Khamis, 4 Oktober 2012

LOGIK KE...DENGAN GAJI DAN ELAUN...BUKAN DENGKI...TAKUT SALAH GUNA KUASA...DITUNTUT KE BERMEWAH2 UNTUK MAJLIS PERKAHWINAN...SEKARANG SATU ISU MAJLIS KAHWIN...SATU ISU BAS

Ali Rustam: Pakatan dengki dengan kenduri anak saya

  • Elissa Helmy
  • 6:24PM Okt 4 2012
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, Pakatan Rakyat "dengki dan iri hati" apabila sengaja memperbesar-besarkan isu majlis perkahwinan 'mega' anak lelakinya.

ali rustamBeliau berkata, perkara itu hanyalah mainan politik pembangkang dan beliau tidak kisah apa yang dilakukan oleh pihak berkenaan.

"Dia orang ini memang dengki dan tak ada kerja lain, gasak dia oranglah nak buat apa.

"Orang nak datang rumah saya sampai 130,000 sehingga dicatat dalam MBR (Malaysia Book Of Records) apa saya boleh buat, nasib baik anak saya kahwin kalau saya kahwin lagi ramai orang datang.

"Mereka datang pun kerana mereka menyokong BN, tetapi yang bukan penyokong BN pun ramai yang datang," katanya ketika ditemui pemberita di Ayer Keroh hari ini.

'Dia kahwin dulu berapa belanja?'
Beliau sekali lagi berjenaka apabila ditanya mengenai adakah beliau bercadang untuk mengisytiharkan segala perbelanjaan dalam majlis perkahwinan berkenaan.

"Saya minta Lim Kit Siang isytiharlah masa dia kahwin berapa belanja dan Lim Guan Eng kahwin dulu berapa belanja, Mat Sabu kahwin dulu berapa belanja, menteri-menteri besar di kahwin dulu berapa belanja, suruh di isytihar," katanya.

NONESementara itu, beliau turut ditanya mengenai tindakan pembangkang Melaka yang membuat laporan isu berkenaan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

"Terpulanglah padanya nak buat apa sebab ini negara demokrasi," katanya.

Laporan oleh Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin itu dibuat berdasarkan laporan akhbar yang menyebut kos majlis itu sebanyak RM600,000, sekali gus melebihi kemampuan ketua menteri.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar juga semalam mendakwa terdapat penglibatan agensi kerajaan negeri dan kerajaan tempatan dalam penganjuran majlis itu dan dana kerajaan digunakan tanpa bayaran.
Isu kenduri mega KM Melaka dilapor pada SPRM

  • Hafiz Yatim
  • 1:52PM Okt 4 2012
Pakatan Rakyat hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Melaka berhubung penganjuran kenduri kahwin mega anak kepada Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

NONEKetua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin mengetuai rombongan yang turut disertai Ketua Pembangkang Melaka Goh Leong San dan timbalan pesuruhjaya PAS negeri Kamaruddin Sidek.

Shamsul berkata, tiga isu dilaporkan kepada SPRM, seperti berikut:

(1) Perbelanjaan RM600,000 untuk walimatulurus itu, seperti dilaporkan The Malay Mail semalam - yang didakwa melebihi kemampuan seorang ketua menteri.

(2) Dakwaan anggota Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar bahawa terdapat penglibatan agensi kerajaan negeri dan kerajaan tempatan dalam penganjuran majlis itu dan dana kerajaan digunakan tanpa bayaran.

(3) Dakwaan penglibatan Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) Datuk Yusof Jantan mempengerusikan persediaan mesyuarat mengenai persiapan hiasan luaran, kebersihan dan logistik majlis itu.

Kenyataan Shamsul direkodkan kira-kira sejam oleh pegawai SPRM.

Ali Rustam semalam dilaporkan menjelaskan kos untuk menganjurkan majlis itu murah namun kelihatan mewah disebabkan jumlah kehadiran - dilaporkan lebih 100,000 orang.

Akhbar itu juga memetik seorang setiausaha Mohd Ali, Datuk M S Mahadevan sebagai berkata, seramai 500 "sukarelawan" tidak dibayar dan penyedia makanan serta perkhidmatan juga berbuat demikian secara percuma.

Sementara The Malay Mail melaporkan Mohd Ali sebagai berkata, kos jamuan itu sebanyak RM600,000 dan bukan RM1.3 juta seperti anggaran pemimpin Pakatan, atau RM13 juta seperti dianggarkan pemimpin DAP Lim Kit Siang.
Mohd Ali: Pembangkang sengaja jadikan isu majlis kahwin anak saya

4 Oktober 2012
Mohd Ali Rustam
$entry.content.caption.value
MELAKA - Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata pihak pembangkang di negeri ini sengaja menjadikan jumlah kehadiran 130,000 tetamu pada majlis persandingan anak lelakinya di sini Ahad lepas, sebagai isu.
Beliau berkata kehadiran ramai tetamu pada majlis itu memperlihatkan tanda sokongan di kalangan penyokong Barisan Nasional mahupun rakyat biasa terhadap beliau.
"Ini semata-mata sifat dengki (oleh pembangkang), mereka tiada kerja lain (bagi menimbulkan isu), terserah ...," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bank Persatuan Cawangan Melaka di Kota Fesyen, Ayer Keroh di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas tuntutan pemimpin pembangkang Melaka agar beliau mengisytiharkan segala perbelanjaan untuk penganjuran majlis persandingan itu.
Majlis tersebut juga diiktiraf The Malaysia Book of Records sebagai tetamu teramai dalam majlis perkahwinan antara Mohd Ridhwan, 26, dan pasangannya Nur Azieha Mohd Ali, 26, di Dewan Tun Ali Bukit Katil.
Beliau secara berseloroh berkata kehadiran tetamu akan lebih ramai sekiranya majlis persandingan itu untuk bapa pengantin lelaki.
"Kalau saya yang kahwin...lebih ramai lagi yang akan hadir," katanya sambil tersenyum. - Bernama
Majlis kahwin: PR mahu SPRM siasat Ali Rustam
Munirah Abdul Aziz
4 Oktober 2012
Majlis kahwin: PR mahu SPRM siasat Ali Rustam
Majlis kahwin: PR mahu SPRM siasat Ali Rustam
Majlis kahwin: PR mahu SPRM siasat Ali Rustam
Shamsul Iskandar (enam, kanan) bersama pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat selepas membuat laporan di SPRM Melaka, hari ini.
MELAKA - Satu laporan rasmi dibuat oleh pemimpin Pakatan Rakyat (PR) Melaka kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membolehkan siasatan dijalankan terhadap Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkaitan majlis kahwin mega anaknya hujung minggu lalu.
Diketuai Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Melaka yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin, turut hadir, Timbalan Pesuruhjaya I Pas Negeri, Kamaruddin Sidek dan Ketua Pembangkang Melaka, Goh Leong San.
Menurut Shamsul Iskandar, laporan kepada SPRM itu adalah bagi membolehkan badan itu menyiasat majlis perkahwinan anak Mohd Ali yang dikatakan menelan belanja hampir RM600,000.
Menurutnya, perbelanjaan itu diakui sendiri Mohd Ali dalam satu laporan akhbar berbahasa Inggeris, yang mana menurut Shamsul Iskandar, ia merupakan satu perbelanjaan di luar kemampuan Mohd Ali sebagai seorang Ketua Menteri.
“Sekiranya dikira elaun beliau sebagai Ketua Menteri sebanyak RM20,000 sebulan pun, jumlah RM600,000 itu jelas di luar kemampuan sebagai Ketua Menteri.
“Sehubungan itu, kita pemimpin PR Melaka mengesa supaya SPRM segera menjalankan siasatan terhadap beliau,” katanya kepada media di luar bangunan Ibu Pejabat SPRM Melaka, di Alai, dekat sini hari ini.
Shamsul Iskandar berkata, beliau turut mengemukakan satu dokumen minit mesyuarat Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) yang menunjukkan satu mesyuarat khas dipengerusikan Ketua Pegawai Eksekutif PKNM telah diadakan bagi menguruskan majlis perkahwinan itu.
Katanya, pembabitan agensi berkenaan boleh dipertikaikan kerana sebagai sebuah badan dipertanggungjawabkan untuk membantu rakyat, ia telah disalahguna untuk kepentingan Ketua Menteri.
Menurutnya, minit mesyuarat berkenaan turut mencatatkan bahawa setiap persiapan itu adalah atas budi bicara jabatan terbabit serta tiada sebarang bil tuntutan akan dikenakan keatas Ketua Menteri atau Kerajaan Negeri.
“Ini merupakan satu salahguna kuasa yang amat jelas. Kita kemukakan ini dan beberapa aspek lain bagi menggesa supaya SPRM mengambil pandangan serius terhadap perkara ini,” katanya.
Sementara itu, Leong San berkata, Mohd Ali perlu memohon maaf kepada semua rakyat Melaka atas apa berlaku kerana perbelanjaan besar ini telah membawa kerugian kepada rakyat.
Menurutnya, sebagai pembayar cukai, rakyat mempunyai hak untuk bersuara kerana cukai dikutip itu sepatutnya digunakan untuk kepentingan dan manfaat rakyat sendiri.
“Ini merupakan satu bukti kukuh bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) menyalahgunakan kuasa. Sehubungan itu, Ketua Menteri perlu memohon maaf kepada semua rakyat Melaka,” katanya.
Sementara itu, Jurucakap SPRM Melaka ketika dihubungi Sinar Harian, mengesahkan telah menerima laporan berkenaan.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut

Ali Rustam mungkin digelar 'Jayalalithaa Malaysia'

Abdul Aziz Mustafa, 04 Okt 2012
KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam mungkin akan digelar Jayalalithaa Malaysia kerana kenduri kahwin anaknya yang serba hebat dan mewah, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

"Di negeri Tamil Nadu di India, ada bekas bintang filem, iaitu Jayalalithaa, pernah jadi Ketua Menteri negeri itu.

"Dia paling terkenal dengan cerita majlis perkahwinan anak angkatnya yang dilapor telah dihadiri oleh 150,000 orang," katanya.

Mohd Ali pula kini menjadi tumpuan kritikan umum apabila kenduri kahwin anaknya, Mohd Ridhwan dengan Nur Azieha Mohd Ali dilapor melibatkan 130,000 jemputan.

Jumlah kehadiran dalam kenduri tersebut direkodkan oleh Malaysia Book of Records sebagai jumlah tetamu paling ramai untuk majlis perkahwinan.

"Samalah seperti majlis kahwin anak angkat Jayalalithaa yang diiktiraf oleh Guinness World Records ketika itu sebagai jumlah jemputan paling ramai untuk majlis perkahwinan dan juga jamuan terbesar sempena majlis perkahwinan," kata Mohamad.

Jayalalithaa Jayaram mula menjadi Ketua Menteri Tamil Nadu pada tahun 1991. Pada tahun 1996 beliau tersingkir dari jawatannya apabila parti pimpinannya memenangi hanya empat dari 168 yang ditandingi.

Kekalahan itu dikaitkan dengan tuduhan rasuah ke atasnya dan juga kritikan meluas terhadap majlis perkahwinan serba mewah anak angkatnya, V Sudhakaran.

Jayalalithaa bagaimanapun terus Ketua Menteri Tamil Nadu pada tahun 1992 dan 2011.

Dengan sinis, Mohamad bertanya adakah setiausaha Mohd Ali, Datuk M S Mahadevan tidak mengingatkan Ketua Menteri Melaka itu tentang kisah Jayalalithaa.

Dalam kenyataannya kepada The Star Onlin, Mahadevan menyatakan, 500 orang "sukarelawan" yang bertugas di majlis tersebut "tidak dibayar satu sen sekalipun".

Kenyataan Mahadevan itu selaras dengan pendedahan Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar di Dewan Rakyat tentang penglibatan jabatan dan agensi kerajaan dalam mengendalikan majlis perkahwinan anak sulung Mohd Ali pada 30 September itu.

Kenduri: Sikit buat Ali terlalu banyak bagi rakyat

Riduan Mohd Nor, 04 Okt 2012
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan siasatan terperinci terhadap dakwaan bahawa agensi kerajaan negeri Melaka dikerahkan bagi menjayakan majlis perkahwinan anak sulung Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Dokumen mengandungi maklumat mesyuarat Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) membincangkan persiapan logistik majlis perkhwinan tersebut telah dibocorkan oleh pihak tertentu.

Minit mesyuarat tersebut juga menyebut jabatan-jabatan kerajaan yang terlibat dan ia juga menyatakan tiada bil perlu dituntut daripada ketua menteri dan semuanya percuma.

Malah, DPPM dimaklumkan pihak Ketua Menteri itu mengakui majlis tersebut di taja sebanyak RM10 bagi setiap tetamu.

DPPM hairan bagaimana begitu istimewanya Datuk Seri Mohd Ali Rustam di sisi kerajaan negeri.

Meskipun beliau adalah ketua negeri terbabit, ini tidak bermakna beliau boleh sesuka hati menggunakan agensi dan jabatan kerajaan negeri untuk keperluan dirinya.

Sepatutnya beliau menunjukkan contoh teladan kepada rakyat bahawa seorang pemimpin sanggup mengutamakan rakyat dari dirinya sendiri.

Majlis perkahwinan beliau adalah majlis peribadi yang perlu ditanggung oleh diri dan keluarganya sahaja, dan tidak perlu dibabitkan jabatan kerajaan di bawah tanggungannya.

Jika majlis itu ditaja, siapa pula penajanya dan adakah penaja majlisnya tiada kaitan langsung dengan projek kerajaan negeri?

Dalam keadaan rakyat yang masih ramai hidup di bawah paras kemiskinan, beliau pula sanggup menghabiskan enam ratus ribu ringgit untuk majlis selama lapan jam dengan kehadiran seramai 100,000 orang.

Mungkin bagi Datuk Seri Mohd Ali jumlah itu terlalu sedikit, namun ia terlalu banyak bagi rakyat jelata.

Apakah ini suatu manifestasi amalan wassatiyyah (bersederhana) seperti yang dilaungkan oleh Perdana Menteri?

DPPM bimbang amalan rasuah serta penyalahgunaan kuasa sudah menjadi suatu budaya pada pemimpin negara.

Amalan bershopping sakan, bermewah-mewahan serta mengadakan kenduri keluarga secara melampau seperti ini mengundang pembaziran di samping rasuah yang membarah.

Malah pemimpin-pemimpin negara dengan selamba menggunakan seluruh kuasa dan agensi di bawahnya untuk kepentingan peribadi mereka tanpa rasa bersalah.

Rakyat pula dikerah sehabis mungkin bekerja dan bertugas untuk majlis peribadi pemimpin sedangkan pemimpin tidak pernah memikirkan masalah rakyat di bawahnya.

SPRM perlu membuktikan mereka benar-benar telus, tegas dan amanah dalam melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan. Membanteras rasuah bukan hanya setakat kepada rakyat bawahan, tetapi mesti dimulakan dari pemimpin atasan.

Pemimpin negara yang menyuburkan rasuah sehingga rakyat sebati dengannya, ibarat kata pepatah Cina: ikan busuk bermula dari kepala.
Mahfuz dakwa kenduri mega 'ditaja' agensi k'jaan Melaka
  • Aidila Razak
  • 6:57PM Okt 3 2012
 
Dokumen yang bocor dari Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) menunjukkan bahawa agensi kerajaan negeri itu menaja majlis perkahwinan anak sulung Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam Ahad lalu, dakwa Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) ketika membahaskan bajet di Parlimen hari ini.

NONEMahfuz mendakwa, dokumen tersebut menunjukkan bahawa mesyuarat
PKNM diadakan khas untuk membincangkan tentang "logistik majlis tersebut" pada 30 September.

Menurutnya, pegawai khas ketua menteri mengaku hari ini bahawa majlis tersebut ditaja sebanyak RM10 bagi setiap tetamu dan menurut Mahfuz lagi, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu menyiasatnya kerana ia majlis peribadi.

Minit mesyuarat tersebut, dakwa Mahfuz lagi, menyebut jabatan-jabatan kerajaan yang terlibat dan ia juga menyatakan tiada bil perlu dituntut daripada ketua menteri dan semuanya percuma.
Menurut salinan minit mesyuarat tersebut yang diperolehi pihak media kemudiannya, Ketua Pegawai Eksekutif PKNM, Datuk Yusof Jantan memaklumkan satu mesyuarat akan diadakan mengenai majlis persiapan hiasan luaran, kebersihan dan logistik sempena majlis perkahwinan anak ketua menteri pada 30 September 2012.

Beliau seterusnya menekankan bahawa semua persiapan yang dikendalikan atas budi bicara jabatan tersebut serta tiada sebarang bil tuntutan kepada ketua menteri atau kerajaan negeri.


RM10 juta ditaja kahwin anak Ketua Menteri Melaka.
Posted on Wednesday, October 03 @ 16:00:00 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: mohdnoorawang

"Jamuan dan Persandingan anak sulung Ketua Menteri Melaka DS Mohd Ali Rustam mencecah RM10 juta hingga RM13 juta. Jamuan dan segala bentuk makanan termasuk nasi minyak /nasi beriani untuk tetamu seramai 180,000 orang ditaja oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM).

Lima puluh ribu (50,000) tin muniman air kacip Fatimah diberi hadiah kepada tetamu yang hadir. Difahamkan air kacip Fatimah dibekal oleh Syarikat Orang Kampung Sdn. Bhd. Cenderamata yang diberi kepada tetamu yang hadir dibekalkan oleh Mamee Sdn. Bhd.

Dikatakan makan untuk pengantin dan tetamu khas bernilai RM600,000. Dan disediakan oleh tiga puluh orang (30) tukang masak atau Chef's. Kehadiran tetamu seramai 180,000 orang telah direkod dalam "Malaysia Book Of Record dan yang yang paling jahat sekali Datuk Seri Mohd Ali Rustam berbangga kerana perkahwinan anaknya serta kehadiran tetamu dimasukkan dalam buku tersebut.

Mengikut Ahli Parlimen Pokok Sena dari PAS Datuk Mahfus Omar segala perbelanjaan perkahwinan anak Ketua Menteri Melaka Mohd Ali Rusatam ditanggung sepenuhnya oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka dan segala angensi kerajaan negeri dan tempatan.

Satu soalan cupu emas!. Boleh atau tidak pehak kerajaan negeri dan pehak perbadanan milik kerajaan menaja sepenuhnya kenduri kahwin anak Ketua Menteri tersebut?.

Soalan cupu emas kedua!. Nak tanya kepada pegawai disemua peringkat Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) adakh itu dinakam slahguna kusa atau mungkin ada ciri ciri rasuah?.....Kalau ada kenapa tidak siasat untuk mencari kebenaran salah atau sebaliknya?....

Betulah rasuah dalam UMNO dan Barisan Nasional berada ditahad yang barah peringkat keempat. Dan hidup pemimpin UMNO bermula dari perdana menteri dan seluruh pemimpin UMNO/BN kaki rasuah tegar.

Akhirnya rakyat ingin penjelesan dari Ketua Menteri Melaka Mohd Ali Rustam dan pehak berwajib terutama SPRM betulke perkahwinan, persandingan, makanan dan segala bentuk ditaja?...."

Penulis ialah Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia.
Wanita Umno mahu penjelasan status bas 'mewah' PKR

  • Abdul Rahim Sabri
  • 4:22PM Okt 4 2012
Pergerakan Wanita Umno Malaysia hari ini memohon penjelasan daripada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung kenyataan beliau yang bercanggah tentang bas 'mewah' yang digunakan oleh PKR dalam siri kempen jelajahnya ke seluruh negara.

Ketua Penerangan Wanita Umno, Datuk Hamidah Osman meminta Abdul Khalid menjelaskan kenyataannya yang bercanggah mengenai status bas itu sama ada disewa atau disewa beli.

NONEHamidah berkata, kenyataan mengenai status bas itu disewa selama enam bulan dilaporkan pada 30 Ogos.

Manakala kenyataan berhubung sewa beli pula, katanya, dibuat pada 27 September bersama-sama dengan penafian hubung kait bas itu dengan pembelian  50 unit sampah dari China oleh kerajaan negeri.

"Kenyataan ini jelas berbeza dengan kenyataan beliau sebelumnya yang menyatakan bahawa bas tersebut cuma disewa," katanya.

Sehubungan itu, Hamidah yang juga exco kerajaaan negeri Perak mendesak Abdul Khalid memberi penjelasan dalam tempoh seminggu.

Ini kerana, katanya, sehingga kini Khalid tidak tampil menjawab persoalan yang didakwanya "menjadi isu panas dan perhatian umum".
Wanita Umno beri MB Selangor 7 hari jawab isu bas

4 Oktober 2012
KUALA LUMPUR- Ketua Penerangan Wanita Umno, Datuk Hamidah Osman memberi tempoh seminggu dan mendesak Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menjelaskan status sebenar bas mewah dua tingkat yang pihaknya hendak sempena Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Menurutnya, masa seminggu diberikan kepada Khalid bermula hari ini dan jika enggan memberi sebarang penjelasan dan kenyataan, pihaknya sendiri akan membawa perkara ini kepada badan bertanggungjawab untuk menyiasat.

"Jika Khalid benar-benar ikhlas dan tulus, beliau sepatutnya sedia memberi penjelasan dan jawapan kepada rakyat.
"Memang isu ini sudah lama, tetapi yang menjadi persoalan, hingga kini Khalid gagal memberi jawapan yang tepat berhubung status bas berkenaan," katanya pada sidang media, hari ini.

Pada 30 Ogos lalu, Khalid mengeluarkan kenyataan mendakwa bas mewah itu disewa selama enam bulan dan kos dibiayai sepenuhnya oleh beliau.

Bagaimanapun, pada 25 September lalu, sebuah portal online mendedahkan butir-butir terperinci bas itu didaftarkan di atas nama menteri besar tersebut.

"Di sini timbul kekeliruan, jika benar ia disewa, mesti diletakkan nama syarikat yang menjalankan perniagaan menyewa kenderaann," katanya.

Beliau menambah, situasi menjadi semakin keliru apabila Khalid sekali lagi memberi kenyataan pada 27 September lalu menafikan hubung kait pembelian bas tersebut dengan pembelian 50 unit lori sampah oleh kerajaan negeri dan menyatakan bas mewah dimiliki dengan cara sewa beli.

"Jadi mana satu yang betul? Bagaimana boleh seorang pemimpin negeri mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan dalam tempoh sebulan? "ujarnya.

Beliau berkata, tempoh seminggu yang diberi kepada Khalid cukup adil bagi memberinya ruang untuk menjelaskan agi menghuraikan persoalan yang tidak pernah dijawab ini.

"Persoalan yang tidak pernah dijawab ini boleh menimbulkan banyak persepsi, jadi saya mhon agar Khalid bertanggungjawab memberi penjelasan secepat mungkin," katanya.

Tiada ulasan: