Projek lombong bijih besi di Ibam wajar dihentikan
Khairil Abdul Rahim, | 02 Okt 2012 |
ROMPIN:
PAS meminta dihentikan serta merta kira-kira 20 projek melombong bijih
besi di Bukit Ibam di sini kerana dikhuatiri mengancam nyawa manusia,
memusnahkan alam sekitar dan memupuskan hidupan sungai.
Pengerusi Lajnah Alam sekitar PAS Pusat Zulkifly Mohamad Omar berkata, jika projek yang terletak hanya 50 meter dari kediaman penduduk dan sekolah itu tidak dihentikan dijangka akan membawa musibah yang lebih besar.
(Gambar: Zulkefly memberi sidang media di hadapan sebuah lombong.)
Katanya, pada masa ini sudah terdapat aduan penduduk air Sungai Jeram yang menjadi sumber minuman telah dicemari minyak dan berwarna karat hasil buangan jentera melombong menyebabkan ikan menjadi pupus.
“Yang membimbangkan air sungai ini mengalir ke Sungai Aur iaitu terdapat loji bekalan air menyalurkan sumber air paip kepada ratusan ribu penduduk Muadzam, Ibam, Keratong, Selanchar dan seluruh Pahang Tenggara.
“Aktiviti perlombongan ini juga boleh menyebabkan kawasan air menjadi cetek dan boleh menyebabkan empangan semakin kritikal kerana berada di hutan simpan sebagai kawasan tadahan air.
“Saya hairan bagaimana kerajaan negeri boleh benarkan aktiviti perlombongan begitu besar di sini kerana mengikut peraturan kawasan tadahan air tidak boleh dilakukan apa-apa pembangunan,” katanya ketika dibawa melawat projek lombong bijih besi di sini semalam.
Turut mengiringi Yang Dipertua PAS Kawasan Rompin Shukri Ahmad dan beberapa orang pimpinan serta media.
Projek lombong yang telah beroperasi sekitar tiga tahun itu dilaksanakan oleh beberapa syarikat antaranya Mentiga Mining Sdn Bhd kepunyaan anak syarikat Kerajaan Negeri Pahang.
Lebih menyedihkan kawasan tersebut telah diwartakan sebagai Hutan Simpan Kekal yang dijadikan kawasan tadahan air bagi memenuhi keperluan penduduk.
(Kiri: Papan tanda kelulusan kerajaan negeri.)
Kebanyakan tanah yang dikorek bagi mendapatkan bijih besi itu menghasilkan lubang kawah besar dengan kedalaman sehingga 40 kaki. Selain itu juga bahan kimia yang dugunakan membahayakan alam dan memupouskan sumber pemakanan seperti hidupan air.
Dalam lawatan ke salah satu lombong tersebut mendapati takungan air berwarna hijau berkemungkinan kesan sulfur atau bahan kimia yang digunakan bagi membersihkan bijih besi yang dikorek. Tidak ada ikan yang hidup dalam kawasan perairan tersebut.
Zulkifly berkata, air yang tercemar itu sangat bahaya jika terkena kulit sehingga boleh membawa kanser kerana mengandungi toksid yang tinggi.
Tambahnya, pada ketika ini sudah ada pelajar asrama Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam yang berhampiran, mengadu sakit kulit luar biasa.
Kesan lain yang diadukan penduduk ialah di Kampung Buluh Nipis di mana didapati air sungainya berminyak sehingga ikan-ikan yang ada mati sedangkan ia merupakan sumber makanan dan pendapatan penduduk di situ.
(Kanan: Shukri menunjukkan bukti air berminyak.)
“PAS dalam masa terdekat ini akan menghantar memorandum kepada Pejabat Tanah Rompin, Majlis Daerah Rompin, Jabatan Alam Sekitar dan Menteri Besar Pahang meminta segera dihentikan kerja-kerja memusnahkan alam sekitar dan mengancam manusia ini.
“PAS juga akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menyiasat bagaimana boleh dibenarkan aktiviti perlombongan seperti ini,” katanya.
Bukit Ibam bermakna ‘I bought a mountain’ dibuka oleh sebuah syarikat Inggeris sekitar tahun 1960-an bagi tujuan perlombongan. Selain mengandungi emas dan besi ia juga kaya dengan galin magniseum.
Ia terletak 20 meter dari bandar Muadzam Shah dan mempunyai lebih 3,000 penduduk.
Sementara itu Yang Dipertuan PAS Kawasan Rompin Shukri Ahmad berkata Bukit Ibam mempumpunyai banyak hasil seperti balak, emas dan bijih besi sehingga melahirkan ramai jutawan daripada parti kerajaan tetapi tidak dapat dikongsi oleh rakyat.
“Yang rakyat dapat hanyalah bencana alam sekitar, kepupusan sumber makanan dan jalan rosak akibat pengangkutan lori besar memunggah bijih keluar,” katanya.
Tanpa segan silu dan rasa malu, perdana menteri Najib nampaknya terus meniru strategi Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dalam hampir semua segi termasuk menggunakan media internet.
Belum cukup dengan tindakannya mengambil dan meniru satu-persatu idea dari Buku Jingga yang ditawarkan Pakatan Rakyat, kali ini Najib benar-benar terdesak meraih sokongan terutamanya golongan muda di saat siri kecaman berterusan terus dikenakan ke atasnya gara-gara tidak berani hadir semasa sesi perbahasan bajet oleh Anwar yang dibentangnya sendiri Jumaat lalu.
Dengan meniru idea Anwar menggunakan platform maya Google Hangout bulan lalu, Najib juga akan menggunakan kaedah yang sama tetapi dengan sedikit perbezaan.
Anwar tidak langsung menggunakan hashtag (#) untuk sebarang persoalan dalam sesi tersebut sedangkan Najib mewajibkan sebarang pertanyaan yang diajukan kepadanya haruslah menggunakan hashtag #tanyanajib seperti yang pernah digunakannya di laman sosial Twitter tahun lalu.
Bagaimanapun belum sempat sesi tersebut berlangsung, hashtag tersebut kini menjadi bahan ketawa dan lelucon pengguna Twitter di seluruh dunia yang meletakkan hashtag itu untuk menyindir Najib.
Antara mesej tertera yang cukup 'menghiris hati' Najib dan membuatkan kita ketawa apabila membacanya adalah:
@farriseffendy #TanyaNajib pakai minyak rambut apa? #TanyaRosmah
Seorang lagi pengguna menempelak Najib kerana ponteng sesi di Parlimen semalam semasa Anwar membahaskan bajet BN itu.
@iAMazmar kenapa kamu dan menteri² kabinet kamu ponteng semalam ?#TanyaNajib
Manakala seorang lai pengguna menyindir Najib dengan mengatakan bahawa isteri Rosmah Mansor itu sebagai 'pengikut' Anwar!
@tHeErvyNa FYI , sebelum ni msa bulan puasa DS Anwar da buat Google Hangout .. skrang PM pun nk buat #TanyaNajib, follower lah tuhh .. hehe
Satu lagi mesej yang membuatkan kita ketawa adalah berkenaan Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang yang ditempelak pengguna yang bertanyakan bilakah hospital bahagia akan dinaik taraf untuk kegunaan Keng Liang!
@mikichoo @tankengliang #TanyaNajib bila upgrade hospital bahagia for you to go back @NajibRazak
Dan soalan di bawah ini pastinya tidak akan dijawab Najib Altantuya!
@ABMsaiful Berapa perbelanjaan untuk Tuan dan Isteri dalam masa sebulan?#TanyaNajib
-------------------------------------------
Tulisan asal di http://paspb2.blogspot.com/2012/10/panas-najib-kena-sindir-oleh-pengikut.html
(Ketua Pegawai Eksekutif SPAN, Datuk Teo Yen Hua memeriksa kualiti air AKSB)
JELI: Di sebalik kecaman Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK), usaha Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) meningkatkan pengeluaran bekalan air bersih mendapat pujian Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Teo Yen Hua berkata, usaha AKSB meningkatkan bekalan air bersih kepada penduduk setempat menggunakan kaedah telaga jejari terbukti berjaya.
“Saya menghargai usaha yang dilaksanakan AKSB, di samping dapat meningkatkan pengeluaran air, ia juga menjimatkan kos penyelenggaraan loji memandangkan air yang disalurkan ke loji sudah jernih,” katanya.
Beliau ditemui selepas melawat telaga jejari AKSB di Jeli semalam. Turut hadir Pengarah SPAN Wilayah Timur, Mohd Nasir Mahmood dan Pengarah Bahagian Penyelidikan, Pembangunan dan Inovasi SPAN Pusat Chow Kin Liung.
(Datuk Teo melawat loji AKSB dan berpuashati)
Hadir sama Pengurus Besar AKSB, Ir Mohamad Hanapi Mahmood, Ketua Bahagian Teknikal AKSB Ir Wan Zamri Wan Ismail dan Pengurus Teknikal, Iskandar Abdul Rahman.
Yen Hua berkata, usaha dilaksanakan AKSB memperkenalkan sistem telaga jejari amat wajar sekali kerana berjaya meningkatkan pengeluaran air bersih dan dapat menambahkan bilangan pengguna.
Selain itu kaedah yang menggunakan teknologi Jerman itu dapat mengatasi masalah kekeruhan, penggunaan elektrik yang rendah dan menjimatan kos operasi.
Beliau berkata, peranan SPAN memastikan bekalan air dapat dinikmati rakyat sebaik mungkin dan langkah diambil AKSB dapat menyelesaikan masalah tekanan rendah sebelum ini.
“Saya berharap operator pengeluaran air di negeri lain dapat menimba ilmu dalam usaha membina telaga jejari di tempat mereka,” katanya.
Telaga Jejari di Jeli dibina pada 2010 dan sehingga kini berjaya menyelesaikan masalah gangguan bekalan air kepada penduduk di jajahan terbabit.
Projek perintis tersebut sekarang sering menjadi tumpuan operator pengurusan air dari negeri-negeri lain bagi melihat sendiri kejayaan telaga jejari di Kelantan.
Allah
S.W.T berfirman di dalam al-quran daripada surah Hud ayat 113
bermaksud; “Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku
zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar
kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah.
Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat
pertolongan."
Adalah menjadi penting apabila saya memulakan kalam Pencipta ini sebagai pembuka seruan untuk mahasiswa Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS). Saban tahun dan semester topik perbualan antara kita penuntut KUIS sering membicarakan soal kezaliman.
Kezaliman adalah sesuatu yang subur dalam pelbagai bentuk, situasi, di mana-mana tempat, negeri, mahupun negara. Walhal, kezaliman turut berlaku kepada diri seseorang yang mendorong kepada kemurkaan Allah S.W.T. Apakah kezaliman subur di KUIS dan dari bentuk apa?
Jawapannya ialah benar kezaliman sedang berlaku di institusi berteraskan Islam itu. Kezaliman ini berbentuk bebanan yang tidak sepatutnya di bebani oleh seorang penuntut dan hal ini ialah berkaitan dengan Yuran Asrama.
Ia hasil pemerintahan Kerajaan Negeri Selangor tahun 2007 atas persetujuan kontrak yang di lihat berat sebelah mencetuskan impak negetif sehingga menzalimi mahasiswa/wi.
Syarikat yang menerima projek dari pemerintahan UMNO dahulu yang di kenali sebagai Redha Resources Sdn. Bhd itu telah menerima keuntungan yang berlipat ganda menerusi projek ini. Buktinya RRSB mendapat RM15.4 juta tiap-tiap tahun daripada KUIS dan kontrak ini selama 33 tahun.
Kezaliman ini kian berlegar-legar di fikiran mahasiswa kuis khususnya apabila implikasi itu jelas menimpa mereka seperti membayar harga sewaan dengan nilai yang tinggi berbanding menyewa rumah atau apartman di luar kampus.
Malah implikasi ini membara apabila mahasiswa/wi di wajibkan menyewa asrama milik RRSB sedangkan asrama milik KUIS tidak di benarkan untuk di sewa oleh mahasiswa/wi KUIS.
Keadaan ini berlaku kerana disebab mewajibkan mahasiswa/wi menyewa asrama milik RRSB supaya dapat menampung kewangan KUIS bagi membayar kepada RRSB.
Bukan itu sahaja malah yuran pengajian mahal sehingga 3 jam kredit bagi satu subjek mencecah RM700 dan ini adalah jelas kezaliman.
Biarpun status institusi pengajian itu yang berteraskan swasta, namun bukanlah suatu alasan yang membolehkan mereka bermaharajalela dalam mengenakan yuran asrama yang tinggi.
Sekalipun berkonsepkan sesuatu perniagaan, projek mahupun kepentingan individu dan ianya adalah tetap kezaliman yang tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya yakni adil dan saya kira wajar tentang segera.
Kini atas nama Gerakan Demi Mahasiswa Kuis (DMK) menjadi wadah kebangkitan mahasiswa/wi menentang kezaliman itu. DMK berkeyakinan apabila mendapat sokongan oleh sebahagian besar mahasiswa/wi KUIS dan juga pensyarah dan terus yakin dalam memperjuangkan kebajikan pelajar.
Pelbagai aktiviti yang telah dilakukan DMK dalam menentang dan menyelasaikan isu Yuran Asrama seperti adakan pidato umum, Speakers Corner, menyebarkan risalah walaupun pada masa yang sama mendapat tentangan oleh pihak pentadbiran dan juga majlis perwakilan pelajar MPP.
Namun, DMK tetap istiqamah tatkala pelbagai ujian, tekanan, sehingga DMK selesai menyerahkan memorandum dan referendum kepada syarikat Redha Resources Sdn Bhd yang di kuasai oleh YB Sulaiman Razak dari parti Barisan Nasional iaitu Adun Permatang.
DMK melihat RRSB harus bertanggungjawab terhadap kezaliman itu kerana RRSB mendapat RM15.4 juta setahun daripada KUIS dan kezaliman lahir melalui itu.
Tarikh 14.9.2012 adalah hari bersejarah dan di harapkan perubahan kezaliman itu di kuburkan segera tatkala memorandum dan referandum telah di serahkan. DMK berprinsip bahawa tidak lagi mendengar seribu alasan daripada pihak berwajib sama ada alasan perprosesan, dan sebagainya.
Apa yang DMK dan mahasiswa/wi KUIS mahu adalah memorandum dan referandum itu dapat di nilai dengan baik dan teliti tanpa mempertahankan kepentingan oleh pihak berwajib sehingga yuran asrama berpatutan dan sejajar dengan nilai dan fisiliti yang di sediakan dan ianya mesti adil dan tidak membaurkan unsur-unsur kezaliman itu lagi.
Sebulan DMK memberi tempoh kepada RRSB agar mereka ubah segera. Jika daripada tarikh serahan memorandum dan referendum 14.9.2012 hingga 14.10.2012 itu tidak memberi implikasi positif. Makanya tarikh 20.10.2012 adalah tarikh dan hari keramat bagi DMK dan seluruh mahasiswa/wi KUIS akan memilih jalan untuk berdemonstrasi.
Saat ini tinggal beberapa hari lagi baki tempoh sebulan untuk RRSB. DMK ingatkan bahawasanya kami mahaiswa/wi KUIS tidak sesekali undur dalam memperjuangkan isu yang melibatkan hak kebajikan pelajar yang jelas dicabul.
Malah DMK dan seluruh mahasiswa/wi KUIS akan membuktikan bahawa institusi yang berteraskan Islam yang menjunjung konsep ta’dib ini tidak dijadikan bualan dan fitnah masyarakat.
Oleh itu, saya menyeru mahasiswa/wi KUIS agar tarikh keramat 20.10.2012 ini adalah hari bersejarah bagi kita mahsiswa/wi KUIS untuk turun beramai-ramai di jalanan sebagai tanda protes dan wadah berkempen bagi menentang kezaliman.
SHAH ALAM:
Ahmad Lutfi Othman, Ketua Pengarang Harakah akan membicarakan buku
A.Shukur Harun berjudul “Gelombang di Pesisir Waktu” dalam suatu majlis
Wacana Ilmu yang akan diadakan di Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam,
Khamis 4 Oktober.
“Majlis bicara buku ini adalah siri ‘Wacana Ilmu @ PPAS’ yang dianjurkan oleh Seniman Paksi Rakyat (Paksi) pada setiap bulan, dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS),” jelas Kassim Muhamad, Setiausaha Agung Paksi.
“Buku Gelombang di Pesisir Waktu dipilih memandangkan kesesuaiannya dengan suasana politik hari ini, dan Ahmad Lutfi adalah orang yang paling layak untuk bercakap mengenai suasana politik menjelang PRU-13,” jelas Kassim lagi.
A.Shukur Harun, 74, adalah seorang penulis dan wartawan berpengalaman, dan pernah menjadi Pengarang Harakah. Selain tulisan-tulisan mengenai politik dan PAS, buku ini juga menyorot peristiwa-peristiwa penting seni-budaya dalam era mutakhir.
“Untuk bahagian seni-budaya kami mengharapkan seorang lagi panel pembicara, iaitu Arif Atan dari Universiti Malaya, seorang penulis muda, akan membicarakannya,” kata Kassim.
Majlis yang menggalakkan dialog ilmu di kalangan orang awam ini terbuka kepada orang ramai secara percuma. Ia bermula pukul 9 pagi dan berakhir sebelum Zuhur. “Pihak PPAS bermurah hati menyediakan sarapan dan makan tengah hari untuk mereka yang hadir,” kata Kassim, yang bertindak sebagai moderator wacana ini.
KUALA LUMPUR:
Peruntukan sebanyak RM272.5 juta dalam Bajet 2013 untuk meningkatkan
kepuasan orang ramai terhadap prestasi polis dikhuatiri menguntungkan
sesetengah pihak sahaja.
Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng berkata, peruntukan itu hanya akan menguntungkan para perunding dan pengiklan yang diberikan projek sekadar untuk memperbaiki persepsi masyarakat terhadap perkhidmatan anggota keselamatan.
"Kenapa begitu banyak wang digunakan untuk pengiklan dan pakar perunding? Bukankah lebih baik wang itu digunakan untuk menambah kelengkapan anggota keselamatan.
"Kerajaan Persekutuan mahu guna RM20 juta untk beli seribu motosikal tapi RM272.5 juta untuk pakar perunding dan membeli iklan. Ini tidak kena pada tempatnya. Siapa akan untung kita tak tahu," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Sementara itu, Ketua Menteri Pulau Pinang itu yang juga Setiausaha Agung DAP turut mempersoal peruntukan yang besar untuk membina 57 Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M) di Sabah dan Sarawak iaitu sejumlah RM386 juta.
Jumlah ini bermaksud peruntukan untuk sebuah kedai adalah sebanyak RM6.7 juta yang disifatkan sebagai tida masuk akal.
"Ada sesuatu yang tidak kena. Walaupun kita tahu Sabah dan Sarawak mahal sikit kosnya tapi tak masuk akal apabila sebuah kedai berharga RM6.7 juta," katanya.
Apa yang dpersoalkan juga adalah hanya syarikat Mydin yang diberikan kontrak untuk menguruskan KR1M.
"Peruntukan ini mungkin akan memberi manfaat kepada mereka yang mendapat kontrak untuk menjalankan kedai ini iaitu Mydin," katanya.
Pengerusi Lajnah Alam sekitar PAS Pusat Zulkifly Mohamad Omar berkata, jika projek yang terletak hanya 50 meter dari kediaman penduduk dan sekolah itu tidak dihentikan dijangka akan membawa musibah yang lebih besar.
(Gambar: Zulkefly memberi sidang media di hadapan sebuah lombong.)
Katanya, pada masa ini sudah terdapat aduan penduduk air Sungai Jeram yang menjadi sumber minuman telah dicemari minyak dan berwarna karat hasil buangan jentera melombong menyebabkan ikan menjadi pupus.
“Yang membimbangkan air sungai ini mengalir ke Sungai Aur iaitu terdapat loji bekalan air menyalurkan sumber air paip kepada ratusan ribu penduduk Muadzam, Ibam, Keratong, Selanchar dan seluruh Pahang Tenggara.
“Aktiviti perlombongan ini juga boleh menyebabkan kawasan air menjadi cetek dan boleh menyebabkan empangan semakin kritikal kerana berada di hutan simpan sebagai kawasan tadahan air.
“Saya hairan bagaimana kerajaan negeri boleh benarkan aktiviti perlombongan begitu besar di sini kerana mengikut peraturan kawasan tadahan air tidak boleh dilakukan apa-apa pembangunan,” katanya ketika dibawa melawat projek lombong bijih besi di sini semalam.
Turut mengiringi Yang Dipertua PAS Kawasan Rompin Shukri Ahmad dan beberapa orang pimpinan serta media.
Projek lombong yang telah beroperasi sekitar tiga tahun itu dilaksanakan oleh beberapa syarikat antaranya Mentiga Mining Sdn Bhd kepunyaan anak syarikat Kerajaan Negeri Pahang.
Lebih menyedihkan kawasan tersebut telah diwartakan sebagai Hutan Simpan Kekal yang dijadikan kawasan tadahan air bagi memenuhi keperluan penduduk.
(Kiri: Papan tanda kelulusan kerajaan negeri.)
Kebanyakan tanah yang dikorek bagi mendapatkan bijih besi itu menghasilkan lubang kawah besar dengan kedalaman sehingga 40 kaki. Selain itu juga bahan kimia yang dugunakan membahayakan alam dan memupouskan sumber pemakanan seperti hidupan air.
Dalam lawatan ke salah satu lombong tersebut mendapati takungan air berwarna hijau berkemungkinan kesan sulfur atau bahan kimia yang digunakan bagi membersihkan bijih besi yang dikorek. Tidak ada ikan yang hidup dalam kawasan perairan tersebut.
Zulkifly berkata, air yang tercemar itu sangat bahaya jika terkena kulit sehingga boleh membawa kanser kerana mengandungi toksid yang tinggi.
Tambahnya, pada ketika ini sudah ada pelajar asrama Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam yang berhampiran, mengadu sakit kulit luar biasa.
Kesan lain yang diadukan penduduk ialah di Kampung Buluh Nipis di mana didapati air sungainya berminyak sehingga ikan-ikan yang ada mati sedangkan ia merupakan sumber makanan dan pendapatan penduduk di situ.
(Kanan: Shukri menunjukkan bukti air berminyak.)
“PAS dalam masa terdekat ini akan menghantar memorandum kepada Pejabat Tanah Rompin, Majlis Daerah Rompin, Jabatan Alam Sekitar dan Menteri Besar Pahang meminta segera dihentikan kerja-kerja memusnahkan alam sekitar dan mengancam manusia ini.
“PAS juga akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menyiasat bagaimana boleh dibenarkan aktiviti perlombongan seperti ini,” katanya.
Bukit Ibam bermakna ‘I bought a mountain’ dibuka oleh sebuah syarikat Inggeris sekitar tahun 1960-an bagi tujuan perlombongan. Selain mengandungi emas dan besi ia juga kaya dengan galin magniseum.
Ia terletak 20 meter dari bandar Muadzam Shah dan mempunyai lebih 3,000 penduduk.
Sementara itu Yang Dipertuan PAS Kawasan Rompin Shukri Ahmad berkata Bukit Ibam mempumpunyai banyak hasil seperti balak, emas dan bijih besi sehingga melahirkan ramai jutawan daripada parti kerajaan tetapi tidak dapat dikongsi oleh rakyat.
“Yang rakyat dapat hanyalah bencana alam sekitar, kepupusan sumber makanan dan jalan rosak akibat pengangkutan lori besar memunggah bijih keluar,” katanya.
Najib kena teruk di Twitter #tanyanajib
PASPB, | 02 Okt 2012 |
Tanpa segan silu dan rasa malu, perdana menteri Najib nampaknya terus meniru strategi Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dalam hampir semua segi termasuk menggunakan media internet.
Belum cukup dengan tindakannya mengambil dan meniru satu-persatu idea dari Buku Jingga yang ditawarkan Pakatan Rakyat, kali ini Najib benar-benar terdesak meraih sokongan terutamanya golongan muda di saat siri kecaman berterusan terus dikenakan ke atasnya gara-gara tidak berani hadir semasa sesi perbahasan bajet oleh Anwar yang dibentangnya sendiri Jumaat lalu.
Dengan meniru idea Anwar menggunakan platform maya Google Hangout bulan lalu, Najib juga akan menggunakan kaedah yang sama tetapi dengan sedikit perbezaan.
Anwar tidak langsung menggunakan hashtag (#) untuk sebarang persoalan dalam sesi tersebut sedangkan Najib mewajibkan sebarang pertanyaan yang diajukan kepadanya haruslah menggunakan hashtag #tanyanajib seperti yang pernah digunakannya di laman sosial Twitter tahun lalu.
Bagaimanapun belum sempat sesi tersebut berlangsung, hashtag tersebut kini menjadi bahan ketawa dan lelucon pengguna Twitter di seluruh dunia yang meletakkan hashtag itu untuk menyindir Najib.
Antara mesej tertera yang cukup 'menghiris hati' Najib dan membuatkan kita ketawa apabila membacanya adalah:
@farriseffendy #TanyaNajib pakai minyak rambut apa? #TanyaRosmah
Seorang lagi pengguna menempelak Najib kerana ponteng sesi di Parlimen semalam semasa Anwar membahaskan bajet BN itu.
@iAMazmar kenapa kamu dan menteri² kabinet kamu ponteng semalam ?#TanyaNajib
Manakala seorang lai pengguna menyindir Najib dengan mengatakan bahawa isteri Rosmah Mansor itu sebagai 'pengikut' Anwar!
@tHeErvyNa FYI , sebelum ni msa bulan puasa DS Anwar da buat Google Hangout .. skrang PM pun nk buat #TanyaNajib, follower lah tuhh .. hehe
Satu lagi mesej yang membuatkan kita ketawa adalah berkenaan Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang yang ditempelak pengguna yang bertanyakan bilakah hospital bahagia akan dinaik taraf untuk kegunaan Keng Liang!
@mikichoo @tankengliang #TanyaNajib bila upgrade hospital bahagia for you to go back @NajibRazak
Dan soalan di bawah ini pastinya tidak akan dijawab Najib Altantuya!
@ABMsaiful Berapa perbelanjaan untuk Tuan dan Isteri dalam masa sebulan?#TanyaNajib
-------------------------------------------
Tulisan asal di http://paspb2.blogspot.com/2012/10/panas-najib-kena-sindir-oleh-pengikut.html
SPAN puji pengurusan air di Kelantan
Mohd Nor Yahya, | 02 Okt 2012 |
(Ketua Pegawai Eksekutif SPAN, Datuk Teo Yen Hua memeriksa kualiti air AKSB)
JELI: Di sebalik kecaman Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK), usaha Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) meningkatkan pengeluaran bekalan air bersih mendapat pujian Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Teo Yen Hua berkata, usaha AKSB meningkatkan bekalan air bersih kepada penduduk setempat menggunakan kaedah telaga jejari terbukti berjaya.
“Saya menghargai usaha yang dilaksanakan AKSB, di samping dapat meningkatkan pengeluaran air, ia juga menjimatkan kos penyelenggaraan loji memandangkan air yang disalurkan ke loji sudah jernih,” katanya.
Beliau ditemui selepas melawat telaga jejari AKSB di Jeli semalam. Turut hadir Pengarah SPAN Wilayah Timur, Mohd Nasir Mahmood dan Pengarah Bahagian Penyelidikan, Pembangunan dan Inovasi SPAN Pusat Chow Kin Liung.
(Datuk Teo melawat loji AKSB dan berpuashati)
Hadir sama Pengurus Besar AKSB, Ir Mohamad Hanapi Mahmood, Ketua Bahagian Teknikal AKSB Ir Wan Zamri Wan Ismail dan Pengurus Teknikal, Iskandar Abdul Rahman.
Yen Hua berkata, usaha dilaksanakan AKSB memperkenalkan sistem telaga jejari amat wajar sekali kerana berjaya meningkatkan pengeluaran air bersih dan dapat menambahkan bilangan pengguna.
Selain itu kaedah yang menggunakan teknologi Jerman itu dapat mengatasi masalah kekeruhan, penggunaan elektrik yang rendah dan menjimatan kos operasi.
Beliau berkata, peranan SPAN memastikan bekalan air dapat dinikmati rakyat sebaik mungkin dan langkah diambil AKSB dapat menyelesaikan masalah tekanan rendah sebelum ini.
“Saya berharap operator pengeluaran air di negeri lain dapat menimba ilmu dalam usaha membina telaga jejari di tempat mereka,” katanya.
Telaga Jejari di Jeli dibina pada 2010 dan sehingga kini berjaya menyelesaikan masalah gangguan bekalan air kepada penduduk di jajahan terbabit.
Projek perintis tersebut sekarang sering menjadi tumpuan operator pengurusan air dari negeri-negeri lain bagi melihat sendiri kejayaan telaga jejari di Kelantan.
Menjelang demo menentang kezaliman di KUIS
Azrul Tahir, | 02 Okt 2012 |
Adalah menjadi penting apabila saya memulakan kalam Pencipta ini sebagai pembuka seruan untuk mahasiswa Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS). Saban tahun dan semester topik perbualan antara kita penuntut KUIS sering membicarakan soal kezaliman.
Kezaliman adalah sesuatu yang subur dalam pelbagai bentuk, situasi, di mana-mana tempat, negeri, mahupun negara. Walhal, kezaliman turut berlaku kepada diri seseorang yang mendorong kepada kemurkaan Allah S.W.T. Apakah kezaliman subur di KUIS dan dari bentuk apa?
Jawapannya ialah benar kezaliman sedang berlaku di institusi berteraskan Islam itu. Kezaliman ini berbentuk bebanan yang tidak sepatutnya di bebani oleh seorang penuntut dan hal ini ialah berkaitan dengan Yuran Asrama.
Ia hasil pemerintahan Kerajaan Negeri Selangor tahun 2007 atas persetujuan kontrak yang di lihat berat sebelah mencetuskan impak negetif sehingga menzalimi mahasiswa/wi.
Syarikat yang menerima projek dari pemerintahan UMNO dahulu yang di kenali sebagai Redha Resources Sdn. Bhd itu telah menerima keuntungan yang berlipat ganda menerusi projek ini. Buktinya RRSB mendapat RM15.4 juta tiap-tiap tahun daripada KUIS dan kontrak ini selama 33 tahun.
Kezaliman ini kian berlegar-legar di fikiran mahasiswa kuis khususnya apabila implikasi itu jelas menimpa mereka seperti membayar harga sewaan dengan nilai yang tinggi berbanding menyewa rumah atau apartman di luar kampus.
Malah implikasi ini membara apabila mahasiswa/wi di wajibkan menyewa asrama milik RRSB sedangkan asrama milik KUIS tidak di benarkan untuk di sewa oleh mahasiswa/wi KUIS.
Keadaan ini berlaku kerana disebab mewajibkan mahasiswa/wi menyewa asrama milik RRSB supaya dapat menampung kewangan KUIS bagi membayar kepada RRSB.
Bukan itu sahaja malah yuran pengajian mahal sehingga 3 jam kredit bagi satu subjek mencecah RM700 dan ini adalah jelas kezaliman.
Biarpun status institusi pengajian itu yang berteraskan swasta, namun bukanlah suatu alasan yang membolehkan mereka bermaharajalela dalam mengenakan yuran asrama yang tinggi.
Sekalipun berkonsepkan sesuatu perniagaan, projek mahupun kepentingan individu dan ianya adalah tetap kezaliman yang tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya yakni adil dan saya kira wajar tentang segera.
Kini atas nama Gerakan Demi Mahasiswa Kuis (DMK) menjadi wadah kebangkitan mahasiswa/wi menentang kezaliman itu. DMK berkeyakinan apabila mendapat sokongan oleh sebahagian besar mahasiswa/wi KUIS dan juga pensyarah dan terus yakin dalam memperjuangkan kebajikan pelajar.
Pelbagai aktiviti yang telah dilakukan DMK dalam menentang dan menyelasaikan isu Yuran Asrama seperti adakan pidato umum, Speakers Corner, menyebarkan risalah walaupun pada masa yang sama mendapat tentangan oleh pihak pentadbiran dan juga majlis perwakilan pelajar MPP.
Namun, DMK tetap istiqamah tatkala pelbagai ujian, tekanan, sehingga DMK selesai menyerahkan memorandum dan referendum kepada syarikat Redha Resources Sdn Bhd yang di kuasai oleh YB Sulaiman Razak dari parti Barisan Nasional iaitu Adun Permatang.
DMK melihat RRSB harus bertanggungjawab terhadap kezaliman itu kerana RRSB mendapat RM15.4 juta setahun daripada KUIS dan kezaliman lahir melalui itu.
Tarikh 14.9.2012 adalah hari bersejarah dan di harapkan perubahan kezaliman itu di kuburkan segera tatkala memorandum dan referandum telah di serahkan. DMK berprinsip bahawa tidak lagi mendengar seribu alasan daripada pihak berwajib sama ada alasan perprosesan, dan sebagainya.
Apa yang DMK dan mahasiswa/wi KUIS mahu adalah memorandum dan referandum itu dapat di nilai dengan baik dan teliti tanpa mempertahankan kepentingan oleh pihak berwajib sehingga yuran asrama berpatutan dan sejajar dengan nilai dan fisiliti yang di sediakan dan ianya mesti adil dan tidak membaurkan unsur-unsur kezaliman itu lagi.
Sebulan DMK memberi tempoh kepada RRSB agar mereka ubah segera. Jika daripada tarikh serahan memorandum dan referendum 14.9.2012 hingga 14.10.2012 itu tidak memberi implikasi positif. Makanya tarikh 20.10.2012 adalah tarikh dan hari keramat bagi DMK dan seluruh mahasiswa/wi KUIS akan memilih jalan untuk berdemonstrasi.
Saat ini tinggal beberapa hari lagi baki tempoh sebulan untuk RRSB. DMK ingatkan bahawasanya kami mahaiswa/wi KUIS tidak sesekali undur dalam memperjuangkan isu yang melibatkan hak kebajikan pelajar yang jelas dicabul.
Malah DMK dan seluruh mahasiswa/wi KUIS akan membuktikan bahawa institusi yang berteraskan Islam yang menjunjung konsep ta’dib ini tidak dijadikan bualan dan fitnah masyarakat.
Oleh itu, saya menyeru mahasiswa/wi KUIS agar tarikh keramat 20.10.2012 ini adalah hari bersejarah bagi kita mahsiswa/wi KUIS untuk turun beramai-ramai di jalanan sebagai tanda protes dan wadah berkempen bagi menentang kezaliman.
Bicara buku Gelombang di Pesisir Waktu Khamis ini
Harakahdaily, | 02 Okt 2012 |
“Majlis bicara buku ini adalah siri ‘Wacana Ilmu @ PPAS’ yang dianjurkan oleh Seniman Paksi Rakyat (Paksi) pada setiap bulan, dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS),” jelas Kassim Muhamad, Setiausaha Agung Paksi.
“Buku Gelombang di Pesisir Waktu dipilih memandangkan kesesuaiannya dengan suasana politik hari ini, dan Ahmad Lutfi adalah orang yang paling layak untuk bercakap mengenai suasana politik menjelang PRU-13,” jelas Kassim lagi.
A.Shukur Harun, 74, adalah seorang penulis dan wartawan berpengalaman, dan pernah menjadi Pengarang Harakah. Selain tulisan-tulisan mengenai politik dan PAS, buku ini juga menyorot peristiwa-peristiwa penting seni-budaya dalam era mutakhir.
“Untuk bahagian seni-budaya kami mengharapkan seorang lagi panel pembicara, iaitu Arif Atan dari Universiti Malaya, seorang penulis muda, akan membicarakannya,” kata Kassim.
Majlis yang menggalakkan dialog ilmu di kalangan orang awam ini terbuka kepada orang ramai secara percuma. Ia bermula pukul 9 pagi dan berakhir sebelum Zuhur. “Pihak PPAS bermurah hati menyediakan sarapan dan makan tengah hari untuk mereka yang hadir,” kata Kassim, yang bertindak sebagai moderator wacana ini.
Lebih baik RM272.5 juta tambah kelengkapan polis
Hazayani Zakaria , | 02 Okt 2012 |
Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng berkata, peruntukan itu hanya akan menguntungkan para perunding dan pengiklan yang diberikan projek sekadar untuk memperbaiki persepsi masyarakat terhadap perkhidmatan anggota keselamatan.
"Kenapa begitu banyak wang digunakan untuk pengiklan dan pakar perunding? Bukankah lebih baik wang itu digunakan untuk menambah kelengkapan anggota keselamatan.
"Kerajaan Persekutuan mahu guna RM20 juta untk beli seribu motosikal tapi RM272.5 juta untuk pakar perunding dan membeli iklan. Ini tidak kena pada tempatnya. Siapa akan untung kita tak tahu," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Sementara itu, Ketua Menteri Pulau Pinang itu yang juga Setiausaha Agung DAP turut mempersoal peruntukan yang besar untuk membina 57 Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M) di Sabah dan Sarawak iaitu sejumlah RM386 juta.
Jumlah ini bermaksud peruntukan untuk sebuah kedai adalah sebanyak RM6.7 juta yang disifatkan sebagai tida masuk akal.
"Ada sesuatu yang tidak kena. Walaupun kita tahu Sabah dan Sarawak mahal sikit kosnya tapi tak masuk akal apabila sebuah kedai berharga RM6.7 juta," katanya.
Apa yang dpersoalkan juga adalah hanya syarikat Mydin yang diberikan kontrak untuk menguruskan KR1M.
"Peruntukan ini mungkin akan memberi manfaat kepada mereka yang mendapat kontrak untuk menjalankan kedai ini iaitu Mydin," katanya.
Wanita: Pakatan tawar belanja 10 kali ganda BN
Harakahdaily, | 02 Okt 2012 |
KUALA LUMPUR:
Pakatan Rakyat berhasrat untuk membelanjakan sehingga RM4.5 bilion
setahun untuk kesemua program wanita yang merupakan 10 kali ganda lebih
daripada apa yang ditawarkan oleh Umno BN.
Bagi Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, isu-isu wanita adalah luas dan pelbagai kerana wanita membentuk separuh daripada penduduk Malaysia, tetapi penglibatan wanita di sektor pekerjaan dan politik, adalah masih terhad.
Jelasnya, Wanita Pakatan Rakyat yang diketuai bersama oleh Zuraidah daripada PKR, Chong Eng (DAP) dan Siti Zailah (PAS) telah berjaya menerbitkan satu polisi yang dipanggil “Agenda Wanita Malaysia”.
Katanya, dokumen itu mempunyai 7 teras yang komprehensif untuk meningkatkan dan memberdayakan wanita: dasar pendidikan yang lebih baik, kelangsungan kesihatan dan kualiti hidup, penglibatan dan peluang ekonomi, kesejahteraan sosial, pendemokrasian politik, penguatkuasaan undang-undang daripada diskriminasi dan memupuk agenda Wanita muda.
“Kesemua dasar-dasar yang tersebut diatas ada terkandung di dalam Belanjawan Pakatan Rakyat kami,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Justeru, beliau ingin membuat perbandingan di antara Belanjawan Pakatan Rakyat dengan bajet BN Umno dan akan menjelaskan dua polisi iaitu Caruman Wanita Nasional dan Elaun Penjagaan Anak.
“Caruman Wanita Nasional adalah satu skim jaringan keselamatan sosial bagi Wanita suri rumah. Ideanya adalah seperti berikut; sekiranya suami meninggal dunia, menjadi kurang upaya atau menceraikan isteri, suri rumah akan mempunyai simpanan wang untuk menangani sebarang kemungkinan yang boleh terjadi,” jelasnya.
Katanya, Kerajaan Pakatan Rakyat bercadang untuk memberikan caruman sebanyak RM600 setahun kepada setiap suri rumah, dan akan memastikan dan menggalakkan suami menyumbang sejumlah wang sebanyak RM120 ke RM1,200 setahun kepada caruman yang sama.
Menurutnya, sasaran skim itu adalah untuk memastikan seorang suri rumah mempunyai sekurang-kurangnya simpanan sebanyak RM30, 000 ketika usia 50 tahun.
“Kami menjangkakan terdapat 5 juta suri rumah yang bakal menyertai skim ini dan ianya akan menelan belanja kira-kira RM3 bilion setahun,” katanya.
Tambahnya, walaupun skim itu adalah berdasarkan kepada prinsip kebajikan, sasaran ekonominya adalah untuk menggalakkan simpanan peribadi.
“Skim ini adalah merupakan salah satu program kita untuk meningkatkan pendapatan isi rumah (disposable income),” jelasnya lagi.
Beliau menambah, Skim Elaun Penjagaan Anak diperkenalkan untuk menolong wanita miskin yang bekerja dimana pendapatan isi rumah yang kurang daripada RM1, 000 sebulan.
“Bagi setiap kanak-kanak di bawah umur 12 tahun, kita akan menyediakan dana jagaan kanak-kanak sokongan sebanyak RM1, 000 setahun.
“Sokongan ini berhasrat membantu ibu yang bekerja untuk membayar yuran pengasuh menjaga anaknya ketika ibu sedang bekerja,” katanya.
Kini, ujarnya terdapat kira-kira 470,000 isi rumah miskin yang layak untuk skim ini dan pada kadar purata 2 orang kanak-kanak di bawah umur 12 tahun bagi setiap isi rumah, skim ini akan menelan belanja kira-kira RM940 juta setahun.
Walaupun mahal, jelas beliau skim itu mempunyai sasaran ekonomi untuk membebaskan lebih ramai Wanita untuk menyertai tenaga kerja.
Kesimpulannya, kata Wan Azizah kedua-dua projek memberdayakan wanita tersebut akan menelan belanja RM3.94 bilion setahun.
“Pada keseluruhannya, Pakatan Rakyat berhasrat untuk membelanjakan sehingga RM4.5 bilion setahun untuk kesemua program wanita, ini merupakan 10 kali ganda lebih daripada apa yang ditawarkan oleh Umno BN,” jelasnya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan