sebagai menghasut," kata pengarang itu lagi.
Dalam pertemuan itu, Lim didakwa menggesa golongan pemimpin gereja "menyuarakan keadilan untuk semua" yang dikaitkan Utusan sebagai "slogan" Pakatan Rakyat.
"Tidak sukar untuk menafsir kata-kata Guan Eng itu yang sememangnya membawa agenda DAP. Ternyata beliau mahu gereja memainkan peranan politik," tulisan itu dipetik.
Tulisan itu juga sekali lagi menimbulkan dakwaan mengenai "pertemuan paderi Kristian yang dikatakan berakhir dengan ikrar tertentu", yang didakwa anjuran DAP pada Mei tahun lalu.
Dakwaan itu adalah berhubung laporan tajuk utama Utusan pada 7 Mei lalu berjudul 'Kristian Agama Rasmi?' - berhubung dakwaan penubuhan negara Kristian dan melantik seorang perdana menteri di kalangan penganut agama berkenaan.
"Kegemparan" itu bagaimanapun senyap selepas kerajaan setelah mengeluarkan satu surat teguran kepada Utusan, walau pelbagai pihak termasuk MCA mahu akhbar tersebut terus disiasat.
Pemimpin DAP juga tidak berpuas hati dengan tindakan berkenaan dan mahu kerajaan menggantung permit penerbitan Utusan Malaysia kerana menerbitkan berita palsu berhubung dakwaan itu.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein juga mempertahankan bahawa "ada asas" kebenaran dalam laporan tersebut.
Seterusnya dalam satu jawapan di Parlimen pada 3 Oktober lalu menyebut, beliau berkata siasatan yang dijalankan menunjukkan "tiada bukti kukuh yang boleh menyokong keterangan untuk menyabitkan kesalahan kepada mana-mana individu" dalam kes tersebut.
Menteri dalam negeri juga menyatakan bahawa jabatan peguam negara telah memutuskan "tiada tindakan lanjut" dijalankan untuk kes berkenaan.
Akhbar Utusan Malaysia edisi Ahad hari ini melaporkan demikian dengan memetik kenyataan Rajah yang mengulas satu ucapan Lim.
Rajah berkata saranan Lim seperti dilaporkan Malaysiakini - supaya "gereja bangkit menyatakan ketidakadilan" itu dilihatnya sebagai "usaha mempengaruhi pihak gereja agar berpolitik".
Beliau bagaimanapun mengakui bahawa pemimpin Kristian sememangnya "berhak menyuarakan rasa tidak adil terhadap sesuatu perkara" dan "tidak pasti apakah niat sebenar Guan Eng" dalam ucapan pada dialog tersebut.
"Namun keadaan di Malaysia pada ketika ini "bukan huru-hara sehingga terpaksa mengambil langkah alternatif untuk mencampurkan soal spiritual dan politik," katanya seperti dipetik akhbar itu.
Beliau mengulas ucapan Lim yang menggesa penganut Kristian supaya menyuarakan pandangan, meskipun golongan itu "tidak bersalah, suci dan tidak terlibat dalam perbuatan salah".
"Saya tidak pasti sama ada beliau menganut agama Kristian atau Buddha. Saya juga tidak pasti mengapa beliau boleh mengeluarkan kenyataan seperti itu di dalam sebuah gereja.
"Tapi saya mahu beliau tahu, pihak gereja tidak perlu disuruh untuk menegakkan keadilan kepentingan politik," kata Rajah lagi.
6 Oktober 2012
[DIKEMAS KINI] SHAH ALAM - Majlis Pimpinan Selangor
kecewa sambil menegaskan Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Faekah
Husin sepatutnya mengelak daripada membuat komen-komen yang tidak patut
berhubung kenyataan kontroversi kedudukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
jika Pakatan Rakyat (PR) memenangi Pilihan Raya Umum ke-13.
Timbalan Pengerusinya, Zuraida Kamaruddin berkata, Faekah seharusnya mengambil pendekatan positif dengan menghubungi Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali sendiri berhubung isu berkenaan.
"Jika Faekah mengambil nafas kali kedua dan baca habis laporan (media), beliau pastinya akan faham keseluruhan mesej dalam komen Azmin di mana TSK (Khalid digambarkan sebagai) satu aset bagi kerajaan PR dalam merealisasikan Buku Jingga, manifesto dan Bajet 2013 di peringkat persekutuan (jika PR menawan Putrajaya)," kata beliau yang juga Ketua Wanita PKR dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam satu kenyataan kepada satu portal berita yang dipetik akhbar tempatan hari ini, Faekah menyifatkan kenyataan Azmin, yang disiarkan oleh Sinar Harian Rabu lalu, sebagai langkah yang “tidak bijak secara politik.”
Katanya, selaku pemimpin PR, seseorang yang membuat kenyataan sedemikian seharusnya telah mempertimbangkan implikasi akibat kenyataan mereka.
Dalam kenyataannya kelmarin, Khalid berkata, Azmin tidak perlu memohon maaf berikutan kenyataannya yang dianggap sebagai satu salah faham.
Malah, Abdul Khalid yang juga Menteri Besar Selangor dan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak menganggap kenyataan Azmin adalah bersifat peribadi dan tidak mewakili pendirian pakatan pembangkang.
Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak dipetik berkata, Selangor akan mendapat Menteri Besar baru bagi menggantikan Khalid sekiranya PR memenangi Pilihan Raya Umum ke-13.
Katanya, Khalid lebih diperlukan di peringkat Pusat sekiranya pakatan pembangkang berjaya membentuk kerajaan selepas memenangi pilihan raya umum itu.
Mengulas lanjut, Zuraida berkata, di pihak Azmin, beliau telah berulang kali secara terbuka menunjukkan sokongan penuh kepada Khalid selaku Menteri Besar Selangor
"TSK (Khalid) telah melakukan kerja yang menakjubkan, mengubah 360 darjah gaya kerajaan BN (sebelum ini)," katanya sambil menambah bahawa Khalid telah digambarkan sebagai Menteri Besar PR yang cemerlang, sehingga mencemburukan BN.
"Berkenaan dengan komen terbaru mengenai peranan TSK di peringkat persekutuan, ia telah disalah tafsir dengan tidak bijak oleh Faekah," kata Zuraida, yang juga Ahli Parlimen Ampang.
Sehubungan itu tambah Zuraida, "nasihat kami kepada Faekah, robohkan tembok komunikasi dengan pemimpin-pemimpin parti kerana sehingga kini beliau masih belum berkomunikasi dengan kebanyakan pemimpin negeri dan parti berkenaan dengan urusan parti dan negeri."
Katanya, selaku seorang setiausaha politik yang efektif, Faekah seharusnya memberi tumpuan untuk memperbaiki hubungan politik antara Menteri Besar dan pemimpin-pemimpin parti, bukannya menyebabkan ketidakstabilan dengan membuat kenyataan sewenang-wenangnya.
"Dan, satu peringatan mesra kepada Faekah, sementara parti (ibu pejabat) tidak perlu berbincang dengan negeri, tetapi kami bertindak secara objektif dan profesional.
"Dengan penjelasan ini, kami berharapa perkara ini akan berakhir dan marilah kita rapatkan hubungan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13," katanya.
7 Oktober 2012
PETALING JAYA – Setiausaha Politik Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Faekah
Husin berkata, beliau tidak akan mengulas lagi isu berkenaan kenyataan
menyentuh kedudukan Menteri Besar Selangor itu jika Pakatan Rakyat
memenangi Pilihan Raya Umum ke-13.
7 Oktober 2012
SEREMBAN – "Saya terkejut apabila tidak dibenarkan masuk," kata Setiausaha Pemuda MIC negeri, S. Satish Kumar.
Satish Kumar mendakwa dia dimalukan apabila dihalang masuk ke bangunan MIC Negeri Sembilan, kelmarin ketika hadir untuk menyerahkan satu dokumen.
Lebih menghairankan, katanya, larangan tersebut dikatakan arahan daripada Pengerusi MIC negeri, Datuk T Rajagopalu.
Menyorot kembali kejadian kira-kira 2.30 petang itu, Satish Kumar berkata, dia datang ke bangunan MIC negeri di sini kerana mahu menyerahkan beberapa dokuman penting berhubung masalah rakyat.
“Saya terkejut apabila Setiausaha Kerja Rajagopalu tidak membenarkan saya masuk dan meminta saya pulang. Dia memberitahu arahan itu datang dari Rajagopalu.
“Saya tidak faham kenapa beliau mengeluarkan arahan demikian sedangkan saya tidak mempunyai sebarang rekod buruk atau masalah dengan parti," katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.
Beliau yang juga Ketua Pemuda MIC Bahagian Kuala Pilah berkata, masalah itu mungkin berpunca daripada tindakannya memperjuangkan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Tamil Kuala Pilah, baru-baru ini.
"Tindakan saya itu mungkin dianggap melebihinya selaku ketua dalam MIC. Saya hanya menjalankan peranan saya sebagai pemuda MIC dan isu itu kita perjuangkan sejak 2009 lagi," katanya.
Sementara itu Ketua Pemuda MIC Negeri, Palani Mahadevan berkata, beliau kesal kejadian tersebut dan akan membawanya kepada Pemuda MIC peringkat pusat untuk dibincangkan.
Dalam pada itu, Rajagopalu ketika dihubungi Sinar Harian, semalam menafikan ada mengeluarkan arahan tersebut.
"Saya tidak bagi arahan seperti itu dan saya rasa telah timbul salah faham kepadanya.
“Sebenarnya dia sendiri bermasalah kerana saya ada terima aduan daripada MIC Bahagian Kuala Pilah berhubung kelakuannya," katanya.
Berikutan itu, Rajagopalu berkata, beliau akan mengambil tindakan tatatertib terhadap Satish Kumar.
Pengarang yang menggunakan nama pena Awang Selamat dalam pojok akhbar Utusan edisi Ahad itu memberi alasan, ucapan yang disampaikan setiausaha agung DAP itu "menekankan soal ketidakadilan".
"Guan Eng tidak boleh menyalahkan mana-mana pihak yang beranggapan kenyataanya itu boleh dilihat sebagai menghasut," kata pengarang itu lagi.
Dalam pertemuan itu, Lim didakwa menggesa golongan pemimpin gereja "menyuarakan keadilan untuk semua" yang dikaitkan Utusan sebagai "slogan" Pakatan Rakyat.
"Tidak sukar untuk menafsir kata-kata Guan Eng itu yang sememangnya membawa agenda DAP. Ternyata beliau mahu gereja memainkan peranan politik," tulisan itu dipetik.
Tulisan itu juga sekali lagi menimbulkan dakwaan mengenai "pertemuan paderi Kristian yang dikatakan berakhir dengan ikrar tertentu", yang didakwa anjuran DAP pada Mei tahun lalu.
Dakwaan itu adalah berhubung laporan tajuk utama Utusan pada 7 Mei lalu berjudul 'Kristian Agama Rasmi?' - berhubung dakwaan penubuhan negara Kristian dan melantik seorang perdana menteri di kalangan penganut agama berkenaan.
"Kegemparan" itu bagaimanapun senyap selepas kerajaan setelah mengeluarkan satu surat teguran kepada Utusan, walau pelbagai pihak termasuk MCA mahu akhbar tersebut terus disiasat.
Pemimpin DAP juga tidak berpuas hati dengan tindakan berkenaan dan mahu kerajaan menggantung permit penerbitan Utusan Malaysia kerana menerbitkan berita palsu berhubung dakwaan itu.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein juga mempertahankan bahawa "ada asas" kebenaran dalam laporan tersebut.
Seterusnya dalam satu jawapan di Parlimen pada 3 Oktober lalu menyebut, beliau berkata siasatan yang dijalankan menunjukkan "tiada bukti kukuh yang boleh menyokong keterangan untuk menyabitkan kesalahan kepada mana-mana individu" dalam kes tersebut.
Menteri dalam negeri juga menyatakan bahawa jabatan peguam negara telah memutuskan "tiada tindakan lanjut" dijalankan untuk kes berkenaan.
Biskop persoal saranan 'nyatakan ketidakadilan'
Biskop
Gereja Lutheran Evangelical Solomon Rajah dilaporkan meminta ketua
menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng supaya tidak melibatkan rumah ibadat
ke dalam gelanggang politik.Akhbar Utusan Malaysia edisi Ahad hari ini melaporkan demikian dengan memetik kenyataan Rajah yang mengulas satu ucapan Lim.
Rajah berkata saranan Lim seperti dilaporkan Malaysiakini - supaya "gereja bangkit menyatakan ketidakadilan" itu dilihatnya sebagai "usaha mempengaruhi pihak gereja agar berpolitik".
Beliau bagaimanapun mengakui bahawa pemimpin Kristian sememangnya "berhak menyuarakan rasa tidak adil terhadap sesuatu perkara" dan "tidak pasti apakah niat sebenar Guan Eng" dalam ucapan pada dialog tersebut.
"Namun keadaan di Malaysia pada ketika ini "bukan huru-hara sehingga terpaksa mengambil langkah alternatif untuk mencampurkan soal spiritual dan politik," katanya seperti dipetik akhbar itu.
Beliau mengulas ucapan Lim yang menggesa penganut Kristian supaya menyuarakan pandangan, meskipun golongan itu "tidak bersalah, suci dan tidak terlibat dalam perbuatan salah".
"Saya tidak pasti sama ada beliau menganut agama Kristian atau Buddha. Saya juga tidak pasti mengapa beliau boleh mengeluarkan kenyataan seperti itu di dalam sebuah gereja.
"Tapi saya mahu beliau tahu, pihak gereja tidak perlu disuruh untuk menegakkan keadilan kepentingan politik," kata Rajah lagi.
PKR Selangor bidas dengan SU Politik MB
6 Oktober 2012
Timbalan Pengerusinya, Zuraida Kamaruddin berkata, Faekah seharusnya mengambil pendekatan positif dengan menghubungi Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali sendiri berhubung isu berkenaan.
"Jika Faekah mengambil nafas kali kedua dan baca habis laporan (media), beliau pastinya akan faham keseluruhan mesej dalam komen Azmin di mana TSK (Khalid digambarkan sebagai) satu aset bagi kerajaan PR dalam merealisasikan Buku Jingga, manifesto dan Bajet 2013 di peringkat persekutuan (jika PR menawan Putrajaya)," kata beliau yang juga Ketua Wanita PKR dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam satu kenyataan kepada satu portal berita yang dipetik akhbar tempatan hari ini, Faekah menyifatkan kenyataan Azmin, yang disiarkan oleh Sinar Harian Rabu lalu, sebagai langkah yang “tidak bijak secara politik.”
Katanya, selaku pemimpin PR, seseorang yang membuat kenyataan sedemikian seharusnya telah mempertimbangkan implikasi akibat kenyataan mereka.
Dalam kenyataannya kelmarin, Khalid berkata, Azmin tidak perlu memohon maaf berikutan kenyataannya yang dianggap sebagai satu salah faham.
Malah, Abdul Khalid yang juga Menteri Besar Selangor dan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak menganggap kenyataan Azmin adalah bersifat peribadi dan tidak mewakili pendirian pakatan pembangkang.
Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak dipetik berkata, Selangor akan mendapat Menteri Besar baru bagi menggantikan Khalid sekiranya PR memenangi Pilihan Raya Umum ke-13.
Katanya, Khalid lebih diperlukan di peringkat Pusat sekiranya pakatan pembangkang berjaya membentuk kerajaan selepas memenangi pilihan raya umum itu.
Mengulas lanjut, Zuraida berkata, di pihak Azmin, beliau telah berulang kali secara terbuka menunjukkan sokongan penuh kepada Khalid selaku Menteri Besar Selangor
"TSK (Khalid) telah melakukan kerja yang menakjubkan, mengubah 360 darjah gaya kerajaan BN (sebelum ini)," katanya sambil menambah bahawa Khalid telah digambarkan sebagai Menteri Besar PR yang cemerlang, sehingga mencemburukan BN.
"Berkenaan dengan komen terbaru mengenai peranan TSK di peringkat persekutuan, ia telah disalah tafsir dengan tidak bijak oleh Faekah," kata Zuraida, yang juga Ahli Parlimen Ampang.
Sehubungan itu tambah Zuraida, "nasihat kami kepada Faekah, robohkan tembok komunikasi dengan pemimpin-pemimpin parti kerana sehingga kini beliau masih belum berkomunikasi dengan kebanyakan pemimpin negeri dan parti berkenaan dengan urusan parti dan negeri."
Katanya, selaku seorang setiausaha politik yang efektif, Faekah seharusnya memberi tumpuan untuk memperbaiki hubungan politik antara Menteri Besar dan pemimpin-pemimpin parti, bukannya menyebabkan ketidakstabilan dengan membuat kenyataan sewenang-wenangnya.
"Dan, satu peringatan mesra kepada Faekah, sementara parti (ibu pejabat) tidak perlu berbincang dengan negeri, tetapi kami bertindak secara objektif dan profesional.
"Dengan penjelasan ini, kami berharapa perkara ini akan berakhir dan marilah kita rapatkan hubungan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13," katanya.
Faekah Husin ‘akur nasihat pemimpin PKR’
7 Oktober 2012
Katanya, beliau “akur” dengan teguran kepimpinan PKR agar tidak membuat kenyataan balas mengenai isu berkenaan.
“Saya juga dinasihati (bekas Timbalan Presiden PKR), Dr Syed Husin Ali
supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang tidak wajar.
“Oleh kerana beliau sudah pun merujuk hal itu kepada (Timbalan Presiden) Azmin Ali dan(Setiausaha Agung Pas), Datuk Mustafa Ali, saya pun ambil pendekatan yang sama, tidak mengapalah tidak usah komen,” kata beliau kepada Sinar Harian Online hari ini.

Katanya, teguran yang dibuat Timbalan PengerusiPKR Selangor, Zuraida
Kamaruddin semalam diterima dengan berlapang dada dan akan mengikuti
nasihatnya.
Selain Zuraida, Faekah juga diingatkan Ketua Penerangan PKR Selangor,
Shuhaimi Shafiei semalam supaya tidak memberi kenyataan secara membuta
tuli kerana boleh mengeruhkan lagi hubungan antara pimpinan parti.
Shuhaimi juga menasihati Faekah supaya membaca keseluruhan kenyataan
dibuat Azmin terlebih dahulu kerana ia jelas langsung tidak menjurus
kepada niat untuk menukar Khalid sebagai Menteri Besar.
'Kenapa saya dilarang masuk ke pejabat parti?'
7 Oktober 2012
Satish Kumar mendakwa dia dimalukan apabila dihalang masuk ke bangunan MIC Negeri Sembilan, kelmarin ketika hadir untuk menyerahkan satu dokumen.
Lebih menghairankan, katanya, larangan tersebut dikatakan arahan daripada Pengerusi MIC negeri, Datuk T Rajagopalu.
Menyorot kembali kejadian kira-kira 2.30 petang itu, Satish Kumar berkata, dia datang ke bangunan MIC negeri di sini kerana mahu menyerahkan beberapa dokuman penting berhubung masalah rakyat.
“Saya terkejut apabila Setiausaha Kerja Rajagopalu tidak membenarkan saya masuk dan meminta saya pulang. Dia memberitahu arahan itu datang dari Rajagopalu.
“Saya tidak faham kenapa beliau mengeluarkan arahan demikian sedangkan saya tidak mempunyai sebarang rekod buruk atau masalah dengan parti," katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.
Beliau yang juga Ketua Pemuda MIC Bahagian Kuala Pilah berkata, masalah itu mungkin berpunca daripada tindakannya memperjuangkan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Tamil Kuala Pilah, baru-baru ini.
"Tindakan saya itu mungkin dianggap melebihinya selaku ketua dalam MIC. Saya hanya menjalankan peranan saya sebagai pemuda MIC dan isu itu kita perjuangkan sejak 2009 lagi," katanya.
Sementara itu Ketua Pemuda MIC Negeri, Palani Mahadevan berkata, beliau kesal kejadian tersebut dan akan membawanya kepada Pemuda MIC peringkat pusat untuk dibincangkan.
Dalam pada itu, Rajagopalu ketika dihubungi Sinar Harian, semalam menafikan ada mengeluarkan arahan tersebut.
"Saya tidak bagi arahan seperti itu dan saya rasa telah timbul salah faham kepadanya.
“Sebenarnya dia sendiri bermasalah kerana saya ada terima aduan daripada MIC Bahagian Kuala Pilah berhubung kelakuannya," katanya.
Berikutan itu, Rajagopalu berkata, beliau akan mengambil tindakan tatatertib terhadap Satish Kumar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan