Selesaikan elaun Semenanjung untuk Sabah
Zulkifli Sulong, | 12 Okt 2012 |
KOTA KINABALU: Kerajaan Persekutuan diminta mengkaji balik elaun pejawat awam dari Sabah dan Sarawak yang bertugas di semenanjung kerana mereka selama ini dianaktirikan.
(Haji Ahmad Kambar...bekas Pengarah Perpaduan Sabah)
"Kalau pejawat awam dari Semenanjung mendapat elaun Sabah dan Sarawak apabila bertugas di sini, kenapa kami dari Sabah dan Sarawak tidak mendapatnya apabila terpaksa bertugas di Semenanjung," kata Haji Ahmad Kambar, bekas Pengarah Perpaduan Sabah.
Haji Ahmad, 60, melihat isu ini menjadi isu besar perpaduan antara penduduk di Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak.
Isu ini, katanya, menyebabkan pejawat awam dari Sabah dan Sarawak sentiasa merasa tidak berpuashati dan dengki dengan rakan-rakan mereka dari semenanjung.
Akibat isu elaun ini, katanya, tidak ramai pejawat awam dari Sabah dan Sarawak yang naik ke peringkat tertinggi perjawatan awam kerana apabila mereka enggan bertugas di Semenanjung menyebabkan peluang kenaikan pangkat mereka terjejas.
"Berbeza dengan rakan-rakan dari Semenanjung, apabila mereka dihantar ke Sabah atau Sarawak, mereka akan mendapat elaun khas itu," kata Haji Ahmad.
Haji Ahmad berkata, perkara ini pernah beliau bangkit kepada Setiausaha Persekutuan di Sabah. Ketika itu, Tan Sri Samsudin Othman, bekas Ketua Setiausaha Negara adalah pemegang jawatan itu.
Namun, sehingga kini ia tidak selesai dan senyap begitu sahaja.
Haji Ahmad telah menyertai PAS sejak tahun 1996 ketika Almarhum Datuk Fadzil Mohd Nor adalah Presiden PAS.
Ketika itu, beliau baru sahaja ditukarkan ke Semenanjung menjadi Ketua Penolong Pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, Jabatan Perdana Menteri.
Tidak lama selepas itulah beliau meletakkan jawatan dan kembali ke Sabah. Salah satu faktornya adalah tidak berpuashati tentang ketidakadilan itu.
Haji Ahmad mengisytiharkan secara terbuka menyertai PAS pada Mac 2012 lalu di hadapan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Beliau disebut-sebut bakal menjadi salah seorang calon PAS di Sabah dalam pilihan raya umum akan datang ini.
Sebelum ini, sudah dua kali Haji Ahmad ditawarkan menjadi calon BN. Satu di peringkat Parlimen dan satu lagi di peringkat DUN Sabah, namun kedua-duanya terpaksa ditolak oleh beliau.
Perpaduan
Bercakap soal perpaduan, Haji Ahmad berpendapat, Sabah tidak ada masalah perpaduan bahkan boleh menjadi negeri contoh.
"Di Sabah ini, penduduknya pelbagai kaum dan agama. Bahkan ada yang mereka boleh duduk sebumbung antara agama yang berlainan," beritahu beliau.
Cuma yang kurang baiknya adalah hubungan antara pendudduk Sabah dengan Semenanjung sahaja yang ada sedikit masalah.
Bagaimanapun, kata beliau, ia telah jauh lebih baik berbanding dahulu.
"Semasa zaman British dan selepas itu, penduduk Semanjung yang datang ke sini dipanggil orang Malaya. Tetapi sekarang di panggil orang Semenanjung. Ia sebenarnya sudah agak lembut tu," kata Haji Ahmad.
Berkenalan dengan Hamid, peguam muda Sabah
Zulkifli Sulong, | 12 Okt 2012 |
(Hamid Ismail...Peguam muda yang terkenal di Sabah)
KOTA KINABALU: Hamid Ismail baru berusia 36 tahun. Namun kerana minatnya dalam kes litigation (berguam di mahkamah), beliau menjadi peguam jenayah terkenal di Sabah khasnya di Kota Kinabalu ini.
Sebagai seorang peguam muda dan terkenal dengan kesanggupan pelanggan beliau membuat bayaran yang tinggi untuk mendapatkan khidmatnya, penyertaannya ke dalam PAS dua tahun lalu memberikan impak besar kepada parti Islam itu.
Dalam pertemuan dengan Harakahdaily baru-baru ini, Hamid secara santai menceritakan apa yang beliau mahu buat melalui PAS.
"Bagi saya, sebagai peguam saya mahu sekurang-kurang petugas dan undang-undang syariah itu sendiri dinaikkan tarafnya.
"Kalau hakim mahkamah sivil tidak perlu berfikir banyak tentang bil-bil bulanan yang mereka terpaksa bayar kerana gaji mereka agak lumayan, ia sangat berbeza dengan hakim-hakim mahkamah syariah yang sepatutnya setaraf dengan mereka.
"Tiap-tiap bulan, saya lihat hakim-hakim mahkamah syariah ini masih pening memikirkan bil-bil yang perlu mereka bayar. Apatah lagi untuk hidup sedikit selesa sebagaimana rakan-rakan mereka di mahkamah sivil.
"Jika demikian, bagaimana mereka mahu memberi tumpuan kepada kerja mereka sebagai hakim dengan baik," cerita Hamid, bekas pelajar Universiti Islam Antarabangsa itu.
Perkara ini, kata Hamid, tidak patut berlaku kerana kerajaan telah menyamatarafkan kedua-dua mahkamah.
Apa yang berlaku, kata Hamid yang disebut-sebut bakal menjadi salah seorang calon PAS dalam pilihan raya umum nanti, mahkamah sivil ada akta khas yang menjaga kepentingan hakim melalui gaji dan elaun yang ditetapkan.
Tetapi, ia tidak berlaku kepada hakim-hakim mahkamah syariah.
"Saya yakin, kalau kita perjuangkan, ia boleh diselesaikan dengan baik," kata Hamid yang dianggap antara peguam jenayah terbaik di Kota Kinabalu ini.
Memandangkan beliau terlalu fokus kepada undang-undang jenayah ini, banyak kes jenayah yang beliau kendalikan dibuat secara percuma (pro-bono) sahaja kerana bagi beliau ia mudah sahaja.
Ramai juga hakim di Kota Kinabalu yang agak terkejut bagaimana seorang tertuduh kes jenayah yang miskin mendapat khidmat Hamid yang terkenal dengan bayaran yang agak tinggi itu.
Namun ia disedari apabila diberitahu, kes itu dibuat secara pro-bono oleh Hamid.
Undang-undang syariah
Selain itu, Hamid juga mahu kerajaan khasnya negeri Sabah mengkaji balik kedudukan beberapa undang-undang syariah yang boleh diupgradekan tanpa melibatkan pertukaran yang besar.
Ia boleh dibuat dengan mudah melalui kerangka yang ada tanpa perlu membuat pertukaran yang besar.
Begitu juga bidangkuasa mahkamah syariah, ia perlu juga dipertingkatkan, kata Hamid, cucu kepada bekas Imam Besar Sabah yang terkenal dengan nama Imam Pandian.
Sebagai anak jati Kota Kinabalu, Hamid juga amat berminat tentang Pendatang Tanpa Izin (Pati) yang sememangnya amat ramai di persekitaran keluarga beliau di Kota Kinabalu ini.
Bagi Hamid, konsensus perlu dicapai agar ia diselesaikan dengan baik dan mengikut saluran undang-undang yang ada.
"Selama ini, pemimpin kita lebih kepada cakap sahaja dalam isu ini untuk kepentingan masing-masing tetapi tidak ada pelaksanaan atau penguatkuasaannya," kata Hamid.
Penduduk saman Syabas RM2.5 juta
Selangorku, | 12 Okt 2012 |
Plaintif, Hashim Maon yang memfailkan saman itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur juga menuntut ganti rugi sejumlah RM2.5 juta daripada Syabas kerana menuduhnya sebagai ‘pencuri air’.
Hashim memfailkan saman itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 20 September lalu melalui syarikat guaman Roland and Co.
Menurutnya, tuntutan itu dibuat berasaskan kecuaian dan kegagalan defendan melaksanakan tanggungjawab dan tugas membekalkan air kepada pengguna.
Kecuaian tersebut kata plaintif, bertentangan dengan peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 53, 54, 57 dan 58 Akta Perlindungan Pengguna 1999 serta Seksyen 40 dan 41 Akta Industri Perkhidmatan Air 2006.
Sehubungan itu, plaintif menuntut ganti rugi khas dan am, faedah, kos dan relif yang difikirkan perlu.
“Saman itu akan didengar di depan hakim pada 15 Oktober depan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
“Saya saman fitnah kepada defendan sebanyak RM2 juta tidak termasuk tuntutan khas seperti tuntutan ganti rugi dan kos-kos lain yang jumlah keseluruhannya kia-kira RM 2.5 juta,” katanya.
Sebelum ini, Hashim mendakwa dia dan keluarga berdepan tekanan air rendah. Sebaliknya air yang dibekalkan Syabas kepada kediamannya juga tidak bersih kerana paip saluran yang digunakan sudah lama, berkarat dan perlu diganti.
Perkara itu berulang kali diajukan kepada Syabas, namun mereka menyatakan kerja-kerja pembaikan tidak dapat dilakukan akibat kekangan kewangan Syabas.
Ekoran itu, beliau mengambil inisiatif sendiri melakukan penyambungan baru di luar bagi memastikan bekalan air bersih dapat disalurkan ke rumahnya.
Tetapi tindakan itu menyebabkan Syabas menuduhnya sebagai pencuri.
Beliau berkata, tekanan air di rumahnya kini bertambah baik selepas campur tangan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Span) yang mengarahkan Syabas membuat sambungan baru daripada paip utama kepada meter air di kediamannya.
Namun begitu katanya, tuntutan saman akan tetap diteruskan kerana Syabas telah memfitnah beliau sekeluarga sehingga merosakkan reputasi mereka.
Imam Hoslan berpeluang berdakwah dalam penjara
Salmiyah Harun, | 12 Okt 2012 |
Itulah sumber pendapatan beliau selain bekerja makan gaji dengan vendor alam sekitar sebagai 'water monitoring'.
(Gambar: Hoslan mencium seorang anaknya sebaik dibebaskan, semalam. Foto: SK)
Bagaimanapun, beliau akan merujuk semula dengan majikannya itu kerana difahamkan akan diberi ruang untuknya di sana selepas ini.
Malah katanya, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyokong penuh perjuangannya.
"Saya berterima kasih dengan pegawai Jawi yang sama-sama bertugas di Masjid Ar Rahimah kerana menghulurkan sumbangan kepada keluarga selama saya dipenjara," katanya ketika ditemui.
Hoslan cukup teruja untuk menceritakan pengalaman yang baru sepanjang beliau berada di Penjara Kajang.
Menurut Hoslan yang juga bekas Imam Masjid Ar-Rahimah, Kampung Pandan, sepanjang berada di sana beliau mengambil tugas-tugas sebagai pendakwah di dalam Unit Halaqah.
"Saya cukup sedih, ramai banduan orang Melayu Islam di dalam sana tidak tahu apa itu syahadah apatah lagi mahu mengucap (syahadah).
"Saya juga pernah melakukan sembahyang ghaib untuk salah seorang pegawai penjara yang meninggal dunia. Walaupun ada sedikit pertikaian tetapi saya berjaya menjelaskan sebaiknya," katanya.
Selama berada di sana, beliau cukup gembira apabila berpeluang berdakwah dan memberi kata-kata nasihat kepada banduan-banduan lain.
"Saya diberi kebenaran menyampaikan nasihat oleh pegawai penjara. Antara yang saya tekankan 'jalan kehidupan Allah telah tunjuk, tugas kita hanya ikut sahaja jalan itu'," ujarnya.
Namun, beliau menyifatkan hukuman yang diterimanya sebagai pengajaran dan mengibaratkan penjara itu sebagai madrasah tarbiyah.
Sementara itu, isteri beliau Noorliza Mat Isa, 43, melahirkan kegembiraan yang teramat sangat sehingga tidak terluah dengan kata-kata sebaik sahaja melihat suami yang kini sudah berada di depan mata.
"Tidak tahu nak cakap, saya cukup gembira. Suami dan ayah kepada anak-anak saya akhirnya berada di depan mata kami," katanya dengan linangan air mata.
Jika hari raya Aidilfitri yang lalu, Noorliza berhari raya tanpa suami untuk Hari Raya Aidil Adha yang bakal disambut akhir bulan ini adalah cukup bermakna buat mereka sekeluarga.
"Bersyukur, raya nanti kami gembira sangat, baru ada mood nak raya. Macam Aidilfitri lalu kami tak ada 'mood' nak raya. Anak-anaklah yang paling gembira dan mungkin mereka tidak sabar untuk berbaju raya sedondong," katanya ketika ditemui.
Rugi tidak berdakwah di pentas PAS - Aishah
Aslani M, | 12 Okt 2012 |
KOTA BHARU: Personaliti yang berhijrah, Wan Aishah Wan Ariffin (gambar) meluahkan rasa rugi sekiranya tidak menggunakan peluang untuk berdakwah di pentas PAS bagi mendekatkan masyarakat dengan agama.
“Ada orang tanya kepada saya mengapa tidak berdakwah sahaja dan bukan terbabit dalam politik kalau betul-betul hendak menjadi pendakwah.
“Saya beritahu kalau berdakwah sahaja tanpa ada kuasa politik tentunya suruhan agama tidak dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.
“Jadi tidak salah PAS menggunakan artis yang berhijrah untuk menarik minat orang ramai yang berbagai. Saya juga guna bakat dan kebolehan yang ada untuk menarik masyarakat datang mendengar ceramah," katanya pada ceramah di Dataran Safa Marwah di sini malam tadi.
Program anjuran Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri itu turut dihadiri Ketua Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof, Naib Ketua, Mumtaz Mohd Nawi, Ketua Muslimat Kota Bharu, Rohani Ibrahim dan Ketua Penerangan PAS Kota Bharu, Azariza Mohd Alawi.
Sebahagian besar yang memenuhi dataran yang menjadi tempar parkir bas pelancong adalah kalangan muslimat. Esok Aishah dijangka hadir pada program tertutup hanya untuk muslimat di Dewan Jubli Perak MPKB BRI.
Sekali sekala kedengaran sorakan anak muda yang asyik menonton perlawanan bola sepak separuh akhir kedua Piala Malaysia antara ATM dan Lions di kedai berdekatan.
Wan Aishah yang susur galur sebelah nenek lelaki yang berasal dari Bunut Payong Kota Bharu memberitahu sejak terbabit dengan PAS, beliau terus dihalang mencari rezeki seperti dilakukan sebelum ini biar pun ada kelayakan.
“Seolah-olah mereka bertanya sekarang awak sokong pihak mana dan bukannya memberi pertimbangan kepada kelayakan yang ada pada seseorang.
“Saya percaya orang Melayu kekal tidak berubah biar pun negara sudah 55 tahun merdeka selagi masih diberi peluang Umno menerajui negara. Jadi sekarang kita perlu lakukan perubahan segera,” katanya.
Siti Zailah yang juga anggota parlimen Rantau Panjang melahirkan rasa bimbang apabila kerajaan Malaysia membenarkan kapal pengangkut ketenteraan Amerika Syarikat berlabuh di Pelabuhan Klang.
Katanya, kemungkinan boleh berlaku sesuatu yang menjadi rahsia cuba disembunyikan kerajaan Malaysia ketika melihat gelombang kebangkitan rakyat sekarang.

Kemunculan bangkai ikan risaukan penduduk
Harakahdaily, | 12 Okt 2012 |
JOHOR BAHRU: Jawatankuasa Gabungan NGO Pengerang
mahu pihak berkuasa menyiasat kewujudan bangkai ikan terapung di pantai
dari Sungai Buntu sehingga ke Tanjung Sungai Kapal.
Pengerusinya, Hong Thian Hwa berkata keadaan itu yang beberapa kali telah berlaku, merisaukan penduduk setempat.
Menurut Hong, pada tengah hari 9 Oktorber lalu, beliau telah dimaklumkan oleh nelayan bahawa terdapat puluhan bangkai ikan terapung di paeairan itu.
Mereka juga menurut Hong turut memaklumkan bahawa empat orang Pegawai Jabatan Perikanan telah bertolak dari Sungai Buntu untuk membuat persampelan terhadap air laut dan ikan.
"Perkara yang berlaku berturut turut, termasuk ramai penduduk yang terhidu bau gas yang tidak dikenalpasti, serta bilangan besar kumpulan ikan yang mati, telah merisaukan penduduk Pengerang.
"Pihak berkuasa yang berkenaan mesti membuat penyiasatan secepat mungkin, dan seterusnya membuat penjelasan awam berkenaan hasil penyiasatan untuk mengelakan khabar angin terus
merisaukan penduduk, dan seterusnya menjejas sektor perikanan tempatan," katanya dalam satu kenyataan.
Hong berkata, ekoran laporan dari nelayan berkenaan, beliau sendiri telah membuat rondaan dengan sampan di pantai berkenaan pada sebelah petangnya, dan mendapati masih terdapat bangkai ikan tetapi dengan jumlah yang berkurangan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan