Selasa, 2 Oktober 2012

MELIHAT CARA MENGAJAR DAN MENGHURAIKANNYA KOD...SIFAT ALLAH...KEKUASAN ALLAH TAK TERBATAS...BAIK SEGI ILMU...KEKUATAN SERTA KEUPAYAAN...SESUAI SIFAT KESEMPURNAAN ALLAH SWT

Anak ragut rantai ibu, di mana silapnya?
Posted on Tuesday, October 02 @ 02:51:52 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah

Oleh: amkns

"
Sedangkan kita sudah punyai banyak program pembangunan sumber manusia antaranya aktiviti kokurikulum di sekolah, program PLKN dan macam-macam lagi program untuk remaja. Apa yang kurang ialah program peningkatan iman, program memperbanyakkan jemaah di masjid, program memperbanyakkan kuliah ilmu dan yang seumpamanya, walaupun kutipan zakat kian tahun meningkat naik.


Remaja ragut rantai ibu
2 Okt 2012  
Teluk Intan: Akibat ketagihan dadah, seorang remaja sanggup meragut rantai leher ibunya selepas permintaan mendapatkan RM500 daripada wanita itu tidak dipenuhi, petang kelmarin.  
Dalam kejadian jam 6 petang itu, ibu berusia 47 tahun yang juga suri rumah berasal dari Kampung Bahagia itu, enggan melayan permintaan anaknya berusia 19 tahun kerana bimbang wang itu digunakan untuk membeli dadah.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang, berkata suspek yang beberapa kali meminta wang sebanyak RM500 tetapi tidak diendahkan ibunya bertindak nekad merampas rantai emas itu sebelum melarikan diri.  
Jamin anak kes dadah  
Sebelum itu, pada 27 September lalu, wanita itu menjamin anaknya yang dituduh di mahkamah kerana kesalahan mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952 bersama beberapa rakannya yang lain.  
Suspek yang berada dalam jaminan mahkamah kini diburu pihak polis. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun. Sehingga kini belum ada sebarang tangkapan dibuat, katanya.  


Tak tahan krisis air di Sarawak, lelaki racun loji.
Posted on Tuesday, October 02 @ 02:43:28 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah

Oleh: amkns

"2 Okt 2012 - LOJI rawatan air di Simunjan, Sarawak terpaksa ditutup untuk sementara waktu bagi memastikan air yang disalurkan kepada pengguna bebas daripada dicemari racun rumpai.

Lebih 3,000 penduduk di empat buah kampung, sebuah taman perumahan serta pekan Simunjan disini terputus bekalan air akibat tindakan seorang lelaki berusia 30-an yang bertindak mencurah racun rumpai ke dalam air di loji rawatan air Jabatan Kerja Raya (JKR) Simunjan semalam. 
Pekan Simunjan terletak kira-kira 120 kilometer di tenggara Kuching. Dalam kejadian pada pukul 9 pagi itu, seorang lelaki bertindak di luar batasan dengan mencurahkan kira-kira lima liter racun rumpai ke dalam saluran paip utama di loji tersebut di Jalan Nanas, Sekendu di sini. 
Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Simunjan, Mohd. Zaini Morshidi berkata, lelaki yang berasal dari Kampung Sageng itu dipercayai melakukan perbuatan khianat itu selepas tidak tahan menghadapi krisis air yang melanda kampungnya sejak Jun lalu. 
“Ketika kejadian, kebetulan beberapa penduduk kampung melalui kawasan tersebut dan ternampak tindak-tanduk lelaki itu yang mencurigakan. “Akibat disergah oleh penduduk kampung, lelaki tersebut kemudian melarikan diri dan berjaya mengelak daripada ditangkap penduduk,” katanya ketika dihubungi di sini semalam. 
"

Website JPN dedahkan bukti warga asing boleh mengundi guna MyKad palsu!
Posted on Monday, October 01 @ 13:03:47 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh mmas_forever

Oleh: lipasmalas

"LIHAT keratan akhbar di bawah ini baik-baik. Ia merupakan keratan akhbar Harian Ekspress (Daily Express) bertarikh hari Selasa, 21 September 2011.




Hasil carian melalui Google di internet, keratan akhbar ini berjaya dimuat turun daripada laman web rasmi Jabatan Pendaftaran Negara, JPN melalui link berikut. Difahamkan keratan akhbar ini untuk rujukan pihak JPN berhubung isu kad pengenalan.

http://www.jpn.gov.my/sites/default/files/pdf/keratanakhbar/sabah21092010.pdf
Ini bermakna keratan akhbar ini adalah keratan yang sah. Ia melaporkan satu perbicaraan mahkamah di Kota Kinabalu di mana seorang lelaki rakyat Filipina dijatuhkan hukuman penjara setahun kerana menggunakan MyKad palsu.

"Salleh Samsul dari Kampung Likas di sini, mengaku bersalah di hadapan majistret Cindy McJuce Balitus kerana menggunakan dokumen yang memegang nombor bersiri 670110-12-5035 di bawah namanya sendiri" lapor keratan akhbar itu.

Ini bermakna mahkamah telah mengesahkan bahawa kad pengenalan ataupun MyKad yang dipegang oleh Salleh Samsul itu adalah palsu.

Apa yang menghairankan, semakan di laman rasmi rasmi Suruhanjaya Pilihanraya mendapati nombor MyKad palsu ini sah sebagai salah seorang pengundi atau dengan kata lainnya pemegang MyKad palsu ini boleh mengundi dalam pilihanraya.



Bagi memastikan kesahihan pendedahan ini silalah semak sendiri di laman rasmi Suruhanjaya Pilihanraya sebelum mereka memadamnya untuk menghapuskan bukti penipuan ini klik sini [SPR].


ReJaM© "Lihat sendiri bagaimana negara kita digadai di depan batang hidung!"

Sumber: MiLo SuaM"
 



Sedih dengan pandangan Tan Sri Profesor unggul Dr Kamal Hassan
Posted on Tuesday, October 02 @ 02:41:51 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah

Oleh: anaabdullah

"Tan Sri Profesor Unggul Dr. Mohd Kamal Hassan sedih dengan Melayu yang berpecah belah kerana percaturan dan perbezaan politik.

Yang peliknya mengapa  apabila masuk usia 70 tahun baru merasai kesedihan. Pada hal Allah melarang keras  orang beriman berpecah. Sebaliknya  memerintah orang orang beriman bersatu padu.  

Apakah kita baru tahu  percaturan dan perbezaan politiklah yang membuat orang Melayu di Negara ini berpecah belah.sedangkan Islam melarang orang beriman berpecah. Apath lagi memutusakan silaturahim.
Jika dilihat secara sepintas lalu semacam munasabah perpechan orang Melayu berpunca daripada percaturan dan perbezaan politik, kerana ada parti politik yang memisahkan agama dengan arti kata islam suku politik suku.
Sehubungan dengan itu, hari ini tidak kelihatan sebarang tanda orang melayu akan bersatu, miskipun sesetengah mengatakan orang Melayu akan bersatu semula suatu masa nanti jika keadaan terdesak.
Saya berani mengatakan orang melayu” dua beradik” yang pernah bersatu dalam BN (1970) dan berpisah ini mahu bersatu kembali kerana percaya bersatu itu kuat dan berpecah itu  lemah.
 Yang paling pelik kemahuan bersatu dua beradik ini bukan atas nama akidah, tetapi atas nama bangsa yang sah sampai kucing tumbuk tanduk pun tidak akan mencapai kejayaan.miskipin ada sesetnagh yakin mereka akan bersatu juga satu  masa nanti.
Jika dahulu mereka bersatu dek 13 Mei. Apakah perlu 13 Mei sekali lagi baru dua beradik ini bersatu semula.
Penulis sedih dengan pandangan Profesor unggul Dr Mohd Kamal Hassan, kerana mengatakan  perpecahan orang melayu di Negara ini berpunca daripada percaturan dan perbezaan politik antara tiga  beradik.
Sewajarnya abang tua kena tanya diri sendiri, disamping adik yang mahu mendaulatkan Islam di Negara ini.
Sehubungan dengan itu, selama lamanya pembangkang (PAS) dituduh penyebab melayu di Negara ini berpecah belah.Seolah olah adiknya yang menjadi puncanya dan abang tidak bersalah sama sekali.
Buktinya, Tun Mahathir Mohamad sendiri baru baru ini mengulangi dan mengatakan pembangkanglah punca orang Melayu berpecah, sedangkan Pembangkang, PAS dan parti keadilan rakyat adalah serpihan umno.Pasal apa boleh jadi demikian. Pasti ada sebab musababnya.
Maka alangkah tidak benarnya pandangan Tan Sri Profesor unggul Negara Dr Mohd Kamal Hassan yang mengatakan percaturan dan perbezaan politik sebagai punca hakiki perpecahan orang melayu di Negara ini.
Penulis sekali lagi merasa sedih apabila Tan Sri Profesor unggul Negara berkata demikian, kerana punca mutlak perpecahan Melayu di Negara ini  tidak lain dan tidak bukan berpunca daripada akidah yang juga disebut dalam karya wasiatnya.
Kalau mereka tidak rosak  akidah Islamiah sudah barang tentu tidak berlaku perpecahan. Mana mungkin orang Melayu yang beriman (mukmin)memilih untuk berpecah belah, sedangkan Allah melarang keras dan memerintah bersatu.
Sangat tidak lojik mereka bertindak seumpama  itu. Atau mana mungkin mereka melanggar perintah Allah dan Rasul SAW. Kecuali bagi mereka yang rosak akidahnya. Ikuti  sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Barang siapa yang tinggal solat dengan sengaja kafir”.(Kafir umat Islam).
Kajian yang dibuat 83 peratus orang melayu tak solat. Bermakna 17 peratus saja yang kekal akidahnya 83 peratus sudah jadi kafir yang masih mengaku Islam.
kita juga tidak lupa bahawa umat Islam terbahagi pada 73 puak. Hanya satu puak sahaja yang diterima pakai. Mereka  yang mengikut ajaran Rasulullah SAW.
Lebih lebih lagi Allah telah menyatakan, hendak kamu berpegang teguh dengan tali Allah (akidah). Bermakna Jika tidak berpegang teguh dengan tali Allah, pasti kacau bilau dibuatnya.
Kita lihat “ Kalau kamu orang orang yang beriman”.maksud firman Allah ini harus dijadikan nas dan dalil dalil dan tidak harus dolah dalih lagi jika mahu jadi kuat dan teguh.
Sejak dulu dan kini orang melayu ada yang jadi kafir dan sikit saja yang kekal beriman. Jadi bagaimana mereka yang kafir boleh dan mahu bersatu dengan orang orang yang beriman yang sudah tentu akan menjadi penghalang kepada kegiatan mungkar para pemimpin yang rosak akidah.


Khutbah: Keinsafan Dari Ibadat Haji
Posted on Tuesday, October 02 @ 02:39:21 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah

Oleh: ustaznik

"haji-mabrurSinopsis: Sebahagian dari umat Islam sudah dan akan menuju ke Mekah bagi menunaikan ibadat haji. 

Ibadat yang bukan sahaja sebagai salah satu rukun Islam tetapi mengandungi pelbagai hikmah dan pengajaran di sebaliknya. Umat Islam sepatutnya mengambil peringatan dari badat haji yang dilakukan ini, samada mereka sendiri yang melakukannya atau orang lain. 

Beberapa perkara yang berkait dengan ibadat haji ini dikupas oleh DSTG Presiden PAS dalam khutbah berikut pada 12 Zulqaedah 1433H (28 Sept 2012):Keinsafan Dari Ibadat Haji (0)"
 


Fathul Bari tuduh belajar Sifat 20 Firqah Sesat?
Posted on Tuesday, October 02 @ 02:36:14 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah

Oleh: amkns

"

Betul ke Ulama Muda Umno, Ustaz Fathul Bari menuduh mereka yang mempelajari Sifat 20 sebagai Firqah Sesat?



Tuduhan firqah sesat, Jahmiyyah bagi golongan Al-Asya'irah yang mempelajari pengajian Sifat 20 yang dibuat oleh Fathul Bari dijawab oleh Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari sewaktu pengajian Himpunan Risalah-Risalah Hadith Nabawi di Masjid Al-Falah USJ9, Subang.Sikap melampau golongan Wahhabiy ini sepatutnya disekat dari memberi sebarang ceramah namun kelicikan mereka setelah Fathul Bari ditangkap ketika menyampaikan kuliahnya di I'ttiba Us-Sunnah Kuala Pilah suatu masa dahulu, terus sahaja mengumumkan untuk menyertai parti politik dominan UMNO sebagai platformnya untuk menyebarkan fahaman Wahhabiy.Berhati-hatilah dengan kemunculan 40 orang yang mengaku sebagai Ulama Muda sedangkan hakikatnya hanyalah untuk menyebarkan fahaman yang menyesatkan aqidah umat Islam dengan aqidah Tajsim & Tasybih. 





Smber di http://hanifsalleh.blogspot.com/2012/09/jawapan-untuk-fathul-bari.html



Dr Zakir Naik Mengajak Kepada Persaudaraan Sejagat
Posted on Monday, October 01 @ 16:21:23 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh mmas_forever

Oleh: al-bahanj

"Sejak awal program, dua lelaki ini telah mendengar dengan sangat khusyuk dan kadang-kadang mengangguk perlahan tanda setuju dengan apa yang Dr Zakir Naik sampaikan malam semalam, 29 September 2012 di Dewan Agung Tunku Canselor, UiTM Shah Alam, Selangor.  Dalam hati saya, saya berdoa mudah-mudahan mereka mendapat hidayah dan taufiq dari ALLAH Ta`ala, amin.

 
 
Saya rasa itulah juga respon sebahagian besar hadirin yang terdiri dari yang beragama Islam dan juga yang belum beragama Islam pada malam itu.  Pendekatan secara lojik fikiran yang disampaikan oleh Dr Zakir Naik di hadapan lebih 12,000 orang yang duduk di dalam dewan dan di luar dewan begitu menarik perhatian semua.  

Beliau telah menyampaikan syarahan bertajuk ‘Universal Brotherhood’ bagi mengajak manusia agar bersatu menyembah Tuhan Yang Satu.  Bagi membawa mesej tersebut, beliau telah membawa beberapa bukti ayat-ayat dari kitab asal  agama Hindu, Yahudi, Kristian dan Islam yang menceritakan tentang menyembah Tuhan Yang Satu.

Jika penganut-penganut agama Hindu, Yahudi dan Kristian membaca betul-betul kitab asal agama mereka, tentu mereka mendapati bahawa kitab-kitab tersebut menceritakan tentang Tuhan Yang Satu.  Malangnya disebabkan mereka tidak membacanya tetapi lebih membaca kitab-kitab sekunder agama atau hanya mendengar kata-kata ahli agama mereka, maka sebab itulah mesej yang penting ini dilalaikan dari pengetahuan mereka sehingga ada yang menyembah patung-patung, haiwan, pokok dan manusia yang dianggap sebagai tuhan mereka.

Sepatutnya mereka merujuk sendiri kepada kitab asal agama mereka. Dengan merujuk kepada kitab asal mereka, jurang perbezaan antara manusia dapat dikecilkan kerana masing-masing menyembah Tuhan Yang Satu.  Dan beliau semalam menyentuh ciri-ciri asas Tuhan yang disebut di dalam kitab-kitab asal agama Hindu, Yahudi dan Kristian iaitu Tuhan hanya satu, amat berkuasa, tidak berkeluarga dan tidak mempunyai ciri-ciri makhluq yang diciptakanNYA.

Beliau telah menaqalkan satu persatu dari kitab-kitab Hindu, Yahudi dan Kristian bagi membuktikannya.  Inilah kelebihan utama yang diberikan oleh ALLAH Ta`ala kepada Dr Zakir Naik.  Beliau berkemampuan untuk memetik beberapa ayat dari al-Quran dan kitab-kitab agama lain secara pantas, dengan izin ALLAH.

Kesemua ciri-ciri asas itu ada disebut di dalam kitab-kitab mereka dan di dalam al-Quran ciri-ciri Tuhan disebut di dalam surah al-Ikhlas, ayat 1-4 dengan amat jelas, iaitu:
  1. قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ:  Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah ALLAH Yang Maha Esa;
  2. اللَّهُ الصَّمَدُ:  ”ALLAH Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
  3. لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ:  ”DIA tiada beranak, dan DIA pula tidak diperanakkan;
  4. وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ:  ”Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNYA”.
Disebabkan kitab-kitab agama Islam, Yahudi, Kristian dan Hindu menceritakan mengenai ciri-ciri Tuhan yang sama.  Ini bermakna ciri-ciri persamaan itu telah ada dalam agama-agama ini dan sepatutnya ia menyatukan sekalian ummat manusia yang menyembahTuhan Yang Satu.  Jurang perbezaan dapat dikecilkan jika mesej ini dapat diterima ramai dan akan wujudlah persaudaraan sejagat, Universal Brotherhood, yang berlandaskan kepada Tuhan Yang Satu.

Dan di dalam kitab Hindu, Yahudi dan Kristian juga ada menceritakan akan datangnya individu terakhir yang akan membawa mesej Tuhan Yang Satu itu.  Menurut Islam, individu yang dimaksudkan itu ialah Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wasallam.  Berdasarkan kitab induk agama Hindu, Yahudi dan Kristian, ciri-ciri individu yang disebut di dalam kitab-kitab tersebut mencirikan Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wasallam.  Mungkin perkara ini telah disentuh oleh Dr Zakir Naik dalam syarahan beliau di Johor Bharu sehari sebelumnya yang bertajuk ‘Muhammad SAW in World’s Religious Scriptures’.  Tentunya syarahan tersebut sangat menarik kupasannya.

Secara umumnya, Dr Zakir Naik semalam mengajak masing-masing agar merujuk kepada kitab asal agama masing-masing supaya mereka benar-benar mengenali agama mereka dan apa intipati ajaran tersebut.  Dan tentunya apabila mereka mengenali betul-betul agama mereka dengan mendalam, mereka pastinya akan akhirnya cenderung kepada Islam kerana Islam adalah agama tauhid yang dibawa oleh Nabi terakhir iaitu Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wasallam sebagaimana yang telah diramal oleh kitab-kitab pegangan Hindu, Yahudi dan Kristian.

Jika diamati sejarah sejak zaman Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam hinggalah pada zaman kini, kita pasti mendapati mereka yang alim terhadap kitab agama masing-masing, akhirnya pasti memeluk agama Islam lantaran kelestarian ajaran Islam di dalam al-Quran dengan kitab-kitab agama terdahulu khususnya dalam bab ketuhanan dan kenabian.

Sepatutnya kita semua yang berasal dari jiwa yang satu iaitu Adam `alaihissalam memilih untuk hidup bersaudara kerana memang kita bersaudara semuanya.  Firman ALLAH Ta`ala dalam surah an-Nisa, ayat 1:

يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُم مِّن نَّفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالًا كَثِيرًا وَنِسَاءً ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ الَّذِي تَسَاءَلُونَ بِهِ وَالْأَرْحَامَ ۚ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيبًا

Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada TUHAN kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya – Hawwa’), dan juga yang membiakkan dari keduanya – zuriat keturunan – lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada ALLAH yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNYA, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya ALLAH sentiasa memerhati (mengawas) kamu.

Dan kesemua para Nabi mengajak kepada menyembah Tuhan Yang Satu iaitu ALLAH Subhanahu wa Ta`ala.

Banyak lagi yang disentuh beliau sebenarnya.  Tapi saya kira mesej utama beliau pada malam semalam ialah agar semua manusia kembali kepada mentauhidkan ALLAH, iaitu mengesakan ALLAH, menunggalkan ALLAH, men-satu-kan ALLAH dan tidak menyekutukanNYA dengan sesuatu apa pun.  Inilah ajaran utama agama sejak manusia pertama diwujudkan.

Walaupun secara zahirnya Dr Zakir Naik semalam mengajak kepada penganut-penganut Hindu, Yahudi dan Kristian agar kembali merujuk kitab asal agama mereka, itu tidak bermakna beliau suruh kembali kepada agama mereka secara hakikatnya.

Seingat saya, ia adalah strategi dakwah tokoh-tokoh dalam comparative religion.  Ahmad Deedat dulu begini juga caranya.  Dr Zakir Naik, Yusuf Estes dan lain-lain tokoh juga begitu.  Mula-mula mereka mengajak mereka kembali kepada kitab asal mereka dan mencari persamaan supaya nilai yang sama itu dapat dipersetujui secara bersama.  Kemudian akan diajak pula memperhalusi kontradiksi iaitu percanggahan yang terdapat di dalam kitab-kitab agama mereka.  Di situlah al-Quran akan terserlah kebenarannya sebagai kitab dari Tuhan Yang Satu.

Hanya al-Quran sahaja kitab tulen dari Tuhan Yang Satu yang masih terpelihara dari pencerobohan dan ubahsuai tangan-tangan manusia hingga sekarang.  Kitab-kitab lain semuanya sudah diubahsuai dan percanggahan itulah sebagai bukti pengubahsuaian tersebut.  Kerana kitab yang asli dan tulen tidak akan bercanggah isi-isinya kerana ia merupakan perkataan dari Tuhan Yang Satu, Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.  Di sinilah titik tolak seseorang yang belum-Muslim akan buat keputusan samada Islam atau Kristian atau Yahudi atau Hindu atau agama lain yang benar.  Semoga cahaya kebenaran, hidayah dan taufiq menyinari semua hati-hati manusia, amin.

Allahu A`lam.

Sekadar berkongsi,

13 Dzulqa`idah 1433
30 September 2012

Sumber:  http://muzir.wordpress.com/2012/09/30/dr-zakir-naik-mengajak-kepada-persaudaraan-sejagat/
 

Tiada ulasan: