Selasa, 9 Oktober 2012

ADA MATA PANDANG...ADA TELINGA DENGAR...ADA OTAK FIKIR...DAN FIKIR IKUT ACUAN ISLAM

Kerajaan BN pelaku jenayah rasuah terbesar di Malaysia
Posted on Monday, October 08 @ 18:00:00 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh: Benzaini

"Rasuah pilihanraya telah lama diamalkan oleh UMNO-BN. Pemberian wang ringgit dan pembahagian gula dan beras atau kain batik dan kain pelikat kepada pengundi-pengundi pada malam sebelum pilihanraya atau sebelumnya merupakan rahasia yang duke tahun umum. Semua itu dibuat secara sulit atau rahasia dan sukar untuk dibuktikan dalam mahkamah. Akan tetapi, rasuah ini kemudiannya dibuat secara terbuka walau pun masih belum menyeluruh dan teratur

Dalam perkembangan terakhir, amalan rasuah pilihanraya ini telah diinstitusikan dan disalurbalik ke seluruh negara.
Pertama kali rasuah pembelian undi ini dilakukan secara terbuka ialah di Terengganu selepas kemenangan PAS dalam PRU 1999 diikuti kemudianya dengan keputusan Kerajaan Pusat UMNO-BN menarik balik royalti minyak yang dibayar oleh Petronas kepada Negeri Trengganu setiap tahun sejak penemuan minyak di pesisiran pantai negeri tersebut. Berikutan itu, wang royalti tersebut telah disalurbalik ke Negeri Terengganu melalui Jabatan Pembangunan Negeri Terengganu yang ditubuh oleh Kerajaan Pusat UMNO-BN. Di antara tugas Jabatan ini ialah mengagihkan pimberian wang sebanyak RM300 kepada penduduk Terengganu yang "berkelayakan" setiap tahun termasuk pada PRU 2004 yang melihat kemenangan besar UMNO-BN. Pemberian ini dikenali sebagai "Wang Ihsan".

Rasuah Wang Ihsan ini menjadi "idaman" rakyat Negeri Terengganu setiap tahun, lebih-lebih lagi pada PRU 2008. Akan tetapi semua ini masih lagi dalam bentuk pemberian tidak berperaturan dan tidak dinikmati oleh rakyat negeri-negeri lain di Malaysia. 

Dalam kekagetan UMNO-BN  menghadapi PRU13 yang masih belum berani diadakan oleh Kerajaan parti yang berkuasa, rasuah pilihanraya terang-terangan ini telah diperluaskan ke seluruh negara. Pada awal tahun 2012 ini, di bawah program 1Malaysia, wang sebanyak RM500 telah diagih-agihkan kepada setiap keluarga yang "berkelayakan".  Dalam bajet 2013 baru-baru ini, pemberian rasuah ini telah diinstitusikan dan dijadikan sebagai sebahagian daripada belanjawan negara. Bukan itu sahaja, pelbagai jenis rasuah yang lain juga telah diinstitusikan seperti rebat pembelian telefon pintar oleh golongan muda. 

Begitulah rasuah pilihanraya yang bermula secara sulit dan berahsia secara tidak formal berkembang menjadi rasuah formal secara terang-terangan dan dalam perkembangan terakhirnya menjadi satu institusi yang dimasukkan dalam belanjawan negara. Dengan demikian bolehlah dikatakan bahawa Kerajan Pusat NMNO-BN merupakan pelaku jenayah rasuah terbesar di Malaysia.
Mahathir: Orang Melayu perlu syukur dengan jasa BN

8 Oktober 2012
Tun Dr Mahathir Mohamad
Tun Dr Mahathir Mohamad
MELAKA - Tun Dr Mahathir Mohamad melahirkan rasa bimbang dengan sikap orang Melayu, khususnya generasi muda yang tidak bersyukur dan menghargai jasa kerajaan selama ini dalam memberi keselesaan kepada mereka.
 
Bekas Perdana Menteri itu berkata sebaliknya golongan tersebut menolak dan menuduh kerajaan sebagai "penindas".
 
Sebagai contoh katanya, apabila mereka dihantar belajar ke luar negara dan pulang ke tanah air, mereka menolak kerajaan yang memberi nikmat kepada mereka kononnya kerajaan tidak adil dan menindas orang lain.
 
"Kalau kita bersyukur, akan mendapat banyak lagi nikmat, sebab itu, kita perlu selalu bersyukur sekali gus dapat membentuk masyarakat yang baik dan mampu berjaya," katanya ketika sesi soal jawab pada majlis sarapan bersama alumni Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah Melaka 1982-1986, di sini hari ini.
 
Katanya ramai dalam kalangan generasi muda juga mudah terpengaruh dengan pihak tertentu dan gagal menggunakan pengetahuan mereka dengan bijaksana.    

"Selain daripada ilmu pengetahuan, apa yang lebih penting ialah nilai moral kerana ilmu saja tidak akan membentuk mereka menjadi sesuatu yang baik...ilmu tidak menjamin generasi muda dan akan datang untuk memimpin kemajuan negara," katanya.

 
Sehubungan itu katanya pelajar perlu disemai dengan nilai-nilai positif serta mempelajari sejarah agar mampu mempertahankan diri daripada pengaruh negatif.
 
Dr Mahathir berkata pembangunan dan keharmonian dikecapi hari ini tidak akan kekal jika rakyat hidup dalam suasana bertelagah dan berpecah-belah.
 
Keamanan dan keharmonian hidup rakyat pelbagai kaum merupakan anugerah yang tidak ternilai kerana tidak semua negara menikmatinya, katanya. - Bernama

KANTOI! BERNAMA Bohong Lagi Kes Skandal Scorpene?
Posted on Tuesday, October 09 @ 01:45:40 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur


Blog Jalan PulangSatu kenyataan yang dikeluarkan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) bagi pihak peguam mereka di Perancis, William Bourdon lewat malam tadi (Isnin) menepis dakwaan laporan yang dipetik agensi berita nasional Malaysia (Bernama) yang menjadi 'jurucakap' kepada bekas pendakwa kerajaan negara tersebut, Yves Charpenel.


Beberapa jam sebelum itu, Charpenel yang dipetik laporan Bernama mengatakan bahawa beliau menafikan laporan-laporan media yang tersebar di kalangan beberapa portal berita online Malaysia berhubung perbicaraan yang sedang berlangsung di Perancis, mengenai dakwaan rasuah oleh sebuah syarikat negara itu berhubung pembelian dua kapal selam kelas Scorpene buatan Perancis oleh Malaysia pada tahun 2002.

Tambah Charpenel lagi, kununnya proses perbicaraan yag sedang berlangsung sebenarnya hanyalah proses perbicaraan di media semata-mata dan bukannya perbicaraan sebenar.

Justeru katanya, media mesti dapat membezakan antara khabar angin dan fakta serta kes sesuatu perbicaraan bagi mengelakkan berlaku salah faham oleh masyarakat.

Tidak lama selepas berita tersebut dikeluarkan, maka seperti biasa berlumba-lumbalah media pencacai Umno seperti The New Straits Times (NST), mStar dan Utusan Meloya menyiarkan kenyataan tersebut (termasuk portal pro-Pakatan Rakyat, Malaysiakini) seolah-olah Charpenel menjadi jurucakap pihak pendakwaan Perancis.

Bagaimanapun, William Bourdon dalam kenyataan balasnya menyatakan bahawa adalah tidak benar sama sekali kenyataan yang dikeluarkan Charpenel yang hanya bergelar "bekas pendakwa" dengan hujahnya merujuk kepada prosiding siasatan mahkamah yang sedang berlangsung, termasuk mengeluarkan sepina pertama ke atas saksi pertama daripada tujuh yang dimohon Suaram.

Jelasnya lagi, kenyataan Charpenel bertentangan dengan fakta bahawa tribunal The deGrande Instance telah menerima permohonan Suaram bagi menyiasat skandal tersebut setelah Bourdon dan seorang lagi peguam, Joseph Breham berhujah di hadapan hakim penyiasat selama lebih tiga jam pada Mac lalu di Paris.

"Apabila selesai siasatan itu hakim penyiasat akan membuat keputusan sama ada kes itu akan pergi kepada perbicaraan penuh. Iaitu hakim penyiasat yang membuat keputusan dan bukan pihak pendakwa".

Sepanjang pengetahuannya, pihak pendakwa semasa meneliti kes itu tidak membuat apa-apa kenyataan seperti yang dinyatakan oleh Charpenel. 

Dua orang hakim penyiasat tersebut ialah Roger Le Loire dan Serge Tournaire yang memutuskan untuk meneruskan siasatan mereka mengenai skandal Scorpene.

Dipercayai Bernama sengaja mengelirukan cara pemberitaannya bagi menguatkan ceritanya dengan tujuan meyakinkan pembaca walaupun diletakkan dalam perenggan berbeza seperti yang dipetik di bawah:

------------
Seorang pendakwa kerajaan Perancis yang terkenal menafikan laporan-laporan media yang tersebar di kalangan beberapa portal berita online Malaysia berhubung perbicaraan yang sedang berlangsung di Perancis, mengenai dakwaan rasuah oleh sebuah syarikat Perancis berhubung pembelian dua kapal selam Scorpene buatan Perancis oleh Malaysia pada tahun 2002.

Yves Charpenel berkata media di Malaysia harus dapat membezakan antara khabar angin dan fakta dan antara siasatan dan perbicaraan.military malaysia navy french built submarine scorpene class"Saya sedar mengenai semua kekecohan yang dibangkitkan media tertentu (organisasi) di Malaysia berhubung perkara ini tapi apa yang saya boleh kata ini adalah tidak lebih daripada satu perbicaraan oleh media," katanya kepada Bernama di ibu negara, hari ini.

Charpenel, yang juga bekas ketua pendakwaan di Perancisdan kini seorang pendakwa negeri dan anggota eksekutif Persatuan Pihak Berkuasa Anti-Rasuah Antarabangsa (IAACA), berada di sini untuk menghadiri persidangan dan mesyuarat agung tahunan IAACA yang berakhir semalam.
------------

Sekarang nampak kedua-dua tulisan yang berwarna merah di atas bukti bahawa Bernama sengaja menulis dua kenyataan yang jelas bertentangan?

Percanggahan ketara tersebut jelas membuktikan bahawa laporan Bernama sudah tidak boleh dipercayai lagi, ditambah lagi dengan beberapa siri penipuan membabitkan gambar Perdana Menteri Najib Altantuya kununnya menerima "sambutan hebat" majlis rumah terbuka Aidilfitri dan perasmian mesyuarat Umno Pekan beberapa munggu lalu.

Malaysiakini dan laman portal berita lain dinasihatkan supaya berhati-hati daripada dijerat perangkap yang sengaja dipasang media pencacai Umno walaupun mengaku sumber berita mereka adalah sumber rasmi kerajaan!

JALAN PULANG


Kenyataan Media Untuk Edaran Segera


William Bourdon (peguam SUARAM) kepada Bekas Pendakwa Perancis Yves Charpenel

8hb Oktober 2012

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Yves Charpenel benar-benar bercanggah dengan Tribunal semasa penyiasatan.

The deGrande Instance telah memulakan siasatan jenayah SUARAM telah diterima sebagai pihak sivil sejak Mac 2012. 

Setelah tamat siasatan itu hakim penyiasat akan membuat keputusan sama ada kes itu akan terus ke perbicaraan penuh. 

Hakim penyiasat yang membuat keputusan dan bukannya pendakwa.

Untuk pengetahuan kami pendakwa semasa dalam pertuduhan kes ini tidak membuat apa-apa kenyataan seperti yang dicadangkan oleh Charpenel.

Dua Hakim, Roger Le Loire dan Serge Tournaire meneruskan siasatan mereka mengenai siasatan Scorpene ".

Dikeluarkan oleh,

SUARAM
......



Portal berita antarabangsa Reuters bongkar tembelang Tun Mahathir
Posted on Monday, October 08 @ 17:30:00 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh teori

Sumber milosuam
PORTAL berita berpengaruh antarabangsa, Reuters yang selama ini menjadi rujukan protal-portal berita tempatanmenyiarkan pengakuan seorang suri rumah warga asing yangmengaku diberikan kerakyatan oleh Tun Mahathir.
Suri rumah itu, Fawziah Abdul, 50 meluahkan rasa terima kasih kepada bekas perdana menteri itu kerana telahmemberikannya kerakyatan Malaysiaselepas menyelinap ke Borneo secara haram dari selatan Filipina.




Difahamkan suri rumah itu diberi kerakyatan dengan syarat mengundi parti pemerintah Barisan Nasional, ini berikutan harapannya agar 3 orang anak-anaknya juga akan memperolehi rumah baru dan kad pengenalan jika mengundi Barisan Nasional sekali lagi.

"Saya merupakan sebahagian daripada Projek Mahathir. Saya diberitahu supaya pergi ke satu pejabat dengan dua keping gambar dan sedikit wang," kata Fawziah dalam laporan itu.

Fawziah juga menunjukkan kad pengenalan yang menyatakan beliau sebagai seorang warganegara yang dilahirkan di Sabah, menurut laporan itu lagi.

Beliau seterusnya menjelaskan bahawa "Projek Mahathir" itu merupakan "rancangan sulit" yang dikatakan telah diluluskan Mahathir.

Projek berkenaan, menurut Reuters, membantu memacu peningkatan populasi Sabah kepada lima kali gandasejak 1970 dan menjadikan negeri itu sebagai simpanan tetap untuk undi kepada BN.

Laporan itu juga memetik kenyataan seorang pengkaji politik di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sabah yang berkata, kekecewaan masyarakat minoriti di negeri itu boleh menyebabkan Pakatan Rakyat berjaya meraih sehingga 10 daripada 25 kerusi parlimen.

ReJaM© "Lagi bukti Pemimpin BN Sabah dipilih oleh warga asing "

Ezam Mohd Nor kata umno lemah
Posted on Monday, October 08 @ 18:30:00 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh: anaabdullah

"Betul ke umno lemah, sedangkan Datuk Seri Mohd Najib Razak presidennya sendiri mengatakan umno sudah kuat dengan semangat baru.Dahulu semasa Datuk Seri  (Tun)Abdullah Ahmad Badawi jadi presidennya umno dikatakan sangat lemah dan didesak letak jawatan.Kalau sekiranya umno yang diterajui Najib lemah, maka amat wajar didesak untuk meletakkan jawatan dan diganti dengan Tan Sri Mahyuddin Yasin pula.

Senator Ezam yang dikatakan akan dilantik sebagai menteri besar Selangor selepas PRU 13 nanti berkata umno lemah.
Gelaran “lemah” diberi kepada umno yang diterajui Datuk Seri Mohd Najib Razak tidaklah sejahat Tun Mahahtir Mohamad mengatakan umno “buruk” dan “busuk” ketika  diterajui Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Tujuan Ezam mengatakan umno lemah selepas Najib membentangkan Bajet beli undi  2013 seakan ada kebenarannya.
Sesetengah mengatakan gelaran itu dibuat untuk memperkasakan umno/BN sebagai persediaan menghadap PRU 13 yang dikatakan paling sengit berbanding PRU sebelum ini.
Pada hemat penulis, Barangkali Ezam yakin dan percaya umno/ BN akan tumbang dalam Pru13 nanti miskipun banyak bantuan untuk mensenjahterakan rakyat.
Atas sebab itulah dia mengelarkan umno lemah miskipun Bajet 2013, bajet beli undi yang dinafikan Najib sekeras kerasnya ketika  jelajah janji ditepati ke negeri Sembilan tempoh hari
Senator Ezam Mohd Noor mendakwa kekuatan Umno kini semakin lemah dan dapat dilihat secara jelas yang kepentingan parti teras Barisan Nasional ini boleh terancam disebabkan sikap kaum itu sendiri. 

Menurut Ezam, walaupun Umno merupakan parti yang cukup lama memerintah negara ini, perpecahan kecil akan memberi impak besar.

"Apa yang saya dapat lihat, Umno sekarang semakin lemah. Perpaduan dalam parti juga semakin menurun dan ini boleh menyebabkan parti veteran negara ini berada di ambang perpecahan,"
Bemikian katanya pada Majlis Himpunan Ke Arah Penyatuan Ummah bertajuk “Dakwah Menjana Kesatuan Ummah",



Pemimpin Pakatan Rakyat Ni Kadangkala Bangang dan Tak Reti Bahasa Juga
Posted on Sunday, October 07 @ 12:45:27 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Tok Janggut

Banyak sudah aduan dibuat kepada pihak berkuasa oleh pemimpin pembangkang terhadap puak UMNO yang melakukan penipuan, menggunakan samseng dan sebagainya tetapi semuanya tidak mendatangkan kesan malahan tidak dipedulikan langsung oleh pihak berkuasa tersebut. 

UMNO juga langsung memghiraukan lapuran, desakan yang dibuat oleh pihak pembangkang supaya pihak berwajib menyiasat dan mengambil tindakan ke atas lapuran yang dibuat kerana tahu mereka berkuasa dan pihak polis, SPR, SPRM tidak akan berani dan tidak mampu untuk menyiasat apatah lagi untuk mengambil tindakan terhadap mereka. Malahan pihak polis, SPR dan SPRM ini dlihat bersekongkol dan melindungi serta terpaksa membuat semua kerja-kerja jahat dan penipuan yang diarahkan oleh UMNO terhadap mereka selama ini tanpa mampu membantah.

Penyelewengan dan salahguna kuasa Peguam negara dan bekas Ketua Polis negara yang didedahkan oleh bekas pegawai polis dan pihak lain terhadap beberapa kes yang melibatkan pemimpin tertinggi UMNO. Pemimpin pembangkang seperti orang bodoh dan tak reti bahasa mendesak kerajaan supaya menyiasat dan ambil tindakan terhadap kedua-dua pegawai tinggi ini. Apakah mereka rasa kerajaan UMNO akan melayan deskan tersebut kerana jika siasatan dan tindakan diambil sudah tentu kedua-dua pegawai ini akan mendedahkan mengapa mereka bertindak begitu, siapa yang arahkan. Maka semua rahsia akan bocor. Keduanya melakukan perbuatan tersebut atas arahan pemimpin UMNO dan mereka berdua mungkin sudah dijanjikan akan dilindungi. Adalah mustahil kerajaan akan menyiasat dan mengambil tindkan terhadap orang yang mereka arahkan membuat kerja kotor itu kerana akhirnya semuanya akan terbongkar nanti.

Begitu juga dengan penipuan daftar pengundi yang dibuat oleh SPR. Mengapa bangang sangat pembangkang yang mendesak kerajaan menyiasat dan membersihkan daftar pengundi tersebut? Bukankah apa yang dibuat oleh SPR itu atas arahan kerajaan UMNO? Jadi bagaimana kerajaan UMNO sendiri hendak menyiasat dan mengambil tindakan terhadap mereka sendiri? Itu juga sebabnya mengapa kerajaan UMNO menolak permintaan pembangkang untuk menjemput pemerhati luar untuk memantau pilihanraya umum negara kita ini kerana bimbang semua penipuan yang mereka lakukan akan terbongkar. Bolehkah kita mengarahkan perompak supaya menyiasat siapa yang merompak sesebuah rumah itu sedangkan perompak itulah yang merompak rumah tersebut? Begitulah juga bagaimana pembangkang cuba mendesak Najib supaya menyiasat rasuah kapal selam dan pembunuhan warga Monggolia itu sedangkan pembangkang sendiri yakin bahawa Najib memang terlibat dengan kedua-dua kes itu! Bodohlah Najib jika beliau mengarahkan pihak berkuasa menyiasat kes itu.

Begitu juga desakan supaya kerajaan UMNO memulangkan semual royalti minyak Kelantan. Munasabahkah mereka akan mengembalikan semula wang tersebut kerana mereka memang sengaja buat kerja zalim itu dengan tujuan untuk menunjukan kuasa mereka dengan perasaan sombong dan angkuh. Hati-hati mereka semua itu sebenarnya sudah di hijab oleh Allah ke arah perkara yang baik, adil dan bertimbangrasa. Hati-hati mereka semua sudah hitam pekat dengan sifat mazmumah yang tebal. Sukar untuk dibersihkan lagi kerana sepanjang hidup mereka darah dan daging mereka sentiasa disuap dengan makanan dan minuman dari sumber haram seperti rasuah, penipuan, rompakan harta rakyat, hasil judi dan riba.

Masalah penipuan daftar pengundi yang dibuat oleh SPR. Apakah tidak ada ruang dalam undang-undnag negara kita untuk membolehkan kita menyeret SPR ke mahkamah atau membuat lapuran kepada badan antarabangsa seperti PBB? Apa yang paling penting ialah, gandakan usaha untuk meyakin rakyat terutamanya di luar bandar akan penyelewengan dan kezaliman, penipuan serta salahguna kuasa puak UMNO ini untuk menjatuhkan kerajaan UMNO/BN di peringkat Pusat. Maka dengan itu nanti semuanya boleh kita siasat, bongkar dan ambil tindakan. Yang pastinya ketika itu bukan sahaja pemimpin UMNO yang berbaris di mahkamah dan memenuhi penjara-penjara dalam negara tetapi semua pegawai tinggi kerajaan termasuk SPR, JPN, IPTA, Polis, SPRM dan jabatan-jabatan lain yang selama ini bersekongkol dengan UMNO melakukan khianat terhadap rakyat dan negara akan turut sama berbaris di mahkamah. Jangan lepaskan mereka.

Pemimpin pembangkang diharap jangan buang masa dan jangan jadi terlalu bangang dengan mengharapkan bahawa lapuran dan desakan mereka akan dilayan oleh kerajaan UMNO. Mereka hanya jadi bahan ejekan, sindiran dan bahan ketawa sahaja kerana semua lapuran yang mereka buat hanya masuk ke dalam tong sampah sahaja. Tumpukan ceramah dan penerangan ke dalam-dalam kampung dan desa pula walaupun yang datang mendengar bilanganya kecil kerana yang penting maklumat itu sampai kepada rakyat. Kurangkan ceramah dikawasan-kawasan bandar atau pekan kerana kawasan-kawasan begini penduduknya agak celik dan selalu mendapat maklumat melalui internet dan tidak perlu risau lagi dengan sokongan mereka. Jangan buang masa di balai-balai polis untuk membuat lapuran terhadap puak UMNO tetapi lapurkan kepada rakyat sehingga ke akar umbi akan semua kerja jahat, samseng, ganas dan penipuan UMNO ini kerana hanya rakyat sahaja yang mampu menghukum puak UMNO ini dalam PRU13 kelak. Pihak berkuasa tidak mampu mengambil tindakan malahan mereka ini pula dilihat bersekongkol dan melindungi semua kerja jahat, samseng, ganas dan penipuan UMNO ini. Kesihan rakyat Malaysia. Wallahualam. 




Berita Bergambar: Tuan Guru Nik Aziz danTuan Guru Hadi Awang Di Terengganu
Posted on Sunday, October 07 @ 22:49:03 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: abuluqman

"





 YAB. Tuan Guru merasmikan program PAS Ganti Umno(PGU 5.0)peringkat Negeri Terengganu yang telah diadakan di Pekan Jabi,Setiu,Terengganu.Majlis ini juga telah diberi kejutan dengan 3 orang tokoh Umno yang menyerahkan borang ahli PAS

kepada YAB. Tuan Guru sendiri,turut hadir pada majlis ini YB Dato Seri Tuan Guru Presiden PAS serta beberapa yang lain,Jabatan IT PAS Terengganu mengangka kehadiran orang ramai pada PGU 5.0 kali ini mengangkau 60 ribu orang. Admin  Faill Tuan Guru
                        
        ..Nukilan Abu Luqman



Masjid-masjid di Malaysia bila lagi nak mesra OKU?
Posted on Monday, October 08 @ 10:11:20 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: amkns

"

Legoland begitu bersungguh-sungguh untuk mempromosi orang datang melawat tempat mereka termasuk mereka yang OKU. Malang sekali masih banyak masjid-masjid di Malaysia masih belum mesra OKU.

Legoland mesra OKU
8 Oktober 2012

JOHOR BAHRU - Taman tema Legoland Malaysia bukan sahaja sebagai lokasi riadah keluarga pertama seumpamanya di Asia, malah ia juga mesra orang kurang upaya (OKU) dengan ciri-ciri kemudahan bertaraf dunia.

Pengurus Veritas Arkitek Sdn Bhd cawangan Johor, Shah Jaffar berkata, kemudahan buat OKU antara yang dititikberat syarikat tersebut yang diberi amanah merekabentuk, menjadi perunding hiasan dalaman dan landskap bagi projek mega RM720 juta itu.

“Kemudahan untuk golongan yang kurang upaya di Legoland ini menjadi penanda aras buat projek pembangunan lain untuk mengaplikasikan kemudahan yang sama seperti yang dibangunkan di sini.

“Hampir dua hingga lima peratus daripada bajet reka bentuk ini difokuskan untuk kemudahan OKU seperti menyediakan laluan pejalan kaki, papan tanda braile, tac tiles, dan pelbagai kemudahan lain.

“Kami amat peka dengan keperluan OKU kerana salah seorang arkitek yang terlibat dalam pembangunan projek ini juga seorang OKU,” katanya kepada pemberita sempena ulang tahun ke-25 syarikat terbabit, di sini, Khamis lalu.

Shah berkata, kejayaan menyediakan kemudahan ‘barrier free’ buat OKU di Legoland juga menjadi rujukan untuk pembangunan dua projek sekolah menengah pendidikan khas yang bakal dibangunkan syarikat tersebut di Pulau Pinang dan Kedah.

Projek sekolah yang bakal dibina sebelum hujung tahun ini kini di peringkat rekaan pelan dengan nilai pembangunan RM50 juta setiap satu.

“Kita anggarkan dapat memulakan projek sekolah khas ini dalam tempoh terdekat dengan perangkaan pembinaan selama 18 bulan untuk disiapkan di atas tanah tujuh ekar (2.8 hektar).

“Kebanyakan pemaju kurang menitikberatkan soal penyediaan kemudahan OKU kerana mengandaikan ia sesuatu perkara yang remeh dan memerlukan kos yang tinggi, kerana kelengkapan prasarana bagi golongan itu 10 kali lebih mahal,” katanya.

Shah berkata, sempena sambutan ulang tahun ke-25 syarikat yang mempunyai beberapa cawangan di luar negara itu, seramai 25 kanak-kanak kurang upaya dari Taman Sinar Harapan Johor Bahru akan dibawa ke Legoland pada 24 Oktober depan.

“Mereka akan cuba sendiri kemudahan OKU yang disediakan di Legoland sekali gus beri peluang untuk berseronok buat mereka,” katanya.

- Sinar Harian "
 


Dekatnya Kiamat Masa Pembangunan Pencakar Langit dan Terowong Di Makkah
Posted on Monday, October 08 @ 11:00:00 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

ArtikelOleh: ismanusa

"
Lihatlah bangunan Menara Jam Mekah (Fairmont Tower) lebih tinggi dari pergunungan sekitarnya!

Pada zaman Nabi s.a.w, jumlah penduduk di kota Makkah masih sedikit, begitu pula dengan bangunannya. Rasulullah saw telahpun memberi amaran bahawa saat dekatnya kiamat ialah apabila didirikan bangunan sekitar Ka'bah melebihi dari pergunungan sekitarnya.

Inilah membuktikan mukjizat Nabi saw apabila secara khusus menggambarkan pembangunan pesat yang akan berlaku di sekitar Ka'bah. Tetapi yang lebih memeranjatkan apabila dinyatakan bahawa golongan yang sama itu jugalah yang bakal meruntuhkan Ka'bah! Alasan golongan tersebut ialah mereka akan membuat binaan yang lebih moden lagi.

Ibnu Syaibah meriwayatkan dengan sanadnya kepada Ya’la ibn Atha’ dari ayahnya, dia berkata: pada suatu hari, aku menuntun tali kekang onta Abdullah ibn Amr, lalu beliau berkata: "Bagaimana pendapat kalian, jika kalian hancurkan Ka’bah dan tidak menyisakan ada batu yang masih menumpuk? Mereka menjawab: oleh kita yang beragama Islam? Beliau menjawab: benar, kalian yang beragama Islam. Seseorang bertanya: lalu apa lagi? Beliau menjawab: kemudian ia akan dibangun dengan yang lebih bagus darinya. Apabila kalian telah melihat galian-galian besar di Makkah, dan bangunan-bangunannya menjulang tinggi melebihi pegunungannya, maka ketahuilah bahwa kiamat telah mendekatimu"[1].

Juga dinyatakan dalam hadis tersebut berlakunya penggalian besar-besaran disekitar Ka'bah. Maksud penggalian tersebut ialah pembinaan terowong (tunnel) didalam tanah dan juga penggalian pembinaan basement untuk bangunan pencakar langit.

Pembinaan terowong (tunnel) tersebut telah dilaksanakan pada tahun 2006 lagi bagi mengalirkan air zamzam dan juga untuk aliran air permukaan disekitar Ka'bah. Sungguh mengejutkan tanda-tanda yang telah di beritahu oleh Rasulullah saw itu begitu tepat dari segi skala pembinaan dan perancangan pembinaan; meliputi pembinaan pencakar langit beserta beserta jaringan terowong (tunnel) yang dilakukan pada masa yang sama, juga sebagai petunjuk tentang masa dan kemunculan golongan yang meremehkan Ka'bah.

Disini dibentangkan gambar-gambar susun atur pembinaan terowong (tunnel) sekitar Ka'bah.






Gambar-gambar tersebut diambil dari Jabatan Geologi Saudihttp://www.sgs.org.sa/English/Topics/Pages/Zamzam.aspx


[1] HR. Ibnu Abi Syaibah dan al-Arzaqi . Hadits ini memiliki beberapa jalan yang baik. Hadis ini di ambil dari buku karangan Dr. Muhammad ibn Abdurrahman al-'Areifi Dekan Aqidah dan Agama serta madzhab kontemporer di Universitas al-Malik Sa'ud – Riyadh, juga merupakan anggota Majelis Tinggi Pengetahuan Islami. Ini judul buku tersebut terjemahan bahasa Indonesia http://www.qu2buku.com/Kiamat%20Sudah%20Dekat

Untuk lebih memahami tentang peristiwa ini sila juga lihat artikel petunjukzaman sebelum ini;
  1. http://petunjukzaman.blogspot.com/2011/08/pembangunan-mekah-dan-kedatangan-dajjal.html
  2. http://petunjukzaman.blogspot.com/2012/04/mercutanda-kiamat.html

Petani China cipta helikopter dari bahan buangan
Posted on Monday, October 08 @ 17:00:00 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh: amkns

"Ketika kita menghadapi masalah remaja yang merempit, melepak, seks bebas, meragut, dadah dan sebagainya, cuba pula diatasi dengan program PLKN, remaja di China yang juga merupakan seorang petani telah mencipta helikopter dari bahan buangan, enjin skuter 150 cc, kepingan papan dari pokok yang dipotong sendiri dan boleh terbang setinggi 2600 kaki pada kos $1600 dan dibuat dalam tempoh 3 bulan.

 Chinese farmer builds a working wooden helicopter 

Chinese farmers probably have a knack for creating DIY flying machines. Wu Zhongyuan, a farmer from China’s Henan province has built himself a helicopter, using wood from an elm tree, a motorcycle engine and steel pipes. The 150cc engine powers the wooden blades, while the steel tubes provide structural rigidity. 
Wu has had no formal education in aviation or aeronautics, and says he built the helicopter relying on the Physics he learnt in middle school. He spent three months and nearly $1600 in creating the helicopter, which he claims can go as high as 800 meters. He won’t be able to fly it though, the Chinese government has stopped the flight for safety reasons.
 


Menuju negara maju tahun 2020, makin ramai ibu bapa terbiar
Posted on Monday, October 08 @ 19:00:00 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh: amkns

"Laporan rasmi menunjukkan semakin ramai warga emas ditinggalkan terus oleh anak-anak mereka apabila mereka dimasukkan ke hospital. 95 peratus kes sebegini adalah akibat dari kemiskinan. Ini menyebabkan banyak rumah perlindungan warga emas semakin sesak ketika ini. 

 

Rising number of seniors left behind at hospitals
Monday October 8, 2012 
KUALA LUMPUR: More senior citizens are ending up in welfare homes after being abandoned by their families at public hospitals. 
Hospitals, especially those in the Klang Valley and other urban areas, have little choice but to refer them to shelters run by the Government or NGOs, as they need the beds for new patients.
Hospital Kuala Lumpur's medical social work department head Hasnah Sulaiman said that up to June this year, 157 patients above 60 were abandoned by their families at hospital. A total of 205 senior citizens were abandoned last year. 
Hasnah said 95% of those abandoned came from poor families. 
She said in most cases, family members refused to take them back or could not be contacted because fake telephone numbers and addresses were given during registration. 
“In some cases, doctors even called the children personally to tell them that their parents had recovered, but they insisted that the old folk were still unwell,” she said. 
Another common excuse was that they did not have the time to fetch their elderly parents back. She said hospitals usually handed over the neglected old folk to non-governmental organisations. “But even these shelters are now almost filled up.” 

Bank Negara rugi RM30 bilion angkara Menteri?
Posted on Monday, October 08 @ 19:30:00 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh teori

Sumber RoketKini

KUALA LUMPUR, 8 OKTOBER: Dalam keghairahan kerajaan BN mengutuk Soros sebagai spekulator matawang asing, DAP mendesak kerajaan agar menjelaskan kerugian yang ditanggung Bank Negara mencecah RM30 bilionakibat skandal matawang oleh spekulator tempatan. 
“Tan Sri Nor Mohamed Yakcop harus tampil menjelaskan sepenuhnya skandal kewangan ini demi kepentingan awam,” demikian kenyataan yang dikeluarkan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng ketika mengulas jawapan parlimen yang diberikan oleh Timbalan Menteri Kewangan Datuk Donald Lim dua minggu lalu.

Timbalan Menteri Kewangan tersebut berkata di Parlimen bahawa Bank Negara hanya mencatatkan kerugian sebanyak RM10.1 bilion pada tahun 1992 dan RM5.7 bilion pada tahun 1993.

“Ini menimbulkan persoalan berhubung kerugian RM10.1 bilion pada tahun 1992 biarpun jumlah kerugian mencecah RM30 bilion seperti yang dianggarkan oleh bekas pegawai kanan Bank Negara Dr Rosli Yakcop yang pernah bekerja di bawah Tan Sri Nor,”
Menurut Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan, Tan Sri Nor dikenal pasti sebagai watak utama dalam menguruskan urusniaga matawang untuk Bank Negara ketika itu dengan pertaruhan besar.
“Ia melibatkan beratus-ratus juta Dolar Amerika untuk setiap lot pertaruhan dan sehingga kini beliau enggan menjelaskan penglibatan beliau atau mengapa beliau memperjudikan dana negara dengan begitu tidak bertanggungjawab sehingga menyebabkan skandal kewangan terbesar dalam sejarah Malaysia.”
Dalam perkara yang berkaitan, Guan Eng turut mempersoalkan mengapa Kerajaan Malaysia mengamalkan pilih kasih dengan melindungi spekulator matawang Malaysia seperti Tan Sri Nor Mohamed Yakcop?
“Lebih teruk lagi, Kerajaan BN bukan sahaja gagal menghukum mereka yang bertanggungjawab atas kerugian besar atau menuntut kebertanggungjawaban sepenuhnya, tetapi telah menaikkan pangkat spekulator mata wang forex seperti Tan Sri Nor Mohamed Yakcop kepada jawatan Menteri Kabinet.” ujar beliau.
Tambahnya, kegagalan untuk menjelaskan kepada umum berbuat demikian akan menunjukkan bahawa Kerajaan BN hanya berpura-pura dalam komitmennya terhadap kebertanggungjawaban awam dan ketelusan.- Roketkini.com


Jika Ling sangkut, Dr M pun sangkut...
Posted on Monday, October 08 @ 20:00:00 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh teori

Sumber m@rhaen

Pepatah Inggeris ada mengatakan, "Birds of a feather flock together,' yang membawa maksud, burung-burung yang memiliki bulu yang serupa, akan berhimpun bersama-sama. Inilah yang berlaku dalam pentadbiran kerajaan umno/BN selama ini.
Yang paling ketara, bermula semasa era Mahathir hinggalah ke era Najib sekarang. Burung yang berhimpun bersama-sama ini akan melakukan perkara-perkara yang serupa.

Apa yang kamu makan, itu yang aku makan. Cuma yang membezakannya, kuantiti makanan. Ada yang makan besar, makan sederhana, makan kecil.

Dalam kes perbicaraan penyelewengan projek Port Klang Free Zone (PKFZ), tekanan yang diterima oleh tertuduh, mantan presiden MCA, Dr. Ling Liong Sik semakin memuncak menyebabkan Ling tidak mempunyai pilihan lain, selain mengheret sama bekas bos beliau, Dr. Mahathir ketika dalam kabinet yang meluluskan projek berkenaan untuk membela beliau (Ling). Turut diheret, dua lagi, bekas PM Abdullah dan PM Najib yang pada ketika itu, sama-sama menganggotai kabinet Mahathir.
Mudah sangat Mahathir menyatakan beliau tidak menyedari sebarang penipuan dalam pengendalian projek berbilion ringgit itu. Bodoh sangatlah seorang PM yang dikelilingi oleh para pakar dan penasihat ekonomi dan kewangan, tidak dimaklumkan mengenai sebarang penyelewengan. Ini bukan projek berharga dua tiga kupang!
Mahu tidak mahu, kali ini Dr. Mahathir terpaksalah ke mahkamah untuk mempertahankan rakan kabinetnya daripada dijatuhkan hukuman bersalah. Pertahankanlah selagi boleh kerana jika Ling terus dibiarkan berseorangan menghadapi tekanan semasa pendakwaan menipu kabinet, nama Mahathir tetap akan diseret sebagai ketua dan orang yang bertanggungjawab membenarkan berlakunya penipuan itu.
Jadi, jika Ling dijatuhi hukuman, besar kemungkinan dalam proses pendakwaan, nama Mahathir dikaitkan sama sebagai pembohong dan beliau juga terdedah dan boleh didakwa bersubahat melakukan pembohongan dalam projek PKFZ ini.
Dr. Mahathir, tak payahlah menyibukkan diri mencipta pelbagai dakwaan tak berasas terhadap Pakatan Rakyat hingga terpaksa mengaitkan nama George Soros sebab Pakatan Rakyat sendiri pun dah kata "Kami tak kenal Soros"...  Kita fahamlah mengapa Dr. Mahathir begitu takut Pakatan Rakyat berkuasa di Putrajaya dan bimbang jika Ling Ling Sik didapati bersalah. Ini kerana Dr. Mahathir telah terbayang, beliau akan sama-sama mengiringi dan menemani Ling Liong Sik untuk berhimpun bersama-sama dalam Penjara Sungai Buloh.... Skandal PKFZ baru salah-satu. 
Kabinet tidak bantah PKFZ, kata Dr Mahathir kepada mahkamah

KUALA LUMPUR, 8 Okt — Tun Dr Mahathir Mohamad tidak membuat apa-apa aduan jenayah mengenai Kabinet ditipu di dalam meluluskan pembelian tanah untuk Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) yang telah mengakibatkan kerugian kepada kerajaan, kata bekas Perdana Menteri (PM) itu kepada Mahkamah Tinggi hari ini.
Dr Mahathir, yang merupakan PM ketika projek itu diberikan restu, hari ini telah hadir sebagai saksi untuk Tun Dr Ling Liong Sik, bekas Menteri Pengangkutan yang sedang dibicarakan kerana menipu Kabinet.
“Saya tidak ingat apa-apa bantahan serius (dari mana-mana anggota Kabinet) kerana semua sangat berminat untuk mengadakan projek ini,” katanya kepada peguam Dr Ling, Wong Kian Kheong.

Apabila ditanya jika beliau atau mana-mana ahli-ahli Kabinet beliau telah membuat laporan polis untuk mengadu tentang ditipu, dia menjawab: “Tidak.”

Beliau juga menyatakan bahawa seorang anggota polis memberitahunya jika penyiasat mengambil kenyataan beliau terlebih dahulu, Dr Ling tidak akan didakwa dengan apa-apa jenayah.

Dr Ling didakwa pada 2010akan tetapi Dr Mahathir mengatakan kenyataan beliau kepada polis adalah sepanjang dua tahun ini.

Dr Ling berkhidmat sebagai Menteri Pengangkutan dari January 1986 sehingga May 2003.

Pendedahan kajian kedudukan oleh firma perkaunan terkenal PricewaterhouseCoopers (PwC) pada 2009 bahawa kos untuk membayar hutang boleh mencecah RM12.5 bilion.

Semenjak Disember 2009, enam individu sudah didakwa di mahkamah termasuk bekas presiden MCA Dr Ling dan bekas menteri pengangkutan selepasnya dan timbalan presiden MCA Tan Sri Chan Kong Choy.

Kedua-dua dituduh menipu Kabinet.

Dr Ling turut menghadapi dua dakwaan alternatif menipu Kabinet sehingga percaya terma pembelian — RM25 sekaki persegi dicampur dengan faedah sebanyak 7.5 peratus — diketahui dan dipersetujui oleh JPPH walaupun mengetahui tiada sebarang perjanjian.

Beliau menghadapi kemungkinan dipenjara selama tujuh tahun, atau didenda, atau kedua-duanya sekali jika disabitkan dengan pertuduhan pertama dibawah seksyen 418 Kod Jenayah.

Pertuduhan alternatif pula hukumannya lebih ringan lima tahun penjara, atau denda atau kedua-duanya sekali.

Dr Mahathir akan hadir lagi ke mahkamah pagi esok.
Oleh Ida Lim - Malaysian Insider - October 08, 2012
Jika Ling sangkut, Dr M pun sangkut...



Jawapan Kepada Mahathir : Undi Untuk BN, Undi Untuk Syaitan
Posted on Monday, October 08 @ 20:30:00 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh Hayati Umor

SHAH ALAM 08 OKT : Pakatan Rakyat (PR) hari ini menolak dakwaan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa mengundi untuk pembangkang adalah mengundi untuk spekulator mata wang George Soros.
Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata dakwaan itu sentiasa disuntik untuk menakutkan rakyat yang sering dilontarkan sejak dahulu apabila menjelang Pilihanraya Umum (PRU).

Katanya, Mahathir dan pemimpin Umno-BN lain sangat takut sekiranya BN kalah dalam PRU 13 akan datang. Ini disebabkan kebanyakan dari pemimpin-pemimpin ini mempunyai ‘kepentingan’ serta mempunyai hubungan yang kuat dengan yahudi.

“Tengok sahaja Mahathir, beliau menggunakan duit rakyat untuk bertemu dengan bekas Presiden Amerika George W. Bush.
“Kemudian Kerajaan Pusat membayar puluhan juta kepada APCO Worldwide kononnya mahu memulihkan imej Malaysia di peringkat antarabangsa, sedangkan ahli APCO itu terdiri daripada bekas menteri Israel dan pegawai besar tentera Israel,” katanya ketika dihubungi.
Sehubungan itu, Mahfuz berkata mengundi Umno-BN sama seperti mengundi ‘syaitan’.
“Itu beliau yang cakap begitu, BN adalah syaitan yang dikenali. Jadi sama undi BN sama seperti undi syaitan.
“Sebab syaitan lagi teruk dari yahudi, kerana syaitan juga yang merosakkan yahudi.
“Mana teruk, orang yang terima duit dari orang asing yang dikatakan yahudi tetapi tidak ikut cara yahudi atau orang yang memberi duit kepada yahudi untuk menghentam Palestin?,” soalnya.
Sementara itu, Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua berkata PR tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan Soros malah tidak mengenali Soros.
Tambahnya, Pakatan tidak mempunyai agenda Yahudi dan turut menyokong perjuangan masyarakat Palestin ke atas penindasan rejim Israel di negara tersebut,” katanya.
Tony Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara mendakwa Mahathir bakal menjejaskan imejnya sebagai bekas Perdana Menteri yang berwibawa apabila mengaitkan PR dengan Soros.
Selain menyifatkan Mahathir sebagai “nyanyuk”, Tony berkata ahli veteran Umno itu tidak patut melibatkan diri dalam konflik seperti ini memandangkan beliau bukan memegang jawatan sebagai pemimpin negara.
“Kenyataan itu merupakan kata-kata orang yang telah nyanyuk ini akan mengurangkan persepsi baik orang ramai terhadap beliau. Beliau telah hilang relevan dalam mengeluarkan kenyataan dan tindakan ini akan mencemar nama baiknya sendiri,” katanya.
Beliau turut menempelak Mahathir yang pernah berjumpa dengan Soros untuk mengajak Soros menyertai projek Forum Keamanan Global untuk menangani jenayah perang sebelum ini.

KLIA 2: Skandal baru projek sistem ruang udara?
Posted on Monday, October 08 @ 21:00:00 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh teori

Oleh Nurul Izzah 

Umum sedia maklum tentang kos projek lapangan terbang kos rendah KLIA2 yang telah menyaksikan pertambahan kos dari RM1.7 bilion, hingga ke RM3.9 bilion Mac lalu, sehinggalah diumumkan kos RM5 bilion pada Julai tahun ini oleh tidak lain dan tidak bukan Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia, Tan Sri Tony Fernandes. Pagi ini Timbalan Menteri Pengangkutan mengesahkan jumlah RM4 bilion – setakat ini.

Peningkatan hampir 200 peratus ini merupakan pembaziran Maha Besar oleh kerajaan BN, yang enggan diperjelaskan oleh Menteri Pengangkutan sedia ada. Praktis memulakan sesuatu projek dengan kos yang rendah yang kemudiannya ditambah dengan alasan penemuan keperluan yang luar jangkaan hanya memperkukuhkan persepsi bahawa proses perancangan dan pelaksanaan projek kerajaan tidak telus.

Terbaru, saya dimaklumkan bahawa sistem Air Traffic Modernization Program (ATMOP) untuk meningkatkan tahap perkhidmatan kawalan trafik udara KLIA2 dan ruang udara sekitar diselubungi kontroversi. Saya difahamkan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) pada 3 Oktober 2012 menganugerahkan Surat Tawaran (Letter of Award, LoA) kepada ENAV S.p.A. sebagai Perunding bagi ATMOP – iaitu untuk bertindak selaku perunding untuk meningkatkan tahap perkhidmatan bagi komunikasi, pengemudian, pengawasan dan kawalan trafik udara di KLIA2 dan ruang udara sekitarnya.
Kontroversi berkisar mengenai isu-isu berikut:
1. Hubungan rapat ENAV-SELEX
Siri pendedahan sebelum ini berkait masalah-masalah sistem kawalan trafik udara di Subang yang dibangunkan syarikat Selex Sistemi Integrati (SELEX) dengan kerjasama Advanced Air Traffic Systems (M) Sdn Bhd (AAT), iaitu syarikat yang turut berkait dengan anak DS Jamaluddin Jarjis.
Yang paling merisaukan adalah hubungan SELEX dan ENAV. Dalam satu kenyataan media bertarikh 11 Mei 2009, dengan terangnya disebut bahawa kedua-dua syarikat ini akan bekerjasama untuk menembus pasaran antarabangsa bagi perkhidmatan kawalan trafik udara.
Persoalannya di sini: Bukankah lantikan ENAV sebagai perunding bagi ATMOP menimbulkan kemungkinan berlakunya percanggahan kepentingan (conflict of interest) oleh sebab rakan perniagaannya SELEX adalah sebuah syarikat pembekal sistem kawalan trafik udara?
Klausa 29.1 surat perjanjian antara ENAV dan DCA menyatakan bahawa Perunding mesti mematuhi semua undang-undang dan peraturan negara Malaysia, termasuk yang berkaitan isu perolehan. Disebabkan hubungan perniagaan ENAV dan SELEX, bukankah ENAV akan bertindak berat sebelah dalam menyarankan syarikat pembekal bagi sistem kawalan trafik udara nanti?
Klausa 33.1 surat perjanjian yang sama turut menyatakan Perunding tidak akan terlibat dalam aktiviti perniagaan atau profesional di Malaysia secara langsung mahupun tidak yang akan bercanggah dengan prestasi atau kewajipan yang akan ditanggung Perunding mengikut perjanjian tersebut.
Disebabkan hubungan ENAV dan SELEX, adakah ENAV secara tidak langsung terlibat dalam aktiviti perniagaan dan telah melanggar klausa tersebut?
2. Harga projek ATMOP yang diumum ENAV
Klausa 1.4 dari senarai semakan projek ini menyatakan bahawa harga bumbung (ceiling price) projek ini adalah RM27 juta. Namun mengikut satu kenyataan media yang dibuat ENAV pada 3 Oktober lalu (iaitu pada hari sama LoA dianugerahkan), kontrak tersebut diberi nilai 10 juta Euro, yang bersamaan dengan hampir RM40 juta. Rakyat Malaysia wajib diberi penjelasan: jumlah mana yang benar?
3. Isu masalah sistem yang dibangun SELEX masih belum terjawab
Turut merisaukan, isu kegagalan sistem yang dibangunkan SELEX pada 12hb September lalu. Hingga ke hari ini rakyat Malaysia masih belum mendapat gambaran sebenar apakah yang telah menyebabkan sistem kawalan trafik udara di Subang gagal antara jam 2 hingga 4 pagi. Gesaan saya dan pimpinan KEADILAN yang lain, bahawa satu audit bebas yang dilaksanakan International Civil Aviation Organization (ICAO) masih belum terjawab.
Kementerian Pengangkutan wajib menjawab pertanyaan-pertanyaan di atas dan memberi jaminan bahawa ketiga-tiga klausa di atas tidak dilanggar oleh Kementerian dan DCA. Rakyat tidak mampu membiarkan SELEX yang masih belum selesai permasalahannya di ATCC Subang mendapat kontrak untuk KLIA2 menerusi hubungan syarikat tersebut dengan ENAV.
Nurul Izzah Anwar
Ahli Parlimen Lembah Pantai
Naib Presiden KEADILAN
8 Oktober 2012



Sakit mental meningkat, tangani cara Islam
Posted on Tuesday, October 09 @ 01:12:01 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: amkns

"

Malaysia sebuah negara majoriti umat Islam menghadapi masalah sakit mental yang serius dimana 12 peratus rakyat negara ini atau 3.5 juta orang menghidap penyakit mental sepatutnya menangani kes mental ini dengan institusi agama yang banyak terdapat di negara ini dengan dana zakat yang banyak seperti JAKIM, PERKIM, MAIN, KAGAT, IKIM dan sebagainya. Kenapa perlu tanggungjawab merawat pesakit mental ini diserahkan kepada Kementerian Kesihatan keseluruhannya?


 
REMAJA SAKIT MENTAL MENINGKAT
8 Okt. 2012  
Masalah kesihatan mental dalam kalangan kanak-kanak dan remaja di negara ini berada pada tahap membimbangkan malah bilangannya semakin menunjukkan peningkatan. 
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, statistik Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan mendapati kelaziman masalah kesihatan mental golongan tersebut telah meningkat daripada 13 peratus pada 1996 kepada 20 peratus pada tahun lalu. 
Katanya, pengaruh internet dan teknologi komunikasi di samping faktor kesibukan ibu bapa dijangka terus membawa kepada peningkatan peratusan tersebut kelak.
"Kanak-kanak kini terpengaruh dan menghabiskan banyak masa dengan internet dan teknologi komunikasi terkini yang menyebabkan mereka semakin kurang berinteraksi dan berkomunikasi terutama bersama keluarga. 

8,000 Jururawat menggangur
Posted on Tuesday, October 09 @ 01:12:33 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: amkns

"

Berapa ramaikah sebenarnya graduan kejururawatan yang menganggur, 8,000 atau 40,000? Jika sudah berlaku lambakan jururawat swasta kenapa dibenarkan lagi IPTS mengambil pelajar baru? Kenapa pula dibenarkan hospital swasta mengambil 8,000 jururawat asing?


 
8,000 JURURAWAT MENGANGGUR
8 Okt. 2012
Sebanyak 8,000 lepasan bidang kejururawatan di negara ini gagal memperoleh pekerjaan dalam bidang berkaitan sama ada di sektor kerajaan mahupun swasta. 
Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, keadaan itu disebabkan mutu lepasan jururawat yang rendah serta ketidakseimbangan peluang pekerjaan. 
"Mengambil kira perkara itu, kita sedang bekerjasama secara berterusan dengan Kementerian Kesihatan bagi menyelesaikan isu pengangguran dalam kalangan golongan tersebut terutama lepasan kolej-kolej swasta. 
"Malah, kita sedang melihat beberapa modul yang boleh digunapakai seperti menawarkan latihan praktikal kepada lepasan jururawat yang sudah bertahun-tahun menganggur bagi membuka peluang mereka terlibat dalam dunia pekerjaan," katanya. 
'HIRE LOCAL NURSING GRADS'
07 May 2012 
THE Health Ministry has called on private hospitals to recruit experienced locally-trained nurses rather than hire foreign ones  to reach the targeted nurse-patient ratio by 2015. Rosnah said private hospitals had hired 8,052 foreign nurses. 
LEBIH 50 PERATUS GRADUAN KEJURURAWATAN MENGANGGUR  
Graduan kolej jururawat menganggur 
SAYA bekas pelajar Diploma Kejururawatan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di Pantai Timur. Masalahnya, sudah setahun lebih saya dan rakan menganggur. Sebelum ini, kami difahamkan negara memerlukan lebih ramai jururawat untuk ditempatkan di hospital. Sehingga kini masih ramai bekas pelajar jururawat IPTS menganggur.
Persoalannya, adakah jawatan jururawat sudah mencukupi? Kalau masih ada kekosongan, mengapa ramai belum diambil bekerja? Dengan lambakan kolej swasta yang menawarkan kursus kejururawatan, kami seolah-olah dipinggirkan. Adakah pihak berkenaan mengkaji kuota pelajar jururawat yang semakin bertambah? 
Kami juga kesal kerana kolej kami tidak membantu dan hanya ingin mengaut keuntungan. Ada yang menerima surat menyatakan mereka perlu menjelaskan pinjaman sedangkan kami belum bekerja. 
GRADUAN KECEWA, Kuala Terengganu.  
JEYAKUMAR : KEMENTERIAN KESIHATAN MESTI BERTANGGUNG-JAWAB
By Aliran, on 1 December 2011 
Berikut ialah intervensi Dr Jeyakumar Devaraj dalam perbahasan Bajet Kementerian Kesihatan pada 16 November 2011. Saya ingin tanya, manakah 41000 penuntut kejururawatan yang masih di kolej pada takat ini akan mendapat kerja.
Jawapan pada saya bertarikh 14 November 2011 dinyatakan bahawa hanya 45.5 peratus daripada graduan kejururawatan yang lulus peperiksaan Lembaga Jururawat pada tahun 2010 dapat cari kerja! YB Menteri, pasaran untuk jururawat telah dibanjiri. It is flooded. Mengapakah Kementerian tidak mengurangkan kuota untuk kolej-kolej kejururawatan? 
PENIPUAN DI KOLEJ JURURAWAT
Difahamkan, 61 buah IPTS telah diberi izin oleh Kementerian Pengajian Tinggi untuk mengadakan kursus kejururawatan dan lebih daripada 41,000 penuntut kejururawatan yang sedang belajar dalam IPTS-IPTS ini. Pada tahun 2010, 7665 graduan kejururawatan daripada IPTS telah mengambil peperiksaan Lembaga Jururawat. Hanya 70.1% daripada bilangan ini yang lulus peperiksaan tersebut berbanding kadar kelulusan setinggi 98.4% di kalangan calon kejururawatan yang belajar di Kementerian Kesihatan Malaysia.
Ini jelas menunjukkan bahawa kualiti pendidikan di beberapa kolej kejururawatan swasta tidak memuaskan. Hanya 42.7% daripada pelajar kejururawatan yang graduan pada tahun 2010 berjaya dapat kerja di hospital dan klinik.  


Saman selesai selepas Chamil dan Utusan mohon maaf dengan Teresa Kok
Posted on Tuesday, October 09 @ 01:23:46 UTC 
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Bernama
KUALA LUMPUR - Saman fitnah RM30 juta yang difailkan Anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok Suh Sim terhadap kolumnis Utusan Malaysia Datuk Chamil Wariya dan Utusan Melayu Sdn Bhd diselesaikan hari ini kedua-dua defendan memohon maaf secara terbuka kepada ahli politik itu.

Kedua-dua kenyataan maaf dibacakan di mahkamah terbuka oleh peguam Zalil Mohd Mess yang mewakili Chamil, yang juga Ketua Eksekutif Institut Akhbar Malaysia dan T.K.B. Mohana Kumar yang mewakili Utusan Melayu, sebagai sebahagian daripada penyelesaian di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Dr Hamid Sultan Abu Backer.

Peguam Kok, S.N.Nair memaklumkan mahkamah bahawa berdasarkan terma penyelesaian, defendan pertama (Chamil) perlu membaca permohonan maaf itu di mahkamah terbuka tanpa sebarang perintah atau kos.

Bagaimanapun, defendan kedua (Utusan Melayu) perlu membaca permohonan maaf itu dan membayar kos RM50,000 kepada Anggota Parlimen itu dan juga menerbitkan permohonan maaf itu dalam halaman sastera Mingguan Malaysia.

Dalam saman yang difailkan pada 12 Dis, 2008, Kok, yang juga exco kerajaan negeri Selangor, menamakan Chamil, penyumbang artikel bertajuk "Politik Baru YBJ" dan Utusan Melayu Sdn Bhd, yang menerbitkan artikel itu, sebagai defendan.

Kok mendakwa artikel dalam Mingguan Malaysia itu secara tidak langsung menunjukkan bahawa beliau adalah seorang politik yang anti-Islam dan anti-Melayu.

Terdahulu Zalil semasa membacakan permohonan maaf itu berkata anak guamnya ingin menjelaskan bahawa karya fiksyen genre cerpen yang tersiar dalam akhbar Mingguan Malaysia itu bukan lagi karya aslinya dan sebilangan watak dalam cerpen itu telah diubah dan tidak sama dengan watak-watak tertentu dalam karya asalnya.

Zalil berkata segala pindaan yang dilakukan bukan sahaja tidak mendapat persetujuan Chamil malah beliau juga tidak dihubungi atau dimaklumkan langsung.

Sementara itu, Mohana membantah kenyataan Chamil yang dimasukkan dalam permohonan maaf itu dan meminta mahkamah merekodkannya.

Ketika membacakan permohonan maaf itu, Mohana berkata dalam melaksanakan hak sebagai penerbit akhbar Mingguan Malaysia, pihaknya telah menukar beberapa nama dalam skrip asal cerpen itu tanpa mengubah jalan ceritanya.- Bernama

Tiada ulasan: