Jumaat, 4 Mei 2012

POLIS...DAN ORANG YANG SEDANG BERKUASA...MUNGKIN ADA KEKEBALANNYA SENDIRI...KENA TERIMALAH HAKIKAT INI...TETAPI MEREKA TAK KEBAL DENGAN DOA....LEBIH2 DARI ORANG2 MEREKA ZALIM...MOHONLAH...'BALASLAH SETIMPAL DENGAN KEJAHATAN MEREKA'...JIKA MEREKA TAK JAHAT MAKA TAK KENALAH DOA INI...ALLAH BOLEH HUKUM BENTUK PERIBADI ATAU KELUARGA....OLEH ITU JANGAN BONGKAK DENGAN MANUSIA...IA JUGA BERERTI BONGKAK DENGAN ALLAH...ORANG YANG SOMBONG DIHARAMKAN MASUK SYURGA...ORANG YANG MULA2 KAFIR ADALAH ORANG YANG SOMBONG....SAPE DIA ...IALAH 'IBLIS'

Bersih 3.0: Rakyat makin marah kenyataan polis

Abdul Aziz Mustafa, 03 Mei 2012
KUALA LUMPUR, 3 Mei: Semakin banyak polis membuat kenyataan mengenai Bersih 3.0, semakin membara kemarahan rakyat, kata Timbalan Presiden Mohamad Sabu.

"Kita tahu, tujuan mereka hendak buat 'damage control' atau hendak kawal kemusnahan imej Umno dan polis sendiri.

"Baguslah, cakaplah banyak-banyak dan tulislah banyak-banyak tak kiralah dalam TV atau di mana-mana sekalipun.

"Lagi banyak mereka cakap, makin berapi-api kemarahan rakyat," katanya.

Menurut Mohamad, pihak penganjur Bersih 3.0 tidak perlu menerangkan apa-apa kerana pelbagai gambar dan rakaman kejadian serta pelbagai pengakuan rakyat biasa yang menyertai himpunan Bersih 3.0 Sabtu lalu menerangkan segala-galanya.

"Permohonan maaf Ketua Polis Negara (Tan Sri Ismail Omar) kepada jurugambar Malay Mail (Muhammad Arif Kartono) sekali lagi membuktikan pembohongan media-media Umno yang terang-terang dan secara bertulis menuduh peserta perhimpunan Bersih yang pukul jurugambar itu," katanya.

Mengenai dakwaan Ismail bahawa penggunaan air berkimia terhadap peserta Bersih 3.0 cara yang "paling kurang menyakitkan", Mohamad menjemput Ketua Polis Negara itu berada di barisan hadapan perhimpunan rakyat yang diserang meriam air polis apabila beliau bersara nanti.

"Bila dia pencen nanti, bolehlah kita ajak Ismail berdiri di hadapan sekali bila polis serang dengan perhimpunan kita dengan meriam air. Tak ada apa-apa, sakit sedikit sahaja.

"Kalau kelonsong gas pemedih mata kena kepala pun tak mengapa sebab rasa dia macam keropok kelonsong ais krim," Mohamad menyindir.

Beliau mempersoalkan, adakah selepas ini Ketua Polis Negara akan mendakwa tindakan polis mengganasi peserta perhimpunan aman itu juga "yang paling kurang menyakitkan"?

"Polis pukul orang, pijak, tendang, terajang mereka yang tidak lagi berhimpun, orang yang berada dalam perkarangan masjid hendak bersolat ketika azan sedang dilaungkan, sedang berjalan hendak pulang, hendak naik kenderaan awam, sedang makan dan minum di restoran-restoran dan di gerai-gerai, adakah Ketua Polis Negara hendak kata itu semua yang paling kurang menyakitkan?" beliau mempertikaikan.

Mengenai ancaman polis hendak memburu mereka yang didakwa sebagai "perusuh Bersih 3.0", Mohamad yakin jika orang yang tidak bersalah yang ditangkap dan dianiaya, ia akan menambahkan lagi kemarahan dan kebencian orang ramai.

"Rakyat tahu, hampir semua orang tahu, ada anggota pasukan tertentu yang sengaja ditugaskan untuk mencetuskan kekecohan dan menghuru-harakan keadaan. Tangkaplah mereka sama kalau betul ikut undang-undang.

"Tak perlulah pura-pura tak tahu atau hendak tunjuk pandai dalam kebodohan yang sangat ketara di mata rakyat. Rakyat sudah lama tahu kerja jahat mereka,"katanya.

Mohamad juga yakin apa yang berlaku yang berlaku pada tahun 1999 dan 2008 lalu akan berulang.

"Menjelang pilihan raya 1999, TV dan media pro-Umno menggila habis-habisan menunjukkan rakaman dan gambar penunjuk perasaan yang digambarkan ganas.

"Bila tiba pilihan raya, hanya kira-kira 35 peratus sahaja orang-orang Melayu mengundi Umno dan Barisan Nasional (BN)," katanya.

Taktik yang sama juga, katanya, digunakan menjelang pilihan raya 2008 dengan menggunakan rakaman dan gambar-gambar dalam perhimpunan Bersih 1o November 2007.

"Akhirnya, hadiah kepada Umno kerana menggunakan taktik lapuk itu ialah ia kehilangan empat lagi negeri selain Kelantan yang gagal dirampasnya walaupun mencuba bersungguh-sungguh," kata

Mohamad bagaimanapun tidak hairan jika Umno mangulangi lagi taktik dan kebodohan yang sama.

"Mereka sudah tidak tahu buat apa-apa lagi untuk menahan gelombang kebangkitan rakyat.

"Satu-satunya cara mereka tahu ialah bertindak ganas ke atas rakyat yang menolak mereka," katanya.

Beliau yakin, keganasan yang memangsakan rakyat dengan kejam itu akan menghukum Umno dan BN dengan lebih teruk.

Kekasaran Polis - Protes Akhbar China Tempatan

http://alhusseyn51.blogspot.com/, 04 Mei 2012

Khamis, Mei 03, 2012

Akhbar- akhbar China tempatan, Sin Chew Daily, Nanyang Siang Pau, China Press, Guang Ming Daily and Oriental Daily mencetak muka depan akhbar mereka dengan warna hitam sebagai protes terhadap layanan pihak berkuasa keatas kebebasan wartawan dan jurugambar dalam mengharungi tugas mereka terutamanya semasa berlaku demo.

Beberapa wartawan tempatan dan luar negara telah dikasari PDRM dan peralatan mereka telah dirampas dan dirosakan.

Dilaporkan disini bahawa lebih sepuluh orang wartawan cedera akibat dikasari PDRM ketika membuat liputan perhimpunan BERSIH 3.0.


Ketua Polis Negara tentu akan kata, wartawan dan jurugambar yang cedera itu telah mencederakan diri mereka sendiri dengan sengaja. Kalau tidak nak kata apa lagi? Takkan nak ngaku?

PDRM sepatutnya memberi perlindungan kepada mereka dan bukan berkelakuan sebaliknya.

Esok merupakan Hari Kebebasan Media Sedunia. Para wartawan dan jurugambar akan memakai pakaian hitam dan pita kuning bagi menunjukkan solidariti terhadap wartawan yang diserang.Pita atau reben kuning antara simbol kebebasan media yang digunakan di seluruh dunia.

Bersih 3.0 dan keajaiban media baru

Ahmad Lutfi Othman, 04 Mei 2012
Semasa program sembang santai blogger dan wartawan dengan Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Ulu Yam, Selangor, petang Ahad lalu, sehari selepas himpunan Bersih 3.0, Ketua Penerangan PAS Pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man menekankan soal "keajaiban" dan sumbangan besar media baru.

Suatu waktu dahulu, ketika berdepan asakan dan serangan berterusan media yang dikawal mutlak elit pemerintah, parti-parti pembangkang yang dinafikan hak untuk "bermain di atas padang sama rata" terasa begitu perit sekali. Tiada langsung peluang untuk menjawab segala tohmahan.

Namun, dalam suasana langit terbuka dan penemuan gajet baru yang lebih sofistikated, proses pendemokrasian semakin mudah untuk menjadi lebih matang, teruji dan menyeluruh. Setiap pihak mempunyai ruang untuk berbicara mengemukakan hujah, menjelaskan kekeliruan, sekali gus menyanggah fitnah.

Lebih menarik apabila gambar-gambar yang dirakam, tidak terbatas oleh jurufoto profesional, malah rakyat biasa, terutama yang disiarkan melalui YouTube, tambah menyemarakkan lagi usaha menumbangkan kerajaan zalim.

Contoh ketara, kebangkitan dunia Arab membuktikan diktator rakus kecundang apabila maklumat tidak dapat lagi dimonopoli elit penguasa. Segala tindakan di luar batas kemanusiaan, termasuk mengakibatkan kematian dan kecederaan parah ke atas penunjuk perasaan, seperti di Medan Tahrir, tersebar luas ke seluruh dunia dalam sekelip mata.

Terbaru, demonstrasi raksasa 28 April lalu, di sekitar Dataran Merdeka, yang menghimpunkan -- paling kurang -- suku juta rakyat prihatin, bukan saja mencatatkan sejarah baru perjuangan menuntut hak di Malaysia, malah mendedahkan ketakutan regim pemerintah terhadap pembongkaran tindakan ganas pasukan polis.

Rakyat bangkit serentak, berganding bahu, membentuk gelombang kuning yang melaut, dengan gaya santai tapi penuh bersemangat, menuntut reformasi menyeluruh ke atas sistem dan proses pilihan raya yang bersih dan adil.

Dari perspektif lain, benar sekali ungkapan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, semasa mengulas Bersih 3.0, bahawa transformasi Perdana Menteri Najib Razak kali ini begitu berjaya sekali: "Najib berjaya menukar imej polis daripada kurang ganas kepada lebih ganas. Ya, lebih ganas daripada aksi polis regim Israel kepada penduduk Palestin. Lihatlah video yang merakamkan adegan ganas polis itu, yang  banyak tersebar dalam internet."

Perhimpunan dan juga perarakan yang berjalan secara aman, teratur, berdisiplin dan lancar sehingga jam 2 petang, bertukar menjadi kecoh, kelam-kabut dan  huru-hara. Anggota polis yang mulanya nampak mesra bertukar watak (atau kembali kepada 'fitrah' sebenar?); dalam keadaan tertentu lagak mereka seperti samseng upahan yang tidak berakal, rakus dan ganas menyambar mangsa, membelasah tanpa belas kasihan.

Tidak cukup dengan tembakan gas pemedih mata dan meriam air, yang mengasak lokasi sendat peserta demonstrasi, ditambah dengan maki hamun, sepak terajang dan aksi brutal lainnya. Ya, lebih 250,000 orang mengisi ruang yang sempit dan kemudiannya ditembak gas dan air kimia. Ke mana arah untuk menyelamatkan diri?

Lebih dahsyat dan keji, apabila video-video yang disiarkan dalam internet membuktikan begitu banyak sekali aksi provokasi pihak polis, yang tujuan akhirnya untuk menukar situasi aman dan terkawal itu menjadi "panas dan ganas", bagi memenuhi niat jahat taukeh-taukeh politik yang gelabah menunggu tarikh Parlimen dibubarkan.

Anggota polis, mungkin daripada cawangan khas (SB), yang berpakaian preman, termasuk wanita -- malah ramai di antara mereka turut berbaju kuning dan menjeritkan slogan reformasi pilihan raya --  dikenal pasti menjadi agen provokator yang kelihatan begitu proaktif. SB ini cuba merangsang peserta demonstrasi bertindak lebih agresif di luar kawalan.

Rupa-rupanya inilah strategi elit pemerintah (mungkin dengan bantuan pakar luar negara, seperti Apco) yang dirancang lebih awal, bagi menggambarkan perjalanan Bersih 3.0, "yang diterajui NGO dan disokong pembangkang", sebagai kotor dan tidak bertamadun, sekali gus menghitam-legamkan imej Pakatan Rakyat.

Anda lihat sendiri tajuk utama di muka depan semua akhbar harian esoknya, Ahad, 29 April. Senada saja.  Sama ada mendapat arahan "pihak atasan" atapun sememangnya setiap ketua editor akhbar yang dikontrol ketat Umno itu sudah "faham sangat" apa yang dikehendaki Pengerusi BN yang juga Perdana Menteri.

Gambar yang dipilih juga serupa, iaitu kereta polis diterbalikkan, satu imej global tentang keganasan "para perusuh". Tanpa menunggu lama, Buletin Utama TV3 pada malamnya juga  sudah memulakan kempen memburuk-burukkan pejuang demokrasi itu, yang kemudiannya berlangsung berhari-hari.

Cerita latar sebelum kereta Waja itu diterbalikkan langsung tidak dijelaskan, malah dipadamkan. Sekali lagi, YouTube banyak membantu mencerahkan. Kita dapat melihat bagaimana kereta polis itu, dari arah Kompleks Pertama atau Jalan Dang Wangi, yang mulanya perlahan, tiba-tiba dipandu laju dan melencong meluru ke arah pejalan kaki di sebelah kompleks membeli-belah Sogo.

Tiga empat orang melambung dilanggar. Salah seorang daripadanya, Su Kuang Hong, 25, seperti dilaporkan Malaysiakini, berkata beliau terpelanting ke bahagian atas kenderaan tersebut selepas dilanggar.

Proton Waja polis itu juga terus bergerak selepas melanggarnya dan beliau sekali lagi melayang dan melanggar tembok di hadapan pusat membeli belah itu apabila kenderaan itu berhenti secara tiba-tiba.


Cuba bayangkan, dalam suasana tegang sejurus selepas ditembak pemedih mata, meriam air dan sebahagiannya dipukul atau sekurang-kurangnya belum dapat menarik nafas lega dikejar, mereka menyaksikan pula kereta polis melanggar rakan-rakan yang lain. Jika turut  di situ, apa reaksi spontan anda?

Wartawan Malaysiakini, Zulaikha Zulkifli, yang berada di tempat kejadian merakamkan:

"Kenderaan yang bergerak di antara kumpulan peserta berkenaan kemudian melanggar beberapa orang sehingga menyebabkan salah seorang individu berkenaan terpelanting ke atas kenderaan tersebut.

"Saya nampak kereta itu kemudiannya tersasar ke arah kanan dan seterusnya melanggar tembok di hadapan pusat membeli belah Sogo. Individu yang saya lihat berada di atas bonet kenderaan itu juga terjatuh dalam kejadian yang berlaku dengan pantas itu.

"Seramai kira-kira 30 orang peserta perhimpunan kemudiannya mengerumuni kenderaan tersebut dalam keadaan marah dan bertindak menendang dan memukul kereta tersebut. Saya turut mendekati untuk melihat dengan lebih jelas dan mendapati salah seorang lelaki yang dilanggar itu mengalami kecederaan dan berdarah di bahagian muka.

"Saya juga mendengar jeritan daripada individu di sekitar kawasan tersebut yang cemas kerana menyangka ada orang terperangkap di bawah kenderaan itu."



Pada hemat saya, insiden itu sebenarnya mungkin dirancang dengan teliti, dan merupakan salah satu elemen provokasi yang cukup berbahaya, agar himpunan itu tidak berakhir secara mudah dan aman, apatah lagi memberikan imej baik dan positif kepada Bersih 3.0. Tegasnya, pihak polis sengaja mengundang kemarahan  demonstran supaya mereka bertindak "gila".

Beberapa minit sebelum itu, sebuah kenderaan polis, juga merempuh kawasan hampir sama, di Jalan Tuanku Abdul Rahman, berdekatan Sogo. Ia nyaris melanggar orang ramai ketika membuat belokan tajam ke lorong sebelah kanan, bersebelahan kompleks membeli-belah itu. Satu lagi bukti provokasi polis yang diperalatkan regim yang sedang meniti saat-saat sakratul-maut!

Sesungguhnya pentas Bersih 3.0 adalah medan terakhir Umno-BN melancarkan serangan terhadap pembangkang menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 yang cukup kritikal itu. Motif Najib untuk tidak menyekat demonstrasi itu, seperti dilakukannya semasa Bersih 2.0, juga sarat dengan kepentingan politik.

Saya dimaklumkan bahawa ketua-ketua editor telah dipanggil ke Bukit Aman, pada Jumaat, 27 April, sehari sebelum perhimpunan. Khabarnya Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Hussein sendiri memberikan taklimat dan arahan. Pastinya berkaitan dengan liputan media terhadap demonstrasi Bersih 3.0.

Menurut Naib Presiden KeADILan, N Surendran: "Kami diberitahu bahawa semasa pertemuan tersebut, ketua-ketua editor diberi arahan bagaimana melaporkan keadaan semasa perhimpunan Bersih 3.0 dan mereka juga diminta supaya tidak melaporkan kekejaman pihak polis. Pihak polis dengan jelas  mengikut telunjuk KDN apabila pihak media yang sedang merakam aksi salah guna kuasa polis terhadap orang awam juga dikasari."

Wartawan Harakah Kedah, Izwan Abdul Halim, turut ditangkap dan dibawa ke Pulapol, Jalan Semarak. Kamera beliau yang banyak merakam sudut menarik demonstrasi dirampas dan memori kadnya tidak dikembalikan selepas beliau dibebaskan pada awal pagi Isnin. Satu bentuk pencabulan dan gangguan melampau terhadap kerjaya seorang pemberita.

Ramai lagi pengamal media menghadapi nasib sama, malah lebih buruk apabila ada yang diganasi polis berunifom, walaupun selepas memaklumkan mereka adalah wartawan, di samping  menunjukkan kad akreditasi media, seperti dialami pembantu editor Merdeka Review edisi Mandarin, Chen Shaua Fui. Tiada langsung rasa hormat polis terhadap wartawan.

"Selepas ini kita pun tak perlu lagi menghormati kerja polis," marah seorang editor kanan sebuah akhbar harian.

Wartawan The Sun, Mohd Radzi Abdul Razak, 27, dicederakan oleh lapan anggota polis semasa membuat liputan, sekitar jam 7 malam, berdekatan waterfall persimpangan Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Raja Laut.

Beberapa wartawan lain berdekatan menjerit berulang kali, "Press! Media!", namun kumpulan polis itu terus menyerang Mohd Radzi. Beliau terpaksa dirawat dalam wad Hospital Kuala Lumput.

Begitu juga  dengan nasib  jurugambar Malay Mail, Arif Kartono, yang  ditumbuk oleh polis dan kameranya dipecahkan.  Wartawan Malaysiakini, Koh Jun Lin, pula ditahan dan peralatan kameranya dirampas.

Turut dirampas kamera ialah P Malayandy, jurufoto akhbar Tamil, Makkal Osai, selain dicederakakan lima anggota polis. Huang An Jian, juga jurugambar, sebuah akhbar Cina, Guang Ming Daily, ditangkap ketika merakam kejadian demonstran ditahan.

Malah wartawan antarabangsa, Harry Fawcett daripada Al-Jazeera pun tidak terkecuali, apabila beliau dikasari semasa mengambil gambar polis sedang memukul peserta perhimpunan. Kameranya juga rosak dan beliau terpaksa menggunakan iPad untuk melaksanakan tugasannya.

(Seorang rakan  melontarkan persoalan sedikit berbeda: "Makin lama melihat rakaman Bersih 3.0 di YouTube, makin banyak terdedah aksi ganas polis, tapi apakah betul semua mereka itu polis ataupun ahli Umno diberi baju polis. Semasa saya berjalan dari Brickfield ke Masjid Negara dan seterusnya Masjid Jamik, saya nampak ramai polis bantuan. Saya rasa mereka itu ahli Umno." Saya membalas SMS sahabat saya itu: "Tidak mustahil, bukankah ada kemusykilan mengapa ramai polis hari itu tidak pakai tanda nama?")

Sehubungan itu, Kesatuan Kebangsaan Wartawan Semenanjung Malaysia (NUJ) menggesa supaya siasatan ke atas dakwaan serangan polis terhadap wartawan itu dijalankan jawatankuasa bebas dan bukannya pasukan polis.

Ia jelas bertentangan dengan prinsip demokrasi serta  bertentangan dengan hak wartawan untuk melakukan tugas dalam susana dan persekitaraan aman. Biarlah jawatankuasa tersebut memanggil anggota polis yang terlibat dan para wartawan dan jurugambar untuk memberi keterangan supaya orang ramai akhirnya mengetahui  apa yang  berlaku," kata Presiden NUJ, Chin Sung Chew.

Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) memandang serius pencabulan ketara terhadap tugas wartawan ini. Semasa KAMI aktif memperjuangkan akses media yang adil dan saksama buat semua parti yang bertanding dalam PRU13 nanti, insiden 28 April itu menggambarkan Malaysia, dari sudut kebebasan akhbar, sedang berundur ke belakang.

KAMI turut memberi sokongan padu kepada insiatif NGO media yang lain, yang begitu prihatin dengan perkembangan menyedihkan itu, antaranya, Centre for Independent Journalism (CIJ) Malaysia.

Satu tragedi yang memalukan semasa dunia menyambut Hari Kebebasan Akhbar Sedunia, pada 3 Mei ini!

KAMI juga sedang mengumpulkan bahan dan dokumen yang perlu bagi memulakan tindakan undang-undang terhadap pihak polis dan kerajaan Malaysia, di atas insiden keganasan membabitkan warga media itu.


Kebebasan wartawan untuk melaksanakan tugas tanpa gangguan dan ancaman perlu dipertahankan. Ia selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan bersuara.

Saya telah merujuk hal ini kepada peguam Hanipa Maidin. Katanya, beliau akan menimbulkan "ancillary right", iaitu hak-hak tambahan (suplemantary rights) yang timbul daripada hak-hak utama (primary rights). Hak ini timbul daripada perkaitan yang munasabah dengan hak-hak utama.

Misalnya, kata Hanipa, hak bersuara adalah hak utama, dan daripada hak utama ini timbul hak kebebasan media dan hak wartawan menjalankan tugas tanpa gangguan dan ancaman. Kita perlukan perisytiharan mahkamah di atas hak wartawan tersebut.

Saya juga merasakan inilah masa sesuai bagi menilai semula, secara menyeluruh, sebarang undang-undang atau peraturan mengenai media di negara ini. Tidak cukup dengan pindaan kosmetik terhadap Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, yang diluluskan di Parlimen baru-baru ini, apabila konsep permit dan pemilikan akhbar masih tidak dirombak.

Mungkin pengalaman Amerika Syarikat, yang memperuntukkan dengan jelas, bukan saja peruntukan tentang kebebasan akhbar dalam perlembagaannya, tetapi juga melarang Kongres Amerika daripada menggubal undang-undang berkaitan dengannya.

Nayati ditemui, Pemuda PAS ucap terima kasih

Harakahdaily, 03 Mei 2012
KUALA LUMPUR, 3 Mei: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak termasuk pihak PDRM yang gigih berusaha mencari seorang kanak-kanak yang hilang, Nayati Shamelin Moodaliar (gambar).


Beliau ditemui selamat di lebuhraya berdekatan Sungai Buloh pada hari ini.

“DPPM menganggap sikap prihatin dan juga tindakan pantas orang ramai yang berusaha menjejaki kanak-kanak malang ini wajar dipuji.

“Inilah sikap mulia yang ada pada diri rakyat Malaysia yang begitu peka dan sensitif terhadap nasib yang menimpa keluarga mangsa,” kata Ketuanya, Nasrudin Hassan.

Katanya, publisiti yang meluas di media-media serta facebook dan twitter milik rakyat Malaysia memungkinkan penemuan kembali kanak-kanak itu dengan segera.
Namun demikian, rakyat di negara ini masih berada dalam keadaan bimbang dan takut kerana kes penculikan kanak-kanak bukan berlaku sekali di negara ini, tetapi ianya telah acapkali berlaku.

Tambahnya, lebih mendukacitakan ada kes penculikan ini berakhir dengan kematian, bahkan ada kes kanak-kanak yang diculik masih belum ditemui sehingga kini.

“Persoalan yang bermain di fikiran masing-masing adalah siapakah mangsa selepas ini dan berapa ramai pula akan menjadi mangsa kes penculikan ini di masa akan datang?” soalnya.
Oleh itu, ujarnya DPPM mengharapkan agar pihak PDRM meningkatkan kawalan keselamatan di seluruh negara.

Katanya, sesuatu perlu difikirkan bagaimana menangani kejadian seumpama itu daripada berulang.

Begitu juga, tambah beliau diharapkan orang ramai turut peka dan senantiasa berwaspada terhadap keselamatan semua amnya dan kanak-kanak khasnya.

“Pelbagai tindakan yang rasional pula perlu diambil supaya setiap pergerakan rakyat Malaysia terutamanya kanak-kanak dapat dipantau bagi mengelakkan kejadian tidak diingini,” ujarnya.

Katanya lagi, lokasi gelap atau kawasan hitam terutama di kawasan bandar serta kawasan perumahan perlu di pantau ketat dari masa ke semasa kerana ini adalah kawasan berpotensi kes-kes penculikan berlaku.

“Akhirnya, DPPM berharap kerajaan berusaha mewujudkan suasana aman bagi menjamin keselamatan dan ketenteraman rakyat di negara ini,” ujarnya

Pengamal media berkumpul dengan hitam, kuning

Hazayani Zakaria, 03 Mei 2012
KUALA LUMPUR, 3 Mei: Kira-kira 100 pengamal media berpakaian hitam dan riben kuning berkumpul di hadapan pejabat Malaysiakini, Bangsar hari ini bagi membantah kekasaran polis terhadap mereka sewaktu bertugas pada perhimpunan Bersih 3.0 Sabtu lalu.

Perhimpunan hampir sejam itu juga bersempena hari Kebebasan Media Sedunia yang diiktiraf Unesco dan disambut serentak di seluruh negara.

Ketua Pengarang Malaysiakini, Fathi Aris Omar dalam ucapannya berkata, meskipun hari ini merupakan hari kebebasan media, namun ia merupakan hari yang hitam untuk kebebasan akhbar di Malaysia kerana serangan terhadap wartawan semasa perhimpunan Bersih 3.0 tidak berlaku sebelum ini.

"Ramai wartawan, jurugambar dan jurukamera diserang, ditahan dan ditakut-takutkan oleh pihak polis, sesetengah penunjuk perasaan turut menyerang wartawan.

"Kita perlu menghentikan piawaian kebebasan akhabar di Malaysia daripada jatuh ke paras yang lebih rendah," katanya.

Perhimpunan itu juga menggesa orang ramai dan pihak berkuasa menghormati hak wartawan terutama apabula mereka menjalankan tugas.

"Kami percaya dalam kebebasan akhbar dan peranan dalam mempromosikan demokrasi, hak asasi manusia, ketelusan dan tadbir urus yang baik.

Justeru mereka menuntut semua pesalah dibawa ke perbicaraan mahkamah terbuka selepas sebuah panel bebas untuk menyiasat keganasan semasa perhimpunan Bersih 3.0.

Mereka juga menggesa semua pihak mengembalikan bahan (gambar dan footage video) akhbar yang disita - tanpa sebarang perubahan - kepada wartawan yang berkenaan datau kepada organisasi dan membayar ganti rugi untuk sebarang kecederaan dan kerosakan.

"Kami menggesa semua pihak termasuk kerajaan, pihak berkuasa dan kumpulan masyarakat sivil tidka mengulangi serangan terhadap wartawan," katanya.

Selain pengamal media daripada pelbagai organisasi, kenderaan yang lalu lalang di Jalan Kemuja itu turut menyatakan sokongan dengan membunyikan hon dan melambaikan tangan ke arah mereka yang berhimpun.

Mereka melaungkan 'bebas media'. 'hidup media', 'hidup wartawan' sambil memegang kad dan kain rentang antaranya bertulis 'Hands Off Journalist at Work' (jangan ganggu, wartawan sedang bertugas), 'Stop Violence Against Journalist' (hentikan keganasan terhadap polis) , 'You Have Guns, We Have Cameras' (kamu ada pistol, kami ada kamera).

Berapa anggota polis beruniform juga dilihat berkawal di sepanjang jalan sepanjang perhimpunan berlangsung.
Pertembungan dua beradik: Musa lawan Kadir
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Musa Sheikh Fadzir akan membantu parti itu untuk menjawab segala tuduhan yang dilemparkan abangnya Tan Sri Abdul Kadir terhadap Umno.
  
Musa berkata beliau akan pergi ke mana sahaja tempat abangnya menyampaikan ceramah dan akan menjawab segala tomahannya menerusi ceramah anjuran Umno agar penduduk di kawasan berkenaan tidak terpengaruh dengan tuduhan bekas menteri penerangan itu.
  
"Dalam keluarga, saya hormat dia sebagai abang tetapi dalam parti saya akan menentangnya habis-habisan kerana dia telah belot kepada parti.

"Apa sahaja tomahan atau tuduhan yang dibuat terhadap Umno, saya akan pertahankan kerana saya orang parti, apa tuduhan dan di mana dia buat tuduhan... saya akan jawab," katanya kepada pemberita selepas menyertai bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi menerima bendera Umno sempena larian sempena sambutan ulang tahun ke-66 parti itu di sini hari ini.
  
Abdul Kadir, yang mengumumkan keluar Umno pada 19 Mac lepas, sebelum ini dikritik banyak pihak kerana enggan menyatakan pendiriannya sama ada menyokong Barisan Nasional (BN) atau pembangkang berikutan kenyataannya pada Januari lepas yang mendakwa BN memberi antara RM200 dan RM1,000 bagi membeli undi untuk memenangi pilihan raya umum Mac 2008.

Musa, yang juga ketua bahagian Bukit Mertajam, berkata beliau tidak lemah semangat dengan keputusan Abdul Kadir keluar Umno malah lebih berkobar-kobar berjuang bersama Umno.
  
"Cuma kami sekeluarga kecewa dengan beliau (Abdul Kadir) kerana selepas 50 tahun lebih bersama Umno mengapa baru sekarang dia meninggalkan parti. Saya tahu beliau berkecil hati dengan dua atau tiga orang dalam Umno tetapi mengapa mesti mengorbankan perjuangan beliau selama ini, ini perkara sia-sia," katanya.
  
Musa turut merayu abangnya agar kembali kepada Umno dan aktif semula seperti sebelum ini.
  
- Bernama

Tiada ulasan: