Khamis, 11 Oktober 2012

MASA INI....BANYAK KES...AKHIRNYA BANYAK SENJATA MAKAN TUAN SENJATA

Islam: Pemuda PAS sokong penuh Haron Din

Harakahdaily, 11 Okt 2012
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) memberikan sokongan penuh terhadap kenyataan Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr. Haron Din (gambar) di dalam kenyataannya berkenaan Islam adalah teras utama dalam membangunkan sebuah negara yang berlandaskan tuntutan syiar dan syariat Islam.


“Kami dari Dewan Pemuda PAS Malaysia menegaskan bahawa kami akan terus istiqamah atau konsisten mengambil Islam sebagai wadah utama dan solusi yang terbaik dalam segala perkara yang ingin dilakukan atau dilaksanakan,” ujar ketuanya, Nasrudin Hassan dalam satu kenyataan.

Berikut kenyataan penuh beliau.

Dewan Pemuda PAS Malaysia [DPPM] memberikan sokongan penuh terhadap kenyataan Tuan Guru Datuk Dr. Haron Din di dalam kenyataannya berkenaan Islam adalah teras utama dalam membangunkan sebuah negara yang berlandaskan tuntutan syiar dan syariat Islam.

Baru-baru ini, bekas ahli parlimen India, Mubasyar Jawid Akbar ada mengeluarkan buku yang menganggap Islam hanya untuk menjalin persaudaraan dan bukan untuk menubuhkan sebuah negara.

Jelas di dalam PAS, kita menolak fahaman sedemikian justeru ia lebih berpaksi kepada doktrin fahaman Islam liberal dan masyarakat umum tahu bahawa PAS adalah sebuah parti yang berpandukan Islam dan  Islam adalah penyelesaian yang terbaik bagi semua masalah ummah termasuk menyelesaikan permasaalahan negara.

Timbalan Mursyidul Am PAS  telah mengeluarkan kenyataan berkenaan Islam adalah satu cara hidup yang lengkap dan syumul. Islam menawarkan  apa sahaja yang melengkapkan kehidupan manusia, termasuklah soal pembentukan dan pentadbiran negara, sekaligus melambangkan Islam sebagai ad-deen yang lengkap dan komprehensif.  Persoalan ini adalah jelas kedudukannya di dalam al Quran dan Nabi saw juga telah mempraktiskannya.

Dengan yang demikian, kami di peringkat Dewan Pemuda PAS Malaysia menyokong penuh kenyataan beliau ketika Tuan Guru Datuk Dr Haron Din dihubungi oleh wartawan  berkenaan sebuah buku yang ditulis oleh Mubasyar Jawid Akbar.

Kami memang tidak bersetuju dengan Mubasyar Jawid Akbar mengenai apa yang diceritakan di dalam  bukunya yang bertajuk ‘Tinder Box: The Past and The Future of Pakistan’. Lantaran kami yakin bahawa Islam adalah penyelesaian yang terbaik untuk semua aspek.

Manusia tidak boleh mengasingkan atau menghadkan Islam hanyalah untuk menjalinkan persaudaraan, walhal, untuk membentuk sebuah negara, pentadbiran yang amanah, tidak menerima dan memberi rasuah, tidak tiris  serta menjaga kebajikan rakyat juga adalah salah satu asas yang sangat ditekankan perlaksanaannya oleh  Islam.

Kami dari Dewan Pemuda PAS Malaysia menegaskan bahawa kami akan terus istiqamah atau konsisten mengambil Islam sebagai wadah utama dan solusi yang terbaik dalam segala perkara yang ingin dilakukan atau dilaksanakan.

Pada masa yang sama, kami tetap menghormati budaya dan agama lain serta komited mewujudkan suasana harmoni dan sejahtera dalam masyarakat majmuk di negara ini. Justeru Islam adalah agama rahmat, agama keadilan dan agama yang membawa kemakmuran sejagat jika ianya dilaksanakan dengan baik.

Dr M: Undi pembangkang bermakna undi Soros
4:22PM Okt 7 2012
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa undi kepada pembangkang merupakan undi kepada usaha jutawan George Soros untuk menjajah Malaysia.

Dalam satu tulisan di akhbar New Sunday Times hari ini, Mahathir memetik beberapa sumber yang menyatakan Soros sebelum ini berusaha berbuat demikian di Hungary, Ukraine dan Georgia.

Sumber yang dipetik Mahathir itu antara lainnya menyatakan bahawa Soros membiayai NGO untuk membentuk "masyarakat sivil" bagi memberi peluang untuk "penjajahan" baru.

Beliau juga mengaitkan perkara itu dengan "kegemaran" bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika di dalam kerajaan.

Mahathir juga menyatakan betapa Anwar kini masih bercakap mengenai "masyarakat sivil".

"Kesamaan idea di antara kedua-duanya, Soros dan Anwar adalah signifikan," tulisnya.

Mahathir menganggap, salah satu proksi Soros adalah Malaysiakini yang disifatkannya sebagai NGO yang menjalankan perintah "jahat" bagi meletakkan "orang-orangnya" di tampuk kuasa.

"Dia (Soros) menganggap Malaysiakini sebagai NGO untuk diperalat untuk mencapai objektifnya.

"Tentu ada NGO asing dan kerajaan lain yang memperalat pembangkang Malaysia untuk kepentingan mereka.

"Undi untuk pembangkang adalah undi untuk Soros, si penyangak matawang," tulisnya.
Mahathir, Soros & dolar Amerika
  • Hishamuddin Rais
  • 7:23PM Sep 28 2012
 
Suaram ialah sebuah NGO yang memperjuangkan hak asasi manusia. Pada tahun 1987, Mahathir Mohamad melancarkan Operasi Lalang dan menangkap 106 musuh politiknya. Kerana Mahathir menggunakan ISA menentang musuh politiknya maka Suaram ditubuhkan. Justeru, tidak salah kalau umum berkata "Suaram ini ditubuhkan oleh Mahathir sendiri".

Satu perkara yang wajib diberitahu kepada warga, dalam negara Malaysia yang kurang hak kebebasan ini amat-amat susah untuk menubuhkan NGO bawah lembaga Pendaftar Pertubuhan. Lebih senang mendirikan perniagaan rumah judi dan membuka ‘kedai lendir' dari mendirikan NGO.

Kerana tekanan, banyak NGO di Malaysia ini ditubuhkan bawah lembaga Pendaftar Syarikat. Suaram dikata ‘berniaga' melalui Suara Inisiatif Sdn Bhd. Ini kerana tidak dapat mendafar diri sebagai pertubuhan. Hanya dengan mendaftar sebagai sebuah syarikat barulah NGO ini dapat bergerak halal.

Pada ketika ini Suaram dan banyak NGO di Malaysia sedang diserang dan menerima pelbagai tuduhan. Sebenarnya Suaram diserang kerana membawa kes dakwaan rasuah pembelian kapal selam Scorpene ke mahkamah Perancis. Kes ini pula berkait rapat dengan kes pembunuhan Altantuya - gadis cun dari Mongolia.

Kes Scorpene di Mahkamah Perancis yang sedang berjalan. Dari laporan awal telah disahkan bahawa mahkmah akan memanggil Balasubramaniam, ayah mendiang Altantuya Profesor Shaaribu, Najib Razak dan Razak Baginda sebagai saksi.

Saheh dan jelas, kes Scorpene di Paris menjadi sebab utama serangan datang bertubi ke atas Suaram. Mahkamah Paris akan membicarakan sama ada benar dakwaan Najib Razak dan Razak Baginda meminta ‘duit sogokan' dari syarikat DCNI - pembuat kapal selam. Bukan kecik anak duit yang didakwa diminta oleh Najib. Laporan awal dari mahkamah menunjukkan Najib meminta 3 bilion ringgit dari DCNI.

Najib dan Razak Baginda boleh mengabaikan sepina untuk tidak datang ke Paris. Tetapi impak dari sepina ini cukup besar. Bayangkan perdana menteri Malaysia ada saman ‘ wanted' dari mahkamah Paris. Kes rasuah ini pula melibatkan pembunuhan seorang minah cun dan bergetah. Berita ini pasti akan menggemparkan dunia gosip Eropah. Ini lebih hebat dari gambar kontroversi Duchess of Cambridge. Oleh kerana ini Suaram wajib ditalkinkan kerana meletakkan bom jangka dalam beg Rosmah Mansor.

Bagaimana pula dengan peranan Pak Cik Soros? Betulkah si Soros ini memberi dana kepada Suaram? Apa tujuan memberi dana ini? Apa pula peranan Yahudi dan Amerika dalam membiayai NGO di Malaysia?

Selama berpuluh-puluh tahun manusia Melayu-Islam dijulingkan pandangan mereka dengan tuduhan bahawa Yahudi pembawa masalah. Dari pak lebai di kampung, kepada ustaz di sekolah, kepada YB di parlimen, jika ada sahaja masalah maka semuanya berpunca dari Yahudi. Akhbar dan media pula sering bertandak memperkukuhkan pandangan rasis ini.

Memang betul Soros itu seorang Yahudi. Sama juga seperti Nabi Isa, Nabi Musa, Nabu Yakub, Nabi Yahya - kesemua mereka ini berketurunan Yahudi. Tetapi bukan keyahudian Soros yang dipertikaikan. Yang menjadi puncanya ialah duit Soros yang bergantang-gantang itu disalurkan kepada badan NGO yang bergerak di seluruh dunia.

Sekali lagi saya ingin terangkan bahawa Yahudi itu bangsa dan agamanya ialah Judaisme. Ada Yahudi beragama dan banyak juga Yahudi yang tidak beragama.

Yang membuat huru hara dalam dunia hari ini ialah Zionisme. Zionisme gerakan politik. Gerakan politik inilah yang menjajah bumi Palestin. Ramai Yahudi menentang Zionisme. Ramai Yahudi tidak bersetuju dengan penubuhan Israel.

Gerakan Zioniss Antarabangsa berkerja rapat dengan kapitalis antarabangsa. Kaum Zionis dan kaum kapitalis ini tidak ada agama, bangsa, bahasa atau negara. Tuhan kaum Zionis dan kaum Kapiltalis ialah dolar, riyal dan ringgit.

Sayugia diingatkan ramai Yahudi menentang Zionisme. Sayugia diingatkan selain dari New York, Tehran ialah kota yang paling ramai didiami oleh Yahudi. Malah Pak Cik Soros sendiri tidak menyokong gerakan Zionis dan tidak mengidentifikasi dirinya sebagai warga Israel. Soros warga Amerika - imigran yang berasal usul dari Hungary.

Lalu timbul persoalan kenapa Soros - yang kaya raya sebagai peniaga mata wang - memfaraidkan banyak hartanya kepada NGO. Soros bukan sosok sosialis jauh sekali untuk bersimpati kepada gerakan komunis.

Soros seorang kapitalis yang percaya bahawa peranan kerajaan/daulah/state dalam urus niaga perlu dikurangkan. Soros yakin hanya melalui perdagangan bebas barulah negara dapat maju berkembang. Soros berkeyakinan jika sebuah negara itu mengamalkan demokrasi maka warganya boleh memperbaiki kehidupan.

Keyakinan Soros ini lahir dari pengalaman dirinya yang lahir dan membesar di Hungary - negara sosialis di mana daulah memiliki kuasa mutlak. Soros berpindah ke Amerika dan berjaya mengumpul harta. Dari pengalaman peribadi ini Soros yakin kebebasan individu adalah rukun kejayaan. Juga sebagai seorang kapitalis, Soros tidak mahu campur tangan kerajaan/daulah dalam urusan perniagaan.

Berapa banyak harta kekayaan Pak Cik Soros bukan agenda kita. Apa yang ingin saya terangkan, wujudnya garis pertemuan antara falsafah Soros yang mahukan dunia ini bebas dan gerakan NGO yang juga memperjuangkan demokrasi dan hak asasi.

NGO di Malaysia mahukan sebuah negara yang adil, bebas dan demokratik. NGO di Malaysia mahu pilihan raya yang bebas dan adil. NGO Malaysia mahu media yang bebas tanpa sekatan. NGO Malaysia menolak tahanan tanpa bicara. Semua nilai-nilai yang dihayati oleh Pak Cik Soros.

Justeru George Soros, seorang Yahudi peniaga mata wang mengarahkan Open Society Institute (OSI) untuk menghulurkan dana kepada NGO di Malaysia. Maka dari jalur inilah Suaram mendapat sebahagian dari dana sokongan.

Sokongan dana dari Pak Cik Soros ini bukan hanya ke Malaysia, malah di Afrika, di negara Arab, di Amerika Latin, di Eropah Timur - Yayasan Soros telah mencurahkan dana untuk mengembangkan demokrasi.

Kenapa sekarang timbul hal Pak Cik Soros ini? Agenda anti NGO yang dilancarkan oleh United Malays National Organisation ini memiliki latar yang menarik. Parti politik ini sedang dalam keadaan nazak. Semenjak kekalahan dalam pilihan raya umum ke-12 (PRU12), parti politik ini melakukan pelbagai kerenah untuk mengembalikan sokongan rakyat terutama manusia Melayu.

United Malays National Organsiation didakwa bersubahat dalam pelbagai perbuatan khianat, termasuk insiden terhadap rumah ibadat. Semua yang diharap-harapkan untuk menaikkan kemarahan orang Melayu dilakukan. Semua yang dirancang untuk menimbulkan ketegangan bangsa-bangsa telah dilakukan oleh budak suruh atau anak syarikat parti ini.

Hasilnya meleset. Orang Melayu tidak ambil pot. Orang Melayu tidak mengamuk bila ditemui kepala babi dalam masjid. Orang Melayu buat 'dek' apabila surau dan masjid di simbah cat. Apa sudah jadi? Jawabnya ialah orang Melayu sedar bahawa semua yang berlaku rancangan dan komplot dari United Malays National Organisation untuk mencari sokongan Melayu.

Lalu, majlis fatwa berfatwa. Lalu Mufti bermufti-muftian dengan suara khutbahnya. Jabatan agama membuat arahan. Iman tua dan Imam muda membebel. Sultan telah bertitah. Semua meminta agar orang Melayu bersatu. Semua meminta agar orang Melayu memberikan sokongan kepada United Malays National Organisation. Hasilnya zero, zilch,sifar... orang Melayu tidak ambil pot.

Bayangkan betapa gementarnya tubuh badan pemimpin United Malays National Organisation apabila menghadapi hakikat yang pilihan raya umum ke-13 (PRU13) akan dijalankan tidak lama lagi. Pengundi hina telah lama lari. Pengundi India pecah terbarai. Di Sabah dan Sarawak nasionalisme Kadazan dan Dayak sedang melonjak. Semangat anti-semenanjung kian merebak. Semua ini tanda-tanda parti Ketuanan Melayu ini akan lingkup.

Maka keluarlah seekor kaldai tua dengan teori Yahudi dan George Soros. Sayang sekali si keldai tua ini tidak sedar zaman telah beredar. Pada satu ketika dahulu si keldai tua ini amat bijak dengan auta putar belit, tetapi hari ini segala autanya diketahui umum.

Setiap hari Mahathir mengeluarkan fatwa tentang Melayu hilang kuasa, tentang Melayu akan jadi hamba, tentang Melayu tidak berterima kasih, tentang Melayu tidak bersyukur, tentang Melayu akan jadi kuda Cina, tentang kuasa politik Melayu kian mengecil.

Mahathir bersedih. Dia merayu. Dia menangis pilu di Mingguan Malaysia. Dia mengingatkan bahaya Soros dan Yahudi kepada orang Melayu. Auta punya auta - kelentong punya kelentong - Mahathir terlupa bahawa Yayasan Perdana yang dipimpin oleh dirinya sendiri pernah meminta duit dari Pak Cik Soros. Tunggu ceritanya minggu hadapan. 


Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian rasmi Malaysiakini.
PM Najib bertemu Soros di New York

  • Steven Gan
  • 8:48AM Okt 11 2012

dikemaskini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengadakan pertemuan peribadi dengan jutawan George Soros - individu yang dilihat oleh penyokong setia Umno sebagai musuh no 1 - di New York dua tahun lalu.

Pertemuan tersebut -  yang mula-mula didedahkan minggu lepas oleh ahli parlimen Subang, R Sivarasa semasa berdebat dengan Ketua Penerangan PERKASA, Ruslan Kassim -  berlangsung di sebuah hotel mewah - Hotel Plaza di Manhattan.

najib abdul razak in perth chogm 1Malaysiakini telah mengesahkan pertemuan Najib-Soros dengan satu
sumber yang mempunyai pengetahuan langsung mengenainya.

Pertemuan perdana menteri dengan Soros, yang dituduh membiayai NGO Malaysia untuk perubahan rejim, berlaku pada 27 September 2010.

Dipercayai sekurang-kurangnya seorang pemimpin tinggi Umno hadir di pertemuan tersebut.

Najib, yang menjadi perdana menteri pada tahun 2009, menyampaikan ucapan sulungnya di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York pada hari yang sama beliau bertemu dengan Soros.

Dalam ucapan di PBB itu, Najib mencetuskan 'gerakan global moderat' untuk menebus semula agenda keamanan dan pragmatisme.

Di luar perhimpunan agung itu, Najib juga bertemu dengan Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon dan mengadakan perbincangan dengan beberapa ketua kerajaan.

Antara mereka yang mengiringi Najib dalam lawatan itu ialah isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Luar Datuk Anifah Aman dan Duta Malaysia ke Amerika Syarikat, Datuk Jamaluddin Jarjis.

Soros, seorang peniaga mata wang kontroversi dan seorang dermawan, telah dipersalahkan sebagai punca konflik kewangan yang melanda Malaysia semasa krisis ekonomi tahun 1997-98, dan baru-baru ini, didakwa pula mahu menjatuhkan BN dengan membiayai NGO anti-kerajaan.

NONESejak beberapa minggu lalu, sekumpulan blogger pro-kerajaan dan akhbar milik Umno, Utusan Malaysia, mengecam NGO, termasuk badan hak asasi manusia, Suaram dan gerakan reformasi pilihan raya, BERSIH, kerana menerima pembiayaan daripada Open Society Foundation Soros.

Malaysiakini juga, turut menjadi sasaran ekoran hubungannya dengan MDLF, sebuah dana pelaburan yang memiliki 29 peratus kepentingan dalam portal berita bebas itu. MDLF mengumpulkan modal dari bank, kerajaan dan agensi-agensi pembiayaan, yang termasuk yayasan Soros.

Pada hari Ahad, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad turut sama menuduh Malaysiakini bersekongkol dengan Soros untuk perubahan rejim bagi "meletakkan calonnya sebagai perdana menteri dan menteri-menteri dalam kerajaan Malaysia".

"Pandangan saya tentang Soros ialah dia masih seorang penyangak mata wang dan dia sebatikan kejahatan ini dengan menggunakan wang untuk meletakkan orang sepertinya untuk memerintah negara-negara yang disasarnya. Dan Malaysia jelas salah satu sasarannya," tulis Dr Mahathir dalam New Straits Times.

Dengan menyambungkan dua titik berbeza, beliau membuat kesimpulan liar bahawa "satu undi untuk pembangkang adalah undi untuk Soros."

Ironinya, ketika Dr Mahathir menjadi perdana menteri, Bank Negara Malaysia menceburkan diri dalam spekulasi mata wang yang berisiko tinggi - dan ia kerugian sejumlah RM5.7 bilion kepada orang-orang seperti Soros pada awal tahun 1990-an.

NONEBulan lepas, Malaysiakini mendedahkan bahawa Dr Mahathir, meskipun bermusuh dengan Soros, telah menulis kepada jutawan itu memintanya menyokong projek Forum Keamanan Global untuk mengharamkan peperangan sebagai satu cara bagi menyelesaikan konflik manusia.

Menurut majalah mingguan antarabangsa Economist, menjelang pilihan raya umum ke-13 yang dilihat teramat penting, Umno dan media yang menyokong Umno menyerang mana-mana organisasi yang dianggap bersimpati kepada pembangkang.

"Semua cerita lama yang tidak berasas mengenai pelbagai kumpulan yang dikatakan dibayar oleh Zionis, Amerika atau George Soros, seorang pembiaya asing, telah dikeluarkan semula," katanya dalam satu artikel yang disiarkan awal minggu ini.

"Ianya tidak jelas sama ada fitnah sumpama itu masih mendapat tempat di hati pengundi di Malaysia,  terutamanya di kalangan umat Islam. Semua ini pastinya merupakan tanda-tanda terdesak."

Tolong jangan gelak...

http://shalehudin.blogspot.com, 11 Okt 2012
Ni bukan banner mamat jual ubat akar kayu beb...
Tapi banner iklan Piem Najib jual minyak angin...
Kahkahkah...
Bila Anwar ajak debat pandai pulak dia kata...
Debat bukan budaya kita...
Tapi dengan muka yang tak tahu malu....
Dia pulak yang kalut terlebih anjur debat piala dia punya...

Najib... Najib...
Maka terkedulah Piem Umno neh bilamana Universiti Islam Antarabangsa Malaysia yang menjadi pembangkang dalam debat neh memenangi debat & sebagai pendebat terbaik piala bapak dia punya. UIA menewaskan Universiti Kebangsaan Malaysia dalam debat tersebut... tahniah pada pemenang
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.
Taksiran Cukai Semula Membebankan Pembayar Cukai
Posted on Thursday, October 11 @ 00:34:52 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh aya

Oleh PAS Miri

Setiap tahun masalah taksiran cukai pasti berlaku dan ramai pembayar cukai tidak puas hati dengan cara pihak LHDN (lembaga Hasil Dalam Negeri) menyemak semula taksiran cukai yang sudah melebih 5 tahun sehingga ada yang sampai 12 tahun.

Sepatutnya masalah taksiran semula cukai ini sudah lama dapat diselesaikan memandangkan sekarang ini, mereka sudah menggunakan keadah elektronik seperti E-Filing yang lebih efisen dalam pengurusan fail.

Kalau pihak pengurusan menggunakan sistem ini sepenuhnya sudah tentu masalah ini boleh diselesaikan pada peringkat awal lagi. Para pembayar cukai mengadu yang mereka terpaksa mencari semula fail-fail yang sudah terlalu lama disimpan dan ada kemungkinan ada yang sudah terlupa atau tidak ingat lagi dimana dokumen-dokumen tersebut disimpan.

Kita mencadangkan agar pihak LHDN memperbaiki sistem E-Filing dalam talian dengan memberi kemudahan kepada pengguna melampirkan resit-resit atau dokumen yang diperlukan oleh LHDN sebagai bukti hasil pendapatan bercukai.

Mengemaskini data-data pembayar cukai secara sistematik untuk memudahkan para pembayar cukai dikesan lebih awal lagi supaya pihak LHDN tidak perlu membuat taksiran berulang kali setiap tahun.

Pihak LHDN perlu memeriksa dan membuat pentaksiran semula dalam tahun yang sama. Jangan sampai pentaksiran cukai dibuat semula berulang kali pada setiap tahun untuk mengelak kesulitan kepada pembayar cukai membayar balik cukai yang belum dibayar pada tahun tersebut.

Pihak pembayar cukai juga mencadangkan agar di masa hadapan, pembayar cukai harus membuat satu surat pengesahan dan pengakuan yang dokumen yang dihantar pada hari tersebut memang disahkan betul oleh Pegawai LHDN semasa pentaksiran dan sekiranya pihak LHDN bersetuju mereka harus menyimpan salinan dokumen-dokumen yang telah ditunjukkan dan turunkan tandatangan sebagai bukti pengesahan yang pembayar cukai sudah selesai membuat taksiran cukai semasa.

Perlu diingat bukan semua pembayar cukai mempunyai sistem tempat simpanan fail yang baik dan, kemas.  Ada diantara mereka yang sentiasa berpindah dari suatu tempat ke tempat yang lain sehingga mereka terlupa tempat simpanan fail yang sudah terlalu lama.

Dengan adanya sistem E-Filing, LHDN sepatutnya dapat mengatasi masalah ini terus berlaku, dimana pihak pengurusan LHDN boleh menggunakan sistem ini dengan lebih baik, cekap dan teratur tanpa perlu menyusahkan pihak pembayar cukai untuk ditaksir semula kecuali pihak pengurusan cuai dan tidak mengemaskini data pembayar cukai yang telah pun membayar cukai mereka.

Kita mendesak agar pihak kerajaan bertindak segera menyelesaikan masalah pembayar cukai yang dikenakan taksiran semula ini dari berulang supaya tidak membebankan mereka membayar balik dan terpaksa mencari semula dokumen-dokumen atau fail yang sudah lama disimpan.

Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak

Piala Asia, cadangan untuk FAM

Syed Abdullah Syed Osman Jamalullail,
Skuad Bola Sepak Kebangsaan kita berada dalam kumpulan D bersama Bahrain, Qatar dan Yemen bagi kelayakan Piala Asia 2015 nanti. Proses pengundiannya berlangsung di Melbourne, Australia. Jurulatih Kebangsaan, K. Rajagopal menyatakan bahawa tidak mustahil pasukan negara memberikan saingan hebat jika kita sudah bersedia dan menjalankan latihan intensif dan bersemangat untuk mengalahkan lawan.

Perlawanan peringkat kumpulan akan bermula pada bulan Februari 2013 dan dilakukan secara secara timbal balik. Yang pastinya ialah bagaimana skuad bola sepak negara membuat persediaan dari segi fizikal dan mental. Beerdasarkan rekod sejarah bolasepak kita, apabila bertandang ke negara lawan, selalunya kita akan kecundang dan kadang kala kalah yang agak teruk sehingga 4 atau 5 gol dapat dibolosi dengan mudah oleh pihak lawan.

Kelemahan pasukan kita adalah dari segi fizikal yang seterusnya membawa kepada kelemahan mental, terutama apabila beraksi di tempat udaranya terlalu kering walaupun bermain pada waktu malam. Saya perhatikan bahawa pasukan bola sepak kita mampu bertahan lebih kurang setengah jam sahaja dan selepas itu rasa letih dan tidak bermaya terserlah dan seterusnya diratah oleh pasukan lawan dengan begitu mudah sekali.

Oleh itu saya mengesyorkan untuk kelayakan Piala Asia 2015 itu nanti pasukan kebangsaan didedahkan sekurang-kurangnya selama dua bulan di negara yang mempunyai udara kering dan suhu yang mencabar saperti di Qatar, Bahrain atau Yaman sebelum sepak bermula. Jangan sekali-kali apabila dua atau tiga hari sebelum perlawanan bermula baru hendak terbang ke sana kerana suasana dan tempat serta cuaca jauh berbeza dengan negara kita.

Dicadangkan juga makanan tempatan di negara yang akan kita bertandang untuk kelayakan Piala Asia menjadi menu para pemain serta jangan lupa membawa air zam-zam sebagai minuman harian. Air zam-zam sesuai untuk pemain kita di sana kerana boleh menahan rasa dahaga dan kering untuk masa yang lama.

Rohingya: Mapim kesal pendirian Malaysia

Harakahdaily, 11 Okt 2012
KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menyatakan kekesalan terhadap pendirian yang diambil oleh PM Malaysia yang mengambil sikap lepas tangan dalam isu penindasan ke atas etnik Rohingya di Myanmar atas alasan tidak mahu campur tangan urusan dalam negara itu.


Setiausaha agungnya, Mohd Azmi Abdul Hami (gambar) berkata, pendirian itu sebenarnya tidak tepat dengan prinsip yang disepakati ketika AIHRC (Asean Inter Governmental on Human Rights Commission) diwujudkan.

Katanya, walaupun wujud pernyataan tidak boleh campur tangan dalam urusan negeri anggota Asean, akan tetapi prinsip untuk menjaga hak asasi manusia sesuai dengan Deklarasi Hak Asasi Manusia PBB dan undang-undang antarabangsa, tetap meletakkan tanggungjawab setiap  negara anggota Asean untuk dilaksanakan.

Ini juga, ujarnya jelas dicatat dalam Artikel 2 dalam Piagam Asean supaya setiap negara patuh kepada menegakkan undang-undang, urustadbir yang baik, prinsip-prinsp demokrasi dan perlembagaan negara.

Tambahnya, dalam catatan yang sama juga semua anggota Asean perlu menghormati kebebasaan asasi, mempromosi dan melindungi hak manusia dan keadilan sosial.

Menurutnya lagi, setiap anggota Asean juga bersetuju untuk mempertahankan Piagam PBB dan Undang-undang antarabangsa, menghormati kepelbagaian budaya , bahasa dan agama penduduk di Asean.


Secara khusus juga, kata beliau persepakatan dinyatakan dengan jelas supaya prinsip hak asasi manusia antarabangsa, termasuk keuniversalan (universality), kesepaduan (indivisibility), saling bergantung (interdependence) dan saling berkait (interrelatedness) dipelihara.

Tambah beliau, tidak ketinggalan juga dipersetujui agar tindakan secara objektif , tidak memilih, tidak berdiskriminasi dan mengelak dari mengamalkan "double standard" diamalkan oleh setiap negara.


Oleh kerana itu, ujar Mohd Azmi dalam satu kenyataan logik PM untuk tidak mahu campur tangan dalam urusan negara Myanmar tidak boleh diterima.


Katanya, Malaysia tidak boleh melepaskan tanggungjawab untuk meminta kerajaan Myanmar akur bahawa penindasan dan kezaliman yang pihak berkuasa lakukan ke atas etnik Rohingya tidak boleh dibiarkan.

“Apatah lagi ia telah menyebabkan masalah pelarian Rohingya melimpah masuk kedalam negara jiran. Oleh itu tidak boleh diterima bahawa Malaysia tidak boleh berbuat apa-apa,” ujarnya.


Pernyataan PM itu, ujar beliau menunjukkan kepimpinan Malaysia yang sangat lemah bila menangani isu hak asasi manusia yang jelas dinafikan di Myanmar.


Katanya, Mapim kecewa setelah beberapa pucuk surat dihantar kepada PM, Menteri Luar Negara dan Menteri Pertahanan untuk bertindak segera bila terjadi serangan etnik Rakhine Buddhist esktremis ke atas etnik Rohingya Muslim pada awal Jun 2012, malangnya Mapim tidak mendapat sebarang respons.


Jelasnya, desakan Mapim hanyalah untuk meminta kerajaan Malaysia menggesa kerajaan Myanmar menghentikan keganasan yang melibatkan pembunuhan etnik Rohingya , pembakaran perkampungan dan masjid yang menjadi-jadi sehingga jelas berlaku proses pembersihan etnik yang nyata.


“Mapim dengan ini sekali lagi mendesak supaya kerajaan Malaysia mengambil sikap yang lebih aktif untuk mengguna saluran Asean, OIC dan PBB supaya keganasan yang maseh berlaku di Myanmar dihentikan.

“Mapim menuntut supaya proses penyelesaian politik untuk mengembalikan hak kerakyatan etnik Rohingya hendaklah diusahakan kerana inilah kunci persoalan yang menyebabkan etnik Rohingya terus ditindas,” ujarnya.
Dakwan bajet 'lemah matematik': PR jawab Husni
Wartawan Sinar Harian
11 Oktober 2012
Datuk Seri Ahmad Husni Hanazlah.
Datuk Seri Ahmad Husni Hanazlah.
SHAH ALAM –  DAP menyangkal kritikan bahawa Bajet Alternatif 2013 yang dibentangkan Pakatan Rakyat (PR) sebagai bajet “lemah matematik”, seperti yang diperkatakan oleh Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua sebaliknya menegaskan kenyataan dikeluarkan oleh Husni adalah “dakwaan yang tidak mengikut fakta."

Pua muncul dalam Wacana Sinar Harian Bajet 2013 yang diadakan di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf malam tadi. Turut menjadi ahli panel ialah Ahli Parlimen Kota Belud dari Umno-BN, Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Ketua Eksekutif Ideas, Wan Saiful Wan Jan.

Menurut Husni, “mengikut perkiraan” bajet bayangan 2013 PR sebagai mengelirukan dan akan menambah defisit fiskal dan hutang Malaysia berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Beliau juga berkata, dakwaan oleh pembangkang bahawa bajet cadangannya akan mengurangkan defisit fiskal kepada 3.5 peratus merupakan satu contoh "lemah matematik" .

"Perbendaharaan meneliti kedua-dua bajet. Kami dapati bajet kerajaan menyeluruh dan jelas.

"Dengan demikian, kami berpendapat kerajaan tidak harus menunggu lebih lama lagi untuk tampil ke hadapan dan menjelaskan kepada rakyat Malaysia, yang manakah bajet yang serius dan bertanggungjawab.

"Bajet mereka (Pakatan) tidak lengkap. Mereka tidak memasukkan kebanyakan daripada perbelanjaan kendalian dalam bajet mereka. Itulah sebabnya Pakatan boleh mencatatkan perbelanjaan mengurus yang lebih rendah," kata Husni.

Menjawab kepada kritikan Husni itu, Pua kemudiannya secara sinis mengajak kerajaan untuk berbincang kerana Barisan Nasional takut berdebat.

“Saya rasa cara yang terbaik ialah kalau mereka tidak mahu debat, kita buat satu perbincangan. Kita akan tunjuk kepada mereka bahawa kita boleh mencapai apa yang kita perkatakan dalam bajet kita 3.5 peratus,” katanya kepada Sinar Harian Online.

Husni antara lain berkata, bajet cadangan PR akan memaksa kerajaan menanggung perbelanjaan mengurus sebanyak RM224.3 bilion, jauh lebih tinggi daripada RM185.3 bilion yang didakwa oleh pembangkang.

Bahkan dakwanya, bajet bayangan itu tidak mencerminkan kedudukan sebenar prestasi kewangan kerajaan dan juga tidak mengambil kira rancangan-rancangan yang diumumkan oleh pembangkang dalam bajet khusus mereka itu.

Bajet 2013 Kerajaan Pusat dibentangkan pada 28 September manakala bajet alternatif PR dua hari sebelum itu.
Mayat bayi lelaki ditemui di masjid

  • Bernama
  • 7:00AM Okt 11 2012
Seorang ahli kariah Masjid Ar-Rahman, Alor Merah di Alor Setar tidak menyangka beg plastik yang ditemui di hadapan tandas wanita masjid itu malam tadi mengandungi mayat bayi lelaki.
  
Ishak Chin, 54, berkata dia menyangkakan beg plastik itu berisi sampah namun sangkaannya meleset.

"Selepas menunaikan solat Isyak kira-kira pukul 8.45 malam tadi, saya pergi menutup pintu pagar di tepi masjid dan saya ternampak plastik tersebut.
  
“Pada awalnya saya sangkakan beg berwarna coklat gelap itu berisi sampah dan ingin membuangnya sebelum pulang. Namun setelah mengangkatnya terasa isi kandungannya berat.
  
"Apabila dibelek terdapat satu bungkusan kain putih dan kemudian saya menyelak kain dan terperanjat apabila ternampak muka bayi,” katanya.

Ishak berkata dia telah memaklumkan kepada imam masjid serta ahli kariah lain dan kemudian laporan dibuat di Pondok Polis Alor Merah.
  
Katanya bayi itu cukup sifat dan masih bertali pusat, berkulit sawo matang, mungkin berbangsa Melayu.
  
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Adzaman Mohd Jan berkata mayat bayi berkenaan dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk bedah siasat.
  
“Buat masa sekarang tiada suspek ditahan berhubung kes berkenaan. Kes disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran,” katanya.
  
- Bernama
Gara-gara puntung rokok, jemaah haji M'sia dipindah sementara

  • Bernama
  • 6:19AM Okt 11 2012
Bangunan Qasr Al-Janadiriyyah di Makkah, yang menempatkan 1,329 orang jemaah haji Malaysia dikosongkan sementara setelah berlaku kepulan asap di maktab itu semalam.

Menurut kenyataan Tabung Haji di Kuala Lumpur, petugas Tabung Haji mengesan kepulan asap di tingkat bawah bangunan itu pada pukul 8.15 pagi (waktu Arab Saudi) sebelum mengambil tindakan mengosongkan bangunan yang juga dikenali sebagai Maktab 92, dengan memindahkan jemaah ke bangunan bersebelahan Abraj Al-Janadiriyyah untuk sementara waktu.
  
Menurut kenyataan Tabung Haji itu, laporan awal pihak bomba Arab Saudi mendapati asap itu berpunca daripada puntung rokok yang dibuang oleh jemaah haji yang menginap di situ dan tersangkut di saluran paip bangunan.
  
"Keadaan kini telah kembali seperti biasa dan jemaah haji Malaysia juga telah dipindah masuk semula ke bangunan tersebut (maktab 92) pada pukul 10.40 pagi (waktu Arab Saudi)," menurut kenyataan itu.
  
Sementara itu di MAKKAH, Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman menasihati jemaah Haji supaya mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh Tabung Haji supaya tidak menghisap rokok di dalam bangunan.
  
Dua jentera bomba Arab Saudi dikejarkan ke tempat kejadian dan mengesahkan tiada kebakaran kecuali asap dari puntung rokok tersebut.
  
"Bagaimanapun, asap dan bau telah masuk ke kawasan lobi," katanya kepada pemberita di sini pada Rabu.
  
Katanya tiada kejadian tidak diingini berlaku semasa insiden.

- Bernama
Bunuh kekasih, hukum gantung graduan kekal

  • Bernama
  • 6:24AM Okt 11 2012
Mahkamah Persekutuan Putrajaya mengekalkan sabitan dan hukuman mati ke atas seorang graduan ekonomi kerana membunuh bekas kekasihnya, Norzi Ayu Mohd Noor, lapan tahun lepas.
  
Panel lima hakim yang dipengerusikan oleh Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin sebulat suara menolak rayuan terakhir Irawadi Mohammad supaya hukuman mati dan sabitannya dibatalkan.

Panel tersebut turut disertai Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Hashim Yusoff, Tan Sri Suriyadi Halim Omar, Datuk Ahmad Maarop dan Datuk Seri Sulong Matjeraie.
  
Mahkamah menolak permohonan Irawadi atas alasan bahawa tiada wujud salah laksana keadilan terhadap keterangan yang dikemukakan di hadapan mahkamah.

Pada 11 November 2009, Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap Irawadi, 30, graduan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), selepas didapati bersalah membunuh Norzi Ayu.

Irawadi dari Pasir Mas, Kelantan didapati melakukan pembunuhan tersebut  di No. 2-1-6, Blok ST2, Apartmen Sri Tanjung, Jalan 7/1D, Seksyen 7, Bandar Baru Bangi, dekat sini, antara 3.30 petang dan 5 petang, 26 Julai 2004.

Irawadi diwakili peguam Hisyam Teh Poh Teik manakala pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Bache.

- Bernama

Adakah Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 dipinda?

Harakahdaily, 11 Okt 2012
KUALA LUMPUR: Adakah Kerajaan tidak berhasrat untuk meminda peruntukan Seksyen 24B Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 khususnya Seksyen 24B (3) Akta yang sama sedangkan Seksyen 27 Akta Polis 1960 telah dimansuhkan dan digantikan dengan Akta Perhimpunan Aman 2012 yang tidak terpakai semasa kempen pilihanraya?

Demikian soalan Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar (gambar) yang meminta penjelasan Perdana Menteri mengenai perkara itu pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Berikut ialah soalan-soalan bagi jawab lisan daripada ahli-ahli parlimen PAS pada persidangan Dewan Rakyat yang bermula jam 10.00 pagi ini.

Datuk Taib Azamudden bin Md Taib [Baling] minta Menteri Pelajaran menyatakan apakah Kementerian berpuas hati dengan silibus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang dilaksanakan serta pencapaian oleh para calon dan apakah rasional bagi calon yang gagal satu daripada 10 subjek keseluruhan dikira gagal dan tidak layak mendapat Sijil STAM.

Dr. Mohd Hatta Md Ramli [Kuala Krai] minta Menteri Kesihatan menyatakan status pembinaan hospital baru Kuala Krai.

Dr. Siti Mariah Mahmud [Kota Raja] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan jumlah pendakwaan yang telah dibuat di bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang/Akta 670 semenjak Akta ini diluluskan dan sejauh mana (secara empirikal) Pelan Tindakan Nasional Anti Pemerdagangan Manusia (NAP) telah dilaksanakan oleh pihak Kerajaan.

Siti Zailah Mohd. Yusoff [Rantau Panjang] minta Perdana Menteri menyatakan hasil pengeluaran minyak dan gas di Blok PM 302, Blok PM 325 dan Blok PM 326B. Kenapa gas yang dikeluarkan berhampiran dengan perairan Kelantan didaratkan di Kerteh dan Kemaman yang melibatkan jarak yang lebih jauh.

Salahuddin Ayub [Kubang Kerian] minta Perdana Menteri menyatakan jumlah pengeluaran minyak dan gas negara pada tahun 2009,2010 dan 2011 serta pecahan (mengikut Production Sharing Contract) perolehan bersih kepada Petronas dan juga perolehan bersih rakan niaga Petronas dalam Production Sharing Contract tersebut seperti Exxon, Shell dan lain-lain serta berapakah jumlah pendapatan kasar dan bersih Petronas pada tahun 2009, 2010 dan 2011.

Benda yang tak biasa kita lihat masa banjir (gambar)

http://naimnikmat.blogspot.com, 11 Okt 2012
https://fbcdn-sphotos-a-a.akamaihd.net/hphotos-ak-snc6/c14.0.403.403/p403x403/251338_518218408206789_459919286_n.jpg
----------------------------------------------------------------------------------
# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.

Tiada ulasan: