Selasa, 2 Oktober 2012

KALAU SEMUA NAIK..ADA MODAL PEMBANGKANG MAINKAN ISU...SIKAYA TAK KISAH BARANG NAIK...BAGAIMANA SIMISKIN...SIMELARAT...SIGAJI KECIL...MEREKALAH PENGUNDI YANG TERAMAI

5 bekas tahanan ISA dianugerah gantirugi RM4j
  • Aidila Razak
  • 6:24PM Okt 2 2012
 
Lima bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ditahan pada 2001 secara tidak sah dan dengan niat jahat, demikian diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Dalam keputusannya, Hakim Datuk Lau Bee Lan menganugerahkan aktivis Hishamuddin Rais dan empat yang lain masing-masing RM15,000 bagi setiap hari penahanan mereka di bawah Seksyen 73 Akta Keselamatan Dalam Negeri dan RM30,000 sebagai gantirugi teruk.

Ini menjadikan gantirugi bagi penahanan secara tidak sah berjumlah RM4.06 juta.

Bagaimanapun, mahkamah memihak dengan defendan berhubung dengan Seksyen 8 ISA.

NONEMahkamah juga mendapati kenyataan akhbar yang dibuat oleh Ketua
Polis Negara (IGP) ketika itu, Tan Sri Norian Mai ekoran penangkapan plaintif pada April 2001 adalah berunsur fitnah terhadap mereka, kecuali kepada Badaruddin Ismail.

Untuk ini, Hakim Lau dianugerahkan RM60,000 sebagai gantirugi am dan RM40,000 bagi gantirugi teruk dan teladan.

Mahkamah juga dianugerahkan RM200,000 sebagai kos.

Selain Hishamuddin dan Badaruddin, plaintif lain ialah Saari Sungib, Badrulamin Bahrom, dan Tian Chua Chang (atas), yang lebih dikenali sebagai Tian Chua (atas).
Suhakam: Tiada salah dana asing bagi pertahan hak asasi
2:31PM Okt 2 2012  
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menegaskan bahawa tiada salahnya bagi badan pemantau hak asasi manusia, Suaram, yang disiasat oleh pihak berkuasa, menerima dana asing jika ia untuk mempertahankan hak asasi manusia.

Suhakam, tegas Pengerusinya Tan Sri Hasmy Agam, ingin menekankan bahawa kebebasan bersuara dan kebebasan berpersatuan adalah pokok kepada hak asasi manusia, yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan dan diperuntukkan dalam Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat.

"Deklarasi 1998 PBB mengenai Hak dan Tanggungjawab Individu, Kumpulan dan Organ Persatuan untuk Mempromosi dan Melindungi Hak Asasi Manusia Diiktiraf Secara Universal dan Kebebasan Asas (dahulunya dikenali sebagai Deklarasi Sejagat mengenai Pejuang Hak Asasi Manusia) antara lain, mengiktiraf pejuang hak asasi manusia, yang mana Suaram adalah salah satu daripadanya, dan aktiviti-aktiviti mereka yang sah untuk melindungi dan mempromosi hak asasi manusia termasuk penerimaan dana dari luar negara untuk mempertahankan hak asasi manusia.

"Pejuang hak asasi manusia harus dibenarkan untuk berfungsi secara bebas, beroperasi di persekitaran yang berupaya dan selamat, dan mempunyai kebebasan untuk menentukan undang-undang, struktur dan aktiviti mereka," kata Hasmy dalam satu kenyataan.

Suruhanjaya itu turut melahirkan kebimbangan dengan cara bagaimana "penyiasatan dijalankan, publisiti dibuat dan dilaporkan mengenai urusan dan akaun Suaram".

Katanya, Suhakam mengalu-alukan jaminan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, untuk meningkatkan pembaharuan yang lebih demokratik sebagai respons kepada pertumbuhan tuntutan kebebasan sivil yang semakin bertambah.

Oleh itu, Hasmy menggesa semua pihak yang terlibat dalam penyiasatan ini supaya bertindak bukan sahaja menurut undang-undang dan peraturan tetapi selaras dengan semangat dan niat jaminan perdana menteri itu.

Dalam hal ini, katanya, Suhakam menyeru kerajaan agar terus mendukung dan mempromosi hak asasi manusia melalui, antara lain, perkongsian positif dengan pelbagai pihak berkepentingan, termasuk perniagaan dan masyarakat sivil yang akan menyumbang ke arah memastikan tadbir urus demokrasi yang kukuh di negara ini.

"Ini adalah penting dan amat selaras dengan hasrat yang disuarakan perdana menteri untuk menggerakkan negara ke hadapan ke arah menjadi sebuah negara demokrasi yang berfungsi sepenuhnya yang memerlukan dasar-dasar dan amalan hak asasi manusia domestik yang mematuhi sepenuhnya prinsip-prinsip dan norma-norma yang diterima secara universal.

"Ini akan menggambarkan Malaysia dengan baik sebagai anggota Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan menyumbang secara positif untuk meningkatkan imej antarabangsa sebagai negara yang menghormati hak asasi manusia.

"Suruhanjaya akan terlibat dengan pihak-pihak yang berkenaan, termasuk jabatan dan agensi Kerajaan dan badan-badan penguatkuasaan lain untuk mendapatkan maklum balas penting mengenai isu itu," tegasnya.
MB beku pertukaran datuk bandar PJ
4:44PM Okt 2 2012  
Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mengumumkan bahawa kesemua pertukaran penjawat awam kanan di negeri itu dibekukan sehingga selesai perbincangan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam.
Khalid mengumumkan demikian, susulan arahan mengejutkan yang dikeluarkan kepada Datuk Bandar Petaling Jaya Datuk Mohamad Roslan Sakiman minggu lalu.

Laporan Star Online hari ini menyebut, Khalid untuk menangguhkan arahan pertukaran Roslan, yang dijangka akan menggantikan timbalan setiausaha kerajaan negeri Noordin Sulaiman.

Noordin dijangka akan menggantikan pegawai kewangan negeri Mohd Arif Abdul Rahman.

Khalid berkata perbincangan di antara kerajaan negeri dan JPA mengenai pertukaran tersebut masih berjalan, walau perkara itu tidak dibincangkan secara rasmi dalam mesyuarat mingguan mesyuarat majlis kerajaan negeri.
MP: Diskaun PTPTN hanya untungkan orang kaya
  • Nigel Aw
  • 5:02PM Okt 2 2012
 
Seorang MP PAS berkata, pengumuman kerajaan untuk memberi diskaun kepada peminjam yang melangsaikan sepenuhnya pinjaman melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional hanya akan menguntungkan golongan kaya.
Khalid Samad (PAS-Shah Alam) berkata hanya golongan kaya yang mampu melangsaikan hutang tersebut sekali gus.

Katanya, kerajaan sepatutnya memberi diskaun berdasarkan merit seperti untuk pelajar yang mencapai keputusan baik dan bukannya untuk golongan yang memiliki wang yang banyak.

Beliau berkata demikian ketika mencelah ucapan Hamim Samuri (BN-Ledang) yang mencadangkan supaya diskaun dan biasiswa diberikan kepada pelajar yang tamat pengajian dengan keputusan baik.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam ucapan belanjawan 2013 minggu lalu mengumumkan bahawa peminjam yang melangsaikan sepenuhnya hutang tersebut, antara 1 Oktober 2012 hingga 30 September 2012, akan diberikan diskaun sebanyak 20 peratus.

Selain itu, peminjam yang membuat bayaran secara konsisten juga akan diberikan diskaun 10 peratus.
Shahnaz dakwa Taib orang terkaya di Malaysia
  • Hafiz Yatim
  • 1:11PM Okt 2 2012
 
Bekas menantu Tan Sri Abdul Taib Mahmud menyifatkan ketua menteri Sarawak itu sebagai orang paling kaya di Malaysia, atau mungkin paling kaya di Asia Tenggara.
NONEShahnaz Abdul Majid, 49, berkata demikian semasa memberi keterangan berhubung aset bekas suaminya, Datuk Mahmud Abu Bekir Taib  hari ini.
Dakwanya, Mahmud memiliki sebanyak 111 akaun di seluruh dunia, dengan jumlah deposit dianggarkan berjumlah RM700 juta.

Shahnaz mendakwa, Mahmud Abu Bekir memiliki akaun peribadi di Kanada, Amerika Syarikat, kepulauan Caribbean, Perancis, Monaco, Switzerland, Luxembourg, Malaysia dan Hong Kong.

Katanya, tuntutan mutaahnya sebanyak RM100 juta adalah kecil berbanding nilai aset bekas suaminya yang didakwa berjumlah RM1 bilion.

Dakwanya lagi, Mahmud memegang dua akaun peribadi di Edmond de Rothschild di Luxembourg dengan deposit berjumlah US$25 juta.

Beliau juga mendedahkan, bahawa bekas suaminya mempunyai dua akaun di bank sama di Switzerland dengan deposit berjumlah US$31 juta.
Hanya separuh percaya RCI tangani isu warga asing
4:20PM Okt 2 2012  
Satu tinjauan umum mendapati sembilan daripada 10 warga Sabah bersetuju dengan penubuha  suruhanjaya siasatan diraja (RCI) berhubung isu pendatang asing di negeri itu.
Bagaimanapun, hanya separuh daripada responden percaya bahawa RCI itu akan menangani masalah pendatang asing tanpa izin, yang dituntut supaya mendapat perhatian segera kerajaan.

Kajian itu dijalankan Merdeka Center antara 6 hingga 7 September itu menilai persepsi pengundi mengenai perkembangan semasa di Sabah.

Sejumlah 829 orang pengundi – melibatkan 51 peratus bumiputra Islam, 29 peratus bumiputra bukan Islam dan 20 peratus pengundi Cina yang mencerminkan profil pengundi di negeri itu – diwawancara melalui telefon.
Menteri: Kenaikan tarif elektrik tak dapat dielak
11:44AM Okt 2 2012  
Menteri Tenaga, Teknologi dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata penyelarasan tarif elektrik pada masa depan tidak dapat dielakkan ekoran peningkatan harga bahan api antarabangsa termasuk arang batu dan gas asli.
Walau tidak menjelaskan masa dan kuantum kenaikan tersebut, Chin berkata harga tarif yang lebih tinggi akan menggalakkan masyarakat menjimatkan tenaga dan beralih kepada teknologi hijau.

Dalam satu wawancara dengan akhbar berbahasa Cina Sin Chew Daily, Chin mendedahkan bahawa penggunaan elektrik negara meningkat 3.4 peratus setiap tahun, lebih rendah daripada pertumbuhan KDNK.

Katanya, perkara itu menyebabkan kerajaan meluluskan lebih banyak loji tenaga dan mengambil kira loji tenaga nuklear.

Dengan memberi contoh Denmark, yang merekodkan penggunaan elektrik yang stabil sejak 20 tahun lalu, Chin berkata pertumbuhan ekonomi yang tinggi tidak semestinya melibatkan penggunaan tenaga yang tinggi.

"Mungkin tidak tidak dapat elak peningkatan penggunaan tenaga namun jika kita boleh mengurangkan peningkatan, kita boleh lambatkan pembinaan lebih banyak loji tenaga," katanya.

Beliau turut menekankan kepentingan untuk meningkatkan kesedaran kepada orang ramai dan kanak-kanak untuk menjimatkan tenaga.

Menurut laporan itu, Chin mengakui bahawa kerajaan mengambil kira rancangan untuk membina sekurang-kurang sebuah loji tenaga nuklear pada masa depan, namun tiada keputusan muktamad dibuat, katanya.

Chin pada minggu lalu enggan mengulas apabila ditanya sama ada kenaikan tarif elektrik itu akan dikuatkuasa pada November.

Tiada ulasan: