Jumaat, 12 Oktober 2012

BILA DAH TERDESAK...ADA KUNCU2NYA TOLONG MENGURAT...ADA KUNCU2 TOLONG PECAH..ADA KUNCU2 BAGI BURUK...TAK KISAH LAH APA YANG KITA BUAT...BUKAN BOLEH MENGHAPUSKAN KESALAHAN YANG KITA BUAT...BUKAN MENAMBAH ORANG SUKA...MUNGKIN BERTAMBAH MELUAT

SUK Selangor: Polisi semasa perlu dikaji semula
RUWAIDA MD ZAIN
12 Oktober 2012
Mohamed Khusrin Munawi
Mohamed Khusrin Munawi
SHAH ALAM – Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Mohamed Khusrin Munawi menyarankan beberapa polisi semasa perlu dikaji semula selaras dengan kemajuan Selangor  sebagai negeri tumpuan di negara ini.

Menurutnya, kajian semula terhadap polisi semasa ini penting bagi mengimbanginya dengan kehendak masyarakat dan pemegang saham yang terlalu tinggi berbanding dengan sumber sedia ada.

Beliau berkata, polisi yang dimaksudkan membabitkan kebanjiran pendatang asing, masalah kekurangan kemudahan awam serta perancangan pembangunan yang kurang teratur.

“Pentadbiran negeri berpendapat, beberapa polisi Kerajaan Negeri dikaji semula, antaranya kebanjiran pendatang asing menyebabkan masalah sosial semakin rumit apabila kawasan komuniti dipenuhi pendatang daripada Afrika, Myanmar dan sebagainya. Keadaan ini mendatangkan ketidakselesaan kepada masyarakat.

“Sebahagian kawasan perumahan, premis perniagaan dikuasai pendatang asing. Kes ini banyak berlaku di Ampang, Petaling Jaya, Klang dan Gombak,” katanya ketika berucapan pada perjumpaan Ketua Setiausaha Negara bersama Penjawat Awam Persekutuan Negeri bertema ‘Merakyatkan Perkhidmatan Awam’ di Intekma Resort & Convention Centre Shah Alam, di sini, semalam.

Hadir di majlis berkenaan, Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Ali Hamsa, Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri, Datuk Shukry Md Salleh, Ketua Pengarah, Unit Pemodenan Pentadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu), Datuk Mohamad Zabidi Zainal serta Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan), Jabatan Perkhidmatan Awam, Datuk Farida Mohd Ali.

Mohamed Khusrin berkata, pengangkutan awam yang sistematik amat diperlukan bagi mengatasi kesesakan jalan raya yang semakin meruncing terutamanya di kawasan sibuk.

Selain itu katanya, pertambahan masalah sosial yang berpunca daripada perancangan pembangunan perumahan yang kurang teratur juga perlu diberikan perhatian sewajarnya.

“Ketidakseimbangan penduduk di sesuatu kawasan menyebabkan perkara ini semakin membebankan pihak berkuasa. Satu mekanisme merangkumi perancangan pembangunan menyeluruh perlu diwujudkan bagi mengatasi peningkatan masalah sosial ini,” katanya.

Dalam itu katanya, bagi menzahirkan penyampaian perkhidmatan berkualiti, Selangor memerlukan sistem pengurusan cekap dan modal insan yang berpengetahuan di mana dua elemen ini sentiasa berhubung kait bagi menghasilkan keputusan tepat dan berkesan untuk manfaat orang awam.

“Kita tidak seharusnya berpuas hati dengan sistem pengurusan pentad biran sedia ada. Minda inovasi dan kreatif perlu diaplikasikan dalam tugas dan tanggungjawab yang dilaksanakan bagi menambah baik sistem sedia ada.

“Dalam era ketika ini yang mementingkan ekspektasi melebihi kehendak  pelanggan, kita seharusnya menyampaikan outcome  kepada orang awam dan memastikan keberkesanan setiap program dan aktiviti yang dilaksanakan sampai kepada target customer,” katanya.
Pas nampak tidak untung, Nasha ada pilihan
ARASHY AZIM
12 Oktober 2012
 Nasharudin Mat Isa
Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa
ANALISIS - Sementara Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) semakin dekat, Pas berhadapan dengan episod kedua pemimpin pusatnya dilihat 'mencabar' kedudukannya dalam Pakatan Raktyat (PR). Awal tahun ini, arena politik nasional dan Pas melihat nasibat Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, yang berakhir dengan pemecatan beliau.

Hujung tahun 2012 pula, melihat pendirian bekas Timbalan Presidennya, Nasharudin Mat Isa.

Semalam, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan pendirian Pas dalam PR khususnya hubungan dengan DAP.

Melihat kepada perkembangan semasa, penganalisis politik Prof. Madya Dr. Shaharuddin Badaruddin ketika dihubungi Sinar Harian Online berkata, kenyataan Nasharudin pada Seminar Dakwah Islamiyyah Sebagai Tunggak Kekuatan Ummah di PWTC Selasa lalu jelas tidak akan menguntungkkan parti tersebut.

"Beliau (Nasharudin) sebagai pemimpin yang paling senior dalam parti tidak sepatutunya mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa.

"Ini satu perkara yang tidak akan menguntungkan Pas sendiri disebabkan oleh beberapa perkara," kata beliau yang juga pensyarah Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam.

Apabila ditanya berkenaan tindakan yang bakal diambil terhadap beliau, katanya: "Itu tertakluk kepada mereka untuk menentukan, dan saya merasakan ini bukan kali pertama perkara sedemikian berlaku."

Menurut beliau lagi, kenyataan yang bercanggah dengan prinsip parti sepatutnya diselesaikan di kalangan pemimpin mereka sahaja kerana ini akan mempengaruhi pengundi pada PRU13.

Pemimpin kanan Pas dan rakan mereka dalam PR juga mendakwa Nasharudin tidak membangkitkan isu berkenaan dalam mana-mana mesyuarat mereka.

"Beliau seharusnya berbincang dengan pucuk pimpinan parti sahaja, daripada menggunakan medan lain yang tidak sesuai dan tidak sepatutnya kerana dalam beberapa bulan ini kita dapat melihat tidakkan beliau (Nasharudin) banyak bersifat bersendirian," tambah beliau.

Pada masa sama, beliau menyatakan jika tidak berpuas hati dengan parti, beliau sendiri seharusnya keluar dari parti.

Ogos lalu, Nasrudin sudah pun menegaskan bahawa tidak akan keluar parti untuk menyertai Umno seperti yang dispekulasikan oleh banyak pihak.

"Daripada nak mengeluarkan kenyataan yang tidak sehaluan, baiklah ahli politik mana-mana parti tidak kira Pas, DAP, PKR mahupun BN isytihar keluar parti," tambah beliau.

Jelasnya, PRU-13 yang semakin hampir adalah masa yang sesuai untuk pengundi melihat tingkah laku pemimpin parti politik untuk memilih calon yang paling sesuai untuk memimpin mereka.

Sementara itu, Prof Dr. Ahmad Atory Hussain menyifatkan kenyataan Nasharudin sebagai pandangan peribadi tentang hala tuju Pas yang tidak memperjuangkan matlamat asal parti tersebut.

"Beliau tidak mencabar, cuma beliau memberikan pandangan tentang arah tuju Pas yang tidak memperjuangkan matlamat asal parti tersebut," kata beliau.

Tambah beliau, Nasharudin, Ahli Parlimen Bachok, hanya menyatakan pendirian seharusnya Pas tidak boleh ikut parti dalam PR yang bertentangan dengan prinsip mereka.

"Pas seharusnya tegas dalam pendirian mereka walaupun berada dalam PR, dan mereka tidak seharusnya berdiam diri," katanya.

"Disebabkan Pas berdiam diri, inilah yang membuatkan Nasharudin tidak suka kerana ramai yang akan mempersoalkan tindakan parti tersebut termasuk para pengundi Pas sendiri," tambah beliau.

Kata beliau lagi, dalam matlamat PR untuk menawan Putrajaya, Pas hanya berdiam diri tentang perkara yang penting untuk menegakkan Islam di Malaysia.

"Demi menguasai Putrajaya, Pas sanggup mendiamkan diri tentang perkara pokok dalam Islam apabila berdepan dengan dengan kepimpinan PR yang lain," katanya.

"Kalau beginilah keadaanya, dan perkara ini tidak dapat diselesaikan menjelang pilihan raya, ia akan menjadi satu masalah yang besar kepada Pas sendiri dan akan memberi kesan terhadap hubungan dengan parti- parti lain," tambah penganalisis ini.

Pengundi adalah bijak dan mereka akan menilai semula kredibiliti Pas, malah kemestian untuk membuat satu pendirian yang tegas adalah perlu, kata beliau.

Pada masa yang sama, Ahmad Atory turut mengulas tentang Kabinet bayangan PR yang kemungkinan Pas tidak akan mengetuainya jika perkara ini berlarutan.

"Pas seharusnya menjadi 'juara' dan ini adalah harapan rakyat terutama orang Islam yang mengundi Pas untuk melihat pemimpin mereka menjadi Perdana Menteri... jika masalah ini tidak selesai, sampai bila-bila parti tersebut tidak akan mentadbir," jelas beliau.

Seorang lagi penganalisis politik, Prof. Madya Dr. Azizuddin Mohd Sani pula berpendapat, ia bersifat mencabar Pas kerana parti terbabit tidak akan menguasai Putrajaya jika masalah yang timbul tidak dapat diselesaikan.
Namun beliau menyatakan ia bukan tindakkan yang janggal kerana tujuanya adalah untuk menasihat.

Sejak pendirian terbaru ini muncul, Pas kelihatan tenang dalam menghadapnya. Kitaran isu yang menyepit Pas dan DAP berterusan sementara ramai mula menghitung hari PRU13 yang bakal menjelang tiba.

Pas seolah-olah kelihatan tidak untung dalam isu ini. Nasharudin pula nampak ada pilihan untuk dibuat.
Nik Aziz: DAP tidak pernah ganggu Pas
MOHD ZAILANI ABD RAHMAN
12 Oktober 2012
Nik Aziz
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hairan dengan sikap sesetengah pihak termasuk ahli Pas yang mengkritik kerjasama parti itu dengan DAP.

Nik Aziz berkata, sebagai sebuah rakan Pakatan Rakyat (PR), DAP tidak pernah mengacau perjuangan Pas, malah menegaskan kerjasama antara dua parti itu perlu untuk mencapai kemenangan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

“Saya pun tidak tahu mengapa tersasar, orang berkenaan tidak sebut mengapa kita beralah dengan DAP, jadi tidak tahu kenapa, yang keduanya saya tidak nampak DAP ganggu kita.

“Masalahnya orang-orang Pas tengok televisyen, dengar radio dan baca surat khabar Umno, jadi terbawa-bawa. Jadi oleh yang demikian saya nasihat orang Pas boleh baca surat khabar Umno, tapi kena ada jawapanlah,” katanya.

Nik Abdul Aziz diminta mengulas kenyataan Sasterawan Negara, Prof Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad bahawa perjuangan politik Pas tidak lagi menepati kehendak Islam sejak parti itu bekerjasama dengan DAP.

Dalam masa yang sama, bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa beberapa kali mengeluarkan kenyataan dengan mendakwa terdapat pemimpin Dap menolak Islam.

Sementara itu, ketika ditanya sama ada Pas akan terus bekerjasama dengan DAP, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan hairan mengapa orang sebut kemenangan Pas ketika ini disebabkan menumpang DAP.

“Saya rasa pelik ada orang sebut kemenangan kita sekarang ini menumpang DAP. Saya mahu tanya balik bila kemenangan tidak menumpang. Malah sewaktu zaman Rasulullah SAW sampai Madinah, beliau ada buat perjanjian dengan kaum Yahudi.

“Jadi tidak ada kemenangan yang tidak menumpang orang lain. Lebih-lebih lagi sekarang kita guna sistem pilihan raya nak undi Cina, nak undi India,” katanya.
Dr Puad: Tak mustahil Umno-Pas boleh kerjasama
NURUL AINI MOHAMED ALI
11 Oktober 2012
Dr Mohd Puad Zarkashi
Dr Mohd Puad Zarkashi
SHAH ALAM - Ahli Majlis Tertinggi Umno, Dr Mohd Puad Zarkashi menyokong kuat agar Pas dan Umno menjalin kerjasama demi perpaduan umat Islam dan ia bukan sesuatu yang mustahil untuk dijadikan realiti.

Menurutnya, jika dilihat dari sejarah, Pas dan Umno sendiri pernah berada dalam kerajaan campuran pada awal 1970-an.

“Saya menyokong kuat supaya Umno dan Pas menjalin kerjasama, tetapi bukanlah dalam konteks bersatu tetapi jalinkan kerjasama. Jadi apa salahnya?” katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Sebelum ini, beberapa pemimpin Umno menyambut baik dan menerima secara positif saranan Ahli Majlis Syura Pas, Nasharudin Mat Isa yang mahu merencanakan semula perpaduan umat Islam terutamanya melibatkan Umno dan Pas.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, Umno tidak pernah menolak kemungkinan bekerjasama dengan Pas demi perpaduan ummah.

Sebelum ini, Nasharudin mengingatkan Pas supaya tidak terlalu mengejar kuasa hingga sanggup meletakkan prinsip Islam di tempat kedua.

Nasharudin berkata, masalah perpecahan umat Islam yang sepatutnya menjadi keutamaan sering dilupakan sedangkan ia adalah masalah yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.

Beliau  berkata, kemenangan Islam dalam perjuangan mendaulat agama suci itu berada dalam tangan umatnya sendiri, bukan dengan bantuan orang bukan Islam.

Puad yang juga Timbalan Menteri Pelajaran berkata, isu perpaduan yang dilihat Pas ialah dari kaca mata politik semata-mata dan ini harus dielakkan jika benar-benar mahu menjalin kerjasama serius bersama Umno.

“Umno sentiasa bersikap terbuka, bukan tertutup kerana kita sendiri bersikap terbuka semasa mewujudkan kerajaan campuran pada tahun 1973, jadi jika benar mahu jalinkan kerjasama dengan Umno, ia bukan sesuatu yang mustahil,” tegasnya.
Porsche Panamera RM900,000 dilarikan dari bilik pameran

12 Oktober 2012
KUALA LUMPUR - Sebuah syarikat kenderaan mewah kerugian lebih RM900,000 setelah sebuah daripada kereta mewah yang dipamerkan di bilik pameran di Jalan Bukit Bintang di sini di larikan pagi semalam.
 
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad berkata kereta jenis Porsche Panamera berwarna emas itu dilarikan pada kira-kira 9 pagi oleh seorang lelaki yang sebelum itu berpura-pura untuk berjumpa seorang kakitangan di bilik pameran tersebut.
 
"Setelah itu, lelaki berpakaian kemas dan bertopi itu kemudiannya naik ke tingkat satu dan menggeledah meja sebelum menemui sampul sampul surat yang mengandungi kunci kereta berkenaan.
 
"Suspek kemudiannya turun dan keluar dari ruang pameran sambil menekan kunci bagi mengesan lokasi dan setelah menjumpai kereta itu dia terus memecut menuju ke arah Bukit Bintang," katanya.
 
Beliau berkata kereta yang belum didaftarkan itu diletakkan di luar ruang pameran bersama enam lagi kenderaan lain untuk dihantar ke satu lagi pusat pameran di Glenmarie, Shah Alam, Selangor.
 
Berikutan itu, polis sedang mencari Mohd Azri Mohd Kassim, 31, beralamat terakhir di 1801-C1, Blok C, Armanee Condominium, Damansara Perdana dekat sini bagi membantu siasatan.
 
Pemuda itu mempunyai rekod jenayah lampau antaranya tiga kes curi kereta dan dua kes samun dan kes disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan iaitu curi kenderaan, katanya. - Bernama
Wanita miliki 29 kad kredit 'tipu' dipenjara 58 bulan

11 Oktober 2012
KUCHING - Mahkamah Majistret di sini menjatuhkan hukuman penjara 58 bulan dan denda RM14,500 terhadap seorang pembantu tadbir wanita selepas mengaku bersalah atas 29 pertuduhan memiliki kad kredit menggunakan nama orang lain.
Tertuduh Dewi Susilawaty Suaidi, 37, yang bertugas di Kementerian Pembangunan Perindustrian Sarawak tenang selepas Majistret Maris Agan menjatuhkan hukuman tersebut.
Dewi Susilawaty didakwa memiliki 29 keping kad kredit pelbagai bank atas nama 16 wanita lain pada pukul 4.35 petang, 28 Ogos lalu di Taska Sichomel Alam Sanctuary, No. 4564 Lorong Sumber Alam 2D, Sumber Alam Sanctuary, Jalan Sultan Tengah di sini.
Pendakwaan oleh Inspektor Yunus Sahak itu dilakukan mengikut Seksyen 37 (1) Ordinan Kesalahan Kecil Sarawak.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon untuk menangguhkan hukuman penjara tersebut dan mahkamah membenarkannya dengan ikat jamin RM3,000 selain perlu membayar denda tersebut hari ini. - Bernama
Pas tidak abai prinsip Islam
Wartawan Sinar Harian
11 Oktober 2012
 Abd Rani Osman
Abd Rani Osman
SHAH ALAM – Pas Selangor menegaskan parti itu tidak mengetepikan prinsip Islam semata-mata untuk mengejar kuasa ke Putrajaya seperti didakwa bekas Timbalan Presidennya, Nasharudin Mat Isa.

Pesuruhjayanya, Dr Abd Rani Osman berkata, Pas Pusat mahupun Majlis Syura tidak pernah menyebut mengenai perkara seumpama itu sebaliknya fokus terhadap bagaimana hendak menumpaskan Umno–Barisan Nasional (BN).

Katanya, Nasharudin sepatutnya lebih mengetahui perkara itu memandangkan beliau sendiri pernah memegang jawatan di dalam parti.

“Pas Pusat dan Majlis Syura tidak pernah sebut mengenai apa yang diperkatakan Nasharuddin kononnya sanggup meletakkan prinsip Islam di tempat kedua.

“Cuma semua peringkat diingatkan untuk memfokuskan usaha menumbangkan Umno–BN,” katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kenyataan Nasharudin yang mengingatkan Pas supaya tidak terlalu mengejar kuasa hingga sanggup meletakkan prinsip Islam di tempat kedua.

Nasharudin berkata, masalah perpecahan ummah sepatutnya menjadi keutamaan sering dilupakan sedangkan ia adalah masalah perlu diselesaikan terlebih dahulu.

Abd Rani berkata, beliau berpendapat kenyataan Nasharudin itu bersifat peribadi semata-mata dan tidak mewakili parti itu.

Beliau turut mengingatkan Nasharudin supaya tidak membuat kenyataan yang tidak menguntungkan parti dan parti komponen di dalam Pakatan Rakyat (PR).

“Kalau nak buat kenyataan itu biarlah menguntungkan parti dan juga rakan di dalam PR.

“Kita tidak mahu nanti ia boleh timbulkan keraguan sesama kita,” katanya.

Ketika ditanya mengenai kenyataan Nasharudin yang mengulangi pendiriannya dengan mendakwa Pengerusi DAP, Karpal Singh sebagai anti-Islam, Abd Rani berkata, Pas Selangor tidak mencampuri masalah tersebut.

Katanya, perkara itu melibatkan kedua-dua pihak itu sahaja dan bukannya urusan parti.


Najib sewa pesawat RM9.1 juta bercuti ke Perth di Hari Merdeka

MASIH ingat kontroversi percutian Najib Razak tahun lalu? Di saat negara merayakan hari kemerdekaan 31 Ogos, Najib pergi bercuti ke Perth, Autralia rujuk sini [Najib sambut merdeka].

Media-media arus perdana sibuk memainkan isu pesawat peribadi yang digunakan oleh Anwar Ibrahim dalam lawatannya ke Sabah dan Sarawak di Hari Malaysia tempoh hari.

Walhal perbelanjaan sewa pesawat itu langsung tidak melibatkan wang pembayar cukai (wang rakyat). Sebaliknya percutian Najib Razak di Perth Australia tahun lalu menggunakan wang rakyat sebanyak RM9.1 juta.

Hal ini turut disahkan sendiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz di dalam menjawab soalan yang dikemukakan oleh YB Nurul Izzah Anwar [Mkini]
      
Inilah yang dikatakan orang, muncung berkokok ekor bergelumang taik. Berapa banyak manfaat yang boleh digunakan untuk rakyat daripada dibazirkan untuk percutian Najib dan Rosmah?

 ReJaM© "Sapu Malaysia, Rakyat didungukan, duit diu'tamak'kan... "


Read more: http://milosuam.blogspot.com/2012/09/najib-sewa-pesawat-rm91-juta-bercuti-ke.html#ixzz293IC2JwW

Kedai Rakyat 1 Malaysia jual makanan yang sudah tamat tempoh

TERNYATA banyak dakwaan yang mengatakan Kedai Rakyat 1 Malaysia menjual barang makanan tidak berkualiti terbukti benar. Pelbagai kes sudah dilaporkan di akhbar tempatan berkenaan produk 1 Malaysia yang tidak berkualiti sebelum ini.

Malah baru-baru ini Utusan Malaysia ada melaporkan kes 83 orang pelajar Sekolah Kebangsaan Parit Setongkat, Muar Johor yang mengalami keracunan makanan akibat mememinum susu kotak 1 Malaysia.

Terbaru salah seorang pembaca MiLo SuaM mengirimkan email mendedahkan bagaimana Kedai Rakyat 1 Malaysia di kawasan tempat tinggalnya menjual biskut yang sudah hampir tamat tempoh. Malah ketika artikel ini ditulis biskut tersebut sudah pun tamat tempoh.

Beliau turut mengirimkan beberapa keping gambar sebagai bukti. Rujuk gambar-gambar di bawah ini. Gambar ini diambil di salah satu rak di Kedai Rakyat 1 Malaysia, KR1M yang menempatkan deretan produk biskut yang dibungkus dengan pek 1 Malaysia.



Lihat di dalam gambar di bawah, difahamkan deretan biskut-biskut yang sudah tidak laku dan hampir tamat tempoh ini dijual dan dipamerkan dalam salah satu rak di Kedai Rakyat 1 Malaysia.



Persoalan yang ditimbulkan oleh pengirim, mengapakah biskut seperti ini dijual sedangkan ia tinggal sehari dua untuk tamat tempoh. Malah ia juga dijual dengan harga normal.

"Kalau saya beli hari ini, ataupun ada insan malang tak perasan terbeli biskut ini macam mana nak simpan? Takkan nak habiskan biskut dalam masa sehari?" tulis kiriman email itu lagi.

Jika anda biasa ke pasaraya besar seperti Tesco, biasanya produk yang hampir tamat tempoh seperti ini akan diletakkan di satu ruangan "reduce to clear" (harga murah untuk penghabisan stok). Namun produk ini nampaknya dijual pada harga normal.


ReJaM© "Inikah namanya kedai Rakyat? Barang tidak berkualiti dijual kepada rakyat? "


Read more: http://milosuam.blogspot.com/2012/10/kedai-rakyat-1-malaysia-jual-makanan.html#ixzz293HrG3Hd

Peserta demo mintak air percuma sebenarnya sudah dapat air percuma

PENGHUNI flat Taman Medan Cahaya PJ2, Taman Datuk Harun, Petaling Jaya sebenarnya telah menikmati skim air percuma Kerajaan Selangor sejak akhir tahun lepas lagi.



Dakwaan sebuah NGO pro Umno di dalam sebuah akhbar pada 8 Okt bahawa 3,000 penduduk di flet tersebut tidak menerima skim air percuma adalah dusta dan berbaur politik, kata Adun Taman Medan Haniza Talha.

Rebat air juga telah diperoleh apabila Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) sudah mengemukakan permohonan bagi mendapatkannya daripada Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).

“Orang-orang yang buat tuntutan itu semuanya penduduk yang telah menerima air percuma" tambahnya lagi.

ReJaM© akan cuba dapatkan dokumen bukti daripada Adun tersebut untuk membongkar kerja gila tak masuk akal NGO yang patut dihantar ke hospital gila ini.



ReJaM© "Kalau nak berdemo carilah orang yang belum dapat air percuma kah kah kah... " 

Sumber : Selangorku


Read more: http://milosuam.blogspot.com/2012/10/peserta-demo-mintak-air-percuma.html#ixzz293HPYl5h

Saudara baru dihalang gunakan nama Anwar selepas masuk Islam

BARU terima mesej (Direct Mesej) daripada Koordinator Jingga 13 Malaysia, saudara Fariz Musa  melalui Twitter MiLo SuaM memaklumkan bahawa beliau ada bertemu seorang saudara baru (muallaf) yang dihalang menggunakan nama Anwar.

Difahamkan menurut Fariz, saudara baru ini telah memeluk Islam di Jabatan Agama Islam Pahang, JAIP. Apabila diminta untuk memilih nama barunya setelah memeluk Islam, beliau telah memilih nama Anwar.

Difahamkan juga, saudara baru ini memberitahu bahawa beliau mulai tertarik dengan Islam apabila sering mengunjungi rumah Anwar Ibrahim dan melihat Penasihat Umum Pakatan Rakyat itu menunaikan solat berjamaah.



Bagaimanapun, Pihak Jabatan Agama Islam Pahang dikatakan tidak membenarkan beliau menggunakan nama Anwar, sebaliknya memberikan beliau nama Adnan dan nama itulah yang beliau gunakan sehingga ke hari ini sejak memeluk Islam.

Hidayah itu milik Allah, siapa sahaja yang dikehendaki olehNya akan diberi petunjuk, faktor tertarik kepada Anwar itu hanyalah asbab. Namun tindakan menghalang saudara baru ini memeluk Islam dilihat tidak wajar dan bermotifkan politik.

Bagaimanapun, ReJaM© akan membuat satu sesi rakaman temubual ekslusif bersama Adnan selepas ini untuk mendapatkan penjelasan beliau tentang perkara ini.

ReJaM© " Takutnya dengan Anwar, nak pakai nama Anwar pun tak boleh? "


Read more: http://milosuam.blogspot.com/2012/10/saudara-baru-dihalang-gunakan-nama.html#ixzz293GtMXws

Tiada ulasan: